
MAKLUMAN DAN JEMPUTAN MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH BERSAMA DR SHEIKH WAHBAH ZUHAILY (SYIRIA), YAB TUAN GURU HJ NIK ABD. AZIZ NIK MAT DAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM.
Adalah dimaklumkan, sebagaimana yang telah dipersetujui dalam mesyuarat MPP – PKR yang lalu, Biro Pemahaman & Pemantapan Agama (BIPPA) bersama Majlis Pimpinan Negeri Selangor akan menganjurkan MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH bersama ulama besar dunia Dr Sheikh Wahbah Zuhaily dar Syiria serta YAB Dato Tuan Guru Hj Nik Abd. Azizi bin Nik Mat dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang akan berlangsung seperti butir berikut:
14 Mei 2011 (Sabtu)
Stadium Tertutup, Selayang, Selangor D.E.
Bermula jam 7 malam.
2. Sehubungan dengan itu saya ingin memaklumkan serta menjemput tuan serta pimpinan semua peringkat untuk sama-sama menghadiri dan memberikan isyarat yang kuat kepada pemerintah bahawa rakyat menolak fitnah yang merugikan semua rakyat dan Negara.
3. Saya juga amat berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat membantu menghebahkan program ini seluas yang mungkin, melalui blog, Twitter, FB, SMS dan apa juga medium yang dimiliki.
Sekian, dimaklumkan. Terima kasih.
YB Ahmad bin Kasim
Pengerusi,
Biro Pemahaman & Pemantapan Agama,
Parti Keadilan Rakyat.
—-
TENTATIF PROGRAM
MUNAJAT RAKYAT MENOLAK FITNAH & CERAMAH PERDANA .
ANJURAN BERSAMA PKR SELANGOR DAN BIRO PEMAHAMAN & PEMANTAPAN AGAMA (BIPPA).
6.30 PETANG : kehadiran tetamu / orang ramai.
7.00 malam : persediaan untuk solat maghrib.
7.20 malam : Solat Maghrib.
Tazkirah Maghrib : Qazaf dan Sumpah Laknat – Antara Syariat & Adat.
Oleh : Ust Hj Abd. Ghani bin Samsudin (Syura)
8.33 malam : Solat Isya’
Solat Hajat pimpinan Dr Sheikh Wahbah Mustaffa Al-Zuhaily.
9.00 malam : Ceramah Perdana :
i)YB Azmin bin Ali (Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor)
ii)Tn Hj. Mohd. Azmi bin Abd. Hamid (Pengerusi SAF Anti Fitnah)
(Membaca Deklarasi SAF untuk rakyat Malaysia)
iii)YB Dato Tuan Guru Hj. Nik Abd. Aziz Nik Mat (Murshidul Am PAS)
iv)YB Dato Seri Anwar bi Ibrahim (Ketua Umum Keadilan)
v) Dr Sheikh Wahbah Mustaffa Al-Zuhaily di terjemah oleh Dr Mohd. Nur Manulty (Ketua Penerangan PKR)
Moderator Majlis: Dr Badrol Amin Bahron (Ahli MPP)


Katanya, program yang dianjurkan itu amat baik dan bersesuaian di dalam masyarakat berbilang kaum di negara ini terutama dalam konteks penyatuan masyarakat di negara ini.
Mengupas lebih mendalam mengenai maqassid syariah, Dr Wahbah berkata, ia adalah asas kepada agama Islam dan dianggap sebagai akar umbi agama. 

Kemudian yang ketiga kenapa Lynas yang datang beroprasi disini, dia menggunakan 'standard' piawaian negara China (dan) tidak mengunakan piawaian negara Australia, sebagaiamana (sedangkan) dia (Lynas adalah sebuah) syarikat (dari) Australia. Dalam piawaian Australia kita dapati bahawa kerajaan Australia telah meletakkan syarat (kedudukan kilang) 35 km jauh dari penempatan manusia..tapi hari ini kita lihat apabila dia mengambil piawaian China, kedudukan kilang ini (letaknya) 2 km (daripada) ada Taman Perumahan (iaitu) Balok Perdana, Balok Makmur dan perkampungan yang lain. yang bila kita kita lihat perkampungan itu yang (letaknya) di sekiling kilang ini. jumlah penduduk yang ada dalam sekitar 5 hingga 10 km. ada (kira-kira) 16 ribu (orang) penduduk. Kemudian bila kita check (semak) dalam internet, antara wilayah yang terkesan dengan pemprosesan 'rare-erath' ini ialahi adalah Bota, di negara China dekat dengan Mongolia dan kita dapati bahawa NGO alam sekitar (disana) mengisytiharkan air tidak boleh untuk digunakan untuk manusia, untuk haiwan, tumbuhan, dan inilah yang menjadi kebimbangan kita pada hari ini. (kita harap) agar ini tidak berlaku kepada negara kita pad hari ini. Sebab itulah hari ini kita menentang penubuhan Lynas dan kita menggerakan pelbagai cara untuk memastikan bahawa kilang ini tdak beroperasi.
Suhaimi - kempin yang telah kita buat ini kita diperingkat (kampung) Balok khususnnya kita telah tubuhkansatu Jawatankuasa untuk menentang Lynas ini dan jawatankuasa ini juga disokong oleh PAS negeri Pahang melalui (pesuruhjaya) Datuk Tuan Ibrahin Tuan Man baru-baru ini telah memberikan satu komitmen untuk bersama-sama untuk menggerakkan rakyat dan kita duduk dalam komiti 'SAVE MALAYSIA' dan beberapa lagi NGO alam sekitar yang pada hari in sedang bergerak rancak untuk menentang Lynas ini
Sehubungan itu, semua akhbar diminta mendapatkan komen pelbagai pihak antaranya pemimpin parti komponen BN, penganalisis ekonomi dan tokoh akademik bagi menyokong kenyataan Najib itu.
Dalam laporan polis itu, beliau berkata SMS berbentuk "ancaman serius" terhadap anaknya diterima daripada seseorang yang tidak dikenali kelmarin.
Dalam laporan hari ini, Nurul Izzah berkata beliau menerima ugutan SMS kedua yang hampir sama semalam.
"Dia juga meminta agar saya menelefon beliau dengan segera. SMS tersebut diulang dua kali pada hari yang sama," katanya.