Ahad, 19 Disember 2010

Senarai kebiadaban Umno terhadap Raja-raja

Oleh Idris Ahmad - HarakahDaily
 
Sah, pemimpin Umno layak untuk menerima anugerah terbaik dalam festival filem drama politik Malaysia. Contohnya Umno yang sesak nafas dan tidak cukup oksigen untuk bernafas, maka cuba memanjangkan talian sampai ke pagar istana.
Mereka cuba memainkan sentimen bahawa sekarang ada pihak yang hendak menggugat Raja-Raja Melayu. Tindakan Umno sama seperti pepatah Arab yang mengatakan “dia pukul aku, dia menangis, dia maki aku maka dia mengadu orang yang maki dia”.
Sebenarnya pemimpin Umno silap, bahawa sejarah tidak boleh menipu, walaupun pemimpin Umno kaki penipu dan putar alam dalam isu Raja-Raja Melayu. Di bawah ini sebagai bukti yang menghina Raja-Raja Melayu ialah pemimpin Umno.

1. Pengasas Umno, Datuk Onn Jaafar dibuang daripada Istana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana kritik Sultan atas isu harta.

2. Tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi (bapa Datuk Seri Tajol Rosli) yang tidak mahu meletak jawatan Menteri Besar Perak, walaupun perjanjian asal dia hanya hendak pegang dua tahun sahaja. Apabila sampai masanya dia tidak mahu lepas jawatan. Sultan Idris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambang, selagi Ghazali Jawi tidak mahu letak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya? Tiba-tiba Datuk Seri Tajol Rosli kata Umno tidak pernah derhaka tidak pernah ucap macam Nizar.(UM 12/2/09). Tindakan bapanya kepada Sultan Perak apa pula maknanya.

3. Begitu juga pada tahun 1979 kes Datuk Rahim Bakar bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih dengan Sultan Pahang. Media pro Umno mengkritik sultan secara terbuka.

4. 1983 Umno hendak meminda supaya kuasa Yang di-Pertuan Agong mengenai pengistiharan darurat dikurangkan maka Umno membelasah Raja-Raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut.

5.P ada tahun 1991 dalam Persidangan Agung Umno, Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan Umno kalah di Kelantan.

6. Dalam Persidangan Agung Umno juga, perwakilan Umno meminta harta raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia muka surat depan. Apakah ini bukan derhaka?

7. Satu demonstrasi dan hantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin Umno Kelantan. Kenapa FRU tidak tembak gas? Apakah ini bukan derhaka namanya?

8. Pada 18 Januari 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan raja dibawa ke mahkamah. Apabila Raja-Raja Melayu minta tangguh pindaan ini, maka media mengkritik secara terbuka salah laku raja. (BH 19/1/1993)

9. Beberapa siri rapat umum haram Umno di Alor Setar, Bagan Datoh, Seremban, Batu Pahat dan Melaka untuk menunjuk sokongan pada Tun Mahathir dan mengecam Raja-Raja Melayu.

10. Sebab itu Ku Li dengan sinis menyatakan “Mana satukah yang lebih merbahaya Pindaaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat pada Sultan Perak pada 6/2/09. Ku Li tidak bersetuju dengan tindakan Karpal saman Sultan Perak, tetapi beliau menyatakan Karpal membuat suatu perkara yang dibenarkan oleh perlembagaan yang pemimpin Umno yang beri laluan pada tahun 1993. (Star On Line 17/2/09). Tiba-tiba sekarang Umno pula menjerit marah kepada Karpal. Sepatutnya orang Umno kena buat demo depan pejabat Umno. Saya yakin hak yang pergi demo itu memang zero IQ, yang tidak sedar bahawa pemimpin merekalah yang menjatuhkan martabat raja sehingga boleh dibawa ke mahkamah.

11. Peristiwa pertabalan Tengku Ibrahim Petra untuk mengganti Sutan Ismail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh Kelantan oleh Datuk Annuar Musa. Ini lagi memalukan, apakah ini bukan derhaka atau kurang ajar namanya? Budaya mana pemimpin umno ambil?

12. Kenyataan biadab Shahidan Kasim, bekas MB Perlis mengatakan “Sultan Kelantan sekarang tidak layak menduduki takhta dia ada bukti” (BH 11 Jun 1993.)

13. Datuk Mohd Taib kata Nizar derhaka. Dia lupakah yang dia bawa lari Ku Yah (puteri Sultan Selangor kahwin lari sampai Sultan murka). Apakah ini bukan derhaka?

14. 23 daripada 24 Adun BN Terengganu ugut boikot angkat sumpah Datuk Ahmad Said selepas pilihan raya umum 2008. Mereka buat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu Idris Jusoh juga jadi MB Terengganu. Manakala penyokong Umno pula mengatakan sultan binatang. Kenapa polis tidak tangkap mereka yang demo dan hina sultan? Apakah pihak polis buta sampai tidak tahu siapa yang pegang kain rentang yang menghina sultan sebagai binatang? Kenapa polis boleh tangkap mereka yang demo di depan Istana Kuala Kangsar pada 6 Feb 2009.

15. Datuk Seri Shahidan Kassim boikot perlantikan Dr Mohd Isa Sabu sebagai MB Perlis. Bukankah ini derhaka namanya?

16. Tan Sri Rahim Tamby Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan panggilan ‘patik’ yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan dihentikan, memadai dengan hanya menyatakan ‘saya tuanku’. BH 3/2/1993. Ini ungkapan yang biadab dan derhaka kepada Raja Melayu.

17. Datuk Zahid Hamidi ketika menjadi ketua pemuda Umno mencabar supaya Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah (BH 11/2/1993). Ini sikap biadab yang ditunjukkan oleh Zahid Hamidi terhadap sultan yang cuba campur tangan soal pelantikan Raja-Raja Melayu.

Banyak kenyataan yang berupa penghinaan kepada Raja-Raja Melayu ketika pemimpin Umno bergaduh dengan Raja-Raja Melayu. Dr Mahathir mengatakan Raja tidak henti meminta daripada kerajaan BH 30/1/1993.

Berita Harian pada 23/1/1993 mengaibkan mendedahkan pesta arak di majllis sultan dan membawa perempuan cantik kadang-kadang lapan orang.

Sekarang jelas siapa derhaka dan tidak hormat Raja. Siapakah penderhaka sebenarnya di negara ini? Jawabnya tentulah pemimpin Umno. Pemimpin Umno hanya menggunakan istana untuk talian hayat mereka sahaja. Mereka bukan jujur, merekalah yang menjatuhkan martabat Raja-Raja Melayu.

PAS: PPKB ancam hak Melayu Kg Baru

Penubuhan majlis penasihat bagi Perbadanan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) hari ini menerima bantahan keras daripada PAS Wilayah Persekutuan yang menyifatkan langkah itu sebagai satu usaha tidak jujur kerajaan dalam membangunkan hartanah berkenaan.

Perbadanan tersebut pula sepatutnya diganti dengan Badan Amanah yang diwakili oleh wakil penduduk Kampung Baru dan golongan yang berkepentingan langsung dalam pembangunan itu.
NONEPenasihat undang-undang PAS Wilayah Persekutuan Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata demikian ketika mengulas satu kenyataan dari Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) semalam berhubung penubuhan majlis berkenaan.
Beliau juga berkata usaha itu juga sekadar "melepaskan batuk di tangga" kerana Akta Perbadanan Pembangunan Kampung Baru 2010 itu tidak mengikat kerajaan untuk mendengar nasihat daripada majlis tersebut.

"Oleh itu, peranan majlis penasihat tersebut hanya sebagai gimik politik semata-mata dan jelas tidak relevan langsung," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya lagi, PAS Wilayah Persekutuan khuatir rang undang-undang baru bagi pembangunan Kampung Baru akan menjejaskan pemilikan ke atas tanah tradisi berkenaan di kalangan orang Melayu.
Batal kuasa Lembaga MAS
Ahmad Zamri berkata keadaan itu dibimbangi akan berlaku memandangkan akta berkenaan yang baru dibentangkan di parlimen itu telah membatalkan satu enakmen yang digunapakai sebelum ini.

Selain membatalkan Enakmen Malay Agricultural Settlement (MAS), penguatkuasaan akta baru itu juga membatalkan Lembaga Pengurusan Petempatan Pertanian Melayu (Lembaga MAS), katanya.
Ahmad Zamri menyifatkan langkah itu sebagai satu tindakan yang langsung tidak menghormati Lembaga MAS yang telah berkhidmat lebih satu abad lamanya.

NONE"Tindakan kerajaan tersebut bukan sahaja membelakangkan penduduk Kampung Baru, malah ia menafikan langsung suara dan penglibatan wakil-wakil penduduk dalam proses pembangunan tanah dan masa depan mereka sendiri.

Jelasnya, Seksyen 57(1) dan (2) dalam rang undang-undang itu secara jelas menyatakan pembatalan dan pembubaran enakmen serta Lembaga MAS.

"Perkara ini mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap survival pemilikan hartanah orang-orang Melayu di Kampung Baru.

Pemilikan di kalangan Melayu

"Ini kerana kaedah-kaedah yang digariskan di bawah Enakmen MAS tersebut secara jelas memperuntukkan bahawa hartanah di Kampung Baru hanya boleh dimiliki dan dipindahmilik oleh orang-orang Melayu sahaja.

"Apa yang dibimbangi ialah dengan pemansuhan tersebut, tidak ada jaminan lagi hartanah Kampung Baru akan terus kekal seratus-peratus milik orang-orang Melayu di masa akan datang," kata Ahmad Zamri dalam kenyataan tersebut.

pak lah launch of menara puncak baru in kampung baru kl 300309 01Tambahnya, takrif “kepentingan orang Melayu” dalam rang undang-undang itu pula sekadar merujuk "budaya, adat resam dan seni bina bangunan masyarakat Melayu sahaja."

Akta berkenaan tidak menyatakan secara jelas bahawa hartanah berkenaan mesti dikekalkan di kalangan orang Melayu, kata Ahmad Zamri lagi.

"Ini diperkuatkan lagi dengan fungsi perbadanan yang dinyatakan di bawah Seksyen 14 Akta tersebut bahawa Perbadanan boleh berurusan dengan 'mana-mana orang' untuk mengurus serta memindahmilik dan melupuskan aset Kampung Baru.

"Kesudahannya, jika rang undang-undang ini diluluskan kelak, maka milikan hartanah orang Melayu di Kampung Baru akan terancam dan tidak ada jaminan ia akan terus kekal," katanya lagi.-Malaysiakini

Ahmad Maslan memperbodohkan rakyat dengan kenyataan Bodohnya..

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Haji Maslan menjelaskan mengapa rakyat perlu menyokong BN .. "Dari hidup sampai mati cuma BN yang bantu kita. Anak kita lahir di hospital kerajaan, belajar di sekolah kerajaan, bekerja di kilang yang di bawa oleh kerajaan, bersembahyang di rumah ibadat yang kerajaan bina, malah van yang membawa jenazah ke tanah perkuburan juga disumbang oleh wakil rakyat kerajaan," jelasnya.

Maka terharulah warga-warga emas bila mendengar kata-kata itu kerana merasa amat terhutang budi kepada BN yang telah menolong mereka sejak dari mereka dilahirkan lantaran itu mereka memberikan undi mereka kepada UMNO/BN..

Mereka terharu kerana percaya UMNO/BN amat berjasa kepada mereka.. UMNO/BN telah membantu mereka dari sejak dilahirkan hingga mereka mati.. mereka percaya kerana mereka telah mendengar kata-kata itu dari seorang pemimpin UMNO, biarpun kenyataan itu hanya memperbodohkan mereka.

Memperbodohkan mereka kerana mereka menjadikan mereka berfikir sumber atau dana bagi membiayai segala bantuan yang dihulurkan diatas datangnya dari BN sendiri atau duit BN..

Hakikatnya segala sumber bagi membiayai pembangunan Hospital, Sekolah, Rumah Ibadat malah membeli Van Jenazah itu datangnya dari rakyat sendiri iaitu dari cukai yang dikenakan kerajaan bukannya dari kocek UMNO/BN..

Malah kilang yang dibawa oleh kerajaan itu juga perlu membayar cukai kepada kerajaan selain dari menyediakan 30% dari sahamnya untuk bumiputera ( VVIP UMNO la..) dan pekerjanya juga perlu membayar cukai pendapatan..

Mungkin mereka berada di pendalaman, media untuk mendapatkan maklumat mereka hanya TV3 dan Utusan untuk melayari internet mereka kurang berkemampuan kerana mereka perlu dibiarkan hidup merempat supaya boleh terus diperbodohkan oleh pemimpin UMNO/BN agar UMNO dan BN terus kuat..

"Pembangkang cetak khayalan" – Ahmad MaslanOleh Dhia Daniel

KUCHING: Parti pembangkang hanya mampu mencetak khayalan mereka atas kertas tetapi yang melaksanakan realiti impian rakyat selama ini tiada lain, selain Barisan Nasional (BN), kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Haji Ahmad Haji Maslan.

Beliau berkata, rakyat negeri ini diingatkan agar tidak terpengaruh dengan janji-janji manis yang disuarakan oleh pembangkang yang mungkin akan berkempen habis-habisan dalam pilihan raya negeri akan datang.

Ini kerana katanya, masalah perpecahan yang berlaku dalam parti pimpinan ketua pembangkang (Anwar Ibrahim) mengambarkan bahawa mereka gagal untuk membawa sebarang pembangunan di negeri dan negara ini, jika berpeluang memerintah.

"Pembangkang cuma boleh mencetak khayalan mereka tetapi parti yang bertanggungjawab membawa pembangunan, keharmonian, pendidikan, kesihatan, kemakmuran, peluang pekerjaan serta mengangkat martabat negeri dan negara ini ke peringkat antarabangsa selama 53 tahun adalan BN.

"Tindakan pembangkang yang berpaksi kepada pembohongan bukan hanya menyebabkan parti pimpinan ketua pembangkang ini berpecah sehingga sepuluh wakil rakyat mereka bertindak keluar parti, malah Anwar bersama-sama tiga pengikutnya digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program 1Malaysia: Pemimpin Bersama Rakyat di Sekolah Kebangsaan (SK) Jalan Haji Baki, Kampung Haji Baki di sini, hari ini.

Kaut simpati masyarakat antarabangsa

Ketua Penerangan Umno itu berkata, pembohongan yang dilakukan oleh Anwar tidak terhad disebar dalam negara tetapi pembohongan demi pembohongannya juga berlaku di serata dunia semata-mata hendak mengaut simpati masyarakat antarabangsa.

"Saya sendiri ada ketika Anwar mempertikaikan konsep Gagasan 1Malaysia yang kononnya berkaitan dengan Kempen 1Israel," katanya sambil menambah, tindakan mengantung Anwar bersama rakan-rakanya membawa makna bahawa rakyat tidak sukakan pembohongan.

Ahmad menjelaskan mengapa rakyat perlu menyokong BN ialah kerana sejak dari seseorang lahir sehingga meninggal dunia, banyak pertolongan yang diberikan adalah sumbangan dari kerajaan BN.

"Dari hidup sampai mati cuma BN yang bantu kita. Anak kita lahir di hospital kerajaan, belajar di sekolah kerajaan, bekerja di kilang yang di bawa oleh kerajaan, bersembahyang di rumah ibadat yang kerajaan bina, malah van yang membawa jenazah ke tanah perkuburan juga disumbang oleh wakil rakyat kerajaan," jelasnya.

Justeru, rakyat perlu terus berdiri teguh menyokong kerajaan BN dan menolak kehadiran pembangkang yang terbukti hanya bijak temberang.

Hadir sama, Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawa, Tan Joo Phoi.
Free Malaysia Today

Selagi Rosmah Tidak Tutup Jambul


ORANG yang seronok digelar sebagai wanita pertama Malaysia, Rosmah Mansor mencadangkan supaya diadakan tilawah Quran di kalangan orang buta menggunakan braille. Katanya, tujuan diadakan tilawah itu bagi meningkatkan martabat Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Sebagai penganut agama Islam saya bersetuju apa saja usaha untuk memartabatkan Islam di negara ini. Tidak kiralah ia melibatkan orang cacat penglihatan ataupun cacat pendengaran. Tuhan jadikan manusia dengan kesempurnaan tidak boleh dipertikaikan, dan setiap manusia ada fungsi dan peranan masing-masing.

Kebetulan saya adalah ahli kehormatan kepada persatuan orang buta di negara ini. Saya tahu kekurangan orang buta dan kedaifan mereka dalam mencari rezeki untuk hidup. Secara umumnya orang buta di negara ini masih belum terbela sepenuhnya. Nasib mereka tidak selari dengan kemajuan dicapai negara ini.

Untuk pengetahuan Rosmah dan sesiapa juga, masih ada orang buta yang tidak memiliki tempat tinggal. Malang lagi masih ramai yang meminta sedekah dan mengemis. Pad saya Rosmah kena tumpukan kepada aspek ini daripada cuba mengambil kesempatan atas orang buta untuk menggambarkan kita peduli kepada orang buta.

Cadanagn Rosmah itu tidak melibatkan ramai orang buta hanya beberapa kerat saja. Program itu saya nampak lebih untuk menjaja akan keperihatinan Malaysia kepada orang buta. Bagi menggambarkan Malaysia mendahului rakyat. Tidak lebih dari itu dan bukan usaha yang serius untuk memberi kelegaan kepada orang buta atau memertabatkan peranan Islam oleh negara.

Saya fikir masih ramai orang buta khasnya di kampung yang tidak tahu menggunakan braille. Masih ada yang buta huruf. Elok kalau mereka ini diberi pendidikan, celekkan hati mereka untuk mempelajari braille daripada mengambil mereka untuk menjadi perserta tilawah Quran yang tidak lain hanya kosmetik bagi menunjukkan Rosmah mengambil berat kepada agama. Pada saya lebih penting kalau diberikan kemendirian hidup mereka.

Sepekara lagi, kalau kita ingin memertabtkan Islam, apa yang harus diutamakan ialah martabatkan diri kita dulu. Dalam konteks ini Rosmah perlu menjadikan dirinya sebagai ibu mithali, dan Wanita Pertama yang mantap Islamnya.

Kalau Islam pada diri kita sendiri boleh dipertikaikan, macam hendak diharapkan cadangkan mengenai Islam akan dituruti oleh orang lain. Apa lagi hendak memantapkan Islam ke atas negara. Selalunya rakyat akan mengikut cara, stail dan juga akhlak pemimpin mereka. Perkara mudah saya ambil misalnya kalau Rosmah menutup kepalanya dengan kain pasti isteri menteri lain juga akan menurutinya.

Tetapi kerana Rosmah membiarkan jambulnya, maka yang lain yang sebelum ini sekali sekala menutup jambul ikut sama membukanya. Jangan salah faham saya tidak fanatik dalam soal ini, dengan menganggap keadaan kepala Rosmah hari ini dalam maksiat. Tidak.

Tetapi apa nak ditegaskan kebaikan yang hendak kita laksanakan itu selain dipancarkan oleh hati ianya perlu diaurakan oleh syaksiah kita. Barulah niat yang baik itu akan disertai dengan perbuatan yang baik juga dan disinilah baru natijahnya tercapai. [ttdi. kl. 2:00 pm 18/12/10]

Hujjah Ustaz Fathul Bari Hujjah Dangkal, Lagak Seperti Mujtahid Mutlak

Saya telah mendengar rakaman forum antara Ustaz Fathul Bari dan Ustaz Wan Ji. Sesiapa yang mahu mendengar rakaman tersebut sila klik di sini.

Saya hairan betapa jauhnya kualiti hujjah antara hujjah Fathul Bari berbanding hujjah Ustaz Wanji. Perbandingan yang saya buat dari segi kualiti hujjah:

Ustaz Wan Ji: Hujjah beliau berdasarkan kepada pendapat RAMAIIII ulamak. Pendapat ulamak2 yang digunakan oleh adalah dari ulamak-ulamak muktabar seperti ulamak2 Syafiee, Ulamak2 Hanafi, Ulama2 Maliki dan Hanbali. Tidak cukup dengan itu, Ustaz Wan Ji merujuk kepada ulamak2 hadeeth yang muktabar seperti Al Hakim, Ibnu Hajar, Addzahabi dsbnya.

Ustaz Fathul Bari: Hujjah2 beliau KURANG dan rasanya TIADA RUJUKAN kepada pendapat ulama-ulama yang muktabar. Lebih kepada tafsiran beliau secara terus di atas nas. Dengan kata lain, beliau bertindak seperti seorang “Mujtahid Mutlak”.
Apa kelayakan Ustaz Fathul Bari untuk mentafsir nas secara terus TANPA merujuk kepada pendapat ulama-ulama yang muktabar?

Di samping itu, hadeeth yang beliau pegang pun hadeeth yang DAEEF dan tidak boleh dijadikan hujjah ataupun hukum untuk menyokong pendapat beliau. (Rujuk pada bahagian ketiga rakaman ini).

MENGAPA PENTING MERUJUK ULAMA TERDAHULU?

Ilmu ulama2 dahulu lebih tinggi berbanding sekarang. Namun, sebab yang paling utama adalah pendapat ulama2 terdahulu adalah RUJUKAN UTAMA kepada umat Islam di dalam memahami kehendak Al Quran dan Sunnah.

Bererti, sekalimana tinggi pun ilmu seorang ulama pada zaman kita ini, mereka WAJIB merujuk kepada pendapat ulama2 terdahulu kerana pendapat ulama2 terdahulu adalah khazanah ilmu yang amat berharga kepada umat Islam zaman ini.

Ia juga melambangkan betapa merendah diri seseorang ulama yang rela merujuk kepada pendapat ulama2 terdahulu sebelum menggunakan pendapat sendiri.

Hakikatnya, hujjah Ustaz Fathul Bari dangkal dan bahaya untuk diterima berbanding hujjah Ustaz Wan Ji. Hujjah Ustaz Wan Ji merujuk kepada pendapat ulama2 muktabar yang mana jelas ianya lebih selamat dan menepati kehendak Al Quran dan Sunnah.

Berbanding dengan pendapat Ustaz Fathul Bari yang hanya berpaksi kepada tafsiran beliau semata-mata ke atas nas Al Quran dan Sunnah.

SECARA MUDAHNYA:

Hujjah Wan JI - Hujjah para Ulama2 Muktabar

Hujjah Fathul Bari - Hujjah2 berdasarkan TAFSIRAN BELIAU ke atas NAS Al Quran dan
Hadeeth semata-mata

Terpulang pada tuan-puan pembaca untuk menerima pendapat siapa yang paling selamat untuk diterima.

Wallahualam

Tulang Besi
http://www.malaysiawaves.com/2010/12/hujjah-ustaz-fathul-bari-hujjah-dangkal.html

Dah Memang Dasar Bacul ......

Kaedah UMNO menggunakan orang lain untuk kepentingan mereka bukanlah perkara baru. Sejak dulu lagi bila berdepan rakyat dalam pilihanraya mereka akan mengerahkan segala jentera kerajaan untuk berentap dengan pembangkang.

Kementerian Penerangan, JKR, JPS, Fama, Felda, Risda, Jabatan Agama Islam, dan pelbagai jabatan lagi akan mereka guna habis-habis bagi membantu memenangkan UMNO dan BN.

Lepas tu mereka peralatkan SPR dengan pelbagai peraturan baru dan persemp
adanan semula yang tak masuk akal. Kawasan yang mereka agak boleh menang maka ditambah lagi kerusi parlimen manakala di kawasan pembangkang haram mereka tak buat perubahan atau yang lebih teruk mereka koyakrabakan supaya pembangkang tewas.

Mahkamah dan pejabat peguam negara juga tidak ketinggalan menjadi mangsa rakus kuasa UMNO/BN. Hakim-hakim, terutama yang di mahkamah persekutuan akan dipastikan dari suku-sakat penyokong mereka, yang bersedia berbuat apa saja untuk memuaskan hati tuan mereka. Perkara yang jelas dari segi undang-undang seperti isu Menteri Besar Perak yang digulingkan pun mereka menyebelahi UMNO/BN. Peguam Negara pula terus menerus membuat pendakwaan berpilih-pilih, dan yang kena pilih ialah yang melibatkan pemimpin dan penyokong Pakatan Rakyat.

Salah satu institusi yang paling banyak dihambaabdikan oleh UMNO ialah pihak polis dan SPRM. Jika melibatkan PR mereka akan meluru macam kilat bertindak menyiasat dan mendakwa tetapi jika melibatkan pemimpin UMNO dan BN macam siput babi mereka bertindak, cukup lambat. Di hujungnya kes dibuang. Tengok aje cerita Kasitah Gadam dan Eric Chia.

Ini belum lagi masuk cerita institusi pengajian tinggi dan agensi kerajaan lain. Jadi apa nak heran kalau mereka menggunakan speaker Dewan Rakyat untuk menggantung 4 pemimpin PR? Orang putih kata “it goes without saying” ……

Anak Bapa: Sememangnya pemimpin UMNO dan BN dayus dan bacul, asyik-asyik berlindung di tepi kain pelikat orang lain, bila berdepan takut …….

Program yang bagus..Gerakan semua supaya buat macam nie.. baru sampai ke sasaran..!!


Barang naik: PAS edar risalah protes
PAS memulakan kempen memprotes kenaikan harga 4-dalam-1 dengan mengedar risalah kepada pengunjung gedung membeli-belah di ibu kota lewat petang ini.

Kempen berkenaan dijalankan oleh lebih 10 orang anggota pergerakan pemuda PAS Selangor dan Wilayah Persekutuan di kawasan yang menjadi tumpuan ramai pembeli di sekitar Jalan Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

pas handing out leaflets on price hikes 5Kempen itu diadakan bagi menuntut kerajaan membatalkan kenaikan harga petrol, diesel, gas dan gula pada 3 Disember lalu.

Risalah berkenaan antara lainnya menyebut "rakyat bantah kerajaan BN kurangkan subsidi dan naikkan harga gas RM1.90 (naik 5 sen), gula RM2.10 (naik 5 sen), minyak ron 95 (naik 5 sen) dan minyak diesel RM 1.80 (naik 5 sen)."

Selain itu, ia turut membangkitkan kesan daripada peningkatan harga barang keperluan berkenaan.

"Apa kesannya? Harga teh tarik naik, tambang bas naik, khidmat kesihatan semakin mahal, yuran sekolah semakin tinggi," kandungan risalah itu dipetik.
Edar risalah lebih berkesan

Ketua penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Fadhil Osman yang mengetuai program berkenaan berkata, pergerakan itu pada awalnya bercadang untuk mengadakan demonstrasi bagi menyuarakan bantahan berkenaan, tetapi kemudiannya memutuskan untuk menjalankan program mengedar risalah sahaja.

pas handing out leaflets on price hikes 2"Cukuplah sekadar kami mengedarkan risalah kerana impak lebih berkesan dapat (melalui) edar risalah dan menyebarkan maklumat terus kepada masyarakat berbanding demonstrasi," kata Fadhil lagi ketika ditemui di situ.

Tambahnya, program itu juga merupakan satu kejayaan apabila kira-kira 2,000 risalah berkenaan berjaya diedarkan dalam program berkenaan.

"Saya rasa kehadiran anggota polis ramai pada hari ini mungkin mereka fikir kita akan adakan demo agaknya. (Tapi) mereka tak ganggu kita edar risalah," katanya lagi dengan berseloroh.

Fadhil berkata demikian ketika mengulas kehadiran kira-kira lebih 10 orang anggota polis yang berkawal di luar perkarangan Kompleks Sogo sejak jam 4.15 petang lagi.
3 mahasiswa ditangkap
10 Disember lalu, tiga pemimpin siswa ditahan selepas mereka menyertai perhimpunan di luar Masjid Putrajaya untuk menyerahkan memorandum kepada Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana membantah kenaikan harga minyak, gas dan gula.

students protest against price hike in putrajaya pm's departmentMereka yang ditahan itu ialah setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohd Ridzuan Othman, pemimpin Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis), Ahmad Shukri Abdul Razak, serta pelajar Universiti Malaya, Mohd Shahruldeen Ahmad Rosli.

Ketiga-tiganya adalah sebahagian daripada 100 pelajar yang berhimpun di Putrajaya dengan memakai baju berwarna hitam sambil menjeritkan slogan-slogan seperti "Kuasa Mahasiswa" ketika berkumpul.

Benarkah pandangan menyesatkan itu dikeluarkan oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady?

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Golongan yang mempertikaian kedudukan Islam dan orang Melayu seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan merupakan mereka yang berfahaman plularisme ala John Hick.

Justeru, tokoh cendikiawan Islam, Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady mahu golongan tersebut ditentang kerana fahaman mereka anuti itu jelas berlawanan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Malah, beliau berkata, mereka yang memperjuangkan fahaman itu tidak ubah seperti membawa satu agama baru yang akhirnya boleh menyebabkan seseorang itu menjadi murtad.

Itu adalah petikan berita dari sebuah akhbar harian yang menjadi talibarut Umno. Saya membaca berkali-kali laporan berita tersebut untuk mencari maksud yang membolehkan umat Islam di negara ini menghormati ketinggian ilmu seorang cendikiawan seperti Dr. Muhammad Uthman. Malangnya tidak berjumpa, melainkan maksud yang difahami itu adalah menyesatkan umat manusia.

Merpertikaikan kebenaran Islam yang datangnya dari Allah jelas sesat dan membawa kepada kemurtadan. Tetapi mempertikaikan kedudukan Islam dan orang Melayu seperti mana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan ciptaan sikafir Lord Reid kononnya adalah perbuatan yang jelas berlawanan dengan ajaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW adalah kenyataan yang keterlaluan.

Tinggi sangatkah kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan tersebut sehingga setiap dasar dan agenda bertindak dalam struktur pemerintahan dari sekecil-kecil perkara sehingga sebesar-besar perkara dirujuk kepada Islam mengikut perlembagaan itu? Mulia, suci dan murni sangatkah Perlembagaan Persekutuan itu dari pandangan Islam sehingga pertikaian terhadap satu aspek di dalamnya dianggap berlawanan dengan ajaran Islam? Adakah bangsa Melayu satu bangsa yang terlalu istimewa di mata Rasulullah SAW sehingga mempertikaikan ‘kedudukan orang Melayu’ adalah bertentangan dengan ajaran Islam yang dibawa baginda?

Akhirnya saya membuat kesimpulan sendiri bahawa tidak mungkin seorang ilmuan seperti Dr. Muhammad Uthman mengeluarkan kenyataan seperti itu, melainkan kenyataannya sewaktu membentang kertas kerja bertajuk ‘Beberapa Isu Dalam Pluralisme Agama – Satu Pengamatan Ringkas’ di Wacana Pemikiran Dan Pemikiran Ummah diputarbelitkan oleh akhbar harian primitif tersebut. Hairan kerana tak semena-mena datang pula ‘kedudukan orang Melayu’ dan ‘Perlembagaan Persekutuan’ untuk diraikan semacam mahu menyuburkan lagi pluralisme agama yang sedang menjadi ancaman dalam masyarakat Islam.

Pelik juga kerana isu tersebut mendapat perhatian dan liputan sebuah akhbar harian yang selama ini terkenal menyuburkan budaya pluralisme. Hanya kerana seorang pembentang kertas kerja yang merupakan pensyarah UIAM mendakwa kononnya Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sering membawa mesej fahaman pluralisme, maka tiba-tiba akhbar talibarut itu menjadi hero menentang pluralisme. Nampaknya mutakhir ini apa sahaja ucapan ataupun tindak tanduk Anwar yang boleh dikritik maka ruang kritikan dibuka seluas-luasnya.

Bagi PAS isu penentangan terhadap pluralisme agama bukan isu baru. Ia diperjuangkan seusia perjuangan PAS. PAS sudah lama menegur tindakan pemimpin Umno mencampuradukkan perayaan agama di negara ini, sehingga ke peringkat terdapat pemimpin Umno meraikan Thaipusam bersama Samy Vellu dan penganut Hindu di Batu Cave. Aidil Fitri adalah perayaan kesyukuran Umat Islam meraikan kejayaan berpuasa Ramadhan, tetapi di bawah kerajaan BN ia menjadi perayaan ‘syaitan berpesta’.

Semua media-media elektronik milik BN menyiarkan siaran hiburan yang melampau-lampau sempena Aidil Fitri. Wanita mendedahkan aurat terkinja-kinja menari dan menyanyi di atas pentas (kadangkala di hadapan para menteri) bukan dari ajaran Islam, tetapi ia dibuat atas nama Aidil Fitri. Akhbar talibarut BN yang kononnya menentang pluralisme itulah juga yang membuat promosi untuk semua perayaan pluralisme agama itu.

Pluralisme yang difokuskan oleh pihak tertentu mungkin hanya bertumpu di bidang amalan tertentu, seperti perayaan antara agama. Tetapi PAS menentang pluralisme dalam semua bidang termasuk sistem perundangan yang mencampuradukkan antara Barat dan Islam. Sekali lagi Umno dan media talibarut merekalah yang membuat ejekan terhadap segala usaha murni PAS. Sekian lama hudud menjadi bahan senda gurau di perhimpunan agung Umno.

PAS memperjuangkan kebenaran Islam sekalipun sukar untuk diterima oleh pihak lain. Dulu, kini dan selamanya PAS tidak pernah memadamkan cita-cita untuk mewujudkan sistem pemerintahan Islam sekalipun ia tidak dapat diterima oleh rakan kerjasama. Soal ia boleh atau mampu dibuat atau sebaliknya itu cerita lain, tetapi memadamkan satu aspek dari ajaran Islam dalam iktikad dan cita-cita tidak pernah dilakukan oleh PAS kerana ia boleh merosakkan aqidah. Adakah Umno berfikiran sebegini?

Sewaktu bapa saudara Rasulullah SAW Abu Talib meninggal, baginda hilang tempat perlindungan. Akibatnya seluruh kafir Mekah menganiayai baginda dan para pengikutnya sehingga menimbulkan belas kasihan bapa saudaranya Abu Lahab. Lantaran itu Abu Lahab mengisytiharkan perlindungan terhadap Rasulullah SAW menyebabkan golongan kafir Mekah menjadi serba salah. Melihat Abu Lahab semacam mengambil alih tempat Abu Talib, Abu Jahal cuba memecahkan perlindungan tersebut.

Di hadapan Abu Lahab, Abu Jahal mendesak Rasulullah SAW mendedahkan di mana Abu Talib ditempatkan setelah mati dalam keadaan tidak beriman dengan Allah. Jika Rasulullah SAW mahu terus mendapat perlindungan dari Abu Lahab, baginda akan berkata Abu Talib dimasukkan ke syurga. Tetapi Rasulullah SAW memilih untuk berkata sebaliknya kerana persoalan aqidah tidak boleh disembunyikan, dibuat main-main atau ditukarganti dengan apa sekalipun. Akibatnya, Abu Lahab berpaling tadah dari Rasulullah SAW.

Taktik dan strategi yang digunakan oleh Abu Jahal inilah yang dituruti oleh Umno kini. Mereka sering bertanya PAS mengenai cita-cita menegakkan negara Islam, bertujuan menjauhkan bukan Islam dari PAS kerana Umno tahu apa jawapan yang akan diberikan PAS. Mereka tahu Islam PAS adalah tulen tidak seperti pluralisme pegangan Umno.

Mengagungkan Perlembagaan Persekutuan ciptaan Lord Reid, antara bahan campuran (plural) yang kononnya terdapat dalam ‘Islam’ yang menjadi anutan pihak tertentu.

Oleh kerana nama ilmuan Islam Dr. Uthman El-Muhammady dikaitkan oleh akhbar talibarut BN dalam isu ini, maka jika beliau terbaca berita yang tersiar dalam akhbar harian primitif itu dan terbaca tulisan saya yang tidak sepertinya ini; maka mohon kiranya beliau dapat memberi penjelasan. Jangan biarkan umat Islam terkeliru.

CheGu Bard di lantik sebagai Timb Setiausaha Agung PKR

Peguam N Surendran naib presiden baru PKR

Pasca pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi, barisan kepemimpinan baru PKR yang diumumkan hari ini menyaksikan kemunculan beberapa muka baru.
 
 
Pengumuman hari ini bagaimanapun tidak banyak menyaksikan pelantikan dari kem timbalan presiden Azmin Ali seperti spekulasi sebelum ini.

 
Bagaimanapun, ia tetap menarik perhatian apabila peguam hak asasi N Surendran, 44, dilantik ke jawatan naib presiden. Surendran tidak menawarkan diri sebagai calon dalan pemilihan yang baru-baru ini.

 
Selain itu, dua lagi jawatan naib presiden diisi bekas menteri kesihatan Datuk Seri Chua Jui Meng dan ketua PKR Sarawak Baru Bian.

 
Pelantikan turut melibatkan calon yang tewas dalam pemilihan, termasuk bekas calon ketua AMK Badrul Hisham Shaharin ke jawatan timbalan setiausaha agung. Mustaffa Kamil Ayub yang tewas dalam perebutan jawatan timbalan presiden kini dilantik menjadi ahli biro politik dan juga ke jawatan ketua biro latihan.

 
Orang-orang kuat Anwar seperti Rafizi Ramli dan ADUN Jerejak Sim Tze Tsin pula masing-masing kini menjawat kedudukan pengarah strategik dan timbalan ketua penerangan.

 
Di samping itu, peguam Latheefa Koya dilantik mengetuai biro perundangan yang baru ditubuhkan, manakala Dr Mohd Nor Manuty dilantik sebagai ketua penerangan.

 
Pengarah pilihan raya yang sebelum ini diisi oleh Fuziah Salleh kini diambil alih oleh Azmin Ali.

Waktu Untuk PR Menyerang Umno habis- Habisan


Oleh: WFAUZDIN NS

INILAH masa terbaik untuk PR menyerang balas Umno setelah PR diserang dai berbagai sudut. Penggantungan Ketua Pembangkang DS Anwar beserta beberapa MP dari PKR dan DAP dari Parlimen seharusnya digunakan untuk PR menyusun strategi mantap untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negara memberi maklumat kepada rakyat tentang isu semasa.

Strategi hendaklah disusun secara bersepadu dan diadakan serentak ke seluruh negara. Sebenarnya terlalu banyak isu yang boleh kita terangkan kepada rakyat dan tunjukkan bukti kepada mereka bahawa Umno adalah sebuah parti yang hidup dengan menghisap darah rakyat termasuk darah orang-orang Melayu.
Kepada kaum lain, buktikan juga bahawa Umno selama ini hanya mempergunakan MCA, Gerakan dan MIC hanya untuk kepentingan pemimpin mereka.

Penggantungan Ketua Pembangkang, DS Anwar beserta Timbalan Presiden PKR yang juga MP Gombak yang bersuara lantang di Parlimen selama ini membuktikan betapa Najib semakin gementar dengan PR. Pendedahan Wikileaks ternyata menyenakkan perut Najib, di mana tidak pasal-pasal isu pembunuhan Altantuya kembali menjadi panas. Keberanian DS Anwar mencabar Lee Kuan Yew untuk menampilkan bukti tentang pendedahannya berkaitan kes liwat yang dihadapinya telah melenyapkan sangkaan salah rakyat terhadap DS Anwar.

Adakah Najib juga berani berbuat seperti yang telah dilakukan oleh DS Anwar? Beranikah Najib mencabar agar pihak berkenaan menunjukkan bukti tentang pendedahan Wikileaks berkaitan isu Altantuya? Di dalam hal ini, imej DS Anwar leboh ke hadapan dari Najib. Najib hanya bergantung kepada media haprak untuk melindungi keburukan dirinya.

Justeru itu, menjadi tanggungjawab pimpinan PR untuk menemui seluruh rakyat jelata agar mereka tidak terus ditipu oleh Najib dan gerombolannya. Selamatkan rakyat tanggungjawab PR sekarang./wfauzdin.blogspot.com

Tenang, Ujian Terakhir BN Dan Pakatan

ANALISIS terhadap Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat akan memperlihatkan pertempuran yang sengit apabila mereka menghadapi pilihan raya kecil Tenang, yang pertama di Johor, dengan tekanan lebih mengenai impinan untuk Putrajaya, dan juga keupayaan menyusup kedalam kubu BN.

Wakil rakyat Tenang Sulaiman Taha meninggal dunia awal pagi kelmarin disebabkan kencing manis. Dia dimasukkan kedalam Hospital Pakar Ampang Puteri sejak 24 Nov. Dengan kematiannya, negara akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil, ke-14, sejak 2008.

Johor dikenali sebagai salah satu "votebanks" untuk BN, sebuah negeri yang telah menyelamatkan gabungan pemerintah daripada penghinaan dan menjadi penghalang kepada pembangkang pada pilihanraya umum 2008 dimana BN kehilangan lima buah negeri dan dua pertiga majoriti di parlimen.

Dan di tengah-tengah spekulasi meluas Perdana Menteri Najib Tun Razak akan mengadakan pemilihan pada suku pertama tahun depan, undi di Tenang dilihat menjadi satu lagi 'bayangan' pilihan raya umum ke-13.

Fokus sekali lagi akan diberikan kepada corak pengundian bukan Melayu. Orang Melayu mewakili hampir 50% daripada pengundi. Cina dan India mewakili 39% dan 12% pengundi, satu perbezaan yang besar di antara 14,511 pengundi berdaftar bagi kawasan pengundian separa bandar ini.

Kekalahan Pakatan dalam dua pilihan raya kecil yang diadakan serentak di Galas, Kelantan and Batu Sapi, Sabah, menjadi tanda undi Cina telah kembali kepada BN. Presiden MCA Dr Chua Soi Lek meraikan fakta tersebut dan menyatakan keyakinanannya bahawa perkara ini akan berterusan.

Sasaran Pakatan Kurangkan Majoriti BN

Ini akan menjadi di antara halangan-halangan Pakatan di Tenang. Perkembangan 2008 kelihatan peralihan undi bukan Melayu dan "liberal progresif" sokongan orang Melayu bandar berlaku termasuk di Tenang, bagaimanapun fenomena ini tidak memberi kesan yang banyak.

Chua kelihatan akan mengekalkan sokongan baik terhadap MCA dan di atas kertas ia kelihatan tidak begitu sukar. Tenang termasuk kawasan pilihan raya Parlimen Labis. Ia benteng utama MCA dan kepada pucuk pimpinan anak lelakinya, Chua Tee Yong.

Keputusan 2008 , di mana arwah Sulaiman mengalahkan calon PAS, Mohd Saim Siran, ia kelihatan sukar untuk Pakatan menjangkakan satu keputusan yang baik. Undi Melayu kekal kepada Melayu Umno. Mohd Saim telah dikalahkan bukan sahaja pada 2008 tetapi juga dalam pilihan raya umum 2004.

Bagaimanapun Majoriti BN menurun dengan banyak. Ia telah dikurangkan hampir separuh. Kemenangan Sulaiman diberi saingannya dengan jumlah yang sangat besar, 5,517 majoriti sebelum ini tetapi pada 2008 ia hanya 2,492. Pengurangan drastik dianggap berpunca daripada peralihan undi Cina dan India kepada Pakatan.


Sasaran paling pragmatik untuk Pakatan ialah untuk meneruskan usahanya untuk mengurangkan terus majoriti pesaingnya sebagai satu pertempuran yang simbolik. Sekiranya ini berlaku, blok pembangkang boleh meraikan kejayaan dalam "perang saraf" di mana ia boleh bermegah meraikan sokongan bukan Melayu yang berterusan. Ia juga akan memberi isyarat bahawa kempen Pakatan telah berjaya meresapi Johor.

Bagaimanapun masih terlalu awal untuk menentukan sama ada Pakatan akan meletakkan calon PAS untuk bertanding di Tenang dalam usaha Pakatan untuk memberikan cabaran yang sengit di sana.

Pertarungan Pertama Presiden Baru MIC

Setakat yang diketahui setakat ini, berdasarkan pola sokongan pengundian Melayu menunjukkan orang Melayu kekal terbahagi, dan sokongan untuk kedua-dua pihak kekal tidak berubah. Keberkesanan PAS boleh diukur dengan usahanya untuk menarik peneroka-peneroka Felda masuk ke dalam kem mereka. Rizab tanah Felda merupakan sebahagian kecil pemilih Tenang.

Sementara itu, pilihan raya kecil ini juga menjadi ujian pertama sebenar G Palanivel sebagai Presiden baru MIC, parti komponen berasaskan India ketiga terbesar dalam BN.

S Samy Vellu meletakkan jawatan sebagai presiden MIC pada 6 Dis selepas menerajui parti itu selama 31 tahun, dipercayai diatur oleh Umno kerana mendapati kebencian terhadap bekas menteri dikalangan pengikutnya semakin tinggi.

Ia satu fakta yang diketahui pemimpin-pemimpin kanan Umno dan merasakan bahawa sudah tiba masanya untuk Samy Vellu berhenti. Dia telah dilihat menjadi penghalang dan menyekat usaha Najib untuk mendapatkan semula undi bukan Melayu kembali ke dalam kem BN.

Ambil pedoman Al Quran sepakatkan Pakatan

KOTA BHARU, 18 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru anggota konvensyen Pakatan Rakyat mengambil pedoman dari falsafah yang ditonjolkan Islam menerusi al-Quran bagi menjaga kesepakatan hubungan dalam Pakatan Rakyat.

Tuan Guru juga seterusnya berkata, bersesuaian dengan Islam agama perpaduan, anggota Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan Pakatan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan harapan kepada perwakilan Konvensyen Ke-2 Pakatan Rakyat yang bakal berlangsung pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang.

2000 perwakilan dan pemerhati dari PAS, PKR dan DAP akan menyertai konvensyen yang akan diadakan di Dewan Millenium Kepala Batas bermula jam 8.30 pagi hingga malam itu.

Konvensyen ini dijangka mempersembahkan cerita kejayaan Pakatan Rakyat dalam mentadbir beberapa negeri di samping merancang bersama persiapan menghadapi pilihan raya.

“Anggota konvensyen perlu mengambil pedoman daripada falsafah al-Quran itu sendiri sebagai penghubung penyelesaian ummah di samping meletakkan asas keagamaan teratas dalam menguruskan Pakatan Rakyat,”ujarnya lagi.

Beliau seterusnya berkata, Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza.

Sebagai contoh katanya, 10 manusia yang diciptakan Allah, didapati 10 kepala (pemikiran) yang bebeza.

“Bagaimanapun, rupa yang berbeza dan pendapat yang berbeza itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan al-Quran, kerana Islam itu untuk semua,” ujarnya lagi.

Katanya, manusia akan selamat kehidupan mereka dunia dan akhirat sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.

BERIKUT KENYATAAN PENUH NIK ABDUL AZIZ

KENYATAAN RASMI TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Harapan Konvensyen PR ke-2: Islam sebagai asas

Bersempena dengan Konvensyen Pakatan Rakyat Ke-2 pada 19 di Kepala Batas, Pulau Pinang ini, semua pimpinan dan perwakilan hendaklah mengambil pedoman dari falsafah kesepakatan menurut Islam, iaitu mengutamakan peri pentingnya menjaga hubungan sesama anggota di dalam Pakatan Rakyat.

Ia juga bersesuaian dengan keutamaan ajaran Islam sebagai agama perpaduan, maka Konvensyen Pakatan Rakyat perlu meletakkan keagamaan sebagai asas dalam menguruskan kesepakatan politik.

Pimpinan dan perwakilan parti-parti Pakatan Rakyat––PAS, KEADILan dan DAP––yang menghadiri konvensyen itu nanti perlulah mengambil pedoman daripada maksud al-Quran yang sewajarnya dijadikan rujukan dan penghubung di dalam penyelesaian permasalahan ummah. Justeru ajaran Islam dan asas-asas keagamaan dapat dijadikan rujukan utama dalam menguruskan kesepakatan hubungan antara parti-parti Pakatan Rakyat.

Bagi PAS, amat meyakini bahawa Allah telah menciptakan manusia dalam sifat yang berbeza-beza. Misalnya, sepuluh manusia yang diciptakan Allah, didapati sepuluh kepala (pemikiran) yang bebeza. Bagaimanapun, perbezaan itu tidak akan memberi masalah sekiranya ia berpandukan ajaran Islam dan menjadikan al-Quran sebagai panduan, kerana Islam itu untuk semua kaum. Firman Allah SWT (surah Ali-Imran ayat 103):

Bermaksud: “...dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara...”

Sewajarnya juga kita mengambil pengajaran dari sabda Nabi Muhammad SAW:
Maksudnya: “Janganlah saling benci membenci, saling iri hati dan saling membuat keracunan. Jadilah hamba-hamba Allah yang saling bersaudara, dan tidak boleh seorang Muslim menghindari saudaranya lebih dari tiga hari.”

Demikian lagi, firman Allah SWT (surah al-Maidah ayat 48):

Maksudnya: “Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan agama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) dan kalau Allah menghendaki nescaya Dia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam agama yang satu), tetapi Dia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Dia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya”

Oleh itu, atas nama kesepakatan politik yang berpandukan hubungan antara parti di dalam Pakatan Rakyat yang mengutamakan asas-asas keagamaan hendaklah bersetuju dan bekerjasama di dalam setiap perkara yang memberi manfaat bersama untuk ummah di Malaysia hari ini. Sehubungan itu, saya yakin manusia akan selamat sepanjang hidup mereka di dunia dan sejahtera di akhirat kelak sekiranya mengikut kehendak Islam yang syumul.

Selamat berkonvensyen, semoga berjalanlah ia dengan keberkatan Allah SWT.

TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Al-Mursyidul Am PAS.
Kota Baharu, Kelantan.
12 Muharam 1432H/18 Disember 2010M.

Pakatan Rakyat mahu ‘segar diri’ di Kepala Batas

penang pakatan convention 211110 audience 02 KUALA LUMPUR, 18 Dis — Konvensyen kebangsaan pakatan rakyat di Pulau Pinang esok akan diamati dengan penuh minat untuk mencari petunjuk mengenai cara gabungan PKR-PAS-DAP itu membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Kira-kira 2,000 perwakilan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP akan berhimpun di Dewan Millennium di Kepala Batas untuk menunjukkan bahawa pakatan itu masih bermuafakat.

Mereka juga akan mendengar pemimpin mereka menetapkan rentak bagi menghadapi pilihan raya di tengah-tengah laporan mengenai kemerosotan sokongan terhadap pakatan itu.

Pilihan raya kecil yang akan diadakan berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Sulaiman Taha awal hari ini semestinya akan turut dibincangkan.

Pada zahirnya, pakatan pembangkang dilihat sukar mengekalkan tahap sokongan yang diraih pada pilihan raya umum 2008, terutamanya masalah yang melanda “pemimpin paling utamanya”, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berdepan pertuduhan liwat dan bergelut untuk membendung kerosakan akibat WikiLeaks, dan kini digantung daripada menghadiri persidangan Parlimen selama enam bulan.

Hakikatnya, pakatan pembangkang kini berada dalam kedudukan berundur, apabila kalah kepada BN dalam tiga daripada empat pilihan raya kecil yang diadakan tahun ini.

Anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP dan Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi mengakui bahawa kekalahan dalam pilihan raya kecil itu merupakan “halangan kepada momentum dalam menawan keyakinan rakyat.”

“Ini diburukkan lagi oleh situasi negatif yang mendepani Anwar,” katanya.

Beliau berkata pakatan pembangkang perlu memandang serius terhadap beberapa tinjauan pendapat yang menunjukkan bahawa persepsi terhadap BN semakin bertambah baik manakala pembangkang pula mula kehilangan sokongan.

Tinjauan pendapat terbaru oleh Universiti Malaya mendapati 43 peratus daripada penduduk di beberapa kawasan yang dikatakan sebagai kubu kuat PKR di Lembah Klang tidak akan mengundi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang. Keputusan tinjauan itu turut menunjukkan bahawa krisis PKR telah menjejaskan keyakinan penduduk kepada parti itu dan Anwar.

Malah pemimpin pakatan pembangkang sendiri percaya bahawa mereka perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan empat negeri yang dikuasai oleh pembangkang — Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan — dalam pilihan raya umum akan datang.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang memberi amaran pada konvensyen DAP Selangor bulan lepas bahawa pakatan akan kehilangan negeri itu sekiranya mereka tidak bersatu padu.

Berdasarkan satu ramalan, pakatan PKR-PAS-DAP akan hanya memenangi 18 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor sekiranya pilihan raya negeri diadakan tahun depan.

DAP diramal mengekalkan 14 kerusi yang dimenanginya pada 2008, PKR kehilangan 14 dan menang empat dan PAS ditewaskan dalam kesemua enam kawasan pilihan raya.

Ooi berkata konvensyen sehari itu berkemungkinan membincangkan kesan penggantungan Anwar daripada Parlimen berhubung isu APCO, dan R. Sivarasa (Subang), Azmin Ali (Gombak) serta Karpal Singh (Bukit Gelugor) kerana menghina dewan.

Beliau berkata sesetengah pihak berpendapat penggantungan itu akan meningkatkan sokongan kepada pembangkang.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad berkata pakatan pembangkang mesti meyakinkan rakyat bahawa gabungan itu boleh berfungsi, dan “sungguhpun kami mempunyai perbezaan, namun ia tidak membingungkan kami.”

Beliau mengakui tidak bimbang berhubung sebarang pendedahan oleh WilkiLeaks yang mempunyai kaitan dengan Anwar.

“Saya rasa rakyat faham mengenai apa itu WikiLeaks, hanya kebocoran beberapa maklumat komunikasi yang tidak boleh dipercayai, yang nampaknya lebih sekadar gosip berbanding fakta,” katanya.

Pada masa sebahagian besar pemimpin bersetuju bahawa pertelagahan dalam kalangan rakan-rakan gabungan itu telah menjejaskan populariti pembangkang, namun mereka percaya penggantungan Anwar itu akan membantu dalam kedudukan mereka di mata rakyat.

Penggantungan itu juga, kata mereka, tidak akan menjejaskan perjalanan PKR atau pakatan pembangkang.

“Sejak setahun lepas, kami telah meletakkan beberapa mekanisme untuk memperkukuhkan pakatan memandangkan pakatan bukanlah mengenai individu. Penggantungan Anwar tidak akan menjejaskan proses kami membuat keputusan,” kata pengarah strategi PKR Tian Chua.

Sungguhpun beberapa negeri nampaknya agak perlahan dalam melaksanakan dasar bersama yang diterima pakai pada konvensyen pertama pakatan pembangkang di Shah Alam pada Disember 2009, namun sebahagian besar daripadanya telah pun dilaksanakan, kata Tian Chua.

Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata butiran mengenai kerangka dasar bersama itu akan diumumkan pada konvensyen berkenaan, terutamanya mengenai perancangan pakatan pembangkang dalam tempoh 100 hari sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

“Anthony Loke (DAP), Nasaruddin Mat Isa (PAS) dan saya sendiri akan membentangkan butirannya sungguhpun kerangka dasar bersama itu sangatlah luas,” katanya.

Pakatan pembangkang juga berdepan cabaran daripada bekas anggota seperti Datuk Zaid Ibrahim, yang meninggalkan PKR dan kini Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Terdapat juga Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia yang ditubuhkan pada Oktober tahun ini oleh sekumpulan warga Malaysia yang bermastautin di London.

Kumpulan itu dikatakan merancang untuk meletakkan “lebih banyak calon yang profesional dan beretika” dalam pilihan raya umum akan datang dan berkemungkinan memberi tumpuan kepada Lembah Klang.

Pergerakan itu telah menamakan peguam hak asasi manusia terkemuka, Malik Imtiaz Sarwar, sebagai calon pertamanya pada pilihan raya umum akan datang.

Para pemimpin pembangkang percaya bahawa kumpulan itu kekurangan sokongan dalam kalangan penduduk tempatan, tetapi seperti yang dikatakan oleh Ooi, “masih memerhatikan mereka dengan senyap-senyap.” — Bernama

Sabtu, 18 Disember 2010

Pakatan Rakyat mahu ‘segar diri’ di Kepala Batas

penang pakatan convention 211110 audience 02 KUALA LUMPUR, 18 Dis — Konvensyen kebangsaan pakatan rakyat di Pulau Pinang esok akan diamati dengan penuh minat untuk mencari petunjuk mengenai cara gabungan PKR-PAS-DAP itu membuat persiapan menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Kira-kira 2,000 perwakilan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP akan berhimpun di Dewan Millennium di Kepala Batas untuk menunjukkan bahawa pakatan itu masih bermuafakat.

Mereka juga akan mendengar pemimpin mereka menetapkan rentak bagi menghadapi pilihan raya di tengah-tengah laporan mengenai kemerosotan sokongan terhadap pakatan itu.

Pilihan raya kecil yang akan diadakan berikutan kematian Anggota Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Sulaiman Taha awal hari ini semestinya akan turut dibincangkan.

Pada zahirnya, pakatan pembangkang dilihat sukar mengekalkan tahap sokongan yang diraih pada pilihan raya umum 2008, terutamanya masalah yang melanda “pemimpin paling utamanya”, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berdepan pertuduhan liwat dan bergelut untuk membendung kerosakan akibat WikiLeaks, dan kini digantung daripada menghadiri persidangan Parlimen selama enam bulan.

Hakikatnya, pakatan pembangkang kini berada dalam kedudukan berundur, apabila kalah kepada BN dalam tiga daripada empat pilihan raya kecil yang diadakan tahun ini.

Anggota jawatankuasa eksekutif pusat DAP dan Anggota Parlimen Jelutong Jeff Ooi mengakui bahawa kekalahan dalam pilihan raya kecil itu merupakan “halangan kepada momentum dalam menawan keyakinan rakyat.”

“Ini diburukkan lagi oleh situasi negatif yang mendepani Anwar,” katanya.

Beliau berkata pakatan pembangkang perlu memandang serius terhadap beberapa tinjauan pendapat yang menunjukkan bahawa persepsi terhadap BN semakin bertambah baik manakala pembangkang pula mula kehilangan sokongan.

Tinjauan pendapat terbaru oleh Universiti Malaya mendapati 43 peratus daripada penduduk di beberapa kawasan yang dikatakan sebagai kubu kuat PKR di Lembah Klang tidak akan mengundi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang. Keputusan tinjauan itu turut menunjukkan bahawa krisis PKR telah menjejaskan keyakinan penduduk kepada parti itu dan Anwar.

Malah pemimpin pakatan pembangkang sendiri percaya bahawa mereka perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan empat negeri yang dikuasai oleh pembangkang — Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan — dalam pilihan raya umum akan datang.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang memberi amaran pada konvensyen DAP Selangor bulan lepas bahawa pakatan akan kehilangan negeri itu sekiranya mereka tidak bersatu padu.

Berdasarkan satu ramalan, pakatan PKR-PAS-DAP akan hanya memenangi 18 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor sekiranya pilihan raya negeri diadakan tahun depan.

DAP diramal mengekalkan 14 kerusi yang dimenanginya pada 2008, PKR kehilangan 14 dan menang empat dan PAS ditewaskan dalam kesemua enam kawasan pilihan raya.

Ooi berkata konvensyen sehari itu berkemungkinan membincangkan kesan penggantungan Anwar daripada Parlimen berhubung isu APCO, dan R. Sivarasa (Subang), Azmin Ali (Gombak) serta Karpal Singh (Bukit Gelugor) kerana menghina dewan.

Beliau berkata sesetengah pihak berpendapat penggantungan itu akan meningkatkan sokongan kepada pembangkang.

Anggota jawatankuasa pusat PAS Khalid Samad berkata pakatan pembangkang mesti meyakinkan rakyat bahawa gabungan itu boleh berfungsi, dan “sungguhpun kami mempunyai perbezaan, namun ia tidak membingungkan kami.”

Beliau mengakui tidak bimbang berhubung sebarang pendedahan oleh WilkiLeaks yang mempunyai kaitan dengan Anwar.

“Saya rasa rakyat faham mengenai apa itu WikiLeaks, hanya kebocoran beberapa maklumat komunikasi yang tidak boleh dipercayai, yang nampaknya lebih sekadar gosip berbanding fakta,” katanya.

Pada masa sebahagian besar pemimpin bersetuju bahawa pertelagahan dalam kalangan rakan-rakan gabungan itu telah menjejaskan populariti pembangkang, namun mereka percaya penggantungan Anwar itu akan membantu dalam kedudukan mereka di mata rakyat.

Penggantungan itu juga, kata mereka, tidak akan menjejaskan perjalanan PKR atau pakatan pembangkang.

“Sejak setahun lepas, kami telah meletakkan beberapa mekanisme untuk memperkukuhkan pakatan memandangkan pakatan bukanlah mengenai individu. Penggantungan Anwar tidak akan menjejaskan proses kami membuat keputusan,” kata pengarah strategi PKR Tian Chua.

Sungguhpun beberapa negeri nampaknya agak perlahan dalam melaksanakan dasar bersama yang diterima pakai pada konvensyen pertama pakatan pembangkang di Shah Alam pada Disember 2009, namun sebahagian besar daripadanya telah pun dilaksanakan, kata Tian Chua.

Setiausaha agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata butiran mengenai kerangka dasar bersama itu akan diumumkan pada konvensyen berkenaan, terutamanya mengenai perancangan pakatan pembangkang dalam tempoh 100 hari sekiranya mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

“Anthony Loke (DAP), Nasaruddin Mat Isa (PAS) dan saya sendiri akan membentangkan butirannya sungguhpun kerangka dasar bersama itu sangatlah luas,” katanya.

Pakatan pembangkang juga berdepan cabaran daripada bekas anggota seperti Datuk Zaid Ibrahim, yang meninggalkan PKR dan kini Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita).

Terdapat juga Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia yang ditubuhkan pada Oktober tahun ini oleh sekumpulan warga Malaysia yang bermastautin di London.

Kumpulan itu dikatakan merancang untuk meletakkan “lebih banyak calon yang profesional dan beretika” dalam pilihan raya umum akan datang dan berkemungkinan memberi tumpuan kepada Lembah Klang.

Pergerakan itu telah menamakan peguam hak asasi manusia terkemuka, Malik Imtiaz Sarwar, sebagai calon pertamanya pada pilihan raya umum akan datang.

Para pemimpin pembangkang percaya bahawa kumpulan itu kekurangan sokongan dalam kalangan penduduk tempatan, tetapi seperti yang dikatakan oleh Ooi, “masih memerhatikan mereka dengan senyap-senyap.” — Bernama

Sokonglah lagi BN jika anda rasakan merekalah parti membela AGAMA BANGSA & NEGARA



Dalam krisis DUN Perak, ia menujukkan bahawa sidang DUN boleh dipersoalkan - Karpal

Karpal: Saya kelas ketiga tapi Nazri tiada kelas
Ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh berkeras bahawa Pakatan Rakyat akan mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah berhubung penggantungan empat ahli parlimen pembangkang, termasuk dirinya.

NONEMenurutnya, mereka akan mengemukakan saman “secepat mungkin” sambil menolak kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan di Dewan Rakyat tidak boleh dicabar di mahkamah.

“Dalam kes (ahli parlimen Puchong) Gobind Singh Deo, kita telah heret speaker ke mahkamah dan kita menang,” kata Karpal yang merujuk hukuman gantung enam bulan tanpa gaji di mana mahkamah memutuskan penahanan gaji ahli parlimen itu tidak sah.

“Dalam kes krisis perlembagaan Perak, ia menujukkan bahawa sidang dewan undangan negeri boleh dipersoalkan.
Perlembagaan paling tinggi

“Perkara ini akan dibawa ke mahkamah dan kami adalah serius,” katanya pada sidang media Pakatan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

NONE“Dalam negara kita Parlimen bukan yang paling tinggi, Perlembagaan yang paling tinggi. Keputusan yang dibuat Parlimen mesti berdasarkan Perlembagaan.

“Ketika saya digantung pada 1994 kerana menghina Yang di-Pertuan Agong, ayat yang digunakan sangat jelas, digantung daripada perkhidmatan di dalam Dewan,” kata Karpal.

Mohd Nazri pada sidang medianya semalam, melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker ke mahkamah.

Katanya, mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

“Ini adalah kedaulatan Parlimen dan kuasa Parlimen. Ada tahi lembu di kepala mereka.
Tiada kelas

“Saya beri jaminan jika, ini dibawa ke mahkamah, ia akan ditolak. Undang-undang apa yang Karpal (Singh) belajar? Beliau adalah peguam kelas ketiga,” kata Nazri sambil ketawa.

NONE"Apa yang kami putuskan kekal, anda perlu belajar undang-undang perlembagaan mengegani kekuasaan Parlimen," katanya.

Bagaimanapun Karpal, yang juga seorang peguam membidas menteri yang bertanggung jawab mengenai hal undang-undang negara itu.

“Nazri panggil saya peguam kelas ketiga. Saya mungkin kelas ketiga tetapi dia tidak ada kelas,” katanya sambil disambut gelak ketawa oleh ahli-ahli parlimen pakatan lain yang turut hadir.

Bagaimanapun, Karpal bersetuju dengan Nazri, di sebalik penggantungan itu, BN masih tidak mempunyai majoriti dua pertiga - syarat yang diperlukan sebelum perlembagaan boleh dipinda termasuk untuk persempdanan semula kawasan pilihan raya.

“Mengikut peraturan dewan, majoriti dua pertiga bermakna dua pertiga daripada semua 222 ahli parlimen dan bukannya mereka yang tidak mengundi pada masa itu.

“Angka itu tetap tidak berubah kecuali mereka memberi tafsiran sendiri mengenai peraturan itu,” kata Karpal.

DPPWP Anjur Kempen Protes Kenaikan Harga Bahan Api & Gula

Pemuda PAS KL lancar kempen protes harga bahan api, gula naik
KUALA LUMPUR — Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan turun padang mengedarkan risalah membantah kenaikan harga bahan api dan gula yang diumumkan Putrajaya awal bulan ini.

Ia akan dilancarkan di pekarangan Kompleks Sogo di sini pukul 5 petang hari ini.

Kempen turun ke padang itu mengajak rakyat mengajar kesombongan kerajaan pusat Barisan Nasional yang dianggap sewenang-wenangnya menaikkan harga barang-barang keperluan itu tanpa prihatin pada derita hidup kalangan rakyat bawahan, kata pemangku Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Herman Samsudeen.

“Rakyat khususnya golongan bawahan menanggung derita yang tidak berkesudahan akibat kenaikan ini.

“Dalam keadaan kerajaan baru bercadang mengkaji kenaikan gaji sesetengah pekerja kerajaan, harga barang terus melambung. Apakah nasib rakyat khususnya warga kota bagi menampung kehidupan mereka,” kata beliau.

Herman berkata, sayap PAS itu mengajak rakyat agar bersama-sama berubah dengan mengajar kesombongan kerajaan Umno-BN melalui kuasa undi dan suara mereka.

“Hanya dengan cara ini dapat mengajar kerajaan BN agar berubah dan prihatin terhadap rakyat,” katanya.

Menurut Herman, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan juga akan menjelajah ke seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi mengedarkan risalah kesedaran mengenai kenaikan harga barang asasi rakyat tersebut.

“Pemuda PAS Wilayah mengharapkan agar warga yang prihatin untuk turun bersama-sama pelancaran kempen dan edaran risalah pada hari tersebut,” katanya.

Berkuat kuasa 4 Disember lalu, kerajaan mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kg bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen satu kg bagi gula.

Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg. -TMI

Dokumen yang cuba disembunyikan oleh kerajaan Najib

Mungkin pada waktu ini, salinan-salinan dokumen berikut telah tersebar melalui pelbagai blog, maka diulang-siar bahan yang dipetik daripada blog ke blog untuk kita sama-sama sebarkan.

Pengunjung yang memiliki akaun FaceBook, sila klik 'SHARE' di akhir muka surat ini. Cetak, fotokopi dan sebarkan sama ada melalui edaran atau tampalan di papan-papan kenyataan yang dapat dibaca oleh RAKYAT!


Dokumen Perjanjian Antara APCO Worlwide Dengan Kerajaan Malaysia


Syaitan Jelmaan menafikan hubungan mereka dengan Israel. Bagaimana dengan dokumen ini?


Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga Pengkhianat Negara!

1. Perjanjian antara Kerajaan Israel dengan GCI International



Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan? Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia adalah juga Pengkhianat Negara! (Siapakah mereka Pengkhianat Negara?

2. Surat Setujuterima Jabatan Perdana Menteri
Sampai bila penipuan dan pendustaan Syaitan Jelmaan harus dibiarkan?
Mereka yang mengizinkan Umno dan Barisan Nasional terus berkuasa di bumi Malaysia
adalah juga Pengkhianat Negara! (Siapakah mereka Pengkhianat Negara? (Baca di sini)
 
3. Perjanjian antara Kerajaan Malaysia Dengan APCO Worldwide Sdn.Bhd
s

sumber klik di sini

Taib terbabit dengan tanah NCR berjumlah RM90 juta?


Laman sesawang Sarawak Report terus mendedahkan pembelian tanah yang mencurigakan membabitkan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya. Kali ini, membabitkan kawasan sekitar Sri Aman dan dikatakan bernilai dehingga RM90 juta. Tanah 8,800 hektar itu terletak di daerah Bijat di Sungai Tisak, timur dari Kuching. Mengikut kumpulan pejuang pribumi, Sadia Native Customary Rights (NCR) tanah itu kepunyaan masyarakat Iban. sri aman land grab

Sadia melaporkan 15 komuniti Iban menduduki tanah itu akan terjejas apabila tanah berkenaan dikatakan akan diberi secara percuma kepada anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir Taib, dijual kepada Felcra untuk penanaman semula kelapa sawit. “Masyarakat tempatan Iban berkata pembalak masuk ke kawasan mereka tanpa sebarang makluman empat bulan lalu.

Mereka baru menyedari apa yang terjadi dan sekrang ini benar-benar berang. “Tiada sesiapa yang memberitahu mereka siapa sebenarnya pembalak itudan mereka juga tidak tahu mengenai pembabitan rancangan anak Taib yang mahu menukarkan kawasan itu menjadi ladang kelapa sawit,” lapor laman sesawang itu, Rabu lalu. Katanya lagi, Pejabat Tanah Daerah, beberap hari lalu mengeluarkan surat kepada 16 ketua masyarakat Iban memanggil mereka untuk bermesyuarat tanpa dimaklumkan agendanya.

NONEMenurut Sarawak Report, ketua-ketua Iban itu percaya mesyuarat adalah berkaitan dengan pengambilan tanah mereka sambil berkata tanah mereka juga dirampas dua tahun lalu. Laporan itu mendakwa perjanjian yang dibuat pada Disember 2008 di mana Jabatan Ukur dan Pemetaan yang dikuasai oleh Taib Mahmud atas kapasiti sebagai menteri perancangan dan pengurusan sumber telah dengan rasminya menyerahkan tanh itu kepada Titanium Management Sdn Bhd. Titanium dimiliki hampir sepenuhnya oleh anak ketua menteri, Mahmud dan seorang kroni perniagaan yang dikenali sebagai Chris Chung Soon Nam (bawah, kiri).

Tanah adat NCR itu dianugerahkan kepada Mahmud sebagai balasan untuk 'bayaran tertentu yang tidak dijelaskan' kata laporan itu sambil menambah urusniaga seumpama itu adalah cara lazim oleh kerajaan Sarawak yang mempunyai kepentingan keluarga Taib. Mahmud Abu Bekir Taib, taib mahmud's son and titanium shareholder“Titanium terkenal dengan beberapa 'skandal berprofil tinggi' termasuk menerima beberapa kontrak kerajaan negeri sejak beberapa tahun lalu.” Tahun lalu, semasa wawancara Al-Jazeera dengan Menteri Pembangunan Tanah, Sarawak, Datuk James Masing mengakui pembinaan beberapa jambatan diserahkan kepada Titanium tanpa tender terbuka.

Chung dilaporkan cuba menjual tanah adat Iban itu kepada Felcra 'untuk sekurang-kurangnya RM 3,200 seekar tetapi cuba mendapatkan harga RM 4,200 bagi setiap ekar,” kata laporan sesawang itu. -M'kini

Kes Perak buktikan Speaker boleh dicabar

KUALA LUMPUR, 17 Dis: Keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa mahkamah boleh mengenepikan keputusan Speaker Dun Perak kini bakal makan tuan apabila Pakatan Rakyat mahu mencabar keputusan Speaker Dewan Rakyat.

Oleh itu, pandangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz bahawa keputusan Speaker Dewan Rakyat tidak boleh dicabar oleh mahkamah telah tertolak dengan keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Demikian kata peguam Mohamed Hanipa Maidin (gambar), Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Sebelum ini, Mohd Nazri melabelkan ahli parlimen Pakatan Rakyat sebagai 'bodoh dan gila' kerana mengugut untuk mengheret speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ke mahkamah.

Mengulas kenyataan ahli parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh - Nazri, menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal parlimen berkata mahkamah tidak boleh mencampuri urusan atau prosiding Dewan Rakyat.

“Ini kerja gila dan saya percaya ia akan ditolak oleh mahkamah kerana parlimen ada supremasinya,” katanya di lobi parlimen hari ini.

Menurut Nazri, telah ada penghakiman yang dengan jelas menyatakan bahawa mahkamah tidak mempunyai jurisdiksi atau bidang kuasa ke atas Parlimen.

Karpal yang merupakan seorang peguam sebelum ini berkata tindakan akan diambil ke atas Speaker Dewan Rakyat, Datuk Pandikar Amin Haji Mulia kerana menyalah-gunakan kuasa meluluskan usul menggantung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen yang lain, termasuk dirinya selama enam bulan.

Bagi Hanipa, Umno telah terbelit dengan tindakannya sendiri apabila seolah-olah membenarkan tindakan Mahkamah Persekutuan campur tangan dalam kes keputusan Speaker Dun Perak V Sivakumar apabila beliau menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exco haramnya.

"Adakah Nazri tidak sedar dalam kes Perak, Umno telah menyalahgunakan mahkamah untuk cabar keputusan V Sivakumar, Speaker Dun Perak.

"Bukankah Mahkamah Persekutuan telah memutuskan keputusan Sivakumar sebagai Speaker boleh dicabar. Sekarang kes Perak ini dah makan tuan," kata Hanipa dalam kenyataannya.

Ini kerana, kedudukan Speaker Dun dan Speaker Dewan Rakyat tidak ada bezanya dalam konteks sistem dewan perwakilan di Malaysia. Jika keputusan Speaker Dun boleh dicabar, maka keputusan Speaker Dewan Rakyat juga boleh dicabar. -Hrkh