Jumaat, 11 Februari 2011

PANAS!! Operasi Lalang: Mahathir Londeh Seluar Sendiri!!

Operasi Lalang: Penafian Mahathir, Dedahkan Lebih Banyak Kebenaran


Pengarah Suara Anak Malaysia (SUARAM), Dr Kua Kia Soong berkata, walau sehebat mana Tun Dr Mahathir Mohamad cuba membersihkan imejnya bersabit Ops Lalang 1987, ia hanya akan mendedahkan banyak lagi kebenaran ketika insiden itu berlaku.

"Setidak-tidaknya satu fakta menonjol. Dr Mahathir sekarang tampaknya malu kerana peranannya dalam Operasi Lalang dan beliau hanya membenarkan tindakan pengecutnya itu selepas dua dekad lamanya," kata Dr Kua dalam satu kenyataan media hari ini.

Kenyataan Dr Kua itu terbit susulan daripada kenyataan bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Hanif Omar yang mendakwa Dr Mahathir tidak pernah mengarahkan penangkapan pembangkang secara beramai-ramai di bawah Ops Lalang.

"Pertama-tamanya, apa yang kita harapkan dari seorang bekas IGP yang bersara daripada jawatan tertinggi dalam jabatan polis dan menjadi ahli lembaga pengarah syarikat yang berkaitan dengan perjudian seperti Genting Higland.

"Ada dua isu di sini, etika pegawai atasan dalam kerajaan yang menyertai syarikat yang akan memberikan kesan kepada jabatan tempat beliau bertugas sebelum itu, dan yang kedua, sikap hipokrit melarang pekerja Islam bekerja di syarikat yang menyediakan arak namun membolehkan golongan elit Muslim masuk ke tempat perjudian," tulis Dr Kua lagi.

Anehnya ujar Dr Kua, orang seperti Hanif Omar bermati-matian berkata beliau merupakan pemimpin pasukan polis ketika itu dengan penuh tanggungjawab menjalankan tugas dalam Operasi Lalang tanpa menerima sebarang arahan mahupun tekanan politik oleh Mahathir yang ketika itu adalah Menteri Dalam Negeri.

"Tapi adakah (Mahathir) boleh lepas dari tanggungjawab walaupun bekas IGP dengan begitu hebat tampil ke hadapan dan mendapatkan kredit untuk itu?," soal Dr Kua terhadap tindakan Mahathir yang terus-terusan cuba berselindung di sebalik keterlibatannya dalam Ops Lalang.

Malah Mahathir sebelum ini dilaporkan berkata, beliau telah bertemu dengan pembangkang dan menyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap.

Bahkan mendakwa, beliau tidak boleh berbuat apa-apa selain patuh dengan tindakan yang dilakukan oleh polis.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu menyifatkan kenyataan Mahathir sebagai tidak boleh dipercayai.

Mohamad ketika dihubungi Tv Selangor berkata, kuasa penahanan polis hanya untuk tempoh sebelum atau genap 60 hari dan yang selebihnya adalah di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri.

“Dia tidak boleh nafikan sebab selepas 60 hari adalah kuasa Menteri Dalam Negeri sama ada membebaskan, menahan seseorang ataupun diletakkan dalam tahanan daerah di bawah kuasa Menteri Dalam Negeri.

“Lee Kim Sai lari ke Australia, Najib pergi ke Jakarta dan Shahidan Kassim yang berucap supaya orang Melayu membawa mancis api untuk ke Kuala Lumpur dalam perhimpunan Melayu tetapi semuanya tidak ditangkap.

Saya yakin senarai polis tidak terlibat sepenuhnya, ahli politik turut terlibat sama,” katanya.

Dalam Ops Lalang yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987, seramai 106 orang iaitu sebahagian besar ahli politik pembangkang dan beberapa ahli politik dari Umno dan MCA, ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala permit penerbitan akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan, telah dibatalkan.

Dalam buku terbaru bertajuk, "Doctor M: Operation Malaysia - Conversation with Mahathir Mohamad", Mahathir memberitahu dalam wawancaram dengan wartawan veteran Amerika, Tom Plate bahawa penangkapan tersebut adalah keputusan polis dan tiada apa yang boleh dilakukannya untuk menghalang perkara tersebut.
 

BAIK BETUL M'SIA... OFFER BIASISWA KEPADA INDONESIA!!!

...bak kata orang lama-lama .... anak kera disusukan anak dirumah mati kelaparan.... itulah pemimpin BN kita pada hari ini....

(UM) JAKARTA 10 Feb. - Dalam usaha menarik rakyat Indonesia melanjutkan pengajian di Malaysia, kerajaan menawarkan pelbagai pelan biasiswa kepada bakal siswazah dari negara jiran itu.

Tawaran biasiswa itu merupakan insentif yang dijangka membuka ruang yang lebih luas bagi menarik kemasukan yang lebih besar pelajar antarabangsa di Malaysia.

Selain pelan biasiswa, pelbagai program pengajian yang ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi (IPT) juga menjadi tarikan buat rakyat Indonesia untuk memilih melanjutkan pengajian di Malaysia.

"Tawaran ini merupakan pendekatan yang sejajar dengan matlamat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai hab kecemerlangan pendidikan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui pada pameran pendidikan Kampus-Kampus Tren Jakarta 2011 di sini, hari ini.

Pameran Kampus-Kampus Tren Jakarta 2011 dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Nasional Indonesia bermula hari ini sehingga 12 Februari ini.

Menjelang 2015, negara mensasarkan kemasukan 150,000 pelajar antarabangsa dari seluruh dunia yang sekali gus untuk menjayakan matlamat menjadikan Malaysia sebagai hab pendidikan

Pelajar Sikh di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)


Pendaftaran pelajar bukan Islam di Pusat Asuhan Tunas Islam, PASTI bukanlah perkara baru. Sebelum ini sudah ada ibu bapa bukan Islam yang mendaftarkan anak-anak mereka kerana yakin dengan sistem pelajaran yang dibawa oleh institusi pendidikan pra-sekolah di bawah Pemuda PAS ini [Pasti Johor].

PASTI seharusnya diberikan pujian kerana berjaya meyakinkan orang bukan Islam untuk mendaftarkan anak mereka meskipun sistem pendidikan pra sekolah ini berteraskan Islam.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur dan PAS Cawangan Taman Cempaka telah mengunjungi Pasti Bestari Taman Cempaka yang mempunyai seorang pelajar bukan beragama Islam iaitu Harwanjit Singh a/l Taranjit Singh.



Jika sebelum ini, orang-orang bukan Islam sering ditakut-takutkan untuk mendekati Islam dengan momokan seperti "hudud", "berkhatan" dan "pengganas". Namun begitu, hasil kerjasama serta toleransi PAS dan DAP nampaknya sedikit sebanyak telah berjaya menghilangkan rasa takut orang bukan Islam untuk mendampingi dan memahami Islam.

 
ReJaM© "Orang bukan Islam lebih paham Islam berbanding kumpulan songkok tinggi"

Apacer Lim Guan Eng Berkopiah?

Gambar Palsu Lim Guan Eng Pula Tersebar
NONEJika sebelum ini terdapat gambar palsu yang memaparkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyembelih lembu ketika Aidil Adha, kali ini terdapat risalah yang diedarkan di Balik Pulau menunjukkan setiausaha agung DAP itu memakai ketayap.


Gambar itu menunjukkan Lim bersama ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan speaker dewan undangan negeri Pulau Pinang, Abdul Halim Hussein di sebuah surau di majlis rasmi di Komtar.

Ketiga-tiga mereka memakai batik dan berketayap.

Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasan Melayu di Balik Pulau sejak minggu lalu.



Lim pada sidang media di Komtar, hari ini menunjukkan kepada wartawan gambal asal ketiga-tiga mereka yang dirakamkan pada majlis berkenaan.

leaflet"Tiada seorang pun daripada kami yang memakai kopiah," katanya.

"Kopiah ini hanya digunakan oleh orang Islam dan saya tidak akan menggunakannya sebagai menghormati masyarkat Melayu,” katanya.

Lim berkata jika Anwar mendapati beliau memakai ketayap, sudah pasti ketua pembangkang itu akan menegurnya.

"Lihat betapa jahatnya sesetengah pihak... ini satu lagi contoh fitnah ke atas pemimpin kerajaan negeri,” katanya.

Lim menafikan beliau pernah memakai ketayap tetapi mengakui pernah memakai serban Sikh sebelum ini.

Adalah dipercayai risalah berkenaan hanya diedarkan di kawasan Melayu di Balik Pulau sejak minggu lalu.

Read more:
http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1DcCcduyp

Majlis Fatwa kata HARAM sambut Valentine's Day.....


KUALA LUMPUR, 10 Feb: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan menafikan laporan AFP yang mendakwa beliau mengatakan pihak berkuasa agama di negeri Pakatan Rakyat akan menjalankan pemeriksaan terhadap pasangan pada malam 14 Februari ini.
Sebaliknya, beliau hanya berkata, pemuda PAS sedia memberi kerjasama kepada mana-mana kerajaan negeri khususnya Pakatan Rakyat dalam usaha membendung perbuatan tidak bermoral masyarakat pada malam Valentine’s Day tersebut.

Katanya, ianya sesuai dengan amalan rutin pemuda PAS yang sering kali turun menyebarkan risalah dakwah kepada masyarakat khususnya beragama Islam pada malam sambutan tahun baru atau Valentine’s Day, agar tidak melakukan perbutan tidak bermoral.

"Saya tidak jahil tentang autoriti dan bidang kuasa yang ada pada kerajaan negeri.

"Saya tidak buat arahan kepada kerajaan negeri supaya ikut pemuda PAS.

"Wartawan yang menelefon saya itu telah tersalah faham," jelasnya kepada Harakahdaily.

AFP dalam laporannya semalam meletakkan tajuk “Pakatan states plan Valentine’s Day crackdown”.

Agensi berita itu memetik kenyataan Nasrudin sebagai berkata bahawa pihak berkuasa agama di Kedah, Pulau Pinang, Kelantan and Selangor akan mengadakan pemeriksaan terhadap mana-mana pasangan pada malam 14 Februari ini.

Sejak kenyataanya disiarkan AFP semalam, Nasrudin menerima kritikan hebat dari rakan komponen parti Pakatan Rakyat lain termasuk Pemuda DAP.

Mereka mendakwa perkara tersebut tidak pernah dibincangkan bersama dalam mana-mana mesyuarat Pakatan Rakyat.

Pemuda PAS juga dakwa mereka, telah melangkaui bidang kuasa kerajaan negeri dengan mengeluarkan 'arahan' tersebut.

Bagaimanapun, Nasrudin hari ini menafikan laporan tersebut dan mendakwa berlaku sedikit salah faham dalam laporan agensi berita tersebut.

"Saya hanya menyatakan kami bersedia bekerjasama dengan negeri yang mempunyai hasrat yang sama dengan kami.

"Saya yakin tidak ada negeri yang suka gejala sosial berleluasa, termasuk DAP Pulau Pinang.

"Jadi atas dasar itu lah kami membuat tawaran untuk membantu kerajaan negeri, itu pun kalau mereka mahu," jelasnya.

Majlis Fatwa Kebangsaan sebelum ini telah memfatwakan haram bagi umat Islam menyambut Valentine’s Day, atau Hari Kekasih pada setiap 14 Februari.

Tenang : Pakatan Rakyat tetap 'TENANG' w/pon tewas di Tenang

Tenang: Umno 'tidak menang' PAS 'tidak kalah'
http://telaahpolitik.blogspot.com
Keputusan Pilihanraya Kecil (PRK) Tenang semalam tidak begitu memperlihatkan perubahan yang ketara kepada trend pengundian di DUN Tenang berbanding Pilihanraya Umum (2008) yang lalu. BN atau UMNO hanya mampu menambah 332 undi sahaja. Manakala calon PAS kekurangan 883 undi yang hampir 65% jumlah kekurangan ini disebabkan mereka tidak dapat keluar mengundi disebabkan hujan lebat dan banjir. Sekiranya berdasarkan kepada angka peratusan secara rambang ini, majoriti yang diperolehi oleh UMNO hanya bertambah sedikit sekitar 2700 hingga 2900. Pertambahan seumpama ini dalam sesebuah PRK bagi BN yang mengerahkan seluruh jentera kerajaan, bolehlah dikatakan tidak begitu membanggakan.

Berdasarkan kepada analisis terhadap jumlah undi yang diperolehi oleh calon dari setiap peti undi, jelas membuktikan trend seperti ini. Faktor kekalahan utama calon PAS ialah golongan atas pagar terutama pengundi Cina tidak dapat keluar mengundi. Peti undi yang paling ketara menunjukkan fenomena ini ialah Bandar Labis Timor. Di peti undi ini calon PAS hanya memperolehi 144 undi daripada 740 undi yang diperolehi pada PRU 2008, iaitu kurang 600 undi. Kekurangan 600 undi ini disebabkan mereka yang menyokong PAS dahulu tidak keluar mengundi bukannya beralih kepada UMNO. Pertambahan undi UMNO di peti undi ini hanya 2 undi iaitu dari 669 semasa PRU 2008 kepada 671 dalam PRK semalam.

Sekiranya 600 undi itu diterjemahkan sebagai mengundi PAS sebagaimana persepsi pengundi Cina yang dilihat tidak jauh berubah, bermakna calon PAS berkemungkinan mendapat tambahan undi sekitar 3500 dan majoriti kemenangan BN berdasarkan peti undi ini sahaja boleh berkurangan sehingga 3000 sahaja. Demikian juga kawasan-kawasan peti undi yang PAS menanginya semasa PRU 2008 yang lalu, jumlah yang keluar mengundi jauh berkurangan sehingga menyebabkan PAS memperolehi kekurangan undi tersebut. Sebagai contoh di Bandar Labis Tengah PAS kekurangan 212 undi dan peti undi Labis PAS kekurangan 202. Kekurangan ini disebabkan mereka tidak dapat keluar mengundi.

Dakwaan MCA bahawa pengundi Cina kembali menyokong BN adalah tidak tepat. Kalau benar Cina tidak mengundi PAS atau PR, mengapa peti undi Bandar Labis Tengah (peratus pengundi Cina paling ramai di DUN Tenang iaitu 95.7%), 68.6% dari yang keluar mengundi mengundi calon PAS, lebih baik dari pada tahun 2008 sebanyak 66.7%. Berlaku peningkatan 2%. Seawal pukul 2.00 petang, pusat pengundian di Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah bagi Bandar Labis Timor sudah tidak boleh dimasuki kerana banjir, manakala menjelang pukul 3.00 petang pula SMK Kamarul Ariffin, pusat pengundian bagi Bandar Labis Tengah pula tidak boleh dimasuki. Dewan Orang Ramai Kg Paya Merah hanya sekitar 900m dari tebing Sungai Labis. Kawasan berhampiranny sudah mula tenggelam sekitar tengahari. Bandar Labis Timor ini mempunyai 63.4% pengundi Cina, tetapi ramai mereka tidak dapat keluar kerana banjir.

Manakala kawasan-kawasan yang menjadi kubu kuat UMNO seperti Felda Tenang, Felda Chemplak dan Felda Chemplak Barat, situasi sebaliknya berlaku. Di peti undi Felda Tenang jumlah pengundi yang keluar mengundi bertambah 30 orang, di Felda Chemplak Barat juga bertambah seramai 30 orang, manakala di Felda Chemplak berkurangan sedikit hanya kepada 22 orang. Berdasarkan angka-angka tersebut, boleh dikatakan keadaan hujan lebat dan banjir yang berlaku di DUN Tenang ini tidak langsung menjejaskan kawasan kubu UMNO dari segi peratus pengundi keluar mengundi sekiranya dibandingkan dengan PRU 2008.

Secara keseluruhan, melihat kepada pencapaian UMNO di setiap peti-peti UMNO, tidak kelihatan UMNO membuat peratusan penambahan secara berlipat ganda melainkan undi pos. Di kubu-kubu kuat UMNO sendiri pertambahannya sangat sedikit, seperti di Felda Chemplak, undi UMNO bertambah 49 undi, di Felda Chemplak Barat bertambah hanya 64 undi dan di Felda Tenang bertambah 90 undi. Pertambahan undi UMNO di kawasan-kawasan kampung tradisi Melayu juga dalam lingkungan bawah 100 undi. Malah di peti undi Sawah Bahru UMNO kekurangan undi 6 undi berbanding PRU 2008, sedangkan di peti undi yang sama PAS menambah 3 undi.

Berdasarkan analisis terhadap peti-peti undi itu, dapat disimpulkan mementum PRU 2008 masih kekal. Peningkatan majoriti kemenangan UMNO banyak dibantu oleh para pengundi atas pagar dan penyokong PR pada PRU 2008 yang lalu tidak dapat keluar mengundi disebabkan hujan lebat dan banjir. Oleh sebab itu, sekiranya peratusan pengundi keluar mengundi kekal seperti PRU 2008 atau lebih sedikit, majority yang diperolehi oleh BN atau UMNO seperti pada PRU 2008 akan kekal atau mungkin semakin berkurangan. Diyakini PAS sangat menyedari perkara ini, justeru para pimpinan kanan PAS menuntut supaya PRK semalam ditangguh disebabkan factor cuaca.

Strategi UMNO yang paling berjaya dalam PRK semalam ialah membuat bantuan kepada mangsa hujan lebat dan banjir secara terpilih. Sebagai yang dijelaskan oleh Zulkifli Sulong, Editor Harakahdaily, bantuan secara besar-besaran telah diberikan untuk mengerahkan pengundi kawasan kubu kuat UMNO keluar mengundi seperti di Felda Tenang, Felda Chemplak dan Felda Chemplak Barat. Kawasan-kawasan yang lain seperti ‘didiskriminasi’ sehingga peratusannya menurun mendadaj. Dengan perkataan lain UMNO menggunakan strategi bantuan terpilih ini untuk meningkatkan peratusan keluar mengundi di kubu kuatnya dan mengurangkan peratusan keluar mengundi di kubu kuat PR

Hormati larangan umat Islam rai hari valentine

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali mengharapkan rakan-rakan di kalangan bukan Islam agar menghormati usaha melarang muda-mudi Islam meraikan hari valentine.

“Saya harap rakan-rakan Facebook yang bukan Muslim menghormati usaha kami di kalangan org Islam yang melarang muda-mudii kami daripada meraikan hari valentine,” tulisnya di laman Twitter.

Menurutnya, itu adalah antara usaha yang dilakukan untuk mengatasi masalah keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi Islam, kehamilan luar perkahwinan, pembuangan bayi dan menjauhi budaya yang bercanggah dengan ajaran Islam.

“Orang bukan Islam nak rai terserah, kami tidak ganggu.

“Itu hak anda asalkan jangan berlebihan dari norma ketimuran kita. Salam perpaduan,” ujarnya

Mahkamah Persekutuan tolak petisyen ketiga bekas Sultan Kelantan


7 Rabiul Awal 1432H.

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menolak petisyen bekas Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra untuk mencabar pelantikan putera sulung baginda, Sultan Muhammad V, menaiki takhta.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel tiga hakim membenarkan permohonan Sultan Muhammad V (Tengku Muhammad Faris Petra), untuk membatalkan petisyen ketiga ayahanda baginda yang memohon diisytiharkan permasyhuran baginda (Sultan Muhammad V) sebagai Sultan, adalah melanggar perlembagaan.

Permohonan untuk membatalkan petisyen itu difailkan atas alasan bahawa Tuanku Ismail Petra tidak mempunyai locus standi untuk mengemukakan petisyen itu dan forum yang betul untuk membuat keputusan terhadap pertikaian itu ialah Mahkamah Khas. Ini kerana Tengku Muhammad Faris ialah Sultan Kelantan dan permohonan tuntutan mempertikaikan pelantikan seorang Sultan perlu dibuat di Mahkamah Khas.

Panel hakim menyampaikan keputusan itu tanpa kehadiran peguam yang mewakili Tuanku Ismail Petra.

Peguam yang mewakili Tuanku Ismail Petra sebelum ini, Raja Aziz Addruse dan Abdul Rashid Ismail telah menarik diri daripada mewakili baginda pada 18 Januari laluselepas mahkamah menolak permohonan mereka supaya petisyen itu didengar pada pertengahan Mac kerana Raja Aziz perlu menyelesaikan rawatan perubatannya di sebuah hospital di Singapura pada awal Mac.
Panel itu yang terdiri daripada Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Hakim Mahkamah Rayuan Hasan Lah menolak petisyen itu tanpa mengeluarkan perintah mengenai kos.

Petisyen ketiga itu difailkan pada 20 September tahun lalu, memohon pendapat Mahkamah Persekutuan mengenai persoalan perundangan berhubung pindaan ke atas perlembagaan negeri dan pelantikan tengku mahkota sebagai Sultan.

Pada 13 September tahun lalu, Majlis Perajaan melantik Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan, menggantikan ayahanda baginda, berikutan mengalami ketidakupayaan sejak Mei 2009.

Pada 26 November tahun lalu, dua petisyen yang mempersoalkan tahap kuasa dan kewibawaan Tengku Mahkota semasa Sultan mengalami ketidakupayaan yang difailkan oleh Tuanku Ismail Petra, ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan, dalam dua petisyen itu telah memutuskan bekas Sultan tidak mempunyai kedudukan undang-undang untuk merujuk persoalan berkenaan kepada mahkamah tertinggi itu untuk diputuskan.

Dalam prosiding hari ini, peguam Sunil Abraham yang mewakili Sultan Muhammad V memaklumkan mahkamah yang beliau telah memaklumkan kepada Tuanku Ismail Petra mengenai tarikh perbicaraan hari ini melalui sepucuk surat pada 28 Januari tahun ini.

Beliau berkata salinan hujahan beliau bagi permohonan beliau untuk membatalkan petisyen itu turut dikepilkan dalam surat itu.

Penasihat Undang-Undang Negeri Kelantan, Datuk Azlan Abdul Halim mewakili responden kedua, kerajaan negeri Kelantan. - BERNAMA

Jadikan bulan Maulud sebagai sekolah agama


KOTA BHARU : Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyeru rakyat Kelantan menjadikan bulan menperingati kelahiran Rasulullah SAW atau bulan maulud dengan memperbanyakkan program ilmu.
 
Menurut TG Nik Aziz, sebelum ini bila sahaja memasuki bulan Rabiulawal, umat Islam sentiasa menzahirkan ingatan kepada Nabi Muhammad dengan mengadakan pelbagai sambutan semata-mata.

Justeru beliau mahu sambutan bulan kelahiran Nabi itu diperluaskan lagi dengan program ilmu sehingga menukar persepsi umat Islam memasuki bulan itu seperti memasuki sebuah sekolah agama.

“Bulan maulud ni, amat sesuai kita perbanyakkan program ilmu di masjid-masjid atau madrasah untuk menyebarkan ilmu Islam itu sebaik mungkin, ibu-bapa dan guru juga perlu memainkan peranan dalam hal ini" kata beliau dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco hari ini.

TG Nik Aziz menambah, antara lain dalam menerangkan ilmu Islam itu termasuklah hal berkaitan politik.

"Politik ini ada dalam agama bukannya boleh dipisahkan," kata beliau sambil menambah fahamam politik lain dan agama lain ini telah disebarkan secara meluas ke seluruh dunia.

"Soalnya benarkah politik dan agama ini berasingan, Nabi Muhammad SAW adalah orang politik yang paling bijak” tambah beliau lagi.

Katanya, apa sahaja manusia buat atas muka bumi ini mestilah merujuk kepada Al-Quran dan hadis, oleh itu semua pihak mestilah memainkan peranan penting dalam menyeru umat Islam lain untuk memahami tuntutan agama ini.

“Saya minta sangat semua pihak yang bertanggungjawab agar sebar Islam kepada semua pihak, apa yang dituntut oleh demokrasi atau nasionalis semuanya ada dalam Islam” katanya lagi. -Hrkh

Wang haram: Bekas pembantu menteri didakwa


Setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Yakcop hari ini didakwa dengan penggubahan wang haram, setahun selepas beliau didapati memiliki RM2 juta di pangsapurinya di Teluk Air Tawar, Pulau Pinang.

Hasbie Satar didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth petang tadi tetapi dibebaskan dengan jaminan RM60,000. NONE

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1), Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001.


Empat hari selepas ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penemuan wang tunai yang diikat mengikut nilai RM5, RM10, RM50 dan RM100 berjumlah kira-kira RM2 juta di pangsapurinya itu, pejabat Nor Mohamed mengeluarkan kenyataan yang Hasbie telah meletakkan jawatan.


Setiausaha politik berusia dalam lingkungan 30an itu disiasat oleh SPRM berhubung pemilikan beberapa juta ringgit dalam hartanah, termasuk empat kereta mewah dan empat rumah di Lembah Klang. nor mohamed yakcopHasbie, seorang rakyat Sarawak dilantik sebagai setiausaha politik pada tahun 2008 ketika Nor Mohamed adalah menteri kewangan kedua. Nor Mohamed (kanan), yang berasal dari Pulau Pinang adalah juga ahli parlimen Tasek Gelugor.

Beliau dilantik sebagai menteri kewangan kedua dari 2004 hingga 2009. Sebagai menteri di jabatan perdana menteri, Nor Mohamed kini bertanggungjawab terhadap Unit Perancangan Ekonomi (EPU) yang berkuasa menentukan projek-projek kerajaan. -M'kini

Bila MB Mat Said ganti AR Tompel...

