Rabu, 22 Disember 2010

Kesian! Pelantikan Zaid Bermasalah?

Pelantikan Zaid didakwa tidak sah

KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM), Hanafi Mamat mendakwa pelantikan Datuk Zaid Ibrahim sebagai Ketua Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) menggantikan AKIM sebagai tidak sah.

Katanya, bekas Presiden AKIM, Zakaria Salleh sudah dipecat keahliannya dalam mesyuarat tergempar pada 11 Disember tahun lalu sekali gus beliau tidak berhak menyerahkan jawatan yang dipegangnya secara tidak sah kepada Zaid.

“Memang dalam rekod Pendaftar Pertubuhan (ROS) menunjukkan Zakaria adalah Presiden AKIM yang dipilih melalui pemilihan 26 Disember tahun lalu, namun jawatankuasa sudah memutuskan beliau dipecat sebelum itu kerana tidak berpegang kepada prinsip perjuangan parti.

“Saya sudah menghantar laporan mesyuarat pemecatan itu kepada ROS Kota Bharu, namun mungkin ia tidak dihantar ke ibu pejabat ROS. Saya akan menghantarnya sendiri dalam masa terdekat bagi membuktikan Zakaria bukan Presiden yang sah, ” katanya kepada Berita Harian, semalam.
 
http://kerabubersuara.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan