Rabu, 12 Oktober 2011

DAP tak setuju pihak-pihak burukkan Hudud..!!

Apa laa punya menteri..org tak suka gaji naik pun dia nak marah..!!!

Kenaikan elaun ditarik balik....marah ke kesal..???

Oleh : SERIKANDI MUJAHIDAH
Marah benar Tok Mat Nazeri  bila cadangan menaikkan elaun ahli parlimen sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan dalam belanjawan 2012, ditarik balik oleh kerajaan kerana gagal mendapat sokongan penuh daripada ahli parlimen.

Melalui berita perdana yang disiarkan oleh tv3 semalam ( 10hb Okt), Tok Mat Nazeri menempelak kononnya ahli parlimen pembangkang yang lebih ditujukan kepada Anwar Ibrahim banyak duit dan tak perlu kepada kenaikan elaun lagi.

Seorang menteri boleh bercakap demikian dan disaksikan ribuan penonton ketika itu. Apakah alasan Anwar Ibrahim banyak duit dijadikan hujjah bila ahli parlimen pakatan rakyat tidak bersetuju kenaikan elaun tersebut. Kenapa tidak jelaskan pendirian ahli parlimen pakatan rakyat yang mengatakan kenaikan elaun tidak sesuai ketika ini dan memohon agar agenda keutamaan rakyat perlu didahulukan.

Ahli parlimen pakatan rakyat berfikiran jauh kehadapan, memandangkan ekonomi sekarang semakin menghimpit dan rakyat dibebani dengan kenaikan harga barang begitu mendadak sekali.

Apa alasan dan jaminan kenaikan elaun itu digunakan untuk kepentingan rakyat sedangkan kita semua tahu ahli parlimen BN/UMNO lebih kepada menggunakan peruntukan kerajaan dari mengeluarkan wang sendiri untuk membantu rakyat. Malah lebih teruk lagi menggunakan kedudukan dan status mereka untuk meraihkan dan mengaut kekayaan peribadi.

Gaji ahli parlimen sekarang sebanyak RM6.500 sebulan untuk kerajaan mahu pun pembangkang tetapi kenapa ahli parlimen pakatan rakyat tidak merungut, walhalnya kebanyakan peruntukan kerajaan untuk kawasan yang diwakili oleh pakatan rakyat kebanyakannya disalurkan melalui UMNO bahagian.

Bukan SM menafikan hak mereka tetapi sebagai seorang pemimpin, kita perlu memikirkan bebanan yang dipikul oleh rakyat daripada memikirkan hal diri masing-masing. Apa salahnya peruntukan RM30 juta itu dimasukkan kedalam perkara-perkara yang memberi manafaat terus kepada rakyat.

kalau dah masuk poket ahli parlimen...belum tentu rakyat dapat rasa...

Aduhai ROSMAH awat tergedik-gedik mengalah PM nie...

Hadir mesyuarat tertutup Belanjawan 2012, Siapa Rosmah?

PUTRAJAYA: Kehadiran Datin Seri Rosmah Mansor dalam perjumpaan tertutup dengan pegawai kanan Kementerian Kewangan, menimbulkan tanda tanya dan kecaman pelbagai pihak.

Ia terbongkar apabila nama isteri Datuk Seri Najib Razak tertera dalam senarai kehadiran dalam berita yang dilapor agensi berita rasmi, Bernama pada 6 Oktober lalu.
Mengikut laporan itu, Rosmah hadir ketika suaminya itu meninjau operasi persiapan terakhir Belanjawan 2012 di Kementerian Kewangan, sehari sebelum belanjawan dibentang.

Malah pada berita itu, nama Rosmah mendahului Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, timbalan-timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim Siang Chai.

Perbuatan Rosmah yang selama ini mengaku sebagai First Lady of Malaysia (FLOM), dikecam Angkatan Muda KEADILAN (AMK) dan mempersoal kehadiran Rosmah dalam lawatan tersebut.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin, berkata tindakan Rosmah semakin melampau kerana mencampuri urusan negara terutama melibatkan ekonomi.

"Ini tak pernah dilakukan mana-mana isteri PM kerana ia membabitkan menteri di kementerian yang berkaitan ekonomi dan hal ehwal negara.

"Saya mendesak supaya Najib maklumkan apa peranan Rosmah. Apakah dia pakar runding? Atau Menteri Kewangan Kedua yang sebenar? Rosmah tidak perlu menyibuk kerana dia hanya isteri dan tidak ada kuasa eksekutif," katanya.

Penglibatan Rosmah itu turut dikecam dalam laman sosial twitter.

"Siapa Rosmah Mansor untuk hadir dalam meeting bajet?" kata seorang pengguna akaun twitter, Emmiza.

"Tak boleh beza Mesyuarat Sulit Belanjawan Negara sampai Rosmah boleh hadiri? Prihatin pada negara agak-agak la sampai mesyuarat sulit kewangan negara diketahui Rosmah," kata pengguna akaun Ikhwan Hafiz pula.-
KD

Najib ke Perth 31 Ogos lalu atas lawatan peribadi

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak ke Australia dengan menggunakan pesawat kerajaan pada Hari Kemerdekaan, 31 Ogos lalu adalah atas kapasiti peribadinya, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

"Untuk makluman Dewan yang mulia ini, lawatan YAB Perdana Menteri ke Perth, Australia pada 31 Ogos hingga 3 September 2011 merupakan lawatan peribadi," kata Kementerian Luar dalam jawapan bertulis kepada soalan ahli parlimen Batu, Tian Chua.

Namun, kementerian luar juga menjelaskan, perdana menteri menggunakan peluang berkenaan untuk berjumpa dengan pelajar dan rakyat Malaysia  yang menetap di negara itu sempena majlis  Hari Raya Aidilfitri yang dianjurkan oleh Konsulat Jeneral Malaysia.

"Perdana Menteri juga telah meluang masa bertemu dan berbincang dengan wakil-wakil sebuah kumpulan Muslim di Perth."

Pendedahan itu susulan selepas Dewan Rakyat minggu lalu dimaklumkan bahawa pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh perdana menteri telah disewa dari Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (PMB) oleh kerajaan sejak 3 Ogos 2007.

najib private jet 020911Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
pada 4 Oktober lalu berkata pesawat berkenaan untuk kegunaan pemimpin terpenting di dalam kerajaan.

Mereka termasuk Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri dan kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat.

Berikutan maklumat daripada pembaca, Malaysiakini melaporkan seorang pegawai perdana menteri telah mengesahkan bahawa Najib sedang bercuti pada Hari Merdeka, 31 Ogos lalu tetapi enggan mendedahkan butirannya. -M'kini

60 tahun pengalaman Kelantan

Oleh Wan Nik Wan Yussof
TAHUN ini merupakan ulang tahun ke-60 Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Sejarah penubuhannya dicatatkan Funston (1980) ialah bermula dengan penubuhan Persatuan Ulama Malaya tahun 1951.

Diikuti dengan Persatuan Islam Se-Malaya berikutan para pemimpinnya melalui proses saringan liku-liku perjuangan menerusi parti kebangsaan (bersama Umno), reformis agama (menggerakkan Hisbul Muslimin) dan mirip sosialis (mantan Parti Kebangsaan Melayu Malaya).

Selepas itu PAS telah berkembang sebagai parti kebangsaan Islam menuntut kemerdekaan dan seterusnya menyertai pilihan raya 1955 dan menguasai kerajaan di Kelantan dan Terengganu pada pilihan raya pertama pasca merdeka 1959.

Sejarah bertapak dan berkembangnya PAS di Kelantan telah dicatat oleh Amaluddin Darus (1977) adalah hasil daripada majlis pe nerangan di surau-surau dan menemui guru-guru agama di pusat pengajian pondok sekitar Pasir Mas dan Tanah Merah. Hasilnya, cawa ngan PAS pertama berjaya ditubuhkan ialah di Pasir Mas pada Julai 1953. Enam tahun selepas itu, iaitu PAS di Kelantan berkongsi dengan PAS di Terengganu telah mencapai kemenangan sulung pada pilihan raya pertama pasca merdeka 1959.