Ini satu lagi berita lawak. Betapa hebat si ketam nak ajar anak berjalan betul. Siasatan belum bermula, awal-awal lagi pegawai sudah dipersalahkan. Isu rasuah dan salah-guna kuasa Datuk Ahmad Said masih belum dibicarakan. Rakyat masih ingat sebelum beliau mengangkat sumpah jawatan MB, bagaimana BPR ketika itu sibuk dengan fail salah-laku Mat Said.Hari ini beliaulah yang paling berintegriti kononnya… pirahhh!!! Nak jaga harta awam konon!!! Kalau melibatkan orang lain tak cukup tanah cari. Ke lubang cacing korek. Tapi kalau pimpinan UMNO… Tunggulah Rimau Mat Said bertanduk dulu…

Menurut laporan Teghanuku Online. Semalam, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berang dan berjanji untuk mengheret mereka yang mencuri bijih besi sekitar kawasan lombong di Bukit Besi. Menghairankan, walaupun ada kejadian tetapi seolah-olah tiada laporan mengenai kejadian itu. Apakah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) tidak pernah membuat laporan atau pihak polis tidak dapat bertindak kerana sebab-sebab tertentu?Difahamkan beliau bukan sahaja berang dengan kejadian tetapi pegawai dan mereka yang diberikan amanah menjaga kawasan itu kerana kegiatan perlombongan besar-besaran akan dilakukan tidak lama lagi.

Ini bukan kali pertama kejadian malah sebelum ini pun Menteri Besar sudah dimaklumkan mengenai kejadian itu. Sebelum ini ada pegawai Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Daerah Dungun yang dipanggil ke Wisma Darul Iman untuk memberikan maklumat mengenai kejadian. Berikutan itu, beliau mengarahkan PTG supaya membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut secepat mungkin supaya mereka yang terlibat didakwa dengan segera.Selain itu beliau berikrar membawa ke muka pengadilan mereka yang terlibat dengan kegiatan mencuri bijih di Lombong Bukit Besi Dungun.“Saya juga akan panggil Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasat kejadian ini (kecurian biji besi) katanya. "Selama ini bila berlaku penyelewengan orang ramai menyalahkan orang politik, tetapi dalam kes ini ia melibatkan pegawai (kakitangan kerajaan) yang yang tidak bertanggungjawab," ujar beliau.

Beliau berkata kerajaan tidak akan bertolak ansur dengan mereka yang terlibat dalam jenayah tersebut kerana ia melibatkan harta awam. Ahmad Said menegaskan integriti perlu wujud bukan sahaja di kalangan orang politik tetapi juga meliputi pegawai takbir dan penjawat awam.

Ketika melawat kawasan lombong berkenaan semalam, tiada kelihatan ADUN Bukit Besi, Datuk Din Adam bersama Menteri Besar dan begitu juga pada penyampaian e-Book kepada pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besi.

Boleh rakyat tahu ke.. siapa pemilik 3 syarikat yang dapat mengusahakan bijih-besi di Bukit Besi tu?? YB Bukit Besi sendiri pun tak tahu dan rakyat Dungun dan khususnya rakyat Bukit Besi juga ingin tahu. Rakyat tahu hasil disapu, apabila jalan rosak… rakyat dapat asap. Munasabah dah YB Din Adam boikot program MB. Calon memang konpem tak dapat dah. Team Deris katakan. Mat Said pergi berleter kat orang kampong Bukit Besi tu nak bagitau YB diorang tak buat kerja le tu… Adun pemalas. Lari dok Gong Badak bersemayam disinggah-sana mewah. Nak kipas le calon baru tu. Ketua Pemuda Bahagian kot. Ejas-ejas le kot tu…
Begitulah lakonan lawak pimpinan UMNO. Sama macam AR Tompel. Nak ambil tindakan undang-undanglah… nak report SPRM lah… nak bagitau betapa jujur & amanah le tu kononnya. Sedangkan rakyat semua sudah tahu. UMNO ni merupakan Parti MLM. Siapa diatas dialah dapat boucher serta bonus dan dividen besar. Rakyat yang dok galas dacing dan telan UMNO kat kampong tu.. dapat le asaaappp… UMNO ni juga parti enjit-enjit semut. Sapa sakit naik atas. Sapa atas cekit le kuat-kuat yang dibawah tuuu
Kipas le Hambali… Kipas si Awang Selamat.. biar tersengih Mat Said tu…