Isnin, 5 September 2011

WAKTU SOLAT ZON HULU SELANGOR


Kawasan K.Kubu Baharu - Latitud : 3.533333333 - Longitud : 101.65 Bagi Bulan September - Tahun 2011
Arah Kiblat dari Utara Hakiki ialah: -67.6453277537972 darjah ke Barat


TarikhHariSubuhSyurukZohorAsarMaghribIsyak
1-9-2011Khamis5:517:0813:1516:2419:2020:29
2-9-2011Jumaat5:517:0713:1516:2319:1920:29
3-9-2011Sabtu5:507:0713:1516:2219:1920:28
4-9-2011Ahad5:507:0713:1416:2119:1820:28
5-9-2011Isnin5:507:0713:1416:2019:1820:27
6-9-2011Selasa5:507:0613:1416:1919:1720:27
7-9-2011Rabu5:507:0613:1316:1819:1720:26
8-9-2011Khamis5:507:0613:1316:1719:1720:26
9-9-2011Jumaat5:497:0613:1216:1619:1620:25
10-9-2011Sabtu5:497:0513:1216:1519:1620:25
11-9-2011Ahad5:497:0513:1216:1319:1520:24
12-9-2011Isnin5:497:0513:1116:1219:1520:24
13-9-2011Selasa5:497:0513:1116:1119:1420:23
14-9-2011Rabu5:487:0413:1116:1019:1420:23
15-9-2011Khamis5:487:0413:1016:1019:1320:22
16-9-2011Jumaat5:487:0413:1016:1119:1320:22
17-9-2011Sabtu5:487:0413:1016:1119:1320:21
18-9-2011Ahad5:477:0313:0916:1119:1220:21
19-9-2011Isnin5:477:0313:0916:1219:1220:20
20-9-2011Selasa5:477:0313:0916:1219:1120:20
21-9-2011Rabu5:477:0313:0816:1219:1120:20
22-9-2011Khamis5:477:0213:0816:1319:1020:19
23-9-2011Jumaat5:467:0213:0816:1319:1020:19
24-9-2011Sabtu5:467:0213:0716:1319:0920:18
25-9-2011Ahad5:467:0213:0716:1319:0920:18
26-9-2011Isnin5:467:0113:0616:1419:0820:17
27-9-2011Selasa5:457:0113:0616:1419:0820:17
28-9-2011Rabu5:457:0113:0616:1419:0820:16
29-9-2011Khamis5:457:0113:0516:1419:0720:16
30-9-2011Jumaat5:457:0013:0516:1419:0720:16

Ini dia Punca Jurukamera Bernama TV kena tembak..?

Mogadishu - Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia yang diserang hendap.

Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan2 pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat.


"Kumpulan2 pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.

Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia.

Adakah Nasib Ibrahim Ali sudah sampai di penghujungnya..???

Menghisab Nasib Ibrahim di Pasir Mas
 
APABILA berbicara soal politik Kelantan orang tidak akan lepas dari memperkatakan ahli politik bernama Inchek Ibrahim Ali atau di kampungnya orang ‘kelo’ – panggil Mustapa. Tanpa menyebut nama Ibrahim Ali politik Kelantan tidak akan lengkap. Kehadiran beliau dalam kelir politik Kelantan samalah dengan Pak Dogol, Wak Long atau Wak Yah dalam wayang kulit. Watak-watak ini dilihat remeh dan melucukan dalam budaya klasik itu tetapi mempunyai signifiken tersendiri.
Betapa pun sedap dan menarik babak wayang kulit, atau hebatnya Seri Rama bertarung dengan Bota atau Hunuman Kerta Putih, tetapi ia tidak lengkap kalau tidak ada campur tangan Pak Dogol, Wak Long atau Wak Yah. Mereka adalah badut keramat dalam wayang kulit. Demikian juga dengan Ibrahim Ali dalam kelir politik. Ibrahim adalah badut keramat dalam politik.
Suka atau tidak suka dia menghidupkan senario politik Kelantan. Menjadi bahan sejarah dan monumen politik yang senantiasa dikaji. Wataknya bervariasi dalam hal ini. Warnanya melebihi warna pelangi. Berbelang-belang macam rimau dan boleh menyalinkan warna badan macam chemeleon – pak ka. Ada kalanya dia menjadi watak penyelamat dan ada kalanya dia menjadi watak pengacau dan samseng. Kedua keadaan itu boleh dipengaruhi olehnya. Di sinilah kegeligaan Ibrahim yang dikaitkan sebagai seorang ahli politik yang tidak mementingkan moral dan maruah dan 'temooh' - melampau mementingkan kemenangan dan glamour.
Bila sebut Ibrahim jelumu atau kubunya ialah di Pasir Mas. Di sinilah dia bermula dan di sinilah dia mencipta sejarah dan di sinilah dia merasai kepedihan dalam sepak terajang politik. Pasir Mas menjadi kloni membesar, mematang dan mencatat kejayaan buatnya. Pasir Mas senonim dengan diri Ibrahim Ali. Mungkin juga di bumi limbahan logam emas inilah bakal menjadi liang lahad kepada dunia politiknya.
Ibrahim telah meletakkan Pasir Mas sebagai buminya. Dia telah mencangkan begitu dan mempedaya orang Kuala Lumpur. Dia terperasaan dirinya bersinar macam emas. Kerana itu banyak orang menduga Pasir Mas adalah kubu kuatnya. Kawasan survial politiknya. Benarkah begitu?
Bagi mereka yang hanya mendengar dakwaan Ibrahim dan melihat kejayaannya akan meraskaan bahawa Pasir Mas sebagai kubunya. Tetapi kalau didekati dan membuat analisa keputusan serta melihat kepada pengaruh sebenarnya, mungkin tanggapan itu boleh dipersoalkan. Pasir Mas bukan negeri mutlak Ibarahim. Dan diri Ibrahim sendiri tidak secerah kilau emas.
Hakikat ini akan terjawab apabila dilihat kepada keputusan-keputusan pilihan raya (kerusi Parlimen) di Pasir Mas yang melibatkan Ibrahim Ali.
Ibrahim telah bertanding di kerusi Parlimen Pasir Mas sebanyak enam kali dan sekali di kerusi Dun Pengkalan Pasir dalam pilihan raya kecil. Daripada tujuh pertandingan itu Ibrahim menang tiga kali dan kalah empat kali. Secara aggragete kedudukan Ibrahim 3 – 4.
Kali pertama beliau menang ialah pada tahun 1986 untuk kerusi Parlimen Pasir Mas mengalahkan calon Pas Zakaria Ismail dengan kelebihan undi sebanyak 3,376. Ibrahim memperolehi 15,279 undi manakala Zakaria mendapat 11,903 undi. Untuk adil mungkin tidak perlu disebut saat itu Pas Kelantan dalam keadaan lemah yang memudahkan Ibrahim menang.
Pada tahun 1990 sekali lagi Ibrahim menang atas tikit Semangat 46 dengan majoriti lebih besar sebanyak 9,290 undi. Beliau menewaskan Hanafi Mamat dari BN. Beliau memperolehi 20,066 undi manakala Hanafi mendapat 10,776 undi.
Dalam pilihan raya 1995 Ibrahim yang bertanding atas tikit BN tewas kepada Zainuddin M Nor muka baru dengan kekurangan undi sebanyak 3,216. Ibrahim mendapat 19,394 undi manakala Zainuddin mendapat 19,394 undi.
Pilihan raya tahun 1999 sekali lagi memperlihatkan Ibrahim yang bertanding atas tikit BN ‘tertumuh makan tanah’ kepada calon Pas Ismail Nuh. Ismail menang dengan mendapat majoriti besar 8,292 dengan mengutip jumlah undi sebanyak 23,967 manakala Ibrahim mengutik sebanyak 15,575.
Kekalahan berterusan dialami Ibrahim dan paling teruk ialah pada tahun 2004 apabila beliau bertanding atas lambang bebas – bersendirian. Dalam pertandingan tiga penjuru itu di antara calon Pas Ismail Nuh, calon BN Abdul Rahim Abdul Rahman, Ibrahim mampu mengutip undi sebanyak 6,198. Ismail yang mengutip 17,526 undi menang dengan majoriti 1,251 undi manakala Abdul Rahim meraih 16,275 undi.
Seperti dikatakan tadi Ibrahim seorang yang geliga dan bermuka 'bobon' dalam politik. Kekalahan berturut-turut sebanyak tiga kali itu ditebus dengan kemenangan dalam pilihan raya 2008 lalu atas tikit Pas penuh bergaya. ‘Congik cakdong’ politiknya berjaya membodek Pas untuk memberi lambang kepadanya. Cerita macam mana Ibrahim membubuh cenduai kepada Pas akan dikisahkan dalam catatan lain.
Hasilnya Ibrahim menang dengan majoriti besar menyamai kemenangan semasa bertanding atas lambang Semangat 46 1990 dulu, dengan mendapat majoriti 8,991 undi. Ibrahim mendapat sebanyak 28,673 undi mengalahkan calon BN Ahmad Rosdi yang mendapat 19,682 undi.
Melihat kepada keputusan-keputusan itu yang merekodkan jatuh bangun politik Ibrahim itu, kini timbul persoalan bagaimana nasib Ibrahim pada pilihan raya akan datang. Apakah beliau akan mencipta sejarah sebagai seorang politik paling canggih dengan mencatat kemenangan atas berbagai lambang atau pun pilihan raya tahun depan bakal mempusarakan Ibrahim dari politik?
Di sini saya tidak mahu meramalkan apakah Ibrahim akan bertanding atas bebas atau pun kembali mencium semula punggung Umno. Ibrahim boleh dan sanggup melalukan apakah saja demi survial politik dirinya. Dipercayai beliau akan menggunakan pengaruh Dr Mahathir Mohamad untuk ‘memaksa’ Najib memberi laluan kepada Ibrahim. Alasan akan digunakan kalau Nik Aziz sedia bagi laluan kenapa tidak dengan Najib? Dalam percaturan ini Najib dilihat sangat mudah untuk 'disim salbimkan' oleh Ibrahim.
Bagaimana pun apa yang dapat dirumuskan berpandukan keputusan enam pilihan raya itu membayangkan bahawa pengaruh peribadi Ibrahim di Pasir Mas bukan sebesar yang digembur-gemburkan. Bagi melihat pengaruh atau kekuatan Ibrahim sebenar perhatian kepada pencapaian (prestasi) kepada dua pilihan raya disertainya. Pertama pilihan raya 1990 semasa bersama Semangat 46 bergabung dengan Pas di mana Ibrahim bertanding atas lambang Semangat 46, dan kedua dalam pilihan raya lepas (2008) apabila Ibrahim diberi laluan tanpa ‘bai'ah’ atas lambang bulan.
Dalam kedua pilihan raya itu Ibrahim berjaya meraih majoriti hampir 10,000. Tahun 1990, majoritinya 9,290. Manakala tahun 2008 majoriti yang diraihnya sebanyak 8,991. Pertandingan Ibrahim atas lambang BN tahun 1986 beliau hanya mendapat kurang separuh dari jumlah itu iaitu sebanyak 3,3376. Ini bererti kombinasi Ibrahim dengan Pas dan Semangat 46 cukup menyakinkan dan memang besar. Sementara kombinasinya dengan Umno sangat lemah.
Dalam erti kata lain dapatan itu menunjukkan bahawa kemenangan besar Ibrahim di Pasir Mas adalah atas bantuan dan simpati ‘musuhnya’ - Pas dan Semangat. Pertandingan atas tikit bulan BN juga menunjukkan pengundi atas pagar di Pasir Mas turut sama menyokongnya. Pengundi bebas sedia menyokong Ibrahim sekiranya beliau bertanding tidak atas lambang dacing.
Selain dari itu keputusan tujuh kali pilihan raya itu juga menjelaskan pengaruh atau kekuatan sebenar Ibrahim Ali. Adalah tidak benar kalau ada pihak mendakwa pengaruh peribadi Ibrahim mencecah belasan ribu.
Untuk mengetahui berapa ramai pengaruh peribadi Ibrahim boleh dilihat kepada jumlah undi yang dipunggut pada pilihan raya tahun 2004 dimana beliau bertanding atas calon bebas - bersendirian. Keputusan ini adalah realistik. Dalam pilihan raya itu beliau hanya mengumpul sebanyak 6,198 undi saja, iaini tidak sampai separuh daripada jumlah undi dikutip oleh calon Pas Ismail Nuh dan calon BN Abdul Rahim yang mendapat 33,801 undi. Pilihan raya itu menyebabkan Ibrahim hilang wang pertaruhan.
Secara specifiknya pengaruh peribadi Ibrahim untuk Dun Permatang Pasir hanya 415 undi saja. Angka ini didapati apabila Ibrahim meraih jumlah itu dalam pilihan raya kecil Dun Pengkaslan Pasir yang mampu dipunggu 415 undi saja. Secara mudahnya pengaruh atau kekuatan Ibrahim untuk ketiga-tiga Dun yang meliputi Parlimen Pasir Mas (Chetok, Pengkalang Pasir dan Tendung) hanya sekitar 1,500 hingga 3,500 sahaja, di mana kalau dijumlahkan kekuataannya sekitar 6,000 undi saja atau kira-kira 10% daripada 59,640 jumlah pengundi berdaftar tahun 2008.
Paluan gendang dan gong serta salakan mengatakan Ibrahim mempunyai kekuatan peribadi sehingga belasan ribu itu hanya ilusi saja dan mungkin angaka-angka itu turut dicampur dengan bayang-bayang angka yang dapat dilihat itu sekitar 6,000.
Tegasnya sukar untuk Ibrahim Ali mengekalkan kerusi Pasir Mas dalam pilihan raya akan datang. Sama ada beliau diberi laluan bertanding atas tikit BN sekalipun, kemenangan untuknya sangatlah tipis, setipis kulit bawang di belah tujuh. Apa lagi kalau beliau bertanding atas tikit bebas berlambangkan payung sekali lagi tindakan itu adalah satu tindakan ‘harakiri’ baginya. Ibrahim hanya boleh menang sekiranya kesemua calon yang akan mengemukakan kertas pencalonan nanti ditolak oleh SPR. [wm.kl.10:10 04/08/11]

Mohd Sayuti Omar

Penganalisis: Umno terus serang Mat Sabu untuk lindungi sejarah sendiri

 
KUALA LUMPUR, 4 Sept — Serangan tidak henti-henti Umno terhadap Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong bertujuan mempertahankan sejarah versi parti Melayu itu, kata penganalisis politik.

Beberapa penganalisis memberitahu The Malaysian Insider, Umno mahu mengekalkan tafsiran sejarahnya - yang mana telah “yang digunakan dengan meluas di sekolah dan media rasmi” — bahawa ia adalah pihak yang berjuang untuk kemerdekaan.

“Sudah tentu, Umno dulu sangat berbeza dengan Umno sekarang dan kemerdakaan dicapai melalui usaha-usaha pelbagai kuasa termasuk Parti Komunis Malaya,” kata Lim Teck Ghee, Pengarah Pusat Inisiatif Dasar (CPI).

“Bagaimanapun, harapan adalah supaya propaganda dan versi mementingkan diri sendiri ini akan menjadi tafsiran yang tidak boleh dicabar dan kekal dalam sejarah kita,” tambahnya.

Semalam Pemuda Umno berkata mahu mengumpulkan semua bekas tentera, anggota polis dan ahli keluarga warga Bukit Kepong dalam satu siri jelajah seluruh negara - dipanggil Pentas Patriot - untuk menjawab kontroversi kenyataan Mohamad.

Mohamad, yang lebih dikenali “Mat Sabu” (gambar) mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis dalam 1950.

Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya.

Umno dilihat cuba menggunakan kontroversi itu untuk meraih sokongan pengundi Melayu.

Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010.

Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Indera, adalah pemimpin komunis Melayu yang melancarkan serangan gerila terhadap berek polis ketika pentadbiran British.

Penganalisis politik dari Universiti Monash James Chin berkata, “sejarah Malaysia adalah Umno sebagai pejuang-pejuang kemerdekaan, bukan mereka sahaja. Mereka cuba meletakkan diri sendiri.”

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) merupakan parti politik Melayu pertama ditubuhkan selepas penjajahan Jepun pada 1945 yang bangkit mempertahankan kemerdekaan. Umno ditubuhkan pada 1946 oleh Datuk Onn Jaafar.

Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian pula menegaskan sebarang perubahan sejarah perlu diserahkan kepada pakar sejarah untuk menjelaskan salah faham, agar tidak menjejaskan perpaduan kaum.

“Lihat secara mendalam. Saya rasa apa yang berlaku ini adalah untuk mengiktiraf sumbangan komunis di kalangan orang Melayu,” katanya.

“Kekeliruan bukan hanya di kalangan rakyat Malaysia tetapi juga penyokong PAS atau PR (Pakatan Rakyat),” katanya.

Datuk T angkat Sumpah pon pakai Baju Kalis Peluru..nie pie sampai Somalia haram tak disediakan pun..!!!

Wartawan: Kami tak dibekal jaket kalis peluru, tiada latihan

Jurukamera TV3 Agi Saregar (tengah) menunjukkan kecederaan yang dialaminya, selepas tiba di KLIA pagi tadi. — Foto oleh Choo Choy May
SERDANG, 4 Sept — Wartawan Bernama TV Khairulanuar Yahaya yang turut menyertai misi kemanusiaan ke Somalia mendedahkan wakil media tidak dibekalkan dengan jaket kalis peluru sepanjang berada di negara berkonflik itu.
 
Misi anjuran Kelab Putera 1 Malaysia, yang sepatutnya kembali ke tanah air pada 8 September, terpaksa pulang pagi ini ekoran kematian jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu kelmarin.

Jenazah Noramfaizul dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia pada pukul 2.10 petang ini.

Kira-kira 500 orang hadir untuk memberi penghormatan terakhir.

“Kami memang tidak diberikan dengan baju kalis peluru, kalau media negara asing, ada antara mereka yang pakai baju kali peluru (semasa buat liputan).
“Saya tidak tahu mengapa kita tidak dibekalkan, dalam misi-misi sebelum ini juga kami tidak dibekalkan dengan baju kalis peluru,” kata Khairulanuar, yang sudah empat kali menyertai misi kemanusiaan, kepada The Malaysian Insider hari ini.

Jelas beliau, sepanjang berada di Somalia sejak 28 Ogos lalu keadaan di negara itu selamat dan tidak diserang oleh sesiapa.

Bagaimanapun, Khairulanuar yang masih trauma dalam kejadian yang meragutnya nyawa rakannya mengakui terkejut apabila diserang dipercayai kumpulan pengganas.

Katanya, kejadian berlaku dalam sekelip mata dan hanya mengetahui Noramfaizul ditembak selepas seorang wartawan lain menjerit.

“Saya dengar dua das tembakan tapi tidak tahu ditembak ke mana, saya hanya tahu Noramzul ditembak selepas seorang wartawan lain yang turut berada dalam kenderaan menjerit.

“Bunyi tembakan itu sangat dekat... berdesing telinga,” katanya menambah kematian Noramfaizul tidak sia-sia kerana bapa dua anak itu berkhidmat untuk negara.

Sementara itu wartawan Astro Awani Tan Su Lin berkata, mereka tidak diberikan latihan awal untuk berada di zon tidak selamat.

“Kami diberitahu ia sangat bahaya, mengancam nyawa,” katanya kepada pemberita di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Subang.

“(Tetapi kami tidak dapat) baju kalis peluru... kenderaan kami tidak ditampal dengan tanda media,” katanya.

Wartawan berusia 27 tahun ini berkata misi ke Somalia adalah tugasan pertamanya di zon perang.

“Banyak askar... anda boleh lihat orang membawa AK47 dan anda tidak akan rasa apa-apa. Malam pula anda akan dengar bunyi tembakan,” kata Tan.

Melissa Ong, 27, wartawan NTV7 berkata pasukan misi akan sentiasa diiringi kenderaan bersenjata.

“Sebuah kenderaan akan mengikuti kami dengan M16, AK47. Ada antara kami yang berada dalam kenderaan kalis peluru, kami tukar-tukar,” katanya.

Turut tercedera dalam serangan itu adalah jurukamera TV3 Agi Saregar Mazlan yang cedera di lengan.

Kejadian itu berlaku ketika kru Bernama TV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal kira-kira satu kilometer, selepas membuat liputan memberi bantuan kepada mangsa kebuluran di sekitar Mogadishu.

Noramfaizul yang cedera parah di bahu kanan dan paru-paru meninggal dunia pada pukul 11 malam waktu Malaysia selepas menerima rawatan.

Dalam pada itu, laporan Bernama Online menyebut, Bernama akan meneliti semula beberapa prosedur operasi standard (SOP) dalam menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, terutamanya di zon kritikal atau dilanda konflik.

Pengurus Besarnya Datuk Hasnul Hassan berkata selain menyediakan wartawan dengan latihan secukupnya, pertubuhan itu akan turut meneliti aspek keselamatan.

“Kami berkemungkinan perlu melihat bagaimana petugas kami dapat dilindungi dengan sebaik-baiknya. Sekiranya SOP perlu diubah, kami akan mengubahnya selepas berbincang dengan jawatankuasa pengurusan,” katanya.

Hasnul berkata Bernama tidak akan berhenti daripada menghantar wartawan untuk tugasan di luar negara, sambil menambah pertubuhan berkenaan sering menghantar wartawan berpengalaman ke luar negara.

“Ini adalah dasar kami. Bagaimanapun, jika membabitkan keadaan yang sukar, keputusan dibuat atas dasar sukarela,” katanya

Tahniah anda PM yang hebat..sanggup istihar harta anda bersama dengan kabinet anda sekali..!!

PM India, 30 menteri kabinet isytihar harta

Perdana Menteri India Manmohan Singh dan kira-kira 30 menteri Kabinetnya semalam telah mengisytiharkan harta peribadi masing-masing.

NONEMenurut laman web Pejabat Perdana Menteri, harta peribadi Manmohan (kiri, berserban) berjumlah 2.63 bilion Rupee (RM3.9 juta) termasuk wang tunai di bank, tanah dan harta (dua buah rumah dan sebuah kereta jenis Maruti 800cc).

Berdasarkan maklumat dalam laman web berkenaan, menteri Kabinet yang paling kaya ialah Menteri Pembangunan Bandar Kamal Nath, dengan nilai harta (termasuk milik keluarganya) berjumlah 263 juta Rupee (RM165 juta).

Yang paling miskin pula dalam kalangan mereka ialah Menteri Pertahanan AK Antony, yang berasal dari Kerala, dengan nilai harta 10 juta Rupee (RM666,000).

Perisytiharan harta itu dibuat mengikut Kod Tatalaku bagi menteri.

Namun begitu tidak semua menteri mengisytiharkan harta mereka.

Seramai 72 daripada 77 menteri mengumumkan kepada awam harta peribadi mereka -- yang dilihat sebagai langkah mempromosikan ketelusan yang lebih meluas dalam kerajaan -- semasa parti memerintah sedang menghadapi krisis kewibawaan.

Sejak akhir-akhir ini gabungan United Progressive Alliance, yang diketuai Manmohan, berdepan tekanan hebat selepas berlakunya kes-kes rasuah besar seperti rasuah Sukan Komanwel dan penipuan telekomunikasi yang menjadi tajuk utama akhbar

Kenyataan Tidak Bertanggungjawab Najib - Ambil Mudah Aspek Keselamatan Misi Somalia

Najib: Usah salahkan sesiapa ekoran kematian jurukamera di Somalia

SUBANG, 4 Sept — Datuk Seri Najib Razak meminta orang ramai tidak mempersalahkan sesiapa atas kematian jurukamera Bernama TV yang menyertai misi kemanusiaan di Somalia, kelmarin.

Gambar: Najib Razak dan Rosmah Mansor berbual dengan isteri Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor di Pangkalan TUDM Subang. — Foto oleh Choo Choy May
Perdana Menteri berkata keselamatan tidak boleh dijamin seratus peratus meskipun langkah-langkah berjaga diambil ataupun diberi latihan.

“Kadangkala, meskipun anda memakai jaket kalis peluru, ia tidak beri jaminan 100 peratus,” kata Najib pada sidang media di Pangkalan TUDM di sini hari ini selepas menerima jenazah.

Jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu tiba kira-kira pukul 10 pagi tadi. -TMI

Jenazah Noramfaizul Tiba Di Pangkalan TUDM Subang

SUBANG JAYA 4 SEPTEMBER : Jenazah jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor yang maut akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang, pada jam 10 pagi tadi.

Suasana hiba menyelubungi perkarangan pangkalan itu sebaik jenazah Allahyarham dibawa keluar daripada pesawat C-130 TUDM yang turut membawa pulang anggota misi bantuan Malaysia itu.

Jenazah Allahyarham disambut anggota keluarga termasuk ayah Mohd Nor Mat Yassin, 66, dan ibu Naemah Abd Majid, 63.

Selain anggota keluarga, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor turut menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Noramfaizul dan kumpulan misi bantuan kemanusiaan bertujuan membantu mangsa kebuluran di Somalia.

Jurugambar dan jurukamera mewakili pelbagai organisasi media kelihatan berkerumun di bahagian belakang pesawat ketika keranda dilitupi "Jalur Gemilang" yang membawa jenazah Allahyarham dibawa keluar untuk dibawa ke Masjid TUDM.

Dalam kejadian pada Jumaat itu, kenderaan yang dinaiki Noramfaizul, 39, dan petugas media Malaysia lain yang diiringi tentera kerajaan Somalia, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan. -tvsnews

Ulasan GB

Kenyataan paling tidak bertanggugjawab dari seorang Perdana Menteri yang baru pulang "bercuti" dari Australia sewaktu rakyat sedang merayakan hari Lebaran dan Hari Merdeka di dalam negara.

Beliau berkata "Kadangkala, meskipun anda memakai jaket kalis peluru, ia tidak beri jaminan 100 peratus"

Justeru itu maka langkah keselamatan sudah tidak perlu diambil semata-mata kerana ia tidak memberi jaminan 100% selamat? Apa-apa pun langkah keselamatan memang tidak boleh memberi jaminan 100% selamat kerana kesemuanya di tangan Allah s.w.t., namun ia tidak bererti langkah keselamatan tidak perlu diambil lantarannya.

Ini baru betul-betul kisah Pak Pandir dengan Mak Andeh. Apa kata Pak Pandir kepada bininya Mak Andeh dalam cerita rakyat apabila anaknya mati? Kata Pak Pandir kepada Mak Andeh;

"Andeh, Andeh! Bukannya kita sahaja yang mati anak rupanya, orang lain pun ada juga yang mati anaknya, perempuan juga dan rupanya pun semacam betul-betul dengan anak kita."

Kedua, apakah kerana yang terlibat itu ialah Kelab Putera 1Malaysia maka PM meminta orangramai jangan persalahkan sesiapa demi untuk menyelamatkan nama kelab berkenaan?

Pagi tadi tatkala GB menyiarkan satu entri bertajuk:
Apakah Misi Somalia Patuhi Ciri Keselamatan? seorang pengunjung yang menggunakan nickname "Rasional" menulis seperti berikut:
Ini bukan isu politik (eventhough cara ia diberitakan dan apa yang akan jadi lepas ini memang telah atau akan jadi politik pun). Ini isu keselamatan krew media. Sedangkan field reporter CNN dan BBC yang 'embedded' dengan tentera di Iraq, Afghan dan Libya sekalipun sentiasa memakai kevlar vests. Memang terlalu banyak ketirisan dalam perancangan misi ini. sedangkan ramai lagi wartawan antarabangsa yang telah menjadi mangsa ketika membuat liputan, setakat seorang wartawan Malaysia terkorban ketika menjalankan tugas, sekadar jadi statistik sajalah. Satu kehilangan nyawa yang sia-sia dan amat boleh dielakkan.

