Sabtu, 23 Julai 2011

BICARA SELEBRITI- 30 JULAI 2011

Gambar : Sekitar Ijtima' Pilihanraya Pas Kelantan 2011

































Lagi Gambar & Sumber Gambar Facebook Pas Pasir Tumboh

Kematian Teoh: SPRM lucutkan tugas tiga pegawai

 
Dua hari selepas laporan Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock didedahkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengumumkan tiga pegawainya yang dikatakan bertanggungjawab telah dilucutkan daripada tugas operasi siasatan.

Ketiga-tiga mereka adalah - pengarah SPRM Hishamuddin Hashim, yang ketika itu timbalan pengarah SPRM Selangor dan dua pegawai penguatkuasanya Mohd Anuar Ismail dan Mohd Ashraf Mohd Yunus yang terbabit menyoal-siasat Teoh.

Suruhanjaya itu juga telah membentuk sebuah panel siasatan khas yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan dan Professionalisme) Datuk Zakaria Jaffar untuk menjalankan siasatan dalaman susulan yang menyeluruh serta menyediakan laporan yang komprehensif berhubung dakwaan dalam laporan itu ke atas ketiga-tiga mereka.

"Sementara hasil laporan susulan tersebut diperolehi, ketiga-tiga pegawai berkenaan dilucutkan atau dikecualikan daripada sebarang tugas operasi siasatan.

"SPRM ingin menegaskan bahawa Suruhanjaya ini tidak akan bertolak ansur atau melindungi mana-mana pegawai yang didapati bersalah melakukan apa-apa kesalahan jenayah atau tatakelakuan," kata SPRM dalam satu kenyataan hari ini.
Hasil laporan yang disediakan kelak akan dibentangkan kepada Jawatankuasa Aduan yang terdiri daripada empat orang individu bebas, yang dipengerusikan oleh mantan Hakim Mahkamah Rayuan dengan keanggotaannya terdiri daripada mantan Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, mantan Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam dan seorang peguam.

“Mereka-mereka ini adalah Datuk Hj Mohd Noor Abdullah, Datuk Muhammad bin Mohd Noor, Datuk Wan Abdul Wahab bin Abdullah dan V Ravindran,” petik kenyataan itu.
SPRM juga berkata pihaknya tidak akan melindungi mana-mana pegawai yang melanggar peruntukkan undang-undang atau melakukan sebarang perlakuan yang bertentangan dengan undang-undang.
[Berita penuh menyusul]

K'jaan harus mohon maaf kata Majlis Peguam

Majlis Peguam hari ini menolak penemuan Suruhanjaya Diraja yang mendapati pembantu politik DAP Teoh Beng Hock membunuh diri.

NONESehubungan dengan itu, presidennya Lim Chee Wee berkata kerajaan dan Suruhaanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) mesti memohon maaf kepada keluarga Teoh dan memberi pampasan sewajarnya atas kehilangan mereka itu.

"Majlis Peguam meminta kerajaan Malaysia dan SPRM untuk mempertimbangkan bagi memberi permohonan maaf bertulis kepada keluarga Teoh Beng Hock dan rakyat Malaysia, berhubung kematian itu,” katanya.

Katanya, pihak berkuasa juga wajar menyiasat pegawai SPRM yang dinamakan dalam laporan itu sama ada terdapat kemungkinan mereka melanggar Seksyen 304 dan 304A Kanun Keseksaan, iaitu membunuh tanpa niat dan menyebabkan Teoh mati akibat kecuaian mereka.

"Adalah jelas bagi Majlis Peguam bahawa tanggungjawab sepenuhnya kematian Teoh Beng Hock terletak di pihak SPRM dan tindakan segera mesti diambil ke atas pegawainya yang perlu bertanggungjawab ke atas kelakuan mereka,” kata Lim.

Dalam kenyataan medianya kepada Malaysiakini, Lim juga berkata penemuan suruhanjaya itu juga banyak tidak disokong oleh bukti ataupun keterangan saksi kes berkenaan.

Katanya, bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Aziz semasa laporan itu diumumkan, pakar forensik psikiatrik Paul Edward Mullen tidak memberi keterangan kononnya Teoh mempunyai “perwatakan yang lemah” sehingga menyebabkannya membunuh diri.

[Baca berita penuh]

Aktivis S'wak dihantar ke wad psikiatrik

Aktivis Sarawak Hii Tiong Huat, yang ditahan sebanyak tiga kali sepanjang dua minggu lalu kerana menyokong BERSIH 2.0 telah dihantar ke wad psikiatrik malam tadi oleh polis.

flash mob read newspaper upside down 020510 chou z lamMenurut pembikin filem dokumentari bebas Chou Z Lam (kiri), yang melawat Hii malam tadi dan pagi ini di hospital, Hii dimasukkan ke wad psikiatrik Hospital Kuala Lumpur tanpa persetujuannya.

"Selepas dibebaskan oleh pihak polis malam tadi, dia berkeras supaya pihak polis menghantarnya ke hospital supaya kecederaannya dapat dirawat. Dia kata kecederaan disebabkan oleh polis dan mereka mesti bertanggungjawab menghantarnya ke hospital,” kata Chou ketika dihubungi.

Namun tanpa persetujuan atau pengetahuan Hii, Chou berkata polis berurusan dengan pihak hospital bagi menempatkannya di wad psikiatrik.

"Doktor tolak tuntutan saya agar dia dibenarkan keluar dengan alasan saya bukan ahli keluarganya. Sekarang kita sedang cuba mendapatkan peguam bagai merunding situasi itu,” katanya sambil menambah keluarha Hii menetap di Sibu, Sarawak.

NONEChou berkata Hii dalam keadaan tenang ketika beliau berjumpa dengannya.

"Dia mengadu pesakit lain meludah di kecederaannya dengan mendakwa ia boleh mnyembuhkan luka itu. Pihak hospital juga tidak merawat kecederannya dengan betul.

"Saya risau dengan keadaannya. Telefon bimbitnya juga telah diambil. Bagaimana jika dia dicederakan oleh pesakit lain? Siapa perlu bertanggungjawab?” soal Chow.
[Baca berita penuh]

Tanpa Bourdon, majlis 'Scorpene' tetap berjaya

Pengusiran pulang peguam Perancis William Bourdon malam semalam tidak berjaya menggagalkan majlis makan malam yang yang diadakan di Dewan Sivik Petaling Jaya dengan tujuan mengutup derma bagi perbicaraan kes 'Scorpene' di Paris, September ini.

suaram submarine dinner 230711 03Kira-kira 500 orang hadir bagi membuktikan solidariti mereka kepada peguam berusia 55 tahun yang diupah oleh Suaram dan NGO hak asasi manusia yang lain.
Bourdon dan pasukannya diupah bagi membawa kes pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan jutaan ringgit kepada pegawai dan pemimpin kerajaan Malaysia di mahkamah di Perancis.

Antara penceramah pada majlis makan malam semalam adalah ahli parlimen PKR - Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Tian Chua (Batu) - dan juga kartunis Zunar.

Semua mereka membidas tindakan kerajaan BN yang mengusir peguam itu pulang malam semalam selepas menahannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pagi semalam.

Nurul Izzah berkata pengusiran Bourdon merupakan satu lagi bukti betapa terdapat sesuatu yang disembunyikan pentadbiran Najib Razak.

azlan“Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, perdana menteri kita yang dicintai. Sebab itu tindakan-tindakan tidak munasabah diambil (mengusir Bourdon).

"Saya fikir, kerana kerajaan telah mengusir beliau dengan cara yang tidak baik, ia membantu perjuangan kita. Ini semua satu ujian. Saya lihat apa yang berlaku sebelum 9 Julai hingga kini satu ujian kepada pentadbiran Najib. Ujian bagaimana pelan-pelan dan transformasi," katanya.
Seperti Burma
Beliau bagaimanapun kesal kerana tidak berpeluang bersemuka dengan peguam hak asasi yang tersohor itu.

Bagi Tian Chua, tahanan ke atas Bourdon mengimbas semula ingatannya terhadap apa yang terjadi kepada bintang Hollywood Malaysia Datuk Michelle Yeoh. Pelakon itu pernah disenarai-hitamkan oleh junta tentera Myanmar kerana berlakon sebagai pejuang pro-demokrasi negara Aung San Suu Kyi dalam filem terbarunya.

“Sedih saya katakan, tindakan (kerajaan Malaysia) ini telah membawa kita ke tahap seperti Burma,” katanya.

suaram submarine dinner 230711 02Sementara itu, Zunar pula mempersoalkan mengapa Bourdon dilarang masuk ke negara ini untuk bercakap mengenai kebenaran sedangkan Najib pula bebas ke luar negara menyampaikan maklumat yang tidak tepat.

“Mengapa Bourdon tidak boleh ke mari dan memberitahu kita perkara yang sebenarnya, sedangkan perdana menteri kita boleh ke luar negara menyebarkan pembohongan?” soalnya.
Pengarah Eksekutif Suaram Cynthia Gabriel menceritakan betapa cara penahanan dan pengusiran yang didakwanya tidak beretika oleh Jabatan Imigresen.

Beliau yang mengiringi Bourdon turut mendedahkan bahawa Bourdon dipaksa menandatangani satu kenyataan dalam bahasa Malaysia dan tidak difahaminya.

NONEMalah, menurut Cynthia, Bourdon turut 'diundang' untuk ditahan di KLIA selama tiga hari kerana dijadualkan balik ke Perancis pada Ahad ini namun ditolak Bourdon yang menggunakan wang sendiri membeli tiket baru untuk pulang ke Perancis jam 11.50 malam semalam.

"Bolehkah anda bayangkan? Pihak berkuasa Malaysia menangkap personaliti Perancis yang dikenali di serata dunia ini selama tiga hari,” katanya.
Kutip RM200,000
Kes kapal selam Scorpene telah difailkan oleh Suaram pada tahun lalu melalui Bourdon dan pasukannya.

Mereka mendakwa firma pertahanan Perancis DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada syarikat Perimekar dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

altantuya razak baginda mongolian murder 190607 arrivalBayaran komisyen kepada pegawai dan pemimpin kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamanya adalah isteri Abdul Razak Baginda.

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Najib dan pembantunya itu didakwa terbabit dengan pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah.

Kedatangan Bourdon Khamis lalu ke Malaysia selain bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam itu adalah juga untuk mengutip dana bagi tujuan membiayai kos perundangan di Perancis.

suaram submarine dinner 230711 yellow submarineWalaupun tanpa kehadiran Bourdon, majlis makan malam itu berjaya mengumpulkan lebih RM200,000.

Wang itu antaranya diperolehi melalui lelongan lukisan Zunar bertajuk 'Scorpene in Yellow Land' yang berjaya mengutip RM4,000 dan sebuah kek berupa kapal selam yang dijual pada harga RM650.

Scorpene: Misi dedah kebenaran tetap diteruskan

EKSKLUSIF Walaupun ditahan di Sepang, peguam Perancis William Bourdon berikrar untuk meneruskan misinya bagi mendedahkan kebenaran di sebalik kontroversi urusniaga melibatkan pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Urusniaga yang dimeterai antara kerajaan dan syarikat gergasi Perancis, DCNS, dikatakan membabit sogokan jutaan ringgit kepada pegawai tertinggi di Malaysia.

Menurut undang-undang Perancis, sogokan itu menyalahi undang-undang dan boleh dihukum.

NONEBercakap kepada Malaysiakini kira-kira sembilan jam selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Bourdon (kiri) menegaskan bahawa "kesediaannya untuk berkhidmat kepada pelanggannya tetap utuh walaupun dinafikan masuk ke dalam negara ini".

"Saya ingin memberitahu rakan-rakan saya di Malaysia bahawa saya akan meneruskan misi saya untuk berkhidmat kepada mereka. Saya tidak akan menyerah kalah.

"Saya ingin memberitahu mereka supaya menjaga diri mereka dan mempunyai keberanian untuk meneruskan perjuangan untuk keadilan," katanya.

Bourdon berkata beliau bingung dengan keputusan kerajaan untuk mengusirnya secara tiba-tiba kerana beliau tidak melanggar sebarang undang-undang dan datang ke negara ini sebagai memenuhi tugasnya kepada pelanggannya, Suaram - sebuah NGO tempatan yang sah.

Bagaimanapun, apabila pesawat yang dinaikinya dari Pulau Pinang mendarat di KLIA pada kira-kira 11.40 pagi tadi, pegawai Imigresen menahannya dan membawanya ke pusat tahanan, di mana beliau telah disoalsiasat selama beberapa jam mengenai lawatannya ke negara ini.

"Saya ditanya tujuan lawatan saya dan apa yang saya buat di Pulau Pinang. Saya memberitahu mereka apa yang saya buat kerana saya tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan.

"Saya telah disoal oleh tiga orang pegawai, yang cukup mesra dengan saya, tetapi mereka tidak dapat menjelaskan kepada saya dengan sempurna mengapa saya ditahan di pusat tersebut," katanya.
malaysiakini

Kenapa Harga Gula Naik? Ini jawapannya...

Salam Sejahtera,

Bermacam alasan yang diberikan bila harga gula dinaikan,,, mula-mula nak kawal penyakit diabetes,, dah habis idea tu, naik lagi nak selaraskan pulak,, naik lagi jawapnya nak kawal subsidi, kalau tidak negara jadi muflis....

Naik lagi harga gula, harga di pasaran dunia dah naik,,, asyik-asyik pengguna dok kena tipu,,,

Tau kenapa harga gula naik,,, harrrrggh baca DI SINI, ,malas aku nak copy paste,,,



Lepas ni Najib boleh lah tumpang naik belayar sama,,, Rosmah tak boleh naik,, Kalau Rosmah nak naik,, anggota penyelamat APMM kena stand by ikut sekali.....,,,ngeeeeeh....


Usir William Bourdon : Apa yang disembunyikan Najib?

KUALA LUMPUR 23 JULAI : Pengusiran peguam Perancis William Bourdon tidak mematahkan semangat badan bukan kerajaan, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dan Pakatan Rakyat dalam memastikan penyiasatan berkenaan skandal pembelian kapal selam Scorpene diteruskan.

Malah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyatakan pengusiran Bourdon merupakan satu lagi bukti betapa terdapat sesuatu yang disembunyikan pentadbiran Perdana Menteri Najib Razak.

“Kita tahu polis Perancis sudah memperoleh sejumlah banyak dokumen penting, mengaitkan (Datuk Seri) Najib Razak, perdana menteri kita yang dicintai. Sebab itu tindakan-tindakan tidak munasabah diambil hari ini (semalam).

"Saya fikir, kerana kerajaan telah mengusir beliau dengan cara yang tidak baik semalam, ia membantu perjuangan kita. Ini semua satu ujian. Saya lihat apa yang berlaku sebelum 9 Julai hingga kini satu ujian kepada pentadbiran Najib. Ujian bagaimana pelan-pelan dan transformasi," kata beliau pada majlis makan malam anjuran Suaram untuk mengumpul dana perundangan bagi menyiasat kes berkaitan di Perancis lewat tahun ini.

Kelmarin, Bourdon berucap di Pulau Pinang pada majlis sama anjuran Suaram dan sepatutnya berucap di sini malam tadi.

Bagaimanapun beliau ditahan sebelum sempat menjejakkan kaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sejurus tiba pada 11.40 pagi semalam dari Pulau Pinang.

Pengarah Eksekutif Suaram Cynthia Gabriel menceritakan betapa cara penahanan dan pengusiran yang tidak beretika oleh Jabatan Imigresen.

Beliau yang mengiringi Bourdon turut mendedahkan bahawa Bourdon dipaksa menandatangani satu kenyataan dalam bahasa Malaysia dan tidak difahaminya.

Malah, menurut Cynthia, Bourdon turut 'diundang' untuk ditahan di KLIA selama tiga hari kerana dijadualkan balik ke Perancis pada Ahad ini namun ditolak Bourdon yang menggunakan wang sendiri membeli tiket baru untuk pulang ke Perancis jam 11.50 malam semalam.

"Bolehkah anda bayangkan? Pihak berkuasa Malaysia menangkap personaliti Perancis yang dikenali di serata dunia ini selama 3 hari.

"Cara beliau ditangkap juga kejam. Sejurus kapal terbang mendarat dari Pulau Pinang pada 11.50 pagi tadi. Sebelum kami sempat keluar dari Kapal Terbang, 3 pegawai imigresen naik ke kapal dan mengarahkan Wiliam untuk mengikut mereka. Dia (Bourdon) tidak sempat menjejakkan kaki pun dan beliau sudah ditangkap," kata Cynthia lagi.

Pada Disember 2009 Suaram mengemukakan aduan di mahkamah Perancis meminta akses kepada maklumat mengenai perjanjian kerajaan yang ditandatangani Abdul Razak Baginda dari Perimekar Sdn Bhd dan maklumat lain yang diklasifikasikan sebagai rahsia rasmi di Malaysia.

Mahkamah Perancis menerima aduan itu untuk menyiasat dakwaan rasuah berjumlah RM500 juta dari DCNS kepada Perimekar.

DCNS didakwa membayar komisyen “yang amat tinggi” kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Sementara itu, ahli parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menghabiskan kira-kira 20 minit untuk menggambarkan mengenai urusan pembelian kelengkapan pertahanan sepanjang tiga tahun lalu, berjumlah RM16 bilion, jumlah besar berbanding dengan negara lain di rantau ini.

Pua mendedahkan ia termasuklah RM2.3 bilion untuk membeli 12 unit helikopter Eurocopter EC725, RM6 bilion untuk memiliki kapal rondaan luar pesisir pantai (OPV) dan RM7.8 bilion untuk mendapatkan 257 kereta perisai.

Beliau melahirkan kekecewaannya walaupun menganggotai Jawatankuasa Kirawang Awam di parlimen, penyiasatan seperti ini lazimnya berakhir dengan alasan 'ia rahsia' dan 'tidak boleh menjatuhkan kredibiliti orang lain.'

"Boleh tak kita minta pakar pertahanan ke PAC beri konsultasi, mereka kata tak boleh. PAC hanya panggil pegawai sahaja dan kemudian kes tutup...saya sudah nampak di PAC. sebab itu saya hargai usaha Suaram untuk siasat komisyen RM 500 juta Perimekar ini. Ia amat susah," kata beliau ketika menceritakan pengalaman beliau di bawah PAC.


TVS News

Ada Persamaan Ben Ali Dan Najib Rupanya...

Tindakan Datuk Seri Najib Razak menghalau peguam, William Bourdon yang mengendalikan kes rasuah Scorpene di Perancis, ‘melayakkan’ Perdana Menteri itu sebaris dengan diktator lain di dunia. Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mengingatkan semua pihak bertapa perbuatan Najib itu mengulangi kezaliman bekas Presiden kuku besi Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali yang digulingkan rakyat baru-baru ini. “Bourdon sebelum ini pernah dihalau oleh Ben Ali. Kali ini, Najib pula mengulangi tindakan sama. Najib sama seperti Ben Ali, sebaris dengan Ben Ali. Tiada bezanya mereka berdua. “Kalau tidak salah, kenapa dihantar balik peguam Perancis. 



Bourdon datang untuk jalankan tanggungjawabnya mendedahkan kontroversi pembelian Scorpene,” katanya yang lebih dikenali Chegu Bard kepada KeadilanDaily, hari ini.

Bourdon dijadualkan memberi ucapannya di Selangor malam semalam dan 23 Julai di Ipoh, Perak sebelum ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dihantar pulang ke Paris jam 11.30 malam semalam.

Beliau aktif dalam memulakan prosedur undang-undang di Perancis terhadap bekas pemimpin Serbia atau pemimpin Rwanda yang disyaki melakukan jenayah kemanusiaan dan jenayah perang.

Beliau juga peguam kepada keluarga asal Perancis-Chile yang menjadi mangsa kepada bekas diktaktor Augusto Pinochet, selain mempertahankan beberapa banduan Perancis yang ditahan di Guantanamo.

Ben Ali pula seorang beragama Islam tetapi tidak melaksanakan pemerintahannya berlandaskan syariat, malah menolak tuntutan al-Quran sebagai dasar sesebuah kerajaan sekalipun majoriti rakyat, beragama Islam.

Ben Ali juga menukarkan Tunisia kepada sebuah kerajaan polis apabila meletakkan seorang anggota polis bagi mengawal setiap 100 penduduk

Pemerintahan kuku itu berakhir berikutan kebangkitan rakyat hingga menyebabkan Ben Ali dan isterinya, Laila Trabelsi yang popular sebagai First Lady dan boros membelanjakan wang rakyat, melarikan diri ke luar negara.

Mengulas lanjut, Badrul berkata, Najib dalam keadaan semakin terdesak dan kini takut akan bayang-bayangnya sendiri hingga akhirnya memalukan dirinya sendiri.

“Najib semakin tergugat apatah lagi takut pembohongannya terdedah dengan pembongkaran Bourdon,” kata Ketua Cabang Rembau itu./kd

Penangkapan Bourdon memburukkan lagi imej negara

Tindakan Kerajaan menangkap peguam Perancis, William Bourdon akan menambahkan tercemarnya lagi nama negara, kata AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, sepatutnya selepas pulang dari luar negara dan bertemu Pope, Queen Elyzabeth dan Perdana Menteri Britain, PM DS Najib Tun Razak berpandangan lebih luas, namun kini ternyata tidak.

"Balik sahaja dari luar negara, Najib terus membuat perangai buruk apabila menangkap William Bourdon, peguam hak asasi manusia dari Perancis ini. Sudah tentu ini akan menyebabkan semua mata peringkat antarabangsa akan melihat kita lagi.

"Sebelum ini majalah Economist di sensor, laporan tentang cara perhimpunan Bersih 2.0 dikendalikan belum selesai, ditambah pula dengan tindakan ini," kata Dr Dzulkefly kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas penangkapan peguam hak asasi manusia Perancis William Bourdon di KLIA tengahari tadi. Bourdon ditangkap oleh sekumpulan pegawai Imigresen yang naik ke atas kapal terbang itu sebaik sahaja kapal terbang mendarat

William Bourdon, dijangka menghangatkan lagi politik Malaysia apabila beliau akan memberikan ucapan utama di tiga majlis anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bermula malam tadi di Pulau Pinang.

Bourdon, peguam Suaram bagi kes pembelian dua kapal selam Scorpene yang penuh kontroversi itu akan menceritakan perkembangan terkini kes itu malam ini di Dewan Sivik MPPJ.

Bagi Dr Dzulkefly, arahan penangkapan ini tentu dari pihak atasan pentadbiran Najib bagi menyekat apa-apa maklumat yang hendak disampaikan beliau dalam majlis malam ini dan esok.

"Mengapa Najib terus-terusan mencetus tindakan yang tunjukkan beliau hilang kawalan dan tertekan begini.

"Sepatutnya lepas jumpa Queen, Pope dan Perdana Menteri Britain, wibawanya akan tinggi dan menunjukkan kepada dunia beliau masih menguasai pentadbiran Malaysia dengan baik.

"Langkah ini akan mencetuskan pandangan umum yang burukkan pentadbiran beliau dan dia sendiri," kata Dr Dzulkefl kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, tindakan menaham peguam Suaram ini seolah-olah membayangkan Najib mengesahkan tanggapan ada perkara yang nak dilindungi beliau dari diketahui rakyat dalam majlis di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) dan di Ipoh esok.

Ia juga, katanya, mencetus minat rakyat dan media antarabangsa untuk isu Scorpean ini dan bakal menjadi fokus media antarabangsa dan rakyat selepas ini.

"Najib meletakkan negara dalam mata antarabangsa dengan lebih buruk lagi. Ia akan menjejaskan negara sebagai destinasi pelaburan atas dakwaan rasuah hingga melibatkan orang no 1 negara," katanya.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Selangor yakin, jika Najib tidak bertindak sebegini, majlis makan malam mengutip dana Suaram dan kedatangan Bourdon ini akan berlalu begitu sahaja.

"Namun apabila warga asing ditangkap, peguam hak asasi manusia Mahkamah Perancis pula, ia satu tindakan desperate yang bakal memburukkan lagi keadaan," katanya.
penangdaily

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1Suxsp5l6