Khamis, 16 Jun 2011

Syabas buat Mat Sabu...!!!

Oleh Subky Abdul Latif
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjNlAf-mU5dKsOrl43XbF074CfHEsythxZsCD0V5UWYFTko4sJcQy4EXKGcgLLfhPP0f0AonHnkdLEm-KywJzyOQk4e6nVYeqyLAJ_T5-XdDkDQ48CwACJlB1FZuMNfB6PEdAJ2NeLY_FwK/s1600/Mat+Sabu.jpgSAYA tidak pernah mengira keputusan PAS Kawasan Bukit Bintang mencalonkan Mohamad Sabu sebagai calon Timbalan Presiden PAS sebagai satu keputusan yang serius. Pada saya ketika itu ia satu keputusan main-main dan tidak mencerminkan kemahuan umum penyokong parti itu.
Sebagai mana orang tidak mengira Ustaz Nasharuddin Mat Isa adalah orang yang tepat dengan jawatan Timbalan Presiden itu tujuh tahun lalu, maka begitulah Mat Sabu pada persepsi saya masa itu bukan calon yang tepat bagi menggantikan penjawat jawatan itu.
Walaupun pemegang jawatan itu pada saya perlu digantikan, tetapi bukan digantikan oleh Mat Sabu.
Pada saya yang PAS cari bukan sekadar pemegang jawatan itu tetapi ialah dijangkakan bagi menjadi pengganti Ustaz Abdul Hadi yang tepat apabila tiba waktunya. Presiden PAS itu bukan sekadar seorang pemimpin parti yang diterima oleh semua tetapi ia adalah amir atau imam kepada parti dan pendukungnya.
Timbalan Presiden itu adalah calon yang terdekat bagi menggantikan amir atau imam itu.
Bukan Mat Sabu bukan pemimpin dan pahlawan PAS yang terbilang, tetapi dia adalah pahlawan gagah seperti Khalid ibni Walid, tiada tolok bandingnya di medan tempur, tetapi calon Khalifah atau Amirul Mukminin adalah orang lain.
Mat Sabu pun pada saya bukan orang yang memimpikan jawatan itu sejak berada dalam Jawatankuasa Agung PAS, tetapi dia mahu ada seorang yang dapat membantu Presiden parti yang berkesan.
Sejak konsep kepimpinan ulama diperkenalkan tahun 1982, persepsi ahli PAS bahawa konsep itu adalah terdiri dari Majlis Syura Ulama dan sekurang-kurang Presiden dan Timbalan Presiden itu adalah ulama.
Mana-mana orang awam yang dibangsakan dalam parti itu sebagai orang profesional tidak terhalang menjawat semua jawatan apa lagi mereka memiliki kemahiran yang diperlukan.
Sekalipun Majlis Syura Ulama itu adalah badan tertinggi dalam PAS selepas muktamar, makanisma gerakan harian parti adalah di tangan Jawatankuasa PAS Pusat. Sekalipun Majlis Syura berkuasa melakukan semak dan imbang kepada Jawatankuasa PAS Pusat, tetapi tidaklah Yang di-Pertuan Agong itu dapat campur tangan semua keputusan dan tindakan Perdana Menteri.
Begitulah adanya adab antara Majlis Syura dan Jawatankuasa PAS Pusat. Justeru itu, perlulah sekurangkurangnya dua jawatan teratas dalam Jawatankuasa PAS itu terdiri daripada ulama. Tidaklah memadai Presiden saja ulama, kerana dalam ketiadaan Presiden, jawatan itu akan dipangku oleh Timbalan Presiden.
Itu satu tafsir kepada konsep itu. Manakala satu tafsir lagi ia memadai dengan Majls Syura Ulama dan Dewan Ulamak saja. Perbezaan tafsir ini tidak mudah dirungkai, tetapi ia tidak menyebabkan parti itu berpecah kerana ia ditegakkan atas kekuatan akidah. Adalah lebih mudah membelah rambut sehelai daripada memecahkan perpaduan yang bertunjang kepada akidah.
Pemilihan perwakilan kepada Mat Sabu tidak dibuat kerana mahu atau tidak mahu kepada ulama tetapi dibuat mengikut pihak mana yang berpijak kepada fiqah politik Islam yang terbaik.
Petunjuk daripada fiqah politik Islam mendapati Timbalan Presiden parti dan Naib-Naib mesti diurus oleh orang yang mengerti dan tahu mengendalikan kemahuan fiqah politik Islam bagi menghadapi politik negara yang bertambah gawat dan memerlukan perubahan.
Siapa panglima yang boleh menghadapi medan percaturan politik yang terbaik dan boleh mendekatkan kemenangan? Rasulullah s.a.w. kadang-kadang tidak memilih sahabat yang rapat dengannya untuk memimpin peperangan, tetapi memilih panglima terbaik.
Sayidina Abu Bakar, Omar, Othman dan lain-lain sahabat yang kanan dan alim menjadi pembantu kepada panglima itu.
Kerana tiada rotan yang muncul dan bersedia mengambil tempat di samping Ustaz Abdul Hadi menjelang pemilihan pimpinan dua tahun sekali itu, maka yang ada adalah akar tunjang yang menjalar di semua pelosok bumi.
Mat Sabu, Salahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar bukanlah sekadar akar biasa, akar yang berguna semasa ketiadaan rotan tetapi mereka adalah akar umbi yang penting di tengah-tengah masyarakat boleh diterima memacu parti bagi melakukan perubahan apatah lagi pilihan raya umum (PRU) ke-13 adalah berada di ambang.
Rotan ada tetapi tidak muncul. Ulama yang berwibawa ramai tetapi mungkin ulama menjaga itu dan ini, maka mereka tidak melahirkan gedebenya seperti Mat Sabu dan Mahfuz. Ulama bukan sekadar memimpin kelas ilmu di surau dan masjid, tetapi ulama juga wajar memimpin umat hingga ke peringkat menggali kubur.
Ustaz Fadzil Noor, Ustaz Abdul Hadi dan Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat tidaklah sampai menjadi penggali kubur, tetapi mereka boleh berada di mana-mana di seluruh ceruk rantau seperti yang Mat Sabu dan Salahuddin buat sepanjang masa.
Mat Sabu dan Mahfuz turun memimpin tunjuk perasaan di jalanjalan, tetapi Ustaz Fadzil yang diserang penyakit kencing manis dulu pun tegak bersama para demonstran di depan kedutaan Amerika.
Ustaz Abdul Hadi dan Ustaz Nik Abdul Aziz meninggalkan hospital untuk ke jalan raya.
Tidak gugur martabat ulama mereka. Itu yang ahli nampak. Dalam keadaan ulama yang begitu, Mat Sabu tidak perlu untuk mencabar jawatan yang sebahagian daripada masanya ditumpukan untuk mesyuarat dan lain-lain pentadbiran parti hingga boleh mengurangkan masanya ke medan tempur.
Mat Sabu bukan ulama tetapi dia adalah orang awam PAS yang memahami banyak tentang fiqah politik Islam. Maka dia menjadi orang awam yang telah terpilih menjawat jawatan paling tinggi dalam parti selepas Dato’ Asri Muda. Asri dipercayai tidak berhajat untuk menjadi peneraju utama parti.
Ketika PAS dipimpin oleh dua ulama terbilang Dr Burhanuddin al-Hilmy sebagai Presiden dan Prof Zulkifli Mohamad sebagai Timbalan Presiden, Asri menjadi Naib Presiden seperti Salahuddin sekarang.
Tetapi musibah menimpa kedua Dr Burhanuddin dan Prof Zulkifli menyebabkan orang ketiga terpaksa mengambil alih pimpinan. Berdasarkan kejadian itu orang terfikir kemungkinan pimpinan parti terlucut daripada ulama sekali lagi.
Bukanlah fikah politik Islam tidak boleh memimpin, tetapi kebimbangan kejadian 30 tahun dulu berulang semula dalam PAS. Asri tidak pernah rasa jalan yang dilaluinya lari daripada halatuju Islam, tetapi pihak lain melihatnya begitu.
Bukanlah Asri itu sebenarnya lebih nasionalis dan Islamis, tetapi sebagai orang awam bukan ulama Asri dikelilingi oleh penasihat bukan ulama. Di situ puncanya kekeliruan itu.
Kalau kemunculan Mat Sabu sebagai orang nombor dua memungkin dia menjadi orang nombor satu seperti Asri dulu, maka ia mengembalikan semula ingatan semua kepada cerita lama.
Mat Sabu sendiri telah belajar daripada kejadian 30 tahun dulu. Ia boleh dielakkan dengan siapa mengelilingi Mat Sabu?
Maka pastikan dia mendapat nasihat daripada para ulama dan mereka tidak sekadar menjadi penasihat saja tetapi dilibatkan dalam semua gerakan dan tindakannya.
Apabila Mat Sabu telah memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Presiden dan dapat memenuhi tugas dan peranannya, maka perwakilan jangan memikirkan dia mesti digantikan bagi memungkin ia dipegang terus oleh golongan ulama.
Kita jangan berfikir bahawa Mat Sabu memegang jawatan untuk sementera dan kemudian digantikan.
Mat Sabu mesti dibantu oleh parti bagi menjadikan dia orang yang berkesan dalam jawatannya.
Peranan besarnya sekarang ialah bagaimana dia dapat memperkasa Majlis Syura Ulama dan meletakkan Mursyidul Am sebagai pemandu dan penentu arah, dasar, sasar dan hala tuju PAS supaya kehadiran Majlis Syura itu dirasakan penting dan ditunggu-tunggu oleh semua.
DAP telah ada pelapisnya. Lim Kit Siang sudah melepaskan pimpinan kepada anaknya Lim Guan Eng. Apakah Mat Sabu dia sediakan sebagai pelapis PAS? Masa tidak ada bagi membuat percubaan. Jadikan Mat Sabu pilihan yang tepat.

MASIH TENGOK BERITA TV3 SUKU ???




Siapa masih tengok Berita 8pm TV3 ?

Sekarang, atuk di kampung kawasan pendalaman sudah boleh melayari alam siber untuk mendapatkan maklumat terkini. Nenek yang berada di pangsapuri kos rendah dah boleh layari alam siber untuk mendapat 'tuition' dalam masak 'Chicken Chop' untuk cucu kesayangan nya. Pemilik Mercedes Benz C super dah boleh layari alam siber dan beli alat ganti tanpa pergi ke negara itu. Tanpa meninggalkan ruang keselesaan anda, maklumat boleh diperolehi.

Jadi siapa yang masih tengok Berita jam 8pm di TV3 ? Kalau nak cakap orang lama, mesti. Tetapi kalau tanya Gen Y sekarang, hampir semua akan cakap mungkin tengok Television sekali seminggu. Kerana alat yang dia pegang dalam tangan lagi murah dari ASTRO dan lagi seronok di guna. Media Prima, Tuan kepada TV3 sudah ada pelbagai website di alam maya tetapi tidak banyak yang di ketahui rakyat. Ini mungkin kerana protokol Media Prima yang tidak begitu 'Young and Easy Friendly', dan berita yang kurang di minati oleh Pemuda sekarang. Seperti sebuah bas to Nigeria di langgar oleh sebuah lori yang di pandu oleh seorang Brazilian. Berita seperti ini sudah tidak di minati oleh golongan Muda hari ini.

Walau apa pun, TV3 adalah tulang belakang kepada Berita Media Massa dan akan terus begitu sampai Pilihanraya Umum nanti. Selepas itu.......

Sumber ~
Kritis Online

Lihat BERSIH Secara Positif, Ia Mampu Jana Pendapatan Peniaga

Para peniaga perlu melihat Perhimpunan BERSIH sebagai sesuatu yang positif dalam usaha menjana pendapatan peniaga, ujar Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Menurut beliau, kehadiran ramai pengunjung pada perhimpunan itu dapat menjana pendapatan peniaga seperti penjualan barang makanan, cenderahati BERSIH 2.0 dan sebagainya memandangkan perhimpunan ini sudah diwarwarkan dari awal dan bukannya di saat- saat akhir.
“Saya rasa BERSIH ini boleh menajanakan ekonomi kalau pihak peniaga Bumiputera yang pandai mengambil kesempatan memandangkan ramai orang hadir dalam perhimpunan terbabit. Saya rasa suasana yang bakal timbul terpulang kepada masing-masing.

