Jumaat, 4 Februari 2011

TINDAKAN MUFTI MESIR MENGECEWAKAN

Saya ingin melahirkan rasa kecewa ke atas kenyataan Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah –yang muncul dalam TV Mesir- yang meminta rakyat Mesir menghentikan tunjuk perasaan (sila rujuk di sini) . Ya, memang selama ini ‘Ali Jum’ah adalah benteng Hosni Mubarak, dia dilantik oleh Mubarak sekalipun ramai tokoh-tokoh ilmuwan Mesir lain yang jauh lebih terserlah keilmuan dibandingkan beliau. Malang sekali, selama beliau dilantik, apa yang sering beliau bangkitkan hanyalah isu sekitar perselisihan pendapat dalam kalangan umat Islam seperti masalah perbezaan mazhab dalam aliran kalam dan fekah. Beliau tidak lantang seperti al-Syeikh al-Qaradawi, Muhammad al-Ghazali r.h dan lain-lain dalam mengkritik kezaliman dan kerakusan Mubarak. Beliau tidak berfatwa tentang tindakan-tindakan Mubarak menipu rakyatnya.

mufti_mesir.jpg
                                 Gambar: Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah

Tiba-tiba hari ini, ketika rakyat keluar menuntut hak mereka, tanpa menumpahkan darah, hanya demonstrasi jalanan, beliau mengeluarkan pandangan agama tentang larangan keluar membantah Mubarak. Bahkan mengalu-alukan langkah Mubarak yang kononnya ingin membuat pembaharuan dalam masa tujuh bulan. Jika 30 tahun Mubarak gagal membuat pembaharuan, apakah dia mampu melakukannya dalam masa tujuh bulan seperti yang dia janjikan? Jika beliau mampu bererti selama ini beliau ternyata seorang pengkhianat besar! Jika tidak mampu, beliau mesti berhenti dan berikan laluan kepada pilihan rakyat. Jika rakyat berhenti membantah, regim itu akan kembali berkuasa.Kenapa ‘Ali Jum’ah tidak mengeluarkan fatwa tentang penyokong Mubarak yang membunuh rakyat awam dalam demonstrasi tersebut, dan juga selama 30 tahun Mubarak membunuh para penentangnya secara zalim! Dunia Islam menjadi mundur disebabkan pemerintah yang zalim dan korupsi, dibantu pula oleh ulama yang bersekongkol.

Tahniah kepada al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam temubual al-Jazeera yang menyatakan pejuang yang mati berdemonstrasi aman di Mesir adalah syahid dan demonstrasi itu mesti disokong! Inilah contoh ulama yang berani dan berkata tanpa kepentingan diri.

Akhirnya, semoga golongan agama tidak menjadikan tindakan Mufti Mesir ini sebagai teladan positif, sebaliknya ia adalah contoh yang negatif seorang yang memakai gelaran agama.

-Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Demo Anti-Mubarak: 8 Ditahan





Seramai lapan orang awam ditahan polis kerana menyertai perarakan menghantar memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat disini hari ini.

Dua daripada mereka ditahan di Jalan Tun Razak selepas selesai daripada menghantar memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat kira-kira 2.50 petang tadi.
Manakala yang lain ditahan di bangunan Tabung Haji disini kerana dilihat melakukan provokasi selepas trak FRU melepaskan pancutan air kepada orang awam yang berehat di kaki lima gerai makanan.
Ketua Polis Daerah IPD Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika ditemui pemberita berkata, tujuh yang ditahan itu dibawa trak polis ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi disini.

“Mereka ditahan kerana enggan mengikut arahan polis supaya bersurai walaupun kami sudah beberapa kali memberi amaran,” katanya.

Sementara itu, peguam daripada Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fitri berkata pihaknya akan ke IPD Dang Wangi untuk memberi bantuan guaman kepada mereka yang ditangkap.
-FMT


Malaysian Riot police fires water canon on protesters near U.S. Embassy in Kuala Lumpur, Malaysia, Friday, Feb. 4, 2011. More than 1,000 people protested outside the embassy, calling for Egyptian President Hosni Mubarak to step down.

Protesters march during a rally demanding for an end to Egyptian President Hosni Mubarak's rule, at the U.S. embassy in Kuala Lumpur February 4, 2011. Mubarak is warning of chaos if he were to step down, but U.S. counter-terrorism efforts are expected to weather unrest aimed at ending his 30-year rule.
Lagi Gambar di FB

Polis mengganas anti-Mubarak Demo




 

Peserta himpunan disembur, ditangkap



KUALA LUMPUR, 4 Feb: Satu memorandum hari ini diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat melalui satu himpunan membantah campurtangan negara itu terhadap pemerintahan Mesir.

Penyerahan memorandum tersebut disertai wakil-wakil parti politik dari Pakatan Rakyat dan Badan Bukan Kerajaan NGO.

Mereka termasuk Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin, Presiden PSM Dr. Nasir Hashim dan Penyelaras PSM, S. Aruchelvan dan lain-lain.

Dianggarkan hampir 10 ribu menyertai himpunan kali ini selepas kali pertama himpunan sama dibuat Isnin lalu di hadapan Kedutaan Mesir bagi mengutuk kekejaman kerajaan negara itu dibawah Presidenya, Hosni Mubarak.

Beberapa wakil pemimpin yang hadir turut menyampaikan ucapan ringkas, dan kesemuanya antara lain turut mengingatkan kerajaan Malaysia agar mengambil iktibar dari apa yang ditunjukkan rakyat Tunisia dan Mesir.

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh antaranya berkata himpunan hari ini adalah manifestasi kebencian rakyat terhadap sebarang bentuk kezaliman yang dilakukan mana-mana kerajaan terhadap rakyatnya.

"Kita benci kepada mana-mana kerajaan yang melakukan kezaliman... Kita mahu kerajaan merealisasikan kehendak rakyat skiranya tak ingin jadi seperti kerajaan Tunisia dan Mesir,"katanya.

Mohamad Sabu pula dalam ucapannya turut memberi amaran bahawa rakyat Malaysia juga akan bangkit jika dizalimi sedemikian rupa.

Selain mereka, turut serta menyokong memorandum bantahan itu Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram).

Himpunan itu bagaimanapun dicemari dengan insiden tangkapan dan semburan watercanon oleh pihak polis dan Pasukan Simpanan Persekutuan FRU.

Beberapa petugas Unit Amal PAS dan orang ramai ditangkap di hadapan Masjid Tabung Haji ketika pihak polis cuba menyuraikan himpunan tersebut selepas selesai menyerahkan memorandum.

Terdahulu, lebih 7000 rakyat berarak dari Masjid As-Syakirin KLCC ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Himpunan memulakan diketuai Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Ridhuan Mohd Nor.

Biarpun pihak polis menghalang laluan menuju ke bangunan kedutaan tersebut, peserta himpunan bagaimanapun berjaya melepasinya.

Himpunan yang menggabungkan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) hari ini dinamakan Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir.

Mereka membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat iaitu menggesa ejen negara itu berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.

Kesemua mereka berarak selepas selesai solat Jumaat sebentar tadi di Masjid As-Syakirin KLCC.

Sekurang-kurangnya 50 NGO turut sama dalam himpunan tersebut. -Hrkh

Lagi Gambar di
sini.





























RM888 bilion Aliran Wang Haram,Kerajaan Umno-BN Berdiam Diri




PETALING JAYA : Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, menggesa kerajaan Malaysia menyiasat laporan badan pengawas kewangan Global Financial Integrity (GFI) minggu lalu skandal berhubung aliran keluar wang haram berjumlah RM888 bilion (AS 291 bilion) yang direkodkan sepanjang tahun 2000 dan 2008.
Tambah Gobind lagi, jika Perdana Menteri mahu memerangi isu rasuah, Datuk Seri Najib perlu menjelaskan kepada rakyat ke mana wang haram ini dialirkan.

"Kalau Najib Tun Razak betul-betul, kalau beliau betul-betul hendak membanteras rasuah, ini seharusnya menjadi fokus beliau dimanakah wang ini (RM 888 bilion), kenapa sampai sekarang tak ada tindakan diambil, kenapa kerajaan tidak menitikberatkan perkara ini," katanya.

Menurut beliau lagi hal ini penting kerana melibatkan jumlah begitu besar sehingga memberi impak kepada negara yang meletakkan Malaysia di tempat kelima.

"Kita tengok nombor 5 ini adalah segi senarai negara-negara terbanyak yang mempunyai wang yang keluar negara ini secara salah sebanyak 888 bukan juta tapi bilion ringgit," katanya.

Sebelum ini juga pimpinan Pakatan Rakyat mendesak agar ditubuhkan

Baru-baru ini Malaysia digemparkan dengan laporan dari GFI, aliran keluar wang haram dari Malaysia menokok tiga kali ganda pada 2008 RM208 bilion (AS$68.2 bilion) dari jumlah RM67.7 bilion (AS$22.2 bilion) pada tahun 2000.

GFI mendefinisikan aliran keluar wang haram sebagai pemindahan wang yang dijana menerusi aktiviti-aktiviti tidak sah seperti rasuah, aktiviti jenayah dan usaha mengelak cukai ke atas kejayaan diperoleh.

Menurut GFI Malaysia berada di tangga ke 5 di bawah China, Rusia, Mexico dan Arab Saudi di kalangan 125 negara membangun dalam pengaliran keluar wang haram dalam kajian yang dibuat bagi tempoh lapan tahun dari 2000 hingga 2008 ini.
-tvs

Sisi lain Tuan Guru Haji Hadi Awang


Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS) sudah pastinya seorang insan yang begitu sibuk dalam menjalankan tanggungjawabnya terhadap parti dan juga penyebaran agama Islam. Sebagai seorang ulama, kelibat tubuhnya senantiasa diperlukan disegenap pelusuk negara untuk menyampaikan ilmu kepada orang ramai.

Dalam usianya yang kini mencecah 63 tahun, kesibukan terkadang mengekang masa rehat dan riadah beliau.

Seorang pemimpin yang amat dikenali sehingga keperingkat antarabangsa, pejuang yang tenang ini juga ada kelebihan diwaktu santainya. Sifatnya yang penyayang sebagai seorang ayah amat dirasai oleh para pemuda yang bersama-sama mengikuti beliau ke Tasik Kenyir baru-baru ini.

Gambar-gambar yang disunting daripada facebook Ustaz Fairuz berjaya menyerlahkan ruang tenang seorang ulama dan Tok Guru dimasa santainya sambil menurunkan ilmu dalam bersahabat dengan alam kepada generasi pelapis yang bersamanya.

Tuan Guru Haji Hadi gemar memancing diwaktu lapangnya

Tunjuk ajar menggunakan senjata memburu kepada Ustaz Fairuz

Hasil tangkapan Ustaz Fairuz dan Ustaz Akmal

Ikan yang dipancing Tuan Guru Haji Hadi

Nikmat Allah Taala, apatah lagi yang ditangkap sendiri

Seorang ulama dan Presiden Parti, makannya juga bersila bersama yang lain

Pemandangan Tasik kenyir

!!LINTAS LANGSUNG : DEMO 'DOWN MUBARAK' Bermula di KLCC!!





Perarakkan bermula di Masjid KLCC menuju ke kedutaan Mesir di Jalan Ampang Hilir !! Demonstran dari Masjid KLCC akan bergabung dengan demonstran dari Masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak !!

Ayuh kita desak Mubarak berundur dan kita sahut Revolusi Tunisia-Mesir !!

KARNIVAL ANAK MUDA DI CYBERJAYA

edyesdotcom

12 Febuari !!

11 Febuari !!
10 Febuari !!

5 Febuari !!

JOM BERDEMONSTRASI

Islam Versi Dr. Mahathir: Beri Lesen Judi pada Vinsetan

http://www.malaysiawaves.com

Loya tekak saya membaca serangan Dr Mahathir pada TOk Guru Nik Aziz dalam isu Islam. Kononnya Dr Mahathir mendakwa:


Dalam tulisan blognya semalam, Dr Mahathir mendakwa Islam dibawa oleh Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan, “lebih teruk dari Islam nasionalis” dan menjadi penyumbang kepada perpecahan orang Melayu Islam negara ini.

Justeru, kata bekas perdana menteri, Nik Aziz rela mempertahankan Lee Kuan Yew dengan menganggap cadangan bekas perdana menteri Singapura itu supaya orang Islam Singapura tidak terlalu kuat berpegang kepada ajaran Islam adalah tidak seburuk dari Islam nasionalis Melayu.
Hairan saya. Apakah Islam Dr. Mahathir itu benar? Bukankah Dr Mahathir meluluskan lesen judi bola pada Vinsetan beberapa bulan selepas beliau mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam?

Apa hak Dr Mahathir mempersoalkan Tok Guru Nik Aziz dari segi Islam sedangkan Islam Dr Mahathir jelas terpesong?

Serangan kepada Tok Guru Nik Aziz adalah kerana Tok Guru menolak penyatuan PAS-UMNO. Ini kerana Tok Guru tidak mahu sebuah perpaduan dengan perompak, penyokong judi dan pendusta.

Adakah itu satu dosa?

Tulang Besi

Lambat Bertindak Bawa Pulang Rakyat, Bermewah Untuk Lawatan Rosmah

SHAH ALAM 3 FEB: Ketua Sri Kandi PKR menyindir Datuk Najib Razak dan kerajaan Malaysia yang cepat mengatur perjalanan ke luar negara Datin Sri Rosmah Mansor yang menelan belanja ratusan ribu ringgit dengan begitu mudah, namun apabila melibatkan rakyat ia seolah-olah diketepikan.

Namun setelah didesak dan dikritik lantang beberapa pihak kerana lambat membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir barulah ada tindakan daripada kerajaan.

Perkara ini jelas Siti Aisyah Shaik Ismail menunjukkan kerajaan tidak prihatin dan mengambil berat dengan keadaan para pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

"Perjalanan Rosmah Mansor ke luar negara itu lebih tersusun dan lebih disegerakan tetapi bila bercakap soal rakyat yang kononnya menggunakan slogan rakyat didahulukan tapi kita tak lihat dalam konteks ini, rakyat kita di Mesir diutamakan terlebih dahulu," katanya lagi.

Beliau menambah Perdana Menteri harus peka dan juga menjawab isu ini kerana bukan isu yang melibatkan pelajar-pelajar sahaja tapi melibatkan nyawa dan masa depan mereka di sana.

"Kerajaan Malaysia pada peringkat awal tidak mengeluarkan kenyataan permulaan, kemudian pada peringkat setelah didesak dan dikritik baru mengeluarkan kenyataan bahawa belum lagi berada dalam keadaan genting dan selepas Selangor mengumumkan untuk memberikan bantuan kepada pelajar-pelajar di Mesir, kerajaan baru mengeluarkan kenyataan akan membawa pulang pelajar di Mesir tapi hanya menggunakan kapal tentera laut dan bukan pengangkutan yang lebih cepat dan efektif," katanya kepada Tv Selangor.

Aisyah juga mempertikaikan tugas duta kerajaan Malaysia di sana yang langsung tidak menunjukkan kredibiliti sebagai wakil kerajaan sedangkan Malaysia sepatutnya mengambil langkah proaktif dalam proses memindahkan mereka dengan kadar segera.

"Kita mempersoalkan Kerajaan Malaysia mengambil tegas isu ini kerana kita tahu bahawa sesebuah kerajaan itu dia mempunyai duta yang dihantar ke sesebuah negara dan kerana itu kita merasakan bahawa kerajaan itu mempunyai kabel yang kuat untuk melakukan transaksi pelajar-pelajar dari Mesir ke tanah air begitu cepat dengan mengikut prosedur lebih baik," katanya.

Sebelum ini, pelbagai negara mengambil tindakan membawa pulang rakyat mereka dari Mesir dengan menyewa atau menjadualkan pesawat ketika penunjuk perasaan semakin rancak mengadakan demonstrasi mendesak peletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak.

Dua syarikat penerbangan China, Air China dan Hainan Air awal-awal lagi menjadualkan penerbangan membawa keluar rakyatnya dari Mesir.

Jepun pula, menyewa pesawat yang yang membawa 500 rakyatnya yang terkandas dari Kaherah ke Rom.

Amerika Syarikat (AS) dan Turki turut menawarkan untuk membawa pulang rakyat mereka dan syarikat penerbangan utama termasuk Lufthansa dan Air India berikrar menghantar lebih banyak pesawat ke Kaherah dan Iskandariah. -
tvs

Luahan Hati Pelajar Malaysia Di Mesir

http://www.perisik-rakyat.com

http://i.cdn.turner.com/cnn/2011/WORLD/africa/01/30/egypt.what.next/t1larg.egypt.protests.tanks.jpg

Salam. aku student mesir. kawasan yang masih 'hijau'. aku ni jarang tulis note, tapi sebab aku rasa ni perlu, maka aku tulis, dan korang tolonglah sebar2kan.

takda yang lebih tahu pasal mesir ni kecuali kami. kebanyakan berita di malaysia hanyalah 'lebat'2 belaka. kami taklah seteruk itu. berita2 macam ni akan membuatkan mak ayah kat sana risau, kan?

betul.

ada satu lagi yang anda semua tak tahu. kami bukan risaukan bunyi2 bom di waktu malam. belum terjadi lagi. tapi kami risau benda ni akan jadi worse. ah, kelakar aku rasa bila baca blog2 macam ni,
http://ruangbicarafaisal.blogspot.com/2011/02/krisis-di-mesir-utamakan-bawa-pulang.html

http://blogserius.blogspot.com/2011/02/serius-fakta-fakta-tentang-pelan.html

apa yang korang tahu pasal kami di sini? bank dah banyak yang kena beku, kedai banyak dah tutup, harga barang naik mendadak, penjenayah terlepas. nak tunggu sorang pelajar kami maut kat kawasan 'hijau' ni baru nak menggelabah ke?

betul, kami tak boleh menggelabah. kerajaan sedang keluarkan pelajar malaysia perlahan2. kami di kawasan 'hijau' ni perlulah bersabar.

aku, secara peribadi, boleh bersabar. orang lain aku tak tahu.

yang kami risau sekarang, kerajaan terlalu lambat ambil tindakan. embassy sekarang ni sgt susah nak dihubungi. pegawai2 negeri pun susah nak dikontek jugak. siapa kata kami terurus? lawak, lawak. macam korang pulak yang kat sini, kan?

aku harap, ambiklah. walaupun sedikit lambat. asalkan jangan terlampau lambat. apa kerajaan nak tunggu zioonis campur tangan ke? nk tunggu amerika baling bom guna jet?

ok, ingat tak, dulu2, ada satu kerajaan ni di pegang oleh parti Islam (algeria kot.) then, tiba2 perancis datang untuk jatuhkan balik kerajaan tu. macam tulah yang aku takut sebenarnya. jangan sampai diorang masuk campur. sekarang ni tentera macam menyokong pro-mubarak ni. saja nak laga2kan golongan anti dan pro. kalau dah sampai macam ni situasinya, susah dah kita nak keluar dari sini.

sekejap, kami gembira kami akan keluar dari kancah ni. tapi, kejap sangat. datang balik rumours kata kawasan kami takkan keluar. u pun tak cuti. hakikat, kitorang sekarang ni cuak gila bila tahu ada kemungkinan kami tak keluar ke mana.

ada pihak yang cuba telefon embassy. sejujurnya, kami tak dikompemkan lagi kami akan keluar dari sini.

ada pihak2 yang yang dah gelabah semacam, termasuklah aku.

bukan apa, ini bukan perang agama, utk aku masuk campur. ini hal kerajaan. aku takda hak pun nak bersuara.

kerajaan, kalaulah kos nak selamatkan kami ni tinggi sangat, akan merugikan ekonomi negara, duit2 petronas tak mampu cover, nak majukan sangat negara, maka, buatlah kutipan derma. walaupun kemungkinan separuh tu masuk kat poket sesiapa, sekurang2nya adalah jugak duit. kalau taknak jugak, claimlah duit kami nanti, macam ALONG buat!!!

sekarang ni takda apa. tapi sampai bila? kami tak perlukan golongan2 doktor yang bawak ubat, supply2 makanan tu semua. sini ada doktor dan makanan dah. keluarkan kami segera dan terancang.

kami tak cukup berharga, kan?

lagi sekali.

sampai bila?

nak tunggu kami yang di kawasan hijau ni kena rompak ke? kena peluru? lawak.

kami tak kata kerajaan abaikan kami. kami tuduh melulu. tapi dah memang hakikat, embassy pun tak mampu nak kompemkan kami ni akan keluar dari sini. jadi, macamana kami tak risau?

kawasan 'hijau' yang korang kata tu, dah buat aku rasa gas pemedih mata. kat malaysia pun aku tak rasa.

well, the truth is, kami ada makanan. tak perlulah nak bawak makanan banyak sgt. dan kami kesempitan. makanan ada la seminggu dua lagi, tapi keamanan dan ke'hijau'an kami pun tak tahu lagi sampai bila. kerajaan tak mampu nak comfirmkan situasi kami lagi. kelak kaherah dan iskandariah dan di evakuasi, kami terkapai2 tanpa pegawai sebab semuanya nak balik malaysia jugak. lagi2lah kami di kawasan yang bukan kawasan utama.

sebarkanlah benda ni. sebarkan sehabis daya kalian. TV3, akhbar, facebook, blog, sebarkanlah, tolong. kami tak harap kami diselamatkan sekarang jugak. tapi bagi kami jaminan kami akan keluar. dan kami diselamatkan SEBELUM US dan yahudi masuk campur lebih teruk lagi. tunjukkanlah tanda2 kalian prihatin terhadap nasib kami. kami tidak tuduh anda tidak ambil tahu, tapi tunjukkanlah bukti bahawa anda ambil tahu hal kami.

kami di kawasan hijau tinggal sikit. banyak senior dah gerak ke cairo. tinggallah kami segelintir kami yang terkontang kanting di sini tak tahu apa akan terjadi. sebab tulah kemungkinan kami akan diabaikan semakin tinggi.

kalau betul kami diabaikan, sebahagian besar kami akan lari ke mansurah atau kaherah dengan risiko sendiri. andai kata ajalnya di sini, doakanlah rohnya diredhai.

banyak yang di atas hanyalah rumours. tapi jangan pernah main2 dengan rumours. masakan pokok bergoyang kalau tiada angin, kan?

terima kasih kerana sudi membaca.

wassalam.

Abrar Shafir (
http://www.facebook.com/profile.php?id=1598799542)

Cara berkesan jimatkan minyak! Wajib cuba!



Berkesan kan? 9 orang boleh angkut. Tak perlu pakai mpv. Jimat kan kan kan?


Celah Mana Yang Dok Kata 'Rakyat Didahulukan'?


Oleh Muhammad Hafizuddin

Menyambut kemenangan Barisan Nasional di DUN Tenang, pada masa yang sama kerajaan sekali lagi menaikkan harga minyak petrol RON 97. Kemenangan diraikan sehingga melupakan rakyat lebih kurang 11,000 orang yang berada dalam trauma dan ketakutan di Mesir akibat daripada rusuhan rakyat Mesir memprotes kerajaan Husni Mubarak.
Kelembapan Kerajaan Malaysia bertindak untuk menyelamatkan rakyat Malaysia di Mesir mendapat kritikan yang hebat daripada pelbagai pihak khususnya ibu bada serta kaum keluarga mahasiswa-mahasiswa yang sedang melanjutkan pelajaran di Bumi Anbiya tersebut. Hal ini dilihat bertentangan dengan prinsip "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Kerajaan korupsi Malaysia telah memperlihatkan kekejaman mereka apabila cuba mengaburkan mata rakyat dengan meletakkan keadaan di Mesir sebagai masih selamat. Retorik kerajaan Najib Rajak semakin kritikal apabila menyatakan bahawa membawa pulang rakyat Malaysia di Mesir tidak menjadi keperluan.

Di kala rakyat sangat memerlukan pertolongan dan mendambakan bantuan, Kerajaan China berusaha menghantar beberapa buah pesawat penerbangan untuk membawa pulang rakyat China yang berada di sana. Jepun pula telah menyewa pesawat bagi membawa 500 rakyatnya yang terkandas di Kaherah untuk diterbangkan ke Rom. Manakala Greece pula telah bersedia dengan 2 buah pesawat tentera untuk mengeluarkan rakyatnya dari bumi Mesir. Begitu juga dengan Iraq dan Jerman yang mengambil tindakan cepat untuk menyelamatkan rakyat masing-masing.

Setelah keadaan semakin meruncing, barulah Kerajaan Malaysia mengambil inisiatif untuk menghantar pasukan TUDM ke Mesir untuk memindahkan rakyat Malaysia ke beberapa buah negara terdekat. Kebimbangannya sekarang, keterjaminan keselamatan berada di negara sekitar Mesir masih boleh dipertikaikan. Kerajaan Malaysia diseru untuk berusaha keras membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di Mesir. Desakan ini dibuat demi nyawa sahabat-sahabat serta kaum kerabat yang berstatus warganegara Malaysia. Biarpun habis berjuta-juta Ringgit Malaysia, satu nyawa pun tidak mungkin dapat digantikan.

Keselamatan rakyat adalah menjadi amanah dan tanggungjawab sesebuah kerajaan untuk dijaga. Tiada guna kebanggaan memenangi hati rakyat diagung-agungkan andai rakyat di negara orang berada dalam risiko kehilangan nyawa.

Diharap Kerajaan Malaysia mempunyai nilai kasih sayang yang sangat tinggi untuk bersungguh-sungguh demi menyelamatkan rakyat Malaysia yang berhadapan dengan risiko yang sangat tinggi di bumi Mesir. Doa berterusan serta solat hajat jangan sekali-kali ditinggalkan memohon perlindungan hakiki daripada Allah Taala.

WE UNITE FOR ISLAM

Muhammad Hafizuddin Bin Muhamed Noor
Mahasiswa UIAM
*Mempunyai 2 orang adik yang melanjutkan pelajaran di Mesir
Oleh Muhammad Hafizuddin

Pengalaman cemas di Mesir





Penyokong Presiden Hosni Mubarak memasuki kawasan Dataran Tahrir dengan menaiki kuda untuk mendesak puak antipemimpin itu bersurai dan tidak meneruskan demonstrasi. — Foto ihsan msnbc.com


"Kami tidur dalam ketakutan dengan bertemankan pisau dan penyembur lada di sisi" kata dua sahabat baik yang merupakan penuntut tahun ketiga jurusan perubatan di Universiti Mansoura, Mesir.

Nazeera Mohd Nasir dan Nurul Shafiqah Mohd Tajudin, masing-masing 21 tahun ditemui Bernama selepas selamat tiba bersama tiga lagi pelajar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 10 malam tadi dengan menaiki penerbangan EK0342 Emirates dari Kaherah.

Nazeera berkata mereka dibelenggu perasaan cemas dan takut ekoran kawasan rumah sewa mereka di Mansoura agak tegang terutamanya ketika malam dengan bunyi tembakan dan cermin rumah dipecahkan.

"Pada hari pertama, ketika itu kami sedang tidur dan tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman dari masjid berdekatan yang meminta semua penduduk agar menutup lampu dan mengunci semua pintu kerana banduan terlepas di penjara yang berdekatan dengan rumah sewa kami.

"Kami berkongsi katil setiap malam dan asyik berjaga kerana terdengar bunyi pecah rumah, pengumuman dari masjid jika ada rumah yang dipecah, kereta kebal lalu lalang selain bunyi tembakan hingga menyebabkan kami terpaksa tidur dengan pisau dan penyembur lada demi keselamatan," katanya.

Beliau berkata bimbang dengan keadaan tersebut, mereka nekad menyewa sebuah kenderaan tiga hari lalu untuk membawa mereka ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah namun terkandas di lapangan terbang tersebut setelah gagal menaiki kapal terbang meskipun telah membeli tiket.

"Keadaan di dalam terminal sangat tegang.. semua orang berebut-rebut untuk menaiki kapal terbang. Meskipun kita sudah beli tiket dahulu tetapi itu tidak menjamin kita boleh dapat naik penerbangan tersebut," katanya sambil menambah mereka menggunakan kad kredit untuk membeli tiket penerbangan lain.

Nurul Shafiqah pula berkata terdapat kira-kira 200 pelajar Malaysia yang terkandas di lapangan terbang itu sejak meletusnya tunjuk perasaan pada 29 Januari lalu dan keadaan menjadi lebih meruncing apabila mereka kehabisan wang selain bekalan makanan semakin berkurangan.

"Kami semua duduk dan tidur di atas lantai dengan beralaskan kotak. Malah ramai yang menangis ketakutan dan ada yang telah berada di lapangan terbang tersebut sejak empat hari lalu.

"Kami hanya makan sedikit roti dan air mineral dan terpaksa mencatu makanan kerana bekalan makanan semakin berkurangan selain tidak dapat membuat pengeluaran wang malah roti dan air dijual dengan harga yang sangat mahal," katanya.

Sementara itu, Nor Akhbariah Md Najas, 20, pelajar tahun pertama jurusan perubatan di Universiti Tanta, Mesir berkata keadaan di Tanta tidak seteruk Mansoura tetapi mereka tetap mematuhi perintah berkurung pada setiap malam.

"Banduan berada di mana-mana dan setiap hari ada sahaja rumah yang dipecah masuk serta barang dilarikan malah kereta kebal dan tentera juga ada di semua kawasan. Keadaan seperti itu sangat menakutkan," katanya yang turut terkandas di lapangan terbang itu selama dua hari.

Ibu kepada Nor Akhbariah, Jamaliah Mohd Salleh, 57, pula berkata ketika pertama kali mendengar insiden Mesir di televisyen, beliau berasa susah hati dan bimbang keselamatan anak kelimanya itu sebelum bertindak memasukkan wang ke dalam akaun Medic Mesir.

"Medic Mesir sangat bertanggungjawab, mereka membelikan tiket untuk Nor Akhbariah pulang ke tanah air. Kita cuma berharap pihak kedutaan juga dapat menghulurkan bantuan dengan lebih pantas kepada pelajar-pelajar yang masih terkandas di sana," katanya.

- Bernama

Dr M Diminta Muhassabah Diri dan bertaubat


Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid menggesa mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad segera melakukan muhasabah diri dan bertaubat sebelum melabelkan seorang alim ulama sebagai teruk.

Menurut Abdullah,tindakan Mahathir menyerang keperibadian Nik Aziz dengan mengatakan pemimpin yang terkenal dengan panggilan Tok Guru itu sanggup melonggarkan ajaran Islam di negara ini hanya kerana berkongsi landasan dengan Pakatan Rakyat untuk menyebarluaskan ajaran Islam, adalah tidak wajar sama sekali.

Ulasnya, kenyataan Mahathir itu tidak ubah menggambarkan ketakutan beliau terhadap kehancuran yang dilakukan pada zaman pemerintahannya.

" Mahathir sekarang ini diberitakan kehidupannya dalam ketakutan kerana keretakan perpecahan dalam perpaduan Melayu itu berpunca daripada zaman beliau.

" Sedangkan Tuan Guru Nik Aziz itu seorang ulama. 21 tahun menjadi menteri besar. Tidak pernah sekali pun menukar watak dirinya termasuk kekayaan, (atau) memunggah kekayaan rakyat, tidak pernah dalam agendanya," kata Abdullah.

"Bagi saya Dr Mahathir ini sudah kehilangan masa lampau beliau. Kalau kita hendak katakan nyanyuk pun boleh. Sudah tidak ada berlaku lagi dua imam, kenduri tidak pergi, dalam erti kata lain, beliau telah pun diangkat kembali ke zaman silamnya. Apa yang berlaku, kerana beliau yang melahirkan itu," tambah beliau.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, Mahathir sebagai berkata, Nik Aziz hatta mungkin sanggup membelakangkan agama jika dinasihatkan oleh DAP berbuat demikian kerana menyifatkan Islam nasionalis sebagai teruk.

Mahathir mengaitkannya dengan komentar Nik Aziz yang berkata, masyarakat Melayu Islam di negara ini yang menolak ajaran Islam lebih teruk berbanding mantan perdana menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

" Orang Melayu sini pun tolak Islam, tolak Islam ambil kebangsaan lebih teruk daripada Lee Kuan Yew.

"Beliau cakap jangan pegang (Islam) kuat sangat, orang ini kata buang semua ambil kebangsaan, lebih teruk daripada Lee Kuan Yew," katanya Nik Aziz.

Bertindak seperti hero untuk mempertahankan orang Melayu, Mahathir terus masuk ke gelanggang dan menyifatkan Nik Aziz bersetuju dengan kenyataan Kuan Yew dalam buku tulisannya yang berjudul "Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going".

Namun menurut Abdullah Sani, Mahathir perlu mengimbau kembali apa yang dilakukannya terhadap orang Melayu Islam di negara ini sehingga berlakunya perpecahan sebelum melatah terlalu cepat.

" Zaman dia sekolah agama rakyat ditarik hak mereka.Segala bentuk keagamaan, semua dicantas. Kita kena ingat, tunggang langgang ibu bapa lari, hendak hantar anak sekolah sebab masa itu sekolah agama rakyat dikatakan tidak ada masa depan.Dia yang buat. Biadapnya dia mempertikaikan agama itu sebagai satu ilmiah untuk kita mempertahankan rakyat madani ini.


" Cukuplah apa yang Dr Mahathir buat. Cukuplah. Kalau umur sudah sampai Isyak itu, saya harap jangan sampai subuh. Saya takut esok mentari tak sampai. Kita jadi terpinga-pinga, dosa yang kita buat tidak terampun kalau kita menyakitkan hati orang.

Ujarnya, sebelum menuduh Nik Aziz yang mengakibatkan punca perpecahan masyarakat Melayu Islam, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah lama wujud sebelum Umno.

Malah ketika itu semua parti di tanah Melayu diharamkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1948, yang dibenarkan hidup hanya Umno.

Justeru terbukti, kewujudan Umno ketika itu memecah belah perpaduan Melayu dan menjadi alat penjajah untuk melawan sesama sendiri.

Malah katanya, Mahathir juga perlu ingat apa yang dilakukannya pada tahun 1993 apabila kuasa Raja-raja Melayu dipinggirkan oleh beliau.

Tambah Abdullah, Mahathir juga tidak perlu berbangga dengan pembangunan yang dibawa oleh pemimpin nasionalis di negara ini dan memperlekehkan ilmuan seperti Nik Aziz,sedangkan rakyat di bawah terpaksa menanggung derita.

" Selama ini hendak tanya, pembangunan yang ada ini bolehkah rakyat menikmati pembangunan yang ada ini? Setakat hidup menjadi papa kedana, barang naik. Rakyat hidup melarat, inikah yang dia hendak cari?

Sementara itu, ahli parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, Mahathir adalah punca sebenar perpecahan orang Melayu di negara ini.

