Selasa, 19 April 2011

Peguam Negara dijangka akan tetap mendakwa Dato' Seri Anwar

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/datuk-t.gif- walau siasatan polis tunjukkan sebaliknya

Saya merujuk kepada laporan Bernama yang memetik kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa siasatan videos seks telah lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Acryl juga dipetik berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara.

Kenyataan ini menunjukkan siasatan polis mendapati tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim di dalam video tersebut kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu. Ini selari dengan penafian Dato' Seri Anwar Ibrahim yang konsisten mengenainya.

Walau bagaimanapun kita yakin bahawa Peguam Negara dibawah arahan rejim Barisan Nasional akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah.

Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku dimana Dato' Seri Anwar Ibrahim dihadapkan ke mahkamah atas dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya.

Parti Keadilan Rakyat kesal kerana Barisan Nasional terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik.
Saifuddin Nasution Ismail
Setiusaha Agung Parti Keadilan Rakyat
(017 981 3608)

Video Seks - Anwar Jangan Ingat Sudah Lepas


Video Lucah : Peguam Negara Cari "Helah" Untuk Dakwa Anwar, Kata PKR


SHAH ALAM 18 APRIL : Kenyataan polis bahawa siasatan video lucah Datuk T bertumpu kepada dalang yang menayangkan rakaman itu mengesahkan tidak ada asas undang-undang untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada video berkenaan.

Namun, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat Saifuddin Nasution “yakin’ Peguam Negara Tan Sri Gani Patail akan mengikut telunjuk Barisan Nasional dan mencari helah untuk mendakwa Anwar.

“Kita yakin bahawa Peguam Negara di bawah arahan rejim Barisan Nasional akan tetap mencari jalan untuk mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim di mahkamah,” kata Saifuddin.

“Ini kerana seluruh episod konspirasi ini direka bertujuan menghancurkan kerjaya politik Dato' Seri Anwar Ibrahim,” tambah beliau.

Semalam Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa siasatan videos seks lengkap dari setiap sudut dan ia menjurus kepada Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Acryl berkata hasil siasatan itu akan diserah segara kepada Peguam Negara.


Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODELSaifuddin berkata pendirian terbaru polis itu menunjukkan tidak ada sebarang asas undang-undang untuk mengaitkan Anwar di dalam video kerana jelas beliau tidak ada kena mengena dalam isu berkenaan.

“Ini selari dengan penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim yang konsisten mengenainya,” tambah beliau.

Bagaimanapun Saifuddin berkata PKR bagaimanapun percaya Tan Sri Gani akan “tetap mencari jalan untuk mendakwa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah.”

“Ini tidaklah mustahil kerana sebelum ini situasi sama berlaku di mana Dato' Seri Anwar dihadapkan ke mahkamah atas dan difitnah atas dua tuduhan liwat, walau pun beliau tidak melakukannya,’ tegas beliau.

“PKR kesal kerana Barisan Nasional terus menggunakan politik kotor, jijik malah menginjak batas agama dan peradaban kemanusian demi mengekalkan kuasa politik,” kata beliau.

Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Chik, yang juga Pengerusi Risda, ahli perniagaan Datuk Sharzyl Eskay dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim mengaku mereka sebagai gandingan Datuk T yang menayangkan video itu kepada media tertentu di Hotel Carcosa 21 Mac lalu.

Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Februari lalu.

Eskay juga menyerahkan sebuah jam Omega milik Anwar yang didakwa beliau dicuri oleh pelacur berkenaan.

Polis semalam berkata isu siapa pemilik jam itu bukan perkara utama dalam siasatannya.

Anwar menafikan dakwaan gandingan Datuk T sebagai fitnah dan membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Ketua Pembangkang itu berkata, beliau berada di rumah pada malam rakaman itu dibuat dan beriinteraksi menerusi Twitter dengan jaringannya. Anwar juga mengesahkan bahawa beliau mempunyai sebuah jam Omega yang masih dalam simpanannya

SAF Ajak Rakyat Tolak Politik Fitnah

KUALA LUMPUR 18 APRIL : Saf Anti Fitnah (SAF) mengajak rakyat Malaysia khasnya umat Islam supaya menolak budaya fitnah yang kini bagaikan sebati dengan kehidupan terutamanya dalam politik tanahair.

Pengerusi Majlis dan Jawatankuasa Pimpinan SAF, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata budaya fitnah umpamanya fitnah lucah dan zina, kini agresif digunakan semata- mata mahu menjatuhkan politik lawan.

Azmi menegaskan budaya fitnah adalah jenayah berat di sisi agama dan ia membawa implikasi buruk ke atas maruah dan kesatuan ummah.

Sehubungan itu, Azmi berkata, semua pihak harus berubah dan melakukan anjakan ke arah kebaikan masyarakat.

“Anda membisu terhadap fitnah anda turut menyumbang kepada penyebaran fitnah dan mereka yang menjadi pencipta fitnah, pembawa fitnah, penulis fitnah, pelakon konspirasi fitnah, ahli profesional yang membantu menghasilkan bahan- bahan fitnah, penguasa yang melindungi pemfitnah, pencetak bahan fitnah, penyebar fitnah, jurucakap fitnah," kata Azmi.

Beliau berkata demikian ketika perhimpunan munajat dan forum bicara ulama “Budaya Fitnah dan Implikasinya Kepada Maruah Ummah” di Masjid Bukit Indah, Ampang.

Azmi turut menolak modus operandi media massa terutama media arus perdana yang taksub mengembar- gemburkan fitnah politik sekaligus membelakangkan etika kewartawanan.

Beliau manambah, media perlu mengelak daripada terlibat dengan budaya fitnah bagi menjatuh dan mengaibkan seseorang sama ada melalui pemberitaan mahupun wawancara.

“Media yang menggembar- gemburkan fitnah pemimpin yang menyokong fitnah parti politik yang mendokong fitnah dan penguasa yang membenarkan fitnah ini adalah unsur yang harus kita perangi,” ujarnya.

Azmi menjelaskan pimpinan ulamak tidak membisu sepertimana yang didakwa, jika timbul isu- isu fitnah politik terhadap seseorang individu.

Akan tetapi langkah golongan ulamak agak terbatas apabila media massa menguasai ruang siaraya.

“Soalnya ialah kerana media yang dikuasai oleh para pemfitnah tidak membenarkan suara-suara ulama ini keluar maka tertuduhlah seolah- olah ulama ini membisu,” katanya.

Tv Selangor/

Ahad, 17 April 2011

PILIHANRAYA, MENANG KERANA BANYAK WANG ?

INI NEGARA MALAYSIA, KALAU MAHU MENANG PILIHANRAYA KENALAH BANYAK WANG !, SETIAP CALON MAHUKAN KEMENANGAN, AKAN TETAPI MEREKA TIADA WANG NAK BAGI KEPADA RAKYAT,

BAGI DUIT PADA RAKYAT BUKAN RASUAH, KALAU TAK CAYA TANYA LAH SAMA NAJIB, KONSEFNYA IALAH "YOU HELP ME, ME HELP YOY, ME GIVE YOU MONEY AND YOU GIVE ME UNDI, SO MANA ADA RASUAH ?

JIKA ITU SUATU PERBUATAN RASUAH MAKA TENTULAH SPR KATA BENDA TU SALAH, JIKA SPR DIAM SAJA BERMAKNA ITU BETUL ADANYA ! SEBAB ITU JIKA MAHU MENANG MAKA CONTOHILAH APA KATA NAJIB

ORANG YANG BERTANDING DALAM MANA-MANA PILIHANRAYA JIKA TIDAK ADA WANG MAKA LEBIH BAIK DIAM KAT RUMAH SAJA, JANGAN PANDAI-PANDAI NAK MENANG DALAM PILIHANRAYA

MEREKA YANG BANYAK WANGPUN JANGAN INGAT BOLEH MENANG DALAM SESUATU PILIHANRAYA KERANA KEMENANGAN ITU KONSEPNYA IALAH BERPANDUKAN BERAPA CALON YANG BERTANDING DIDALAM SESUATU TEMPAT ITU, LEPAS TU BARULAH KIRA DUIT BERAPA YANG ANDA ADA

KATAKANLAH SATU DUN ATAU PARLIMEN ITU ADA TIGA CALON YANG BERTANDING, CALON 1 JIKA NAK MENANG KENA BAGI RM 200 KEMUDIAN CALON 2 KENA BAGI RM 400, MAKA RAKYAT AKAN UNDI CALON KE 2, KEMUDIAN CALON KE 3 JIKA NAK MENANG DIA KENA KELUAR RM 600 MAKA CALON KETIGA ITU AKAN MENANG

SATU ORANG BAYAR RM 600 JIKA 5,000 ORANG  KENA ADA RM 3,000,000, JIKA BERTANDING DUA PENJURU LEGALAH SIKIT, JIKA JADI CALON BEBAS LAGI BAIK BOLEH BUAT DUIT,  CARI TEMPAT YANG MAJOROTY MENANG ATAU KALAH SIKIT, PEGANG CAWANGAN ITU DAN BAGI DUIT, JIKA ADA YANG NAK BELI CALON BEBAS SURUH TARIK DIRI KENA BAYAR RM 5 JUTA, JIKA TIDAK MKAMU AKAN KALAH

SEMUA KERJA RASUAH INI SIAPA YANG AJAR ?  DAN RASUAH PILIHANRAYA TIDAK DINAMAKAN RASUAH ITU DINAMAKAN MENUNAIKAN JANJI PILIHANRAYA ! ITU DINAMAKAN IHSAN ! ERTINYA JIKA ADA PARTAI POLITIK NAK MEMERINTAH SAMPAI HARI KIAMATPUN BOLEEEEH ! POKOKNYA ADA DUIT

Kezaliman UMNO Jelas - Suami Cikgu Mala Diarahkan Bertukar

Suami calon PAS Tenang diarah tukar sekolah

BATU PAHAT: Maarof Abd Mutalib, suami calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman, diarah bertukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Pengelih, Pengerang, Kota Tinggi berkuatkuasa 1 April lalu.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata pertukaran itu sebagai tindakan tatatertib terhadap Maarof, 45, yang sebelum ini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen, Segamat, berikutan menyalahgunakan sijil sakit bagi menemani isterinya, berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang, Januari lalu.
“Pertukaran itu dibuat selepas kita meneliti jawapan surat tunjuk sebab Maarof berhubung isu beliau menyalah guna sijil sakit untuk bercuti daripada tugasnya sebagai guru dan sebaliknya berkempen di Tenang.

“Kita dapati Maarof melakukan kesalahan serius secara nyata iaitu menyalahguna sijil sakit itu bagi menemani isterinya berkempen sedangkan jika sekiranya benar sakit, beliau seharusnya berehat di rumah.

“Ia juga kesalahan tatatertib untuknya menyertai kempen politik pada pilihan raya kecil itu kerana beliau tidak mendapatkan kebenaran rasmi untuk berbuat demikian.

Oleh itu, kita mengambil keputusan untuk menukarkan Maarof ke sekolah lain,” katanya selepas Program Juara Rakyat di Taman Sri Penggaram, di sini, semalam.

Januari lalu, Maarof mencetuskan kontroversi apabila tindakannya mengambil cuti sakit selama dua minggu daripada tugasnya sebagai guru dan disahkan menghadapi masalah kemurungan serius tetapi dilihat menemani isterinya berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang. Maarof dilaporkan memberitahu media beliau memohon cuti semata-mata menemani isterinya, Normala untuk berkempen sehingga selesai pilihan raya kecil itu.

Sementara itu, Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran ketika dihubungi berkata, surat pertukaran itu sudah diserahkan kepada pihak berkenaan tetapi pihaknya tidak pasti sama ada Maarof sudah mula mengajar di SMK Tanjung Pengelih seperti diarahkan.

“Perkara ini perlu dikemukakan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Segamat atau Kota Tinggi bagi mendapat kesahihan. Bagaimanapun, jika Maarof tidak menurut arahan pertukaran itu, surat ingkar perintah akan dikeluarkan menyebabkan gajinya boleh ditahan atau tindakan lebih berat termasuk dibuang kerja,” katanya. -BH

Kepada UMNO BN terutama menteri & timbalan menteri pelajaran, saya tegaskan teruskan kezaliman anda, semuga cepat anda akan menerima balasan terhadap perbuatan zalim anda.

Suami kepada Normala Shamsuddin telah menyatakan dengan jelas sijil cuti sakit murung itu adalah tulen dan para doktor juga mengesahkan sakitnya bukan sakit yang memerlukan beliau terlantar di atas katil. Sakit murung juga bukan sakit yang dibuat-buat.

Tetapi kerana sakit hati, benci, dendam maka pihak kementerian mengambil tindakan menukarkan sekolah dan memisahkan beliau dengan isteri & keluarga beliau.

Berapa ramai guru-guru & pegawai/petugas awam dari kalangan UMNO/BN yang melakukan kesalahan yang lebih terang dan nyata berkempen semasa pilihanraya tetapi tidka dikenakan tindakan apa-apa malah ada diantaranya dinaikkan pangkat dan diberi habuan?

Hanya semata-mata Maarof berkempen untuk PAS, kamu-kamu mengambil tindakan malah dengan mengugut untuk menahan gaji dan membuang kerja jika tidak segera berpindah.

Kami menyatakan kamu boleh berlaku zalim semasa kamu berkuasa, sedangkan Allah tetap menjaga sekalian hambaNya.

Kita berdoa agar kamu-kamu yang berlaku zalim itu akan menerima pembalasan Allah jua satu hari nanti. -GB

Kuasai 15 kerusi beri Pakatan harapan baru, kata penganalisis

KUALA LUMPUR, 17 April — Walaupun hanya menang 15 kerusi, namun penganalisis politik berpendapat ia adalah satu keputusan yang tidak dijangkakan dan menunjukkan Pakatan Rakyat berjaya mengukuhkan kedudukan di Sarawak.

Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, penganalisis berkata hanya DAP yang menunjukkan peningkatan sokongan yang memberangsangkan berbanding PKR dan PAS.

Pakatan Rakyat memperoleh kemenangan di 15 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan DAP menyumbang 12 kemenangan, PKR tiga manakala PAS tidak memperoleh sebarang kerusi.

Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kerajaan negeri Sarawak dengan memperoleh kemenangan lebih dua pertiga iaitu 55 kerusi DUN.

Bebas memenangi satu kerusi.

Berdasarkan keputusan rasmi yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) malam tadi, Pakatan Rakyat berjaya menambah bilangan kerusi berbanding pilihan raya negeri 2006 — yang mana ketika itu BN memperoleh 62 kerusi.

“Bagi Pakatan Rakyat mereka mengukuhkan lagi kedudukan terutamanya DAP yang mana mereka telah dapat 12 kerusi berbanding sebelum ini enam dan ini menunjukkan pengundi masih bersama Pakatan di kawasan bandar.

“Peningkatan sokongan ini menunjukkan BN perlu melakukan sesuatu untuk menyekat sokongan kepada Pakatan Rakyat,” kata pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian.

Kata beliau, walaupun Pakatan Rakyat merupakan parti dari Semenanjung, namun jumlah kerusi yang dimenangi perikatan tiga parti itu menunjukkan perubahan sudah berlaku.

“Bagi Pakatan Rakyat walaupun berasal dari Semenanjung Malaysia, namun mereka nampaknya sudah mula diterima, malah kita boleh lihat bagaimana DAP yang sebelum ini menang enam kerusi kini sudah bertambah.

“Peningkatan ini juga mungkin menunjukkan pengundi mahukan keseimbangan ke atas DUN Sarawak, namun begitu nampaknya bukan semua pengundi masih boleh terima parti yang berasal dari Semenanjung Malaysia,” katanya.

Jelas Sivamurugan, faktor utama kemenangan besar BN adalah sumbangan yang diberikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membantu jentera parti itu.

Beliau juga berkata, BN perlu melaksanakan setiap janji yang dibuat agar momentum kemenangan akan dapat diteruskan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Bagi saya faktor kemenangan BN adalah Najib dan Muhyiddin yang telah lakukan kempen yang hebat untuk pastikan Sarawak kekal menjadi simpanan hayat BN.

“Tapi cabarannya adalah untuk pastikan apa yang dijanjikan semasa kempen dilaksanakan supaya momentum itu dapat dikekalkan dalam pilihan raya umum ke-13.

“Mungkin pengundi di Sarawak mahu memberikan satu lagi peluang kepada BN supaya jurang antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan terutamanya jurang antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri selain mahu melihat Najib melakukan lebih banyak perubahan,” katanya.

Malam tadi Najib memberi isyarat jelas bahawa kemenangan selesa BN dalam pilihan raya negeri Sarawak akan dijadikan kayu ukur dan jambatan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Kata Najib, kemenangan besar BN itu akan diterjemahkan pada pilihan raya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Bagi Profesor Madya Dr Samsul Adabi Mamat, DAP menunjukkan parti itu berjaya mendapatkan sokongan pengundi Cina di kawasan bandar dan pinggir bandar.

Jelas beliau, keputusan yang diperoleh Pakatan Rakyat itu masih belum dapat untuk bersaing dengan BN yang mempunyai pengaruh yang kuat di Sarawak.

“Saya melihat keputusan itu secara keseluruhannya kita lihat memang BN dapat majoriti dua pertiga dan ini menunjukkan kemenangan besar BN.

“Namun kalau kita lihat kawasan yang dimenangi DAP menunjukkan peningkatan DAP, begitu juga PKR yang meningkat kepada DAP.

“Ini menunjukkan peningkatan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya Sarawak tapi secara keseluruhan BN masih berada dalam keadaan cukup selesa,” katanya.

Menurut Samsul Adabi lagi, banyak faktor yang menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat di 15 kerusi itu termasuk kegagalan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) yang “tewas” besar kepada DAP.

“Terlalu awal untuk ulas kerana kawasan BN yang merosot angka tidak besar... begitu juga kerana penerimaan Pakatan Rakyat yang mana kalau kita lihat banyak faktor lain terutamanya faktu undi masyarakat Cina yang kita lihat banyak beri kemenangan kepada DAP.
“Kalau nak kata keseluruhan rakyat Sarawak sudah menerima Pakatan Rakyat, masih tidak boleh katakan, tapi kalau undi masyarakat Cina kepada DAP boleh kita lihat.

“Ini kerana SUPP yang mewakili masyarakat Cina di Sarawak gagal menyelesaikan masalah kepimpinan dalam parti itu dan telah mengalami kekalahan besar menyebabkan pengundi Cina telah pergi kepada DAP dan bukan BN,” katanya.

Sementara itu, Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata kemenangan dua pertiga BN memang sudah dijangkakan, namun Pakatan Rakyat berjaya menang lebih kerusi.

“Saya ingat ia (kemenangan BN) sudah dijangkakan dan kerusi yang diperoleh sudah dijangka, awal cuma rasa risau dan bimbang.

“Dan yang saya lihat DAP berjaya menang 12 kerusi... saya juga tidak jangka PKR boleh dapat tiga kerusi, saya ingat ia adalah kerana faktor protes kerana tidak berpuas hati dengan BN bukan kerana minat kepada PKR,” katanya.

Selain itu, beliau percaya BN akan memperoleh kemenangan lebih besar sekiranya SUPP tidak tewas banyak kerusi.

“Sepatutnya BN boleh menang dengan lebih besar, kemenangan DAP sudah dijangka sebab trend pengundi Cina memang nampak begitu tegas kepada DAP, ia bukan undi protes bagi DAP, PKR mungkin.

“Kemenangan Pakatan Rakyat bergantung kepada DAP, yang saya rasa PAS dan PKR gagal terangkan manifesto Pakatan Rakyat, isu (Datuk Seri) Anwar Ibrahim juga memberi sumbangan kepada Pakatan Rakyat,” katanya.

Datuk Dr Zainal Kling pula menjelaskan kemenangan 15 kerusi itu masih belum menggambarkan majoriti besar pengundi Sarawak menerima Pakatan Rakyat.

“Saya fikir pilihan raya kali ini beri harapan kepada Pakatan Rakyat terutamanya sekali DAP dan PKR, yang mana DAP berjaya jatuhkan SUPP.

“Namun Pakatan Rakyat secara seluruh belum (diterima) tapi DAP dan PKR sudah mula bertapak di sana sudah ada tapak untuk bergerak lebih menyakinkan mereka,” katanya

PKR cabar keputusan kerusi Senadin

Pakatan Keadilan Rakyat (PKR) bercadang memfailkan petisyen pilihan raya untuk mencabar keputusan bagi kerusi N65 Senadin setelah calonnya Dr Michael Teo Yu Keng (bawah) kalah dengan majoriti tipis 58 undi kepada Datuk Lee Kim Shin daripada Barisan Nasional (BN).

NONENaib Presiden PKR Tian Chua menyuarakan rasa tidak puas hati beliau berikutan keengganan pegawai pengurus pilihan raya Chai Ko Het supaya undi dikira semula di pusat penjumlahan undi malam tadi.

"Kami tidak puas hati, beliau (Chai) tidak memberi kami sebarang alasan yang kukuh berikutan keengganannya itu," kata beliau kepada pemberita.

Lee memperoleh sejumlah 7,334 undi dan mengalahkan Dr Teo yang meraih 7,276 undi.

Penyokong PKR, termasuk anggota Exco Selangor Elizabeth Wong, yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu, enggan meninggal stadium tiga jam selepas keputusan diumumkan untuk mendesak Chai melakukan kiraan semula.

- Bernama

Perjuangan PAS Kini Membunga di Sarawak


1. Keputusan pilihanraya umum peringkat negeri Sarawak bagi edisi ke 10 telah selesai dengan menyaksikan penyertaan PAS di 5 kerusi Dewan Undangan Negeri belum membuahkan hasil namun ianya sedang mekar membunga. Realitinya amat sukar bagi PAS untuk menembusi negeri Sarawak yang dianggap sebagai kubu kuat BN sejak lama dulu. Sungguhpun begitu, penerokaan PAS sejak tahun 2000 yang lalu ke bumi Kenyalang, kini cukup membanggakan.

2. Tahun 2000, PAS menabur benih perjuangannya di tanah subur bumi Sarawak, pucuknya mula bercambah pada tahun 2006 dan pada tahun 2011 ini, pohonnya telah mekar berbunga. Insyaallah, saya optimis bahawa masa depan perjuangan PAS tetap akan membuahkan hasilnya. Saya mensasarkan 5 tahun dari sekarang, pohon yang sedang membunga kini akan berbuah dan tentunya buah yang dihasilkan kelak adalah buah yang manis dan berkualiti insyaallah.

3. Dewan Undangan Negeri Beting Maro hampir membuahkan hasil apabila menyaksikan BN hanya mampu menang tipis dengan majoriti 391 undi setelah PAS yang diwakili oleh Abang Ahmad Kardee berjaya meraih sebanyak 2678 undi. Sementara Abang Addy Alyani Ketua DPP Negeri Sarawak yang mewakili PAS di Dewan Undangan Negeri Sadong Jaya meraih sebanyak 1074 undi setelah tewas dengan majoriti 2934 undi. Demikian juga Tuan Hj Adam Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak meraih sebanyak 1769 undi di Dewan Undangan Negeri Sebuyau setelah tewas dengan 2276 majoriti undi.

4. Lebih menarik ialah dua Dewan Undangan Negeri yang julung kali disertai oleh PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum negeri Sarawak edisi ini [ pula diwakili oleh calon muslimat ], turut memaparkan keputusan yang sungguh memberangsangkan sekaligus menunjukkan bahawa masa depan PAS di bumi Sarawak semakin cerah. DUN Muara Tuang, PAS meraih sebanyak 3196 undi meskipun tewas dengan majoriti undi yang besar iaitu 7843 undi. DUN Tanjung Datu pula PAS meraih sebanyak 1002 undi setelah tewas dengan majoriti 3216 undi.

5. Apa yang ingin saya tegaskan ialah PAS mula meraih undi popular di bumi Sarawak berbanding lebih 10 tahun yang lalu, usahkan mahu meraih sokongan seramai itu, malah kehadhiran kami tidak diterima, dipandang sinis penuh curiga bahkan ada dikalangan pimpinan PAS dihalau dan diherdik oleh penduduk setempat sementara parang ditangan mereka.

6. Hari ini, penubuhan cawangan PAS kian rancak berlaku di negeri Sarawak dan ia adalah signal yang sangat jelas bahawa PAS bukan sahaja bertapak kukuh malah semakin marak berkembang. Rakyat Sarawak juga tidak lagi takut dan bimbang untuk menyokong PAS. Berasaskan pengalaman saya menemui pengundi, tiada lagi muka masam yang ditunjukkan kepada PAS dan tiada lagi rasa curiga terhadap perjuangan PAS.

7. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia bersama rakan - rakan exco yang lain bertekad untuk terus melangsungkan perjuangan PAS ke bumi Sarawak [ begitu juga Sabah ] dengan memanfaatkan semaksima mungkin modal sokongan yang telah diperolehi melalui pilihanraya umum negeri Sarawak ini. Bermula dengan penubuhan DPP kawasan - kawasan, aneka aktiviti dan pelbagai program akan digerakkan insyaallah.

8. Saya sekali lagi mewakili DPP Malaysia merakamkan tahniah buat semua petugas PAS khasnya pemuda yang turun melalui kontijen negeri masing - masing untuk menyemarakkan lagi gerakkerja perjuangan Islam yang didokong oleh PAS. Sesungguhnya perjuangan kita tidak sekadar untuk meraih undi dan menawan kerusi Dewan Undangan Negeri tetapi jauh lebih murni dari itu ialah membawa sinar hidayah Allah swt buat rakyat Sarawak yang telah diabaikan perkembangan agama mereka sejak sekian lama.

9. Al Faatihah, buat al marhum Muhamad Izan Yaakob, petugas PAS yang gigih bertugas dan berjuang di Beting Maro telah kembali kerahmatillah jam 1.30 tengahari kelmarin. Takziah buat seluruh anggota keluarga al marhum, semoga ruh al marhum dicucuri rahmat oleh Allah swt dan digolongkan dari kalangan hambaNya yang soleh.

10. Insyaallah, DPP Malaysia akan memberi sumbangan tenaga dan buah fikir untuk memastikan pohon yang sedang mengeluarkan bunga mekarnya tidak rosak dan dimusnahkan oleh anasir - anasir yang tidak mahu melihat buahnya masak ranum di musim depan. Selamat berjuang buat semua.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

PAS Kalah Undi Tapi Menang Da'awah

Kita ucapkan tahniah kepada BN di atas kemenangan mereka di dalam Pilihan Raya Negeri ke 10. Berbagai isu dipentaskan dan berbagai teknik dan cara berkempen digunakan oleh semua pihak. PAS buat pertama kalinya meletakkan 5 calonnya. Setakat ini pukul 9.10mlm BN telah diishtiharkan menang majoriti mudah.
Sheikh Sambal talk mahu membahaskan kenapa dan mengapa keputusan PRN begitu. Apa yang SS hendak luahkan di sini adalah pencapaian PAS di Sarawak dalam PRN kali ini. PAS masuk ke PRN ini dengan berbekalkan kalah 860 undi semasa PRN 2006 lalu.
An Image Slideshow
Nampak di mata memang seperti PAS kalah tapi hakikatnya PAS sudah mengorak langkah jauh ke dalam masyarakat Sarawak. 5 Kerusi yang PAS tandingi memberikan PAS peluang untuk mendekati masyarakat di tempat ini termasuk kampung-kampung, pekan kecil dan rumah-rumah panjuang.

Di kampung-kampung Melayu PAS berjaya membina beberapa cawangan penaja. Di rumah-rumah panjang pula PAS berjaya memperkenalkan diri dan Islam kepada mereka. Di pekan-pekan pula PAS semakin dikenali.oleh masyarakat Cina. Dewan Himpunan Penyokong PAS senang-senang sahaja boleh dibuka.

Petugas-petugas PAS sanggup meredah sungai dan hutan utk mendekati masyarakat Iban. Swing masyarakat tidak cukup untuk menolong memenangkan PAS tetapi mereka dengan senang hati menerima PAS di rumah mereka. Ini memberikan peluang kepada PAS untuk berdakwah di sana. Masyarakat Melayu pula semakin mengenali dan mahukan PAS. Ini dibuktikan dengan beberapa cawangan penaja PAS di Beting Maro, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Tanjung Datu. Walaupun ada tempat yang menghalang PAS masuk, kebanyakan mereka mahukan PAS cuma belum bersedia untuk mengundi PAS.

Dari segi kerja kemasyarakatan PAS sangat disukai tetapi oleh kerana kedudukan Melayu yang terancam jika PBB kalah menyebabkan orang-orang Melayu takut untuk mengundi PAS. Takut mengundi PAS bukan takut kepada PAS. Ini harus difahami.

PAS mungkin kalah untuk mendapatkan undi yang cukup TETAPI menang dalam da'awah. Konsep PAS for All jelas terterjemah di PRN Sarawak kali ini. Dengan usaha da'awah yang berterusan, insyaAllah masa depan PAS adalah cerah. Allah tidak melihat kemenangan atau kekalahan kita tetapi apa usaha kita untuk memenangkan Islam.

Allahuakbar!Allahuakbar!Allahuakbar!

Sheikh Sambal

PAS Hormati Keputusan Rakyat, Sokongan Terhadap PAS Meningkat


PAS menghormati keputusan yang telah diumumkan dan akur dengan keputusan itu, walaupun gagal untuk memenangi sebarang kerusi pada PRN Sarawak Ke-10 tahun ini, termasuk di kawasan-kawasan yang dijangka akan melahirkan anak sulungnya.

Namun PAS sedar dan berbangga dengan pencapaian yang telah diperolehi yang jelas memperlihatkan peningkatan sokongan rakyat Sarawak secara keseluruhan terhadap PAS, sekali gus memberikan petanda masa depan PAS yang cukup baik di Sarawak.
Timbalan Presiden PAS yang juga Pengarah pilihan raya ini, Ustaz Nasharudin Mat Isa berkata, peningkatan baik yang diterima oleh PAS amat ketara di Dun Beting Maro yang terletak dalam kawasan Parlimen Batang Lupar, apabila hanya kalah dengan majoriti sekitar 400 undi kepada BN, berbanding PRN Sarawak tahun 2006 sebanyak 800 undi.

Menurut beliau, begitu juga di Dun Tanjung Datu yang terletak dalam kawasan Parlimen Santubung dan Dun Muara Tuang yang terletak dalam kawasan Parlimen Kota Samarahan yang baru pertama kali ditandingi, tetapi turut memperlihatkan sokongan yang amat baik di kalangan pengundi di kawasan itu terhadap PAS.

Katanya, namun PAS amat kesal dengan laporan dan analisis yang dibuat oleh Astro Awani awal malam ini yang amat jauh menyimpang dari kebenaran dengan mengatakan PAS mengalami kekalahan sebanyak 2,000 undi di Beting Maro.

"Laporan dan analisis Astro Awani itu ternyata tak betul. Malah sebenarnya sokongan para pengundi di Beting Maro terhadap PAS ternyata semakin meningkat sehingga hanya kalah dengan majoriti undi yang amat kecil sebanyak 391 undi sahaja," katanya ketika dihubungi, malam ini.

Walaupun kalah bagi kesemua kawasan yang ditandingi, menurut beliau, perkembangan dari PRN Sarawak Ke-10 ternyata semakin memberikan sinar kepada PAS untuk menempa kejayaan lebih gemilang pada masa akan datang.

"Dengan perkembangan yang baik ini, PAS tidak akan patah semangat untuk melakukan gerak kerja yang lebih baik di Sarawak sama ada dari sudut politik dan sudut-sudut lain.

"Malah, PAS pasti akan berusaha untuk mempertingkatkan lagi usaha di Sarawak dari semasa ke semasa bagi menghadapi pilihanraya akan datang demi kepentingan rakyat Sarawak termasuk dalam politik dan bidang-bidang lain," tegasnya.

Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para pengundi di Sarawak yang telah memilih PAS dalam pilihanraya tahun ini.

"Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada jentera PAS di semua peringkat, sama ada dari kalangan jentera tempatan dan juga jentera-jentera PAS dari luar, yang telah bertungkus lumus berusaha membantu PAS untuk mencapai kemenangan sejak awal kempen hingga hari pengundian.

"Inilah semangat yang PAS mahu dan inilah semangat yang cukup baik yang telah ditunjukkan oleh jentera-jentera PAS dari semua peringkat termasuk dari kalangan jentera tempatan dan jentera-jentera PAS dari luar Sarawak," tegasnya. -HD

Sabtu, 16 April 2011

Alangkah indahnya Jamaah Islam

Dari: mStar Oline

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan parti itu Jun ini.
 
Sebaliknya, beliau hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden yang disandangnya sekarang.

"Saya sudah ada keputusan yang dibincang bersama parti iaitu saya tidak akan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden.
"Saya harap nama saya tidak akan dicalonkan. Biarlah mereka yang lebih layak pergi ke jawatan itu," katanya ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pendiriannya sama ada akan bertanding atau sebaliknya jawatan nombor dua dalam parti pada Muktamar PAS ke-57 Jun ini.

Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata, keputusan tersebut dibuat demi memastikan masa depan dan perpaduan parti terjamin.

"Ada ramai lagi calon yang berwibawa dan layak untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Keputusan saya ini cukup jelas," katanya.

Dengan keputusannya itu, beliau berharap PAS kawasan yang sedang mengadakan mesyuarat mengenai calon yang akan dipilih pada pemilihan parti nanti tidak mencalonkan namanya bagi jawatan Timbalan Presiden.

Sementara itu, seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayub turut mengesahkan beliau tidak akan bertanding jawatan Timbalan Presiden namun sedia mempertahakan jawatan yang disandangnya ketika ini.

"Saya tidak layak untuk ke jawatan itu (Timbalan Presiden).

"Jika saya bertanding, saya hanya berminat untuk mempertahankan jawatan yang sudah disandang (Naib Presiden). Itupun terpulang kepada perwakilan untuk menilai sama ada mahu mengekalkan saya, atau sebaliknya," katanya.

Seorang lagi Naib Presiden, ialah Datuk Mahfuz Omar.

Pemilihan PAS pada tahun ini dijangka menarik perhatian banyak pemerhati politik kerana ada ura-ura menyatakan Nasharuddin Mat Isa tidak akan mempertahankan jawatan yang disandangnya sejak tahun 2007.

Bagaimanapun sehingga kini, beliau masih belum membuat pengumuman rasmi mengenainya.

PAS mempunyai 171 bahagian di seluruh negara dan setiap bahagian perlu menghantar pencalonan untuk jawatan tertinggi PAS pusat iaitu, presiden, timbalan presiden, naib presiden dan ahli jawatankuasa PAS pusat.


**********************
Indahnya Jamaah apabila semua mengetahui kelebihan dan kedhoifan masing-masing.....masalahnya apabila Dhoif terasa gagah..tak layak merasa layak

Foto-Foto Proses Pengundian Sarawak


Kota Sentosa (Kuching) - Di salah sebuah pusat pengundian di Kota Sentosa, pengundi mula datang dan menyemak butiran pendaftaran mereka dengan pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sesetengah pengundi memakai T - 1Malaysia dengan logo besar tertera di belakangnya.

Pembangkang sejak pilihan raya kecil di Galas Kelantan, mendakwa pengundi dibayar untuk memakai baju berkenaan. Aduan itu bagaimanapun tidak dilayan SPR.

