Jumaat, 11 November 2011

Halang rakyat Malaysia luar negara mengundi tindakan dangkal


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 11 NOV: PAS hari ini menempelak MCA dan menyifatkan cadangan parti itu untuk tidak membenarkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara, mengundi dalam pilihan raya umum sebagai dangkal dan cetek pemikiran.

“Kalaulah atas alasan mereka tidak mendapat maklumat sebenar, maka apa beza dengan masyarakat pedalaman yang hanya mendapat maklumat sehala dari media perdana sahaja.


Ia juga tidak seimbang dan meragukan,” kata Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataannya hari ini.


Ketika membentangkan pandangan parti kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya (PSC), ahli jawatankuasa pusat MCA, Datuk Ei Kim Hock berkata, cadangan untuk memperluaskan undi kepada rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara adalah tidak munasabah kerana mereka menerima maklumat yang "meragukan".

"Pengundi yang menetap di luar negara tidak harus dibenarkan untuk mengundi," katanya sambil menambah parti itu memandang serius perkara itu kerana mereka yang tinggal di luar negara tidak mengikut perkembangan dalam negara dan tidak memahami sepenuhnya keadaan di Malaysia.

Tuan Ibrahim berkata hujah MCA tidak boleh dipakai kerana “rakyat Malaysia di luar negara samada sebagai pelajar atau pekerja, mereka mempunyai akses kepada media baru dan mengikuti perkembangan semasa dalam negara.”

“Andaian mereka bahawa rakyat Malaysia di luar negara tidak mengetahui apa yang berlaku dalam negara; seolah-olah menggambarkan MCA sendiri yang kolot kerana tidak mengetahui perkembangan media baru yang sudah menjangkaui sempadan global,” selar beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Rakyat di mana mereka berada, hujah Tuan Ibrahim kini bebas mendapat maklumat, bahkan kemudahan media alternatif di luar negara lebih baik dari kawasan pendalaman yang hanya bergantung kepada media perdana yang dikuasai oleh BN sahaja.

“Daripada melahirkan kebimbangan terhadap hak undi rakyat Malaysia yang layak mengundi, lebih baik MCA memokuskan bagaimana untuk menghalang konspirasi yang membolehkan warga asing mengundi di negara ini,” tambah beliau.

Tuan Ibrahim juga menasihatkan agar Suruhanjaya Pilihan Rayat (SPR) tidak menyekat hak rakyat Malaysia walau di mana mereka berada untuk mengundi sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Negara.

“Sebarang usaha menyekat hak mengundi adalah pencabulan prinsip demokrasi yang menjadi dasar politik negara,” terang beliau lagi

Ribuan saksi ulangtahun keputeraan Sultan K'tan

Penduduk Tumpat, Muhd Fayruz Iskandar, 25, berkata beliau dan rakan-rakan awal-awal lagi merancang untuk menyambut hari keputeraan itu di Kota Bharu.
  
"Kalau nak dikira berada di mana-mana pun asal di Kelantan tetap boleh sambut hari keputeraan.
  
"Tetapi sebab nak rasa meriah tengok lampu hiasan, memang kena datang Kota Baharu, boleh juga ambil gambar untuk kenang-kenangan," katanya.
  
Bagi seorang penduduk Pasir Puteh, Liza Abdul Hadi, 30, pula selain untuk 'tengok lampu', kekagumannya terhadap Sultan Muhammad V yang disifatkan Sultan berjiwa rakyat itu menjadi pendorong untuknya bersama-sama meraikan sambutan hari keputeraan baginda di Kota Baharu.
  
Tinjauan Bernama sejak semalam mendapati lalu lintas di Kota Baharu semakin sesak apabila bandar itu mula menjadi tumpuan selepas Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan melaksanakan kerja-kerja keceriaan seperti memasang lampu hiasan dan papan iklan bertemakan Hari Keputeraan Sultan Muhammad V.
  
Selain itu menurut Setiausaha MPKB-BRI, Mohd Anis Hussein, sebanyak  kira-kira RM200,000 telah diperuntukkan untuk tujuan tersebut.
  
"Selain kerja keceriaan oleh MPKB-BRI dan JKR, seramai 10,000 peniaga serta pemilik-pemilik bangunan dan premis sekitar kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan diberi notis untuk memasang kain rentang khas untuk dipamerkan di hadapan setiap premis perniagaan dengan cogan kata 'Semoga Allah Melindungi Tuanku Dunia dan Akhirat'," katanya.
  
Sambutan hari keputeraan tahun ini juga menjadi tumpuan berikutan ia merupakan sambutan hari keputeraan yang pertama buat Sultan Muhammad V selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 Sept tahun lepas.
  
Hari ini berlangsung Majlis Istiadat Meletak Kerja di Istana Balai Besar dan Istiadat Pemeriksaan Barisan Kehormatan di Padang Merdeka di sini manakala pada Sabtu pula akan diadakan Istiadat Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang, Pingat, Surat Kepujian dan Jaksa Pendamai.

- Bernama

'Tahan peruntukan hingga menang p'raya, itu rasuah'

Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menghadkan perbelanjaan calon kepda RM100,000 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri dan RM200,000 bagi kerusi Parlimen.

Low berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya perlu memainkan peranan lebih aktif, dengan mendakwa mereka yang berbelanja melepasi had, sepertimana yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Thailand yang mendakwa Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva kerana didakwa melanggar had perbelanjaan awam untuk kempen pengiklanan.
[Baca berita penuh]

Prof: Istana mungkin langkaui batas kuasa