Ahad, 3 April 2011

Apa salah OKU tersebut sampai kena ISA...cuba bagitahu rakyat jelata....

NGO berang OKU PKR ditahan ikut ISA

NGO anti Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) berang dengan satu lagi tangkapan di bawah undang-undang yang dianggap mereka sebagai 'kuku besi - kali ini membabitkan seorang pengusaha restoran dari golongan orang berlainan keupayaan (OKU).

"Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) membidas tahanan baru di bawah ISA itu atas dakwaan terbabit dengan kegiatan subversif,” kata pertubuhan itu dalam satu kenyataan hari ini.

isa internal security act vigil 050108NGO tersebut mendakwa Kadir Hashim, 42 ditangkap semalam oleh anggota polis cawangan khas mengikut Seksyen 73 (1) Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA).

Memetik ahli keluarga, NGO berkenaan berkata Kadir adalah OKU yang menjalankan perniagaannya di Kampung Kerinchi, Kuala Lumpur.

Kadir, seorang aktivis juga adalah ahli pemuda PKR cawangan kampung itu.

NGO berkenaan turut mempersoalkan mengapa ISA perlu digunakan ke atas Kadir dan melahirkan rasa prihatin terhadap keselamatan dan keadaan diri pemuda itu.

"Kami gesa kerajaan membenarkan peguam dan ahli keluarga melawat Kadir bin Hashim pada kadar segera,” petik kenyataan itu.

GMI dan Suaram juga mendakwa insiden itu membuktikan bahawa penggunaan ISA dicabuli atas alasan keselamatan negara sedangkan tahanan itu sekadar berkepentingan politik.

"Kami gesa kerajaan mendakwa tahanan ini di mahkamah; ataupun jika tidak, beliau mesti dibebaskan segera dan tanpa sebarang syarat,” kata NGO itu lagi.

RON95..he he he Hangpa Tunggu Laa Noooo....!!

K'jaan tak boleh jamin harga RON 95 kekal
Kerajaan tidak bercadang menaikkan harga petrol RON 95 buat masa ini sekalipun harga semasa minyak mentah di pasaran dunia semakin meningkat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan tidak dapat menjamin perkara tersebut pada masa depan jika krisis di negara pengeluar minyak berterusan.

petrol price hike consumer interview 040608 01"Sekarang ini kita (kerajaan) tanggung subsidi bagi RON 95 sebanyak 79 sen, tambahan subsidi sebanyak RM4 bilion,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Bank Rakyat 2011, di Kuala Lumpur hari ini.

Ismail Sabri diminta mengulas kenaikan harga petrol RON 97 sebanyak 20 sen seliter yang berkuat kuasa hari ini.

Beliau berkata, sekalipun kerajaan sebelum ini pernah menyatakan subsidi melebihi 30 sen ditanggung pengguna, namun demi kepentingan rakyat kerajaan tidak berbuat demikian menyebabkan beban subsidi yang ditanggung semakin besar.

Ditanya sama ada kenaikan harga RON 97 akan meningkatkan harga barangan, Ismail Sabri berkata tidak ada sebab untuk perkara itu berlaku memandangkan lori pengangkut menggunakan diesel.

NONEPada masa yang sama beliau turut meminta masyarakat mengubah sikap terlalu bergantung kepada subsidi kerana tindakan sedemikian mampu membantutkan usaha kerajaan membantu golongan yang benar-benar memerlukan.

"Rakyat juga perlu tanya pada diri sendiri adakah perlu RM4 bilion itu kita nak tanggung subsidi minyak atau nak gunakan untuk pembangunan lain," katanya.

Mengulas perkembangan lain, Ismail Sabri berkata sebuah jawatankuasa kerja bagi meneliti cadangan mewujudkan kedai menjual bahan makanan pada harga diskaun sudah ditubuhkan.

"Kita akan bincang dengan beberapa pihak luar, peniaga dan sebagainya. Banyak perkara yang perlu kita lihat dari segi kedai mana yang hendak digunakan, apa produk yang hendak dijual. Tapi yang jelasnya produk yang nak dijual itu nanti mestilah betul-betul produk keperluan kita," katanya.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan sedang mengkaji untuk memperkenalkan pembukaan kedai yang menjual bahan makanan pada harga diskaun untuk dijual kepada rakyat bagi membantu rakyat menghadapi inflasi.

- Bernama

Penduduk 6 kampung mahu tunjuk ‘kemarahan’ kepada Taib Mahmud

Kebencian rakyat Sarawak terhadap Taib Mahmud semakin meluap-luap
 
SERIAN: Selepas lebih 11 tahun bersabar, penduduk di enam Kampung di daerah ini, bertekad untuk menghukum kerajaan pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada pilihan raya negeri Sarawak kali ini.

Kemarahan penduduk kampung itu berpunca apabila syarikat Tetangga Akrab Sdn Bhd yang didakwa milik kroni pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak dikatakan merampas tanah adat warisan keluarga mereka.

Seorang penduduk, Muhammad Daud Asseng Abdulah, berkata tanah itu diduduki keluarga mereka sejak ratusan tahun dahulu tetapi kini digadai kerajaan Sarawak.

“Nenek moyang kami yang meneroka dan menduduki tanah ini. Tetapi, tanah kami dirampas. Kerajaan Sarawak pula menyerahkan tanah itu kepada sebuah syarikat untuk ditanam dengan pokok sawit,” katanya kepada KeadilanDaily.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim d Kampung Danau Malikin yang terletak dalam DUN Balai Ringin, hari ini.

Daud berkata, kampung yang terlibat dalam rampasan tanah itu ialah Kampung Mantu Tapu, Kampung Plaman Engkeros, Kampung Plaman Riih, Kampung Plaman Pridan, Kampung Sungai Niyang dan Kampung Paon Gahat.
Anwar sentiasa disambut, dilayan selaku pahlawan Bumi Kenyayang

Difahamkan, lebih 100 keluarga mendiami kampung yang kebanyakannya terdiri dari masyarakat keturunan Bidayuh.

“Habis semua pokok durian, lada, koko dan getah ditebang. Pampasan pun tidak diberi,” kata Daud sambil mengesyaki wujud amalan rasuah di kalangan kakitangan kerajaan yang menguruskan pertukaran hak milik tanah itu.

Beliau berkata, kes itu dalam proses perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuching sejak 2000 melalui khidmat guaman Dominic Ng – Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pandungan.

“Kemarahan orang kampung akan ditunjukkan pada pilihan raya negeri kali ini. Sama ada kami menang atau pun kalah dalam kes itu, keputusan kami muktamad. Kami mahu menghukum Taib dan BN,” tegas Daud

Ku Li yakin rakyat tolak tuduhan video seks Anwar

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 2 Apr: Vateran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah turut menyelar pihak yang menggunakan video lucah sebagai senjata politik menyerang pihak lawan.

Mengulas isu yang sedang memangsakan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tengku Razaeligh yang lebih dikenali 'Ku Li' berkata, tindakan tersebut bukan sahaja keji dan jijik malah ianya bukan budaya Melayu apatah lagi ianya bercanggah dengan ajaran Islam.

"Rakyat Malaysia punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak baik' kata Ku Li.

"Apatah lagi bagi orang Melayu Islam, tak patut kita lakukan benda yang jijik yang dipandang rendah oleh orang. (Apa guna) kita buat perkara yang hina di sisi masyarakat," tegas beliau dalam temubual dengan TV Selangor.

Bagaimanapun, beliau yang juga mantan Naib Presiden Umno, yakin cubaan untuk memburukkan Anwar dengan taktik itu tidak akan berhasil memandangkan kaedah hampir sama diguna terhadap Ketua Umum PKR itu pada tahun 1998, namun gagal.

Pihak yang bertanggungjawab terhadap video itu juga katanya sebenarnya mengamalkan 'politik longkang' dan telah tersalah langkah kerana orang Melayu Islam tidak boleh menerima tuduhan sebegitu apatah lagi ianya didedahkan dengan penuh persoalan yang tidak dijawab.

"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah," kata beliau.

"Saya rasa (video seks) ini salah langkah. Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," tegas beliau.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar membuat pengumuman mengejutkan apabila mengisytiharkan video itu adalah tulen namun tidak mengulas sama ada pelakunya dikenal pasti.

Beliau berkata hasil siasatan sudah di fasa terakhir dan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat

PAS yakin mampu menang kerusi pertama


Setelah pulang dengan tangan kosong selepas dua pilihan raya negeri Sarawak, PAS yakin percubaan ketiga parti itu kali ini akan membuahkan kejayaan. PAS sedar yang parti itu tidak mendapat sokongan secukupnya daripada kalangan orang Islam, yang merupakan 26 peratus daripada populasi Sarawak, untuk memenangi kerusi pertamanya di negeri ini, dan dengan itu turut berusaha mendapatkan sokongan pengundi bukan Islam yang tidak berpuas hati. longhouse

Ketua PAS Sarawak Adam Ahid mendakwa "perubahan mood" di kalangan pengundi Islam dan bukan Islam akan membawa kebaikan kepada parti itu. "Di Beting Maro pada pilihan raya negeri yang lepas, contohnya, terdapat hanya sebuah rumah panjang yang menyokong kami. Kini, terdapat tiga buah rumah panjang yang telah menyatakan sokongan kepada kami," katanya. Beting Maro, kawasan majoriti Melayu di Sri Aman, adalah satu daripada lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan ditandingi oleh PAS, yang telah melebarkan sayapnya ke Sarawak pada 1996.

Empat lagi DUN ialah Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu. Adam berkata PAS telah menubuhkan Dewan Himpunan di Miri untuk mendekati pengundi Islam dan bukan Islam di kawasan bandar. Bagi mendapatkan sokongan masyarakat Iban, beliau berkata PAS akan menumpukan pada tanah hak adat (NCR), isu yang dekat dengan hati mereka. Adam berkata parti itu akan meletakkan calon berwibawa dengan latar belakang profesional. "Kami tidak mahu terlalu yakin, tetapi kami sedang berusaha melahirkan apa yang kami panggil "Anak Sulung PAS"," katanya. Penganalisis politik, bagaimanapun, berpendapat adalah mustahil untuk PAS memasuki Dewan Undangan Negeri.

Menurut pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Awang Azman Awang Pawi, laluan "amat sukar" bagi PAS berikutan latar belakang penduduk yang terdiri daripada pelbagai agama, kebudayaan dan etnik. "Rakyat masih sukar untuk menerima ideologi sebuah negara Islam, dan PAS dianggap sebagai sebuah parti ekstremis," katanya.

Awang Azman berkata PAS telah disamakan dengan penduduk Islam di Mesir, dianggap sebagai pergerakan Islam paling berpengaruh di dunia, dan keadaan itu telah menakutkan banyak orang. "Faktor lain ialah kaum Bumiputera, sama ada Islam dan bukan Islam, lebih selesa dengan PBB daripada PAS yang berpangkalan di Semenanjung," katanya.

"Bumiputera Islam ialah minoriti di negeri ini, tetapi pencapaian mereka dalam bidang pendidikan dan ekonomi agak signifikan, dan rakyat menghargainya," katanya. - Bernama

Jika Dah Tulen Kenapa Tak Tangkap & Dakwa Datuk T atas Tuduhan Memiliki & Menyebar Video Lucah...!!

Banyak yang tak betoi ni...

Kalau kita ikut undang undang negara yang dijunjung sangat sangat oleh Umno tu, Datuk T bertiga tu dah boleh dikenakan tindakan kerana menyimpan, memiliki, dan menayang video lucah kepada umum. Datuk Trio patut dikenakan tindakan kerana ia melibatkan penayangan dan mereka juga memiliki bahan lucah yang jelas terlarang.

Ini yang peliknya dengan Malaysia yang jelas mengamalkan undang undang double standard. Satu khusus untuk rakyat marhaen lain dan satu lagi khas untuk ahli Umno dan Barisan Nasional.

Sepatutnya siasatan terhadap video fitnah tersebut harus tertumpu kepada motif tayangan itu dibuat dan bukannya semata-mata soal ketulenan rakaman berkenaan. Beberapa perkara perlu dijelaskan apabila laporan sudah dibuat kerana Anwar turut menafikan beliau terlibat. Pihak Polis perlu menangkap Rahim Thamby Chik dan Shazryl Eskay Abdullah serta Shuib Lazim kerana mereka adalah suspek utama dan bukan saksi seperti didakwa Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussien si akai pendek.

Mereka sepatutnya ditangkap segera dan lakukan soal siasat terhadap mereka, bukannya mengambil kenyataan sahaja. Datuk T juga boleh didakwa mengugut kerana mengeluarkan kenyataan mendesak Anwar dan isterinya, Wan Azizah Wan Ismail supaya meletak jawatan dalam parti.

Banyak sangat benda yang tak betul nih dan polis perlu tegas mengambil tindakan dan hukum mereka mereka yang didapati bersalah. Bukannya menurut kata nista pemfitnah dengan menekan lagi Anwar yang jelas menafikannya.

JANGAN DISIASAT KETULENAN VIDEO SEKS TU SAJA, TAPI SIASAT SIAPA YANG MENYERUPAI ANWAR YANG SEDAP SEDAP MEMBAHAM CHINA DOLL TUH!!!!

http://shalehudin.blogspot.com/2011/04/banyak-yang-tak-betoi-ni.html

Giliran Najib pula ajak orang Pulau Pinang bermimpi

http://media.themalaysianinsider.com/images/uploads/2010/08/20/najib-guaneng-aug20.jpg
Hari tu Muhyiddin, Timbalan Presiden Umno dengan megah mengisytiharkan yang Umno BN akan kembali berkuasa di Selangor dengan menyasar memenangi 9 kerusi. Walaupun ramai tahu kedudukan Pakatan Rakyat di Selangor agak mantap ekoran prestasi memberangsangkan di bawah MB Tan Sri Khalid Ibrahim disamping kelemahan dalaman Umno BN sendiri selain kebencian rakyat kepada ketempangan dan kepincangan Umno BN yang lalu, namun Muhyiddin tanpa segan terus memainkan juga lagu-lagu khayal dan mengenakkan telinga sekadar sesama Umno BN.

Apa lagi yang nak beliau katakana bila mengunjungi Selangor, takkanlah beliau nak katakan PR bagus!

Kini giliran Najib pula. Dalam kunjungan beliau ke Pulau Pinang, beliau pula mengisytiharkan yang BN bakal merampas kembali Pulau Mutiara itu dari tangan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang. Alasan Najib – terdapat angin perubahan meniup deras di Pulau Pinang. Sekali lagi sindrom Umno Kelantan turut dimainkan di Pualu Pinang, iaitu Umno dan BN kuat dan pelbagai lagi.

Hakikatnya tulang belakang BN di Pulau Pinang iaitu Gerakan sudah pupus, apa lagi MCA dan MIC yang sepatutnya membantu meneguhkan kedudukan Umno turut hancur berkecai. Umno sendiri kalah beberapa kerusi pada PKR dan PAS. Dan dari 11 kerusi (PR menang 29 kerusi)DUN yang Umno menang di Pulau Pinang hampir 5 kerusi di bawah majoriti 500 undi.

Demikian kedudukan BN di Pulau Pinang kini, apa yang isitmewa yang boleh melonjakkan mereka bangkit untuk merampas kembali Pulau Pinang sebagaimana dibayangkan Najib?

Bolehlah Najib dan Muhyiddin jelajah Selangor, Pulau Pinang dan kemudian Kedah dan Kelantan, berdegar-degar mendabilk dada mendakwa BN dan Umno boleh rampas kembali negeri-negeri ini. Sekadar cakap kosong, siapa pun boleh. Malangnyabuat mereka berdua rakyat Malaysia kini sudah dewasa terutama dari segi pertimbangan dan membuat keputusan.

Mustahil mereka mahu kembali kepada ketempangan dan kepincangan yang lampau. Jangankan negeri-negeri yang disebutkan itu, malah negeri-negeri lain termasuklah Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan lain-lain semua ada potensi menolak BN yang semakin membosankan.

Roslan SMS

PAS Melaka Akan Pertahankan PASTI Bukit Katil Daripada Diroboh

PAS Melaka tetap akan mempertahankan sebuah tadika PASTI yang terletak di Bukit Katil daripada dirobohkan bagi tujuan pembinaan jalan di situ.

Ketua penerangan kawasan itu Mohd Yusof Wahab berkata, PAS tetap tidak akan berganjak malah tidak akan menerima sebarang bayaran pengambilan tanah dari kerajaan negeri.
Mohd Yusof yang juga pengerusi jawatankuasa bertindak mempertahankan PASTI itu berkata, pihaknya mempertahankan pusat pendidikan itu kerana ia sudah beroperasi lebih 15 tahun dan sudah mendidik ribuan pelajar.

Katanya, walaupun cadangan pengambilan tanah terhadap tapak sebuah surau yang terletak di situ bagi pembinaan jalan berkenaan tidak lagi diteruskan setelah kajian semula dilakukan kerajaan negeri, namun tapak tadika PASTI tetap akan diambil.

"Kita hanya mempertahankan hak kita. Kita akan teruskan bantahan dan kita tidak akan berganjak daripada ini.

"Lagi pun, pihak yang mewakafkan tanah ini dulu, adalah bagi tujuan didirikan sekolah untuk mendidik anak bangsa supaya lebih berakhlak mulia.

"Tambahan pula, kos untuk membina sekolah ini mencecah RM110,000 dan semuanya adalah hasil sumbangan orang ramai yang bertujuan mendidik anak bangsa. Kami lima sen pun tidak guna wang kerajaan," katanya.

'Bukan tiada alternatif'
Jelas Mohd Yusof (gambar), sebelum ini, beberapa siri bantahan telah diadakan berikutan cadangan pembinaan sebuah jalan di kawasan ini yang akan mengakibatkan tanah tapak tadika PASTI dan sebuah surau diambil kerajaan negeri.

Bagaimanapun, setelah dikaji semula, tapak surau berkenaan tidak lagi termasuk dalam kawasan yang akan diambil.

"Kalau kerajaan negeri boleh keluarkan peruntukan berjumlah RM500 juta untuk bina Sekolah Harapan yang bertujuan untuk memulihkan kembali akhlak remaja terlanjur, mengapa pula hendak robohkan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di sini.

"Hanya semata-mata hendak membuat jalan, mengapa sanggup korbankan sekolah ini yang ternyata niatnya juga sama untuk mendidik anak bangsa ke arah akhlak terpuji. Masalahnya, bukan tiada alternatif lain.

"Sedangkan laluan lain pun ada, mengapa nak robohkan tadikan PASTI ini. Jelas kerajaan negeri ada muslihat tersendiri" dakwanya.

Menurut Mohd Yusof, sebagai membantah pengambilan tanah berkenaan, satu majlis solat hajat telah diadakan bertempat di Pasti Bukit Katil malam semalam.

Turut serta pada majlis itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub serta wakil dari PKR dan DAP akan turut memberi ceramah semasa program berkenaan.

Usaha Malaysiakini mendapatkan penjelasan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam setakat ini belum berhasil. -mk

Anwar gegar Sarawak...