Tok Guru Nik Aziz bersolat di padang bola ketika hadir menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak Piala YAB Tok Guru..........goooool, goooool, kita rembat harta rakyat............
Tok Guru Nik Aziz bersolat di padang bola ketika hadir menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Bolasepak Piala YAB Tok Guru
PETALING JAYA: Pengendali blog sharpshooter.blogspot, Amizudin Ahmat tidak gentar untuk berhadapan tindakan saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi oleh Menteri Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim baru-baru ini.
id tiada unsur politik??? Apasal? Rakyat tak percaya ke? Orang politik tak berpolitik macam musang kata dia sepsis yang tak makan ayam! Hihihi.. Tgk gambar-gambar tu.. Lu pikir lah sendiri…
Jumpa Najib: Sesetengah ADUN BN menipu
"Saya terdengar ada yang cuba untuk mengatakan sesuatu, tetapi Najib yang menyelak halaman buku notanya dan bertanya 'awak pasti?'dengan suara yang jelas," kata Dr Jerip, yang juga ADUN Bengoh.
Sebuah pertubuhan belia di Kuwait menggesa satu tunjuk perasaan diadakan di luar bangunan parlimen negara itu bagi membantah ‘amalan tidak demokratik’ kerajaan dan meningkatkan tekanan agar ia disingkirkan.Datuk Mohamad Khusrin Munawi hari ini menerima tugas pertamanya sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor apabila diminta membantu menangani masalah penduduk setinggan yang mendiami tanah negeri itu. Perkara itu dimaklumkan kepada Mohamad Khusrin oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim apabila kedua-dua mereka mengadakan pertemuan di pejabat Menteri Besar di Bangunan SUK di sini, hari ini.
Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan berkata pada pertemuan itu, Mohamad Khusrin juga diminta menyediakan laporan dari masa ke masa kepada kerajaan Selangor mengenai maklumat terkini hartanah yang dimiliki kerajaan negeri demi mengenalpasti nilai tanah terbiar dan bermasalah.
"Mohamad Khusrin juga diminta meneruskan usaha-usaha kerajaan Selangor menangani masalah kecurian pasir yang boleh mengganggu pendapatan kerajaan negeri," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu bagaimanapun tidak menyebut sama ada Abdul Khalid membenarkan Mohamad Khusrin mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapannya bagi membolehkan
SUK itu menghadiri mesyuarat exco dan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor.- Bharian
Menteri Besar telah memberitahu Mohamad Khusrin bahawa beliau perlu bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan hartanah milikan Kerajaan Selangor ini dijaga dengan baik.
Abdul Khalid juga menyarankan supaya Mohamad Khusrin mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. - Hrkh
KUALA LUMPUR, 8 Feb: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyokong dan menggesa agar muzakarah di antara Majlis Fatwa Kebangsaan dengan PAS yang diketuai Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat segera diadakan bagi menjernihan kekusutan dan menyelesaikan perselisihan yang berlaku.
Mungkin agak terlewat untuk menyatakan pendirian dalam isu ini. Namun bagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang merupakan salah satu NGO pendiri yang mendukong Himpunan Aman Solidariti rakyat Malaysia terhadap rakyat Mesir yang bangkit menentang regim mengecam kenyataan dangkal perkauman sempit yang dilontar oleh Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tan Keng Liang.
Nurul Izzah: Jejantas apa RM70,422 semeter?
Semalam, ketika perasmian jejantas itu, Ketua Pegawai Eksekutif KLCC Holdings Sdn Bhd Hashim Wahir dilaporkan berkata, RM10 juta digunakan bagi menyiapkan pembinaan fasa pertama jejantas yang menghubungkan KLCC dengan Hotel Impiana itu.
Dalam kenyataan hari ini, Nurul Izzah berkata, walaupun gembira dengan kemudahan baru beliau berkata, masih banyak persoalan yang perlu dijawab, terutamanya oleh Menteri wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik (kanan) dan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail. "Berapa sebenarnya angka pembinaan jejantas itu? Ekoran jejantas itu berhawa dingin, berapa kos pengurusan dan operasi dan apakah kosnya akan sentiasa meninggkan ekoran kenaikan harga elektrik?
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata cadangan itu akan dibentangkan pada Persidangan Ekonomi Pakatan yang dijadualkan pada bulan depan.
"Oleh itu, masanya telah tiba untuk rakyat menilai dasar-dasar baru yang radikal untuk mengurangkan harga kereta dan rumah," katanya pada sidang media mingguan di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya, pagi tadi.
Ahli parlimen Gombak itu juga menjelaskan prospek malap ekonomi negara dan ketidakupayaan rakyat menikmati taraf hidup baik berpunca daripada tindakan melindungi kepentingan kroni.