Isnin, 5 Mac 2012

Mesti Lihat !!! Gambar Terkini Tok Guru Nik Aziz Bersama Ust Nasharuddin Mat Isa





Sumber Gambar : Facebook Nik Abdul Aziz Nik Mat

Gambar dirakam ketika keduanya hadir dalam majlis makan malam Pas Kawasan Bachok yang diadakan di Hotel Grand Riverview semalam.Korang fikir dan nilaikan sendiri maksud gambar2 diatas...Alhamdulillah....sumber

Isu Kedah: Azizan Kekal MB, Phahrolrazi & Ismail Kembali Sebagai Exco [updated]



Kuala Lumpur - Pas Pusat mencapai kata putus dengan mengekalkan Datuk Seri Azizan sebagai Menteri Besar Kedah dan telah meminta dua Exco yang terlibat kembali (menerima jawatan exco).

Setiausaha Agung Pas, Datuk Musatafa Ali berkata, setelah mesyuarat khas bersama Presiden Pas di Alor Setar kelmarin Azizan diminta untuk meneruskan tugasnya seperti biasa.
<"Selain itu, Pas Pusat juga sebulat suara mahu Datuk Pharolrazi dan Datuk Ismail Salleh kembali sebagai exco dalam pentadbiran negeri Kedah.

"Antara lain, Pas Pusat akan menubuhkan satu Jawatankuasa Pemandu untuk sama-sama bertangungjawab memantau dan beri pandangan kepada negeri-negeri yang diterajui oleh Pas dan juga negeri-negeri yang Pas adalah sebahagian daripada negeri tersebut," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas Pusat pagi ini.

Keputusan itu dicapai selepas mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat Sabtu lalu di Alor Setar, Kedah.

Pas pertemuan itu, Ismail tidak bersama, tetapi keputusan Pas Pusat ini telah di maklumkan.

"Kedua-dua Exco dah tahu keputusan ini, dan itu yang kami putuskan," katanya.

Ketika ditanya sama ada kedua-dua Exco telah memberi jawapan atau tidak.

Mustafa berkata, pihaknya optimis yang kedua-dua Exco itu akan kembali menerima jawatannya. -SH
Azizan kekal MB, 2 exco perlu kembali

KUALA LUMPUR, 5 Mac: PAS hari ini menemui jalan penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku di Kedah berhubung dengan pelantikan dua exco yang masih tertangguh hingga hari ini.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, keputusan telah dibuat oleh Jawatankuasa PAS Pusat berhubung dengan perbincangan di Alor Setar sebelum ini.
"Dalam mesyuarat tersebut kita telah memutuskan bahawa Datuk Seri Diraja Azizan Razak akan meneruskan tugasnya seperti biasa sebagai Menteri Besar.

"Selain itu juga kedua-dua exco perlu kembali dalam Exco Pentadbiran Negeri Kedah,"
jelasnya ketika bercakap pada satu sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, pagi ini.

Malam semalam, perbincangan mencari formula penyelesaian isu Kedah berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon yang menyaksikan perbincangan hampir 5 jam bermula 9.30 malam sehingga jam 3 pagi.

Pertemuan tersebut adalah antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah dengan dipengerusikan sendiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah dan dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.

Mustafa juga berkata, PAS Pusat akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk bersama bertanggungjawab memantau serta memberi pandangan kepada pentadbiran negeri di bawah PAS, malah termasuk juga negeri-negeri yang mana PAS juga turut terlibat dalam pentadbiran.

Ketika ditanya mengenai perbincangan yang diambil begitu lama bagi menyelesaikan kemelut tersebut, Mustafa memberitahu mesyuarat sebenarnya tidak lama tetapi untuk mendengar pandangan exco-exco itu memerlukan masa yang lama.

Beliau turut yakin bahawa krisis itu selesai dan kedua-dua exco menerima keputusan yang telah dicapai.

"Kita telah memaklumkan keputusan tersebut secara lisan dan saya optimis kedua-dua mereka menerima keputusan tersebut.

"Buat masa sekarang tidak ada sebarang andaian negatif dilakukan terhadap keengganan mereka menerima keputusan tersebut," sambungnya.

Mustafa turut menyatakan keputusan itu juga telah dipersetujui oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Selain itu juga kita turut yakin dan optimis bahawa keputusan ini akan mengukuhkan kedudukan kita (PAS) di Kedah serta mengekal kemenangan pada pilihan raya yang akan datang," jelasnya lagi.
-HD

Terang-terang Mahathir hina Islam...Ulama Umno diam sahaja..!!! ,




Pemimpin Umno hina Islam, mereka diam, pemimpin MCA hina Islam pun mereka diam. Pemerintah dan pihak berwajib seolah-olah bacul, dayus, tidak bermaruah !!

Dulu bekas presiden Umno yang tidak berapa Melayu tetapi mengaku Melayu ini pernah menghina junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan juga gulungan ulamak! Hari ini dengan nada sombong dan berlagak macam seorang ulamak dia membuat satu lagi dakwaan yang lebih gempar !,.melampau !!, ..”hukum hudud tiada di dalam Quran” katanya.

Barangkali oleh kerana pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, pernah merentap dan menghakis kuasa Raja2 Melayu, pernah mencucuk hidung Ketua Hakim dan Ketua Polis Negara, maka dia merasa dirinya terlalu besar !!

Kenyataan Mahathir baru-baru ini berbunyi,.. hukum hudud tiada didalam Quran, ia hanya ciptaan manusia. Astaghfirullahhal azim,.. terang-terang orang tua ini menghina Islam dan menghina Quran itu sendiri

Sedarkah dia kenyataannya itu boleh membawa kepada kekufuran dan menjejaskan aqidah?. Dimana Tun belajar agama agaknya? Dah tamat belajar atau belum? Ulamak fiq mana yang Tun temui? Menganggap diri sendiri terlalu pandai, lalu bercakap semata-mata berpegang kepada hukum akal dan lojik pemikiran,..maka inilah bahananya ,.. jahanam,! hancur Islam!,.. rosak jenerasi Islam kita !.

Peringatan buat Tun
Kepada Tun Dr Mahathir yang masih mengaku sebagai seorang Islam! Walaupun Tun semakin tua, rasanya Tun belum nyanyuk lagi!. Sedarlah Tun,…sesungguhnya hukum hudud itu memang terdapat di dalam Al-Quran. Kita sebagai seorang Islam,.. wajib mempercayai kitab Al-Quran kerana ia merupakan salah satu dari Rukun Iman yang enam. Tidak sempurna Islam seseorang itu hanya sekadar mempercayaai rukun Islam yang 5 saja. Tun,.. janganlah kerana fahaman politik yang sempit Tun sanggup mempermainkan agama Allah! apatah lagi menyanggah kebenaran Al-Quran,...Tak mahu ikut sunnah Nabi tak apa lagi Tun, tapi kalau tak mahu mengakui kebenaran Al-Quran,.. hemm ! faham-fahamlah! di mana kedudukan kita ! ….

Apa-apa pun kita doakan semoga insan bernama Mahathir ini akan cepat insaf dan bertaubat ! Di masa-masa akan datang kalau nak bercakap hukum hakam Islam berhati-hatilah !. Kalau tak tahu,.belajar, kalau tak faham bertanya,.!, jangan memandai-mandai. Ingat dan insaflah bahawa Allah masih menyayangi mu!. Allah telah memberikan kamu kesihatan yang baik dan umur yang panjang, maka janganlah terlalu sombong, kufur dan takbur !! Jangan sampai Allah mengirimkan bala kepada kita, jangan sampai Allah memerintahkan api petir menyambar jasad kita! Waktu tu dah terlambat dah !!

Oleh : rahimothman

Mashitah, Ustazah "Upahan" Menjadi Pemfitnah!!


Membaca tulisan Dr Mashitan Ibrahim di akhbar Sinar Harian, terasa teramat pelik dengan Ustazah ini, tak padan dengan gelaran Ustazah dan Doktor. Sehingga ada yang memberi komen ustazah upahan ni mula menjadi penyebar fitnah. Inilah jadinya kalau ustazah masuk UMNO.
Kali ini dia menulis tentang skandal seks, krisis politik PR. Ceritan ulangan dan bercerita semula kes yang melibatkan pemimpin PR selepas Dr Badrolamin dituduh berkhalwat. Dia bercerita tentang skandal seks Anwar Ibrahim, dia mengulang semula kes khalwat Mohamad Sabu walaupun Mat Sabu tidak bersalah. Dia memfitnah Adun PAS Selising berzina dengan isteri orang di gerabak keretapi. Dia juga memfitnah Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah berskandal dengan anak dara 10 tahun lalu. Itulah cerita fitnah Ustazah Mashitah. Kebanyakkan cerita kedai kopi yang tidak mempunyai sandaran kukuh.

Tak pula disebut tentang cerita yang benar-benar berlaku di kalangan pemimpin UMNO tentang skandal seks mereka. Yelah takkan nak bercerita tentang perut busuk ahli parti sendiri. Cerita kahwin Najib, cerita rogol Rahim Thamby Chik, cerita Muhammad Taib, episod Ziana Zain dalam UMNO. Takkan UMNO syumul!!

Bahagian paling sesat tulisan Dr Mashitah melalui tulisannya di bahagian penutup.

Rakyat jelata tidak seharusnya terpengaruh dengan gelaran ustaz atau lebai hatta tuan guru daripada kalangan pemimpin parti pembangkang. Ataupun terpegun dengan jubah yang labuh, serban yang tinggi atau janggut yang panjang.

Maksud tulisannya boleh terpengaruh sekiranya ustaz atau lebai hatta tuan guru dari kalangan UMNO walaupun menjual agama kerana nafsu tembolok sendiri yang termasuk dirinya. Takkan juga Dr Mashitah boleh menghina sunnah sesuka hati!! -Rujuk tulisannya, KLIK!

Kerja 'TALI BARUT' Umno Terbongkar Lagi..


Ahli parlimen Serdang Teo Nie Ching menimbulkan kecurigaannya berhubung kenaikan mendadak pengundi baru di luar bandar berbanding dengan tahun 2008. Contoh, kata beliau, adalah di bahagian pilihan raya Parlimen Hulu Selangor yang mengalami kenaikan mendadak 23.2 peratus iaitu daripada 63,593 pengundi kepada 78,370 pengundi. "Di tempat yang mempunyai bandar-bandar baru, ini boleh diterima. Tetapi di Hulu Selangor tidak ada ramai orang yang berpindah ke sini, jadi kita dapati peningkatan dalam jumlah yang besar ini sangat mencurigakan," katanya ketika dihubungi.

Kerusi Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh PKR pada tahun 2008 dengan hanya majoriti 198 undi tetapi ia berjaya ditawan semula oleh calon BN P Kamalanathan yang mendapat 24,997 undi berbanding saingannya Datuk Zaid Ibrahim yang meraih 23,272 undi.

Teo juga mendakwa peningkatan ketara juga dikesan di kerusi-kerusi marginal atau yang dimenang dengan tipis oleh Pakatan Rakyat.

Contohnya, kata beliau kerusi Hulu Langat yang telah dimenangi oleh PAS dengan majoriti 1,745 undi dan Selayang yang dimenangi oleh PKR dengan majoriti 3,567 undi, masing-masing melihat lonjakan sebanyak 21.7 peratus dan 22 peratus pengundi baru.

"Peningkatan ini adalah dari pengundi baru, bukan dari pengundi yang berpindah alamat. Jumlah mereka adalah jauh lebih ramai daripada pengundi baru yang telah kami daftarkan," katanya.

Dalam bahagian pilihan raya yang diwakili Teo di Parlimen Serdang, terdapat juga peningkatan 21.2 peratus pengundi baru menjadikan jumlah pengundi dari 94,877 kepada 117,979.

Perangkaan yang dipetik itu adalah daripada data terkini Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sehingga akhir tahun lalu. Ia juga menunjukkan jumlah pengundi di Selangor meningkat sebanyak 17.5 peratus daripada 1.57 juta kepada 1.84 juta orang.

Menurut Teo, data baru yang dikeluarkan SPR itu juga mempunyai ramai pengundi senarai baru tidak mempunyai alamat yang lengkap.

Jabatan Amal harum nama PAS di luar negara


IPOH, 4 Mac: Jabatan Amal PAS kini boleh berbangga dengan pencapaian mereka apabila tugas sukarela mereka sering mendapat pujian pelbagai pihak.

Sambil melahirkan penghargaan kepada anggota jabatan itu, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussian berkata, jasa dan pengorbanan anggota jabatan itu juga telah mengharumkan nama PAS khususnya di Perak berada di tahap ini pada hari ini.

“Jika dahulu berpakaian hijau tetapi sekarang dengan pakaian merah hati, beserta beret ala komando, ahli Jabatan Amal gagah melangkah ditengah-tengah masyarakat apabila ada sesuatu bencana atau keadaan yang memerlukan tenaga sukarela.

“Begitu juga dalam peristiwa banjir besar yang berlaku di seluruh negara ahli Jabatan Amal akan memberikan sumbangan yang besar dalam aspek kebajikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Hari Keluarga Jabatan Amal Perak bersama pimpinan PAS Perak di Hulu Kinta, Ipoh hari ini.

Lebih dibanggakan kata Ustaz Abu Bakar, apabila khidmat Jabatan Amal bukan sahaja digunakan membantu masyarakat di negara itu, malah turut menyumbang tenaga dalam membantu mangsa bencana di luar negara.

“Malah ramai di antara ahli Jabatan Amal mereka juga telah menyumbang tenaga sukarela mereka sehingga ke peringkat antarabangsa," ujarnya lagi.

PAS, katanya sangat berbangga dengan Jabatan Amal yang telah ditubuhkan kira-kira 20 tahun lalu yang mana kini menjadi salah satu pasukan sukarela yang disegani lawan dan kawan.

Biarpun bertugas tanpa dijanjikan apa-apa ganjaran kepada mereka, anggota Jabatan Amal katanya tidak pernah mengeluh malah sentiasa bersedia menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas.

Hal ini dapat dilihat dengan pengiktirafan orang ramai terhadap badan sukarela itu yang menunjukkan kumpulan ini semakin diterima masyarakat, jelas beliau. -Hrkh