Khamis, 30 Jun 2011

1Malaysia dah deman KUNING....

Hello!! rakan2 sekalian, berhati-hatilah,
dari sekarang.....

Jangan pakai topi warna kuning

atau cermin mata kuning


atau jam tangan kuning



Berseluar  warna kuning

Jangan pakai kasut kuning

Berpakaian T-shit bukan warna kuning

Jangan naik kereta kuning


atau bas kuning


atau pandu motosikal warna kuning

Elak minum teh warna kuning



atau makan mee goreng kuning



atau nasi bryiani kuning




atau makan pisang kuning

atau buah durian isi kuning




Jangan beri hadiah bunga ros kuning



Para Pengantin jangan pilih warna kuning



Awas lampu isyarat kuning

Elak daripada kena deman kuning



Bahaya mendengar dan mendendangkan lagu2 popular 'Lancang Kuning' dan 'Yellow Submarine'
semua ini gara-gara gomen dan pihak berkuasa kita yang fobia dengan warna kuning....


cheers.

Tangkapan awal bukti kejayaan Bersih

Apa yg BOLEH dan TAK BOLEH mengikut Fatwa BN


Kita mulakan dengan apa yang boleh.
Boleh rasuah? Boleh!
Boleh lucah? Boleh!
Boleh menipu? Boleh!
Boleh menangkap? Boleh!
Boleh memutar? Boleh!
Boleh berzina di PD? Boleh!
Boleh bunuh rakyat Mongolia? Boleh!
Boleh sewa rumah rasmi membazir? Boleh!
Boleh guna duit rakyat melancung? Boleh!

Boleh sambut pemimpin komunis China? Boleh!
Boleh merempit mengugut? Boleh!
Boleh hilang enjin jet F5? Boleh!
Boleh kapalselam tak selam? Boleh!
Boleh bayar komisen besar? Boleh!
Boleh potong subsidi rakyat? Boleh!
Boleh takutkan rakyat? Boleh!
Boleh bayar harga Facebook tinggi? Boleh!
Boleh rampas tanah rakyat di Kampung Baru? Boleh!
Boleh tipu harga sawit peneroka Felda? Boleh!
Boleh terus bodohkan Melayu? Boleh!
Boleh negara jadi Negara Polis? Boleh!


 

Dan yang tak boleh pula………
Boleh pakai T-shirt kuning? Tak Boleh!
Boleh pakai seluar dalam kuning? Tak Boleh!
Boleh sebut kuning? Tak Boleh!
Boleh negara jadi Bersih? Tak Boleh!
Boleh sultan pakai kuning? Tak Boleh!
Boleh kunyit warna kuning? Tak Boleh!
Boleh berhimpun aman? Tak Boleh!
Boleh ada pilihanraya bebas? Tak Boleh!
Boleh cari kebenaran? Tak Boleh!
Boleh beli kereta murah? Tak Boleh!
Boleh dapat pendidikan berkualiti? Tak Boleh!
Boleh kos sara hidup rendah? Tak Boleh!
Boleh lihat kontrak IPP? Tak Boleh!
Boleh ikut Perlembagaan? Tak Boleh!
Boleh tangkap penjenayah sebenar? Tak Boleh!
Boleh berlaku adil kepada rakyat? Tak Boleh!
Boleh majukan ekonomi untuk rakyat? Tak Boleh!
Boleh banyakan peluang pekerjaan untuk orang muda? Tak Boleh!
Boleh ada gaji minima? Tak Boleh!
Boleh turunkan harga barang? Tak Boleh!
Boleh jadikan semua Melayu kaya? Tak Boleh!
Boleh jadikan semua Melayu bebas? Tak Boleh!
Boleh bercakap benar? Tak Boleh!
Boleh BERSIH……. TAK BOLEH!
NURUL IZZAH

(Video) Pemuda UMNO Mahu Bakar Ibu Pejabat KEADILAN

 
Addin : 

Kenapa sehingga kini tiada tangkapan terhadap Pemuda Umnoporno, terang-terang telah melakukan kesalahan ugutan.. dimana polis ketika itu?
 

PIDATO RAKYAT

PIDATO RAKYAT

Pak Samad sertai Bersih 2.0 kecuali dihalang atau dihilang

Ismail Hashim
SHAH ALAM, 29 Jun: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (gambar) menegaskan beliau tetap sertai Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai depan kecuali dihalang atau 'dihilangkan'.
Ketika menjawab soalan wartawan dalam satu sidang media petang tadi, tokoh seniman pejuang ini bertegas dengan pendirian teguhnya.

Pada 27 Jun lalu, Pak Samad telah dipanggil ke Balai Polis Dang Wangi untuk diambil keterangan tentang sajaknya bertajuk Unggun Bersih.

Sajak yang menyokong Bersih itu dibacakan dalam majlis Pelancaran Bersih pada 19 Jun lalu di ibu kota, itu pun hanya dibaca dalam dua para sahaja.

Sidang media itu disertai juga Presiden Seniman Paksi Rakyat (Paksi), Dinsman; Setiausaha Paksi, Hasni Abas dan Setiausaha Budayawan Bertindak, Kassim Muhammad.

Sebelum itu, Pak Samad mengulas sebuah novel baru nukilan Razali Endun bertajuk Cinta AF yang menyindirkan situasi sebuah rancangan realiti sebuah rangkaian televisyen.

Dinsman dalam kenyataan sama kesal dan sedih kerana tindakan polis memanggil Pak Samad ke balai polis untuk disiasat kehadirannya di majlis pelancaran Bersih itu sebagai kurang wajar.

Bagi Paksi, karya seorang seniman besar sangat dihargai dan dihormati di negara ini malah di peringkat antarabangsa.

"Betapa murni niat dan geraktindak seorang seniman yang luas berpengalaman ini, untuk berbakti kepada negara, bangsa dan tanahairnya.

"Paksi tidak faham mengapa pihak polis perlu menimbulkan rasa curiga terhadap manusia sebaik Pak Samad ini.

"Jika insan berhati luhur seperti Pak Samad bersuara dan memberikan teguran ikhlas, sama-sama kita mendengarnya dan jangan takut pada bayang-bayang," tegasnya

Sampai sekarang PAPA GOMO Si Tukang Fitnah kesayangan UMNO masih gagal siar keseluruhan klip video

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mencabar 'blogger' Papa Gomo(gambar)(supaya mendedahkan keseluruhan klip yang disiarkan dalam laman web www.papagomo.com petang semalam.

Cabaran ini dibuat beliau berikutan klip yang disiarkan terlalu pendek sedangkan beliau bersama trio 'Datuk T' adalah lebih daripada setengah jam.

"Saya mencabar Papa Gomo, kalau ada rakaman penuh tunjuk semua jangan setakat dua minit. Saya rasa lebih daripada setengah jam."

"Saya juga mahu cabar Papa Gomo untuk siarkan di mana Tan Sri Rahim tawarkan saya duit, Rahim tawarkan keselamatan dan wang kepada saya dan Rahim juga tawarkan untuk bawa saya berjumpa dengan PM. Tunjukkan, dia (Rahim) sebut dengan jelas."

Klip video berdurasi dua minit tersebut memaparkan trio 'Datuk T' bersama Datuk Johari Abdul menonton video seks yang cuba dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Johari juga menafikan bahawa beliau mengakui kepada trio 'Datuk T' bahawa pelaku dalam video klip terbabit adalah Anwar, meskipun beberapa kali didesak oleh Tan Sri Rahim Thambi Chik dengan bertanyakan beberapa soalan yang cuba memerangkap beliau.

Beliau juga menjelaskan ayat yang diulang beberapa kali dalam klip terbabit yang cuba menuduh beliau mempercayai bahawa pelaku terbabit adalah Anwar sedangkan apa yang dimaksudkan bukan seperti yang didakwa blogger Papa Gomo.

"Setengah jam saya jumpa mereka, hanya satu ayat saja yang mereka keluarkan, saya kata "its not about Anwar, its about scene" bukan Sin (dosa) tapi Scene. Terdapat dua perbezaan perkataan tersebut, sin membawa maksud dosa, scene tempat kejadian."

Johari mendesak blogger tersebut berlaku secara adil kepada wartawan dan rakyat dengan menyiarkan keseluruhan klip terbabit seperti mana klip video fitnah hitam putih yang disiarkan oleh www.papagomo.com beberapa bulan lalu.

Dalam sidang media yang sama, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan pihak polis supaya menangkap blogger tersebut kerana dilihat bersengkongkol bersama trio 'Datuk T'.

"Kami tahu siapa itu papa gomo dan kita agak terkilan dan kita akan beritahu pihak berkuasa hari ini kalau dalam masa terdekat ini Papa Gomo masih tidak ditangkap saya anggap ini adalah konspirasi kerana saya dapat maklumat siapa papa gomo itu daripada orang UMNO."

Beliau juga melihat bahawa blogger Papa Gomo ini boleh didakwa di mahkamah atas tuduhan sama yang telah dijatuhkan terhadap trio 'Datuk T'

"Hari saya tengok papa gomo dan lebih, kalau Rahim Thambi Chik boleh didakwa atas tuduhan membantu, papa gomo juga boleh dikenakan tindakan yang sama kerana saya telah melihat Akta Suruhanjaya Komunikasi dalam menerbitkan dia juga termasuk dalam penerbitan semula yang melibatkan jenayah."

"Hari ni jika kita lihat dalam laman web tersebut, bukan hanya video mengenai Datuk Johari itu diletakkan, malah gambar lucah juga terdapat dalam laman itu."

