Sabtu, 27 Ogos 2011

Pendedahan Harussani Bukti Tuduhan Terhadap Anwar Fitnah

Pendedahan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa Melayu-Islam berpecah kerana kerajaan yang lemah, tidak amanah dan rasuah dengan sendirinya menolak dakwaan ia berpunca daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, kata PKR.

Sebaliknya, Ketua penerangannya Dr Muhammad Nur Manuty mendakwa perpecahan Melayu-Islam hari ini adalah berpunca daripada "politik kotor" pemimpin Umno sendiri.

Malah, ia didakwa bermula daripada zaman bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohammad lagi.

"Dengan pendedahan yang dibuat ini, rakyat perlulah membuka mata dan menyatakan sikap menolak dengan tegas fitnah yang dilemparkan ke atas Dato Seri Anwar Ibrahim," kata Dr Muhammad Nur dalam kenyataan hari ini.


"Malah, semua yang cintakan keadilan perlulah bersama-sama bertanggungjawab dan bertindak untuk membela beliau dari segala kezaliman dan pembohongan berterusan sejak lebih satu dekad yang lalu,"katanya.

Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti kelmarin, Harussani berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

Ditanya kembali mengenai pendedahan itu, Harussani berkata perpecahan Melayu berlaku disebabkan tiga faktor itu.

“Najib tanya kepada saya mengapa jadi macam ini (perpecahan Melayu), saya kata ia berlaku sebab kerajaan sekarang cukup lemah, tidak amanah dan rasuah.

“Sebab itu saya minta Najib perbetulkan, cari jalan... bukan hanya Najib, kerajaan dan rakyat juga perlu cari jalan untuk bersatu,” katanya.

Justeru beliau meminta Najib supaya mencari jalan untuk menyatukan semula perpaduan orang Melayu yang semakin parah.

Malah, langkahnya itu tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak termasuk dari dalam Umno sendiri.

Dalam pada itu, Manuty menyeru pemimpin UMNO supaya memuhasabah diri sekali gus menghentikan kezaliman ke atas Anwar demi perpaduan ummah dan seluruh masyarakat Malaysia amnya.

Tambahnya, beliau yakin selagi kezaliman terhadap Anwar tidak dihentikan, isu perpaduan Melayu-Islam tidak akan dapat diselesaikan secara tuntas.-Tvsnews

Konspirasi Liwat Semakin Terdedah: Tiga Calitan Masih Baik Selepas 100 Jam?

 
Tiga calitan kapas yang diambil dari dubur pengadu, Mohd Saiful Bukhari, tidak menunjukkan sebarang tanda tercemar apabila diuji kira-kira 100 jam kemudiannya.

Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald yang memberi keterangan semasa perbicaraan Fitnah II Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai “masih baik,” Dr McDonald memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia “tidak konsisten dengan sejarahnya”.

“Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik,” kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 .

Saiful diperiksa oleh empat doktor di Hospital Kuala Lumpur antara jam 9 malam 28 Jun dan tengah malam 29 Jun 2008.

Pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira – dalam keterangannya sebelum ini – berkata sampel tersebut disimpan dalam sebuah laci di pejabatnya yang berhawa dingin dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun 2008.

Semalam, McDonald, 60, memberitahu mahkamah bahawa sampel tersebut secara idealnya perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu -20 Celsius -mk

Ulasan GB

Liwat 2 merupakan satu konspirasi peringkat tertinggi. Semakin hari semakin terdedah kebenaran tersebut.

Di dalam usaha untuk membuktikan pertuduhan liwat ke atas Anwar, pihak pendakwa berhempas pulas mereka dan mencipta "bahan-bukti" yang akhirnya terdedah mempunyai banyak kekurangan. "Fakta dan kebenaran" tidak dapat dicipta atau dihapuskan bersesuaian dengan teori ilmu Fizik "Matter can neither be created nor destroyed". Kebenaran tetap kebenaran dan kebatilan tetap kebatilan. Sebutir mutiara tetap sebutir mutiara walau disaluti dengan kaca, dan kaca tetap kaca tak berharga walau disaluti emas paling bercahaya.

Mana mungkin tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan B9 sebagai “masih baik” di kawasan dubur pengadu selepas 100 jam? Ada apa yang istimewa di duburnya? Ada botol kedap udara dan kalis pencemaran atau ada mesin penyejuk beku di dalamnya?

Bahan bukti yang direka-reka tidak mempunyai nilai apa-apa. Di sini kelemahan barisan Pendakwa paling ketara. Samada bahan bukti sebenar itu anda temui, atau anda tidak boleh teruskan tuduhan. Anda tidak boleh dan tidak akan dapat merekacipta bahan bukti. Manakan sama diantara mutiara dengan kaca.

Itu sebab di dalam Islam ada Qazaf. Jika tiada saksi, maka kes digugurkan sekalipun "kejadian itu" munkin berlaku. Islam tertegak dengan kebenaran dan keadilan.

GB bukan penyokong totok Anwar, tetapi apabila wujud konspirasi untuk menekan beliau dengan tuduhan yang melampau dan tidak diberikan ruang keadilan melalui qazaf, maka di situ sudah berlaku penzaliman ke atas dirinya.

Dulu lagi GB sudah menulis. Petikan:
GB membela "keadilan" untuk Anwar, bukan membela "Anwar" untuk keadilan.

Itu dua perkara yang berbeza.

Sewaktu Saidina Ali menjadi Khalifah, pernah satu ketika seorang Yahudi telah mencuri baju besi beliau. Saidina Ali menyedari perkara ini lalu membawa kes ini ke pengadilan hakim. Walaubagaimanapun beliau tidak mempunyai bukti dan saksi bahawa Yahudi tersebut mencuri baju besi beliau. Lalu hakim memutuskan baju besi tersebut menjadi hak milik Yahudi sekalipun memang baju besi itu memang kepunyaan Saidina Ali. Seorang khalifah tewas di depan hakim yang menjalankan keadilan Islam!

Muammar Gaddafi Ada Simpanan 25 Tan Emas

TRIPOLI - Perang di Libya berlanjut hingga Kamis (25/8/2011). Namun, Moammar Khadafy semakin tersudut. Hanya Presiden Venezuela Hugo Chavez yang kukuh membela walau makin banyak negara mendukung oposisi. Kabar terbaru, Khadafy berniat menjual emas untuk membiayai pelarian. Menurut mantan Gubernur Bank Sentral Libya Farhat Bengdara, emas yang hendak dijual adalah milik negara. "Hasilnya untuk membiayai perlindungan diri dan biaya untuk melahirkan kekacauan di antara kelompok suku di Libya," kata Bengdara kepada harian Italia, Corriere della Sera, edisi Kamis, di Milan.

Bengdara mendapatkan informasi itu dari rekan nonwarga Libya. Dia menyarankan agar niat Khadafy yang disampaikan orang dekat Khadafy itu ditolak. Ada sekitar 25 ton emas dengan nilai sekitar 10 miliar dollar AS. "Tampaknya Khadafy tidak lagi di Tripoli dan sedang mengarah ke wilayah Aljazair," katanya.

Pencarian Khadafy masih menjadi fokus. Agen intelijen Perancis, Inggris, dan AS juga dikerahkan untuk itu. Pertempuran pada Kamis berlangsung di Sabha, kota dekat Aljazair. Pertempuran tidak saja terjadi di Tripoli, tetapi juga di beberapa titik di Libya, yang sudah lebih dari 95 persen dikuasai oposisi.

"Masih ada para penembak jitu berkeliaran," kata seorang anggota pasukan oposisi. Karena itu, Menteri Luar Negeri Inggris William Hague mengatakan, pertempuran belum usai walau frekuensi serangan loyalis Khadafy mulai menurun.

Dua petinggi membelot
Kelemahan posisi Khadafy juga makin nyata. Menteri Kesehatan Libya Mohammad Hijazi membelot ke kubu oposisi bersama Wakil Direktur Divisi Luar Negeri Intelijen Libya Jenderal Khalifah Mohammed Ali. "Saya ingin melayani negara dan meminta para jenderal dan tentara melayani negara," kata Ali kepada stasiun televisi Arabiya.

Hijazi mengatakan, ia memutuskan membelot sejak oposisi memasuki Libya pada hari Minggu, tetapi sudah berpikir sejak lama soal pembelotan. Ia menambahkan, keadaan tidak akan mudah meski oposisi menguasai Tripoli. "Rezim Khadafy punya banyak taktik dan bisa melakukan apa saja yang tak terduga," katanya.

Kepada stasiun televisi Al Jazeera, Abdel Salam Jalloud, tangan kanan Khadafy yang sudah membelot, mengatakan, Khadafy mengira rakyat tetap mendukungnya. Jalloud, yang turut membantu kudeta tahun 1969, menyatakan, Khadafy masih mungkin ada di Tripoli walau kompleks huniannya di Bab al-Aziziya sudah dikuasai oposisi dan rumahnya serta hunian putra dan putrinya dijarah.

Jalloud menyarankan oposisi agar membuka jalan-jalan di Tripoli. "Jika jalan dibuka, Khadafy mungkin tampil berpakaian wanita untuk meninggalkan Tripoli menuju perbatasan Chad atau Aljazair," ujar Jalloud yang mengatakan Khadafy haus akan kekuasaan.

Dalam perkembangan lain di lapangan, Libya mengalami kekacauan logistik, terutama pasokan untuk rumah sakit, tempat para anggota pasukan oposisi mendapatkan perawatan. Kepala pemerintahan oposisi Libya, Mahmoud Jibril, di Milan, seusai pertemuan dengan PM Italia Silvio Berlusconi, mengingatkan bahwa Libya memerlukan bantuan segera.

"Jika tidak, akan terjadi destabilisasi. Hal mendasar adalah perlunya Dewan Transisi Nasional membiayai semua operasional pemerintahan lewat pengadaan dana segera," ujarnya.Sementara itu, Hugo Chavez menuduh Barat hanya ingin mengincar minyak Libya dan melancarkan serangan penjungkalan pemimpin di negara lain. "Target mereka selanjutnya adalah Suriah," kata Chavez./kompas

Najib Altantuya Bersendirian Dihentam Musuh Luar Dan Dalam

Tiada siapa lagi mahu menyanjung Najib Altantuya
kerana kegagalannya mengawal musuh politiknya dari
luar mahupun dalam Umno-APCO sendiri

Jika kita timbang-timbang saudara harus percaya bahawa Najib Razak merupakan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional yang paling banyak masalah yang kian hari kian bertambah tanpa sedikit pun tanda-tanda ia akan berkurangan.

Oleh kerana terlalu banyak masalah yang di hadapinya tanpa sebarang penyelesaiannya maka Najib tiada pilihan selain dari mengakui bahawa beliau sedang menghadapi krisis kepimpinan yang amat serius dalam sejarah kepimpinan negara kita sejak merdeka.

Sesungguhnya Najib tidak sepatutnya menghadapi masalah ini kerana beliau mempunyai Ahli Majlis Teringgi Umno yang sepatutnya membantu beliau.

Dalam keadaan sekaranglah sepatutnya mereka-mereka yang ada di dalam Majlis Tertinggi Umno serta Ahli-Ahli Jemaah Kabinet mereka bersama-sama memikul tanggungjawab dalam erti kata “tanggungjawab bersama”.

Begitulah masalahnya di dalam Umno kerana hanya Perdana Menteri akan menerima kredit atau bertanggungjawab bersendirian jika masalah melanda.

Dalam keadaan sekarang nampaknya tidak ada yang bersama-sama memberikan dukongan kepada Perdana Menteri yang telah melantik beliau ke dalam Kabinet serta menjadi “team” beliau di dalam Majlis Tertinggi parti.

Tanggungjawab bersama di dalam Umno itu sudah hilang sejak beberapa lama dahulu dan dalam sudut hakikatnya mereka-mereka yang ada di dalam Kabinet serta Majlis Tertinggi parti sekarang ini adalah “as good as non-existent” dan kehadziran mereka tidak menambah dan menokok kepada kredibiliti kepimpinan Najib.

Masing-masing hanya sibuk berpolitiking untuk kepentingan mereka sahaja dan tidak boleh membantu Najib dalam usaha untuk memulihkan persepsi yang buruk terhadap kepimpinan beliau di pandangan rakyat dan masyarakat antarabangsa.

Masalah dan isu terhadap Umno serta BN datang bertubi tubi dan bertalu-talu dan semua isu ini melibatkan rakyat ramai yang merasakan pahit maungnya menghadapi isu-isu yang susah untuk di sangkal ini.

Cuba kita imbas sebahagian kecil dari masalah yang di hadapi oleh Najib yang di biarkan oleh jemaah kepimpinan kerajaan dan parti.

Kita sebut dahulu tentang masalah dalam parti yang beliau pimpin. “Warlords” di dalam Umno merupakan masalah besar yang Najib hadapi.

Di kalangan kepimpinan Umno sendiri sedang menunjukan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinannya.

“Warlords” dalam Umno merungut kerana mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang cukup untuk melakukan sesuatu yang berkesan untuk mempertahankan Umno.

Umno memang satu parti yang tidak boleh bergerak tanpa wang ringgit.

Ramai yang berjumpa dengan saya mengadu yang mereka tidak mempunyai wang dan tidak mendapat kontrak untuk membantu sumber kewangan untuk bergerak.

Mereka tidak berpuas hati kerana mereka disuruh bekerja tetapi tidak mendapat bantuan kewangan melalui kontrak-kontrak besar dan kecil kerana semua peluang perniagaan itu hanya diperolehi oleh orang yang tidak pernah merasa kesusahan menjaga parti.
Mereka hanyalah kroni kepada pemimpin-pemimpin yang mempunyai kuasa dalam pembahagian habuan dari kementerian dan premis-premis mereka sendiri.

Di antara pemimpin Umno sendiri mengakui dan mengkritik Najib di belakang kerana tidak mempunyai kemampuan membuat keputusan secara tegas terhadap isu rasuah yang merupakan isu yang terbesar yang dikaitkan dengan Umno ini.

Dahulu sifat “flip-flop” ini hanya branding yang diberikan kepada Abdullah Ahmad Badawi sekarang ini isu “flip-flop” telah berpindah kepada Najib dan branding ini nampaknya terus sahaja sesuai dan serasi untuk memberikan gambaran sebenarnya terhadap kepimpinan beliau.

“Flip-flop” yang dikaitkan terhadap Najib ini ialah terhadap isu transformasi pembangunan yang tidak di lakukan secara konsisten dan yang akhirnya akan tinggal perancangan tanpa perlaksanaan yang “organic” yang mampu menambah keyakinan terhadap kepimpinan beliau.

Isu pembelian kapal selam scorpene sebenarnya banyak perbincangan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno sendiri.

Mereka (pemimpin Umno) sendiri percaya yang kes pembelian kapal selam ini ada berlaku “hanky-panky” yang besar dan Najib adalah orang yang bertanggungjawab dengan pembelian ini serta urusan-urusan sampingan yang menjadi isu sekarang ini.

Dalam dunia sekarang ini apa sahaja yang kita lakukan akan diketahui umum dengan mudah.

Begitu jugalah dalam kes pembelian kapal selam ini.

Orang bercakap dan yang bercakap itu adalah dikalangan pemimpin dan ahli-ahli Umno sendiri.

Sementalahannya berlaku pula pembunuhan terhadap seorang gadis Mongolia beberapa ketika dahulu yang mempunyai hubungan rapat dengan kes pembelian kapal selam ini.

Ini semua merupakan persepsi yang amat buruk untuk seorang pemimpin negara dan ianya menjejaskan kredibiliti Najib secara peribadi sebagai seorang Perdana Menteri.

Oleh kerana persepsi ramai sudah begitu rendah maka tidak hairan bilamana kita mendengar individu-individu yang terkenal bersama kerajaan pun memberikan pandangan peribadi mereka secara terbuka tanpa segan dan silu.

Yang terakhir ialah pandangan Mufti Perak Harussani Zakaria yang memberikan pandangan yang Najib mempunyai kepimpinan yang lemah.

Kita tahu yang Mufti itu bukan seorang ahli politik tetapi apabila beliau sendiri boleh menyatakan pandangan secara terbuka yang BN di bawah Najib itu adalah lemah maka ianya memberikan bayangan itulah pandangan sebenar rakyat di bawah yang akan membuat keputusan di dalam pilihanraya yang akan datang ini.