" Kedatangan Umno memecahbelahkan umat Islam di Malaysia. Sebelum Umno wujud, umat Islam ini bersatu di bawah prinsip Islam tetapi selepas adanya Umno yang dicipta oleh orang putih, maka umat Islam mula berterabur, satu menyokong Islam dan satu lagi menyokong perjuangan rasis, perjuangan nasionalis Melayu, perkauman Melayu. Jadi kalau Mahathir masih lagi berfikiran demikian, beliau memang nampaknya sudah ketinggalan zaman.

Malah ujar Nizar, lantaran terlalu berpegang kepada semangat nasionalis itu, Mahathir menganggap Nik Aziz sebagai seteru politiknya walhal apa yang dibawakan oleh PAS ialah ajaran Islam yang sepatutnya turut diterapkan dalam Umno itu sendiri.

" Sebab itu dia tidak boleh secucuk dengan perjuangan PAS dan perjuangan Keadilan sebab Keadilan ini ia tidak mengenal warna kulit, tidak mengenal pihak assbiyah atau bersuku-suku.

" Dr Mahathir kena ingat, bahawa banyak perkara-perkara yang PAS tegur dan Umno akhirnya terpaksa berhenti dari membuat perkara yang jauh lebih mungkar.Kita ambil contoh Umno meluluskan lesen judi yang jelas perkara itu haram, dan PAS serta rakan-rakan menegur.Ini pencapaian-pencapaian yang Dr Mahathir tidak nampak di samping meningkatkan nilai-nilai murni orang Islam," tambah Nizar lagi.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, walaupun Mahathir mentadbir Malaysia lebih 20 tahun, Umno gagal mendidik tentang lunas-lunas Islam bukan sahaja kepada masyarakat Melayu Islam yang berada dalam Umno mahupun parti komponennya.

Jelas Nasharuddin, contoh paling jelas ketika di kempen pilihan raya kecil di Tenang, apabila isu bersalam calon PAS, Normala Sudirman dijadikan sebagai kempen MCA.

" Umno telah gagal untuk memainkan peranan dia sebagai sebuah kerajaan yang memerintah, parti yang dikatakan dominan dalam Barisan Nasional, parti milik orang Melayu tetapi dalam hal yang berkaitan dengan Islam, tidak berjaya mengetengahkan ajaran Islam yang sebenarnya sehingga ajaran yang asas dalam Islam tidak difahami, bukan sahaja parti komponen Barisan Nasional tetapi termasuk rakyat secara umum.

" Ini hujah ketinggalan zaman yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang tokoh, ini hujah orang kampung. Maknanya rendah sangat martabat Dr Mahathir ini untuk membawa isu ini sebagai hujah," kata Nasharuddin lagi.- tvs

Rakyat Yaman Tunjuk Perasaan Desak Presiden Letak Jawatan



Lebih dari 20.000 penunjuk perasaan anti pemerintah Yaman berkumpul di ibukota Sana'a, untuk menghadiri "hari kemarahan" terhadap Presiden Ali Abdullah Saleh.

Para demonstran meminta pergantian pemerintah dan menolak tawaran Presiden Saleh untuk berundur pada tahun 2013 setelah lebih dari 30 tahun berkuasa.

Sementara itu, ribuan pendukung presiden melakukan aksi serupa di satu lapangan terbesar kota ini.

Dua kegiatan ini merupakan aksi terbesar dalam aksi protes selama dua minggu terakhir yang diinspirasi oleh kebangkitan rakyat di Tunisia dan Mesir.

Dalam sidang darurat parlimen hari Rabu (02/02), Presiden Saleh yang berusia 64 tahun, menyatakan rencananya untuk berundur dengan mengakui tidak akan memanjangkan tempoh jawatannya sebagai presiden dan menegaskan tidak akan memberikan jawatan itu kepada anaknya.

Presiden juga meminta para penunjuk perasaan untuk membatalkan tindakan mereka, namun kedua kubu tetap berkumpul di tempat yang berbeza di Sana'a.

'Pergantian rejim'

"Rakyat menginginkan pergantian rejim," teriak para penunjuk perasaan anti pemerintah yang berkumpul di depan Universiti Sana'a. "Tolak korupsi, tolak diktator."

Kegiatan yang disebut "hari amarah" ini diselenggarakan oleh kelompok-kelompok masyarakat madani dan para pemimpin pembangkang yang mengeluhkan soal peningkatan kemiskinan di kalangan rakyat berusia produktif yang terus bertambah, dan rasa kecewa dengan kurangnya kebebasan berpolitik.

Angka pengangguran di Yaman mencecah 40%, sementara harga makanan terus meningkat dan tingkat kurang gizi mencapai titik parah.

Negara ini juga dibebani dengan berbagai masalah keamanan seperti gerakan pemisah di selatan dan perlawanan para pemberontak Shia Houthi di wilayah utara.

Reformasi politik

Para penyokong Presiden Saleh pula berkumpul di Lapangan Tahris Sana'a.

Wartawan BBC di Sana'a mengatakan mereka juga turut meminta reformasi politik dan ekonomi.

Mereka mengatakan akan terus berdemonstrasi sampai Presiden Saleh mewujudkan janji untuk melakukan reformasi.

Pada awalnya dikhuatirkan akan pertempuran di antara dia kubu, namun tindakan penunjuk perasaan tersebut berjalan damai.

Presiden Saleh, seorang sekutu barat, menjadi pemimpin Yaman Utara tahun 1978 dan berkuasa di Republik Yaman sejak wilayah barat dan utara bersatu tahun 1990.

Dia terpilih kembali tahun 2006.

Pada bulan Januari, dia mengusulkan perubahan Undang-Undang Dasar yang boleh membuatnya kembali mencalonkan diri dalam pemilihan presiden dua tahun akan datang.

Namun setelah revolusi di Tunisia, dimana presidennya terpaksa melarikan ke luar negeri, para pemerhati mengatakan Presiden Saleh telah berubah fikiran.

Presiden Saleh juga menawarkan sejumlah konsesi: menurunkan cukai pendapatan hingga 50%, meminta pemerintah mengendalikan harga dan berjanji menaikkan gaji pegawai negeri dan anggota tentera hingga US$47 sebulan.






