Rabu, 22 Disember 2010

Bapa Campak Anak Dalam Kuali Panas

 Seorang pemabuk berusia 47 tahun yang merupakan seorang tokey membuat mee telah mencampakkan anaknya ke dalam kuali berisi air mendidih untuk merebus mee. Kejadian itu berlaku ketika dia dan isterinya bertengkar dan waktu itu isterinya sedang menggendong bayi mereka yang berusia baru 10 bulan.

Isterinya  sangat terkejut lalu cuba menyelamatkan  bayi itu, tetapi sudah terlambat, kerana 90% tubuh  bayi sudah melepuh kerana air yang sangat panas. Ibu bayi itu cuba menyiram  bayi dengan air  dan  melepas baju  bayi tetapi hal itu menambah kesakitan yang diderita  bayinya, kerana sebahgian besar kulitnya jadi terkelupas. Kemudian ibu bayi berlari ke rumahnya membawa bayi itu untuk minta pertolongan saudaranya yang kemudian membantunya membawa  bayi ke hospital.

Polis yang datang ke tempat kejadian untuk menangkap  ayah bayi itu, mendapati bapa kejam tersebut sedang memasak mee, seolah-olah tidak pernah terjadi sesuatu apapun. Di balai polis, setelah sedar, barulah bapa kejam tersebut menyesali perbuatannya, dan mengatakan bahawa dia tidak pernah berniat melemparkan bayinya ke air panas. Setelah dilakukan rawatan keadaan  bayi mula pulih tetapi pada waktu malam keadaan bertambah buruk, tiga hari kemudia, bayi berusia 10 bulan itu akhirnya meninggal dunia - malaysiasensasi.net

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz18r2rtW00

Tiada ulasan:

Catat Ulasan