Selasa, 12 April 2011

Muktamar Pemda PAS Puchong : pro ulama mendominasi kepimpinan

Akhirnya kumpulan yang mendokong kepimpinan ulama terus utuh dalam saf kepimpinan pemuda pas puchong dalam pemilihan saf kepimpinan dewan pemuda pas puchong yang berlangsung pagi tadi di pejabat dewan pemuda pas puchong dekat bandar putra permai.

Muktamar dewan pemuda pas puchong pagi tadi telah dirasmikan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz.

Pada sesi pemilihan kali ini, para muktamirin telah sebulat suara mengekalkan saf kepimpinan dewan pemuda dan menggantikan beberapa muka baru bagi mengisi kekosongan pimpinan pemuda yang telah melewati had umur pemuda.

Menurut sumber, muktamar pemuda pas puchong ini dilihat terlalu penting kerana mereka adalah benteng terakhir bagi menyelamat dan memperkukuhkan saf kepimpinan yang mendokong kepimpinan ulama.

Dengan keputusan yang telah dibuat oleh para mutamirin dewan pemuda pas puchong hari ini membuatkan golongan pro erdogan tidak senang dengan apa yang berlaku sebelum ini walaupun mereka seakan berjawa menguasai dewan muslimat pas puchong.

Telah kedengaran di puchong, puak erdogan ini telah melobi dengan kuat untuk memenangkan calon YDP dari kalangan mereka yang sebelum ini telah dikenali melarikan diri dari medan peperangan dan jihad disaat parti dan jemaah sangat memerlukan khidmat dan bantun orang yang dicalonkan oleh merka hari ini.

Kedengaran juga bahawa calon YDP yang mereka ketengahkan kini seorang yang lagaknya seperti profesional namun tidak punya istiqamah dalam perjuangan ini. Manakan tidak disaat getir menjelangnya hari pengundian dalam pilihanraya 2008 lalu calon YDP ini lari meninggalkan jemaah dan parti dengan meletakan jawatan yang disandangnya ketika itu ialah Timbalan YDP dan meletakan organisasi parti diperingkat kawasan hilang punca seketika dan terkontang kanting menghadapi musuh tradisi parti iaitu kekuatan jentera BN.

Apakah munasabah orang ini diumum dan dicanangkan serta dikempen untuk menduduki jawatan YDP bagi sesi ini sedangkan sebelumnya dia telah KHIANAT kepada parti? juru kempen kepada orang ini juga dikatakan seorang yang kecewa dengan parti apabila pasti menolak permintaanya untuk menjadi AHLI MAJLIS lantas kini dia memukul canang memburukkan pimpinan pas kawasan hingga dikatakan sanggup turun ke cawangan-cawangan berkempen untuk calon yang pernah mengkhianati parti dalam PRU 2008 lalu dengan kempen memburukkan peribadi pimpinan pas kawasan ketika ini terutamanya serangan bertalu-talu ditujukan kepada YDP kawasan puchong yang kini berada di Mekah menunaikan Umrah.

Apa yang menjadi kegelisahan kebanyakan ahli ialah mana mungkin orang yang khianat boleh mengisi jawatan tertinggi dalam organisasi pas kawasan dan menurut sumber kumpulan ini telah mula berkempen sejak beberapa bulan yang lalu untuk menaikan imej pengkhianat yang lari dari medan peperangan ini dan dikhabarkan juga dia sendiri telah berusaha mempromosikan dirinya sendiri melalui kelunakanya bersama pimpinan BN puchong dan sering membelakangkan pimpinan pas kawasan.

Melihat kepada senario ini boleh dikatakan bahawa orang yang bersungguh-sungguh mahukan jawatan YDP kawasan puchong ini lebih membawa agenda peribadi dan bukan agenda memperkasa parti...ini boleh dilihat dalam beberapa situasi yang melibatkan dia secara peribadi dan kumpulanya. khalayak melihat sejak dia dilantik menjadi nazir sebuah masjid dia cuba menonjolkan dirinya adalah yang terbaik dan sentiasa mempromosikan diri sendiri melalu baner-baner dan apa jua iklan yang datangnya dari masjid dan membelakangkang kedudukan imam yang dilantik. bahkan lebih menyakitkan hati lagi menurut sumber beliau sangat lunak dengan pemimpin UMNO bahagian puchong dan sering mengundang dan memberikan ruang kepada pimpinan UMNO dari memberikan ruang kepada pimpina PAS kawasan dalam setiap majlis yang diadakan. bila diajukan soalan kenapa dia melakukan perkara demikin dia dengan s menjawab..."kita mesti berbeza dengan umno".... namun hakiktanya dia dilihat menjalankan proksi umno...memberikan ruang secukupnya kepada umno dan menyekat pimpinan pas sendiri....buktinya dia sering membelakangkan pimpinan PAS kawasan dalam setiap majlis dan jemputan yang dibuat pun sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja.

Diharapkan kepada semua anggota parti dan pimpinan kawasan kembalilah untuk memperkasakan program tarbiyyah. Pemuda adalah benteng terakhir untuk memperkasakan kepimpinan ulama dan setiap diri pemuda itu hendaklah diisi dengan bekalan dan tarbiuyyah yang mantap, tarbiyyah jihad dan tarbyyah harakah islamiyyah yang jitu.

Pemuda juga dingatkan sentiasa berwaspada dengan permainan dan gerakan musuh dari luar atau dari dalam serta jemaah yang bersifat munafik...jemaah yang yang berperanan tetapi sangat inginkan habuan duniawi....jemaah yang sanggup menikam dari belakang kerana kecewa dengan parti kerana gagal memperolehi sesuatu yang dihajati...dan yang lebih penting lagi ialah jemaah yang dahulunya lari meninggalkan organisasi parti dan menyepi namun kini bangkit sebagai seorang panglima...panglima ini namanya panglima munafik haraki yang haram diundi sebagai pemimpin yang mendokong kepimpinan ulama...

depa kata : dulu lari...sekarang nak jadi YDP...nanti kami bagi bukti lagi....
aku kata : kalau macam tu haram bagi undi kat dia untuk jadi YDP....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan