Selasa, 8 Mac 2011

Judi Tidak Membawa Kebaikan Kepada Rakyat dan Negara

Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Negara yang baik, selamat dan bertamaddun ialah sebuah negara yang mempunyai modal insan yang berkualiti sebagai sumber manusia yang akan menjana pertumbuhan ekonomi cerdas serta berkat dan membina iklim sosial yang aman serta tenteram malah sumber manusia berkualiti ini akan membina kestabilan politik serta pentadbiran negara.


2. Namun judi akan merosakkan segalanya. Bukan sahaja ia diharamkan oleh Islam malah ia turut ditolak oleh semua agama justeru judi adalah antara kemungkaran tertua di dunia yang menjadi penghalang utama di sepanjang zaman untuk melahirkan generasi yang sihat minda dan cerdas aqal lalu berkeupayaan tinggi untuk mandiri sekaligus menjadi agent utama membangunkan negara.

3. Judi hanya mengheret pelakunya bergantung pada nasib tanpa rasional dan membunuh nilai usaha ikhtiar yang sepatutnya membangunkan semangat berdikari dalam diri manusia.Akhirnya mereka hanya mempertaruhkan wang ringgit dengan membina istana impian tanpa gigih berusaha. Tambah malang, impian itu tidak pernah kesampaian sehingga ia mati dalam angan - angan yang tidak tergapai dek tangan.

4. Sukar untuk mencari penagih judi yang kaya kecuali segelintir yang sangat terpencil. Kerana mungkin mereka menang besar pada pertaruhan pertama namun ia boleh kalah pula pada pertaruhan kedua lantaran itulah resmi sebuah perjudian. Begitulah judi mempermainkan penagih judi. Kebanyakan yang menimbun kekayaan ialah taukeh judi yang mengambil kesempatan diatas kelekaan penagih judi ini.

5. Sang penagih judi yang kehabisan wang tidak akan berhenti diam begitu sahaja. Sama seperti penagih dadah yang sukar menghentikan ketagihannya lalu terpaksa mencari wang dengan meragut, mencuri, merompak malah membunuh jika hasratnya terhalang. Ekoran jenayah tersebut, hasil pula dendam, kebencian, permusuhan sesama manusia malah keruntuhan rumahtangga. Lalu apa untungnya judi pada pembangunan tamadun manusia dan negara ?

Benarlah apa yang difirmankan oleh Allah sw : [ dari surah al Maaidah ayat : 90 ]

Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) terdiri dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.

Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?

Dan Taatlah kamu kepada Allah serta Taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa Yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, Bahawa Sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) Dengan jelas nyata.

6. Berapa banyak kes jenayah yang bertelur dari pusat perjudian. Perkara ini tidak boleh dinafikan dan jangan sesiapa yang cuba untuk menafikan. Jerih ahli politik, akademik dan aktivis sosial berseminar mencari formula mengatasi peningkatan indek jenayah sedang pusat penetasan jenayah ini [ industri perjudian ] tidak dipandang serius dan berusaha untuk membenterasnya.

7. Alhamdulillah, Kelantan sejak 20 tahun yang lalu secara rasminya menerusi kuasa pentadbiran yang dimiliki telah menyekat industri judi daripada berleluasa di negeri itu. Menyedari berlakunya penyusutan dana kewangan negeri ekoran tindakan itu, namun yakin betapa judi membawa kerosakan jangka pendek dan jangka panjang kepada rakyat malah negeri, Kerajaan negeri Kelantan yang dipimpin oleh YAB Dato' Bentara Setia Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat nekad mengambil langkah menghalang dan menyekat judi di Kelantan.

8. Sehingga kini,[ setelah 20 tahun ] Kelantan masih mampu bertahan walaupun tanpa judi. Bahkan jenayah serta kesan sosial yang berpunca dari judi dapat dikurangkan. Bermula dari sini, saya mencadangkan agar judi ini dihapuskan di seluruh negara. Berikan komitmen ke arah itu. Usaha terancang mesti dilakukan biarpun langkah beransur - ansur tetapi tidak menyuburkan judi di negara ini. Penyusutan perbendaharaan hasil negara kelak ekoran penghapusan judi boleh ditangani melalui usaha jimat cermat, elak pembaziran, , elak projek mega yang tidak bermanafaatelak penyelewengan, rasuah dan lainnya.

9. Pakatan Rakyat sewajarnya menjadi contoh kepada semua dalam usaha menempatkan diri sebagai alternatif. Justeru itu saya mencadangkan agar Pakatan Rakyat juga memberi komitmen untuk menghapuskan judi di negeri - negeri yang telah dikuasai. Tidak perlu gopoh dan tidak perlu tergesa - gesa. Apa yang saya tegaskan ialah perlu ada komitmen ke arah itu dan ia boleh dilakukan secara beransur - ansur seperti menyemarakkan pendidikan terancang kepada rakyat mengenai bencana judi dan tidak lagi menambah premis judi buat masa ini.

10. Saya melihat Pakatan Rakyat perlu menjadi contoh yang baik kepada rakyat dan negara sebagai bakal peneraju tampuk pemerintahan akan datang. Tiada ertinya melakukan perkara serupa seperti apa yang kekal dalam pemerintahan Barisan Nasional sedang kita sedar akan keburukan perkara itu seperti judi. Jika kita mahu mengekalkan mungkar yang dilakukan oleh Barisan Nasional maka tiada ertilah kita menentang mereka. Lebih baik kita sokong sahaja mereka. Bukan kah kita menetang mereka kerana kita mahu menawarkan suatu yang lebih baik dari mereka ?

Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Jangan berbalah dengan ulama

Oleh Subky Latif

TUN Dr. Mahathir yang semasa menjadi Perdana Menteri dulu berbalah dengan Mufti Selangor, Almarhum Datuk Ishak Baharom, maka sekarang berbalah pula dengan Menteri Besar Kelantan atas mantik yang Tok Guru itu sebut beliau tidak gembira jadi orang Melayu.

Tumpang menyelar Tok Guru itu ialah Dato Seri Ismail Sabri Yaakub, Menteri hal ehwal pengguna dan koperasi dengan meragui pegangan agamanya berkemungkinan tidak gembira pula jadi orang Islam.

Perleceh Dr. Mahathir itu sudah agak teruk tetapi perleceh Ismail Sabri lagi teruk.

Selepas Dr. Mahathir puas hati berbalah dengan Tun Abdullah Badawi, tiada orang lain lagi hendak diajak berbalah, dia berbalah dengan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Yang dia marah sangat pemimpin ulama itu bersabit dua perkara, Tok Guru tidak gembira jadi orang Melayu. Kedua sesudah ada Islam mengapa nak berjuang lagi dengan fahaman nasionalisma?

Kemudian dibangkitkan lagi isu basi parti tok guru itu mengkafirkan penyokong-penyokong partinya.

Banyak yang boleh dikupas isu yang diperbalahkan itu. Perhatian saya kali ini ialah bahayanya perbalahan itu disabaitkan berbalah dengan ulama.

Tidak banyak untungnya berbalah dengan Abdullah Badawi atau Tengku Razaleligh atau Tun Musa Hitam gara-gara berebut kuasa. Tetapi amat teruk kesannya kalau berbalah dengan Menteri Besar Kelantan disabitkan berbalah dengan ulama.

Apa Tok Guru itu Dr. Mahathir dan Ismail Sabri terima sebagai ulama atau tidak, ia adalah masalah kedua mereka.

Tetapi pandangan umum masyarakat dalam dan luar negeri beliau adalah seorang ulama yang beramal dengan ilmunya dan menghabiskan masa dengan melaksana sebaik-baiknya apa yang dikehendaki oleh Islam.

Sejak balik dari Mesir tidak putus-putus mengadakan kuliah hari Jumaat yang dihadiri oleh beribu-ribu. Orang datang dari dekat dan jauh bermotor dan berjalan kaki untuk mendengar kuliahnya. Setiap ada kelapangan selepas solat fardu bertazkirah lima minit atau sepuluh minit. Lebih banyak mengajar dari berbual.

Ramai orang berpangkat dan berada mengikuti kuliahnya tetapi lebih ramai orang miskin dan bawah.

Membanyakkan solat sunat dan selalu berpuasa. Kehidupan hariannya sederhana.

Seorang maulana dari Pakistan membandingkan semasa menjadi tetamu Menteri Besar itu di rumah kampungnya dengan makan di rumah reaktor pusat pengajian tinggi Islam berbangsa Arab. Menteri Besar mengangkat sendiri hidangan tetapi yang seorang lagi dilayan dua pelayan sepanjang tempoh makan.

Kitab-kitab tua mempertikai ulama yang bekerja di bawah raja. Maka beliau tidak termasuk sebagai orang makan gaji.

Dengan latar belakang itu beliau dapat dikelaskan sebagai ulama besar dan berperanan serta bebas menyatakan pandangannya tentang Islam kepada semua – Islam dan bukan Islam.

Dengan ciri-ciri ulama yang ada itu, maka amat malang dan rugilah mereka yang berbalah dengannya. Sekalipun ada kelemahan dan kekurangan kerana bukan maksum, tetapi ia tidak mencacatkan kedudukan sebagai waris para anbia.

Sebagai seorang yang banyak menyelit mantik dalam cakap-cakapnya, maka silap bagi tukang lawak dan kaki temberang mencelanya tanpa mengkaji apa tersirat dan tersurat dalam kenyataannya.

Berat kifarat orang yang berbalah dengan ulama. Satu kisah seorang pintar, bijak dan berduit yang bergiat dalam politik sebelum merdeka. Dia asyik memperleceh ulama dan pandangan ulama. Ada orang mengingatkan tentang akibat buruk merendahkan ulama.

Ditakdir dia terlibat dengan judi. Jadi pada kedana, pernah berkaki ayam dan berbasikal buruk. Kepintarannya tidak berguna lagi. Ada yang percaya ia adalah gara-gara memperkecilkan ulama.

Berhati-hatilah supaya tak jadi penentang ulama. Kalau kita ditakdirkan tidak menjadi ulama, maka berusahalah menjadi kawan ulama, pembantu ulama dan pengikut ulama.

Zaman dulu ketika dunia tidak ramai sarjana dan berijazah kedoktroan, orang berlumba-lumba untuk menjadi khadam ulama. Saya terpesona melihat murid-murid Hassan Nadawi berebut mencabut tulang dari lauk di pinggan tok guru itu. Mereka mencari keberkatan.

Saya tidak mengesyorkan supaya sang menteri jadi begitu, tetapi berjaga-jagalah supaya tidak bermasalah dengan ulama

PAS amal Islam sebenar, Umno mengelirukan

KEPALA BATAS, 7 Mac: Mantan Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng mengakui PAS mengamalkan Islam tulen berbanding Umno yang banyak mengelirukan agama itu menyebabkan parti komponen BN seperti MCA, Gerakan, MIC dan lain-lain tidak berminat mendekati Islam.

PAS, kata beliau banyak mengajar dirinya lebih dekat dengan Islam dan merasai ada kelainan bila mana mengadakan perbincangan atau pertemuan dalam Pakatan Rakyat.

"PAS lain dengan Umno yang saya kenal. Mereka memperjelaskan kekeliruan sehingga ramai bukan Islam dalam Parti Keadilan Rakyat dapat merasai kelainan berbanding berkawan dengan Umno," jelasnya yang juga Naib Presiden PKR ketika berucap dalam Karnival Penang Harmoni di Dewan Millenium, di sini malam tadi.

Turut berucap ialah Ketua Menteri yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Ketua Penerangan dan AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Mohamad Sabu.

Beliau turut memuji langkah PAS memperjelaskan isu penggunaan kalimah Allah sehingga ada yang pergi ke gereja untuk tujuan berkenaan tetapi sebelum ini tidak pernah terjadi demikian.

Natijahnya kata beliau, PAS bukan sahaja dapat merapatkan jurang dengan masyarakat bukan Islam apabila tertubuhnya Dewan Himpunan Penyokong PAS tetapi juga individu bukan Islam tidak bimbang lagi dengan dasar Islam yang didokongi PAS.

"Dulu memang orang bukan Islam takut PAS kerana bimbangkan terlalu ekstrem, rupa-rupanya tidak, Umno pula dianggap parti asabiah kerana terlalu mengagung-agungkan kemelayuannya," kata beliau pada malam terakhir pada program anjuran Lajnah Penerangan PAS negeri yang berlangsung selama 10 hari itu.

Justeru itu, katanya kebanyakan kepimpinan Umno lebih suka melakukan rasuah, pecah amanah dan tidak mempedulikan penyelewengan untuk melonjakkan nama sendiri bagi memastikan kedudukan terjamin sedangkan PAS terbukti berjaya mempamerkan kejayaan hasil kerjasama dengan bukan Islam dalam PKR dan DAP.

Lagipun, ujarnya Kelantan di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri berjaya membawa contoh sebagai sebuah kerajaan yang bersih dan dapat meningkatkan kemajuan.

Ianya, kata beliau tidak seperti mana yang diwar-warkan oleh Umno dan BN kononnya jika memerintah mengikut cara Islam, negeri boleh bankrap dan pembangunan ketinggalan.
HD

Anwar : Ahli Parlimen BN Umpama 'Lembu Dicucuk Hidung'

PARIT BUNTAR 7 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi membidas sikap ahli-ahli Parlimen Umno-BN yang boleh diumpamakan seperti 'lembu dicucuk hidung' yang hanya menurut perintah sehingga kepentingan rakyat terus diabaikan.

Menurut Anwar, sikap menjadi pak turut secara keterlaluan Ahli Parlimen BN yang menghalalkan perkara yang salah dan membebankan rakyat, seharusnya ditentang habis- habisan.

Lantaran itu Anwar dalam nada menyindir, melantik hadirin yang datang pada ceramahnya di Maskas PAS Titi Serong, Parit Buntar malam tadi sebagai ahli parlimen kerana pada hematnya, mereka lebih bijak berbanding ahli parlimen BN.

" Apa kurangnya (hadirin semua)? Sudi mendengar. Harga barang naik, tidak setuju. Harga minyak naik tidak setuju. Dengar pandangan Umno tapi dengar juga pandangan Pakatan Rakyat. Rasuah banyak, tidak setuju. Lebih baik Ahli Parlimen Parit Buntar yang hadir ini daripada ahli parlimen Umno. Harga minyak naik, saya
setuju.Guna Apco saya setuju. Lebih baik diam," kata Anwar sambil mendapat tepukan gemuruh hadirin.

Menurut Anwar, kerajaan pada hari ini bukan sahaja mengaut keuntungan negara untuk kepentingan peribadi dan kroni, malah membebankan rakyat dengan kos sara hidup yang tinggi.

Tidak cukup dengan itu, pembangkang yang bertindak membela nasib rakyat pula dilemparkan pelbagai tuduhan yang mengaibkan.

Bahkan ujar Anwar, adalah menjadi perkara yang sangat memalukan dalam arena politik negara apabila soal akidah seorang alim ulama seperti Nik Aziz dijadikan modal politik murahan oleh Umno.

Malah dirinya sendiri menjadi mangsa serangan peribadi secara bertubi-tubi kerajaan Umno-BN sehingga menjatuhkan maruah beliau.

" Saya kata pada Najib, jangan hina saya. Jangan aibkan saya. Saya cuma ajak debat ekonomi. Elektrik mahal, sebab apa mahal sebab bagi jana kuasa bebas kepada empat syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP),"jelas Anwar berhubung sikap 'flip flop' Perdana Menteri Malaysia dalam merungkai masalah ekonomi negara demi kepentingan rakyat.

Najib sebelum ini menolak untuk berdebat dengan Anwar yang juga Ketua Umum PKR dengan menggunakan alasan debat itu hanya akan menyebabkan Anwar 'demam' dan mengakibatkan banyak pembohongan terpaksa dilakukan oleh Anwar.

Katanya, beliau mempunyai banyak maklumat mengenai Anwar yang boleh didedahkannya pada debat itu sehingga boleh menjatuhkan air muka Anwar.

Namun tegas Anwar, apa yang ingin didebatkan beliau bersama Najib adalah bersabit isu ekonomi dan dasar yang melibatkan kepentingan awam, bukannya isu peribadi.

Namun katanya, jika Najib mendesak untuk berdebat isu peribadi juga, beliau sedia mengikut cara Presiden Umno itu selepas debat ekonomi diadakan.

Sehingga ke hari ini, Najib hanya berdiam diri dan tidak memberikan kata putus berhubung cabaran debat berkenaan.

Tambah Anwar, beliau sendiri sudah jelak dengan permainan politik kotor Umno dan yakin rakyat juga berkobar-kobar untuk melakukan transformasi secara menyeluruh.

" Menang kalah saya tak apa. Yang penting kita kena bawa perubahan," katanya.
tvs

Download "Buku Jingga" dalam 4 bahasa.



You can download the Buku Jingga, now in 4 languages:-

Dosa samakan Nik Aziz, Ayah Pin: Harussani

SHAH ALAM – Tindakan seorang pemimpin kanan sebuah pertubuhan menyamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan ketua ajaran sesat Ayah Pin, Ariffin Muhammad boleh membawa kepada dosa jika individu berkenaan tidak bertaubat dan memohon maaf kepada mereka yang terbabit.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana, perbuatan menyamakan keperibadian seseorang dengan perwatakan individu lain yang bertentangan dengan personalitinya adalah berdosa dan hukumnya fasik.

"Dalam ayat 11, surah Al Hujarat, Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa seseorang ditegah memanggil orang lain dengan gelaran buruk. Orang yang menggelar itu harus segera bertaubat kerana itu adalah perbuatan yang zalim," tegasnya.

Dalam isu yang membabitkan dua individu itu, Harussani berkata, perbezaan antara Nik Aziz de-ngan Ayah Pin adalah sa-ngat ketara kerana Nik Aziz adalah seorang ulama yang juga ahli politik berjawatan Menteri Besar sebuah negeri, manakala Ayah Pin ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya tuhan serta diburu pihak berkuasa.

"Tidak boleh sama sekali mengata seseorang sampai begitu, mana boleh samakan Nik Aziz dengan Ayah Pin," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin.

Dalam kenyataannya disiarkan semalam, Farahana menyifatkan imej Nik Aziz boleh disamakan dengan Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya.

Beliau mendakwa, kedua-duanya mempunyai persamaan kerana mengaburi pemikiran pengikut untuk memuaskan nafsu masing-masing.

"Mereka boleh lakukan apa saja tanpa boleh ditegur kerana 'kesucian' mereka," katanya

Presiden PAS di iktiraf ulama' seluruh dunia




> Muktamar Penyatuan Islam Antarabangsa kali ke 23 :-

PAKAIAN MUSLIMAH JADI BAHAN LAWAK DI MALAYSIA


Rancangan Oh Yeah! yang ditayangkan di Astro, menayangkan lawak yang melampau. Artis Muslimah Melayu (Khairiah) berlakon hingga memberikan persepsi negatif kepada Islam (menghina Islam) dengan memberi intrepetasi pakaian Muslimah (dalam lakonannya) mengikut citarasa sendiri untuk dijadikan bahan gelak tawa.

