Khamis, 10 Februari 2011

Bekas IGP: Dr M juga bantah Ops Lalang

Sambil menyokong kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad, bekas Ketua Polis Negara (IGP), Tun Hanif Omar menafikan bahawa mantan perdana menteri itu yang telah mengarahkan penangkapan beramai-ramai ahli politik pembangkang di bawah Ops Lalang pada tahun 1987.NONESebaliknya, Hanif (kanan) yang berkhidmat sebagai IGP dari 1974 hingga 1994, berkata Dr Mahathir membantah penangkapan tersebut.

"Anda tidak boleh menyalahkan beliau. Beliau (bercakap) benar... Sebenarnya, ia adalah keputusan pihak polis sepenuhnya. Ia bukan keputusannya (Dr Mahathir)," kata Haniff sambil menambah bahawa Dr Mahathir sebenarnya membantah Ops Lalang.

Dalam perbualan ringkas melalui telefon dengan Malaysiakini, Hanif berkata, pihak polis bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi tersebut.

Dalam operasi tersebut yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987, seramai 106 orang - sebahagian besar ahli politik pembangkang dan beberapa ahli politik dari Umno dan MCA - ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala permit penerbitan akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan, telah dibatalkan.

Dalam buku terbaru bertajuk 'Doctor M: Operation Malaysia - Conversation with Mahathir Mohamad', bekas perdana menteri itu memberitahu pewawancara dan wartawan veteran Amerika, Tom Plate bahawa penangkapan tersebut adalah keputusan polis, dan tiada apa yang dapat beliau lakukan untuk menghalangnya.

"Ya, saya akan tangani secara berbeza, tetapi polis ingin melakukan hal-hal ini (tangkapan ISA) kerana mereka menyatakan ia perlu...

"Saya sebenarnya berjumpa dengan semua ahli pembangkang (terlebih dahulu) dan meyakinkan mereka bahawa mereka tidak akan ditangkap. Dan awak tahu apa yang polis lakukan? Polis menangkap mereka. Kredibiliti saya hilang," katanya dalam wawancara dengan penulis buku itu, Tom Plate. -M'kini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan