Selasa, 25 Disember 2012

Dihalang Dengar Ceramah PAS, Peneroka Buat Laporan Polis

 


Temerloh: Peneroka Jengka 11 membuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Temerloh berikutan tindakan pengurusan tanah rancangan berkenaan yang didakwa menutup jalan dengan palang besi bagi menghalang orang keluar masuk mendengar ceramah anjuran PAS.
Isa @ Zaharudin Noh, 42, dalam laporannya semalam mendakwa kumpulan polis bantuan Felda dan kumpulan belia upahan Umno turut bertindak menghadang jalan dengan sekatan mengakibatkan penduduk menghadapi kesukaran untuk berurusan keluar.

Dalam laporan itu, Isa yang juga ahli PAS, mendakwa akibat sekatan secara samseng itu juga menyebabkan ceramah anjuran PAS cawangan gagal diadakan di markas PAS walaupun polis telah mengeluarkan permit.

Tambahnya, keganasan tersebut secara jelas mengakibatkan pencabulan hak mengawal keselamatan yang sepatutnya di bawah urusan pihak polis serta mencabul demokrasi.

Sementara itu, Muhammad Syafie Md Esa dari Jengka 23, turut membuat laporan polis di tempat yang sama berikutan sekatan rombongan Jelajah Oren daripada memasuki tanah rancangan berkenaan, sedangkan telah mendapat kebenaran pihak IPD Maran.

Dalam laporannya, Syafie menjelaskan rombongan mereka sepatutnya berkumpul dan melaksanakan program di markas PAS Jengka 23, tetapi mendakwa dihalang pasukan Rela, pengurusan Felda Jengka, JKKR dan penyokong Umno.

Tegas Syafie, pihaknya memandang serius budaya samseng seperti itu kerana mengambil alih tugas polis, mencabul hak berhimpun secara aman, menyuburkan budaya samseng dan melanggar undang-undang.

Turut berada di balai polis Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah dan Peneroka PAS Pahang Md Jusoh Darus, Timbalan Presiden Anak Aris Fezul Ismail, Pengerusi Anak Pahang Yohanis Ahmad, Adun Kuala Semantan Syed Hamid Mohamad, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pahang Abdul Majid Hasan serta para peneroka.

Kelmarin, Jelajah Oren Selamatkan Felda berkonvoi dengan kira-kira 50 buah kereta dan 50 buah motosikal melibatkan kawasan Felda di Parlimen Bera, Maran, Kuala Krau dan Jerantut.

Program jelajah mendapat sambutan baik oleh penduduk tempatan apabila bermula kira-kira pukul 9 pagi di Felda Bukit Kepayang, Bera dengan aktiviti ceramah dan mengedar risalah.

Rombongan yang kemudiannya bergerak ke Felda Kampung Awah, Maran selepas itu juga mendapat kerjasama yang baik daripada penduduk di situ apabila dibenarkan masuk berceramah, makan tengah hari dan sembahyang Zohor di masjid di situ.

Bagaimanapun apabila konvoi bergerak ke Parlimen Kuala Krau dan cuba memasuki Jengka 23, kira-kira 100 orang dipercayai penyokong Umno menghalang laluan sambil memaki hamun dan menghambur kata-kata lucah kepada rombongan Jelajah Oren yang jumlahnya dua kali ganda daripada mereka.

Penyokong-penyokong Umno yang turut mempergunakan wanita dan kanak-kanak, meletakkan tong-tong milik Rela di atas jalan masuk.

Konvoi Jelajah Oren sekali lagi dimaki hamun dan diusir apabila tiba di simpang Jengka 21 meskipun mereka hanya singgah dan tidak berhasrat untuk masuk ke situ.

Namun begitu mereka tidak dihalang apabila memasuki Jengka 12 dalam Parlimen Kuala Krau, sehingga tidak diganggu untuk menunaikan sembahyang Asar, minum petang dan ceramah ringkas.

Aktiviti mengedar risalah diteruskan di pasar malam Bandar Tun Razak Jengka.

Ceramah pada sebelah malam yang sepatutnya diadakan di markas PAS Jengka 11, terpaksa diadakan di hadapan kedai dengan kehadiran ribuan pendengar. -HD

Jelajah Oren di Negeri 9 ~ Ameno hilang kewarasan

 

SUKAR UNTUK D DUGA TINGKAH LAKU DARI PARTI :
SYAITAN YANG D KENALI INI,KERANA SANGGUP MEMBUAT ORANG LAIN CEDERA DAN JUGA MEMCAHKAN CERMIN 4X4 KENDERAAN YANG D GUNAKAN OLEH KEMBARA OREN !!!! 

TINDAKAN BIADAP INI HANYA TERDAPAT DI DALAM PARTI SYAITAN YANG D KENALI SAHAJA ... 

sdr. Naraza Muda Ketua Penerangan ANAK ditikam di Felda Bukit Rokan Utara.
Pergaduhan ala samseng dimulakan umno dengan menyerang kenderaan peserta kembara.
 
#TumbangBN #KL112
Tragedi Berdarah @ Felda Bukit Rokan. 2 Cedera... Cermin Kenderaan 4WD peserta dipecah oleh "SAMSENG SYAITAN YG DIKENALI"-POLIS hanya BISU & jadi PATUNG HIASAN (nak salahkan Polis pun tak boleh juga sebab kekuatan Polis kat tanah rancangan bukannya ramai pun). Tapi kejadian-kejadian ini tidak sedikit pun mematahkan semangat untuk menguburkan regim.... ini adalah perkara biasa...stakat berdarah camni xde hal pun ... name lagi pejuang ... lawan tetap lawan... petualang2 perlu dididik dengan kasih sayang... dorng tu x cukup kasih sayang... ni lah akibat nye... hidup terlalu bergantung dgn ketua2 kaki songlap pastu ikut suke kene suruh...dah x boleh berfikir, ikut jer arahan bos2 mcm lembu kekenyangan ... Ini petanda jelas umno/Bn sudah goyang even dikawasan Felda yg dikatakan fix-deposit Umno ... teruskanlah dengan sikap yg x bertamadun ni diakhir nanti rakyat yg akan membuat keputusan...

P/S : Tips kepada pencacai-pencacai Umno/BN yg ingin mengganas di roadtour Anak.....kalau tak suka just pulaukan jelah prog tu....tak de sapa pun suruh datang....duduk jelah kat rumah kalau rasa tak syok pilah kebun menebas ke, meracun ke..buatlah sesuatu yg berfaedah yer.....kuikuikui

GEMPAR] Pemimpin UMNO Mahu Tumpahkan Darah Semasa PRU?

 

Rakaman gambar Abdul Rahman Bakar bekas Ahli Parlimen Marang, dengan beberapa ahli UMNO dengan bersenjatakan parang dan keris kononnya mau tawan DUN Manir, Parlimen Hulu Terengganu mengundang beberapa persoalan, kini berlegar ligat dialam siber.
Adakah beliau mau mengajak ahli, penyokong dan pendokong UMNO mau tawan/rampas DUN Manir dari tangan PAS secara pertumpahan darah?

Jika ini dimaksudkan maka ini sudah mengamalkan budaya politik yang cukup berbahaya. -wargamarhaen
Polis berdiam diri saja?

Jikalah yang memegang parang itu pemimpin-pemimpin dari Pakatan, berduyun agaknya FRU tiba.

Pernah satu ketika, penyokong Pakatan ditahan dan ditangkap hanya terbawa pisau lipat kecil yang ditemui di dalam kereta.

Wahai polis, mengapakah kamu tidak bersikap adil di dalam melaksanakan tanggungjawab?

Hukum kebenaran dan keadilan akan tetap mengambl tempatnya. Polis yang bersikap berat sebelah dan dwi-standard akhirnya akan menerima hukuman Tuhan. Tidakkah tuan-tuan polis semua melihat bagaimana mantan-mantan polis pangkat tertinggi akhirnya berpihak kepada kebenaran dan keadilan? Datuk Fauzi Shaari, bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman menyertai PAS, dan Tan Sri Musa Hassan, bekas Ketua Polis Negara sendiri melakukan pendedahan berani tentang campurtangan menteri KDN dan orang luar yang bernama Robert Phang terhadap urusan PDRM.

Pekung-pekung jenayah anggota polis pun banyak Allah dedahkan,
yang merogol, yang buat harta semasa berkhidmat dan lain-lain. Itu hukum kebenaran dan keadilan apabila anda gagal menyempurnakan tugas dengan adil dan bertanggungjawab! -GB

Panas: Saksikan Bukti, 'Foto Serta Video' Provokasi Halang 'Kembara Oren' Di Pahang Dan N.Sembilan


Kembara Oren, anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) yang bermula di Pahang semalam berhadapan dengan berbagai rintangan termasuk tindakan samseng oleh pihak yang berkenaan. Kembara yang turut disertai oleh Pesuruhjaya PAS Pahang, Dato' Ibrahim Tuan Man dan Presiden ANAK, Mazlan Aliman bermula di Felda Bukit Kepayang, Bera dan berakhir di Felda Jengka 11, Bandar Jengka malam tadi. Kembara yang awalnya berjalan dengan baik tanpa sebarang provokasi akhirnya menjadi kecoh apabila dihalang oleh pihak Felda dan beberapa kerat pemimpin setempat yang kononnya tidak mahu kampung mereka diganggu. Insiden bermula di Felda Kampung Awah, apabila Ketua Penerangan ANAK, Noraza Muda telah ditangkap dan diikat oleh polis bantuan di Felda terbabit. Tindakan itu mencetuskan kemarahan ramai pihak hingga dia dibebaskan akhirnya. Tidak cukup dengan itu, Kembara Oren juga dihalang memasuki Felda Jengka 23 dan Jengka 11, lokasi ceramah umum yang sepatutnya diadakan disebelah malamnya. Ramai mempersoalkan provokasi itu.
"Kami bermula dengan baik di Felda Bukit Kepayang, dapat berjumpa orang ramai, edar risalah di pekan sari dan tiada sebarang sekatan. "Tetapi bila kami mula disekat di Felda Kampung Awah. Pihak Rela yang saya yakin diperalatkan pihak tertentu, menutup pintu pagar dan membuat sekatan di pondok pengawal," kata Mazlan Aliman. Beliau juga memberitahu, peserta Kembara Oren turut dihalang masuk ke Jengka 23 dan Jengka 12. Lebih teruk lagi katanya, mereka tidak dibenarkan solat Asar di Masjid Jengka 12 menyebabkan mereka terpaksa menapak kira-kira 1 kilometer ke masjid lain yang berdekatan. "Pihak Rela buat kubu sekat kami masuk. Pihak polis daerah pun ada. "Alasan tak bagi kami masuk, penduduk tak terima kehadiran kami sedangkan saya yakin kira-kira 150 orang yang membuat benteng manusia itu, bukan semua penduduk Felda itu. Orang luar disuruh pihak tertentu," katanya lagi.
Bagaimanapun, halangan-halangan tersebut tidak akan mematahkan semangat Kembara Oren untuk ke Jengka 11 malam tadi bagi acara kemuncak. Dipercayai, kehadiran mereka dihalang hebat oleh seorang lelaki yang bernama "Jelan".


Khabarnya pihak penganjur Kembara Oren akan menghantar surat saman kepada pemuda terbabit atas tindakan biadap beliau "ala samseng" yang jelas mencabuli hak-hak rakyat untuk berhimpun dan bergerak bebas daam negara ini seperti yang termaktub dalam perlembagaan. Apa yang berlaku jelas sekali melanggar undang-undang. Bahkan ia juga telah mencabuli hak-hak asasi manusia.


Tindakan provokasi tidak berakhir di Pahang, ia turut merebak ke Negeri Sembilan. Dilaporkan Kembara Oren yang bermula di Felda Kepis juga telah dihalang oleh pihak berkenaan. Malah lebih teruk lagi kenderaan yang membawa peralatan penerangan Kembara Oren juga telah dipecahkan cermin dengan objek keras seperti kayu di Felda Bukit Rokan Utara, Gemas. Kenderaan terbabit juga telah ditendang hingga kemek-kemek oleh pihak terbabit. Malah, Ketua Penerangan ANAK, Noraza Muda yang diikat di Felda Kg.Awah semalam juga sekali lagi telah dicederakan. Tindakan ini jelas sekali satu perbuatan zalim dan ganas yang dilakukan terhadap rakyat dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Ia amat memalukan !!.


Sementara itu, difahamkan Yang DiPertua PAS Temerloh, Tuan Hj.Jusoh Darus selaku Pengarah Konvoi Kembara Oren telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temeroh hari ini berhubung tindakan ganas dan provokasi yang dilakukan oleh pihak berkenaan di Jengka 23 dan 11 semalam. -PahangDaily

PRU13: 80% pengundi sudah ada pilihan

 
KOTA BHARU: Kira-kira 80 peratus pengundi di negara ini dianggap sudah mempunyai pilihan masing-masing bagi menentukan sama ada berlaku perubahan di Putrajaya atau sebaliknya.

Cuma sekarang Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional perlu merebut bakinya sebanyak 20 peratus lagi, di mana mereka belum membuat sebarang pilihan dan bergantung kepada situasi saat-saat akhir.

Bagaimanapun Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, berdasar kepada banyak kajian rata-rata rakyat tidak senang dengan kerajaan yang ada sekarang.

“Suhu kebencian rakyat terhadap pemerintah yang ada hari ini kadang-kadang melebihi penyokong Pakatan Rakyat,” katanya pada perasmian penutup pelancaran Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia peringkat negeri Kelantan di Putik hari ini.

Program berkenaan dihadiri ketua-ketua wanita Pakatan Rakyat di mana PAS diwakili Siti Zailah Mohd Yusoff, Zuraida Kamaruddin (PKR) dan Chong Eng (DAP).

Pemimpin dan penyokong ketiga-tiga parti bergabung pada satu program bagi memperincikan Agenda Wanita Malaysia yang dilancarkan di peringkat pusat beberapa bulan lalu.

Husam berkata, memandangkan kira-kira 80 peratus pengundi sudah mempunyai pilihan, jentera wanita Pakatan perlu mendekati 20 peratus lagi.

“Bagi membolehkan Agenda Wanita Malaysia yang pertama kali diperkenalkan di Malaysia menjadi kenyataan, Pakatan perlu mempunyai kuasa di peringkat pusat.

“Dan bagi membolehkan Pakatan menang maka kita perlu bekerja mendekati 20 peratus lagi pengundi yang belum membuat sebarang pilihan,” ujarnya.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, berdasar pandangan bekas-bekas pegawai tinggi tentera, kemungkinan besar tidak berlaku huru hara sekiranya berlaku perubahan di Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Menurutnya pasukan tentera tidak mungkin campur tangan sekiranya berlaku perubahan kerajaan, tak mengulangi apa yang berlaku di Timur Tengah.

Kata beliau kuasa rakyat lebih besar berbanding kuasa tentera berdasar kepada banyak sejarah yang berlaku sebelum ini.

Beliau juga berharap jentera kempen wanita Pakatan mendekati isteri-isteri anggota tentera memandangkan bilangan pengundi pos sekarang terdapat seramai 200,000.

“Misalnya kawasan parlimen yang ditandingi PAS mempunyai bilangan pengundi pos ramai sekarang ada 18 kerusi.

“Pada pilihan raya umum lalu kita menang di 7 kerusi parlimen dan tewas di 11 lagi kerusi yang mempunyai bilangan pengundi pos begitu ramai.

“Ini termasuk di Jeli. Berdasar kepada pengundi awam PAS sudah menang, namun apabila dicampur undi pos PAS ketinggalan di belakang,” ujarnya.

Oleh itu katanya, tawaran tujuh perkara yang terkandung dalam Agenda Berkebajikan Wanita Malaysia perlu didedahkan kepada isteri-isteri anggota tentera dan rakyat di bawah.

Antaranya Caruman Wanita Malaysia bagi surirumah berpendapatan isirumah kurang RM1,500 sebulan akan dicarum RM600 setahun daripada kerajaan dan caruman khas suami RM120.

Selain itu ditawarkan perlindungan kesihatan dan ekonomi, tabung bantuan musibah dan tabung simpanan hari tua.

Pada majlis itu juga 50 wanita muda membaca ikrar dengan diketuai Naib Ketua Muslimat PAS Pusat, Mumtaz Mohd Nawi. -Hrkh

Ali Rustam Mengamuk Sakan..

 

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari menulis dalam FBnya bahawa sejak akhir-akhir ini Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam naik angin kerana namanya tidak tersenarai sebagai calon Ketua Menteri jika BN menang sekali lagi di Melaka pada PRU 13 nanti.
"Tahniah BN Melaka, apat calon CM baru! Orang Najib mesra Muhyiddin! Patutlah seminggu dua ni Datuk Ali asyik naik angin"! tulis Adly dalam wall FB hari ini. Coretan itu mengundang banyak komen dari rakan-rakan FB nya.

Sementara itu dalam isu zakat pula, Ali Rustam memberikan respon terhadap dakwaan adanya penyelewengan wang zakat. "Dai bebal nanti saya saman dia" coret Ali dalam FBnya sebagai respon terhadap isu zakat yang dikemukakan oleh Adly sejak setahun lebih dahulu.Adly dengan bersahaja membalas " Datuk Ali kata kalau saya ulang isu zakat Melaka, dia akan saman saya. Saya akan seibu kali lagi".

Ada berani ke Ali Rustam hendak saman Adly dalam isu zakat ini. Ibarat kata Adnan Yaakub ....kerat tlinga pun belum tentu Ali berani. ~mutaligat

Banner Ini Bukti Umno "Gila Meroyan"...

 

Banner ni di Negeri Selongor beb...Siapa Pembangkang??dan Ahli Umno jangan jadi Bangangggg???

AYUH..!! Kita popularkan muka mangkuk Amno neh...

Patutlah tak kena tangkap samseng Gombak tu.. Pemuda UMNO rupanya dia.. tengok nih!! ~ ASD
Ingat lagi insiden keganasan yang dicetuskan oleh samseng-samseng upahan UMNO dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat di Gombak?

Dalam kejadian seorang petugas Pakatan Rakyat telah ditusuk dengan objek tajam oleh seorang samseng UMNO dan video kejadian tersebut telah merakamkan kelibat seorang pumuda memakai
helmet menikam bahu petugas Pakatan Rakyat itu.
Namun begitu hingga kini tiada sebarang berita yang melaporkan bahawa pemuda tersebut telah diberkas oleh pihak Polis meskipun video dan lain-lain maklumat mengenai kejadian tersebut banyak dalam internet.

Ada sebab rupanya pihak Polis tidak dapat meneruskan tugas mereka.. dan ianya juga membuktikan dakwaan Tan Sri Musa Hassan iaitu ahli-ahli politik mencampuri tugas Polis ada benarnya..

Baca siapa
samseng upahan UMNO itu seperti yang didedahkan oleh PemudaGombak.com.. dan korang akan tahu mengapa beliau hingga kini tidak diberkas oleh Polis...

 
Namanya Herry, tinggal berhampiran dengan kawasan kejadian. baru berusia sekitar 22-23 tahun. masih budak lagi.

Pernah bertugas sebagai Polis tapi telah dipecat kerana kes rasuah dan salah laku.

Abang dia pula org kuat kepada ketua pemuda UMNO gombak, Megat Zulkarnain Omardin.

Menurut informasi yang admin dapat, dia ni DIBAYAR SEBANYAK RM 1,000 khusus untuk buat haru biru dan menimbulkan kekecohan.

Admin tak pasti sama ada pembuat kecoh yang lain itu turut dibayar sebanyak itu, tapi dengan jumlah RM1,000 tu la yang membuatkan dia ada "lesen besar" bawak kerambit dan menikam bahu salah sorg penyokong PR masa tu.

Inilah bukti kejijikan politik ala-BN - sanggup memperalatkan belia untuk menimbulkan kekacauan dan keganasan semata2 ingin menghalang kemaraan Pakatan
Rakyat.

Selasa, 18 Disember 2012

CERAMAH ISU PALESTIN

CERAMAH ISU PALESTIN
 
BERSAMA
 
AHMAD AYESH AL-NAJJAR
(DEPUTY DIRECTOR GENERAL OF INTERNATIONAL AND PUBLIC RELATIONS OFFICE OF MINISTRY OF EDUCATION/PENTERJEMAH RASMI KPD PM PALESTIN ISMAIL HANIYEH)
 
TARIKH: 21/12/2012
HARI: JUMAAT
MASA: SELEPAS SOLAT MAGHRIB
TEMPAT: SURAU AL-IKHLAS JLN MELATISARI 3D/2 BDR SG BUAYA
 
 
MUSLIMIN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR
 
AKAN DIADAKAN KUTIPAN DANA UNTUK SUMBANGAN KE PALESTIN
ANJURAN: MUSLIM CARE BERSAMA SURAU AL-IKHLAS


KURSUS JENAZAH

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH MUSLIMAT

TARIKH: 25 DIS 2012 (SELASA)
MASA: 10 PAGI
TEMPAT: SURAU AS-SYURO KIAMBANGSARI BDR SG BUAYA
YURAN PENYERTAAN: RM8


DIJEMPUT SELURUH KAUM MUSLIMAT UNTUK MENYERTAINYA
(HUBUNGI PENGERUSI SURAU, EN. AMIR-0132915582)

Isnin, 17 Disember 2012

Gambar - Artis semakin ramai mendampingi Ulamak..

 


Syukur Alhamdullilah. Cahaya hidayah itu milik Allah. sudah ramai artis baru dan lama kembali kepada fitrah ya. Amin.

Terkiini Piere Andre dan Eizlan Yusof turut bersama mendengar kuliah Ustaz Azhar Idrus .

Semoga rakan2 artis yg lain mengikut jejak seperti artis ni.

amin..
-FB

PECAH BERITA! Skandal Penjualan Tanah Danga Bay Terbongkar!

 
Ini satu lagi maklumat yang perlu Najib Altantuya ambl peduli sesuai dengan slogannya Berubah Atau Rebah kerana tatkala beliau dan Timbalan Presiden Umno sedang berusaha dan hampir berjaya sepenuhnya memulihkan imej parti dan kerajaan, ada pula pihak-pihak tertentu mengambil kesempatan mengaut keuntungan secara peribadi dan mungkin percuma tetapi meninggalkan kesan yang amat besar serta parah kepada rakyat.
Najib Altantuya dan Muhyiddin pasti yakin dan mengetahui bahawa Johor adalah kubu kuat ataupun benteng yang mempertahankan Umno selama ini dan rakyat Johor hidup mati mereka adalah sebagai orang Umno dan akan terus menyokong Umno sampai bila-bila tetapi kalau maklumat yang diterima ini benar dan Najib terus mempertahankan kepimpinan yang ada,kita bimbang kedegilan Wan Mokhtar Menteri Besar Terengganu satu ketika dulu berjangkit terhadap rakyat Johor.
 
Menjelang PRU13 nanti, Najib Altantuya tidak ada pilihan, beliau perlu berani membuat tindakan dan bukan sekadar tegas bercakap semata-mata, itupun kalau Najib Altantuya sayangkan rakyat Johor yang cinta serta kasih sayang mereka pada Umno dan Barisan Nasional tidak pernah pudar,
Saya harap maklumat ini tidak benar dan kalau ada kebenarannya, ada pihak yang perlu dipertanggungjawabkan terutama sekali mengenai isu pengambilan tanah untuk pembangunan di Danga Bay yang asalnya milik Kumpulan Prasana Rakyat Johor (KPRJ) telah dijual kepada Danga Bay Sdn Bhd dan dikecualikan daripada bayaran premium.
Sukar kita membayangkan andainya maklumat ini benar bahawa Danga A seluas 214 ekar dan Danga B seluas 135 ekar dijual dengan harga satu kaki persegi dengan RM13.12 sedangkan harga semasa bermula dari RM200-RM250 satu kaki persegi.
Manakala Danga C seluas 524 ekar dikatakan telah dijual satu kaki persegi dengan harga RM1.50 sedangkan harga semasa RM80-RM120 satu kaki persegi. Danga D1 da Danga D2 192 ekar dijual dengan harga RM1.50 satu kaki persegi sedangkan harga semasa bermula dari RM80.00 ke RM 120.00.
 
Danga D3 seluas 84 ekar dijual dengan harga RM1.50 satu kaki persegi, harga semasa bermula dari RM80.00 ke RM100.
Lebih malang lagi Danga E yang luasnya 154 ekar dijual hanya RM28 juta sedangkan nilai semasa RM500 juta manakala Danga D4 dan D5 seluas 485 ekar diberikan secara percuma manakal untuk pembangunan Iskandar Water Front, sekali lagi KPRJ telah memberikan tanah kepada Danga Bay seluas 1800 ekar tetapi KPRJ hanya memegang saham sebanyak 12.30 %,Danga Bay 36.50 %,Iskandar Water Front Holding memegang saham sebanyak 51.20 %.
Selain itu KPRJ juga telah menyerahkan banyak tanahnya untuk dibangunkan oleh Danga Bay dan apa istimewanya Danga Bay sehingga begitu banyak kehendak syarikat ini dipenuhi oleh KPRJ hinggakan dalam KPRJ. Lim Kang Hoo dikatakan memegang saham sebanyak 70 % manakala KPRJ hanya 30 %. Siapa yang menguasai KPRJ ini sebenarnya?
 
Atau ada pemimpin Melayu yang menjadi barua ataupun tali barutnya sehingga dengan cukup wewenang tanah-tanah tersebut diserah untuk dibangunkan tanpa memikirkan kesan jangka panjang kepada rakyat Johor?
Cara pembangunan ini seolah-olah untuk menghalau orang-orang Melayu secara terhormat dari Johor Bharu. Rakyat Johor bukan menolak pembangunan tetapi pembangunan harus dibangunkan tanpa meminggirkan atau membunuh kepentingan orang-orang Melayu di negeri itu.
Saya amat berharap maklumat ini tidak benar dan kalau benar betapa bersimpatinya kita dengan Najib Altantuya yang bertungkus lumus menggerakan transforamsi namun dalam masa yang sama ada pihak-pihak tertentu berpakat dari dalam untuk menggulingkan kepimpinan Najib.mejahanamkan kepercayaan rakyat Johor terhadap Umno dan Barisan Nasional.
Kerakusan mereka ini jika tidak dihalang,kita bimbang ada kejutan ataupun tsunami pada PRU13 nanti dan ketika itu, sudah tiada erti lagi keramatnya sebuah negeri yang menjadi tapak penubuhan Umno yang akhirnya ada pemimpinnya menikam Umno dari belakang.
Menjelang PRU13, demi masa depan rakyat Johor yang sedang disumbat dengan serangan pembangkang, Najib Altantuya harus melaksanakan program transformasi politiknya dengan kadar paling segera. Andai kepimpinan negeri sumbang,tempang serta rakus mengejar kekayaan peribadi,mereka ini perlu diganti ataupun disingkirkan.
Johor terlalu ramai pemimpin yang berpotensi serta berkualiti dan rakyat Johor tidak akan menangis andainya keputusan yang Najib buat itu adalah untuk mempertahankan kepentingan mereka malah kita percaya rakyat Johor akan berdiri teguh menyokong Najib Altantuya dan Muhyiddin.
Kita tidak mahu nasib Terengganu satu ketika dulu tempiasnya menepis rakyat Johor. Mereka cukup sayangkan Umno tetapi mereka mula benci kepada pemimpin yang mengkhianati kesetiaan dan keyakinan mereka terhadap parti.
Bayangkanlah bagaimanakah kemampuan yang rakyat Johor harus ada untuk memiliki rumah baik banglo,teres ataupun kondominum di jajaran Danga Bay itu yang dijual melebihi harga setengah juta ringgit seunit itu?
 

Harga rumah melebih setengah juta...

Dan adakah ini yang disebut-sebut oleh pembangkang bahawa pimpinan kerajaan negeri berpakat dengan orang –orang tertentu untuk `makan’ tanah-tanah rakyat Johor terutamanya tanah orang-orang Melayu demi mengkayakan mereka dan krooni-kroni mereka.
Saya menyimpan banyak lagi maklumat-malumat ini dan saya percaya maklumat-maklumat ini sudah sampai ke pihak sepatutnya terutama sekali Perdana Menteri, SPRM serta pihak berkuasa lain dan saya amat berharap bahawa maklumat ini tidak benar.
Meskipun pembangkang telah mendedahkannya dan tidak ada penafian ataupun kenyataan dikeluarkan oleh oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab, kita bimbang maklumat-maklumat ini sahih dan benar.
 
Untuk peringkat ini saya tidak bersedia untuk mendedahkan berapa banyak syraikat yang menguasai pembangunan hartanah di Johor yang dimonopoli oleh seorang individu sahaja dan kita percaya Cina yang mendatangi Johor ini tidak berani bertindak sedemikian seandainya tidak ada tangan-tangan ghaib di belakang mereka. -Jalan Pulang
Siapa tangan itu?
Siapa dalangnya?
Siapa exconya

PAS, PKR, DAP berbeza dengan Umno, MCA, MIC

DUNGUN: Kerjasama PAS dengan orang bukan Islam adalah kerjasama yang dibenarkan dalam Islam selagi tidak melanggar dasar prinsip Islam.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan, kerjasama PAS dengan PKR dan DAP tidak boleh disamakan dengan kerjasama Umno dengan MCA dan MIC.

Bercakap di Himpunan PAS Ganti Umno (PGU 6.0) di Dataran PGU Paka, dekat sini malam tadi, Ustaz Hadi berkata, PAS tetap dengan prinsip mereka yang mengangkat martabat Islam walaupun bekerjasama dengan orang bukan Islam dalam politik.

Beliau membacakan ayat lapan Surah Al-Mumtahanah yang bermaksudi: "Allah tak melarang kamu mengadakan hubungan dengan orang kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak menghalau kamu dari tanah air".

"Dia (Umno) kata dulu PAS kata tak boleh kerjasama dengan orang kafir pada tahun 60-an dulu (tapi) sekarang kita pula kerjasama dengan kafir.

"Kerjasama Umno, MCA dan MIC haram kerana kerjasama yang menggadai dasar, prinsip, akhlak dan keperibadian orang Islam.

"Kerjasama PAS, kita dengan sifat kita, kekuatan kita. Macam ikan dalam laut tetap segar walaupun air masin.

"Kerjasama Umno dengan orang bukan Islam, (mereka) jadi hanyut, arak dan judi kalau ada lesen halal. Kalau tak ada lesen haram. PAS tegas, yang haram tetap haram," katanya di hadapan kira-kira 50,000 hadirin.

Beliau juga berkata, PAS tegas dengan prinsipnya dan bebas memecat ahli yang melakukan kesalahan.

Ini katanya berbeza dengan Umno kerana Umno memisahkan agama dan politik.

"Dulu selepas PAS bekerjasama dengan Perikatan, ada wakil rakyat PAS menari. Maka PAS pecat dia.

"Dalam PAS kalau kita ada wakil rakyat Islam yang minuim arak, berjudi, menari, kalau dapat laporan kita pecat dia.

"Dalam undang-undang Umno tak boleh pecat kerana agama suku politik suku," katanya.

Turut berucap malam tadi ialah Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa. -Hrkh

[VIDEO] Tahniah SPRM - Malaysia Dikenali Juara Dunia Dalam Rasuah!



Kuala Lumpur 13 Dis: Badan pemantau rasuah, Transparency International (TI) berkata, Malaysia mendapat markah terburuk dalam Kajiselidik Pembayar Rasuah 2012, menurut laporan The Wall Street Journal 11 Disember lalu.
Mengikut laporan itu, 50 peratus syarikat di Malaysia pernah kehilangan kontrak ekoran syarikat pesaing yang membayar rasuah. Mexico pula mendapat peratusan kedua terendah dengan 48 peratus.

"Ia menggambarkan sikap syarikat swasta di Malaysia, menunjukkan rasuah dalam sektor awam boleh jadi sistemik dan pada satu sisi diinstitusikan.

"Syarikat luar yang ingin bekalkan (produk atau perkhidmatan) perlu waspada yang mereka mungkin akan diminta untuk beri rasuah," kata Presiden TI-Malaysia, Paul Low dalam laporan itu.

Memetik laporan itu, di sebalik perang anti-rasuah yang berprofil tinggi, separuh dari eksekutif korporat yang terlibat dalam kajiselidik TI itu percaya bahawa pesaing mereka mendapatkan perniagaan melalui rasuah.

Menurut Pengarah Pencegahan Rasuah Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU), Ravindran Devanugam dalam laporan itu, Datuk Seri Najib Razak sejak menjadi Perdana Menteri berikrar menghapuskan rasuah dan mendapatkan semula keyakinan umum.

"Beratus kes disiasat. Kerajaan menubuhkan mahkamah istimewa dan dalam langkah memperkenalkan hukuman yang lebih berat," kata Ravindran seperti dipetik.

Namun, markah keseluruhan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah TI merosot dalam tiga tahun berturut-turut, kata laporan itu lagi.

Pada 2011, Malaysia mendapat 4.3 markah, lebih rendah daripada 2012 (4.4 markah) dan jauh berbeza berbanding penanda aras kerajaan, iaitu 4.9 markah.

Dalam kajiselidik itu, Jepun mendapat markah terbaik dengan 2 peratus, Singapura di tangga kedua dengan 9 peratus, China dengan 27 peratus dan Indonesia, yang memiliki reputasi dalam soal rasuah, malah mendapat markah lebih baik dari Malaysia dengan 47 peratus, kata laporan itu.


HKR PGU6 : Sidang Media bersama Tuan Guru Presiden PAS


BUKTI nyata, TV3 tak buat silap...

 

 
Hangpa ingat lagi sekitar 03hb Julai 2012 yang lalu bilamana 1Malaysia dikejutkan dengan gempa bumi berskala besar?

Gempa bumi menggegarkan negara bila secara angkuhnya TV3 ngan RTM tetiba menobatkan DS Rosmah sebagai Perdana Menteri 1Malaysia. Nama Rosmah, siap ngan gelaran Datin Paduka Seri lagi terpampang megah berserta jawatan Perdana menteri Malaysia ketika di temubual dalam satu siaran langsung eksklusif dengan Rosmah...
 
Maka, dua tiga hari tu kecohlah 1Malaysia akibat dari gegaran gempa bumi yang kuat tersebut... TAPI, ada PM Rosmah kisah...? Ada Najib peduli semua tuh...? Mahathir yang dinobatkan Umno sebagai negarawan ulung pun termonyeh tengok memang Rosmah yang jadi Piem...
Ni buktinya, apa yang TV3 buat dulu tu memang tak silap...
ROSMAH RASMI KAPAL TLDM!!! Negarawan macam Mahathir hanya jadi tunggul buruk
 
 
Zahid tersenggeh memberi taklimat kepada Rosmah mengenai kapal latihan yang dilancarkan,manakala Tun Mahathir menjadi tunggul buruk dibelakang
Inilah kisah dan perangai isteri Perdana Menteri negara sekarang, Datin Seri Rosmah Mansor...

Baru-baru ini kecoh pasal kisah seorang artis lelaki yang dikatakan bersanding dimajlis perkahwinan dengan memperagakan unifom pasukan keselamatan. Artis tersebut (Faris Kamil kalau tak silap aku) ditegur pihak Mindef kerana berbuat demikian.

Nah..!!! Kini Rosmah Mansor merasmikan sebuah kapal perang TLDM....

Apa kata pihak Mindef...???

Apakah keistimewaan seorang isteri Perdana Menteri hingga boleh mencampuri urusan rasmi negara.??

Tambahan pula dalam urusan pertahanan negara... Hari ini dilihat Tun Mahathir menjadi tunggul dalam Majlis Upacara Penamaan Dan Pelancaran Kapal Latihan TLDM Pertama di NGV Tech Sdn Bhd, Sijangkang di sini hari ini.

Begitu juga dengan Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi yang turut sama merestui Rosmah merasmikan kapal tersebut.

Sungguh memaluka negara apabila turut hadir dalam majlis tersebut ialah Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, dimana letaknya maruah ATM. Sebelum ini tiada tercatit dalam sejarah ATM sebuah kapal TLDM dilancar rasmikan oleh seorang isteri Perdana Menteri.

Hari semakin hari sikap Rosmah semakin berani mencampuri urusan rasmi negara, apa kelayakan Rosmah mencampuri urusan perasmian berkaitan pertahanan negara. Najib pun tak boleh tegur...
hahaha...

Adakah beliau (Rosmah) telah ditauliah sebagai seorang kolenal kehormat didalam tiga cabang pasukan Angkatan Tentera Malaysia,semua ini menjadi tanda tanya warga ATM yang masih berkhidmat dan yang telah bersara.

Memalukan... Datin Rosmah merasmikan Kapal Latihan TLDM

Malang...Inilah kapal TLDM yang dilancarkan oleh seorang isteri Perdana Menteri Malaysia.
sumber

VIDEO & GAMBAR] Pekerja CIMB Tibai Adik Najib, Nazir Razak, Dakwa Penipu Rakyat Malaysia



Kira-kira 1,000 pekerja bank berpiket depan Menara CIMB.

KUALA LUMPUR - Kira-Kira 1,000 pekerja bank berpiket di depan Menara CIMB di Jalan Raja Laut di sini bagi memperjuang dan mempertahan hak, maruah serta martabat mereka.
Dalam piket selama tiga jam bermula pukul 10 pagi tadi, pekerja dari seluruh Semenanjung memegang kain rentang serta sepanduk yang menuntut pihak pengurusan CIMB lebih peka dengan kehendak dan keperluan mereka.

Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja Bank (NUBE) J. Solomon berkata piket itu bagi meluahkan rasa tidak puas hati terhadap CIMB yang tidak memberi hak kebebasan untuk pekerja menyuarakan pendapat.

"Pada masa ini, di CIMB Bank, pekerja diganggu, didiskriminasi dan didera secara literal, pekerja dinafikan kebebasan untuk menyuarakan pendapat," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau juga mendakwa pihak CIMB tidak menjalankan tugas mereka sewajarnya dalam menunaikan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

"Sebanyak 27 aduan pekerja tidak dapat diselesaikan setakat ini, pihak tertinggi CIMB Bank enggan menyelesaikan aduan di peringkat yang paling rendah," katanya.

Solomon berkata seramai 100 pekerja kontrak sementara yang berkala turut dinafikan jaminan pekerjaan dan hak untuk kehidupan lebih baik seperti di bawah kontrak tetap.

"Pekerja ini tertakluk kepada diskriminasi yang melampau," katanya.

Anggota Exco Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) A. Sivananthan berkata kedua-dua pihak sepatutnya dapat menyelesaikan perkara ini secara baik.

"Saya harap Ketua Eksekutif Kumpulan Datuk Seri Nazir Razak dapat duduk dan berbincang bersama-sama, jika dapat selesai, perkara seperti ini (piket) tidak akan berlaku," katanya yang mewakili Pengerusi MTUC Syed Shahir Syed Mohamud. - Bernama



Lebih 15,000 sertai HKR Pulau Pinang ,Sabtu, Disember


NIBONG TEBAL: Sekalipun padang becak kerana hujan petang tadi, namun tidak menghalang lebih 15,000 orang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang di Padang Awan Jadi, malam ini.

Hujan yang turun renyai-renyai kira-kira jam 5.40 petang, yang kemudiannya lebat selama 15 minit pada jam 6.00 petang menyebabkan padang menjadi becak dan sebahagiannya ditakungi air.

Begitupun, selepas solat Isyak, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum mula berpusu-pusu ke padang tersebut untuk mengikuti pidato yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu. -Hrkh

Sebab Inilah Ustaz Azhar Tak Datang Ke Himpunan Rakyat Terengganu..

 
 

 
Orang ramai bertanya mengapa Ustaz Azhar (daei sejuta umat) tidak dalam program PGU6.0 peringkat Negeri Terengganu yang diadakan di Paka, Dungun?.

Orang ramai risau dan takut takut Ustaz Azhar yang disayangi oleh umat Malaysia, tak kira umur dan status dan sebagai ikon untuk genarsi muda mudi. Orang ramai takut ustaz Azhar menyeberang sebelah sana (UMNOlah).

Menjadi kebiasaan setiap program besar PAS , nama ustaz Azhar Idrus menjadi ikon dan sumber inspirasi perjuangan PAS dan anak anak muda mudi. Walaupun kelibat ustaz Azhar tidak hadir, PGU6.0 juga berjaya dan mencapai matalmat.

Rata rata pengunjung PGU6.0, terutama anak anak muda dan belia serta beliawanis kurang menyegat dan kurang garam serta adunannya.

Kami ajukan kepada orang kuat PGU6.0, ketiadaan ustaz Azhar dalam siri program mega terutama PGU di Paka , Dungun. Jawapam yang kami terima ustaz Azhar telah ada satu temu janji .

Mungkin juga jawatankuasa PGU6.0 tidak bincang dengan ustaz Azhar terlebih dahulu sebelum dilaksanakan PGU6.0 Paka. Jika itu jawapan yang diberi kami anggap tidak munasabah dan tidak cerdik jawapan dari pehak penganjur.

PGU 6.0 Paka Dungun Terengganu adalah satu satunya Progaram yang paling berjaya jika diambil kira jumlah kehadiran orang ramai dianggarkan 60,000 orang. Syabas kepada ketua dan Timbalan Program PGU.6.0 iatu suadar Haji Ariffin dan Haji Hanafiah Mat.

Kami sebagai pemerhati serta melihat mood orang ramai malah kami bertanya secara rawak, jawapan yang diberi BN/UMNO Terengganu tergugat yang amat sangat PRU13. Jika menang pun hanya sekadar majoriti yang kecil dan sukar memerintah.

Kami juga bertanya kumpulan UMNO yang hadir dalam PGU6.0, peluang PAS Terengganu cerah jika pengundi pengundi hantu tidak boleh mengundi, tapi jika pengundi-pengundi tersebut boleh mengundi dan berjaya diuruskan oleh SPR dan JPN serta kerjasam BN/UMNO Terengganu peluang PAS Terengganu sedikit sukar.

Untuk rekod pengundi pengundi hantu telah sedia ada dalam daftar mengundi SPR tahun PGU 2008 yang telah diurus sedia oleh UMNO Terengganu dengan tujuan untuk merampas kembali dari tangan PAS."

Sumber
sini