Terdapat pandangan yang menzahirkan keraguan tentang isu-isu yang ada datang dari pemimpin dalam pentadbiran Najib sendiri seperti pandangan seorang Timbalan Menteri Saifuddin Abdullah tentang cara Najib mengendalikan isu Bersih dan beberapa isu lain.

Tanggungjawab bersama nampaknya tidak dipakai oleh barisan kepimpinan Najib kerana seperti yang saya sebutkan tadi mereka hanya bertindak untuk menyelamatkan diri mereka sahaja.

Malahan ada nampak sedikit sebanyak kecenderungan yang ada pihak di kalangan pimpinan Umno yang mahu menyingkirkan Najib dan memberi laluan kepada pemimpin lain dalam Majlis Tertinggi itu.

Mahu tidak mahu setiap di kalangan pemimpin dalam Majlis Tertinggi parti menerima kesalahan secara bersama dan bertanggungjawab bersama kerana mereka adalah dalam barisan jemaah kepimpinan Najib.

Apabila Najib menghadapi situasi sebegini maka ialah melibatkan keruntuhan keyakinan kepada parti secara total sedangkan Umno adalah tunjang kepada BN keseluruhannya.

Dalam hal ini tidak pula kita tahu samada belasan parti-parti yang ada di dalam BN masih berkeyakinan untuk Umno menunjangi kepimpinan BN itu sendiri.

Jika Umno manghadapi masalah ianya akan berkait-kait dengan seluruh kepimpinan dalam BN itu sendiri.

Ramai rakyat kesal dengan Umno kerana pimpinan mengambil sambil lewa tentang kelemahan kepimpinan sejak hampir tiga dekad dahulu kerana parti dan pemimpinnya terlalu sibuk dengan politik peribadi dan tidak mempunyai “connectivity” dengan rakyat secara serius.

Umno lalai di dalam pemilihan pemimpinnya.

Apabila orang seperti kami menentang beberapa tindakan yang dilakukan kami dipertikai dan dimaki hamun seolah-olah kami hendak memecah belahkan parti.

Sudah menjadi tabii yang kekal di dalam Umno untuk mengenepikan pemimpin yang serius dan berkemampuan dalam parti maka sekarang Umno mesti menerima hakikat ini secara bertanggungjawab.

Umno selalu membuat kerenah yang membuatkan rakyat tidak berminat lagi untuk menyertainya dan bergiat aktif kerana budaya membunuh karaktor yang tidak berkesudahan di dalam parti itu.

Parti pembangkang akan di persalahkan secara natural sedangkan kelemahan yang dihadapi oleh Umno itu adalah kesalahan diri mereka sendiri. Umno itu Umno.

Begitulah mereka hendak menyelesaikan masalah mereka… iaitu memaki hamun dan menyalahkan parti-parti pembangkang dan siapa sahaja yang kritikal terhadap mereka.

Bercakap benar merupakan kesalahan yang sangat besar di dalam Umno…lebih besar kesalahan dari mencerca agama suci kita.

Ada beberapa sahabat saya dalam kepimpinan Umno berkata “Umno ni bodohnya tidak boleh diajar, cerdiknya tidak boleh nak diikut.

Nasib sabut timbul, nasib batu tenggelam.

Hanya berdoa sahajalah!

Tidak boleh nak buat apa-apa lagi”.

Kalau di kalangan pemimpin Umno bercakap seperti ini, bagai mana rakyat hendak meletakan kepercayaan kepada Umno lagi?

Jika Umno sudah tidak laku lagi saya juga hendak melihat bagaimana keadaan penyokong-penyokong Umno diluar ini yang telah memBABIkan dan mengANJINGkan orang lain hendak meletakan muka mereka selepas ini?

Saya selalu mengingatkan mereka ini, jika marah jangan habiskan marah itu supaya senang hendak berbaik kembali, jika sayang dan menyokong jangan sokong membabi buta supaya kita tidak merasa malu di atas perbuatan cemar yang pernah kita lakukan dan noda politik yang dilakukan oleh pimpinan kita..

Dalam politik tidak ada musuh yang kekal dan tidak ada sahabat yang kekal. Ingat tu!! “kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa”. Itulah perbilangan orang tua-tua dahulu.

Satu lagi buat peringatan semua, “terlajak perhu boleh berpatah balek, terlajak kata emas padahnya”.

Semua perbilangan ini boleh diambil sebagai nasihat dan peringatan kepada kita yang selalu terlajak dan tersasar dengan kata-kata
 
http://pencacai-semalaysia.blogspot.com/

Khamis, 25 Ogos 2011

TAKBIR LEBIH BAIK DARIPADA HIDUP MELAYU

25 Ramadhan 1432H, KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata laungan ‘takbir’ adalah lebih baik daripada laungan ‘hidup Melayu’ kerana laungan tersebut sekurang-kurangnya mengingatkan umat Islam kepada Allah SWT.“Soal takbir ini, cuma saya ingat takbir ini lebih baik daripada hidup Melayu lah."Daripada kita duduk dalam ceramah hidup Melayu, hidup Melayu, apa pun tak dapat,” kata Tuan Ibrahim dalam wacana 'Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti' semalam yang disambut dengan sorakan daripada para hadirin.Beliau berkata demikian sebagai mengusik Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang berkata laungan takbir itu boleh mengganggu orang yang sedang berucap atau berzikir, dan berkata akhir-akhir ini laungan takbir semakin menjadi-jadi semasa orang berucap dan bersyarah.Laungan takbir itu sememangnya satu ungkapan lazim yang kedengaran dalam majlis-majlis dan ceramah yang dihadiri pemimpin PAS.“Jadi kita takbir ini sekurang-kurangnya kita ingat pada Allah, kita bersama dengan Allah, kita tak lalai… Cuma apa Tan Sri kata terganggu ceramahnya, mungkin dia jarang dengar, kalau orang biasa dengar ok,” gurau Tuan Ibrahim lagi yang diiringi dengan ketawa daripada para hadirin.Selain itu, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut melahirkan rasa kasihan kepada cerita pengalaman Harussani yang mana beliau ditolak untuk berjumpa dengan perdana menteri.“Mufti pun kena tolak, kiralah tuan-tuan… lu pikirlah sendiri,” kata beliau yang mengundang ketawa besar kira-kira 500 peserta yang hadir dalam majlis kira-kira dua jam itu.Dalam forum itu, Harussani berkata, beliau pernah ditolak dari berjumpa dengan Tun Dr Mahathir semasa beliau menjadi perdana menteri untuk menyampaikan pandangan agar Datuk Anwar tidak dipecat dan jangan dakwa Anwar kalau tidak ada bukti.Menjawab soalan pengerusi majlis, bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa ada anggapan dalam PAS bahawa ulama dalam Umno ini macam ‘terompah kayu’, Tuan Ibrahim berkata ini kerana ulama tidak diiktiraf oleh mana-mana parti atau pentadbiran negara.“Saya lihat begini, yang pertama sekali, kita ulama ini ada tanggungjawab, kita ada amanah. Pertama, pengiktirafan… kalau kita duduk dalam satu parti yang tak ada pengiktirafan kepada ulama – nasihat kita tak didengar, pandangan kita tidak dipeduli, komentar kita diletak ke tepi, hata dalam isu hukum-hukum yang diberipun seolah-olah tidak mendapat pengiktirafan akhirnya kita, ulama yang duduk dalam politik, bukan menompang untuk mengambil atau sekadar untuk sahkan apa yang pemimpin kita buat."Bila pemimpin kita buat sesuatu, rujuk pada ulama hanya untuk mengesah. Tapi ulama memandu pemimpin supaya pemimpin ia buat sesuatu yang betul dengan pandangan syarak, bukan dia buat dan pandangan kita untuk cari nas untuk mengesahkan apa yang dia buat. Itu berbeza,” kata beliau disambut laungan takbir daripada hadirin.Sambung Tuan Ibrahim,"Ulama sifatnya memandu sebab kita menganggap pandangan-pandangan lain bahawa ulama mendahului dalam pandangan… sebab itu bila kita guna istilah terompah kayu, istilah rice cooker, macam-macam lah istilah politik."Istilah ini menggambarkan kepada kita, orang perlu pada kita orang pakai, bila tak perlu letak ke tepi,” terang beliau.Menurut Tuan Ibrahim, bukan setakat pandangan mufti diletakkan ke tepi, sehinggakan kini keputusan majlis fatwa pun ditolak.“Pemimpin ini mesti dipandu sebab kalau pemimpin baik, rakyat akan jadi baik. Jikalau pemimpin punah, rakyat akan jadi punah. Soalnya siapa nak baiki pemimpin? Yang nak memandu pemimpin ini ulama… sebab itu ulama politik mesti memandu politik itu supaya tidak bercanggah dengan syarak."Soalnya sejauh mana kita boleh memandu, sekiranya pengiktirafan tak ada?” soal beliau.Dalam PAS, kata beliau sebelum parti membuat keputusan ia perlu melalui Majlis Syura yang dipimpin oleh para ulama.“Dalam erti kata lain, kalau parti nak buat sesuatu keputusan, dasar mesti diputuskan oleh Majlis Syura yang dipimpin oleh para ulama. Dalam PAS, kita pernah buat keputusan yang dalam politik kita rugi."Dalam konteks politik kita rugi, tapi oleh kerana syarak mahupun begitu, maka kita kena ambil itu. Sebagai contoh, kita mengambil Kelantan, kita tutup pusat-pusat perjudian, disco dan bar – yang confirmnya kaki disco tak undi kita, kaki judi tak undi kita (hadirin gelak), kaki kelab malam tak undi kita, dalam konteks politik kita rugi tapi apakah kita nak tanggung dosa yang bercanggah dengan syarak?” tanya beliau.Bagi Tuan Ibrahim, ulama di mana-manapun, yang paling penting ia mendapat pengiktirafan.“Tolong iktiraf pandangan ulama, tolong hargai. Ulama bukan ada kepentingan, hatta dalam PAS, ulama masuk PAS bukan kerana nak bertanding politik. Bertanding beberapa kerusi saja?"Tapi pengiktirafan. Kita harapkan sebagai contoh, Tan Sri (Harussani) pernah mengeluarkan pandangan, fatwa supaya penghormatan kepada tugu tak dibuat… (tapi) di Melaka dibina tugu 1Malaysia, berapa ribu duit rakyat dihabiskan?"Demikian juga, banyak fatwa-fatwa yang kadang-kadang kita buat keputusan tapi macam tidak dinilai, macam tidak ada penghargaan, jadi bila pandangan fatwa itu tidak dihargai… fatwa pun tidak dihargai, apa lagi ulama?” sindir beliau.-HD
























Menteri Dalam Negeri terima ugutan bunuh, peluru hidup

Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishammuddin Hussein berkata beliau menerima ugutan bunuh bertulis dan dua peluru hidup melalui pos hari ini. 

