Rabu, 22 Disember 2010

Stadium pun runtuh tapi mahu bina loji nuklear?


http://images.dailykos.com/images/user/14898/chernobyl_fallout.jpg
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye menyifatkan rancangan kerajaan Persekutuan untuk membina loji nuklear sebagai satu langkah yang mengkompromikan rakyat demi manfaat kewangan.

“Kita sedia maklum dengan rekod lampau kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) yang tidak mampu menyelenggara infrastruktur yang dibina. Bina stadium, stadium runtuh.

“Jadi, tidak ada jaminan tiada kebocoran sisa radioaktif berlaku apabila loji tersebut dibina?” kata bekas Pengerusi Biro Kesihatan Parti KEADILAN Rakyat kepada Keadilan Daily.

Jika berlaku kecelakaan akibat kecuaian penyelenggaraan loji, katanya, seluruh kawasan utara Semenanjung Malaysia terdedah kepada risiko kesihatan seperti kanser dan kecacatan bayi dalam kandungan.

Dr Lee kesal kerana inisiatif untuk menjadikan Sarawak sebagai penjana tenaga hidroelektrik pada satu masa dahulu dibatal sedangkan kerajaan kekurangan sumber tenaga.

“Ini bukti kepada sikap tergesa-gesa serta perancangan tidak kemas dari Kerajaan Persekutuan,” kata Dr Lee.

http://www.our-energy.com/pictures/static_content/chernobyl/chernobyl_today.jpg
Paling mustahak, beliau berkata, meneroka sumber tenaga yang boleh diperbaharui sebagai alternatif kepada sumber tenaga sedia ada.

“Dari segi kos, tenaga nuklear agak murah dalam jangka masa panjang berbanding dengan tenaga dari batu arang dan juga gas. Namun, kos yang tersembunyi akibat pembinaan loji ini adalah kesihatan orang ramai serta kelestarian alam sekitar.

“Kerana itulah, kita perlu melihat kepada pilihan tenaga alternatif lain seperti tenaga solar dan tenaga hidro elektrik,” kata Dr Lee.

Kerajaan Pulau Pinang minggu lalu menolak cadangan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui untuk membina loji nuklear nuklear .

“Selagi Pakatan Rakyat memerintah Pulau Pinang, kerajaan negeri tidak akan menyokong atau membenarkan sebarang loji nuklear dibina di Pulau Pinang bagi memastikan rakyat negeri selamat daripada pencemarannya,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnAopg0ooKRdPOcgwmoVVhAuJeII0YvacoxSluYbxhlWwV4qCAmS_o1w3kMX1UAN8D4gVPj9cEnYLtoBsOeFXFP9_X6_B0zfpIJudABuW3tPb3FhPebsmNapTeY5qNzt3mIOoyISZlrGx_/s1600/2010-12-21_200151.jpg
Gambar kejadian letupan loji nuklear Chenobyl suatu ketika dahulu : KLIK SINI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan