Khamis, 21 April 2011

Kaedah PAS memilih pemimpin

Menjawab pandangan Abdul Aziz Bari
Oleh Nik Abdul Aziz Nik Mat
Saya diminta oleh pihak media untuk memberikan respon terhadap kenyataan seorang pakar perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari agar Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang ditukar ekoran kekalahan PAS di Terengganu pada tahun 2004 dan juga kekalahan PAS di dalam siri beberapa pilihanraya kecil kebelakangan ini termasuk juga kegagalan PAS merebut sebarang kerusi di dalam pilihanraya negeri Sarawak yang lalu.

Pertama saya ingin menyatakan bahawa Dr Abdul Aziz Bari selaku seorang warganegara Malaysia yang layak untuk mengundi berhak untuk mengeluarkan pandangan beliau terhadap PAS.

Ini kerana PAS selaku parti yang bertanding di dalam pilihanraya memerlukan undi daripada rakyat dan bukan hanya sekadar undi ahli-ahlinya sahaja untuk menang di dalam pilihanraya.

Justeru, ini merupakan hak Dr Abdul Aziz Bari untuk mengeluarkan pandangan beliau. Selebihnya, terserahlah kepada ahli-ahli PAS untuk membuat penilaian dan keputusan yang terbaik.

Namun, perlu saya ingatkan, PAS mempunyai kaedah-kaedahnya yang tersendiri untuk memilih pemimpin. Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihanraya adalah satu langkah yang kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihanraya.

Sememangnya memenangi pilihanraya ialah satu perkara yang dikehendaki, namun kegagalan untuk menang dalam pilihanraya bukan sahaja berlaku hari ini, bahkan ia telah berlaku semenjak PAS ditubuhkan lagi.

Hakikatnya, kekalahan dan kemenangan sentiasa silih berganti dalam perjuangan PAS.

Jika hanya kerana mengalami kekalahan, PAS mahu menukar pemimpin, apa kata jika PAS terus kalah apabila pemimpin ditukar? Adakah pada masa itu sekali lagi pemimpin akan ditukar?

Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT.

Sekian, wassalam.
YAB Tuan Guru Dato Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Al-Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan Darul Naim

Najib cari duit untuk PRU melalui Petronas?

mStar melaporkan:
KUALA LUMPUR: Petronas mengumumkan pada Selasa bahawa ia telah melupuskan kepentingannya sebanyak 15% dalam Cairn India pada harga AS$2.1 bilion.

Pihak media difahamkan, kepentingan tersebut dilupuskan kepada sebuah firma Britain - Vedanta.

Pelupusan kepentingan di dalam Cairn India merupakan satu transaksi yang membawa kepada penamatan hubungan Petronas dengan firma tersebut sejak tahun 2006, kata Petronas dalam satu kenyataan.

Petronas tidak menyatakan siapakah pembeli saham mereka di dalam Cairn India. -
mStar.
Apa cerita sebenarnya disebalik penjualan sahan ni?
Congak aku mudah ja, penjualan ni tentu punya pasai Umno BN dah takdak duit nak hadapi PRU12. Mana lagi Umno BN nak cari duit untuk bayar jentera dan beli undi. Kalau Najib betul nak bubar parlimen dalam tahun ni memang dia kena cari duit segera.

Masa PRN Sarawak minggu lepas tah berapa billion BN habih. Tapi nasib baik la jugak Taib Mahmud kaya, tentu dia banyak sponser untuk BN. Pasai tu la kut Najib tak kata apa bila Taib Mahmud cepat-cepat angkat sumpah jadi Ketua Menteri Sarawak sampai ada yang bagitau Taib Mahmud tak sempat pakai stokin.

Nak masuk pilihanraya bagi Umno BN memang kena ada modai yang besar. Kalau takat juta-juta memang tak cukup. Nak buat ceramah sebagai contoh, bukan setakat orang yang nak bagi ceramah nak kena bayar, orang yang mai ceramah pun nak kena bayar. Kalau tak bayar dah tentu punya ceramah Umno BN takdak orang pi.

Sama jugak macam jentera lain, kalau takdak yang hulur memang tak jalan punya. Pasang pondok panas nak kena bayar, pasang poster dan bendera memang nak kena bayar. Puak-puak tu kalau tak bayar bukan takat tak pasang, yang dah pasang pun depa runtuh buang.

Mungkin ada yang BANGANG akan persoal apa pulak sangkut paut Petronas jual sahan dengan dana Umno. Takkan ada lagi yang BANGANG macam tu kut?

Dah tentu punya ada persent dari penjualan tu untuk tabung Umno BN. Walau apa pun sebab dan alasan Petronas bagi pasai jual saham dalam Cairn India tu, tentu punya ada persent untuk Umno BN.

Tara nak beli kapal selam pun Razak Baginda boleh dapat berjuta-juta sebagai komisyen takkan kut Petronas jual sahan tak boleh bagi persent kat Umno BN.

Tara GLC di Kedah yang tak kaya mana macam
Syarikat Seri Temin yang dah sah-sah diaudit Audit Negara tu pun Umno tanpa rasa segan silu dan takut-takut, terang-terang seleweng masuk tabung parti, inikan pulak duit Petronas yang ada harta berjuta billion tu.

Mana lagi Umno BN nak cekau duit kalau duit Petronas pun depa tak boleh nak cekau. Kalau dak takkan la Najib buang pengerusi Petronas dan lantik orang dia jadi pengganti.

Dalam pada tu, Malaysiakini melaporkan:
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan tujuh projek baru hari ini untuk terus mengukuhkan minat berterusan pelabur dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), yang sehingga kini menjana pelaburan berjumlah RM106.405 bilion, RM153.83 bilion dalam Pendapatan Negara Kasar (PNK) dan 298,865 pekerjaan baru.

Sebanyak 72 projek dalam 54 Projek Permulaan (EPP) diumumkan sehingga kini, yang bermakna 41.2 peratus daripada 131 EPP telah dimulakan, semuanya dalam tempoh kurang enam bulan sejak ETP dilancarkan.

"Sekarang ini, hasil besar yang pantas," kata beliau semasa mengumumkan projek pelaburan terkini. -
Mkini.
Cenangau Daunkari

source: http://cenangau.blogspot.com

PWTC: Jangan dibakar, PAS sedia membelinya!

Tidak pernah terfikir Parti Demokrasi Nasional (NDP) dibubarkan oleh pihak berkuasa baru-baru ini dan membekukan segala asetnya. Mahkamah juga memerintahkan dana dan harta parti hendaklah diserahkan kepada kerajaan. Sebahagian besar pemimpin senior NDP sekarang akan di dakwa atas tuduhan menggunakan kekerasan dan mengamalkan rasuah. Pembubaran parti NDP adalah salah satu tuntutan para penunjuk perasaan Mesir.
Partai Demokrasi Nasional telah mendominasi pemerintahan dan kerajaan Mesir selama puluhan tahun. Didirikan Presiden Anwar Sadat pada akhir tahun 1970-an, partai itu menjadi penyebab utama rasa tidak puas hati rakyat yang membuak-buak selama bertahun-tahun lamanya sehingga akhirnya ibu-pejabatnyanya di Cairo dibakar dalam aksi protes tahun ini.

Penahanan Mubarak dan pembubaran parttinya akan menenteramkan para demontrasi masih lagi berlangsung dimedan Tahrir, Kaherah. Mubarak ketika ini berada di sebuah hospital di Cairo, menerima rawatan untuk masalah jantung. Para pendemo Mesir mengatakan Mubarak mesti diadili kerana mengorbankan sekitar 800 penunjuk perasaan selama pemberontakan rakyat di negara itu yang menyebabkan kejatuhannya pada 11 Februari.

Pegawai Penghakiman Mesir menyebut baru-baru ini bahawa Mubarak boleh dithabitkan hukuman mati jika didapati bersalah memerintahkan pendokongnya untuk menembak pendemo anti-pemerintah.

Parti NDP yang pernah gah dengan kehebatan. Para pemimpinnya berkuasa penuh dengan kesombongan. Mereka melakukan apa sahaja bahkan kezaliman ditahap melampau khususnya terhadap lawan mereka. Kita sedia maklum apa yang dihadapi oleh gerakan Islam Ikhwan Muslimin Mesir. Penjara, penyeksaan, tembakan, tali gantung dan siri pembunuhan yang tak terhitung. Tapi hari ini sampai masa mentari yang sekian lama cerah memancar jatuh terbenam dengan suram dan kegelapan.

Adakah ini bakal nasib yang akan menimpa Parti Kebangsaan Melayu UMNO? Umno pernah diharamkan dizaman Mahathir demi menyingkirkan lawan politik beliau iaitu Ku li. Selepas itu tiada ketenangan lagi dalam politik UMNO. Pelbagai musibah dan penyakit hinggap pada pari keramat ini. Umno masih lagi bertahan kerana kuasa dan harta sahaja. Roh serta dasar pejuangan sudah lama hilang dari sanubari UMNO.

Tidak mustahil selepas Pru-13 nanti, kalau BN gagal mengekang kebangkitan rakyat bersama PR nanti UMNO akan menerima nasib seperti parti NDP Mesir. Adakah UMNO akan dibubarkan lalu hilanglah melayu dari bumi Malaysia? Atau para pemimpin UMNO membilang jeriji besi. Disumbat dipenjara kerana rasuah, jenayah serta menggelapkan harta dan pendapatan negara. Ketika itu tiada lagi keramatnya parti UMNO. Diharap jangan dibakar PWTC itu. Lelonglah dan PAS sedia membelinya.

Signal selepas PRN Sarawak jelas. Inilah yang difikirkan oleh Najib. Rosmah tahu apa???
http://ustsaifulbahri.blogspot.com

Cabaran getir PAS Selangor pertahan kerajaan

SHAH ALAM, 20 April: PAS Selangor bersedia menghadapi cabaran berhadapan dengan hasrat semua pihak untuk mengambil semula pentadbiran kerajaan negeri paling maju di Malaysia ini.
Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali menyifatkan pilihan raya depan sebagai sangat getir dengan segala cubaan musuh untuk berkuasa semula.

Dr Hasan yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata demikian ketika berucap melancarkan Skim Waqaf Bangunan PAS tiga tingkat bernilai RM1.3 juta, di sini malam tadi.

(Gambar: Haji Shafie dari Serdang berjaya membeli jualan awal dengan harga RM10 ribu untuk seperenam kaki yang asalnya berharga RM50 daripada Dr Hasan.)

Menurutnya, bangunan yang bakal menjadi pemangkin utama pusat gerak kerja seluruh petugas semua peringkat itu amat perlu disegerakan.

"Harapan besar kita agar segala impian ini akan dapat menjadi realiti dalam masa terdekat.

"Syukur kerana bayaran 10 peratus daripada bayaran itu telah disumbangkan oleh sahabat kita, Datuk Kapten (B) Abu Zahar Hashim.

"Moga sumbangan permulaan sangat hebat ini menjadi perangsang kepada semua pihak untuk tingkatkan usaha mencari sumber kewangan berkaitan," tegasnya.

Untuk rekod, Abu Zahar adalah bekas Ketua Bahagian Umno Petaling Jaya Selatan yang mendedahkan isu pembelian helikopter Eurocopter, menyertai PAS pada 24 Disember 2008.

Abu Zahar digantung jawatan ketua Umno bahagian itu kerana mengkritik pemimpin utama Umno, termasuk mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Razak (ketika itu) menyalahgunakan kuasa dalam satu pertemuan dengan ketua-ketua bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Manakala bangunan PAS pula terletak di Alam-I berhampiran Kompleks Perniagaan World Wide, dekat sini.

Menerusi sesi bidaan pertama yang dijalankan oleh Dr Hasan sendiri bagi mencari pembeli paling mahal untuk tanah seluas satu perenam yang asalnya berharga RM50 akhir berjaya mencapai RM10 ribu.

Pembida yang bernasib baik itu adalah Haji Shafie dari kawasan Serdang.
Sementara itu, kehadiran pimpinan semua PAS kawasan seluruh negeri termasuk Ahli Parlimen, Adun-adun termasuk kalangan korporat serta semua individu prihatin membangkitkan semangat penganjur.

Pengerusi Jawatankuasa Bangunan PAS negeri, Ir Iskandar Abdul Samad merangkap Exco Perumahan Kerajaan Negeri Selangor kelihatan ceria dan bersalaman dengan hadirin walau kakinya sedang sakit.

(Kanan: Turut hadir adalah pimpinan DHPP Selangor.)

Turut kelihatan adalah Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, Ahmad Sabki Yusof, Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor era 1980-an, Haji Mohsinon Tahir, bekas Ketua Dewan Ulamak negeri sezaman, Ustaz Omar Hashim, Exco, Dr Hajah Halimah Ali dan pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) mewakili kaum Cina dan India.

Ketika hadirin enak menikmati hidangan makan malam, mereka dihiburkan dengan hiburan mendidik jiwa dari Kumpulan Nasyid Wildan yang turut dendangkan lagu Tamil yang bakal dilancarkan di Chennai, India.

Dalam pada itu, Hasan berkata, meskipun bayaran bulanan sebanyak RM37 ribu atau RM1,200 sehari namun akan berusaha untuk segera selesaikan.

"Kita tidak mahu terikat dengan isu bayar lama ini kerana banyak lagi usaha dan program yang perlu dilakukan," jelasnya.

Kerjasama semua pihak mencari sumber kewangan bakal menyelesaikan hal berkaitan, tegasnya.

Di akhir majlis, Iskandar menyampaikan sijil dan buku resit kepada dewan-dewan dan semua wakil PAS kawasan untuk mereka sampaikan hasrat besar ini ke seluruh peringkat.

Beliau juga memaklumkan satu lagi majlis makan malam besar-besaran akan diadakan dalam masa terdekat bakal dihadiri oleh Presiden dan Mursyidul Am PAS. -Hrkh

"Idris takut dengan bayang-bayang" kata blogger pro Mad Said

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/idristakut.jpgKUALA TERENGGANU - Bekas Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Idris Jusoh (Idris) 'di bedal' oleh seorang blogger yang diyakini kumpulan penyokong Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said (Mad Said).

Perjalanan Idris bersama 46 orang penyokongnya ke London diantara 31 Mac hingga 10 April, baru-baru ini telah menjadi asas serangan blogger tersebut terhadap Idris.

Blogger tersebut mempersoalkan apa tujuan perjalanan Idris membawa rombongan yang begitu besar.

"Melancong? Makan angin? Menikmati keindahan Kota London dengan bas dua tingkat, Buckingham PalaceTrafalgar Square, Tower of London, Palace of Westminster, London Eye, Tower Bridge dan sebagainya?,"soal blogger terbabit.

Namun demikian, blogger tersebut kemudian mendedahkan pula, Idris ke sana mempunyai misi yang tertentu.

Disamping itu, beliau juga memperincikan kedudukan Idris selepas digugurkan sebagai Menteri Besar oleh Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang ketika ini masih Yang DiPertuan Agong.

Beliau menyenaraikannya kedudukan Idris secara terperinci seperti berikut;

1. Dia kini Pengerusi MARA dan juga orang penting di Ibu Pejabat UMNO yang merangka strategi UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk pilihan raya umum ke 13;

2. Dia kini Ketua Bahagian UMNO yang satu-satunya di Terengganu ‘tidak tunduk’ dan ‘tidak akan ‘pernah tunduk kepada kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said’;


3. Dia kini ADUN Jerteh, yang satu-satunya merasakan dirinya lebih tinggi dan lebih mulia daripada Ahmad Said kerana pernah menjadi Menteri Besar dan ‘digulingkan’ bukan oleh parti dan rakyat tetapi oleh istana;

4. Sebagai ADUN, Idris berdendam bukan sahaja kepada Tuanku Mizan kerana menggugurkannya dan juga Ahmad Said kerana exco ketika pentadbirannya kini menggantikannya, sedangkan baginya kalaupun tidak beliau tetapi biarlah orang-orangnya seperti Datuk Rosol Wahid (ADUN Ajil, bekas Exco), Datuk Din Adam (ADUN Bukit Besi, bekas Exco) atau mungkin Alias Abdullah (ADUN Alor Limbat, seorang peguam);

5. Dia semakin merasakan kedudukannya ‘tidak selamat’ kerana banyak faktor. Antaranya, jika digugurkan sebagai calon dia akan kehilangan segala-galanya dalam politik; orang kuatnya, Datuk Dr Ramzi Abdul Rahman (bekas Setiausaha Politiknya, semakin jelas yang menghantar sms Ugut Bunuh di mahkamah) dan akan menjejaskan politiknya jika Dr Ramzi dijatuhi hukuman di mahkamah; dan projek-projek ‘kelas dunianya’ di Terengganu ada yang runtuh, bocor, terbengkalai dan ‘lingkup’;

6. Ramai daripada penyokong kuatnya kini ada yang sudah menyeberang kepada Ahmad Said dan ‘hard core’ seperti Rosol dan Alias (kecuali Din Adam) semakin ‘baik’ dengan Ahmad Said;

7. Kedudukan Ahmad Said yang kembali menerajui UMNO Terengganu sebagai Pengerusi Perhubungan benar-benar mencabar beliau yang sebelum ini begitu seronok ketika dipimpinan Datuk Seri Hishamuddin Hussein. ‘Dakar Barat Idris Jusoh’ kini sering menyanyikan lagu sumbang

Sehubungan itu, dalam 'posting' keduanya membedal Idris, blogger tersebut mendakwa misi khusus Idris adalah bermatlamat meletakkan semula dirinya dalam arus perdana politik Terengganu.

Menurutnya, Idris mahu menjadi Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri berbanding Ahli Majlis Tertinggi.kerana bimbang akan digugurkan menjadi calon pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

"Kenapa tidak? Idris dan orangnya tentunya kini bimbang mereka akan digugurkan!,"kata blogger itu sebagaimana catatannya.

Kecenderungn blogger berkenaan adalah seorang blogger Mad Said kerana terbukti beliau membela Mad Said berbanding tindakan Idris sebelum ini yang disifatkannya sebagai kejam.

"Apakah Ahmad Said sekejam Idris? Apakah Ahmad Said jenis makan kawan? Apakah Ahmad Said jenis zalim seperti Idris?

"Idris ternyata makan kawan dan zalim apabila menggugurkan Datuk Rahman Bakar (Ahli Parlimen Marang), Datuk Rosli Mat Hassan (Ahli Parlimen Dungun), Datuk Tegku Putera Tengku Awang (Ahkli Parlimen Hulu Terengganu) Ahmad Said (ADUN Kijal), menukarkan Datuk Jidin Shafie dari ADUN ke Parlimen dan begitu juga dengan Datuk Nasir Ibraim Fikri dari DUN ke Parlimen,"jelas blogger itu.

Sebenarnya, blogger tersebut berkata, Idris takut dengan bayang-bayang dan ‘dosanya’ sendiri apabila semakin hampir dengan pilihan raya.

Perbalahan ntara pemimpin Umno Terengganu sudh menjadi 'rahsia umum'. Walaupun Naib Presiden Umno, Hishamudin Hussein pernah dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu bagi tujuan menyelesaikan perbalahan tersebut, namun gagal.

Akibat perbalahan tersebut projek-projek pembangunan bukan menjadi kepentingan rakyat tetapi menjadi kepentingan kroni dan suku sakat. -BO

UUM & Mukhriz Memfitnah Kerajaan Kedah

MB Kedah nafi cukai tanah UUM dinaikkan

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak hari ini menafikan kerajaan pimpinannya menaikkan kadar cukai tanah 10 kali ganda terhadap Universiti Utara Malaysia (UUM).

Sebaliknya kata beliau, kenyataan yang dibuat Anggota Parlimen Jerlun Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir dan Naib Canselor UUM Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak itu tidak berlandaskan fakta sebenar.
"Apa yang berlaku ialah bagi tempoh Januari 2006 hingga Disember 2008, UUM telah diberi rebat oleh kerajaan negeri ketika itu menyebabkan cukai tanahnya dikurangkan dari RM1.7 juta setahun kepada RM100,000.

"Tetapi selepas tempoh rebat dua tahun itu berakhir, mereka diminta membayar pada kadar penuh semula iaitu RM1.7 juta,"
katanya pada sidang media, di Alor Star.

Azizan juga berkata akibat pemberian rebat kepada UUM itu kerajaan negeri pimpinanya kerugian RM1.6 juta.

UUM juga katanya, pernah memohon kepada beliau agar pemberian rebat itu disambung namun permohonan mereka ditolak.

"Mereka (UUM) boleh terus membuat rayuan dan kita akan pertimbangkan, tetapi tidak semestinya kita akan luluskan permohonan mereka itu," katanya.

Mengulas lanjut, Azizan berkata UUM juga telah diberi beberapa pilihan dalam membuat pembayaran cukai tesebut.

"Kita juga setuju mereka (UUM) berunding dengan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) mengenai bayaran ansuran. Pada tahun 2009 dan 2010 mereka bayar dengan kadar penuh," kata Azizan.

Beliau juga menegaskan kerajaan negeri yang diteraju pakatan pembangkang itu tidak pernah mengeluarkan arahan menaikkan cukai sejak mentadbir Kedah selepas pilihan raya umum 2008.

"...tetapi apa yang kita buat ialah pada 2008, kita menurunkan cukai tanah antara 35 peratus sehingga 75 peratus termasuk tanah-tanah milik kerajaan persekutuan.

"Disebabkan penurunan cukai itu kerajaan negeri telah kehilangan hasil tanah sebanyak RM50 juta setahun," katanya.

Mengenai isu air di UUM, beliau menasihatkan universiti itu dan Kementerian Pengajian Tinggi meningkatkan kemudahan sistem perairan seperti tangki dan paip air kerana kerajaan negeri telah menyiapkan paip besar di luar kampus tersebut yang boleh menampung sehingga ke Bukit Kayu Hitam.

"Setiap hari pihak Syarikat Air Darul Aman (Sada) menyalurkan bekalan air ke UUM sebanyak 15 juta liter sedangkan kawasan lain kita hanya bagi lima dan 10 juta liter sahaja. Jadi mereka perlu meningkatkan kemudahan loji dalam kampus supaya air itu dapat disalurkan kepada warga kampus," katanya. - Bernama

Serah UUM pada Kedah

ALOR SETAR, 19 April: "Serahkan Universiti Utara Malaysia (UUM) kepada kerajaan negeri kalau dah tak mampu nak tadbir kewangannya," kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sebagai respons kepada isu yang ditimbulkan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir.

Semalam, Menteri Pedidikan Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin juga dilaporkan mengecam kerajaan negeri Kedah yang kononnya menaikkan cukai tanah UUM sehingga 10 kali ganda sejak mengambil alih pemerintahan negeri sehingga pihak universiti terpaksa membayar RM1.8 juta setahun berbanding RM150,000 sebelum ini.

Azizan bagaimanapun menafikan dakwaan kenaikan cukai tanah tersebut, sebaliknya menjelaskan bahawa apa yang berlaku adalah tempoh pemberian rebat kerajaan negeri kepada universiti itu yang telah berakhir.

"Mengikut perjanjian asal, jumlah perlu dibayar oleh universiti adalah sebanyak RM1.2 juta tetapi pihak universiti hanya perlu bayar RM100 ribu setahun bagi tempoh 2006 hingga 2008 setelah permohonan mereka mendapatkan rebat diluluskan oleh kerajaan.

"Saya harap penjelasan ini membuktikan kerajaan negeri bukan naikkan cukai tanah, cukai asal lebih RM1 juta dan setelah diberi rebat UUM cuma bayar RM100,000 sahaja dan kini perjanjian telah berakhir, UUM kenalah bayar penuh.

"Sepatutnya mereka kena bayar RM1.2 juta tapi kalau UUM menghadapi masalah kewangan, mereka boleh memohon untuk mendapatkan rebat semula," jelasnya kepada media selepas berucap di himpunan bulanan kakitangan kerajaan di Wisma Darul Aman.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri tidak pernah bercadang hendak menaikkan cukai tanah yang diturunkan selepas mengambil alih pemerintahan negeri pada Mac 2008 yang lalu.

Mengenai masalah bekalan air yang sekian lama dihadapi warga universiti itu, Azizan berkata, isu ini perlu diselesaikan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.

"Saya pernah bangkitkan isu ini supaya pengurusan UUM kemukakan cadangan kepada kementerian untuk naik taraf infrastruktur bekalan air, tetapi saya tak nampak pun hasilnya," katanya. -HD

Cukai tanah tahunan UUM RM1.8 juta

PUTRAJAYA – Sukar dipercayai apabila kerajaan negeri Kedah sanggup mengenakan kadar cukai tanah tahunan 10 kali ganda lebih tinggi atau sebanyak RM1.8 juta setahun ke atas Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok, Kedah sejak tiga tahun lalu.

Nasib malang universiti itu didedahkan sendiri oleh Naib Canselornya, Profesor Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak yang terpaksa merayu kerajaan negeri supaya mengurangkan kadar cukai tersebut.

Menurutnya, kadar cukai tanah yang terlalu tinggi itu sepatutnya digunakan untuk tujuan penyelidikan dan penerbitan universiti.

Sebelum ini UUM membayar RM150,000 cukai tanah setahun.

Lebih menyedihkan lagi, ujar beliau, UUM juga terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menyewa lori mengangkut air bagi kegunaan pelajar universiti tersebut yang menghadapi masalah untuk mendapatkan air bersih sejak tahun lalu.

Menurutnya, sejak setahun lalu sebahagian pelajar UUM terpaksa mengambil air menggunakan baldi daripada lori yang disewa khas tersebut dan ia menyukarkan usaha universiti berkenaan menarik pelajar dari luar negara.

“Masalah ini amat membebankan kewangan dan kami telah mengemukakan rayuan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya cukai tanah itu dikurangkan tetapi tiada jawapan hingga kini.

“Bagaimanapun kami tetap tidak ketinggalan menjelaskan bayaran yang dikenakan itu sejak tiga tahun lalu” katanya pada majlis pelancaran Program Khas Pasca Siswazah Untuk Ahli Parlimen di UUM oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di sini semalam. -kosmo

Melaka naikkan tarif air

Tindakan kerajaan negeri Melaka menaikkan tarif air tanpa mengambil kira bebanan kewangan yang bakal dipikul oleh rakyat negeri itu amat dikesali.

NONEAntara mereka yang lantang membantah tindakan itu, termasuk Ketua Dewan Pemuda Pas Melaka, Kamaruddin Sidik (kiri).

Katanya, tindakan Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang menaikkan tarif air secara tegesa-gesa dan tidak memaklumkannya terlebih dahulu kepada rakyat seolah-olah satu cubaan untuk mengelakkan protes rakyat.

Menurutnya ia suatu yang tidak konsisten sedangkan kerajaan negeri Melaka sendiri pernah mengkritik kenaikan harga air di Selangor dan Kedah tidak lama dulu.

"Apabila kerajaan Selangor dan Kedah buat tindakan sebegitu sebelum ini yakni menaikkan tarif air mereka bising. Tapi kini mereka naikkan tanpa sebarang pengumuman.

water privatization parliament and money"Saya yakin ini ada hubung kaitnya dengan pembaziran dana kerajaan yang berleluasa dan tindakan ini adalah untuk menampung kekurangan dana ini," katanya.

Sementara itu, ADUN kawasan Ayer Keroh dari DAP, Khoo Poay Tiong, turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri yang dianggapnya sebagai menyusahkan rakyat.

Menurutnya, beliau difahamkan kuasa menentukan kenaikan harga air berada di dalam tangan pusat.

NONE"Bagaimanapun, itu bukan isunya. Isu di sini adalah bagaimana harga air boleh dinaikkan sedangkan rakyat tidak dimaklumkan.

"Ramai yang tidak puas hati kerana tindakan menaikkan harga air ini telah dijalankan secara senyap, seolah-olah untuk mengelak sebarang protes," kata Khoo (kiri).

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Air Melaka Bhd (SAMB), Mohd Khalid Nasir, ketika dihubungi bagi mendapatkan maklum balas mengesahkan memang terdapat 'penyelarasan' terhadap tarif air.

Bagaimanapun menurutnya, tindakan sedemikian adalah berdasarkan arahan yang dikeluarkan pusat. -M'kini

Wan Ahmad hanya celik kempen pembangkang

KUALA LUMPUR, 20 April: PAS kesal terhadap kenyataan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mendakwa kempen pembangkang agresif ketika pilihan raya negeri Sarawak, baru-baru ini.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, kenyataan Wan Ahmad menunjukkan, mata beliau celik hanya melihat kempen pembangkang, tetapi matanya buta ketika melihat kempen BN.
Katanya, Wan Ahmad istiqamah menjadi pegawai yang tidak menunjukkan sikap profesional dalam mengendalikan pilihan raya.
“Apakah beliau tidak melihat bagaimana pihak BN menggunakan segala kemudahan kerajaan terutama media untuk menyerang bertubi-tubi terhadap PR daripada penamaan calon sampai pada hari pembuangan undi,” soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.
Beliau turut mempersoalkan adakah Wan Ahmad buta maklumat bagaimana media yang dikuasai oleh BN melemparkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat dan memutar belitkan dan melaga-lagakan kenyataan dalam media perdana.
“Kenapa beliau membisu seribu bahasa terhadap perkara ini?” tanya beliau lagi.

Menurutnya, PAS tidak pernah mendengar kenyataan yang keluar daripada beliau menegur pihak BN yang banyak melanggar tatasusila pilihan raya.

Tambahnya, Wan Ahmad hanya bersuara ketika parti anutannya dibelasah oleh PR.
“Orang seperti Wan Ahmad inilah yang paling takut menghadapi pilihan raya kerana bimbang talian hayat beliau akan tamat jika BN kecundang,” ujarnya. -Hrkh