"Saya mengesahkan bahawa hari ini saya menerima dua butir peluru hidup yang dihantar melalui pos ke pejabat saya dan saya juga menerima ugutan. Ini adalah kali pertama saya menerima surat ugutan serta peluru.

"Surat itu diterima oleh seorang pegawai saya dan beliau telah pun membuat laporan polis," katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid al-Ikhlasiyah di Pantai Dalam di ibunegara, beliau bagaimanapun enggan memberitahu kandungan nota ugutan tersebut.

Sampul surat itu dihantar ke pejabatnya di Putrajaya melalui pos biasa dan diterima pada kira-kira jam 2 petang dan dibuka oleh seorang kerani kepada salah seorang pegawai khasnya.

Seorang kakitangan Hishammuddin memberitahu media bahawa dua peluru hidup itu diletakkan dalam lubang yang ditebuk dalam sebuah buku.

Hishammuddin berkata perkara tersebut tidak akan melemahkan semangatnya untuk terus menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.

http://www.malaysiakini.com/news/174032

Adakah Rosmah kerja 'part time' sebagai penganjur pameran berlian? - CheguBard


Bukan saya minta maaf, Rosmah kena jelaskan - Che'gu Bard 


KUALA LUMPUR, 24 Ogos: Badrul Hisham Shahrin atau Che'gu Bard tidak bercadang untuk memohon maaf kepada isteri perdana menteri, Datik Seri Rosmah Mansor ekoran dakwaannya tentang cincin bernilai RM24.45 juta. 

Sebaliknya, kata beliau dalam satu kenyataan hari ini, Rosmah yang seharusnya tampil untuk menjelaskan duduk perkara sebenarnya mengenai perkara itu. 

"Tidak ada keperluan untuk che'GuBard mohon maaf. che'GuBard tidak ada kena mengena dengan permohonan maaf Kompas atau Pengarah Komunikasi PKR," kata che'GuBard dalam kenyataannya hari ini. 

Che'GuBard menjawab tekanan dari media milik Umno agar beliau memohon maaf kerana mendakwa kononnya Rosmah memilik cincin itu. 

Isu memohon maaf beliau semakin ketara apabila media tradisonal Umno menyiarkan berita kononnya akhbar Indonesia Kompas juga memohon maaf dari Najib. 

Namun, Malaysiakini melaporkan, permohonan maaf dari Kompas itu tidak jelas kerana ia hanya disiarkan dalam satu berita temubual akhbar Indonesia itu dengan Najib dan bukannya menarik balik laporan asalnya. 

Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet. 

Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu. 

Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu. 
Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib. 

Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa". 

Namun, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh - ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh'. 

Malah, permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'. 

Menurut Che'Gubard (gambar atas), dia tidak menuduh sesiapa tetapi kewujudan borang kemasukan berlian bernilai tinggi itu dan tertera dengan jelas nama orang yang menyamar wanita pertama negara ketika rakyat susah dihimpit kenaikan kos hidup perlu diperjelaskan. 

"Dia bukan pegawai kastam, dia bukan pegawai syarikat penghantaran dan adakah dia membuat kerja 'part time' sebagai penganjur pameran ? Adakah sesuai dengan imejnya yang menyamar sebagai wanita pertama dan membuat kerja part time ?" kata beliau dalam kenyataannya hari ini. 

"Ada beberapa pengampu yang kononya sejak minggu lepas mendendangkan yang che'GuBard akan disaman, tetapi yang lucunya bukan disaman oleh Rosmah tetapi oleh syarikat yahudi Jacob & co." tulis beliau lagi. 

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/5089--bukan-saya-minta-maaf-rosmah-kena-jelaskan-chegu-bard

Rabu, 24 Ogos 2011

ROSAK RAKYAT ADALAM KERANA ROSAKNYA ULAMAK & PEMIMPIN

ROSMAH Khatam Al-Quran TANPA Menutup AURAT

PUTRAJAYA, 23 OGOS -- Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci pada majlis Khatam Al-Quran di Seri Perdana di sini hari ini.


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama sahabat-sahabatnya memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci pada majlis Khatam Al-Quran di Seri Perdana di sini hari ini.


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bersama sahabat-sahabatnya memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci pada majlis Khatam Al-Quran di Seri Perdana di sini hari ini.

 
Adakah mana-mana Ulama, khususnya 40 Ulama Muda UMNO yang berani tampil berdiri dihadapan Rosmah dan berkata 'Hukum membaca Al-Quran adalah SUNAT manakala mengamalkan isi kandungannya adalah WAJIB. Maka berhentilah dahulu daripada membacanya dan sempurnakanlah dahulu menutup aurat rambutmu.' : Author Faethal

Kredit foto : Bernama

PAS Sedia Hadapi Saman Fitnah Umno

KUALA TERENGGANU: PAS bersedia menghadapi saman fitnah yang bakal dikemuka Umno berhubung isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Petaling Jaya baru-baru ini.
 
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Umno berhak berbuat demikian dan PAS pula berhak mempertahankan kenyataan pemimpinnya.

"Ikut dia (Umno)...dia nak saman itu hak dia, hak kita membela diri," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas penangguhan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di sini, Selasa.

Beliau diminta mengulas berhubung saman fitnah RM10 juta yang bakal dikemukakan Umno terhadap Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berhubung kenyataannya yang mengaitkan Umno dengan pemeriksaan Jais di Gereja Methodist Damansara Utama pada 3 Ogos lepas.

Abdul Hadi juga menegaskan parti itu tetap mempertahankan Mustafa kerana percaya kenyataan beliau disokong bukti kukuh.

Ditanya sama ada beliau telahpun ditunjukkan bukti-bukti tersebut oleh Mustafa, Abdul Hadi berkata: "InsyaAllah...".

Semalam, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dalam sidang medianya memberitahu selain Mustafa, pihak lain yang dikenal pasti terlibat termasuk mereka yang menerbitkan kenyataan itu juga akan disaman. - BERNAMA

BERSEDIA UNTUK BERSIH 3.0, TOLAK JAWATANKUASA KHAS


Oleh: WFAUZDIN NS
APABILA Najib mengumumkan bahawa PRU ke 13 akan diadakan pada bila-bila masa tanpa terikat dengan apa yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Khas Parlimen berkaitan penambaikan Sistem Pilihanraya, maka sudah sampai masanya BERSIH dengan kerjasama Pakatan Rakyat dan semua NGO yang mendukung BERSIH merancang mulai sekarang untuk mengadakan BERSIH 3.0.

Sebenarnya, majoriti penyokong BERSIH boleh dikatakan tidak mempercayai lagi Najib, tetapi sebagai menghormati pimpinan di dalam BERSIH dan Pakatan Rakyat, kita serahkan kepada mereka untuk memikirkan adakah Najib boleh dipercayai atau tidak. Nah, sekarang terbukti Najib penipu besar apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak bertangungjawab itu. Ini lah rupanya PM kita yang hanya pentingkan kerusi empuknya semata-mata.

Kenyataan Najib itu merupakan satu cabaran kepada BERSIH untuk mengulangi apa yang telah kita lakukan pada 09 Jul yang lalu. Mungkin kali ini Najib mahu melihat gerakan yang lebih besar kalaupun tidak menyamai gerakan rakyat di Dataran Tahrir, Mesir. Kita mesti tentukan Najib akan menyesal dengan tindakannya itu yang mengundang semangat rakyat untuk bangkit menjatuhkan rejim Umno/Bn.

BERSIH tiada pilihan lain lagi melainkan menolak syor untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas berkenaan yang dijadikan umpan untuk memerangkap BERSIH dan parti Pembangkang. Apabila kita sibuk untuk merancang serta mengemukakan pindaan bagi membaikpulih sistem pilihanraya di negara ini melalui Jawatankuasa Khas itu nanti, Najib serta merta akan mengumumkan pembubaran Parlimen bagi mengadakan Pilihanraya Umum. Ketika kita tidak bersedia, mereka menyerang kita.

Kami sentiasa menanti BERSIH 3.0 dan kami menolak untuk mempercayai Najib lagi./wfauzdin.blogspot.com

Panas! Budak sekolah diupah RM10 hadiri mesyuarat Umno!

CERITA mengenai pelajar sekolah yang diupah untuk menyertai mesyuarat-mesyuarat dan persidangan-persidangan Umno bukanlah satu cerita pelik. Ini cerita biasa, kerana perkara ini biasa berlaku.

ReJaM© pernah melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana pelajar-pelajar sekolah yang tak faham apa-apa pasal politik diupah dan diperalatkan untuk menyertai mesyuarat Umno.

Malangnya kalau cakap tanpa bukti, nanti korang kata ReJaM© tipu pulak. Di bawah ini disertakan contoh bagaimana pelajar sekolah menengah diperalatkan oleh pemimpin United Malays No Otak, UMNO dengan upah RM10.

Ini baru pelajar sekolah menengah, pelajar universiti lagilah banyak yang diperalatkan oleh United Malays No Otak. Apa ada pada AUKU? Ya memang benar, AUKU melarang pelajar berpolitik, itu mereka kata.

Pelajar universiti tidak boleh berpolitik kalau menyokong Pakatan Rakyat. Tapi kalau sokong Kesatuan Melayu Tiada Otak (United Malays No Otak) tak mengapa memang digalakkan! AUKU bapak lu!

ReJaM© "Dia buat undang-undang dia nombor satu tukang langgar..."

Nazri Aziz hina parlimen

Tindakan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang berdolak-dalik dalam isu penubuhan jawatankuasa terpilih parlimen bagi sistem pilihan raya disifatkan sebagai menghina Parlimen.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (gambar) mengenai perkara itu adalah satu penghinaan.

“Semua pihak, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Suruhanjaya Pilihan Raya, mengakui wujudnya kelemahan dalam pilihan raya," katanya.

Beliau mengkritik Najib kerana mengisytiharkan bahawa kerajaan tidak terikat dengan mesyuarat jawatankuasa itu, dalam menentukan tarikh pilihan raya.

“Jika mereka membentuk suatu jawatankuasa, yang menjadi sebahagian daripada Parlimen, mereka harus menyelesaikannya mengikut proses Parlimen. Jika tidak, mengapa perlu mensia-siakan usaha itu,” katanya di Pejabat Agung Pas, semalam.

Mahfuz, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, sikap Nazri ketika mengumumkan komposisi jawatankuasa berkenaan dan menuntut supaya seorang menteri mengetuainya, terang-terang mengabaikan hak dan keistimewaan Parlimen.

“Tindakan Nazri itu seolah-olah membuat keputusan dengan mendahului Parlimen,” katanya yang merujuk kepada lantikan pengerusi dan bilangan wakil untuk pembangkang dalam jawatankuasa terbabit.

Menurut Mahfuz, pembentukan suruhanjaya diraja adalah lebih baik kerana melibatkan banyak pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Jika melibatkan pindaan perlembagaan dalam memastikan pembaharuan pilihan raya, banyak pihak boleh mengemukakan pandangan terbaik. Jawatankuasa itu hanya terhad kepada ahli parlimen,” katanya.

Sebelum itu, PR mendesak kerajaan menubuhkan inkuiri awam dan seterusnya suruhanjaya diraja untuk menuntut pembaharuan dalam pilihan raya. -SH

Panel khas: Kami mahu jaminan konkrit Najib tiada PRU, kata PAS -

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (gambar) berkata perkara yang lebih penting bukan penubuhan jawatankuasa itu tetapi jaminan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Tegas beliau: “PAS mahu satu jawapan konkrit dan jaminan daripada Najib bahawa pilihan raya umum ke-13 hanya akan diadakan dengan melaksanakan cadangan pembaharuan yang diputuskan jawatankuasa khas ini.

“Adakah tidak akan berlaku pembubaran (Parlimen) sebelum jawatankuasa ini selesai menjalankan tugas? Adakah cadangan pembaharuan ini akan dilaksanakan dalam pilihan raya umum ke-13, jika tiada jaminan (daripada Najib) tiada makna jawatankuasa ini,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Menurut Ahli Parlimen Kubang Kerian ini, sekiranya Najib tidak dapat memberikan jaminan itu PAS akan menolak untuk sertai jawatankuasa itu.

“Sama ada jawatankuasa khas ini dirangka daripada tuntutan Bersih 2.0 ia bukan perkara penting . . . yang penting Najib mesti berani mengatakan jawatankuasa ini akan laksanakan cadangan pembaharuan dan hasil jawatankuasa ini.

Khir Toyo: Tiga menteri mahu saya dipenjarakan

NONEBekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo mendakwa tiga menteri persekutuan dalam jemaah menteri sekarang sedang berkonspirasi bagi beliau dikenakan hukuman penjara atas tuduhan rasuah.
Dalam blognya hari ini, Dr Khir yang menulis mengenai 'memohon ampun dan maaf' sempena semangat Ramadan, berkata beliau tidak akan mendedahkan nama menteri-menteri berkenaan kerana tidak mendapat bukti yang sahih.

Namun katanya, beberapa sumbernya sangat boleh dipercayai.

“Dalam bulan yang mulia ini juga saya ingin mengingatkan tiga orang sahabat yang menjadi menteri dalam kabinet sekarang agar jangan keterlaluan untuk mengenakan saya,” tulisnya.

Dr Khir baru-baru ini diarah membela diri berhubung kes rasuah pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Katanya, konspirasi itu tersebar apabila seorang daripada menteri itu dilaporkan berkata kepada dua rakannya bahawa BN mampu merampas semula Selangor daripada Pakatan Rakyat jika dirinya didakwa.

“Seorang menteri dilaporkan berkata kepada dua orang menteri lain bahawa jika mahu mendapat kembali Selangor maka Khir Toyo perlu didakwa. Sekarang menteri yang sama berkata jika mahu menang Selangor Khir Toyo perlu dipenjarakan.
Kebodohan pemimpin

“Apakah mereka ini begitu besar boleh menguasai hakim perbicaraan? Saya tidak mahu percaya mereka berupaya mengarahkan hakim atau hakim akan mendengar arahan kumpulan ini,” tulis Dr Khir sambil menambah beliau masih percaya dengan kebebasan dan integeriti institusi kehakiman.
Beliau juga mengingatkan ketiga-tiga menteri berkenaan, agar menumpukan kerja mereka membantu Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak meningkatkan kualiti perkhidmatan kerajaan terutama membabitkan potfolio masing-masing.
NONE
“Kenyataan bahawa jika Khir Toyo dipenjarakan maka BN akan dapat kembali Selangor hanya menunjukkan kecetekan pemikiran pemimpin tersebut yang tidak memahami keseluruhan isu rakyat di Selangor.

“Lebih daripada itu, ia menunjukkan kebodohan pemimpin ini seolah-olah majoriti rakyat Selangor tidak cerdik dan tidak boleh menilai fakta-fakta kes di mahkamah.

“Apakah pada hemat beliau rakyat Selangor secara majoritinya dungu, bebal dan bengap yang akan mengikut skrip sandiwara beliau?” soalnya lagi.

Menurut Dr Khir, majoriti rakyat terutamanya di Selangor mahu melihat keadilan undang-undang ditegakkan tidak kira ia di pihak Umno mahu pun di pihak parti-parti lain.

Dakwaan konspirasi oleh Dr Khir timbul apabila bekas menteri besar itu diarah membela dirinya pada perbicaraan yang dijadualkan bermula pada 26 September depan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Beliau dipersalahkan berikutan kekalahan BN di Selangor pada pilihan raya umum 2008 selepas memerintah negeri itu daripada 2000 hingga 2008.

azlanBerikutan keputusan yang memalukan itu, Khir berundur diri. Jawatannya sebagai pengerusi perhubungan negeri Selangor diambil alih oleh Najib selaku presiden parti Umno.
Najib kemudian melantik Datuk Noh Omar, seteru Dr Khir sebagai timbalannya dan dilihat sebagai calon menteri besar baru jika BN mampu menang pada pilihan raya negeri akan datang.
Menurut spekulasi Dr Khir yang juga ADUN Sungai Panjang tidak akan bertanding pada pilihan raya akan datang.
-malaysiakini-