Isnin, 17 Januari 2011

Pulihkan ekonomi negara terlebih dahulu!!

http://buletinonline.net/images/stories/berita39/4dlm1small.jpg- Sebelum 'berangan-angan' mahu rampas Kelantan

Parti Islam Se-Malaysia PAS mengharapkan Datuk Mustafa Muhammad dan Datuk Dr Awang Adek tumpulah untuk pulih ekonomi Malaysia yang semakin parah, bukan sibuk hendak ganggu Kelantan. Sepatutnya mereka berdua ini memerah otak untuk fikir macam mana hendak meningkatkan taraf ekonomi negara yang mengalami defisit sejak 12 tahun berturut-turut dan 10 tahun berturut-turut gagal mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi.

Harga barang naik, akibat subsidi untuk rakyat ditarik, tetapi untuk kroni terus diberi. Bukankah mereka berdua ini pakar ekonomi, sepatutnya sudah tentu boleh memikirkan untuk menaikkan taraf hidup rakyat di negara ini. Perlu diingat mereka bukan menteri untuk menjaga Kelantan, tetapi untuk menguruskan Malaysia.

Kenapa mereka berdua tidak menegur kerajaan pusat yang diskriminasi terhadap Kelantan, seolah-olah Kelantan berada di Planet Pluto. Sejak Rancangan Malaysia Keenam 1991 sebanyak 118 projek telah disekat sampai ke bumi Kelantan. Sikap dendam sesama bangsa dan agama terbukti apabila wang royalti disekat, minyak dibiarkan mendarat di Songkla Thailand, walaupun tidak ekonomik, yang penting kerajaan yang dipimpin oleh PAS mesti dinafikan.

Walaupun Kelantan dinafikan dalam konteks federalisme, namun atas kebijaksanaan pemimpin yang bertaqwa dan bertanggungjawab kepada rakyatnya , Kelantan boleh mentadbir dengan baik. Buktinya kadar kemiskinan di Kelantan menurun pada 4.1% tahun 2008 berbanding 7.2% pada tahun 2007 dan 10.4% pada 2004. Sedangkan kadar kemiskinan di peringkat negara 3.8% sahaja. Maknanya Kelantan lebih tinggi 0.3% sahaja. Kadar kemiskinan tegar di Kelantan hanya 0.6% di mana lebih rendah kadar jumlah kemiskinan tegar peringkat kebangsaan 0.8%. Perkara ini didedahkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dr Mohd Nor Yaakob ketika rombongan Kelantan berunding mengenai teras asas dan pemulihan projek bagi pelaksanaan RMK 10 pada 25 Jan 2010.

Kenyataan pemimpin Umno Kelantan yang mengatakan Umno mampu untuk mengatasi masalah banjir berbanding dengan PAS, ini satu kenyataan yang angkuh. Kenyataan yang sama pernah dinyatakan oleh Datuk Seri Shahidan Kasim ketika kempen pilihanraya kecil Pengkalan Pasir yang mengatakan kerajaan Kelantan tidak pandai urus perparitan sehingga kerap berlaku banjir, dengan takdir Allah tidak berapa lama hampir separuh negeri Perlis banjir sehingga lumpuh pentadbiran negeri .

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Normala tinjau pasar tani


LABIS, 17 Jan: Calon PAS untuk PRK Dun Tenang, Normala Sudirman tidak menunggu lama untuk bergerak menemui rakyat terbanyak di dalam kawasan itu dengan langkah pertama menuju ke Pasar Tani Pekan Labis, pagi tadi.
Sebelum itu, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala telah menemui rakyat di kedai-kedai kopi, seterusnya ke Pasar Tani Pekan Labis, Pasar Awam Pekan Labis dan menemui masyarakat Cina di sekitar kedai-kedai di pekan berkenaan.

Rombongan Cikgu Mala ini bergerak bersama Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Mphd Salleh dan pimpinan Wanita Pakatan Rakyat antaranya Ketua Wanita DAP, Chong Eng.

Pengumuman beliau sebagai calon telah dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu majlis meriah di Dataran Wayang Pacak, dekat sini malam tadi.

Lawatan begini sudah menjadi kebiasaan kepada Cikgu Mala kerana sebelum Adun BN meninggal pun, beliau sudah berbuat demikian sementelahan dipertanggungjawabkan sebagai Penyelia Pusat Aduan Rakyat Dun Tenang.
Kesanggupan beliau terbukti apabila sanggup meletakkan jawatan sebagai guru bergaji tetap untuk memikul tugas ini dan menyewa dua lot premis untuk tujuan memberikan kebajikan kepada rakyat sebelum daripada kematian berkaitan.

Ustaz Nuridah berkata, beliau terperanjat dengan persiapan Cikgu Mala berusaha keras bagi menghadapi PRU13 namun PRK yang datang terlebih dahulu dan berharap pengundi Tenang dapat menilai tawaran dan kesanggupan Cikgu Mala.

"Inilah perancangan dan ketetapan Allah SWT untuk rakyat di Labis ini dan mereka wajar mengambil kesempatan menghantar suara Cikgu Mala sebagai calon PAS mewakili PR ke Dun Johor," tegasnya.
Cikgu Normala adalah Exco Dewan Muslimat PAS Pusat sebagai Pengerusi Pendidikan dewan itu, Naib Ketua Muslimat PAS Johor dan Ketua Muslimat PAS Kawasan Labis, telah berkahwin dan mempunyai tiga cahayatamata. -Hrkh

Umno Perlu Ambil Iktibar Kejatuhan Pemerintahan Kuku Besi Presiden Tunisia, Kata Presiden PAS

KEMAMAN : Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak mahu UMNO terus sombong dalam memerintah negara ini dan mengambil pengajaran dari tumbangnya pemerintahan kuku besi Presiden Tunisia, Zine al-Abedine Ben Ali selama 23 tahun yang berjaya digulingkan rakyatnya.

Menuru Hadi, hakikatnya, sebuah kerajaan tetap akan bertukar dan tidak kekal kerana rakyat akan bertindak balas terhadap kerajaan yang menindas mereka.
"Tunisia negeri Arab di bawah jajah takhluk Perancis. Yang perintah parti dia sahaja, parti lain tak boleh memerintah. Pemimpin yang menentang dikurung dalam penjara,

"Adapun di negara kita ni seolah selamanya BN. Umno tak reti nak berubah. Kita tidak mahu perubahan yang berlaku dengan cara yang tak berakhlak. Allah boleh buat perubahan dan kita harap pemimpin Umno tak rasa dia boleh perintah sampai kiamat," katanya.

Drama penyingkiran Presiden Tunisia itu bermula empat minggu lalu apabila bantahan golongan pelajar merebak ke seluruh negara dan akhirnya sampai ke ibu negara pada Khamis lepas.

Rata-rata rakyat sudah bosan dengan pemerintahan Ben Ali tetapi kemuncak kemarahan mereka berpunca daripada kegagalan pemerintah mengekang kenaikan mendadak barangan keperluan asas seperti susu, roti dan gula yang amat membebankan orang ramai.

Ben Ali kini berada di Jeddah mendapatkan perlindungan dari Raja Arab Saudi, Raja Abdullah selepas dihalang ke Perancis oleh Presiden Perancis Nicholas Sarkozy.

Hadi membicarakan hal ini di hadapan lebih 20 ribu hadirin di Majlis Ceramah Perdana Selamatkan Malaysia bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Pas ganti UMNO di sini semalam.

Bagaimanapun Hadi menyatakan PAS bersama Pakatan Rakyat memilih menggunakan pendekatan aman dan demokrasi bagi menentang UMNO Barisan Nasional.

Menurutnya, itu merupakan cara yang dianjur Islam bersifat keamanan dan berbeza dengan demonstrasi kebangkitan berdarah oleh rakyat Tunisia.

"Dia merasakan dengan menggunakan senjata polis, dia boleh perintah sampai bila-bila. Makin ramai rakyat dibunuh, makin ramai keluar. Ini yang berlaku di Tunisia dan malam ini diberitakan Presiden dia lari. Kita tak mahu cara ini kita guna demokrasi, pilihanraya. Islam suruh kita guna cara damai.

"Parti yang memerintah berigilir, bila Parti itu lemah, buat silap, rakyat pilih parti lain. Kalau dia betul, baik, rakyat akan terus pilih dia," katanya lagi.

Normala Sudirman Diumumkan Calon PAS Bagi N05 Tenang


Normala Sudirman berumur 38 tahun seorang lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang yang sebelum ini bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, berjawatan Ketua Muslimat PAS Kawasan Labis dan Exco Dewan Muslimat PAS pusat telah diumumkan sebagai calon PAS di dalam pilihanraya N05 Tenang.




Berita Malaysiakini
PAS letak calon wanita bertanding di Tenang

PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Dataran Wayang Pacak di Labis.

Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

Normala merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.

Normala adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, sebelum meletak jawatan baru-baru ini.

