Isnin, 6 Disember 2010

NAIKKAN HARGA BARANG: BN UMNO WAJAR DIHUKUM DI SARAWAK?!!!


Oleh Alan Ting

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud tersenyum lebar ketika beliau memasuki Dewan San Choon untuk menghadiri Konvensyen Barisan Nasional 2010 di Wisma MCA di sini Ahad.

Sepanjang upacara pembukaan, beliau tersenyum lebar semasa beliau mendengar ucaptama Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak, dengan tema 'Mengukuh Barisan Mendahulu Rakyat'.

Sesetengah pemerhati politik berkata mereka belum pernah melihat Taib senyum begitu lebar seolah-olah beliau tahu - selain fokus terhadap ucapan Najib - sorotan perhatian adalah terhadap dirinya.

Ramai tertanya-tanya bila dewan Negeri Sarawak akan dibubarkan bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri selepas Taib baru-baru ini mengakui bahawa beliau telah mendapat "ilham" mengenai tarikhnya.

Oleh kerana pilihan raya negeri perlu diadakan sebelum Julai tahun depan, cakap-cakap di kalangan orang dalam ialah tentang kemungkinan pilihan raya umum dan pilihan raya negeri Sarawak diadakan serentak sebagaimana dibayangkan oleh puak Taib.

"Segalanya terpulang pada Perdana Menteri sekarang. Bagi kami, kami lebih suka pilihan raya negeri dan umum diadakan serentak," kata orang dalam kepada Bernama di sini.

Sama ada ia akan diadakan serentak atau berasingan, bagi pemimpin BN Sarawak, ucapan Najib hari ini satu petanda baik buat mereka dalam pilihan raya negeri akan datang oleh kerana ia mengulangi jaminan semangat BN di kalangan pemimpin, anggota dan penyokong parti.

"Beliau telah menyatakan dengan jelas kerelevanan BN...bahawa bukan pilihan antara BN atau parti pembangkang.

"Beliau menggariskan perbezaan besar antara BN dengan parti pembangkang dan mengapa rakyat harus sedar bahawa pembangkang sebenarnya tidak berupaya," kata anggota majlis tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Alex Nanta Linggi.

Alex Nanta, yang juga anggota parlimen Kapit, berkata beliau gembira Najib telah menyampaikan ucapan yang cukup meyakinkan yang beliau sifatkan "memberi nafas baru" bila Najib secara terbuka mengingatkan pemimpin BN tentang empat penyakit iaitu khayal, lupa diri, jumud dan angkuh.

Ketua Pemuda PBB Fadillah Yusof berkata tidak ragu lagi bahawa "isyarat pilihan raya cukup jelas" dan tidak memeranjatkan jika pilihan raya umum dan pilihan raya negeri diadakan serentak.

"Bagi saya, kini hanya soal masa. Isyarat yang cukup meyakinkan," kata beliau. Sesetengah pemimpin juga percaya bila Perdana Menteri mengingatkan semua pemimpin BN mempertahankan Putrajaya dari mereka yang gila kuasa, ia satu lagi petunjuk bahawa beliau sedang memikir mengadakan pilihan raya umum dan kemungkinan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak tidak harus diketepikan.

"Sesiapa yang masih tidur, mesti bangun. Ia merupakan ucapan yang amat tegas, padat dan menunjukkan bahawa BN siap sedia bertarung dalam satu pertempuran yang amat penting," kata Penolong Setiausaha Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Richard Riot, yang juga timbalan menteri luar.

Bagaimanapun, sebelum BN dapat menghadapi sebarang pilihan raya, pemimpin-pemimpin BN perlu fokus kepada pembinaan imej terutama terhadap "empat penyakit" yang disebut Najib dan pada tempoh pasca konvensyen tentang bagaimana perwakilan dapat menyampaikan mesej ke akar umbi.

"Bagaimana mereka hendak memperkukuh semula hubungan dan menyelaras semua parti komponen agar wujud rasa tanggungjawab bersama.

"Bagaimana untuk keluar dari zon selesa.

"Bagaimana mereka harus meletakkan diri berasaskan satu matlamat bagi membina semula sokongan, itu yang penting," kata penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Sivamurugan Pandian.

Beliau berkata sama ada pilihan raya umum dan pilihan raya Sarawak diadakan serentak, banyak bergantung pada sama ada mereka sudah sedia menghadapi pilihan raya. Pengulas politik Datuk Dr Denison Jayasooria berkata tanggapan di kalangan parti-parti politik ialah Najib mempunyai rasa keyakinan yang mendalam dan amat jelas dalam mengemukakan strateginya untuk pilihan raya umum akan datang.

Katanya, tidak jadi masalah jika Najib hendak mengadakan pilihan raya pada bila-bila masa.

"Apa yang perlu dilakukan setiap parti komponen sekarang ialah menghasilkan strategi tindakan. Lebih fokus kepada 1Malaysia. Dalam masa tiga hingga enam bulan, sebaik saja dapat pastikan Kemeja Biru (warna BN) benar-benar jelas pada latar, mereka boleh mengadakan pilihan raya untuk menawan hati rakyat," kata beliau.

-- BERNAMA

KENAPA UMNO JADI SASAU DAN BUAT KECOH LAGI ? Isu “Ketuanan Melayu”

Photobucket

UMNO memang sudah biasa dengan slogan atau ungkapan-angkapan yang berupa semangat atau kepercayaan. Ini diantara slogan atau ungkapan tersebut…

“Melayu itu UMNO, Umno itu Melayu”, “ Melayu itu Islam, Islam itu Melayu”. “Hanya UMNO yang layak dan berhak memerintah”…. sekadar memberi beberapa contoh.

Kini yang terbaru beberapa hari lepas timbul lagi satu isu. Ya! isu lama yang sudah tidak relevan, sudah busuk lalu dibasuh dan direncah semula. Isu yang sudah basi, lapuk dan berkarat…iaitu.. “Ketuanan Melayu”, seolah-olah isu ini merupakan nyawa atau talian hayat bagi UMNO, padahal tak wujud pun perkataan “Ketuanan Melayu” dalam perlembagaan. Sedarlah ! wahai pemimpin Umno!! jangan sampai tertipu dek kebodohan sendiri.

Seperti kata DS Wan Azizah, rakyat perlu tahu, sedar dan insaf bahawa Ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan oleh UMNO itu tidak wujud dalam perlembagaan. Yang wujud ialah “Hak-hak keistimewaan orang Melayu” seperti yang termaktub dalam bahagian 3 Perlembagaan Persekutuan iaitu Artikel 152, 153 atau 181. Janganlah Umno cuba menganggap yang pemimpin-pemimpin PKR ini bangang macam mereka.

Dan yang agak melucukan (Lihat ini - http://www.malaysiakini.com/news/149987) seorang Peguam UMNO yang tidak berapa cerdik telah menyarankan kepada kerajaan supaya DS Wan Azizah dikenakan ISA (tahanan tanpa bicara). Tambah menggelikan hati lagi apabila peguam tersebut mencadangkan agar parti PKR diharamkan. Tidak menghairankan ! kerana memang begitulah stail atau gaya perjuangan Umno. Guna jalan mudah! Gunakan mahkamah, gunakan kuasa, gunakan kuasa veto yang ada ditangan PM. Tak berani berjuang secara anak jantan. Diajak berhujjah, senyap tak bersuara atau memberi seribu alasan. Diajak berdebat tak berani !! Jantan jenis apa mereka ini?... jantan tak bertelur !

Apa yang berlaku ketika ini, memang tidak mengejutkan rakyat. Apatah lagi parti pembangkang khasnya PKR. Reaksi dan sikap pemimpin Umno yang seolah-olah cerdik itu sebenarnya memerangkap dan menjerat leher mereka sendiri. Mereka tak sedar mereka menembak dengan peluru kosong atau peluru kapor. Mereka menembak dengan meriam buluh yang boleh meletup kosong dengan menggunakan “kabait”.
Pembangkang hanya perlu menutup telinga dengan kapas,… itu saja.

Rakyat tidak terkejut apabila pemimpin-pemimpin Umno serta ahli-ahli Umno yang sejati menjadi kecoh dan sasau apabila DS Wan Azizah dalam ucapannya di Majlis Kongres PKR baru-baru ini menyeru supaya rakyat memperjuangkan “KETUANAN RAKYAT” dan tinggalkan “ketuanan Melayu” yang hanya banyak menguntungkan segelintir gulungan elit atau pemimpin UMNO. Rakyat jelata jauh sekali dari mendapat nikmat “pelanduk panggang” atau ketuanan Melayu dihebuh-hebuhkan itu, melainkan hanya asap api panggang yang memedihkan mata.

Sememangnya slogan dan ungkapan-ungkapan sepertimana beberapa contoh di atas, dicipta bertujuan untuk memberi semangat, keyakinan, pegangan dan kepercayaan kepada ahli-ahlinya. Akhirnya mereka menjadi amat percaya dan taksub dengan ungkapan keramat itu. Sama ada mereka sedar atau tidak mereka telah menghampiri khurafat, dan bukan kah khurafat itu hampir kepada syirik?. Wallahhu’alam.

Apa yang penulis tahu Umno bukan peduli itu semua? Agama pada mereka perlu dilihat pada kulit saja. Apa sangatlah dengan khurafat! Banyak lagi dosa-dosa besar yang mereka buat dan tidak menjadi kudis pun. Betul! Di dunia mungkin terlepas, tetapi pembalasan di akhirat adalah pasti!!

(Sila lihat artikel selanjutnya di - http://www.malaysiakini.com/news/149987)

Furkan Dogan: “Dalam Jam Yang Terakhir Ini, Adakah Yang Lebih Indah Dari Syahid?”

Dipetik dari http://haluanpalestin.haluan.org.my/ (dengan tambahan video & komentar dari inksensei)

Mavi Marmara: Memperingati Kesyahidan Furkan Dogan (1991-2010)

Furkan Dogan (20 Oktober 1991 – 31 Mei 2010) adalah seorang warga negara Amerika dan penduduk tetap Turki yang merupakan orang termuda terbunuh dalam serangan armada bantuan kemanusiaan ke Gaza. Beliau seorang pemuda yang baru berusia 19 tahun pada ketika hujan peluru Israel mengakhiri hidupnya di kapal bantuan kemanusiaan Mavi Marmara pada 31 Mei 2010.  Furkan Dogan lahir di Troy, New York Amerika Syarikat. Kedua orang tuanya berasal dari Turki kemudian mereka  berpindah ke Turki ketika Furkan berusia dua tahun. Ayah beliau, Ahmet Dogan, lulusan dari Rensselaer Polytechnic Institute dengan gelaran MBA dalam bidang perakaunan, adalah pembantu profesor perakaunan di Universiti Erciyes.



Furkan sedang merakamkan serangan Israel ketika seorang komando Israel melepaskan tembakan pertama menghala tepat di wajahnya. Lima tembakan telah dilepaskan kearah Furkan meyebabkan dia mati dengan wajah yang tidak dikenali. Autopsi mendedahkan, Furkan telah ditembak di hidung, punggung, belakang kepala, kaki kiri, dan pergelangan kaki kiri, pada jarak 45 cm.

Mavi Marmara, adalah kapal terbesar dari kumpulan armada antarabangsa yang terdiri dari enam kapal yang menyertai Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza. Bantuan ini  membawa makanan, ubat-ubatan dan peralatan sekolah ke sempadan Gaza sebelum ianya dikepung. Israel telah menyekat Gaza sejak kerajaan Hamas yang dipilih secara demokratik pada tahun 2006 memerintah. Selama lebih dari tiga minggu, bermula pada Disember 2008 dan Januari 2009, Israel telah menyerang Gaza, men ceroboh dan menghancurkan infrastruktur asas dan membunuh lebih daripada 1,400 warga, sebahagian besar daripada mereka wanita dan anak-anak.


Pada hari kejadian, pihak keluarga Furkan telah mengetahui nama-nama dari lapan warga negara Turki yang telah dibunuh di Mavi Marmara tetapi salah satu korban belum dikenalpasti. Ketika ayah Furkan pergi menemui mangsa kejadian setelah di bawa ke Turki, dia tidak tahu bahawa anaknya telah dibunuh. Malahan, disebalik hajat untuk menemui anaknya, dia telah dibawa untuk mengenalpasti mereka yang telah terkorban.

Dalam reaksi segera pembunuhan aktivitis yang berada dalam kapal Mavi Marmara, Viva Palestin telah mengumumkan rancangan untuk meneruskan misi bantuan kemanusiaan lain ke Gaza. Viva Palestin, merupakan sebuah badan amal yang berpusat di United Kingdom diasaskan oleh bekas Ahli Parlimen George Galloway, telah melancarkan konvoi bantuan melalui darat pada awal Mac 2009 tidak lama selepas serangan Israel berakhir. Pada tarikh 18 September 2010 selepas empat misi kemudian, Viva Palestin 5 telah meninggalkan United Kingdom untuk ke Gaza.

Konvoi Viva Palestin 5 tiba di Kayseri pada akhir 29 September dan bermalam di sebuah gunung yang menghadap bandar. Aktivis telah menuju ke Kaseyri dengan tujuan untuk melawat makam Furkan dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarganya. Keesokan paginya rombongan diberitahu bahawa konvoi akan melewati sekolah tinggi dimana Furkan telah menamatkan pengajiannya. Para pelajar dari sekolah tersebut telah bersedia menunggu rombongan tersebut. Seketika, telah ada para pelajar yang beratur dikiri kanan jalan, tidak diketahui telah berapa lama mereka disitu. Masing-masing berwajah sugul, sambil diam menahan sebak namun dengan bangga mengangkat potret Furkan ketika konvoi melintasi mereka.

Hanya kata-kata yang indah terucap ketika para aktivis berada di tanah perkuburan. Kemudian mereka bertemu dengan keluarga Furkan di sebuah pusat komuniti yang baru dibina untuk menghormati dan menghargai Furkan. Datuk dan pakciknya jelas sedang menanggung kesedihan yang amat atas pemergian Furkan, ditambah dengan garis-garis usia yang telah memakan wajah mereka. Tapi kesedihan pakciknya itu jelas. Terbayang keputus-asaan di wajahnya yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.
Ayah Furkan mengatakan bahawa “Furkan adalah seorang warga negara Amerika sahaja dan dia tidak pernah berfikir bahawa dia akan dibunuh kerana dia adalah seorang warga negara Amerika.”

Di dalam kapal, beliau sempat menulis dalam buku hariannya pada tarikh 31 Mei 2010:

“Ini adalah jam terakhir untuk mati syahid, insya Allah aku bertanya-tanya jika ada perkara yang lebih indah .. Perkara yang lebih indah hanya ibuku, tapi aku tidak yakin. Perbandingannya adalah sangat sukar. Kesyahidan atau ibuku. Sekarang dewan kami telah dievakuasi. ”

*video berikut adalah tulisannya tersebut yang telah diterjemah ke 5 bahasa:
Sebelum Furkan menyertai misi bantuan, beliau baru saja memperoleh markah yang tinggi pada ujian kemasukan perguruan tinggi Turki. Bermakna dia boleh mendaftar di mana-mana institusi perguruan tinggi yang diminatinya.

“Dia bukan aktivis politik,” kata ayahnya lagi.

“Dia hanya seorang sukarelawan, seorang aktivis kemanusiaan yang ingin membantu orang lain. Dia ingin belajar untuk menjadi seorang doktor, seorang doktor mata. ”

Setiap negara harus bangga memiliki seorang anak muda seperti Furkan. Cerdas dan dewasa melebihi usianya yang sebenar.  Furkan juga sudah mengabdikan hidupnya dalam sebuah perjuangan demi keadilan Palestin.

Suntingan oleh Halimah Jaafar, HALUAN Palestin Kelantan

inksensei:
*Menurut satu sumber yang lain, Furkan mati ditembak ketika cuba mempertahankan seorang ibu yang mengandung di atas kapal tersebut dari ditembak tentera Yahudi. Wallahu’alam. Apa-apapun sebabnya, Furkan insyaAllah telah mendapat apa yang dicitakannya kerana keikhlasannya. Bagaimana dengan kita?

Untuk video berkaitan, sila klik link2 di bawah:
DN! New Video Smuggled (1) – Israel’s Deadly Assault on Gaza Aid Flotilla
DN! New Video Smuggled (2) – Israel’s Deadly Assault on Gaza Aid Flotilla

http://inksensei.wordpress.com/

Barakallahu Lakuma – Maher Zain


We’re here on this special day
Our hearts are full of pleasure
A day that brings the two of you
Close together
We’re gathered here to celebrate
A moment you’ll always treasure
We ask Allah to make your love
Last forever
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
From now you’ll share all your chores
Through heart-ship to support each other
Together worshipping Allah
Seeking His pleasure
We pray that He will fill your life
With happiness and blessings
And grants your kids who make your home
Filled with laughter
Let’s raise our hands and make Dua
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Baraka Allahu Lakuma wa Baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fee khair.
Barakallah hu lakuma wa baraka alikuma
Wa jamaah baina kuma fii khair.
بارك الله
بارك الله لكم ولنا
الله بارك لهما
الله أدم حبهما
الله صلّي وسلّم على رسول الله
الله تب علينا
الله ارض عنا
الله اهد خطانا
على سنة نبينا
Let’s raise our hands and make Du’a
Like the Prophet taught us
And with one voice
Let’s all say, say, say
بارك الله لكما وبارك عليكما
Barakallahu Lakuma wa Baraka alikuma

Rakyat di tipu lagi ?

Penjelasan Hududullah & Bagaimana hukum Hudud boleh dilaksanakan



Penjelasan Hududullah & Bagaimana hukum Hudud boleh dilaksanakan di Malaysia

Penceramah : YB Dr Fadzli Dato Hj Hassan
Exco Kerajaan Negeri Kelantan

Tarikh : 10 Ramadhan 1431 / 20 Ogos 2010
Tempat : Medan Ilmu

Sultan Kelantan Lucut Dua Pingat Darjah Kebesaran Tengku Razaleigh

KOTA BAHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V perkenan menarik balik dua pingat darjah kebesaran dengan salah satunya Darjah Kerabat (D.K) yang dikurniakan kepada tokoh politik negara, Tengku Razaleigh Hamzah.

Dua pingat kebesaran tersebut ialah Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (D.K)(Al-Yunusi) dan tauliah Pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K) Al-Muhammadi I). Pada sidang media di Istana Balai Besar, di sini, Ahad malam, SetiausahaKerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias, mengumumkan penarikan balik anugerah itu berkuatkuasa 2 Disember lalu.

Darjah Kerabat dikategorikan sebagai pingat tertinggi istana dan dikhaskankepada keluarga diraja.
Mohd Aiseri juga mengumumkan penarikan balik tauliah pelantikan Ahli YangKedua (Dato' Paduka) bagi darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Yang Amat Mulia(D.J.M.K.) (Al-Ismaili I) daripada Dr Yaacob Hussain Merican, 72, sertapelantikan Jaksa Pendamai (J.P.), juga berkuatkuasa pada tarikh yang sama. Tengku Razaleigh, 73, Ahli Parlimen Gua Musang, adalah datuk saudara kepadaSultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

"Menjunjung titah perintah ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad VAl-Sultan Kelantan, saya memaklumkan bahawa baginda telah mengampuni perkenanmenarik balik darjah kebesaran dan anugerah kedua-dua individu itu," katanya.

Menurut Mohd Aiseri mereka yang terbabit dalam penarikan balik darjahkebesaran itu telah dimaklumkan melalui surat serahan tangan sehari selepas itu.

Beliau berkata penarikan balik darjah kebesaran itu adalah hak bagindaSultan yang dijalankan menurut hemah dan budi bicara baginda.

Difahamkan Tengku Razaleigh dikatakan mengeluarkan kenyataan menyinggungperasaan Tuanku melalui siaran akhbar berbahasa Cina pada 14 Septemberlepas kerana meragui pelantikan Tuanku sebagai Pemangku Raja.

Manakala Yaacob mewakili anak guamnya dalam mengemukakan saman terhadappelantikan baginda sebagai Sultan Kelantan di Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur pada 25 Oktober lepas.

Pada Oktober lepas, Sultan Muhammad ke-V menarik balik anugerah dan darjahkebesaran daripada empat individu termasuk gelaran 'Datuk' kepada Ahli Parlimen Pasir Mas, Ibrahim Ali dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Wan Hashim Wan Daud.

Dua lagi individu adalah kerabat Istana Kelantan iaitu Tengku Mohamed ShafieTengku Ibrahim dan Tengku Abu Bakar Tengku Mansor.

Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai SultanKelantan pada 13 September lalu. - BERNAMA

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/12/6/mstar_berita/20101206075137&sec=mstar_berita

Ulamak Mesti Berani Menegur

Oleh Ustaz Idris Ahmad
Parti Islam Se-Malaysia PAS bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom supaya ilmuwan agama berani menegur kesalahan yang dilakukan oleh masyarakat apabila ada unsur-unsur penghinaan kepada Islam.

Jangan hanya nasihat ini ditujukan kepada ulamak supaya menegur kesilapan orang yang tidak sealiran dengan kerajaan sahaja malahan teguran ini juga perlu ditujukan kepada pemimpin negara yang melakukan kemungkaran.

Kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin lebih merbahaya jika tidak dicegah, berbanding dengan kemungkaran yang dilakukan oleh rakyat biasa. Kerana mereka difokus oleh media dan menjadi ikutan kepada rakyat.

PAS juga mengharapkan supaya golongan agama dalam Umno berani dan tegas menegur segala bentuk kemungkaran yang semakin teruk kerana ia dinaungi oleh pemerintah. Ketika kerajaan mencadangkan di dalam Program Tansformasi Ekonomi dengan memasukkan cadangan supaya hiburan kelab malam di buka sampai pagi, rakyat tidak mendengar lagi teguran yang dibuat orang agama dalam umno walaupun program ini akan memusnahkan jiwa manusia. PAS tidak tahulah kalau teguran itu dibuat dalam bahasa isyarat kerana kemungkinan kerajaan dan ulamak dalam Umno orang kurang upaya (OKU).

Teguran yang paling berkesan sekali ialah kepada pemimpin negara. Sebagai mana hadis Nabi Muhammad SAW menyebut ‘Penghulu kepada orang yang mati syahid ialah Hamzah Abdul Mutalib dan lelaki yang bangun menyatakan kebenaran kepada pemimpin yang zalim, lalu di bunuh"

Rakyat tentu masih ingat ketika kabinet mengarahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) untuk menyediakan garis panduan hiburan, kerajaan hanya membakul sampahkan sahaja. Orang agama dalam JAKIM ialah kakitangan kerajaan, bukan daripada ulamak PAS dan tidak ada mana-mana parti.Jika teguran JAKIM pun kerajaan tidak mahu dengar apalah yang hendak diharapkan kepada perkara yang lain.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

CERAMAH ISU SEMASA

Polis tak perlu Mengganas sebegini

http://p111kotaraja.blogspot.com/

Gambar ini menceritakan apa yang berlaku sebenarnya di hadapan Stesyen KTM berhampiran Masjid Negara, Polis bagai dirasuk membedil berpuluh-puluh peluru kearah kami tanpa rasa ehsan walau pun  Negeri ini ialah Selangor Darul Ehsan.


Tidak cukup dengan bedilan asap beracun, kami juga dibedil dengan meriam air yang mengandungi asid yang sungguh menyakitkan.

Awalnya, aman aje .. penulis dan rakan-rakan bergambar bersama YB Jawa.
 Rilek je brother ni diatas tangga menuju Masjid Negara
Aci ni bagus betul, kalau anda lelaki sihat walafiat yang mengaku pejuang tapi tak ada apa hal dan berada di Lembanh Klang, duduk terkangkang dirumah, boleh fikir semula layak ke tidak dengan gelaran itu.

 YB Dr Zul
 Kain pemidang gergasi
 En Kamaruddin (janggut putih jadi OKT) pada hari ini
 YB ku YB Shuhaimi, ADUN Sri Muda ... mana baju merah YB
 Ketua Peneranga PAS Kota Raja sedang memberi penerangan kepada sahabat Cina.
 Abang Mat ... dipanggil khas oleh MB Selangor untuk mempengerusi dan merangka strategi perhimpunan kali ini.
 Syed Shahril
 Bersama cikgu Bard
 Solat Zuhor

