Isnin, 11 April 2011

Kami mahu tukar kerajaan kerana kami mahu tanah kami balik…



Ceramah Anwar Ibrahim di Kampung Tunku Abdul Rahman, Miri, di mana beliau disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh daripada lebih 500 orang penduduk Iban

Kedudukan BN Sarawak kini 50:50

(Sambutan rakyat kepada ceramah Pakatan Rakyat di Batu Kawa, Kuching malam tadi)

BINTULU, 11 April: Laporan kedudukan Barisan Nasional (BN) Sarawak 50:50 bukan lagi perang saraf dalam alam siber tetapi kini sudah menjadi realiti di kalangan penduduk Sarawak bahkan menjadi igauan ngeri pemimpin BN Sarawak.

Mimpi ngeri ini bukannya lagi berada pada bibir-bibir mulut pemimpin Pakatan Rakyat tetapi kini dalam tubuh para pemimpin parti-parti komponen BN di Sarawak yang sudah terasa kehadirannya sejak kempen bermula.

Inilah laporan lapangan yang boleh dbuat dari Bintulu sekarang, kata jurucakap PAS Bintulu dalam laporannya kepada Harakahdaily.

"Yang paling kurang akan berlaku dalam pilihan raya ini menurut maklumat yang kami dapat dan mood rakyat Sarawak adalah BN akan hilang kuasa 2/3 dalam Dewan Undangan Negeri Sarawak akan datang," tulis laporan itu.
Kenyataan dari pemimpin kecil PBB di peringkat cawangan bahawa tidak mengundi BN diibaratkan MENDERHAKA adalah ciri ketakutan dan bolehlah dijadikan satu slot dalam filem “Hantu Mak Limah balek Kampong”.

Ia dibuat untuk menambahbaik lagi kelucuan jalan cerita dalam filem tersebut, katanya.
"Kami berkeyakinan pertandingan sengit akan berlaku semasa pilihan raya di seluruh Sarawak, bukan di bahagian-bahagian tertentu sahaja.

"Bak kata orang-orang bae (bintulu) “ yak lah masanya selau BN mulik mapun Kuala Lumpur” ( inilah masanya BN balik ke Kuala Lumpur)," katanya.

Penduduk tempatan tahu, keadaan pribumi Sarawak terutama kaum Iban sangat menyedihkan.
(Penempatan Iban di Kampung Sg Plan, DUN Kidurong, Bintulu)

Mereka menjadi alat penerokaan dan pemberi hasil lumayan untuk ekonomi Sarawak dalam keadaan mereka tidak sedar mereka hanya menjadi alat untuk mengkayakan pemimpin kapitalis di bumi mereka sendiri.

Satu persoalan besar di sini, adakah bekas penyandang Ketua Menteri Sarawak ketika ini, Tun Patinggi Taib Mahmud masih tidak terasa malu dalam meminta undi agar rakyat tetap menyokong kerajaan beliau dan BN.

Usaha Najib tekan Taib gagal
Menjelang hari penamaan calon baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yasin dikatakan gagal untuk memujuk Taib Mahmud agar mengundurkan apabila kedua-dua tidak menerima syarat yang dikenakan Taib.

Ekoran itu, Taib tidak pernah memberikan kata putus bilakah beliau akan berundur walaupun Najib terus menekan beliau agar berundur dalam kempennya di Sarawak. Semalam Najib mengulangi lagi janji ini di depan rakyat Sarawak, namun adakah Taib bersetuju, tidak diketahui.

Bagi penduduk Sarawak, cara paling baik untuk memastikan Taib berundur adalah mengalahkan BN di Sarawak dan memberikan kepercayaan kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri itu.

"Tidak salah memberikan kepercayaan kepada Pakatan dalam usaha untuk memberikan kuasa kepada rakyat kerana selama ini rakyat hanya dipergunakan untuk kekayaan pihak Kuching dan Kuala Lumpur sahaja," kata seorang pensyarah universiti tempatan di Sarawak kepada Harakahdaily.

"Kalau pemilihan Pakatan tidak betul, kita boleh tukar balik dalam pilihan raya akan datang. Di Semenanjung, rakyat boleh buat di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak dalam pilihan raya umum lalu. Nampaknya rakyat di sana selesa bahkan banyak kebaikannya, kenapa tidak kita di Sarawak," tambah beliau yang enggan namanya disiarkan. -Hrkh

MASYA ALLAH SUNGGUH TIDAK SANGKAAA !

Gambar : Ribuan Kaum Cina Sarawak Banjiri Ceramah Tok Guru Nik Aziz












Bunuh Umno dulu, yang lain kira kemudian

Oleh Penarik Beca

Ramai yang saya temui marah-marah dengan perbuatan terkutuk media-media kurang ajar dan berhati iblis yang menggambarkan Ahmad Sarbani Mohamed bunuh diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur. Ada yang kata, "dia duduk tingkat tujuh. Kalau nak, baik dia bunuh diri kat rumah dia. Lagi tinggi".

Tak tau la, tapi ada yang beritau bahawa Ahmad Sarbani juga imam di surau dekat rumah dia. Malah, ada orang kampungnya yang marah-marah berkata, "orang kampung kami bunuh diri tak de, bunuh orang ade le.."

 
Salah seorang kawan berkata, "kalau satu kes (terbunuhnya Teoh Beng Hock di premis SPRM) boleh la nak kata kebetulan. Kalau dah dua kali memang betul-betul". Saya tak ingat dengan tepat, tetapi sekurang-kurang tiga orang yang saya temui menyebut "suruhanjaya pembunuh rakyat Malaysia". Saya harap mereka tidak merujuk kepada SPRM walaupun apa yang depa sebut sebagai "suruhanjaya pembunuh rakyat Malaysia" tu ringkasnya SPRM juga.

Ada yang mahu tindakan diambil ke atas SPRM. Saya kata, tak boleh. "Mana boleh ambil tindakan sebab dari segi perlaksanaan undang-undang di Malaysia, kalau Umno yang buat atau alat perkakasnya yang buat, itu tak salah. Pijak dan kencing al-Quran pun tak salah di sisi perlaksanaan undang-undang di Malaysia asalkan Umno dan pak yet-pak yetnya yang buat".

Nak kesian kat Umno pun tak patut. Tapi, malang sungguh nasib parti yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata dah jadi parti perasuah tu. Tengah sedap-sedap depa henjut isu
video sex yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbul pula isu terbunuhnya Ahmad Sarbani di pejabat SPRM. Terpaksalah Umno jerit kuat-kuat lagi isu video sex.

Demi menggerhanakan kes terbunuhnya Ahmad Sarbani di pejabat SPRM, perang isu video sex antara Umno dan Anwar dijangka akan berapi sakan. I wish all of them the very best of luck.

Orang tanya lagi, macam mana kalau sungguh Anwarlah musibat dalam video tu?

Lebih kurang saya jawab: "Ok, katakan memang sungguh Anwarlah musibat dalam video tu. Katakan juga, bukan setakat Anwar ja yang jahat. Katalah semuanya jahat, PAS, PKR, DAP semuanya jahat. Adakah hang nak sokong Umno kalau semua puak tu jahat. Adakah kerana puak tu semuanya jahat, hang nak sokong pulak bapak segala jahat?

"Adakah sebab puak lain pun jahat jugak, taghut tak lagi menjadi taghut dan boleh pula disokong?!

"Aku ambik satu contoh. Banyak orang dakwa PLO (Pertubuhan Pembebasan Palestin) tu jahat dan banyak agen Israel dalam PLO. Itu orang dakwa. Ramai yang percaya. Terus terang, aku pun percaya.

"Tapi, bila PLO bertembak dengan Yahudi Zionis Israel tu, adakah hati hang nak sokong Zionis laknat tu semata-mata sebab PLO pun jahat? Hang pikiaq sendiri la!"

"Aku selalu tulis dalam blog aku, parti-parti pembangkang pun mudharat jugak. Banyak penyangak dalam parti-parti pembangkang macam... (saya sebut contoh-contohnya tapi tak berani nak tulis di sini sebab takut kena saman pulak).

"Tapi mudharat terbesar ialah Umno. Kena bunuh ular besar dulu. Kalau kita tak bunuh dia, dia bunuh kita. Bukan takat kita, anak cucu kita pun dia bunuh. Bunuh ular besar dulu. Ular-ular lain kita kira kemudian (maksudnya, we will deal with them later). Kalau ular besar pun kita dapat bunuh, apa nak heran ular-ular lain tu" (Komen-komen yang lama saya akan moderate kemudian sebab tak boleh ciluk lama-lama laptop anak saya ni).
 
http://penarikbeca.blogspot.com
DD

kaNtoi

 

Bagaimana Fitnah liwat 2 terkantoi ...

Penerangan tentang KANTOI nya liwat-2 bermula pada minit 8.33 video di bawah



WARTAWAN OTAK TELOQ OMEGA



LU MAU CARI JAM OMEGA
LU PEGI LA TANYA KAT PETALING STREET
KAH! KAH! KAH!

ORANG BUAT SIDANG MEDIA UNTUK PILIHANRAYA NEGERI SARAWAK
BUKANNYA SIDANG MEDIA NAK JUAL JAM
KAH! KAH! KAH!

MANGKUK PUNYA WARTAWAN
LEPAS TU SPIN KAT TV3SUKU
GUA RASA OTAK MINAH NI
SAMA BESAQ DENGAN TELOQ KUNING SAJA
KAH! KAH! KAH!

Anwar: Apa kena mengena jam Omega. sudah establish ke benda tu?

Wartawan: Datuk Seri adakah...

Anwar: Jawab soalan tu. adakah sudah establish.

Wartawan: Dalam tweet sebelum ni...

Anwar: Pasal apa saya nak jawab?

Wartawan: Itu sebab saya tanya.

Anwar kemudiannya bertanya kepada wartawan penyiaran itu, sama ada berani bertanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tentang
kaitannya dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.

Anwar: Pernah ada orang tanya?

Wartawan: Sebelum ni Datuk Seri...

Anwar: Media kena honest. Dia tak boleh menjadi perkakas orang yang zalim dan menghina. kalau ada basis.

Wartawan: Dulu Datuk Seri ada janji untuk jelaskan di mana Datuk Seri ketika...

Anwar: (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dah jawab. Saya tau soalan you untuk bantu Utusan tulis Anwar gagal jawab.

Wartawan: Bukan macam tu Datuk Seri.

Anwar: Dah habis soalan?

Wartawan: Belum

Anwar: Habiskan soalan.

Wartawan lain: Apa pendapat Datuk Seri tentang....

Anwar: Biarkan dia habiskan soalanya. Saya mahu tunjukkan kepadanya bagaimana Umno operate.

Wartawan: Tak ada kena mengena dengan Umno. Saya media, saya jalankan tugas saya.

Anwar: Ya, saya tahu tugas media.

Wartawan: Sebelum ni Datin Seri Wan azizah kata ada jam dalam tangan.

Anwar: Ya.

Wartawan: Tapi belum lagi serah pada polis.

Anwar: Bila yang polis minta?

Wartawan: Jadi jam tu ada pada Datuk Seri?

Anwar: Bila yang polis minta? bila yang polis minta?

(Beberapa orang cuba menghentikan perbalahan tersebut)

Anwar: Tak apa, tak apa. saya nak tengok media perkakas Umno tanya soalan. Soalannya polis minta. bila polis minta. polis tak minta.

Wartawan: jadi...

Anwar: You tanya soalan I jawab.

Wartawan: Datuk Seri tak jawab soalan saya.

Anwar: You bagitau polis minta, saya bagitau polis tak minta.

Malaysiakini: Adakah Datuk Seri akan menyerahkannya?

Anwar: Biar polis minta. Apa isunya? Isunya ialah video. Mereka akan tanya hotel mana, adalah saya pergi ke hotel tersebut. Mengapa harus saya melayan soalan-soalan ini? Biar polis yang mengendalikannya. Soalan berikutnya.-
MK

Video: Anwar ajar wartawan gila seks

Sarawak : Taib akan undur??.. Najib berbohong lagi..


Dalam cubaannya untuk menyelamatkan Taib Mahmud (bukan Taib sebenarnya tapi sumber kewangan BN dan sumber yang membolehkan UMNO terus berkuasa), Najib berkata orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai.

Dalam nada yang jelas terdesak Najib juga berkata “Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang,”

Percayakah anda akan kata-kata Najib itu bahawa Taib Mahmud telah berjanji untuk berundur sedangkan membubarkan DUN pun Taib tidak mengikut kemahuan Najib?

Ada sumber mengatakan bahawa pembubaran DUN Sarawak oleh Taib Mahmud ini mengejutkan Najib dan Muhyiddin sendiri kerana ianya diumumkan secara tiba-tiba oleh Taib Mahmud, ianya diumumkan setelah Najib dan Muhyiddin berada diatas kapal terbang.

Najib dan Muhyiddin dikatakan telah cuba memujuk Taib agar berundur sebelum pembubaran DUN kerana mereka merasakan Taib adalah satu beban buat BN Sarawak kerana selama 30 tahun berkuasa beliau begitu rakus mengumpul harta seolah-olah Sarawak itu miliknya tetapi gagal..

Ketika Najib berjumpa Taib sebelum dibubarkan beberapa ketika yang lalu kerana bimbang dan terdesak Taib Mahmud telah dikatakan cuba memberikan tekanan secara halus terhadap Najib dengan mencadangkan mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak serentak.

Antara alasan Taib yang dianggap sebagai cubaan memberi tekanan kepada Najib agar tunduk dengan kemahuannya ialah mengadakan pilihan raya berasingan akan menyebabkan Barisan Nasional (BN) Sarawak menerima asakan yang hebat daripada Pakatan Rakyat, sekaligus memberi kesan terhadap prestasi BN Sarawak

Taib juga mengaitkan kemerosotan prestasi BN Sarawak dalam PRN nanti akan turut mempengaruhi kedudukan BN di Parlimen dalam PRU akan datang.

Menurut sumber itu, reaksi yang diberikan Najib dalam isu ini tidak memuaskan hati Taib dalam perbincangan di antara kedua-dua pihak semasa pertemuan mereka selepas majlis resepsi perkahwinan Taib sebelum ini.

“Mereka ada berbincang selepas resepsi perkahwinan ketua menteri itu baru-baru ini tetapi PM tidak memberikan sebarang jaminan untuk menuruti cadangan Taib…… jadi Taib tak puas hati dan masih berusaha untuk melobi,” kata sumber itu lagi.

Katanya, tsunami politik yang berlaku ketika PRU-12 pada Mac tahun 2008 menular ke Sarawak dan PRN akan datang merupakan antara kebimbangan utama Taib ketika ini.

“Taib menerima maklumat risikan dari pihak tertentu, tsunami politik dalam PRU-12 lalu sedikit sebanyak akan memberi impak dan menjejaskan kedudukkan BN di Sarawak.

Jika isu berkenaan pembubaran DUN pun Taib tidak menerima pendapat atau cadangan Najib, adakah untuk berundur seperti Najib sarankan itu akan diterima Taib??

Najib juga berkata “Jika mereka (PR) bercakap mengenai umur, mereka juga mempunyai pemimpin-pemimpin yang sudah berumur. Saya mahu tanya, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, sudah berapa lama beliau sudah berada dalam politik? Empat puluh dua tahun dalam politik. Beliau bukan baru dalam ini (politik), beliau sudah lama dan beliau sekarang 72 tahun.

“Bagaimana dengan (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat)? Beliau lagi tua, 80 tahun. (Presiden PAS Datuk Seri) Haji Hadi juga tua?

“Malah, (Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri) Anwar Ibrahim sudah tua meskipun beliau tidak mahu mengaku,” katanya lagi.

Memang TG Nik Aziz telah tua tetapi adakah kekayaan TG Nik Aziz sama nilainya dengan kekayaan Taib Mahmud.. Berapa billionkah harta TG Nik Aziz, berapa ratus ekarkah tanah milik TG Nik Aziz di Kelantan? Bandingkan dengan Taib Mahmud, baka kata seorang sahabat bagai kolam dan lautan..

Bukan factor usia yang dipertikaikan rakyat tetapi penyalahgunaan kuasa..


Najib mula kempen enam hari, jamin Taib akan undur ‘segera’

KUCHING, 10 April — Dilihat sebagai sudah merasai rasa tidak puas hati di kalangan penduduk Sarawak terhadap Tan Sri Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Najib Razak dalam mesej pertama sempena kempen enam hari menjelang hari penentuan Sabtu ini menegaskan perubahan kepimpinan akan dilaksanakan secepat mungkin selepas pilihan raya.

Berucap pada perhimpunan 1 Malaysia di stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan di sini malam ini, Najib yang juga Perdana Menteri dan Pengerusi BN menggesa orang ramai tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatan apabila tiba masa yang sesuai.

“Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang,” kata Najib.

Najib berjanji bahawa perubahan dalam kepimpinan tertinggi sudah pun disusun dan “perubahan secara tiba-tiba” akan menyebabkan ketidaktentuan di negeri bumi Kenyalang itu.

“Tuan-tuan dan puan-puan, jangan risau. Kami telah mengadakan perancangan agar perubahan akan berlaku dalam kepimpinan tinggi Sarawak, sebagaimana telah dirancang dan perubahan yang telah disusun,” katanya lagi.

Presiden Umno ini tiba di Kuching petang ini dalam usaha mengetuai kempen pilihan raya yang tinggal enam hari menjelang hari pengundian Sabtu ini.

Najib dijadual untuk menghabiskan enam hari di Sarawak, sesuatu yang tidak pernah disaksikan ketika pilihan raya negeri itu.

Malah ini kali pertama sejak 1987 kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan.

Beliau memberi jaminan itu ketika kempen pilihan raya terus dibayangi dakwaan mengenai rasuah dan salah guna kuasa Taib, yang merupakan ketua menteri paling lama berkuasa itu.

Kepimpinannya genap 30 tahun pada 26 Mac lalu.

Petang tadi, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa langkah Najib sendiri “mengetuai” BN Sarawak sepanjang kempen enam hari yang berbaki menunjukkan Taib telah pun gagal dalam usaha mempertahankan bumi Kenyalang.

Najib kemudian mengecam pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dengan mendakwa mereka juga mempunyai sejumlah pemimpin yang sudah berumur.

“Jika mereka bercakap mengenai umur, mereka juga mempunyai pemimpin-pemimpin yang sudah berumur. Saya mahu tanya, (Penasihat DAP) Lim Kit Siang, sudah berapa lama beliau sudah berada dalam politik? Empat puluh dua tahun dalam politik. Beliau bukan baru dalam ini (politik), beliau sudah lama dan beliau sekarang 72 tahun.

“Bagaimana dengan (Mursyidul Am PAS Datuk) Nik Aziz (Nik Mat)? Beliau lagi tua, 80 tahun. (Presiden PAS Datuk Seri) Haji Hadi juga tua?

“Malah, (Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri) Anwar Ibrahim sudah tua meskipun beliau tidak mahu mengaku,” katanya lagi.

Najib menambah, Anwar seorang yang banyak masalah dan orang yang sedemikian tidak boleh menerajui kerajaan atau pun negara. -TMI

Sarawak di Persimpangan

1. Berkampung di DUN Sadong Jaya dan DUN Tanjung Datu serta beberapa tinjauan dibuat sekitar DUN Muara Tuang bermula sehari sebelum tarikh penamaan calon sehingga kelmarin [9 hb April] memberi pengalaman baru dan sangat bernilai dalam mencongak masa depan PAS khasnya pemuda PAS di Sarawak. Insyaallah 14 hb - 16 hb April ini, saya dan rakan - rakan exco DPP Malaysia akan ke DUN Beting Maro sebagai DUN yang paling berpotensi untuk dimenangi oleh PAS dalam pilihanraya umum Sarawak bagi edisi ke 10 ini.

2. Masih saya ingat sekitar lebih 10 tahun yang lalu, bersama Yb. Datuk Wan Rahim dan rakan - rakan yang lain memulakan gerakan dakwah dan membawa risalah perjuangan Islam dengan wadah Parti Islam Se Malaysia [PAS] ke Beting Maro, kini benih yang telah ditanam telah mula berbunga dan dijangka tidak lama lagi akan membuahkan hasilnya Insyaallah. Begitu juga beberapa kawasan lain seperti Sadong Jaya dan Sebuyau. Jika sesuai dengan iklimnya, saya percaya benih yang ditanam kian subur dan bakal membuahkan hasil pada suatu masa kelak. Handsome Boy adalah antara bunga yang sedang mekar di Beting Maro.

3. Biarpun bergerak agak perlahan berbanding perubahan politik yang digerakkan oleh rakan - rakan Pakatan Rakyat yang lain di Sarawak dewasa kini, saya positif malah optimis bahawa PAS jua akan diterima dengan baik pada suatu masa kelak oleh rakyat di negeri Sarawak. Wajar diinsafi bahawa perjuangan PAS tidak sekadar menatang perubahan politik dan mengapung isu semasa sebaliknya PAS hadhir dengan cita - cita perjuangan Islam untuk :
  • membetulkan aqidah,
  • memurnikan akhlak dan
  • menjernihkan pemikiran ummat manusia .
4. Kekuatan PAS terletak kepada sejauh mana anggota dan penyokongnya memahami dasar perjuangannya iaitu Islam. Tanpa memahami Islam, agak sukar untuk mereka menyertai dan mendokong perjuangan PAS. Keadaan ini hanya memungkinkan PAS meraih simpati dari mereka yang mengikuti jatuh bangun dan suka duka perjuangan PAS lalu dinyatakan kebersamaan mereka dengan penuh simpati sementara mereka juga turut menentang musuh yang sama.

5. Justeru itu, agar PAS tidak hanya disertai oleh simpatisan maka pemimpin dan anggota PAS selayaknya bekerja keras untuk menyampaikan risalah Islam dan memahamkan masyarakat kenapa mereka wajar menerima perjuangan Islam. Menyedari kemajmukan masyarakat di Sarawak yang tentunya terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama, pemimpin dan anggota PAS sekali lagi mesti hadhir dengan :
  • hikmah yang tinggi,
  • pendekatan yang unik dan
  • kegigihan yang maksimum.
6. Bermula dengan kebajikan, menyantuni kemajmukan mereka serta memperjuangkan hak mereka seperti hak pemilikan tanah yang sememangnya menjadi sebahagian dari agenda Islam, mungkin menjadi pintu masuk utama ke laman hati nurani mereka agar mereka sedia menerima perjuangan PAS. Sementara penyertaan PAS di beberapa DUN dalam pilihanraya umum peringkat negeri Sarawak, [sekalipun berdepan dengan kekalahan teruk] lebih memperkenalkan PAS kepada masyarakat tempatan mengenai simbol, lambang, bendera, pemimpin, pejuang, aktivis, budaya kerja dan segalanya berkait dengan PAS.

7. Sepuluh atau lima belas tahun yang lalu, mereka sinis dengan lambang PAS. Ada yang kata PAS adalah parti ping pong dengan menganggap lambang bulan purnama itu adalah bola ping pong. Malah ada yang mengatakan PAS adalah parti Jepang Hijau sehingga mereka benci untuk menjulangnya. Tidak kurang juga pemimpin kita dikejar dengan parang, diherdik dan dimaki hamun. Jika lambang PAS pun mereka keliru, bagaimana mereka mahu memahami prinsip dan dasar perjuangan PAS. Begitulah realiti sebuah pengalaman yang dilalui oleh PAS di Sarawak. Namun keadaan kini semakin baik dan memberangsangkan.

8. Saya tidak jangka secepat itu masyarakat Sarawak menerima PAS memandangkan sejarah panjang dan getir yang dilalui oleh PAS di semenanjung dan juga Gerakan Islam di seluruh dunia sememangnya menjadi bukti bahawa tabiat perjuangan Islam ini terhenti sekurang - kurang di atas 5 nokhtah :
  • jauh destinasi
  • sukar pergerakkan
  • diancam penjara
  • dibunuh syahid
  • dibuang daerah
9. Nokhtah - nokhtah inilah yang terpaksa ditempuh oleh pejuang - pejuang Islam sebagai tribulasi disepanjang jalan sebelum mereka benar - benar teruji dan layak menerima anugerah kemenangan. Tiada short cut untuk menggapai kemenangan sebagaimana tiada jalan mudah untuk meraihkan kejayaan. Kesabaran yang mantap, keyakinan yang tinggi dan munajat yang berterusan akan mendorong nusrah [pertolongan] dari Allah Azza wa Jalla.

10. Sarawak kini dipersimpangan. Ke kanan adalah jalan yang lurus dan benar. Menuju perubahan yang total melibatkan dasar dan sistem. Bukan sahaja berkait dasar dan sistem pentadbiran atau pemerintahan, tetapi jauh lebih penting ialah dasar dan sistem kehidupan sebagai hamba Allah swt Tuhan yang Maha Mencipta segala makhlukNya. Sementara ke kiri adalah jalan buntu dan keliru. Menjerumuskan rakyat ke lembah yang serba mundur. Bukan sahaja mundur dari sudut taraf hidup dan sosio budaya tetapi juga mundur perkembangan spiritual dan minda. Situasi ini dinilai setelah lebih 40 tahun rakyat memberi mandat kepada BN di Sarawak. Kini Masa Untuk Berubah.

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

SPRM Sudah Banyak Lemak Minta Tambah Kakitangan

Putrajaya sedia tambah staf SPRM jika perlu, kata Najib

Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan mempertimbangkan langkah menambah staf Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar-benar memerlukan dan tiada pilihan lain.

Bagaimanapun Perdana Menteri berkata (gambar), kerajaan juga tidak boleh menolak perubahan atau pembaharuan lain yang mungkin lebih sesuai untuk meningkatkan kekuatan SPRM tanpa melibatkan penambahan anggota.
“Ia akan dikaji dan jika ada keperluan, maka kami akan meluluskannya,” kata beliau selepas merasmikan 1Malaysia Cardiff City Junior Football League 2011 di sini hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan mengulas permintaan SPRM yang memerlukan kira-kira 800 anggota lagi bagi memantapkan aspek keselamatan membabitkan bangunan dan individu yang berurusan di pejabat suruhanjaya itu di seluruh negara.

Menurut laporan itu, ketika ini hanya 31 pegawai SPRM dan 90 pengawal keselamatan menjalankan tugas berkaitan keselamatan di seluruh negara membabitkan ibu pejabat SPRM, 15 ibu pejabat negeri dan 19 cawangan negeri di beberapa daerah.

Selain itu, pejabat SPRM yang terletak di bangunan guna sama di tingkat atas dan tidak mempunyai aras bawah pula membabitkan Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak, Pahang, Johor, Kedah, Perlis dan Labuan, manakala pejabat cawangan pula di Sibu dan Miri.

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaafar, “kita mengharapkan tambahan 134 anggota untuk menjalankan tugas berkaitan keselamatan itu dapat segera dipenuhi bagi memastikan keselamatan fizikal membabitkan persekitaran bangunan pejabat SPRM termasuk dokumen dan harta benda di dalamnya serta individu yang berurusan dengan SPRM, terutama orang yang kena tuduh, orang yang disyaki, saksi atau pengadu sentiasa dalam keadaan selamat sepanjang tempoh masa berada di premis suruhanjaya.”

Najib berkata, juga penting bagi melihat kemungkinan untuk mengambil pendekatan penempatan semula kakitangan daripada menambah buat masa sekarang.

“Sebagai contoh, seperti pasukan polis, penempatan semula lebih 30,000 kakitangan sebab kita mengambil pendekatan untuk berfikir secara kreatif dan ini menjimatkan wang kerajaan, jadi jika boleh menjimatkan duit, kita perlu melakukannya.

“Jika kita tiada pilihan, maka kita akan tambah,” kata Najib lagi. -TMI

Laporan SPRM yang menyatakan ia memerlukan kira-kira 800 anggota lagi bagi memantapkan aspek keselamatan membabitkan bangunan dan individu yang berurusan di pejabat suruhanjaya itu di seluruh negara, dilihat oleh rakyat bukan sebagai penyelesaian kepada masalah keselamatan di bangunan SPRM yang telah menyebabkan kematian dua orang rakyat Malaysia.

Apa yang diperlukan sebenarnya ialah professionalime pegawai-pegawai SPRM yang sedia ada perlu dipertinkatkan.

Pendedahan salahlaku pegawai SPRM dimana terdapatnya pegawai SPRM memuat-turun dan menonton bahan lucah sewaktu bekerja dan soalsiasat sedang dijalankan adalah FAKTA jelas bahawa pegawai-pegawai SPRM tidak mempunyai disiplin dan kawal-selia ke atas mereka adalah terlalu lemah.

Ia adalah perilaku yang bukan saja tidak bermoral malah menyalahi undang-undang. Bagaimana sebuah agensi penguatkuasa undang-undang sendiri tidak mematuhi undang-undang?

Sehingga kini, TIADA tindakan diambil terhadap pegawai berkenaan, malah dilaporkan ada pegawai tersebut telah dicadangkan oleh SPRM untuk menerima pingat dari Sultan untuk menutup salahlakunya. Ini amat keterlaluan.

Kita masih ingat di dalam kes Teoh Beng Hock dimana ada di kalangan pegawai tertinggi SPRM yang terlalu cepat menuduh mangsa membunuh diri sedangkan siasatan belum bermula, dan kemudian pegawai tertinggi itu tiba-tiba dinaikkan pangkat ke jawatan yang lebih tinggi.

Justeru itu rakyat melihat seluruh agensi SPRM itu perlu dibedah-siasat dan diperbaiki mutu professionalisme mereka dengan membersihkan ia dari kakitangan berjiwa syaitan yang merosakkan imej badan itu sendiri dan negara.

Bukan menambahkan kakitangan untuk melayan permintaan SPRM yang terlalu banyak lemak di mata rakyat. -GB

Antara peminta sedekah di Kuching dan Rolls Royce Taib Mahmud

Gambar-gambar dan rakaman-rakaman yang kami terima menunjukkan kegiatan-kegiatan harian para pengutip sampah yang bergantung hidup pada pusat kitar semula di tempat letak kereta Borneo Development Corporation (BDC) milik beliau!

Kegiatan-kegiatan seperti itu dapat kita tontoni setiap hari yang hanya 150 meter jaraknya dari pejabat setiausaha politiknya, Abdul Karim Hamza, yang juga menikmati pekerjaan sebagai Pengerusi BDC itu.

Semasa Taib Mahmud yang telah menggunakan perhimpunan BN-nya (yang diadakan di bangunan baru Borneo Convention Centre Kuching, yang telah beliau biaya, bina dan uruskan secara korup) untuk membidas “para pembohong dan pengecut”, yang telah dengan berani mengkritik berulang-kali akan dasar-dasar ‘kemajuan dan pembangunannya’, Sarawak Report juga berpeluang memperolehi rakaman-rakaman petikan temubual dan juga gambar-gambar.

Sarawak adalah negeri yang terkaya di Malaysia dengan kependudukannya yang rendah. Berbilion-bilion ringgit telah diperolehi dari hutan dan sumber minyak dan kesemua kekayaan ini telah dicerminkan di dalam rumah-rumah mewah milik keluarga Taib dan juga rakan-rakan niaga mereka. Namun, adalah jelas perkongsian kekayaan ini dengan rakyatnya bukanlah sebahagian dari dasar ‘kemajuan dan pembangunan’, di mana Taib secara lantangnya enggan memohon maaf.

Kami mendapati kebanyakan pengutip sampah ini, yang menunggu kehadiran pemandu-pemandu kenderaan yang akan datang untuk menghantar sampah mereka untuk dikitarkan semula di kemudahan berkenaan, datangnya dari Skim Penempatan Semula Stampin – yang mana mereka pernah dijanjikan masa depan yang cerah oleh BN, tetapi seperti kebiasaannya, janji-janji itu tidak pernah (dan tidak akan) menjadi kenyataan.

Di kawasan Skim Penempatan Semula itu sebuah plot tanah yang kecil berharga RM10,000 dan jika seseorang penduduk tidak dapat membayar balik harganya, maka dia tidak akan diberikan geran ke atas tanah itu, walaupun dia juga terpaksa mencari sumber lain untuk membina sebuah rumah.

Kawasan berpaya berkenaan perlu ditambak tanah agar ianya menjadi sesuai untuk membina rumah, dan ini memerlukan RM8,000 lagi, yang membuatkan proses mendiami penempatan semula lebih sukar untuk dicapai. Kebanyakan penduduk ini adalah bergaji rendah, atau langsung tanpa gaji dan berharapan tipis untuk melangsaikan bayaran balik.

Semasa Ketua Menteri meneruskan lebih banyak pemusnahan ke atas negeri ini untuk projek perindustrian meganya di bawah program ‘pembangunan’ SCORE, seramai setengah juta orang tempatan mengalami ancaman ditempatkan semula, dan mereka sepatutnya menilai laporan ini yang dibentangkan di sini.

Very important person?
Memanglah masalah ini nampak kecil, remeh dan kurang penting, yang telah membelengu ribuan orang tempatan yang telah ditempatkan semula untuk memberi ruang kepada ‘pembangunan’, tetapi Taib Mahmud tetap tidak mempedulikan itu semua, dan beliau terus kelihatan gah ketika tiba di pusat perhimpunan BCCK itu dengan kereta mewahnya, Rolls Royce.

Tambahan pula anak beliau, Rahman Taib, seorang ahli politik, yang pernah diwar-war untuk menjadi pengganti beliau, tidak dapat menghadirkan diri ke perhimpunan itu kerana diketahui sibuk bermain luncur salji (seperti yang diposnya di dalam laman sosial Facebooknya).

Namun Sarawak Report merasakan mereka harus melaporkan kisah-kisah kesengsaraan hidup para pengutip sampah, lebih-lebih lagi sepanjang minggu sempena sambutan Hari Wanita Antarabangsa ini.

Semua orang terlibat – kaum wanita juga tak ketinggalan berhempas-pulas untuk menyara hidup

Kami merasakan siasatan perlu kami jalankan ke atas para pengutip sampah, khasnya kaum wanita yang duduk sepanjang hari menunggu di tempat kitar semula di sekitar Kuching.

Nuratiqah binti Abdullah menceritakan kepada kami bahawa beliau yang berusia 34 tahun dan mempunyai tiga orang anak berusia 8, 9 dan 15 tahun. Keluarganya menduduki kawasan penempatan semula itu tetapi tanpa lesen menduduki sementara (TOL). Lantaran itu dia tidak mendapat akses kepada keperluan asas seperti bekalan elektrik dan air. Pada waktu malam pula, rumahnya hanya diterangi sebutir mentol yang dijana menggunakan bateri kenderaan.

Sebahagian rumahnya telah rosak akibat kebakaran 3 minggu lalu. Pakaian seragam sekolah anak-anaknya habis terbakar. Suaminya tiada pekerjaan dan kadang-kala menyertainya ti tempat kitar semula sampah. Bapa mertuanya yang uzur tinggal bersama mereka. Dia menerima bantuan kewangan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat setiap bulan.

Nanong binti Sidek berusia 37 tahun. Dia sekeluarga menduduki kawasan penempatan semula berkenaan. Tanggungannya adalah seorang anak lelaki 12 tahun dan seorang anak perempuan 9 tahun, yang telah melayakkannya menerima bantuan kebajikan untuk anak-anak sebanyak RM200 sebulan. Suaminya telah menceraikannya 4 tahun lalu.

Tiga sekeluarga ini tinggal bersama bapanya, yang mengidap penyakit kencing manis dan masalah jantung. Pada mulanya Nanong bekerja sebagai pelayan di kedai kopi, tetapi dia terpaksa berhenti kerana tidak tahan dengan tengkingan majikannya. Dia telah mengutip sampah sejak 2008.

Kiat anak Resat berusia 69 tahun. Dia juga menduduki Kampung Stutong Baru yang merupakan sebahagian dari Skim Penempatan Semula Stampin itu. Skim penempatan itu mempunyai 1154 buah lot tanah kesemuanya. Pada mulanya Kiat bekerja di tapak-tapak binaan selama 6 tahun, tetapi sejak 4 tahun kebelakangan ini dia beralih kepada kerja mengutip sampah.

Suaminya bergerak menggunakan kerusi roda setelah diserang strok, di mana mereka sekeluarga menerima hanya RM60 sebulan selama 2 tahun sehingga dihentikan. Kiat mempunyai 5 orang anak dewasa; 3 anak lelakinya tiada pekerjaan yang tetap (salah seorang dari mereka adalah kaki botol), 2 orang anak perempuannya telahpun berumahtangga dan bekeluarga dan mampu menghulurkan bantuan yang kecil sahaja.

Berhampiran dengan pusat kitar semula berkenaan terdapat salah sebuah kawasan perumahan mewah di Kuching. Apartmen Village Grove milik Abu Bekir. Bekir adalah salah seorang anak Taib yang tinggal hanyalah 300 meter jauhnya dari situ, dan setiap hari Bekir akan melalui para pengutip sampah itu.

Kekayaan Abu Bekir yang mengkagumkan bukan sesuatu yang datang dari hasil usahanya dan titik peluh sendiri, kerana kekayaan itu datangnya dari pemberian secara tertutup kontrak-kontrak dan konsesi-konsesi daripada bapanya.

Namun Taib jelas diketahui tidak berminat untuk bermurah-hati kepada kaum ibu dan wanita-wanita yang melalui hidup susah dalam skim penempatan semulanya itu. Mereka dikehendaki membayar sejumlah wang yang di luar kemampuan mereka bagi membolehkan mereka menduduki skim tersebut yang diiklankan oleh BN sebagai peluang yang baik untuk golongan yang miskin.

Betty anak Gelangyan berusia 22 tahun dan merupakan ‘ahli’ baru dalam kumpulan berkenaan. Dia juga datang dari Kampung Stutong Baru. Ibunya berusia 43 tahun sudah tidak mampu mencari nafkah kerana mengidap sawan, yang mana telah melayakkan keluarga itu menerima bantuan kebajikan sebanyak RM70 sebulan selama 2 tahun tetapi kini telah dihentikan.

Betty bekerja di sebuah kedai kopi dengan gaji RM400 sebulan untuk menyara keluarganya dan membiayai persekolahan adiknya yang berusia 19 tahun. Sebagai menambah pendapatannya Betty mengutip sampah di pusat kitar semula itu.

Menurut suatu sumber yang memberitahu kami, golongan wanita juga menukarkan barang-barang yang mereka kutip dengan bahan makanan seperti beras dari kawasan-kawasan berdekatan, atau dengan kedai-kedai runcit, walaupun ada juga barang-barang yang mereka kutip itu mereka simpan.

Kebanyakan dari mereka ini datang ke pusat kitaran semula BDC menggunakan bas, jaraknya sejaug 5 km dari Kampung Stutong Baru. Kami percaya, ini bukanlah ‘kemajuan dan pembangunan’ seperti yang dikatakan oleh Taib semasa beliau berucap semasa melancarkan ‘penentangan sehabis-habisan’ terhadap pihak pembangkang. Golongan pengutip sampah ini tetap mengharapkan pembahagian kekayaan sama-rata di seluruh Sarawak.

Hipni bin Bahdi, berusia 35 tahun, datang dari Kampung Tabuan Hilir. Dia mempunyai 4 orang anak; 12 tahun, 6 tahun, 4 tahun dan yang bongsu, 3 tahun. Anaknya yang ketiga mengalami terencat akal. Akibat masalah berkenaan anak malang berusia 6 tahun itu meninggal dunia pada bulan April tahun lalu.

Hipni menerima bantuan kebajikan sebanyak RM300 sebulan sebagai elaun anak-anaknya. Selain isterinya (34 tahun), Hipni juga menyara ibunya yang berusia 64 tahun dan saudaranya yang berusia 28 tahun yang mengidap penyakit jantung berlubang. Di sebelah malamnya Hipni menjual satay dengan pendapatan sekitar RM25 semalam. Selain mengutip sampah di pusat kitar semula di BDC Stampin, dia juga mengutip sampah di pusat-pusat kitar semula di 3 buah tempat yang lain kerana dia boelh menggunakan motosikalnya; Kenyalang, Tabuan Laru dan Batu 3.

Orang-orang yang kami laporkan di atas merupakan sebahagian kecil rakyat Sarawak yang tersisih dari 30 tahun arus ‘kemajuan dan pembangunan’ yang sering dilaung-laungkan oleh BN. Di Sarawak kini ada lebih kurang 10,000 penduduk setinggan dan ramai lagi yang menduduki skim-skim penempatan semula yang hilang tanah pusaka mereka bagi memberi laluan kepada ‘kemajuan dan pembangunan’. Hampir kesemua mereka kini merasakan bahawa hidup di kawasan penempatan semula amatlah tinggi kosnya dan sukar dan kerajaan pula menuntut perbelanjaan yang besar, tanpa menjanjikan pekerjaan untuk mereka bagi membiayai kehidupan di penempatan baru mereka itu.

Beginilah ertinya demokrasi!
Jika Taib sekali lagi dibenarkan kembali berkuasa dan mula melaksanakan SCORE, maka berpuluh-puluh ribu orang Sarawak akan berhadapan dengan nasib malang yang sedang dialami oleh golongan setinggan dan penduduk skim penempatan semula seperti yang kami laporkan di atas. Namun, kerana BN gagal mendaftarkan sepertiga dari orang-orang ini di kawasan-kawasan yang dimaksudkan itu, maka orang-orang tersebut tidak berpeluang mengundi! !

Dalam salah satu intipati ucapannya Taib telah mengajuk kata hikmat demokrasi yang dipelopori oleh Abraham Lincoln, “Kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat”. Sebenarnya, setiap orang Sarawak kini sedar, Sarawak diperintah oleh keluarga Taib dan untuk keluarga Taib dan orang lain tidak akan berpeluang bersama-sama mereka!
Petikan sarawakreport.org

Puluhan Ribu!! Himpunan Rakyat Sarawak Di Miri..!!(video)

Wartawan 8tv kantoi

Sidang akhbar Anwar mengenai prospek kemenangan PR di Sarawak diganggu soalan tak masuk akal

KUCHING: Gelagat seorang pemberita wanita dari stesen penyiaran 8TV yang bertanya soalan berkaitan jam tangan Omega pada sidang media Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Continental di sini, petang ini, mengundang kemarahan wartawan akhbar Sarawak.

Seorang wartawan akhbar Sarawak itu memintas dan menegur pemberita penyiaran berkenaan kira-kira jam 2.30 petang dengan menyatakan sidang media itu berkaitan isu Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.

“Lebih baik tanya isu pilihan raya dan manifesto Pakatan Rakyat. Bukannya dengan bertanyakan soal-soal seks yang tidak masuk akal,” kata wartawan akhbar Sarawak itu sebelum disambut tepukan wartawan lain.

Sarawak memiliki banyak akhbar tempatan yang hanya berpangkalan di negeri itu, kebanyakannya dikawal regim Taib Mahmud tetapi mereka dipercayai mula berpaling tadah.

Pemberita penyiaran itu dilihat cuba mengheret isu video fitnah berbanding perkembangan PRN Sarawak hingga meresahkan puluhan wartawan lain.

Beliau dipercayai diarah pihak atasannya supaya bertanyakan soalan itu kepada Anwar bagi menggembar-gemburkan isu video fitnah yang tidak mendapat perhatian rakyat Sarawak.

Anwar pada sidang media itu menyifatkan soalan berkenaan jam tangan Omega itu membuktikan media arus perdana tidak putus-putus mencari jalan merosakkan reputasinya.

“Untuk apa saya menjawab soalan-soala ini (isu video fitnah)? Bukankah Azizah (isteri Anwar) sudah mengadakan sidang media berkenaan perkara ini?
“Inilah cara Barisan Nasional (BN) memperkudakan media dengan soalan yang tidak berkenaan,” kata Anwar yang kelihatan sedikit berang dengan soalan itu.- keadilandaily