“Kalau kita sudah menunjukkan satu sikap negatif maka kita tidak mendapat peluang. Kalau kita menunjukkan satu sikap yang positif, maka kita akan memanfaatkan perkara- perkara yang bakal berlaku,” katanya.
Dalam pada itu beliau menambah, pertubuhan peribumi perkasa (PERKASA) sepatutnya tidak perlu campur tangan dalam perhimpunan tersebut berikutan tujuan dan niat asal perhimpunan ini adalah baik dan bukannya bermatlamat menggugat keamanan serta menimbulkan kekacauan.

“Saya rasa mereka sepatutnya tidak dibenarkan untuk mengganggu tunjuk perasaan yang ingin dilakukan oleh pihak BERSIH 2.0. amat jelas kehadiran mereka bertujuan untuk mengganggu dan menimbulkan ketegangan sedangkan daripada tujuan dan niat asal BERSIH 2.0 adalah perhimpunan aman,” katanya.

Beliau menambah, ini bukan kali pertama PERKASA 'kebal' untuk melakukan apa sahaja yang bertentangan dengan prinsip keamanan dan demokrasi.


Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar memohon penjelasan daripada Persatuan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutan, PPBWP berhubung kerugian yang dialami oleh peniaga pada perhimpunan BERSIH yang lalu.

Menurut beliau, berdasarkan dakwaan peniaga sebelum ini kononnya mereka kerugian hampir RM10juta sewaktu himpunan BERSIH kali pertama diadakan, ini bermaksud peniaga memperoleh anggaran pendapatan berjumlah RM5,000 sehari dan mereka mampu mendapat RM 150,000 sebulan.

“Kalau RM10 juta dibahagikan kepada 2,000 orang, maknaya RM5,000 sehari. Untuk 30 hari maknanya RM 150,000 kerugian sebulan. Jadi saya tidak tahu bahagian kutipan dan taksiran cukai membuat satu siasatan kepada mereka kerana pendapatan mereka kalau RM150,000 sebulan maknanya ianya pendapatan mereka boleh dicukaikan. Jadi saya tidak tahu mereka sudah membayar cukai pendapatan kepada kerajaan atau tidak.

“Kalau mereka tidak membayar cukai kepada kerajaan, saya turut mengalami kerugian. Rakyat juga tidak mendapat manfaat daripada cukai yang sepatutnya dibayar oleh 2,000 orang peniaga ini.

“Jadi saya minta satu penjelasan daipada PPBWP sejauh mana peniaga ini telah membayar cukai pendapatan walaupun mereka hanya sebagai peniaga kecil tetapi pendapatan mereka sangat- sangat tinggi berdasarkan laporan pengakuan yang dibuat oleh mereka yang mengatakan kerugian sebanyak RM 10juta. Dalam perhimpunan bersih yang lalu,” katanya.

Beliau menambah sekiranya peniaga tidak perlu membayar cukai pendapatan kepada kerajaan maka tidak menjadi masalah berhubung penganjuran perhimpunan BERSIH 2.0 akan datang.

“Bagi saya ini merupakan asas yang perlu kita bincang. Kalau mereka mengatakan mereka tidak perlu membayar cukai kerana pendapatan mereka tidak sampai, maka tidak ada kerugian pada perhimpunan BERSIH yang lalu. Jadi tiada masalah untuk mengadakan himpunan BERSIH yang kedua,” katanya.
-tvsnews

Ustaz Harun bersyukur tidak dilantik semula

KUALA LUMPUR — Datuk Ustaz Harun Taib bersyukur tidak dilantik semula sebagai Pesuruhjaya PAS Terengganu dan menyifatkan keputusan itu sebagai perkara biasa dalam parti.

Beliau yang masih kekal sebagai Ketua Dewan Ulama PAS berkata pengumuman barisan terbaru pesuruhjaya negeri dibuat presidennya Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Ahad lalu “meringankan beban” yang ditanggung beliau selama ini.