Ia merupakan kemenangan fasa pertama PAS di Kelantan yang bertahan selama 12 tahun, sebelum bersama Kerajaan Campuran tahun 1971 dan menyertai Barisan Nasional mulai tahun 1974 sehingga “didaruratkan” dan tewas dalam pilihan raya khas pada Mac 1978.

Sebenarnya, saat kemenangan PAS di Kelantan adalah berbeza dengan di Terengganu. Tatkala PAS di Terengganu hanya bertahan 1959 sehingga 1961 sahaja.

Menurut Mohd Asri (1993) Kecundang di Terenggani disebabkan tindakan undi tidak percaya pihak Umno setelah Adun PAS menyertai Umno tahun 1961. Hal ini tidak berlaku di Kelantan, meskipun ada usaha Umno pada 1968 yang dikenali dengan rancangan turn aboutabout turn. Namun ia gagal kerana tidak berlaku Adun PAS yang menyokong usul undi tidak percaya dari pihak Umno.

Ia membuktikan wakil rakyat PAS di Ke lantan mempunyai ke utuhan yang jitu terhadap perjua ngan parti. Nilai keutuhan ini masih kekal ke hari ini.

Justeru, mengimbau sejarah itu, pilihan raya 1959 PAS di Kelantan menyaksikan kemenangan 28 daripada 30 kerusi Dun. Bermulalah pemerintahan PAS di Kelantan.

Justeru, menurut Badlihisham (1999) ia membuktikan PAS telah menjadi parti dominan di Kelantan sehingga kini. Meskipun sebelum 1990, PAS melalui fasa kekalahan sebelum bangkit semula dan terus mantap sampai kini berusia 60 tahun.

Berasaskan nilai keutuhan ini, rancangan Umno untuk menggulingkan peme rintahan PAS di Kelantan terus hidup setiap kali pilihan raya. Ia bermula dengan konspirasi perintah darurat pada 8 November 1977. Sehinggalah pada Mac 1978 Umno yang bersekongkol dengan Berjasa telah berjaya merampas Kelantan dari tangan PAS. Berakhirlah fasa pertama kerajaan PAS di Kelantan.

Namun, selepas pergolakan Umno tahun 1987 telah menyebabkan tertubuhnya parti Semangat 46 di bawah pimpinan Tengku Razaleigh dan kemudian ditubuhkan pula kerjasama parti pembangkang Melayu dinamai Angkatan Perpaduan Ummah (Angkatan).

Melalui kerjasama ini, PAS bersama-sama Angkatan ber jaya dalam pilihan raya umum 1990 kembali semula berkuasa di Kelantan dengan memenangi kesemua 39 kerusi yang dipertandingkan.
Hasil kemenangan itu, PAS memasuki fasa kedua kemenangan dengan mendapat mandat penuh rakyat memerintah Kelantan.

Kini, dalam usia 60 tahun, PAS di Kelantan pula mencapai usia 58 (sejak 1953-2011). Satu seumur yang sudah mencapai edah usia emas.

Sewajarnya PAS di Kelantan berjaya melahir ramai tokoh pemimpin dan perjuang Islam terulung di Malaysia.

Bermula dengan Amaludin Darus (1960-an) sebagai pengasas, diikuti dengan Mohd Asri Muda (1970 dan 1980-an) dan kini yang terulung ialah Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (sejak 1990-2011) mantan Ketua Ulama Pusat dan kini Al-Mursyidul Am.

Justeru menelusuri nama- nama terulung itu, ki ni PAS berjaya melalui kerja sama politik daripada Kerajaan Campuran dan Barisan Nasional (1970-an), Angkatan Perpaduan Ummah (1990-an), Barisana Alternatif (1999-2008) dan kerjasama Pakatan Rakyat yang diasaskan selepas memenangi pilihan raya Mac 2008. Laiku-liku Pakatan Rakyat adalah lebih mencabar, lebih-lebih lagi bagi PAS di Kelantan.

Pengalaman fasa kedua PAS di Kelantan adalah sarat dengan peristiwa “berkerajaan” dengan penuh men cabar. Ia cukup mematangkan nilai perjuangan Islam dibawa dan dipersembahkan secara Kerajaan Negeri.
Bergerak dengan tema Membangun Bersama Islam, sudah membuktikan kemantapan sokongan rakyat Kelantan begitu komited mahukan Islam menjadi teras politik. Ia serasi dengan jolokan Negeri Serambi Mekah.

Maka PAS di Kelantan terus utuh “mencipta kemenangan dan menerajui perubahan” yang boleh dikongsi bersama oleh semua PAS di negeri-negeri lain. Kini, sudah 21 tahun Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar yang terus segar mengulungkan seri perjuangan dengan rupa dan bau harmoni. Harapannya, pasca 60 tahun PAS ini, Kelantan kekal utuh dengan sistem politik

Pesuruhjaya PAS Selangor Pertikai Tindakan JAIS Tahan Bob Lokman

Berikutan penahanan artis popular Bob Lokman oleh Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS) ketika memberi tazkirah di sebuah surau di Hulu Langat mengundang reaksi pelbagai pihak.

Antaranya Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman yang mengesa JAIS agar lebih bersikap terbuka dalam menjalankan tugasnya sebagai institusi yang memperkasakan Islam di negeri ini.
Dr Rani menjelaskan pihaknya tidak mempertikaikan tindakan JAIS menghalang penceramah yang tidak bertauliah, tetapi usaha ini dikhuatiri mengekang proses pembelajaran agama di negeri ini.

"Kes-kes seperti ini JAIS sepatutnya terlebih dahulu dengar ceramah tersebut, sekiranya orang itu berceramah tidak betul, tegur golongan itu.

"Saya sendiri sebagai Pesuruhjaya PAS tidak setuju dengan ceramah berunsur politik kepartian di dalam masjid mahupun surau, tetapi sekirannya ceramah itu bersifat politik Islam ia tidak menjadi masalah.

"Siapa yang menyatakan politik berasingan daripada Islam, maka golongan itu perlu mengucap kembali," katanya.
Bob Lokman dipercayai ditahan atas alasan menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah dan dibawa ke balai polis berdekatan.

Penulis lirik lagu Isabella itu difahamkan mencerita pengalamannya sewaktu bergelumang dengan kegiatan seni kepada hadirin surau itu malam tadi.

Dr Rani yang juga ADUN Meru berpendapat tindakan JAIS menggunakan alasan tiada tauliah sebagai menghalang sesorang dari berceramah dilihat kurang tepat.

"Sekirannya benar Bob Lokman bercakap benda yang tidak betul, beritahu, jangan terus tangkap, kalau benar Bob Lokman salah dakwanya di mahkamah, soal tahan seseorang dengan alasan tanpa tauliah, itu tidak berapa tepat,"
jelasnya.

Usaha TVSelangor bagi menghubungi JAIS untuk mendapatkan reaksi mereka masih belum berhasil.

Sebelum ini, Pengarah JAIS, Tuan Haji Marzuki Hussin berkata pihaknya tidak membenarkan mana-mana ahli politik dari mana-mana parti untuk berceramah dan berpolitik di masjid sejajar dengan titah Sultan Selangor yang tidak mahu masjid menjadi gelanggang politik.

Marzuki menjelaskan sekiranya ahli politik dipanggil untuk mana-mana upacara mahupun perasmian yang bertempat di masjid dan surau haruslah dibuat dipekarangan premis tanpa ucapan berunsur politik dan lambang parti.

"Kita telah mengeluarkan surat edaran dan peraturan masjid, ianya hanya dibenarkan diluar pekarangan masjid tanpa sebarang lambang mana-mana parti politi, banner mahupun risalah politik dan ucapannya bebas dari unsur politik," jelas Marzuki.

Susulan daripada itu, pihak JAIS tidak akan memperbaharui tauliah kepada mana-mana ahli politik yang sebelum ini memiliki sijil tersebut daripada pihaknya.
 


Pemuda Umno DIHAMBAT Di Segamat Malam Tadi

"Saya diupah RM10, dan isi minyak motorsikal penuh oleh Ayub" jawab mat rempit ini.

Dengan upah RM10, dan tangki minyak motorsikal yang penuh. Sekali lagi mat rempit-mat rempit upahan regim Umno ini mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat di Kg Tahang Rimau, Segamat. Bagaimanapun kali ini untuk mereka mengulangi sekali lagi kebiadaban seperti di Labis sehingga seorang anggota Unit Amal mendapat 7 jahitan kerana dibaling objek dipercayai besi tidak kesampaian.

Dengan kekuatan Unit Amal dan komrad anak muda SAMM dari seluruh Johor. Kali ini kita lebih bersedia. Seperti yang dijangka, ketika che'guBard menyampaikan ceramah, provokasi daripada mat rempit-mat rempit upahan Umno ini bermula.

Mereka dipercayai berpecah kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama membuat bising dan kecoh di laluan utama dan kumpulan kedua membaling mercun di laluan belakang tapak ceramah. Bagaimanapun kawalan di belakang tempat ceramah agak kurang kerana ramai anak-anak muda SAMM dan Unit Amal yang berkawal di laluan utama. Baru sahaja dianggarkan 7-8 buah motorsikal melalui laluan jalan utama sambil membuat bising mereka sudah dikepung oleh orang ramai dan komrad SAMM. Ketika semakin ramai orang membantu menahan mat rampit-mat rempit inilah dipercayai kumpulan mat rempit kedua melalui laluan belakang pentas ceramah dan membaling mercun bola.

Provokasi dimulakan ketika che'guBard sedang berceramah.


Kerana persediaan dan kawalan yang lebih rapi, maka kali ini tidak ada seorang pun mat rempit daripada kumpulan pertama ini terlepas. Dengan keadaan mabuk dan mulut berbau arak akhirnya mereka mengaku menerima upah dan arahan daripada Ayub (dipercayai ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat) sebanyak RM10 dan minyak motor yang diisi penuh. Menurut anggota Unit Amal yang bertugas di Labis tempoh hari, mereka mengecam kumpulan mat rempit ini adalah kumpulan yang sama bertanggungjawab membaling objek ke muka seorang anggota Unit Amal ketika program ceramah Sdr Tn Hj Md Sabu.

Bagaimanapun apa yang mengecewakan, polis meleraikan kepungan dan memberikan arahan untuk melepaskan kumpulan mat rempit ini sebaik saja nama 'Ayub' disebut. Atas dasar menghormati arahan daripada pihak berkuasa, kumpulan mat rempit ini akhirnya dilepaskan dengan selamat tanpa cedera walau sedikit pun!.
Antara kumpulan penyokong, Unit Amal dan SAMM yang mengepung kumpulan mat rempit ini. 

Anggota polis mengawal keadaan selepas insiden pengepungan kumpulan mat rempit oleh orang ramai.

Jika benar bahawa kumpulan-kumpulan mat rempit ini diupah oleh Datuk Ayub maka terbuktilah bahawa mereka adalah terdiri daripada pemuda Umno di kawasan Parlimen Sekijang. Lebih memalukan mereka sekadar menggunakan sekumpulan mat rempit untuk mengganggu program ceramah Pakatan Rakyat yang sudah mendapat permit daripada pihak berkuasa. Jika benar mereka tidak puas hati dengan kehadiran Tn Hj Md Sabu, silakan hantar ketua atau wakil Umno untuk bertemu. Bukan menabur wang RM10, minuman keras dan tangki minyak motorsikal diisi penuh sebagai upah membuat provokasi. Lebih bacul lagi, jika kejadian seperti di Labis berulang sehingga seorang anggota Unit Amal yang tidak berdosa menerima tujuh jahitan.

Rakyat sudah muak dengan regim, mereka dahagakan maklumat. Kehadiran warga Segamat pada malam itu cukup menakutkan mereka. Cara terbaik untuk menakutkan rakyat, provokasi!.

Apapun tahniah kepada anak-anak muda SAMM yang sanggup datang jauh antaranya daripada Seremban, Gelang Patah demi untuk menghambat anjing-anjing provokasi ini, sehingga kumpulan mat rempit pulang menikus tidak berbunyi.

Warga Segamat yang hadir pada malam tadi.


Tim. Presiden Pas, Tn Hj Md Sabu menyampaikan ceramah tanpa sebarang gangguan.


Che'guBard turun bertemu anak-anak muda SAMM selepas berceramah untuk mendapatkan maklumat berkaitan insiden kumpulan mat rempit yang ditahan Unit Amal dan SAMM.
Anak-anak muda SAMM meraikan kejayaan menghalang provokasi kumpulan mat rempit selepas program ceramah di sebuah restoran di bandar Segamat. -Sumber

MARI BACA!!! Bob Lokman taji Pegawai JAIS-"Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer..."

Bob Lokman

Selesai solat Isyak aku diajak oleh Ustaz Akmal ke satu program seorang sahabat kami di Taiping, disitu pelbagai perkara dibincangkan oleh kami sambil jari jemari serta anak mata begitu asyik melayari FB.

Tiba2 Ustaz Akmal mendapt satu berita dr FB yang menyatakan bahawa Bob Lokman telah ditangkap oleh JAIS disebuah surau di Hulu Langat dan beliau diseret ke Balai Polis, sebaik mendengar berita tersebut aku terus menghantar message ke pada Bob Lokman samada betul atau tidak berita tersebut.

Selang 5 minit Bob menelefon aku. "Cepatnyerr sampai berita nie...". perkataan pertama yang keluar dari mulut beliau. "Biasalaa bang....zaman sekarang kan zaman teknologi." balas aku. "Betul kerr citer nie bang....cer citer cer citer...". gurau aku.

Bob pun memulakan ceritanya, menurut beliau apabila selesai sahaja menyampaikan tazkirahnya, beliau didatangi oleh seorang Pegawai Pejabat Agama sambil diiringi beberapa orang penguatkuasa (ada yang berambut merah katanya).

seterusnya Pegawai itu menerangkan bahawa beliau telah melakukan kesalahan. "Apa kesalahan aku?". tanya bob.

"Encik didapati menyampaikan tazkirah tanpa tauliah dan ini melanggar perintah sultan". ujar Pegawai tersebut.

Bob yang pada mulanya hanya mendengar kata2 dari pegawai itu terus menjawab "Dulu waktu aku jahat, korang buat tak tahu jer... sekarang bila aku nak jadi baik dan nak ajak orang buat baik, korang tahan-tahan aku pulak... jadi kalau korang nak tangok aku jadik jahat balik korang datang dekat sini, biar aku tunjukkan". ujar bob. "waktu nie aku tengook sumer kecik jerk..." bob bagitaw aku.....hi3

"Aku sanggup mati malam nie untuk pertahankan Islam, kalau korang pun nak mati jugak datang sini, tapi aku tak tau laa korang nak mati kerana apa". ujar bob lagi dalam keadaan seorang pun tak berani mendekatinya.

ada sorang pakcik tue cakap "Pertama kali saya tengok pegawai pejabat agama kena maki dengan orang" ujar bob kepada aku.

Adegan seterusnya ialah dibalai polis dimana beliau menyambung "Tazkirahnya" sehinggakan semua senyap tak terkata apa dan akhirnya beliau balik kerumahnya.

"Esok (hari ini) aku akan bagi tazkirah di sebuah surau di Batu Caves plak, ko tengok laa esok pegawai mana plak yang akan kena "tazkirah" dengan aku". ujar bob di akhir perbualan.

Harapan kita semua semoga abang Bob Lokman tabah dan cekal dengan ujian ini....Takbir!!!! -Teratakkampungku