Beliau berbuat demikian kerana undang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.

Keputusan PAS meletak calon wanita di Tenang dilihat sebagai satu langkah untuk mensasarkan sokongan pengundi Cina yang merupakan 39 peratus pemilihan berdaftar di Tenang.

Pemilihan Normala juga akan membantu menyekat persepsi di kalangan bukan Islam yang mellihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasi terhadap wanita.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.

Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini.

Terdapat kemungkinan Umno juga akan meletakkan calon wanita bertanding di Tenang. Pergerakan itu telah melobi pucuk pimpinan untuk meletakkan ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Calon BN akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon. -MK


Berita dari harakahdaily

Normala Sudirman calon PAS di Tenang
LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. -harakahdaily

FAKTA DUN TENANG

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang (N5) diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59 daripada UMNO. Allahyarham meninggal dunia di Hospital Pakar Ampang Puteri di Ampang pada 17 Disember lalu.

Tarikh Penamaan Calon: 22 Januari 2011

Tarikh Pilihan Raya: 30 Januari 2011

Fakta Berkaitan DUN Tenang

Pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008 (PRU 12).

Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

Demografi Pengundi DUN Tenang

Pilihan raya kecil DUN Tenang akan menggunakan Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun ketiga tahun ini yang telah dikemaskini sehingga 17 Disember lalu.

14,753 pengundi berdaftar.
14,735 pengundi biasa.
18 pengundi pos.

Pecahan Mengikut Kaum

Melayu 47.54%
Cina 39.08%
India 12.07%
Orang Asli 1.16%
Bumiputera Sabah 0.04%
Bumiputera Sarawak 0.03%

Video : Dialog bloggers dengan MB dan Exco Kerajaan Kelantan



Salam,

Walaupun penulis tak hadir ke majlis ini, tapi penulis gembira dengan usaha kerajaan Kelantan meraikan para blogger. Harap ada lagi majlis meraikan bloggers dibuat oleh pimpinan PR, biar tak kerap tapi tak putus supaya blogger yang sukarela ini rasa dihargai.

Jadi blogger bukan dapat duit pun, cuma nak tolong pimpinan dan kerajaan PR. Sekali sekala pimpinan dan kerajaan PR hargai sama peranan para blogger.
Blogger pula dengar la pesan Tok Guru, nak tahu lagi pasal majlis ini baca berita di bawah ;

Kesibukan dan keletihan beliau kerana terlibat dengan program di Terengganu pada sebelah siang tidak menghalangnya hadir bersama.
Turut serta di pentas terdiri daripada Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaakob, Speaker DUN Kelantan, Datuk Nasruddin Daud dan lima Exco Kerajaan Negeri; Datuk Husam Musa, Datuk Takiuddin Hassan, Wan Ubaidah Omar, Haji Abdullah Che Nawi dan Datuk Dr Fadzli Hassan selaku penganjur majlis.
Majlis itu mendapat sambutan menggalakkan daripada kalangan bloggers dan pengamal media alternatif.

Isu berkawan dengan DAP yang ditimbulkan oleh Saudara Azizi Abdullah telah dijawab dengan kemas oleh Tok Guru..kemas keming jawapan beliau.

YB Exco Dato Husam juga menjawap soalan mengenai isu tuntutan royalti yang akan dibicarakan pada 27 hb.Januari di Mahkamah Perdagangan dan beliau menjemput para bloggers turun membuat liputan.
Beliau juga memberitahu Kerajaan Pusat telah mohon mencelah dalam isu tuntutan royalti ini.

Sepatah akhir Tuan Guru menegaskan, menyebarkan Islam bakal memasuki Syurga dan tidak melaksanakan kewajipan itu akan masuk neraka.TBO


KUALA LUMPUR : Majlis Ramah Mesra dan dialog YAB Menteri Besar Kelantan Tok Guru Nik Abdul Aziz bersama para bloggers telah berjaya dilangsungkan di Hotel Grand Season, Kuala Lumpur.

Dalam ucapan nya beliau berpesan kepada semua agar berhati-hati dengan apa yang ditulis sebab semuanya akan dihtung nanti Tok Guru juga mengingatkan semua bloggers agar menulis dan menyebarkan kebaikan di mana sahaja dengan rasa tanggungjawab tinggi untuk menyampaikan Islam..

Dalam sesi dialog pelbagai soalan dikemukakan oleh para bloggers dan telah dijawab dengan baik oleh YAB Tok Guru dan para Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Bila Jalang Keluar Kamar, Tandanya Pilihan Raya Sudah Dekat

BARANGKALI pilihan raya umum ke-13 sudah dekat benar. Walaupun Najib Razak tidak mahu mengakuinya namun sudah ada tanda-tanda jelas menunjukkan 'hari raya' bagi golongan politik itu sudah menjelang tiba. Wapnya sudah pun ada.

Sebenarnya sesiapa juga tidak akan dapat menyembunyikan sesuatu yang terbungkus di dalam hatinya. Rahsia itu akan terdedah juga akhirnya. Gelagat dan perwatakan diri manusia itu akan mendedahkan apa yang ada dalam hatinya. Manusia boleh berbohong dengan batang kayu tetapi tidak boleh menipu cermin di depannya. Manusia juga boleh meludah dalam air keruh tetapi buruk padahnya kalau meludah di air jernih.

Demikian juga dengan pilihan raya umum. Ia tidak menjadi rahsia lagi. Pihak pembangkang sudah membuat persiapan awal menanti kedatangan hari keramat berkenaan. Persiapan secara rasmi, dengan mengadakan mesyuarat dan perbincangan demi perbincangan tertutup telah pun dibuat. Manakala individu yang ingin bertanding atau pun wakil rakyat yang kini sedang menyandang jawatan itu sibuk turun ke kawasan masing-masing. Kekerapan mereka berjumpa rakyat sudah mula meningkat. Makin banyak wakil rakyat mula menghafal nama kampung dan juga tok ketua-tok ketua kampung di kawasan masing-masing.

Lobi melobi juga sudah berlaku. Orang-orang yang dapat 'atawa' dipercayai boleh mempengaruhi ketua parti menentukan calon sudah mula dihubungi dan diajak minum tea tarik malam dan siang. Ini antara tanda-tanda pilihan raya semakin dekat. Seperti burung pepaka kalau sudah hampir musim kemarau ia akan berkokok dan berkokok kerana di musim inilah ia suka mengawan. Musim sekarang ini adalah musim orang politik mengawan.

Dan sudah lumrah alam maya ini, bila pilihan raya makin dekat para wakil rakyat, bakal calon jadi makin kurang tidur kerana memikirkan untung nasib diri masing-masing. Kalau yang sudah ada kerusi bermimpi untuk menang lagi bagi menyambung jawatan itu sekali lagi. Kalau menang jika sebelum ini tidak dilantik jadi MB atau Exco maka boleh berkira ke arah itu. Kalau pun tidak layak jadi Exco kerana kurang kelulusan maka bolehlah bermimpin untuk jadi speaker. (Sebenarnya kalau jadi Exco tidak layak, speaker juga tidak layak).

Sayang kerusi oi... sapa nak bagi RM15,000 hingga RM20,000 sebulan sebagai ahli Parlimen atau Exco? Bukan itu saja jadi wakil rakyat banyak kemudahan. Naik kereta api pun tidak perlu tikit hanya waran saja. Dan siapa bagi pencen RM3,000 sebulan untuk bekalan hidup untuk buat beli tembakau dan sireh di hari tua. Inilah yang difikirkan siang malam. Berfikir untuk pertahankan kerusi dan dapat calon bukan berfikir bagaimana nak mengubah nasib ummah dan agama. Politician munafik zindik.

Sebenarnya wakil rakyat yang berfikir demikian bukan wakil rakyat. Dia hanya wakil dirinya sendiri. Orang seperti ini mementingkan kehidupannnya dan keluarganya. Yang menjadikan jawatan wakil rakyat sebagai kerusi untuk hidup. Sebab itu ada sambung menyambung dalam hal ini, dari bapak kepada anak kemudian kepada cucu, ipai duai, mertua dan menantu. Kerusi wakil rakyat telah dijadikan syarikat sendirian berhad ataupun pesaka turun temurun. Pengundi diperbodohkan untuk memberi kesenangan dan kegahan kepada mereka. Lupa akan tugas dan kuasa yang ada kepada mereka bila dibayar dengan hanya kain pelikat sehelai atau kambing patah tanduk seekor atau wang RM50 bervisi baru.

Jangan pertidakkan hakikat ini. Di kampung atau pekan mereka bergaduh nak jadi wakil rakyat kerana nak pencen. Kerusi wakil rakyat telah diperdagangkan sebagai kerusi cari makan. Sudah dijadikan sumber rezeki. Kalau hendak dibilang lebih separuh wakil rakyat yang ada hari ini adalah mewarisi kerusi itu dari bapak atau datuk nenek mereka!