 15000 sedang menanti untuk berarak ke Istana Negara.
 Pimpinan Mahasiswa
 Suasana di anjung Masjid
 MB sedang berucap
 Barisan depan perarakan bersama ADUN dan Ahli Parlimen
 Lega .... Cikgu Bard bagi tahu, istana beri lampu hijau dan polis bagi kerjasama untuk berarak mengiringi MB ke Istana bagi menghantar Memorundum
 Mula berarak dengan tenang disamping mendengar ucapan dari Mat Sabu
 Meneruskan langkah ke istana dengan tenang dan gembira disamping mengiringi ungkapan kata-kata oleh Cikgu Bard bahawa siapa larang rakyat bertemu YDP Agong dianggap derhaka.
 Alamak samapi depan Stesyen KTM, STOP pulak, lepas nampak Polis Tarfik bermotosikal minta laluan, sah dibelakangnya kereta MB dan Exco YB Iskandar. Lepas sahaja kereta MB dihadapan FRU, terdengar lebih kurang 4 das tembakan amaran keudara. Cikgu Bard, Dr Mariah, Mat Sabu, YB Teng, dan semua pimpinan negeri dan Parlimen Selangor dan WP terus minta laluan dari hadangan polis untuk ke istana.
 Ni dia yang kami dapat, bedilan demi bedilan membuatkan semua lari lintang pukang menyelamatkan diri.
 Brothe ni dari hulu Selangor lenjun kena bedil meriam air. tak boleh tahan katanya.
 Kami berundur, dan mara semula bila Polis tidak bertindak membedil kami.
 Kami mara semua kehadapan menghala Polis.
 Polis membedil semula kearah orang ramai.
 Semakin lama semakin dahsyat tanpa henti
 Polis semakin menggila, Ini pula bedilan meriam air jarak jauh
 Tak cukup dengan meriam air diteruskan pula dengan bedilan peluru asap beracun, ini betul-betul tak boleh ooooo.
 Pemimpin mahasiswa berundur dan meneruskan ucapan dianak tangga menuju masjid negara
 Peserta memijak t-shirt syabas

Otai reformasi jalanan Pemuda PAS Ust Ridzuan Md Nor .... sedap dengar ucapannya berapi-rapi. depan Ust ridzuan ialah berkopiah putih ialah Tn Hj Hakim, Setiausaha PAS Kawasan Kota Raja bersama AJK PAS Kawasan Sdr Kamaruddin dan Pemuda PAS Kota Raja Sdr Adan Abd Karim ditahan Polis ketika Polis menyerbu Masjid dan menangkap OKT. tahanan dibawa ke IPD Cheras. YB Dr Mariah memaklumkan bersama Sdr Majid, Sdr Iksan dan Sdr Azizi ke IPD Cheras untuk memberi sokongan moral kepada OKT berjumlah 52 orang dan cuba membebaskan mereka.
 Rishamuddin Rais, seakan tahu apa akan berlaku meminta lapangkan ruang tangga kerana katanya pasti polis akan datang, tapi ucapan tetap diteruskan
 10 minit lepas tu betul-betul ratusan polis menyerbu dan cuba menangkap orang ramai dan mengejar kami hingga kedalam masjid tanpa buka kasut. Suasana jadi kelam kabut didalam masjid, orang ramai lari mundar mandir.
 Ketua AMK ditemui berhampiran Masjid
 YB Tian Chua juga ada dfisana selepas cuba merempuh pertahan polis.
 Orang KUAT Dewan Muslimat ni ... siapa tak kenal rugi ....
 Nampak stecher datang menghala saya.
 Dia kena serangan jantung akibat keganasan Polis
 Kesian mamat ni, ambulan membawanya kehospital
 YDP PAS Kota Raja bersama Ketua Kampung Johan Setia.
 Terkejut ... Kak Hanim orang kuat LPN PAS Pusat datang menegur saya
 Terduduk YB Shuhaimi ... keletihan agaknya.
 En Adam KC Tmn Setia berbincang dengan YDP PAS Kawasan
 YB Dr Xavier dan YB Zuraidah berbincang serious.
Barisan OKT selama 5 orang (Pemuda PAS Kota Raja) antara yang paling awal ditahan polis dihadapan muzium negara ... kira-kira jam 11.00 pagi .... mereka ditahan dalam lori polis dan dibebaskan menjelang waktu Zuhor .... bagus jugas polis ni.