Malah kata Ustaz Harun, pengguguran daripada jawatan itu memberi lebih banyak masa kepadanya untuk berehat kerana uzur.

“Saya bersyukur tidak dilantik semula kerana tidak sihat, saya terima dengan keputusan ini... saya langsung tidak kecewa, saya lebih senang hati kerana satu daripada beban yang saya galas ringan sikit.

“Saya kini boleh tumpu kepada Dewan Ulama dan kawasan Hulu Terengganu, saya sedikit pun tidak kecewa,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru beliau berharap Mohd Abdul Wahid Endut yang dilantik menyandang jawatan itu dapat melaksanakan program yang dirancang terutamanya untuk menawan semula Terengganu pada pilihan raya umum ke-13.

“Ini perkara biasa untuk mana-mana jawatan dalam parti, saya juga tidak berapa sihat... jadi biarlah orang lebih muda mengambil alih jawatan ini lagipun Abdul Wahid sebelum ini adalah timbalan saya.

“Saya harap beliau dapat memimpin Terengganu dengan lebih baik dan saya rasa keputusan yang dibuat ini adalah bijak. Saya berharap kepimpinan baru akan meneruskan program yang telah dirancang di Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pelantikan baru yang menyaksikan beliau dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali — pemimpin kalangan ulama — digugurkan daripada jawatan masing-masing.

Wahid merupakan Ahli Parlimen Kuala Terengganu merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam sementara tempat Dr Hasan pula digantikan Adun Meru Dr Abd Rani Osman.

Turut menyaksikan perubahan tampuk kepimpinan negeri adalah Melaka, Sabah dan Negeri Sembilan.

Senarai pelantikan baru diumumkan Hadi sejurus selesai mempengerusikan mesyuarat pertama kepimpinan baru parti itu Ahad lalu.

Ustaz Harun menjadi Pesuruhjaya PAS Terengganu dari 1989 hingga 1997 dan selama dua tahun mulai 2009.

Tambahnya, beliau bersedia memberi sokongan kepada Wahid dalam meneruskan agenda perjuangan di Terengganu.

“Beliau (Mohd Abdul Wahid) adalah rakan saya, wajib saya memberikan sokongan kepada kepimpinan baru,” ujarnya.-TMI

Rakyat dicandui mimpi muluk Umno-BN lagi

Dalam lawatan saya ke India baru-baru ini, saban hari saya membaca iklindia parliament new anti terror law 181208 01an-iklan berbayar oleh kerajaan-kerajaan negeri di rantau itu mengenai projek-projek yang mereka telah mulakan untuk kebaikan rakyat.

Iklan itu dihiasi dengan pelbagai slogan, semuanya untuk memberikan mesej bagaimana rakyat bakal menerima manfaat begitu besar hasil pemerintahan kerajaan berkenaan.
Peliknya kerajaan-kerajaan negeri yang membuat janji-janji sedemikian sudah pun lama memerintah. Jadi jika rakyat baru dijanjikan manafaat “yang bakal” dinikmati mereka, tentunya ada sesuatu yang tidak kena.
Di sebalik iklan-iklan yang penuh dengan janji-janji sedemikian, saya hanya perlu melangkah ke luar hotel untuk berdepan dengan realiti hidup di India.

Memang diakui New Dehli, Jaipur dan bandaraya-bandaraya lain seperti Amritsar mempunyai bangunan pencakar langit dan lebuh raya sibuk dengan kereta mewah, namun ia juga penuh dengan pengemis tua, muda dan kanak-kanak.Menyayat hati

Amat menyayat hati bila melihat ibu mendokong bayi belasan bulan yang berpakaian nipis di musim sejuk dengan suhu 10 darjah Celsius di celah-celah kotaraya, mencari makanan di tong-tong sampah.

NONESaya tidak dapat mengelak daripada membandingkan iklan-iklan di India itu dengan muka depan akhbar-akhbar arus perdana di Malaysia semalam mengenai kejayaan Program Transformasi Ekonomi (ETP) membabitkan pelaburan sebanyak RM2.27 bilion.

Utusan Malaysia
melaporkan gabungan semua 15 inisiatif ini dalam tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) mewakili pelaburan RM63.38 bilion dan pendapatan negara kasar sebanyak RM66.13 bilion serta mewujudkan 63,531 peluang pekerjaan.

Berdasarkan laporan media itu semata-mata, nampaknya Malaysia kini memasuki era keemasan di bawah pemerintahan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Mungkinkah ini satu hakikat? Atau, ia sebenarnya sama seperti apa yang berlaku di India?

beggars in Penang during chinese new yearKita bersyukur kerana pengemis-pengemis jalanan yang berkeliaran di negara kita kini kebanyakan mereka adalah rakyat asing; buat masa ini.

Namun siapa yang sanggup menafikan hakikat kita semua semakin merasakan kesempitan hidup.

Kos sara hidup yang melambung, tanpa kenaikan gaji yang selari, penarikan balik subsidi, kenaikan harga hampir semua barangan perlu, dari secawan kopi di gerai kepada bil elektrik – semuanya semakin mencengkam kita.
Bajet tambahan
Sehari selepas Najib mendabik dada memberitahu dunia mengenai manfaat yang bakal dikecapi rakyat daripada NKRA dan ETP tajaannya, timbalan beliau terpaksa berdiri di Parlimen memohon Belanjawan tambahan sebanyak RM13 bilion.

asli capital market summit 131107 awang adek“Ini untuk menampung keperluan perbelanjaan menguruskan negara,” kata Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek Hussain (kiri).

Bermakna Belanjawan sebelum ini yang dibentangkan oleh Najib iaitu sebanyak RM162.8 bilion tidak mencukupi.

Ini juga bermakna belanjawan Najib hanya bertahan untuk tempoh begitu singkat, dan segala unjuran oleh pakar-pakar beliau tidak menepati sasaran!

Adakah kita sanggup dibuai dengan janji-janji indah NKRA, ETP dan sebagainya atau berpegang kepada realiti hidup semasa untuk merumuskan bahawa ada sesuatu yang amat tidak kena dengan ekonomi negara kita.

Kenapa subsidi untuk rakyat ditarik balik, manakala subsidi untuk Penjana Eletrik Bebas di kekalkan?

azlanKenapa perlu diadakan projek mega 100 tingkat Menara Warisan bernilai RM5 bilion atau membelanjakan RM65 juta untuk mengubah suai kediaman Perdana Menteri?

Apakah keperluan untuk kerajaan bergabung dengan sektor swasta membelanjakan RM27 juta ringgit untuk mengumpul sejuta pemuda bagi beramah mesra dengan Perdana Menteri, baru-baru ini?
Keperitan hidup

Bagaimanakah Kementerian Perlancongan boleh diberi kelulusan membelanjakan RM1.8 juta untuk mengendalikan laman Facebooknya, sesuatu yang boleh dilakukan dengan belanja jauh lebih murah?

azlanJawapan kepada persoalan-persoalan ini tidak mungkin akan dikupas oleh media arus perdana milik kerajaan, namun ini tidak bererti rakyat tidak boleh memikirkan mengenainya.

Dalam mengharungi keperitan hidup akibat pemotongan subsidi, rakyat kini menyaksikan kerajaan yang sama memohon kepada Parlimen untuk diberikan tambahan RM13 bilion bagi pengurusan negara.

Sudah tentu ia akan memburukkan lagi defisit negara, dan jika defisit negara bertambah meruncing, apakah ini tidak bermakna rakyat akan dijadikan mangsa menerusi pemotongan subsidi yang lebih dahsyat?

Pembaziran, ketirisan dan rasuah mewarnai setiap kerajaan yang memerintah di India sejak kemerdekaan. Prinsip-prinsip yang dijulang oleh Bapa India – Mahatma Gandhi sudah lama diabaikan oleh kebanyakan ahli poltik negara itu dalam mengejar kemewahan untuk diri dan kroni.

NONESegelintir daripada rakyatnya adalah antara yang terkaya di dunia, namun sebilangan besar masih lagi terperangkap dalam kancah kemiskinan tegar yang amat memeritkan.

Di Malaysia, janji-janji NKRA-ETP ialah pusingan mimpi baru yang dijual oleh kerajaan Umno-BN kepada rakyat negara ini.
Ungkapan kroni, kronisme

Kita sudahpun menyaksikan bagaimana pengswastaan Tun Dr Mahathir Mohamad mempopularkan ungkapan kroni dan kronisme.

Duit rakyat beratus billion ringgit disalur untuk membayar syarikat-syarikat konsesi air, elektrik, dan sistem aliran transit ringan dan sebagainya.

NONEHasil jelas pemerintahan beliau, rakyat terpaksa membayar tol tinggi untuk menggunakan lebuhraya, bil elektrik dan air juga meningkatkan manakala kemudahan pengangkutan awam negara ini jauh daripada memuaskan.

Selepas Mahathir, rakyat disajikan pula rancangan-rancangan seperti Koridor Ekonomi wawasan Tun Abdullah Badawi.

Belum pun Koridor itu menjadi realiti, rakyat diminta menerima keindahan NKRA dan ETA oleh Perdana Menteri 1Malaysia Najib Razak.

Maaf jika rasa sinis saya membaca iklan-iklan akhbar berbayar kerajaan di India menyerlah sekali lagi apabila membaca “kebesaran ETP dan NKRA” di muka depan akhbar-akhbar arus perdana semalam.

Saya cuma memikirkan nasib rakyat yang terperangkap dengan segala sara hidup semakin melambung yang cuba dibuai dengan mimpi-mimpi seorang lagi Perdana Menteri Umno-BN. -M'kini

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik

Anwar dan rakan kembali ke Dewan Rakyat


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama tiga ahli parlimen yang lain kembali ke Dewan Rakyat hari ini selepas menjalani hukuman digantung enam bulan.

Anwar (PKR-Permatang Pauh) bersama Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang) diberi sambutan meriah oleh rakan-rakan ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Mereka dihadiahkan empat jambangan bunga oleh penyokong Pakatan. Sivarasa dilihat memegang sebuah pembesar suara bagi melambangkan kebebasan bersuara yang cuba disekat berikutan penggantungan mereka itu.

Anwar diarahkan keluar dewan pada Disember lalu selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mendapati beliau bersalah kerana cuba memesongkan Dewan Rakyat berhubung kempen 1Malaysia kerajaan.

Karpal, Azmin dan Sivarasa, pula diarahkan keluar kerana menyokong Anwar dan menuntut Speaker membenarkannya mempertyhankan dirinya pada sidang tahun lalu. -M'kini

Ramai Tutup Akaun Facebook Kerana Kesedaran Bahaya Maklumat Peribadi Terdedah

Britain - Penutupan akaun laman jaringan sosial Facebook yang semakin meningkat sejak kebelakangan ini seolah-olah menjadi petanda kepada permulaan zaman lesu laman web tersebut.

Pakar psikologi Internet, Graham Jones memberitahu pengguna Facebook mula berasa bosan setelah satu tempoh masa menggunakan Facebook.
"Adalah sesuatu yang normal bagi seseorang individu teruja menggunakan sesuatu yang baru. Dia kemudian akan berasa bosan dan beralih pada perkara baru," katanya.

Kajian berkaitan penggunaan Facebook yang dijalankan di United Kingdom (UK) menunjukkan sebanyak 100,000 pengguna di Britain telah menutup akaun mereka sejak bulan lalu.

Penutupan secara mendadak itu turut dikaitkan dengan kebimbangan pengguna Facebook mengenai pencerobohan data dan maklumat peribadi mereka. Malah, timbul spekulasi bahawa laman Facebook juga bakal berdepan waktu suram seperti yang dialami MySpace dan Friendster.

Awal tahun ini, para eksekutif Facebook mengumumkan jumlah pengguna laman web itu UK mencecah 30 juta, iaitu separuh daripada populasi penduduk UK.

Di Amerika Syarikat (AS), jumlah pengguna Facebook juga jatuh merudum kepada 149.4 juta pengguna berbanding 155.2 juta sebelum ini. - Agensi