Sudah melalut... kembali kepada mauduk asal mengenai pilihan raya. Kenapa saya kata pilihan raya sudah dekat. Sebab sudah ada berbagai tanda-tanda dan petunjuk tadi. Kerana pihak yang menentukan pilihan raya ini pihak parti pemerintah maka petunjuk dari mereka yang jelas dan konkrit. Kalau pun pembangkang berusaha untuk membubarkan Parlimen mereka tidak ada kuasa, hanya setakat mendesak dan melalak cuma.

Ada beberapa tanda jelas dan nyata menunjukkan pilihan raya sudah hampir tiba. UBN nampaknya sudah nak maksimumkan penggunaan senjata mereka. Semua senjata dan modal politik sudah pun dikeluarkan. Selain Najib mengumumkan pelbagai peruntukan atau pun dana ataupun insentif sebagai senjata dan modal pilihan raya, ada beberapa perkara yang mengarah ke arah itu.

Misalnya UBN sudah menggunakan semua orang untuk menyerang Anwar. Sepertilah dalam pilihan raya ini UBN hanya takut kepada Anwar seorang. Tenguk semua macam manusia digunakan untuk menghentam Anwar. Golongan akademis, profesional, penulis, penyair, ulama separuh iman, teknokrat, agensi kerajaan, penyepak kertas jalanan dan termasuk juga betina jalang. Semuanya digunakan oleh UBN. Wakil rakyat selumbar juga turut sama dipergunakan.

UBN yang menerima dasar dan konsep demokrasi sekular akan menggunakan apa saja perkakasan dan manusi tidak kira halal atau haram asalkan matlamaya mencapai kemenangan tercapai. UBN atau politician demorkasi sekular tidak akan mengira apakah kemenangan itu dicapai secara halal atau sebaliknya yang penting menang dan dapat kuasa.

Segala perkakas itu mereka akan bayar dengan jumlah yang lumayan. Misalnya kalau betina jalang jika perniagaan biasanya semalam hanya diperolehi RM5,000 sekali ditiduri datuk atau tan sri tua, tetapi kalau sedia jadi perkakas politik akan dibayar berlipat ganda sampai mencecah ratusan ribu bahkan jutaan ringgit. Bayaran bukan dengan note RM lagi tetapi menerusi porojek di luar negara termasuk mengusahakan projek pelancongan dan sebagainya.

Sebut saja berapa bayaran atau projek apa yang dikehendaki sedia dilunasi asalkan saja beitna jalang sanggup merekacipta fitnah yang boleh membelalakkan rakyat negara ini. Dan betina jalang itu pula kalau pun perlu telanjang dalam stadium, dia sanggup asalkan dapat wang. Beginilah busuk dan kohongnya dunia politik Malaysia. Ia bukan baru tetapi sudah berlaku sejak bermulanya dunia ini lagi. Perhatikan apa yang berlaku ke atas Hawa semasa didalam syurga, bagimana Hawa diperdaya oleh politik syaitan.

Kalau golongan ustaz yang berjubah carit atau pun kopiah lusuh pula bukan lagi diberi seratus dua seperti lazim diperolehi selepas menyampaikan kuliah atau ceramah di surau, tetapi direkmenkan projek perladangan di Kalimatan Indonesia dan sebagainya. Caranya menjadi ahli lembaga pengarah atau pun syarikat mengadakan usahasama dengan agensi kerajaan seperti Lembaga Tabung Haji, Felcra, Felda dan sebagainya. Sayangnya murid yang taksub dengan hamis jubah guru mereka tidak pernah tahu dan mengambil tahu akan hal ini.

Orang yang jadi perkakas ini makin lama makin ramai. Bukan saja yang sedia ada hari ini, tetapi lepas ini macam-macam orang lagi akan tampil. Mereka akan membuat kenyataan dan dakwaan yang bukan-bukan. Soal fitnah atau haram apa peduli yang penting mereka dibayar, wang dan wang akan mengalirkan ke dalam akaun mereka dengan tenang.

Nah, kerana tanda-tanda itu sudah ada, perkakas UBN sudah mula menguatkan kerja, ia memberi gambaran pilihan raya umum sudah tidak lama lagi. Bila masa dan tarikhnya ia dalam tilikan para bomoh dan ahli paranomal penipu. Pemimpin sangat percaya kepada paranomal dan tilikan bomoh penipu. Makanya kalau sesiapa nak tahu tarikh pilihan raya menyamarlah jadi bomoh penipu terkenal nescaya anda akan dikunjungi para pemimpin UBN nak minta tarikh pilihan raya.

http://msomelayu.blogspot.com