Khamis, 9 Disember 2010

Menang pun dak lagi dok kalut nak ulas isu TPM... apa raaa..!!

Tumpu kalahkan Umno BN dulu

Abdul Aziz Mustafa 
KUALA LUMPUR, 9 Dis: Semua pihak mestilah menumpukan keutamaan untuk mengalahkan Umno dan Barisan Nasional (BN) terlebih dahulu dan jangan tersasar dengan isu-isu tidak relevan dan tidak matang, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.


"Dalam hal ini, adalah sangat tepat penegasan (Presiden PAS) Tuan Guru (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang bahawa apa yang penting kita menang pilihan raya dan Pakatan Rakyat (PR) boleh menilai siapa pemimpin yang boleh diterima semua rakyat.


"Ada isu yang tidak relevan buat masa ini dan ada pula yang belum matang untuk diperdebatkan. Yang paling penting dan paling relevan ialah usaha habis-habisan untuk mengalahkan Umno dan BN dalam pilihan raya akan datang," katanya.


Mahfuz percaya, banyak perkara yang masih belum matang untuk dibangkitkan boleh diselesaikan dengan penuh hemah berdasarkan prinsip demokrasi dan perundingan yang seimbang dan bertanggungjawab.


"Bagi PAS, setiap kali kita berunding dengan mana-mana pihak pun, kita berpegang tegas dengan tujuan perjuangan kita untuk mendirikan agama dan berpolitik dengannya dan kerananya sambil memberikan pertimbangan kepada realiti semasa.


"Malah, Rasulullah s.a.w. sendiri sentiasa memberi pertimbangan kepada realiti semasa sehingga dibantah oleh sahabat-sahabat tertentu kerana menganggap baginda terlalu bertolak ansur," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.


Mahfuz begitu yakin, pendirian tegas untuk mendirikan agama dan berpolitik dengannya dan kerananya akan membawa kesejahteraan kepada semua pihak kerana Islam bukan sahaja ajaran yang sangat rasional dalam hubungan sesama manusia malah ia adalah rahmat bagi seluruh alam.
"Apa yang penting, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membuktikan Islam adalah rahmat kepada seluruh alam dengan tingkah laku, perbuatan dan amalan politik kita dan jangan melakukan tindakan yang menyebabkan Islam dituduh akibat persepsi terhadap kita," katanya.


Presiden PAS, baru-baru ini menegaskan bahawa PR bergerak secara kolektif.


"Apa yang penting kita menang pilihan raya dan Pakatan Rakyat boleh menilai siapa pemimpin yang boleh diterima semua rakyat.


“Ketua bukan semesti PAS, bukan semesti PKR, tidak semestinya... kemungkinan ada orang Umno yang masuk PAS, ada orang Umno yang masuk PKR ada tokoh-tokoh mereka atau daripada kalangan kita sendiri yang jadi pemimpin,” katanya

Masanya bagi UMNO lapar kelaparan...!!

Putrajaya jatuh, Umno akan lapar

Hazayani Zakaria 
KUALA LUMPUR, 9 Dis: Pemimpin Umno BN hendak mempertahankan Putrajaya bukan untuk rakyat, tetapi untuk suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.


Beliau mengulas gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara di dalam taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam hari ini.


Katanya, PAS berpandangan gesaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat.


Menurutnya, mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui pemimpin Umno, mereka bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan genarasi muda.


Tambahnya, mungkin pemimpin Umno boleh menipu emak bapa mereka, tetapi kerja pencerahan maklumat akan dibuat oleh anak-anak mereka yang terpelajar.


Justeru, katanya Muhyiddin sepatutnya rasa malu, kalau alasan untuk mempertahankan Putrajaya kerana kepentingan rakyat.


Tambahnya, seantero dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianat kepada rakyat selama 53 tahun.


Sekarang, ujarnya kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegagalan Umno mentadbir negara.


“Sepatutnya Timbalan Presiden Umno kena beri motivasi kepada pemimpin Umno, kita kena pertahankan Putrajaya kerana perut kita semakin kempes, kerana lubuk emas dijaga oleh manusia bukan oleh puaka,” ujarnya.


Beliau turut membidas tuduhan Muhyiddin mengatakan “kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin”.