Kota Sentosa adalah kubu kuat DAP di Kuching. Bagaimanpun penyandangnya, Chong Chieng Jen mendakwa secara tiba-tiba terdapat tambahan 1,000 pengundi pos di kerusinya itu. Beliau dicabar calon BN Alfred Yap dari SUPP.








Pilihanraya negeri Sarawak sudah bermula Setelah melalui tempoh kempen memeritkan sejak 10 hari lalu, pengundi akan membuat keputusan di peti undi dalam pilihan raya negeri ke-10. Sejumlah 213 orang calon bertanding bagi merebut 10 kerusi yang dipertandingkan kali ini.

Taib Mahmud, yang menjawat jawatan itu sejak tiga dekad lalu, memang menjadi sasaran utama Pakatan Rakyat manakala BN terus menggunakan isu pembangunan dalam kempennya. Jadi terima kasih la kat Taib Mahmud pasai tak letak jawatan ari tu, sebab... kalau la dia letak jawatan... habis punah harapan Pakatan nak jadikan Taib tu punching bag dia orang... kahkahkah...

Pemerhati menjangkakan Pakatan akan berjaya mendapat sokongan lebih besar kali ini, berdasarkan faktor anti-Taib. Jadi pada semua rakyat Sarawak, inilah hari terbaiknya untuk menjatuhkan Taib Mahmud... gunalah sebaik baiknya peluang ini untuk menjatuhkan Taib dan jadikan dia sebagai tukun tiruan dalam laut... kahkahkah...

Taib Mahmud yang bertanding bagi penggal ketiganya mengetuai BN untuk bertanding di kesemua 71 kerusi.

Parti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing 9 untuk PRS dan 8 kerusi bagi SPDP.

Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).

Secara keseluruhannya 41 orang calon lagi bertanding sebagai calon bebas.

Daripada jumlah itu, berlaku pertandingan satu lawan satu di 27 kerusi, pertandingan tiga penjuru di 23 kerusi, 17 (empat penjuru) , dua (lima penjuru dan dua kerusi berdepan pertandingan enam penjuru

LIVE PRN : TUMBANGKAN REGIM BN SARAWAK

Hari Mengundi - Tumbang BN.... Tumbang Taib....

Pilih cara bijak/Make a wise decision

Live Report


Sarawak 4 Change


Undi/Vote PAKATAN RAKYAT




Tumbangkan BN



Tumbangkan Taib Mahmud


Boleh percayakah mereka ini?


Selamat Mengundi......

P'raya negeri S'wak: Pengundian bermula

Setelah melalui tempoh kempen memeritkan sejak 10 hari lalu, pengundi akan membuat keputusan di peti undi dalam pilihan raya negeri ke-10.

Sejumlah 213 orang calon bertanding bagi merebut 10 kerusi yang dipertandingkan kali ini.

Pertandingan kali ini tetap berlangsung di antara BN dan Pakatan rakyat walau terdapat pelbagai parti pembangkang dan calon bebas yang mengambil bahagian.

Kempen sebelum ini menyaksikan ketua menterinyna Tan Sri Abdul Taib Mahmud, yang menjawat jawatan itu sejak tiga dekad lalu, menjadi sasaran utama Pakatan Rakyat manakala BN terus menggunakan isu pembangunan dalam kempennya.

Pemerhati menjangkakan Pakatan akan berjaya mendapat sokongan lebih besar kali ini, berdasarkan faktor anti-Taib.

Taib Mahmud yang bertanding bagi penggal ketiganya mengetuai BN untuk bertanding di kesemua 71 kerusi.

azlanParti PBB yang diketuai Taib bertanding di 35 kerusi, manakala parti komponen BN yang lain masing-masing 9 untuk PRS dan 8 kerusi bagi SPDP.

Sementara itu, PKR bertanding di 49 kerusi, Snap (26), DAP (15), PCM (6), PAS (5).

Secara keseluruhannya 41 orang calon lagi bertanding sebagai calon bebas.

Daripada jumlah itu, berlaku pertandingan satu lawan satu di 27 kerusi, pertandingan tiga penjuru di 23 kerusi, 17 (empat penjuru) , dua (lima penjuru dan dua kerusi berdepan pertandingan enam penjuru.

Perhatian ditumpukan kepada 28 kerusi yang telah dikenalpasi berlaku persaingan sengit di antara BN dan Pakatan yang meletakkan sasaran untuk menghalang peluang BN meraih majoriti dua pertiga.

Pakatan mensasarkan untuk memenangi sekurang-kurangnya 24 kerusi.

Kawasan DUN yang mempunyai jumlah pengundi paling besar ialah Pending (29,498 pengundi) manakal jumlah yang paling kecil di Ba' Kelalan (6,958)

Pusat pengundian dibuka pada 8 pagi dan akan ditutup pada 5.30 petang. Keputusan tidak rasmi dijangka akan dapat diketahui bermula 6 petang.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, keputusan rasmi akan dapat diketahui menjelang jam 8 malam.

Bagaimanapun pusat pengundian di luar bandar dengan jumlah pengundi yang kecil dijangka akan ditutup menjelang 11.30 pagi. Keputusan tidak rasmi bagi kawasan ini dijangka akan diketahui lebih awal. -M'kini