Ketua umno 'doggy' isteri saya!

"Saya membuat laporan ini agar pihak Universiti Malaya mengambil tindakan terhadap beliau kerana memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Tuan Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang." - Alangazizsham
Assalamualaikum wr wb,

Nor Aishah Binti Samah,

Saya ingin memaklumkan bahawa seorang Pembantu Am Rendah di organisasi pihak Puan telah melakukan perbuatan sumbang dan memalukan masyarakat. Nama beliau ialah Rosli Bin Alias dari Centre For Foundation Studies In Science.

Pada pukul 2.am malam tadi 2 Februari 2011, pasangan Rosli Alias yang merupakan Pengerusi Rukun Tetangga dan Ketua UMNO, Puchong Perdana, telah ditangkap oleh masyarakat disini. Ketika ditangkap bersama pasanganya yang juga merupakan isteri saya, beliau sedang bersetubuh dalam keadaan posisi dari belakang. Beliau, Rosli juga mengugut untuk membunuh saya disaksi oleh anak perempuan saya yang berumur 18 tahun.

Bagaimana pun beliau sering mendakwa mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa dan polis, meluru pergi ke Balai Polis Bukit puchong untuk membuat "laporan".

Beberapa minit kemudian masyarakat yang menangkapnya juga membuat laporan di balai polis yang sama. Ketika di Balai Polis beliau sengaja berpeluk cium didepan khalayak ramai untuk membangkitkan kemarahan orang ramai dan menunjukkan keberaniannya yang "luar biasa"

Saya membuat laporan ini agar pihak Universiti Malaya mengambil tindakan terhadap beliau kerana memalukan. Beliau juga sering memberitahu orang, bahawa beliau adalah kakitangan pensyarah. Sokongan masyarakat terhadap UMNO di sini, diambil kesempatan oleh Tuan Pengerusi Rukun Tetangga ini untuk melempiaskan nafsu luar biasanya kepada isteri orang.

Saya sempat mengambil gambar dan akan menunjukkan kepada Puan jika diperlukan. Kes ini juga menyebabkan image UMNO tercalar di mata masyarakat. Saya juga ahli UMNO sebelum ini.

Saya boleh membawa anak perempuan saya dan masyarakat sebagai saksi. Jika inginkan maklumat lanjut boleh terus menghubungi saya Alangzizsham 019 3501242.

Berita kehilangan isteri saya sebelum ini terjawab. Kehilangannya rupanya dipangkuan Rosli

Yang Benar

Alangazizsham -
alangazizsham@yahoo.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Note: Kalau cerita ni meletup mesti sedikit masa lagi mamat ni tarik balik kenyataan dia ni. Mesti no telefon dia tiada dalam perkhidmatan.. mesti dia akan buat kenyataan baru yang dia dan isteri dah jadi orang PKR.. Dan mesti ada seribu satu macam mesti lagi..Kah..kah..kah..kah..
Sumber: Bujang Susah

Hikmah Disebalik Kekalahan

Sebenarnya banyak yang positif berlaku dalam pilihanraya kecil Dun Tenang. Ia memberi persepsi bahawa PAS mendapat dokongan kalangan muda yang terpelajar, mempunyai minda terbuka dan sentiasa berlapang dada berbanding dengan calon Umno-BN yang dipilih bukan dari kalangan pimpinan Umno tempatan kawasan itu.
Siapakah calon Umno-BN di Tenang dalam pilihanraya umum akan datang? Mungkin calon yang sama yang telah memenangi pilihanraya kecil, tetapi ia tentu tidak disenangi banyak pihak dikalangan pimpinan bahagian yang merasakan mereka juga layak.
Kemenangan Umno-BN diTenang memang dijangkakan seperti juga dalam pilihanraya kecil Dun Galas di Kelantan sebelumnya. Ia kerana kawasan-kawasan itu kubu Umno-BN dan dengan menguasai seluruh media dengan saluran TV-nya, maka kemenangan itu tidak bolehlah dibanggakan sangat.
Kemenangan Umno-BN di beberapa pilihanraya kecil tidak bererti PAS tidak mampu mengganti Umno. PAS mampu dan berupaya menggantikan Umno dan slogan keramat ‘PAS ganti Umno’ memerlukan penghayatan yang lebih segar dari seluruh pendokong PAS dari pimpinan tertingginya sehinggalah kepada pendokong dan aktivis parti diperingkat akar umbi.
Di kawasan-kawasan PAS dan Pakatan, kemenangan berpihak kepada PAS dan Pakatan dalam pilihanraya kecil dan keputusan pilihanraya kecil dikubu Umno-BN langsung tidak memperlihatkan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat kehilangan pengaruhnya. Pengaruh PAS dan Pakatan terus kukuh dan kental.
Kekalahan di Dun Tenang hendaklah diterima dengan berlapang dada kerana ia adalah suatu hikmah mengajak PAS dan Pakatan bermuhasabah diri dan melangkah dengan lebih berani dengan menyusun taktik, strategi yang lebih bersepadu untuk mencapai kemenangan dalam pilihanraya ke-13 nanti.
Pilihanraya dinegara ini sentiasa berlangsung dalam padang yang tidak samarata. Antaranya wujudnya elemen undi pos;SPR yang tidak bebas sepenuhnya;pembawaan peti-peti undi dari tempat mengundi ke tempat pengiraan tidak dikawalselia dengan baik apalagi dalam pilihnraya kecil Dun Tenang berlaku banjir kilat;pertukaran tempat pengundian dan lain-lain ;semuanya tidak memperlihatkan ia pilihanraya yang adil dan saksama.
PAS dan Pakatan Rakyat perlu mendesak SPR membenarkan pemerhati antarabangsa membuat pemerhatian dalam pilihanraya ke-13 nanti bagi menentukan satu pilihanraya yang demokratik dan adil dengan meminimakan elemen-elemen yang boleh membawa kepada penyelewengan dalam pilihanraya.