“PAS hendak sedarkan Muhyiddin beliau sedar atau tidak ucapan itu terkena kepada batang hidung Umno yang dipimpin oleh beliau bersama dengan Datuk Seri Najib.


“Bukankah pemimpin umno yang berkata pada 1 November 2010, minyak RON 95 tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, tiba-tiba Disember 2010 RON 95 telah dinaikkan, siapa yang lidah bercabang?” soalnya.


Justeru, katanya PAS mengingatkan kepada rakyat Selangor terutamanya jangan berikan madat kepada BN dalam pilihanraya akan datang kerana jika BN menang segala bentuk kebajikan akan bertukar kepada penindasan.


Katanya, air percuma 20 meter padu setiap bulan, skim warga emas yang meninggal mendapat RM2,500 akan hilang.


Buktinya, kata beliau rakyat Terengganu sudah mengalami hari ini apabila BN memerintah Terengganu, cukai pintu di zaman PAS memerintah dikecualikan telah dikenakan kembali pada tahun 2004 apabila mereka kembali berkuasa.

PATUT ORANG PANGGIL UMNO NGOK

 

Anda mungkin juga meminati:

Bimbang diroboh, 80 kariah bermalam di surau

Bimbang surau Madrasah Al Falah Kg Kerinchi di Kuala Lumpur yang berusia lebih 12 tahun akan dirobohkan, kira-kira 80 ahli kariah bermalam di sini sehingga pagi ini dan disertai beberapa kumpulan mahasiswa daripada universiti berdekatan.

surau madrasah al falah kg kerinchiSemuanya, gara-gara pihak pengurusan surau berkenaan dikeluarkan notis perobohan bertarikh 10 November lalu, yang berakhir hari ini oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tujuan pembangunan.

"Dua tiga hari sebelum ini, saya menghubungi bahagian penguatkuasaan DBKL memberikan jaminan mulut, bahawa mereka tidak akan merobohkan surau ini," kata pengerusi surau Jasni Abdullah.

"Mereka tidak memberi tempoh masa (penangguhan) dan tidak memberi (sebarang) alasan," katanya sambil menambah ia mula beroperasi sejak 1998.

jasni abdullah, surau madrasah al falah kg kerinchiMenurut Jasni berkata walaupun hanya jaminan mulut yang diberikan, 80 ahli kariah bermalam di surau itu, malam semalam.

Ini kerana, kata Jasni, pihaknya mengambil langkah berjaga-jaga. Mereka turut menunai solat hajat supaya surau berkenaan tidak dirobohkan.

Menurutnya, pada mulanya, berasa terkejut setelah mendapat notis sebulan yang lalu daripada DBKL untuk merobohkan surau tersebut.

Tambahan pula, surau tersebut mendapat bantuan pembinaan daripada DBKL termasuk perbelanjaan mengecat pada dua bulan lalu.

Berikutan penerimaan notis berkenaan, pihaknya menulis surat pada 16 dan 24 November lalu kepada DBKL memohon agar pihak berkuasa menarik balik notis itu.

jasni abdullah, surau madrasah al falah kg kerinchiNamun pihaknya tidak mendapat sebarang maklumbalas daripada pihak berkenaan.

Penduduk juga kata Jasni, menghantar memorandum bantahan kepada Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada 3 Disember lalu.

Bagaimanapun, setakat hari ini, masih belum menerima sebarang maklum balas.

"Saya masih lagi dalam proses perundingan dengan DBKL," katanya.

Ditanya sama ada surau ini dicadangkan dirobohkan kerana dilabel sebagai kubu penyokong PAS, Jasni berkata beliau ada mendengar mengenai perkara tersebut.

Namun, beliau menafikan perkara itu dan berkata surau berkenaan bebas daripada dipengaruhi parti politik.

nurul izzah surau madrasah al falah kg kerinchiSebelum itu, ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar berkata beliau berharap pihak DBKL dan menteri menjawab persoalan aduan pihak penduduk mengapa surau ini mahu dirobohkan.

"Pihak surau menggunakan saluran diplomasi, tetapi tidak surat (mereka) dijawab," katanya dalam sidang media di surau berkenaan.

Menurutnya, pihak surau ada mengadu berhubung perkara ini kepadanya, tetapi Nurul Izzah meminta mereka berhubung terus dengan pihak berkuasa supaya "tidak ada elemen politik".

"Tapi surat mereka tidak diendahkan," katanya.

Sehubungan itu, beliau akan menghantar surat kepada Raja Nong Chik memohon penjelasan berhubung perkara tersebut.

Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR meluangkan masa kira-kira sejam sejak 8 pagi, di surau berkenaan - yang terletak dalam parlimennya.

Kira-kira 70 orang termasuk mahasiswa dan wartawan berada di surau berkenaan.

Setakat jam 10.30 pagi, tiada pegawai penguatkuasa DBKL hadir ke surau berkenaan.

Bagaimanapun, terdapat dua pegawai polis di surau ini. -M'kini

Mahu ubah kuasa, fahamkan kepada anak muda - Samad Said

 KUALA LUMPUR, 9 Dis: Golongan muda perlu diberi faham tentang isu semasa terutama situasi politik kerana mereka sahaja yang boleh merubah bentuk kuasa politik negara, tegas Sasterawan Negara, Datuk (Dr) A. Samad Said.

Menurutnya, harapan tidak banyak boleh diletakkan kepada kalangan dewasa kerana mereka sudah bersikap dan selesa dengan keadaan itu seperti menjadi pengundi Umno atau bukan.

Sebaliknya, jelas beliau lagi, golongan muda merupakan faktor perubah kuasa negara kerana selain ramai, mereka masih belum mempunyai pegangan politik taksub seperti kalangan dewasa.

Pak Samad berkata demikian ketika menjadi panelis forum bertajuk Persoalan Masa Depan Umat Di tanganmu anjuran Teras Pengupayaan Melayu (Teras) di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), dekat sini kelmarin.

Turut menyertai forum sempena himpunan tahunan ke 13 Teras itu adalah Editor Majalah Sabili, Indonesia, Herry Nurdi dan Juara Akademi Nasyid 2009, Azhar Atan dengan Saudara Saidi sebagai moderator.

“Hanya melalui undi di dalam pilihan raya sahaja boleh diubah kuasa dalam negara ini dan golongan muda adalah perubah yang mesti diberi faham.

“Antaranya mereka perlu disedarkan, kenapa dalam lebih lima dekad negara merdeka dengan enam perdana menteri, enam timbalan perdana menteri dan kebanyakan menteri adalah Melayu, kenapa keadaan kita masih lagi perlu 'menjerit',” tegas Samad.

Tanpa merubah kuasa, tambahnya, tidak ada apa-apa perubahan yang boleh dilakukan dan dalam masa sama, tidak timbul masalah tidak mengenang budi pemerintah yang ada atau tidak mahu kepada kemajuan.

Tambahnya, apa lagi yang boleh diharapkan kepada mereka yang sudah menghilangkan ekuiti Melayu daripada RM50 bilion kini hanya tinggal sekitar RM2 bilion sahaja?

Sebelum itu, Presiden Teras, Haji Mohd Azmi Abdul Hamid telah menyampaikan ucaptama bertajuk Saatnya Generasi Pewaris Bangsa Bersiap Memimpin Kebangkitan Ummah yang telah menggaris agenda bertindak yang perlu disegerakan.

Cikgu Azmi menyatakan negara kini sedang dipacu ke arah pembangunan berasaskan kreteria pertumbuhan ekonomi bukan kepada kualiti keinsanan di mana kemajuan sasaran diukur dengan tahap pendapatan bukan pengkayaan fikiran dan budaya.

“Pencapaian yang dikejar adalah projek berskala mega buka berhemat dan sederhana dalam membangunkan keperluan asas rakyat, tranformasi yang diwar-warkan adalah untuk menyertai persaingan global bukan untuk mengukuhkan tradisi bukan keupayaan diri sendiri sesuai dengan sosio budaya.

“Prasarana kesihatan dibangunkan lebih terdorong untuk menjadikan negara hub pelancongan perubatan bukan untuk mendahulukan kesihatan asasi rakyat.

“Kini riuh rendah dengan projek super mewah dari gedung 100 tingkat kepada hub hiburan malam. Padahal sudah dijeritkan berkali-kali, ada rakyat tidak cukup makan, ada tidak mampu sekolahkan anak, keluarga tinggal di bawah jambatan dan ada kampung bakal dilenyapkan atas nama pembangunan,” tegasnya.

Justeru, beliau mengemukakan pembinaan khairo ummah seperti dasar pegangan hidup kukuh berpaksi soal pengabdian kepada Allah, asas nilai rohani dan keutuhan akhlak, kemajuan dalam meningkatkan taraf hidup mesti memelihara agama, akal, nyawa, harta dan akhlak serta pembangunan dalam apa bentuk mesti berkonsepkan insan sebagai penjaga amanah alam dengan segala sumbernya.

Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Pengerusi Shura, Ustaz Abdul Ghani Samsuddin, wakil Abim dan ramai tetamu serta perwakilan dari seluruh negara termasuk luar negeri turut hadir. -Hrkh

Isu Khir Toyo : Nie pun salah satu wayang jugak nie..


Anwar: Gimik Umno Dakwa Khir Toyo



GEORGETOWN 7 DIS: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan mendakwa Datuk Seri Dr Khir Toyo hanya sebahagian daripada sandiwara Umno untuk membersihkan imejnya di mata rakyat menjelang pilihanraya umum akan datang.

Begitu juga dengan beberapa kelonggaran yang diberikan oleh Umno-Barisan Nasional(BN) bersabit pendidikan Cina dan kemudahan untuk kaum India.

Anwar berkata Umno-BN sekadar mengulangi taktik lama untuk membuaikan pengundi dengan pelbagai imbuhan dan tindakan, namun asas-asas parti itu yang berpaksi kepada perkauman, rasuah dan penyelewengan kuasa tidak berubah.

Semalam bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan rasuah bersabit pembinaan istana ala Bali di seksyen 7 Shah Alam.
Pendakwaan itu dicanang oleh Umno sebagai bukti parti itu serius dalam memerangi rasuah.

Namun ramai pemerhati mengingatkan bahawa pemimpin-pemimpin seperti Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi pernah menggunakan taktik mengheret tokoh tertentu ke mahkamah atas tuduhan rasuah dan kemudian dilepaskan.

Anwar berkata pendakwaan Khir Toyo tidak boleh memadamkan hakikat ramai lagi tokoh terlepas dari sebarang tindakan pendakwaan walaupun wujud bukti-bukti jelas terhadap mereka.

"Yang kita tak boleh bagi itu pismil kerana nak buai mereka menjelang pilihanraya atau rasuah, ada tuduhan puluh-puluh yang serius itu diketepikan, diambil satu kes seperti yang berlaku kepada Eric Chia sebelum pilihanraya yang lalu," katanya.

Anwar juga ditanya oleh pemberita mengenai pengunduran Datuk Seri Samy Vellu dari MIC, dan pengiktirafan kerajaan terhadap sebuah peperiksaan Cina.

Beliau berkata perkara yang jelas ialah langkah-langkah itu diatur sebagai gula-gula politik untuk mendapatkan semula sokongan pengundi India dan Cina.

"Ini semua gimik pilihanraya, sedikit bagi orang Cina, sedikit bagi orang India, tindakan rasuah. Ini gimik pilihanraya, piliharaya tentu dekat. Apa beda Pakatan Rakyat, ini bagi kita dasar kita, kalau masalah mengangkat kedudukan orang Melayu, atau memberikan ruang kepada orang Cina dalam segi pendidikan untuk India, Iban, Kadazan, itu dasar kita," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/12/depa-dah-main-wayang.html#ixzz17YPejNoy

Lawan Dulu Bagi Menang nanti kita bincang nak bagi siapa..!!


TPM - PENDAPAT ANWAR DAN NIK AZIZ KEDUANYA BETUL
Oleh: WFAUZDIN NS

MASALAH siapa TPM jika PR menguasai Putrajaya nampaknya heboh di media. Seperti biasalah, media pencacai akan memainkan isu tersebut bertujuan untuk melagakan parti di dalam PR. Kesilapan DS Anwar adalah kerana terlalu awal menyebut perkara ini walaupun apa yang disebutnya itu bukanlah salah, tetapi menjadi modal untuk diputarbelitkan oleh musuh.

Ada yang berkata terdapat percanggahan pendapat di antara DS Anwar dengan Tuan Guru Nik Justify FullAziz di dalam hal ini. Bagi saya tiada percanggahan, kedua-duanya boleh diterima dan betul. DS Anwar menyebut Lim Kit Siang boleh jadi TPM kerana Perlembagaan membenarkannya. Di akhir ayat DS Anwar, beliau menyebut walaupun Lim Kit Siang boleh menjadi TPM tetapi keputusan mesti dibuat secara kolektif bersama pimpinan PR. Ayat yang terakhir itu tidak banyak media melaporkan.

Manakala, Tuan Guru Nik Aziz pula menyebut bahawa PAS tidak kisah siapa yang menjadi TPM asalkan menerima Islam sebagai dasar pemerintahan. Ini bermakna PAS tidak pernah lari dari perjuangan Islamnya, manakala DS Anwar tetap menyerahkan keputusan menentukan siapa PM atau TPM kepada pimpinan di dalam PR. Kedua-dua kenyataan tokoh PR itu boleh kita baca di dalam akhbar Sinar, tidak terdapat di dalam Utusan Meloya. Utusan Meloya hanya menyiarkan apa yang sedap pada telinga pemimpin Umno, itu sahaja.

Saya bersetuju dengan pendapat Tuan Ibrahim Tuan Man, bahawa matlamat yang lebih penting adalah berusaha gigih mencapai kemenangan terlebih dahulu. Mungkin untuk pemimpin utama atau bakal PM boleh PR umumkan kerana agak sukar buat rakyat untuk memilih PR jika mereka masih kabur siapakah nanti pemimpin yang memimpin negara ini jika PR memerintah. Bagi jawatan yang lain, tidak perlu dibahaskan lagi kerana kesemuanya akan dibincangkan oleh pimpinan PR setelah berjaya menguasai Putrajaya. /wfauzdin.blogspot.com

Tangguh Ada Makna Tuu.. Ingat UMNO nak buat saja-saja...!!

Motif tersembunyi UMNO tangguh pemilihan


ALOR SETAR - Penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan dikatakan bukan untuk mengukuhkan jentera dan kekuatan parti itu untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang, sebaliknya dipercayai mempunyai agenda tersembunyi.

Pengerusi Biro Latihan PKR Kedah, Senator Ir Zamri Yusuf berkata, ada kemungkinan kepimpinan tertinggi UMNO tidak mahu jawatan Presiden parti yang disandang Datuk Seri Najib Tun Razak dicabar mana-mana pihak, selain untuk mengukuhkan kedudukan beliau yang diibaratkan sebagai baru setahun jagung memimpin UMNO.

“Jika dikaji dari pelbagai aspek, kita boleh lihat seolah penangguhan dibuat untuk agenda lain. Mungkin juga ini antara langkah yang mereka yakini berkesan untuk mengelak berlakunya perebutan jawatan dalam parti, terutama jawatan Pengerusi Negeri,” katanya.

Ir Zamri yang juga bekas Pengerusi PKR Kedah berkata, matlamat utama UMNO adalah untuk mengukuhkan kedudukan Najib, bukannya mengukuhkan jentera atau kekuatan parti, seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, baru-baru ini.

“Penangguhan ini juga bererti kedudukan Najib diutamakan, supaya tiada pihak yang mencabar kedudukan beliau. Saya simpati pada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan penyokongnya kerana terpaksa batalkan hasrat untuk menunjukkan kekuatan dan sokongan mereka dalam kalangan ahli parti,” katanya.

Menurutnya, kedudukan Ahmad Bashah pula kini semakin goyah kerana beliau langsung tidak berpeluang menunjukkan kekuatannya, kerana dibayangi pengaruh bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Saya lebih simpati pada Ahmad Bashah kerana tiada peluang untuk menonjolkan diri bahawa dia lebih popular berbanding Mahdzir. Nampaknya sukar untuk Ahmad Bashah mengekalkan kedudukan jika pelantikan terus jawatan itu dibuat Presiden, kerana diyakini lebih memihak pada Datuk Mohd Johari Baharum atau Datuk Seri Jamil Khir Baharom,” katanya.

Ir Zamri berkata, penangguhan pemilihan juga adalah jalan terakhir untuk UMNO membendung pertelagahan dan perebutan kuasa dalam parti, serta jalan singkat untuk menyelamatkan ‘orang kuat’ Presiden daripada disaingi.[Sinar Harian]