Jikalah misi itu dilakukan oleh Pakatan Rakyat dan wujud kematian seperti kes Noramfaizul ditembak mati, sudah pasti kerajaan dan sekalian media pencacai akan mengutuk dan bergendang hiruk pikuk sebulan lamanya menyalahkan penganjur lantaran tidak mengambil keselamatan yang wajar.

BERANIKAH UMNO SAHUT CABARAN DEBAT.??

Kenyataan Media Ketua Penerangan PAS Pusat

Mat Indera dan ramai para pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah yang telah menjadi fokus utama serangan media perdana pro-Umno kepada PAS memerlukan satu penyelesaian konkrit.
PAS berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain, yang bangun menentang penjajah. Tetapi malangnya jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar ‘pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno’ tanpa ruang untuk menjawab.
Di sebalik tuduhan golongan ini, adakah mereka sengaja tak mengendahkan fakta-fakta pelbagai aspek? Contohnya masa kejadian berlaku, kenapa kerajaan Johor mengiktiraf perjuangan mereka dan kenapa Mat Indera diberi tauliah mengajar agama di Johor – sehinggakan menggelar sesiapa yang memberikan pandangan berlainan terhadap versi sejarah mereka sebagai pengkhianat dan penyokong komunis?
PAS hanya mampu ketawa besar apabila parti dituduh media perdana dan para pemimpin Umno sebagai penyokong komunis hanya kerana ingin membela tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang dilupakan dalam sejarah tanah air. Disebabkan serangan bertubi-tubi Umno yang kini berlangsung selama 9 hari ini, rakyat kini, terutamanya golongan muda yang celik internet terdedah dengan pelbagai maklumat, mula membuka mata dan mulai bangkit mencari kebenaran dan membuat penilaian semula fakta sejarah yang dihilangkan selama ini oleh pihak pemerintah. Sehubungan itu, PAS sedia berdebat secara ilmiah terbuka dengan Umno pada bila-bila masa bagi menghurai kekusutan ini. Atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat penimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah dari kedua-dua pihak, PAS melalui Lujnah Penerangan akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah untuk menangani isu ‘Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?’ dalam sejarah tanah air sebelum Merdeka.


Selain itu, tindakan Umno ini juga benar-benar menggambarkan parti tersebut ketandusan modal bagi menyerang PAS, yang saban hari dilihatnya sebagai parti yang semakin mampu memberikan tentangan terhebat kepadanya, malah menundukkannya dalam 'head-to-head' pada PRU-13.


Selain itu, sebahagian besar waris pejuang kemerdekaan yang terkorban dalam menentang Inggeris kini sangat dukacita apabila mereka dicop sebagai golongan komunis, sedangkan mereka langsung tiada kena mengena dengan komunis.


Waris Mat Indera yang ditemui juga sangat berdukacita dengan laporan tidak beradab media perdana yang mengaitkannya dengan komunis. Mereka yakin, hanya dengan tumbangnya kerajaan BN barulah fakta sejarah yang sebenar dapat ditegakkan.
Fenomena terbaru untuk mencari kebenaran ini turut secara langsung menyedarkan rakyat bahawa mereka mesti bangun menuntut perubahan kepada kepimpinan negara sekarang demi satu masa depan baru yang lebih bertanggungjawab untuk kebaikan generasi akan datang.


Tuduhan Umno ini bukan sekadar lawak terbesar, malah jenaka terbodoh abad ini kerana antara PAS dan perjuangan komunis langsung tiada titik persamaan!

Seperti kata Tuan Guru Presiden PAS : "PAS adalah sebuah Parti Islam, dan kita menentang semua samada British, Jepun serta komunis. Umno pula akan menyokong mana-mana kumpulan yang berkuasa dan boleh memberi keuntungan kepada mereka."


Tuduhan Umno terhadap PAS seolah-olah nak samakan parti Islam ini dengan parti mereka yang terkenal kerana bertulang-belakangkan ‘kuasa dan hanya kuasa’ saja, di mana segala dasar boleh dijual-beli untuk tujuan mendapatkan kuasa.

Pelbagai Alasan Kelab Putera 1Malaysia, BERNAMA Pula Tak Hiraukan Kematian Jurukameranya

Jaket kalis peluru tak mampu selamatkannya'

Pemakaian jaket kalis peluru tidak dapat menjamin keselamatan jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor kerana saiz peluru yang digunakan adalah besar dan mampu menembusi jaket tersebut, kata ketua pasukan perubatan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia Datuk Dr Alwi Abdul Rahman.

Beliau berkata peluru yang mengenai Allahyarham adalah besar, dan menjejaskan dua organ penting mangsa iaitu jantung dan paru-paru.
"Walaupun pakai vest tapi masih boleh tembus. Peluru itu memasuki grey area... masuk dari armpit dan tembus ke bahu. Selepas terkena tembakan itu dia langsung tidak sedarkan diri," katanya kepada pemberita selepas tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), di Subang, hari ini.

Dr Alwi merupakan salah seorang daripada 55 anggota misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Somalia termasuk Allahyarham Noramfaizul yang maut Jumaat lalu akibat terkena tembakan curi semasa membuat liputan di Mogadishu.

Beliau berkata pelbagai usaha dilakukan untuk menyelamatkan jurukamera tersebut termasuk bantuan awal oleh pasukan paramedik Australia yang berada di hotel penginapan Allahyarham.

Dr Alwi berkata beliau tiba dari tempat penginapannya kira-kira tiga minit sebaik dimaklumkan, dan mengambil alih tugas merawat mangsa yang kritikal dari pasukan paramedik tersebut.

"Kita beri bantuan pernafasan dan lakukan apa saja untuk menyelamatkan Allahyarham sedaya-upaya, tetapi peluru itu telah menembusi paru-paru dan jantung. Kita juga menerima kerjasama yang baik daripada paramedik Australia," katanya.

Semasa rawatan, Allahyarham langsung tidak memberi sebarang respons dan tidak bergerak, katanya.

"Dia tidak sedarkan diri dan hilang banyak darah. Kita dah sedia nak derma darah jika perlu sebab kita dah kenal pasti jenis darah anggota misi. Peralatan kecemasan yang kita ada di situ pun mencukupi tapi kita memang tidak dapat buat apa-apa," katanya dalam nada sebak.

Katanya usaha menyelamatkan Allahyarham berlangsung dalam suasana pilu memandangkan arwah adalah sahabatnya dan mereka pernah mengikuti beberapa misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia sebelum ini. - Bernama



Abdul Azeez: Saya masih trauma, bagi saya masa

SERDANG, 4 Sept — Ketua Kelab Putera 1 Malaysia, penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, hari ini enggan memberi sebarang komen berhubung tragedi yang meragut nyawa jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor malam kelmarin.

Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang juga Ketua Putera Umno berkata, beliau mahu sedikit masa kerana masih trauma dengan tragedi itu.

“Nanti, nantilah... saya tengah trauma lagi,” katanya.

“Mungkin nanti saya akan buat sidang media,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui selepas majlis pengebumian jenazah Noramfaizul di Tanah Perkuburan Islam Universiti Putra Malaysia di sini.

Jenazah Noramfaizul selamat dikebumikan kira-kira pukul 2.10 petang.

Dalam kejadian kelmarin, kenderaan yang dinaiki Noramfaizul, 39, dan petugas media Malaysia lain yang diiringi tentera kerajaan Somalia, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan.

Insiden itu turut menyebabkan jurukamera TV3 cedera di lengan.

Noramfaizul meninggalkan seorang isteri, Norazrina Jaafar 37, dan dua orang anak lelaki Mohd Irfan, 8 dan Mohd Naufal 3.

Sementara itu Ketua Misi Bantuan Perubatan Kelab Putera 1 Malaysia, Datuk Dr Alwi Rahman berkata Noramfaizul menerima rawatan kecemasan daripada paramedik Australia sebaik sahaja ditembak.

Jelas beliau, insiden yang menimpa Noramfaizul tidak akan dilupakan.

“Pada ketika itu, kami berada di hotel penginapan, dan dimaklumkan arwah Noramfaizul telah ditembak.

“Arwah diberikan rawatan oleh paramedik dari Australia, sebelum kami mengambil alih, namun gagal,” katanya.

Dalam pada itu, keluarga Noramfaizul menyifatkan kematian Allahyarham sebagai mati syahid kerana meninggal dunia semasa berkhidmat untuk negara.

Ibunya, Naemah Abd Majid berkata, gelaran wira negara wajar diberikan kepada anak sulung daripada enam adik-beradik itu kerana khidmatnya di Somalia berbentuk misi kemanusiaan.

“Sepatutnya (dianggap wira negara), baguslah, Noramfaizul berkhidmat untuk negara dan kerana Allah. Noramfaizul amat dedikasi terhadap tugasnya sebagai jurukamera selama ini yang sanggup mengetepikan apa sahaja hata keluarganya untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai jurukamera.

“Walaupun (kami sekeluarga) bersedih dengan pemergiannya, kami bersyukur kerana Noramfaizul pergi dalam syahid, insya-Allah,” kata Naemah kepada pemberita.

Masih bersedih, Naemah bagaimanapun berkata beliau bersyukur dengan pemergian Noramfaizul kerana masih sempat menatap wajah anaknya buat kali terakhir.

“Saya sempat menyaksikan dan mencium wajahnya walaupun Noramfaizal sejuk kaku (di situ).

“Mak cik sayang anak dan bertambah cantik wajahnya walaupun telah dikembumikan,” katanya.

Sementara itu bapanya, Mohd Nor Mat Yasin berkata, Noramfaizul sempat memesan sambal ikan bilis kegemarannya untuk dibawa bersama ke misi kemanusiaan Somalia.

“Sambal ikan bilis adalah kegemarannya dan beliau memesan untuk membawanya sebagai bekalan di sana,” katanya.

Mohd Nor berkata, Noramfaizul tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pelik sebelum berangkat ke Somalia pada 28 Ogos lalu.

“Beliau juga sempat menelefon kami sekeluarga pada malam raya dan memberitahu keadaannya yang baik semasa di sana,” katanya. -TMI
Ulasan GB

Alasan. Apakah kerana saiz peluru yang terkena allahyarham Noramfaizul adalah besar dan mampu menembusi jaket kalis peluru maka tidak perlu untuk memakai jaket berkenaan? Apakah tidak perlu lansung sebarang langkah keselamatan dan latihan perlu diberikan kepada peserta sebelum misi bertolak pergi?

Analoginya, jika demikian penunggang motorsikal tak perlu pakai topi keledar kerana kemungkinan kemalangan adalah dasyat dan kepala boleh pecah juga sekalipun pakai topi keledar? Penumpang bot tak perlu guna jaket keselamatan kerana mereka boleh tenggelam juga kerana ombak besar? Bangkai punya alasan!

Semata-mata kerana hendak menutup kesalahan dan kelemahan, pelbagai alasan yang tidak logik diberikan oleh Kelab Putera 1Malaysia. Asyik nak memperbodohkan rakyat sepanjang masa.

Bernama pula menyiarkan kenyataan-kenyataan yang nampaknya "membela" Kelab Putera 1Malaysia bukan kenyataan yang membela jurukameranya yang telah terkorban.