Memang bila perkara begini berlaku, tidak ramai yang melenting. Malah tidak mengambil endah sedikitpun. Golongan berwajib hanya melenting apabila sesuatu perkara itu boleh dijadikan isu khususnya menyentuh mengenai politik melibatkan Pakatan Rakyat. Ataupun juga penghinaan oleh Non Muslim seperti video yang dibuat oleh Namawee (yang jelas bukan Islam). Namun bila melibatkan orang Islam sendiri, tidak kira individu berkepentingan atau badan tertentu Kerajaan, hanya mendiamkan diri sahaja.

Apabila ada sebarang penghinaan kepada Islam di Youtube, di Facebook, dan lain-lain berlaku di Malaysia baru muncul "pejuang yang nak jadi hero ini". Bila ada isu yang berkait Islam yang boleh dipolitikkan, baru mereka nak heboh. Sedangkan Media TV sendiri memperleceh dan perlekeh Islam didepan penonton Islam dan bukan Islam dengan menjadikan ia sebagai bahan gelak tawa, mereka senyap sahaja. Penghinaan sebegini dibiarkan. Penghinaan begini jugalah yang dilulus tayangkan.

Apakah reaksi pihak berwajib?? - http://jilfityan.blogspot.com

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim.

Bagaimana Umno-BN menang di Kerdau? Sedangkan mereka tidak berkempen!


http://buletinonline.net/images/stories/berita44/raismenteripenerangan.jpg- Menyalahgunakan jentera kerajaan secara 'melampau'
KUALA TERENGGANU
- Kempen Umno dan Barisan Nasional bermula lebih awal, walaupun penamaan calon belum berlangsung, Menteri Besar Pahang tidak segan silu menjaja biasiswa kepada pelajar di DUN Kerdau, walaupun tidak pernah diminta oleh pelajar terbabit

Ibu bapa pelajar dipanggil ke majlis tersebut, dan dalam ucapannya, Adnan berkempen memburukkan PAS dan meminta para pengundi memilih Umno-BN dalam pilihanraya DUN Kerdau, sedangkan majlis tersebut dianjurkan oleh Yayasan Pahang.

Itu adalah antara contoh bagaimana perjalanan pilihanraya DUN Kerdau berlangsung.

Hampir keseluruhan program dianjurkan samada melalui Kementerian, Jabatan atau agensi kerajaan, negeri atau pusat, bahkan logo Umno juga jarang-jarang kelihatan di kain-kain pemidang pemakluman program atau 'backdrop' dalam satu-satu majlis itu.

Walaupun Perdana Menteri, Najib Razak mendakwa semua projek-projek yang diumumkan semasa kempen pilihanraya telah dirancang lebih awal, namun kanak-kanak pun mengerti, ia hanya dusta,

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/nohomrpetanianindustriasatani.JPGBagaimana mungkin ia dirancang lebih awal apabila pada 25 Februari, Ahli Parlimen Kuala Krau Datuk Ismail Said mengumumkan peruntukan RM2.2 juta untuk membaiki Projek Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR) Kampung Paya Taram.

Sedang beliau dilihat ke hulu dan ke hilir bersama rombongan ICU Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri melawat ke sana ke mari pada 24 Februari, 2011.

Adakah program mengumumkan insentif tanaman semula Kelapa Sawit oleh Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato' Hamzah Zainuddin pada 1 Mac adlah projek yang dirancang lebih awal ??

Hamzah berjanji kepada peneroka di Felda Jengka 22, 23 & 25 bayaran wang Skim Insentif Tanam Semula (SITS) iaitu pemberian Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bertujuan membantu meringankan beban pekebun kecil sawit termasuk penerok bagi tujuan tanam semula yang dibayar dengan kadar RM1,000 sehektar.

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/muhyiddinpelajaran1.jpgSehari selepas pengumuman itu, 250 peneroka di Raub menuntut bayaran tersebut, yang ditolak oleh Ketua Pengarah MPOB pada 29 September tahun lalu dan surat jawapan Pemangku Ketua Wilayah Timur pada 30 Disember tahun lalu.

Sesungguhnya, Umno-BN telah 'memancing undi' rakyat DUN Kerdau dengan pelbagai pengumuman, pemberian dan 'janji-janji' yang membeli harapan para pengundi!

Akhirnya, itulah keputusan yang diketahui umum apabila setiap peti undi dibuka pada lewat petang 6 Mac, 2011

Jelas sekali, Umno-BN tidak boleh mendabik dada, kononnya dengan kerja kuat mereka, rakyat telah memberi kepercayaan.

Umno-BN tidak bekerja, tetapi jentera kerajaan dan Umno-BN tidak mengeluarkan wang perbelanjaan kempen, melainkan ia ditanggung oleh Kementerian atau Jabatan serta agensi yang diarahkan menlaksanakan program atau majlis berkenaan.

Dibawah disenarai majlis atau program kerajaan yang telah disalahgunakan

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/shafieafdhalJAKSA.JPG1. Jabatan Perdana Menteri ; Menteri; Najib Razak. Muhyiddin Yassin, Ahmad Maslan

a Felda Program; Ramah Mesra Perdana Menteri bersama penduduk Jengka 25 pada 27 Feb 2011. Bayaran CESS; Pilihan pertama ialah peneroka menerima bayaran kira-kira RM13,000 tetapi bayaran kembali (BK) mereka akan bertambah sebanyak RM650 sebulan sementara pilihan kedua CESS ialah mereka dapat separuh, RM6,500 dan BK mereka adalah RM500 sebulan, pecah tanah dewan semai bakti Felda Jengka 22 dan Jengka 25, merasmikan gelanggang futsal terbuka di kedua-dua Felda berkenaan.

b Unit Perancang Ekonomi - RM 22 juta Perumahan Paya Taram yang terbengkalai sejak 15 tahun lalu, Pembinaan Dewan Orang Ramai pekan Kerdau RM400,000, Pembinaan Kuil Hindu RM100,000, Pembinaan Balai Bomba Sukarela RM150,000, Membina jalan dan lain-lain

c. Pejabat Tanah Temerloh - Kelulusan segera tanah Lipat Kajang yang ditangguh sejak 2006

d. MPOB - Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato' Hamzah Zainuddin pada 1 Mac berjanji kepada peneroka di Felda Jengka 22, 23 & 25 bayaran wang Skim Insentif Tanam Semula (SITS) iaitu pemberian Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bertujuan membantu meringankan beban pekebun kecil sawit termasuk penerok bagi tujuan tanam semula yang dibayar dengan kadar RM1,000 sehektar.

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/muhyiddinpelajaran.jpg2. Kementerian Kemajuan Luar Bandar & Wilayah; Menteri; Shafie Afdhal

Jabatan Kemajuan Orang Asli; Ramah Mesra Orang Asi Paya Sendayan, 20 Rumah PPRT untuk orang asli Paya Sendayan, Pembinaan semula dewan yang terbakar sejak 04 tahun lalu di Paya Sendayan

3 Kementerian Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat; Menteri; Shahrizat Jalil

Jabatan Kebajikan; Program bantuan 1AZAM, 'Moh Gegarkan Kebajikan' program di Pusat Kanak-kanak Kerdau pada 1 Mac 2011

4.Kementerian Pelajaran; Menteri; Muhyiddin Yassin, Timbalan; Fuad Zarkashi

a. Yayasan Pahang; 23 Mac, 2011 Adnan Yaakob MB Pahang di Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang dan 25 Mac di Felda Jengka 23 beri biasiswa/ Derma siswa kepada murid di DUN Kerdau, walaupun tidak diminta biasiswa Sekolah Rendah RM300.00 manakala biasiswa pelajar sekolah menengah RM600.00.

b Pejabat Pelajaran Temerlohl Perjumpaan Menteri dengan Guru dan PIBG pada 1 Mac 2011 di SMK Kerdau, luluskan tambahan kelas untuk sekolah tersebut, juga berkata kerajaan boleh memindahkan sekolah tersebut ke tempat yang lebih sesuai. Perjumpaan Timbalan Menteri dengan Guru

c. PTPTN; Pemberian RM50,000 kepada pelajar

d. Jabatan Pelajaran - Janji Muhyiddin pada 3 Mac, 2011, Membaik pulis sekolah Tamil Kerdau

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/zahidhamiditentera1.jpg5. Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri; Menteri; Hishamuddin Hussain

Jabatan Polis; Penempatan polis yang terlalu ramai, Penempatan Unit Khas politik (Politic SB), Unit cantas

6. Kementerian Penerangan, Menteri; Rais Yatim

Pelancaran Kampun Wi-Fi, Merakyatkan seni budaya. Persatuan silat
7 Kementerian Pertahanan Menteri; Zahid Hamidi

Jabatan Hal Ehwal Veteran; Perrtemuan dengan bekas tentera, Penempatan dan penggunaan MIO-
8.Kementerian Kesihatan Menteri; Liow Tiong Lai


Jabatan Kesihatan Karnival Kesihatan di SJKC Kerdau pada 28 Feb, 2011 Lawati Kesihatan Menteri Kesihatan ke Kampung

http://buletinonline.net/images/stories/berita44/menterikesihatan.jpg9. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna; Menteri; Ismail Sabri Yaakub
Jabatan Koperasi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Tansformasi kedai runcit koperasi Felda pada 28 Feb, 2011 di Rumpun Makmur. Penyerahan peralatan ICT Dewan Sekolah Berasrama Penuh Sekolah Integrasi Temerloh

10 Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan Menteri; Lajim
Ukim
11. Kementerian Kerja Raya

Muyiddin Yassin umumkan peruntukan bina masjid Kampung Badok RM5000 pada 4 Mac, 2011.
-BO

BN Habiskan 500 Juta Duit Rakyat Hanya Dapat Kurangkan 500 Undi PAS.


Kemenangan BN yang memang dijangka awalnya menjadi kenyataan. Namun kemenangan ini membawa malapetaka buat BN sebenarnya. Bayangkanlah dengan berhabis hampir mencecah RM500 juta BN di Merlimau hanya mampu kurangkan undi PAS sekitar 500 undi sahaja berbanding PRU dalam 2008. Ini bermakna setiap satu undi kepada PAS yang telah dikurangkan BN dalam pilihanraya kali ini berjumlah RM1 juta...........
 
BN menjadi sasau kerana membayar harga yang tersangat mahal untuk satu undi PAS....BN akan menjadi sasau jika dicampur undi PAS yang juga berjaya dikurangkan sekitar 500 sahaja di PRK Kerdau. Jika di Kerdau juga BN berhabis RM500 juta......maka dalam masa dua minggu sebanyak RM1000 juta atau RM1 billion dihabiskan semata-mata untuk dua kawasan dewan undangan negeri sahaja.
 
BN akan terus mati ditelan duit apabla menjelang PRU 13 yang dicanangkan akan diadakan secepat mungkin, jika dengan hampir 1000 kawasan DUN dan Parlimen berapa banyak duit BN akan tabur..................Akhirnya semua rakyat akan tidur berselimutkan duit.
 
 BN hanya menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. Calon BN, Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi, manakala calon PAS, Yuhaizad Abdullahmemperolehi 2,319 undi. Jumlah undi rosak diterima ialah 130 undi.  Majoriti itu lebih tinggi berbanding dengan 2,154 undi pada 2008. Bagaimanapun, ia masih rendah berbanding dengan majoriti BN sebanyak 5,087
 
RAKYAT MENUNGGU PRU13 DENGAN PENUH KEBERANIAN UNTUK BERUBAH BAGI MENYELAMATKAN MALAYSIA. (Sumber)

MERLIMAU DAN KERDAU : TAK BERBALOI BELANJA RATUSAN JUTA

Posted by AD
 
Kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau dengan majoriti hanya 3643 dan 2520 masing-masing memang tidak berbaloi dengan belanja ratusan juta ringgit. Maknanya bukan semua orang boleh dibeli dengan wang ringgit. Bukan semua orang takut dengan ugutan dan bukan semua orang penakut.

Kita yakin masa depan untuk PR semakin cerah walaupun pemimpin Umno begitu ghairah menyatakan bahawa rakyat sudah kembali menyokong BN. Namun yang pasti kenyataan itu adalah penyedap hati mereka. Ini kerana mereka tahu bahawa kemerosotan undi PAS amat sedikit, yakni penyokong PAS tegar dan simpatisan PAR masih terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi.

PAS hanya perlu melonjakkan undi dari simpitasian dan pengundi-pengundi atas pagar bagi memenangkan PAS. Fakta ini disedari oleh Najib.....dan askar-askarnya

UNTONG JUTA2 ROYALTI SIMPAN!


Bukti petronas untong juta2 sebab harga minyak naik.. tapi subsidi Petronas bagi gomen, gomen tak bagi kite pun... Simpan kendiri.. SHELAKAK

Bom Jangka -Nik Aziz Ulas Keputusan Merlimau-Kerdau

KOTA BHARU, 7 Mac 11: Tindakan UMNO-BN membelakangkan demokrasi bakal menjadi bom jangka yang akan meletup bila-bila masa. Demikian Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan pemimpin Umno dan BN.

“Ia bakal menjadi bom jangka yang dilemparkan oleh golongan ini kemudian hari nanti, jadi beringat-ingatlah, jangan berbuat sesuka hati,”ujarnya.

Sambungnya, sekiranya Hosni Mubarak seorang yang berkuasa besar akhirnya digulingkan oleh rakyat sendiri, apa lagi di Malaysia, ia juga boleh berlaku.

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Besar Kelantan mengingatkan pemimpin tertinggi Umno tidak perlu bermegah dengan kemenangan calon mereka di dua pilihanraya kecil, Merlimau dan Kerdau, kerana perlawanan itu tidak berlandaskan demokrasi.

Menurutnya, PAS bukan menentang calon Umno sebaliknya parti kerajaan yang disokong oleh segala gentera kerajaan negeri dan Persekutuan. Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas keputusan dua pilihanraya kecil di Dun Merlimau dan Kerdau, selepas mesyuarat Ecer tengahari tadi.

Beliau berkata, di Malaysia walaupun mengamalkan demokrasi, namun hakikatnya ‘dia mahu kerasi’ sehingga pilihanraya sebenar sudah tidak wujud di negara ini. Menurutnya, PAS sebagai sebuah parti telah menentang calon kerajaan pemerintah dan bukannya menentang calon parti Umno atau BN.

“Ini amat tidak adil, ia berdosa dunia akhirat. Kerana itu golongan muda sekarang semakin memahami masaalah demokrasi semakin tiada di negara ini sehingga mereka menjadi ‘pendendam’ akibat membelangkan demokrasi yang mereka pelajari.

Menurutnya, beliau sebagai anggota PAS sekali-kali tidak meredhai dunia akhirat pada mana-mana pemimpin negara terhadap pengkhianatan demokrasi dalam apa juga perkara terutama dalam pilihanraya. Walaupun akur dengan keputusan pilihanraya terbabit, namun hakikatnya keputusan sebenar tidak sedemikian.

“Tengok semalam sebagai contohnya, bagaimana seorang penyokong Umno yang telah menyertai PAS tiba-tiba mengisytiharkan semula menyertai Umno.

“Kenapa perkara ini berlaku sekiranya tiada tekanan demi tekanan, ini bukan demokrasi,”ujarnya.

Langkah ini dianggap sama dengan kes seorang bekas pegawai polis yang membuat kenyataan hemat diri mempertikaikan Perdana Menteri dalam kes Altantuya Shaariibuu tetapi tiba-tiba keesokannya menukar balik kenyataannya itu.

Ketika ditanya adakah pengundi Melayu turut menolak PAS pada pilihanraya kecil baru-baru ini di peti undi tertentu apabila didapati kurang sokongan, beliau berkata apa yang dipertikaikannya sekarang ialah soal demokrasi. Beliau turut mendakwa rakyat masih disogok dengan pembangunan walaupun ianya dibuat apabila tiba waktu pilihanraya sahaja. (IH/Sumber Harakah)

Video : Mesir Kembali Bergolak




MESIR 7 MAC : Tiga minggu selepas Hosni Mubarak digulingkan, Mesir kembali bergolak. Kali ini penunjuk perasaan menyerang agensi keselamatan di negeri dan bandar utama di negara itu.
 
Serbuan dilakukan selepas tersebarnya khabar angin dokumen mengenai penganiyaan pencabulan dan hak asasi manusia dimusnahkan.Penunjuk perasaan berarak ke agensi itu dan turut merampas dokumen terbabit.

Mereka juga turut mendesak kepimpinanya diheret ke muka pengadilan serta membubarkan agensi terbabit.Perkhidmatan agensi ini mempunyai kekuatan 500,000 anggota.TVS

Nik Aziz 'tak halal' kemenangan BN

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau "tidak halal" kemenangan BN dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau semalam kerana mendakwa jentera kerajaan bersikap berat sebelah.

Meskipun terpaksa akur dengan keputusan itu, Menteri Besar Kelantan itu, mendakwa kekalahan PAS adalah disebabkan kesemua jentera kerajaan termasuk media perdana berpihak kepada BN.

Malah, menurutnya beliau tidak hirau sokongan pengundi Melayu kepada PAS merosot kerana pada kedua-dua pilihan raya kecil itu disifatkannya sebagai berat sebelah.

"Sebagai pemimpin PAS, mana-mana menteri, pihak berkuasa, yang menyalahgunakan kuasa, saya tak halal dunia akhirat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kota Bharu hari ini.

Bagi DUN Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, menewaskan calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38, dengan majoriti 3,643 undi, manakala bagi DUN kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, menewaskan calon PAS Hassanuddin Salim, 43, dengan majoriti 2,724 undi.

Mengenai desakan DAP supaya kerajaan PAS Kelantan menarik balik pengharaman judi di negeri itu, Nik Abdul Aziz berkata pihaknya sedia menjelaskan pendirian kerajaan negeri Kelantan agar pengerusi DAP Karpal Singh memahami perkara di sebalik pengharaman berkenaan.

"Perkara itu boleh dirunding, sebagaimana yang pernah disebut Karpal," katanya.

Pada 28 Februari lalu, pihak berkuasa tempatan menyaman dua pemilik kedai buku di negeri ini kerana menjual tiket loteri menyebabkan timbul dakwaan bahawa kerajaan PAS Kelantan menidakkan hak penganut agama lain di negeri ini.

Ekoran pengharaman itu, Karpal mendesak kerajaan PAS Kelantan supaya menarik balik pengharaman itu memandangkan ia dibenarkan kepada kaum bukan Islam di bawah Undang-undang kerajaan persekutuan dan Kelantan tidak terkecuali.

Mengenai dakwaan imej beliau disamakan dengan pengamal ajaran sesat Ayah Pin, Nik Abdul Aziz berkata biarlah perkara itu ditentukan oleh Allah s.w.t dan diselesaikan di akhirat nanti.
 
-Bernama-

LIGA PRK: BN 8 - 8 PR



Kalau hangpa nak tau,BN bukanlah hebat sangat walaupun menyapu bersih dua PRK semalam.

Berdasarkan rekod,BN menang 8 daripada 16 pilihan raya kecil yang telah diadakan sejak PRU12 yang lalu.Kerusi-kerusi itu ialah Batang Ai, Bagan Pinang, Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi, Tenang, Merlimau dan Kerdau.

Pakatan Rakyat juga menang 8 kerusi iaitu Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau, Bukit Gantang, Manek Urai, Penanti, Permatang Pasir dan Sibu.

PR merampas 2 kerusi BN, iaitu Kuala Terengganu dan Sibu. BN juga merampas dua kerusi pembangkang, Hulu Selangor dan Galas.

Jadi BN janganlah berbangga sangat dengan kemenangan terbaru semalam