Yusmadi juga sanggup memberikan kerjasama kepada SKMM dan pihak polis untuk memberitahu siapa orang UMNO yang telah memberikan maklumat mengenai Papa Gomo bagi membolehkan beliau ditaangkap dan disiasat pihak berkuasa.
paspb2

Wardina beri blogger tempoh 14 hari

WARDINA (kanan) menafikan dakwaan bahawa dia telah menyertai PKR sambil diperhatikan Muhammad Hanif pada sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Pengacara popular, Wardina Safiyyah Fadlullah, 32, memberi tempoh 14 hari mulai semalam kepada pengendali blog yang mengaitkan dirinya dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya mengeluarkan gambar dan artikel berkaitan dirinya daripada blog tersebut.

Menurut Wardina, dia tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya pengendali blog terbabit masih berdegil dan enggan berbuat demikian.

Ujar pengacara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu, blog tersebut telah memuat naik gambarnya semasa tidak memakai tudung yang disifatkan sebagai menghina dan memalukannya.

"Saya mempunyai anak dan suami. Membuka aib saya pada masa dahulu sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka.

"Jadikan kisah saya sebagai tauladan dan saya berharap hal ini tidak terjadi kepada artis-artis lain (yang kini memakai tudung)," ujarnya pada sidang akhbar di sini semalam.

Akan munculkah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA
Dengan kelebihan media-media arus perdana yang dimiliki BN, mereka memanipulasi semahu-mahu dan sepuas-puas isu Bersih 2 supaya persepsi rakyat terhadap maksud asal Bersih terpesong.

Sikap berat sebelah serta manipulasi jahat media BN dalam isu Bersih adalah perkara yang sama dilakukan dalam pilihanraya terhadap pembangkang. Inilah antara tuntutan Bersih yang menuntut supaya media adil terhadap semua pihak.

Sekarang media BN telah berjaya melakukan dua perkara besar:

1. Menghilangkan isu pokok Bersih 2 iaitu tuntutan terhadap sebuah pilihanraya yang bersih. Mereka mengalih fokus kepada rusuhan, huru hara, ketidaktenteraman, kesusahan orang awam, isu kemasukan pelancong, pelaburan dan sebagainya walhal himpunan yang dicadangkan hanya himpunan aman dan santai.

2. Menukar kepada isu racis iaitu kononnya perancangan oleh puak anti Islam, anti Melayu, komunisme, konspirasi asing, memecahbelahkan Melayu dan 'diwarnai' lagi dengan kehadiran Perkasa dan Pemuda UMNO untuk 'berperang' dengan Bersih.

Bukan susah sangat nak ramal strategi UMNO, macam kebanyakan drama atau filem Melayu jugak kesudahannya dah boleh agak.

Ramalan untuk filem bertajuk 'Bersih 2' ini ialah nanti akan muncul Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja membawa titah supaya semua pihak yakni Bersih, Perkasa, Pemuda UMNO dan NGOs supaya membatalkan hasrat mengadakan perhimpunan pada 9 Julai nanti. Tiada siapa rakyat Malaysia yang akan derhaka pada Sultan. UMNO sudah tidak bermaya mengekang kebangkitan rakyat, benteng terakhirnya tentulah istana.

Namun, saya masih berharap plot cerita filem 'Bersih 2' ini masih mengekalkan skrip asal.

http://kedahla.blogspot.com

Kalau Umno tidak menipu, Papagomo mati kebuluran!

Rosmah cakap kalau sehari Umno tak menipu Papagomo akan mati kebuluran. Justeru takut papagomo mati kebulo, umno terpaksa menipu!

Maka itu samalah maksud Papagomo makan duit hasil menipu, sebab Umno menipu beri Papagomo makan!

Ringkasnya, Umno x Tipu = Papagomo. Nak tau siapa Papagomo? Lebih kurang macam hanjing ni, makan hasil lendir.. !!!

"BERSIH bukan untuk menggulingkan kerajaan, tetapi menyeru untuk mereformasikan sistem pilihan raya, meningkatkan keabsahan kerajaan yang dipilih rakyat," tegasnya.

Wong Chin Huat mengecam tindakan menyamar dan memalsukan mesej asal BERSIH, dan juga meminta agar orang awam berwaspada terhadap taktik sedemikian. Beliau menjangka saluran penyebaran mesej BERSIH 2.0 akan disempitkan, berikutan tindakan polis menyerbu dan menggeledah pejabat BERSIH 2.0, tengah hari tadi.

Beliau berkata, BERSIH 2.0 hanya menyeru agar rakyat turun untuk berhimpun pada 9 Julai, sebagai tanda sokongan terhadap tuntutan BERSIH 2.0. Wong meminta agar rakyat memakai baju kuning, membawa bendera dan kamera, "Seandainya dihalang dan gagal menyertai himpunan BERSIH, ambillah gambar di tempat tersebut sebagai kenangan. Jangan memberi laluan kepada halangan yang berniat jahat," katanya. ...( MerdekaReview )

Cubaan rampas baju BERSIH: Ceramah PAS kecoh

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedCubaan merampas baju BERSIH oleh beberapa oleh pihak yang disyaki sebagai polis mencetuskan kekecohan dalam ceramah PAS di Shah Alam malam tadi.

Pada kejadian di sebuah pintu masuk di Stadium Melawati, beberapa orang dipercayai polis berpakaian biasa bertindak merampas baju BERSIH yang dijual.

Tindakan itu menyebabkan kira-kira 100 penyokong Pakatan naik angin dan mengerumuni sambil menolak lelaki yang dipercayai polis itu sedikit demi sedikit ke jalan raya.

"Jangan bagi mereka masuk," kedengaran beberapa orang menjerit sesama mereka.

Kelihatan sebuah dua van peronda polis diletakkan sekitar kawasan kejadian sambil menyalakan lampunya.

 
ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedKekecohan hampir sepuluh minit itu kemudiannya mula reda dengan sebahagian besar orang ramai tadi kembali masuk mendengar ceramah.

Bagaimanapun, semakin ramai anggota Unit Amal PAS - kira-kira 25 orang - mengetatkan kawalan dan mententeramkan penyokong daripada bertindak liar.

Manakala di pihak polis pula, kira-kira 10 anggota masih berlegar di kawasan berkenaan.

Kekecohan tadi menyebabkan beberapa peniaga lain yang menjual lencana dan pengikat kepala BERSIH beralih ke dalam stadium dan menjual sembunyi-sembunyi secara 'jualan langsung'.

ceramah pas shah alam chaos, bersih t-shirt confiscatedSementara di dalam stadium, anggota parlimen Shah Alam Khalid Samad meneruskan ucapannya seperti biasa.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dijadual menyampaikan pidato khas di hadapan kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat selepas ini

Memalukan: 54 Tahun Umno BN Perintah Tapi Takut Bersih

Petaling Jaya : Sungguh mengaibkan Umno BN yang telah mengurus negara hampir selama 54 tahun, masih menggunakan pendekatan ugutan dan menakut-nakutkan rakyat bagi menghalang perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.

Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata, segala ancaman dan tekanan pemerintah BN terhadap aktivis perhimpunan itu adalah manifestasi dari ketakutan dan kecemasan melulu mereka kepada keberanian rakyat dalam menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap sistem pilihan raya negara ini.
Lojiknya, kata beliau selepas sekian lama mentadbir negara dan sistem pilihan raya pula memang dijalankan secara telus dan adil, BN dan Umno seharusnya menerima pandangan dan suara rakyat ini secara jantan dan berjiwa besar.

Katanya, kritikan rakyat terhadap kaedah pilihan raya diurus di negara ini terlalu banyak rasionalnya.

Menurutnya, SPR sendiri berulang kali menyatakan bahawa sistem yang ada memang banyak kelemahannya.

Malah, kata beliau mengakui tidak berupaya memperbaikinya berasaskan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Lebih jauh, tambahnya persepsi rakyat kini, SPR bukan sahaja banyak kelemahan, malah amat ketara menunjukkan sikap memihak dan gagal mengurus undi rakyat secara telus, adil dan meyakinkan.

Justeru, pihaknya kesal terhadap tindakan menyekat dan menangkap para aktivis Perhimpunan Bersih yang sedang dilakukan sekarang.

Beliau juga kecewa dengan kaedah pihak berkuasa dan instrumen pemerintah yang menggunakan pendekatan melabel kelompok rakyat yang menyokong perhimpunan secara aman.

Lebih buruk, katanya ada pula media pendokong Umno yang menggunakan pendekatan ekstremis agama dan rasis dalam usaha mereka menyekat suara rakyat ini.

“Dalam hal ini tindakan pemerintah menahan 30 aktivis PSM serta menuduh mereka cuba menghidupkan semula ideologi komunis adalah tindakan terburu-buru dan cemas yang melulu,” katanya.

Tambahnya, PKR menyokong tuntutan Perhimpunan Bersih yang dirancang teliti supaya berlangsung secara aman pada 9 Julai ini.

Beliau berkata, adalah menjadi hak asasi rakyat untuk berhimpun secara aman dan menyuarakan hasrat mereka sesuai dengan apa yang ada di dalam perlembagaan.

Katanya, kenyataan Pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam yang telah menyeru pihak berkuasa membenarkan Perhimpunan Bersih ini seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan adalah amat dipersetujui dan disokong.

“Lapan tuntutan Perhimpunan Bersih itu adalah suara hati nurani rakyat yang sudah sekian lama disuarakan melalui pelbagai saluran.

“Sekiranya ia dilaksanakan sepenuhnya, sudah pasti negara dapat mewujudkan sistem pemilihan kepimpinan negara yang lebih utuh, dipandang tinggi oleh rakyat dan dihormati masyarakat antarabangsa,” ujarnya.

Ini, ujarnya akan mewujudkan budaya masyarakat madani (civilized society) ke arah negara yang lebih maju, adil dan makmur.

“Anehnya, jika pilihanraya yang bersih akan menguntungkan kesemua pihak –pemerintah dan yang diperintah, mengapa pula Umno terlalu takut dengan pilihan raya yang bersih,” katanya. -Hrkh

Sebenarnya, sepertimana GB pernah ulaskan sebelum ini, kemenangan BN di dalam pilihanraya ke 12 pada 2008 lalu adalah kemenangan yang rapuh.

Dari kerusi parlimen mereka gagal pertahankan majoriti 2/3, dan 5 negeri pula terlepas ke tangan PR. Itu di tanah yang tidak rata. Itu di waktu SPR masih melakukan kerja-kerja kotornya untuk meletakkan semula UMNO ke Putrajaya.

Sedangkan hakikatnya, jika SPR menjalankan tugasnya dengan adil dan saksama, pemerintah yang ada bukan BN.

Buktinya: dari segi undi popular, BN memperolehi 50.82% undi manakala PR memperolehi 49.71% undi.

Perbezaannya terlalu kecil iaitu 1.11%.

Tapi jangan lupa fakta asas juga: padang tidak rata, pada PRU 12 pengundi hantu bermaharaja lela. Di Terengganu misalnya, dikesani lebi 20% pengundi hantu dibawa masuk untuk merampas negeri tersebut pda ketika itu.

Oleh kerana kemenangan UMNO BN itu tidak kukoh malah kemenangan yang amat meragukan, maka sebab itu dasar dan tapaknya juga rapuh yang menyebabkan mereka begitu mudah berguncang seperti titaic yang bakal bersepai dan tenggelam ke dasar lautan.

Sebab itu juga mereka cukup takut dengan BERSIH yang menuntut SPR bertindak adil, bersih dan telus kerana dengannya mempercepatkan upcara talkin untuk UMNO. -GB

Polis nasihatkan rakyat jauhi KL 9 Julai ini


selangor water demo Deputy police chief of KL Amar Singh, Khalid Samad on far leftOrang ramai dinasihatkan supaya menjauhkan diri daripada Kuala Lumpur menjelang 9 Julai ini, kata pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh.

Menurut beliau dengan ibu negara pada hari berkenaan dijadikan lokasi bagi tiga perhimpunan besar, beliau menjangkakan kesesakan lalu lintas yang teruk.

“Sya ingin nasihatkan orang ramai supaya jauhkan diri dari Kuala Lumpur. Cuma untuk sehari. Pergilah mana-mana.

“Akan terdapat kesesakan lalu lintas,” katanya.

Namun, beliau enggan mengesahkan atau juga menafikan bahawa seluruh ibu negara akan lumpuh menjelang 9 Julai kerana perhimpunan berkenaan.azlan

“Mungkin khabar angin, mungkin tidak. Saya tidak boleh beritahu secara khusus apa yang kami akan lakukan kecuali akan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk,” katanya kepada Malaysiakini.

Amar Singh berkata beberapa jalan utama akan ditutup tetapi beliau memberi jaminan polis telah mempunyai rancangan untuk mengatasi perkara berkenaan.

Menurut spekulasi jalan-jalan sekitar lingkungan 10 km dari pusat bandar akan ditutup dengan pihak polis membuat sekatan jalan sehari sebelum tarikh berkenaan.

Pada Sabtu itu, KL akan menyaksikan tiga demonstrasi berasingan dengan yang terbesar anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) yang menuntut pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara.

Pemuda Umno dan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA juga telah menyatakan hasrat mereka untuk berhimpun bagi membantah tindakan BERSIH.

bersih rally 271207 01Pada perhimpunan BERSIH pada tahun 2007, tidak kurang 40,000 rakyat turun ke jalanan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.

Meskipun perhimpunan itu lebih seminggu lagi, namun pihak polis terus menekan penyokong BERSIH dan mereka yang dikaitkan dengan perhimpunan berkenaan.

Setakat ini, hampir 100 orang ditangkap dan kenyataaan mereka telah dirakamkan oleh pihak polis sejak seminggu lalu

Bersih: Edar bendera Malaysia pun ditangkap?

KUALA LUMPUR, 29 Jun: Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim mempersoal tindakan polis menangkap aktivis Bersih termasuk Adun di Sungai Siput, Perak pagi tadi.

Beliau mahu pihak polis menjelaskan apa kesalahan yang dilakukan mereka sehingga digari dan dibawa ke balai polis Sungai Siput.

"Saya mempersoalkan apakah alasan mereka ditangkap, adakah kerana pakai baju kuning atau baju merah atau sebab edar risalah parti atau bendera Malaysia?" soalnya ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi.
Seramai 14 orang yang ditahan polis kira-kira 9.00 pagi di Pasar Sungai Siput termasuk Adun Teja, Chang Lih Kang, Adun Jalong, Leong Mei Meng dan Timbalan Setiausaha PKR Negeri Perak, Tan Kar Hing.

Polis membuat penangkapan mereka dengan memberi alasan mengedar bendera Malaysia dengan memakai baju Bersih.

Khalil Idham yang juga Adun Titi Serong menyifatkan penangkapan itu sebagai melanggar kebebasan rakyat untuk berhimpun.

"Saya menganggap penangkapan adalah secara tidak sah dan nmelanggar kebebasan rakyat untuk berhimpun dan bergerak secara sah sesuai dengan peruntukan Perlembagaan Fasal 10(1)/b.
"Saya dan Adun-adun Pakatan yang lain datang untuk memberi sokongan moral kepada meraka, juga harap semua petugas Pakatan tidak lemah semangat untuk mengedarkan risalah di mana-mana saja," katanya.

Sementara itu, Malaysiakini melaporkan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.

Justeru, tangkapan ke atas mereka yang memakai baju Bersih 2.0 oleh polis adalah betul.

"Jika kemeja-T Bersih berhubungkait dengan aktiviti haram, maka memakainya adalah juga haram,” katanya kepada wartawan. -Hrkh

Cakap berapi-rapi, tak sangka Najib takut pada Himpunan Bersih ...

29 JUN — Perhimpunan Bersih 2.0 telah mengundang berbagai tindak balas dari penyokong Barisan Nasional. Dari respon yang kurang bijak persatuan-persatuan peniaga pro-BN yang menyatakan bangkangan mereka di atas alasan terjejasnya perniagaan; kepada yang paling ekstrim dalam bentuk ancaman membunuh Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga.

Walau apa sekali pun respon dan alasan di sebaliknya, kesemuanya bertujuan untuk menghalang berlakunya himpunan ini. Respon dan tindak balas sebegini merupakan bukti betapa BN amat gentar dengan himpunan yang akan diadakan pada 9 Julai ini. Mereka khuatir kerana perhimpunan ini merupakan pembuka jalan kepada era politik baru dan penamat kepada politik kotor yang berpaksikan fitnah pimpinan BN.

Hakikatnya, rakyat semua mengetahui betapa Pilihan Raya yang dianjurkan selama ini adalah tidak adil, berat sebelah dan diurus dengan tujuan untuk memenangkan BN. Pilihan Raya dan kebebasan bersuara yang dibenarkan sekadar untuk memberikan persepsi adanya demokrasi, tetapi tahapnya dikawal supaya tidak menjejas kedudukan BN.

Dalam keadaan begitu sekalipun BN telah dapat dikalahkan di beberapa Negeri pada tahun 2008. Sekiranya Pilihan Raya pada ketika itu diadakan secara bebas dan bersih, dengan diberi semua pihak akses kepada media perdana, tiadanya undi pos dan lain-lain seperti terkandung dalam tuntutan Bersih (1), insyaAllah sudah pasti BN akan dapat dikalahkan diperingkat Kebangsaan juga.

Oleh yang demikian, Bersih 2.0 perlu diteruskan supaya BN memahami bahawa rakyat tahu bagaimana mereka telah ditipu selama ini dan bagaimana penipuan ini mengekalkan sebuah kerajaan yang telah hilang kredibiliti serta legitimasinya dalam kedudukan berkuasa.

Sebenarnya, semua yang siuman dan tidak berkepentingan pasti akan menyokong perhimpunan Bersih diadakan. Ianya menuntut supaya Pilihan Raya dilakukan secara adil dan bersih. Hanya yang inginkan Pilihan Raya yang kotor, tidak telus dan tidak adil sahaja yang akan membantahnya. Hanya yang ingin kekal berkuasa dengan menafikan hak rakyat serta ingin melihat rakyat terus ditundukkan akan mempertahankan proses Pilihan Raya yang jelas tercemar!

Kerajaan BN wajib menghormati rakyat dan itulah sebenarnya intipati tuntutan BERSIH. Iaitu supaya suara dan kehendak rakyat dalam memilih kerajaan yang ingin diamanahkan dengan kuasa pemerintahan dihormati dan diterima. Tanpa adanya sebarang usaha penyalahgunaan kedudukan dan kekuasaan untuk menentukan pilihan rakyat melalui proses pemilihan yang berat sebelah lagi songsang. Sekiranya melalui proses pemilihan yang Bersih ini rakyat menolak BN di peringkat Negeri dan Negara, maka BN wajib menerima pilihan rakyat dan berundur secara terhormat. Itulah intipati demokrasi. Bukan hanya sebagai cogankata dan retorik semata-mata, sambil pandangan dan pendapat rakyat dikuasai dan kehendak rakyat dinafi melalui proses yang tercemar.

Semua yang ingin menghalang Bersih, samada Perkasa, Pemuda Umno atau pihak olis sekalipun, hanya menzahirkan keinginan untuk mempertahankan sesuatu yang ditolak rakyat, iaitu proses Pilihan Raya yang dicorakkan mengikut kepentingan BN. Sepatutnya mereka, lebih-lebih lagi pihak Polis, berdiri bersama rakyat dalam usaha membersihkan proses pilihan raya. Supaya penipuan terhadap rakyat dan kekuasaan ke atas rakyat melalui penipuan ini dapat dihentikan. Himpunan Bersih merupakan usaha mulia, tuntutan adil lagi berasas dan menepati kehendak Syariat Islam dan Perlembagaan Negara; sepertimana yang telah dinyatakan oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin dan Prof. Aziz Bari.

Oleh itu, sepatutnya pihak Polis menjaga dan melindungi peserta himpunan tersebut, menjaga lalu lintas supaya kesan kesesakan dikurangkan, menjaga keselamatan peserta supaya tiada sebarang provokasi dan dengan itu ianya akan berjalan dengan selamat dan aman. Sepertimana himpunan yang menuntut rasuah dihentikan, penjenayah ditahan dan jenayah diperangi tidak wajar dihalang dan ditentang, begitu juga himpunan yang menuntut Pilihan Raya yang bersih dan adil. Sepatutnya Perkasa menyokong dan Pemuda Umno turut bersama dan bukan bertindak-balas seperti sekarang. Namun, hakikatnya, mereka bukan mementingkan rakyat dan hak rakyat. Mereka hanya mementingkan status quo dan usaha mempertahankannya walaupun rakyat inginkan ianya ditukar.

9 Julai 2011, tarikh keramat, tarikh perubahan, tarikh kebebasan. Saya berharap agar warga Shah Alam khususnya dan Malaysia amnya akan bersama saya, turun pada hari itu untuk bersama-sama mencatat sejarah di bumi Malaysia yang kita cintai.

* Khalid Samad adalah Ahli Parlimen Shah Alam

Rabu, 29 Jun 2011

PM pon dok rumah sewa kaa.. kata pegawai kerajaan rumah dah disediakan..??

RM48j kos kediaman rasmi PM, TPM: Nazri

KUALA LUMPUR – Sebanyak RM48,789,115.03 juta dibelanjakan untuk membiayai kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dalam tempoh lima tahun bermula 2006.

Maklumat itu dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bagi menjawab soalan daripada Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff berhubung kos sebenar tanggungan kerajaan untuk kos rumah kediaman rasmi Perdana Menteri dan timbalannya, semalam.

Menerusi jumlah itu, sebanyak RM32,972,155.55 dibelanjakan untuk kos sewa kediaman rasmi, RM3,581,744.78 untuk kos baik pulih, RM10,267,868.15 bagi kos bil elektrik dan RM 1,967,386.55 untuk bil air.

Berikutan itu, Siti Zailah menyifatkan jumlah kos ditanggung kerajaan untuk pembiayaan kos rumah kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya bagi jangka masa lima tahun tidak munasabah dan meragukan.

Merujuk kepada jumlah itu, beliau berkata, ia bermaksud perbelanjaan untuk bil elektrik kediaman rasmi itu RM5,704.00 sehari, sementara bil air mencecah RM1,092.00 sehari.

Dalam perkembangan yang sama, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud pula menggesa kerajaan mendedahkan perjanjian sewa kediaman rasmi dengan Perbadanan Putrajaya Holding kepada rakyat.

“Kita rasa banyak pembaziran berlaku,. Ini baru melibatkan kediaman rasmi, belum lagi melihat kepada aset kerajaan yang lain. Jadi timbul persoalan di sini kenapa kediaman rasmi ini disewa daripada Perbadanan Putrajaya Holding,” katanya

[VIDEO] BERSIH 2.0 : Apa Kata MB Kedah?

Bersih 2.0: Polis Mesti Profesional, Bukan Jadi Macai Umno-APCO!!


Pasti berlaku provokasi untuk memburukkan perhimpunan Bersih, tetapi
Pakatan Rakyat ada "ramuan" untuk mengatasi taktik kotor Umno-APCO dengan
bantuan pencacainya yang paling setia, PDRM!

Mengecam tindakan polis menjelang Himpunan Bersih 2.0, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, jika pihak polis memisahkan kumpulan berlainan parti ketika hari penamaan calon, mengapa tidak boleh menggunakan pendekatan yang sama 9 Julai ini.

Ketua Penerangan PAS berkata polis seharusnya melaksanakan tugas dengan adil dan saksama kepada semua rakyat demi menghormati hak untuk berhimpun.

Tuan Ibrahim berkata ia adalah tugas polis untuk mengelakkan pertembungan itu daripada berlaku.

“Sekiranya mereka dapat melakukan (mengasingkan dua kumpulan penyokong) di hari penamaan calon, mengapat tidak di Bersih 2.0?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Sehubungan itu Tuan Ibrahim turut menyarankan polis untuk mewujudkan ‘zon penampan’ bagi mengelak pertembugan dua atau lebih kumpulan.

“Kalau polis gagal mewujudkan ‘buffer zone’, maka rakyat akan menganggap polis gagal menjalankan tugas sebenar iaitu menjamin keselamatan rakyat,” kata beliau.

Himpunan Bersih 2.0 dirancang untuk diadakan pada 9 Julai.

Kumpulan yang menentang Himpunan Bersih 2.0 iaitu Perkasa dan Pergerakan Pemuda juga mahu mengadakan perhimpunan balas pada hari yang sama.

Dalam kenyataannya Tuan Ibrahim juga mengingatkan polis bahawa tindakan mereka kebelakangan ini yang menangkap orang yang memakai baju Bersih 2.0 sewenang-wenangnya akan menyebabkan ketidakpuasan hati rakyat, yang asalkan tertumpu pada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bertukar kepada pihak polis.

“Tindakan polis kebelakangan ini akan menyebabkan rakyat yang asalnya tidak berpuas hati dengan SPR bertukar kepada polis,” kata Tuan Ibrahim.

Beliau turut mengecam tangkapan polis terhadap aktivitis yang memakai atau menjual baju Bersih 2.0 sebagai satu yang amat bertentangan dengan hak asasi manusia dan nilai undang-undang.

“Tindakan menangkap mereka yang memakai baju Bersih atau menjual baju Bersih adalah nyata bertentangan dengan peraturan dan undang-undang,” katanya.

Beliau juga bertanya atas alasan apa aktivis dan penyokong Himpunan Bersih 2.0 ditangkap.

Kebelakangan ini, Bersih 2.0 bukan saja tidak diberi ruang bernafas oleh para pemimpin Umno BN yang tidak berhenti-henti mengecam perhimpunan pada 9 Julai ini.

Malah, katanya pihak polis sudah turut serta untuk menghalang Himpunan Bersih 2.0 daripada berlaku dengan melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihanraya itu daripada mempromosi perhimpunannya.

Sehingga kini, 81 orang telah ditahan polis.

Pesuruhjaya PAS Pahang ini juga mengingatkan polis bahawa Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bukan perhimpunan untuk menentang polis, tetapi untuk membaiki sistem pilihan raya.
Video ihsan FreeMalaysian








PR Desak Putrajaya Perinci Kos RM49 Juta Biaya Rumah PM, TPM

Ketika rakyat menderita akibat kenaikan harga minyak dan barang keperluan serta kos sara hidup, kerajaan Umno-Barisan Nasional(BN) pula membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalannya.

Lebih tepat, sejumlah RM48,789,115.03 itu dibelanjakan termasuk kos sewa, kos baik pulih, bil elektrik dan bil air.
Mengulas jawapan kerajaan itu, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusoff, ketika ditemui di Parlimen hari ini berkata, rakyat perlu menilai bagaimana kehidupan pemimpin mereka dalam keadaan rakyat disuruh berjimat.

Malah, beliau turut menggesa pentadbiran Najib memperincikan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan kerana ia disifatkan sebagai tidak munasabah dan meragukan.

"Disaat rakyat, seluruh agensi dan jabatan kerajaan disuruh berjimat cermat dengan keadaan ekonomi yang semakin parah ini, Kerajaan Umno-BN pula membelanjakan berbilion ringgit wang rakyat untuk kos baik pulih kediaman dua pemimpin negara. Dan jumlah yang dibelanjakan hampir RM 60,000 sebulan. Apa yang dibaik pulih kita pun tidak tahu," soalnya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz dalam jawapan bertulisnya terhadap soalan Siti Zailah Mohamad Yusof (PAS-Rantau Panjang) memberitahu, kerajaan membelanjakan hampir RM49 juta setahun untuk membiayai kos kediaman rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Zailah dalam soalannya mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyatakan jumlah kos tahunan yang terpaksa ditanggung kerajaan bagi membiayai kedua-dua rumah pemimpin negara itu bermula tahun 2006 hingga 2010.

Dalam perincian jawapan yang diberikan itu, Nazri menjelaskan kos sewa untuk dua kediaman rasmi itu adalah berjumlah RM32,972,115.55, kos baik pulih RM3,581,744.78, bil elektrik RM10,267,868.15 dan bil air RM1,967,386.55 untuk satu tahun.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud turut mengesa kerajaan supaya mendedahkan perjanjian sewa beli kediaman rasmi terbabit dengan Perbadanan Putrajaya Holding kepada rakyat.

"Kita dapati terlalu banyak pemborosan berlaku dan ini baru melibatkan kediaman rasmi, belum lagi melihat kepada aset-aset kerajaan yang lain. Jadi timbul persoalan disini kenapa kediaman rasmi ini disewa daripada Perbadanan Putrajaya Holding," soalnya.

"Jadi kita minta ia didedahkan kepada rakyat tentang perjanjian tersebut bahawa. Dan selama mana kerajaan terpaksa menyewa kediaman ini," ujarnya lagi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke Siew Fook berkata perkara ini jelas mencerminkan wajah sebenar pemimpin tertinggi negara yang tidak menginsafi keperitan hidup rakyat sebaliknya rakus meratah wang rakyat.

"Sekarang baru kita tahu mengapa pimpinan tertinggi negara kita tidak tahu kesusahan rakyat, kerana mereka memang tidak akan merasainya. Dan oleh itu, mereka hanya tahu tarik balik subsidi gula sebanyak 20sen dengan alasan ianya rasional jangan makan gula lebih, memang lah mereka tidak rasa mereka boros, elektrik sehari RM 5,704.00, bila air sehari RM 1.092.00," katanya.
-tvsnews