Jika demikian halnya dipersilakan BERNAMA hantar wakil-wakilnya yang terdiri dari wartawan dan jurukamera untuk mengikuti misi-misi anjuran UMNO tanpa perlu persediaan kepada langkah keselamatan dan latihan di masa muka!

Entri penting sebelum ini:
Kenyataan Tidak Bertanggungjawab Najib - Ambil Mudah Aspek Keselamatan Misi Somalia

Wartawan Tak Dibekal Jaket Kalis Peluru & Tiada Latihan, Mahathir Turut Selar Tiada Persediaan

Video bukti upacara mengagungkan askar-askar penjajah!

SEBELUM ini ada disiarkan di MiLo SuaM, bagaimana rakyat selama ini ditipu hidup-hidup agar mengagungkan askar-askar British melalui pembinaan Tugu Negara dan Tugu Peringatan [Sejarah Malaysia].

Askar-askar British diberi penghormatan setiap tahun, dengan kalungan bunga oleh pemimpin-pemimpin Melayu di Tugu Negara.

Kali ini ReJaM© kongsikan kepada anda sebuah video yang dirakamkan pada 10 Nov 2010. Lihat dengan mata kepala anda sendiri bagaimana askar-askar British ini diagung-agungkan setiap tahun di negara ini dengan upacara khas Hari Pahlawan. Apa maknanya semua ini?



Tugu peringatan ini terletak berhampiran dan sangat sinonim dengan Tugu Negara. Nama-nama askar British yang dicatatkan di Tugu Peringatan ini adalah nama mereka-mereka yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama.

Persoalannya, apa kena mengena perang dunia pertama dengan Tanah Melayu? Perang dunia pertama berlaku di Eropah, kenapa pemimpin-pemimpin Melayu pulak terhegeh-hegeh memperingati askar-askar British yang terkorban?

Begitu taksubnya pemimpin Melayu dengan British, sampaikan askar-askar British yang terkorban perang dunia pertama pun nak diagung-agungkan. Inilah dakyah yang cuba diserap di dalam fikiran rakyat. Siapa tak terima dakyah ini, maka dia komunis!

ReJaM© "Tanya kambeng, kambeng pun tahu British itu penjajah!"

Panas! Bukti kukuh Sejarah Malaysia dipesongkan!


 SILA lihat tugu negara (sebut tokong negara) ini baik-baik! Selama ini, setiap kali hari pahlawan, perdana menteri akan meletakkan kalungan bunga di tugu ini kononnya sebagai tanda memperingati pejuang kemerdekaan yang terkorban.

Kononnya inilah pejuang kemerdekaan yang terkorban atas nama keamanan dan kebebasan. Malah terpahat tulisan "May the blessing of Allah be upon them". Pejuang-pejuang ini didoakan agar memperolehi rahmat dari Allah.

Lihat pula nama-nama ini, siapa yang percaya bahawa nama-nama pejuang yang terpahat di tugu peringatan ini sebagai pejuang, maka dia telah berjaya ditipu oleh British. Lihat bukti di bawah ini.
Kenapa banyak nama Mat Saleh? Mat Saleh penduduk majoriti Tanah Melayu ke? Orang Melayu semua pergi mana? Kah kah kah...

Rupanya negara ini negara British! Sebab itulah pejuang kemerdekaan adalah askar-askar British! Orang Melayu semua dipanggil komunis kah kah kah...

Kenapa ukiran wajah muka patung macam muka orang putih? Orang Melayu zaman dulu macam muka orang putih ke? Kah kah kah...

United Malays No Otak kata, ini fakta sejarah, siapa tak percaya sejarah ini dia penyokong komunis kah kah kah...

Mari sama-sama kita doakan askar-askar kafir British ini semoga roh-roh mereka dicucuri laknat kah kah kah... (kalau ada askar British yang beragama Islam doa ini terbatal)

ReJaM© "Tanya kambeng, kambeng pun tau British tu penjajah bukan pejuang!"

Mat Indera antara 150 tokoh terbilang kata MB Johor!


LIHAT wajah lelaki ini, inilah wajah Mat Indera, seorang pejuang yang lahir dari tanah Johor. Baru-baru ini Mat Sabu dikecam teruk oleh media propaganda Umno kerana menyebut Mat Indera sebagai hero sebenar.

Mat Sabu dituduh sebagai penyokong dan pendukung komunis, kerana mengangkat Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Tapi tanpa mereka sedari Menteri Besar Johor pernah mengiktiraf Mat Indera sebagai antara 150 tokoh terbilang dari Negeri Johor.

Di bawah ini petikan teks ucapan Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman pada majlis pelancaran buku "Fatimah gadis desa srikandi bangsa", di Permata Ballroom, Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru pada hari Khamis, 13 Ogos 2009 jam 10.45 pagi [http://www.johordt.gov.my]. Berita ini turut disiarkan di portal [Bernama]

Jelas sekali di dalam ucapannya menyebut hampir 150 orang tokoh terbilang yang lahir dari Johor telah ditulis biografinya dan diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor dalam lima jilid. Salah satu jilid yang disebut oleh beliau ialah Pengukir Nama Johor.

Pengukir Nama Johor adalah judul sebuah buku yang turut mencatatkan biografi Mat Indera sebagai pejuang kemerdekaan. Malah di kulit luar buku ini terpampang wajah Mat Indera.

 Jika gerombolan songkok tinggi tiga jengkal (United Malays No Otak) masih tak percaya dengan kewujudan buku ini. Sila buat tempahan secara online sekarang, harganya pun tak mahal baru RM20.00. Klik sini [Yayasan Warisan Johor]

ReJaM© "MB Johor kata Mat Indera Tokoh terbilang, Polis takmau tangkap?"