Isnin, 22 Ogos 2011

Najib tidak patut dipilih jadi pemimpin kata Tun Mahathir

SEBELUM ini telah disiarkan di MiLo SuaM bahawa terdapat gerakan dalaman Umno yang mahu menjatuhkan Najib Tun Razak.

Gerakan itu dipercayai didalangi oleh Muhyiddin Yassin dengan restu Tun Mahathir disertai oleh PENAWAR yang dianggotai oleh bekas wakil rakyat BN yang mendesak Najib meletakkan jawatan, rujuk sini [Gerakan Mahathir].

Tun Mahathir di dalam blognya langsung tidak menafikan dakwaan penglibatannya malah memberikan ucapan tahniah kepada gerakan tersebut, rujuk sini [Mahathir].

Barangkali tidak ramai yang tahu, Tun Mahathir sejak dari awal lagi menegaskan bahawa Najib Tun Razak tidak patut dipilih sebagai pemimpin, "Saya tidak mahu sokong pemimpin yang tidak baik bagi parti bagi (dan) negara kita...", kata beliau.

Di dalam menjawab satu soalan yang diajukan kepadanya sebelum ini, Tun Mahathir menyatakan bahawa beliau sudah berubah fikiran dari menyokong Najib sebagai Presiden Umno. "Kerana saya berpendapat, orang yang tidak patut dipilih bagi memerintah negara kita, jangan kita pilih..." kata Tun Mahathir lagi.

Saksikan sendiri kenyataan Tun Mahathir dalam rakaman di bawah ini.



ReJaM© "Dah lama tak suka, patutlah sibuk nak jatuhkan..."

Isu Gereja: PAS Persoalkan Pendirian UMNO-MCA Dan Hairan Kenapa JAIS Melengahkan Tindakan!

KUALA LUMPUR, 22 Ogos - Dalam keseronokan menyerang PAS secara bertubi-tubi dalam isu tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyiasat Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU), rakyat masih tertanya-tanya apakah pendirian sebenarnya UMNO Barisan Nasional dalam isu ini pula. “Apakah pendirian rasmi UMNO Barisan Nasional dalam isu ini? Satu belah, UMNO menuduh PAS tidak menjaga aqidah umat Islam, rakan baiknya MCA pula menuduh PAS untuk perkara sebaliknya sehingga merestui pencerobohan gereja,” soal Ketua Penerangan PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto).
 
Masih segar dalam ingatan ialah rakan terbaik UMNO, MCA iaitu parti yang disokong UMNO untuk menyaman kerajaan Kelantan dalam isu mengharamkan judi melalui Presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek dalam kenyataannya yang secara terbuka mengutuk tindakan Jais dalam menyiasat GMDU sebagai satu tindakan yang memalukan. Dr Chua turut dipetik sebagai berkata JAIS, yang terletak di bawah bidang kuasa anggota exco daripada PAS Datuk Dr Hassan Ali perlu memberi penjelasan tentang isu itu dan memohon maaf kerana menceroboh premis gereja berkenaan serta kelemahan pihaknya mengendalikan perkara itu.
 
“Kejadian ini menunjukkan bahawa PAS tidak liberal seperti yang didakwanya,” tambah Chua sebagaimana yang dilaporkan media. Selain itu, Naib presiden MCA, Gan Ping Sieu pula berkata, tindakan pegawai JAIS itu mencerminkan sikap parti pembangkang yang berfikiran sempit dan tebal semangat kedaerahannya.
Enggan Jumpa PAS, Tapi Bukti Tersiar Di Internet
Sejak penubuhan PAS, kata Tuan Ibrahim, rata-rata umat Islam tahu parti sentiasa berpendirian dengan tegas bagi mempertahankan aqidah umat Islam, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti sehinggakan hari ini UMNO and MCA masih menakutkan umat Islam dan bukan Islam bahawa kita satu parti yang ekstemis dalam mempertahankan aqidah umat Islam iaitu tak boleh judi, tak suka arak, membanteras murtad dan sebagainya.

Disebabkan ketegasan PAS dalam isu membanteras murtad, kata Tuan Ibrahim PAS telah mengesa agar JAIS agar mengambil tindakan segera sekiranya cukup bukti selaras dengan peruntukan perlembagaan negara dan undang-undang tubuh Kerajaan Selangor untuk mendakwa mereka yang bersalah di mahkamah.

“Disebabkan kekurangan maklumat, dan juga first-hand news, PAS turut mengambil inisiatif untuk berjumpa dengan kedua-dua pihak, Jais dan GMDU, tapi malang, kedua-duanya memilih untuk menangguhkan perjumpaan. Akan tetapi, pada masa yang masa, bukti-bukti JAIS pula mula terledak di Internet walaupun ia sepatutnya rahsia sehingga pendakwaan dibuat di mahkamah. Bahkan, lidah rasmi kami Harakahdaily sudahpun melaporkan bahawa terdapat percanggahan antara apa yang dinyatakan oleh pegawai gereja GMDU bahawa majlis makan malam anjuran Harapan Komuniti tidak mempunyai kaitan dengan agama dengan bukti video Jais ketika menyiasat di majlis makan malam GMDU yang kini hangat dipertontonkan di internet,” tambah Dato' Tuan Ibrahim lagi.

PAS Persoal, Kenapa JAIS Melengahkan Tindakan
Berikutan ledakan bukti video penyiasatan JAIS di internet, Tuan Ibrahim berkata PAS kini mempunyai dua persoalan utama dalam kontroversi ini. “Mengapa Jais masih berlengah-lengah untuk bertindak, dan juga kesunyi-sepian gereja mengenai percanggahan kenyataan pihak gereja dengan video penyiasatan Jais yang kini tersebar luas , namun keduanya tidak punyai jawapan sehingga ini PAS masih tidak dapat bertemu dengan kedua pihak,” soal beliau.

Walaupun telah membuat pendirian tegas dalam isu JAIS ini dan juga menunjukkan keadilan dalam Islam sebenar dalam mencari penyelesaian adil dalam isu ini, namun kata Tuan Ibrahim media pro UMNO sehingga hari ini masih mendesak PAS untuk menyatakan pendirian. “Sebaliknya, rakyat masih sehingga hari ini tak tahu apa pula pendirian BN, khususnya UMNO dan MCA dalam isu ini selain sibuk serang PAS? Ada sesiapa dari seberang sana boleh jawab?tanya beliau.

Perkuat jentera PAS dekati masyarakat

ALOR GAJAH, 21 Ogos: PAS perlu memperkuatkan jenteranya melalui pendekatan turun padang untuk bertemu masyarakat di samping aktiviti mesra rakyat.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari memberitahu, pihaknya meneruskan program turun padang ke kawasan-kawasan pada bulan Ramadhan ini.

Katanya, selepas PAS negeri membentuk jentera yang merupakan asas kekuatan parti, aktiviti mendekati masyarakat diteruskan termasuk mendaftar pemilih dan menjawab tohmohan pihak lawan.

Baginya, masyarakat di negeri ini boleh bersama dengan PAS melalui pendedahan pemimpin parti di semua peringkat.

Justeru, ujarnya, PAS negeri berusaha untuk bertemu dengan pemimpin masyarakat bagi menyampaikan mesej perjuangan parti.

“Ini merupakan tanggungjawab kita untuk dekat dengan masyarakat dan mereka boleh menerima kita, mereka mahu kita mesra dengan mereka,” ujarnya ujarnya ketika ditemui selepas menunaikan solat tarawih di Sekolah Rendah Islam al-Munawwarah, Durian Tunggal, malam tadi.

Sebelum itu, majlis berbuka puasa diadakan di pekarangan sekolah itu yang disertai Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Hadir sama malam tadi ialah Timbalan-timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Ustaz Kamarudin Sidek, Ustaz Mohd Noor Omar, Sofi Wahab, Setiausaha Perhubungan, Asri Shaik Abd Aziz, Ketua Pemuda, Yuhaizad Abdullah dan Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah, Ustaz Imran Abd Rahman.

Justeru, beliau menambah, pemimpin PAS setempat perlu lebih peka terhadap permasalah yang dihadapi penduduk dan seterusnya bertindak menyelesaikannya mengikut kemampuan masing-masing.

“Apabila kita berjaya selesai masalah masyarakat, maka mereka rasa PAS dekat dengan mereka dan ini dapat memecahkan tembok yang mengatakan PAS tak boleh mendekati masyarakat,” katanya lagi.

Mengenai pengukuhan jentera pilihan raya parti, beliau berkata, sehingga malam tadi, jentera PAS negeri telah turun ke kawasan Masjid Tanah, Kota Melaka, Tangga Batu, Jasin dan Alor Gajah.

“Lawatan ini adalah untuk melaksanakan misi pilihan raya bagi memberi kesedaran dan motivasi kepada petugas,” ujarnya

Takziah : Allahyarham Azizi Abdullah

Takziah buat Keluarga Allahyarham Azizi Abdullah

Kembalinya  Novelis terkemuka tanahair, Allahyarham Tuan Haji Azizi Abdullah ke rahmatillah sangat dirasai oleh dunia penulisan negara. Beliau bukan sahaja seorang novelis yang hebat tetapi juga seorang yang peka dan tajam pandangan penanya terhadap isu semasa yang melanda masyarakat.

Penulisan al marhum hidup dalam realiti semasa yang sedang dihadapi oleh masyarakat selain al marhum juga telah meninggalkan jasa besar dalam seni kesusasteraan negara. Novel Seorang Tua di Kaki Gunung pastinya hasil karya besar al marhum yang melonjak naik namanya dipersada sastera negara.

Seorang yang tinggi disiplin dan berdedikasi dalam penulisan malah kritis dalam mengutarakan idea mengolah realiti meletakkan beliau sebaris dengan sasterawan negara yang lain.

Kini negara telah hilang sebuah permata bernilai dan berkualiti tinggi. Semoga al marhum menjadi contoh kepada generasi muda hari ini dalam menekuni bidang penulisan dan kesusasteraan.

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga al marhum di atas pemergiannya. Sabarlah di atas ujian ini dan semoga ruhnya dicucuri rahmat dan digolongkan dari kalangan hambaNya yang soleh.

Al Faatihah.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Subhanallah!! Senyum Ja Wajah-Wajah Mereka Ni!!

Alangkah agungnya seorang yang syahid… Di akhirat dia memperoleh kebesaran luar biasa. Dia tidak meninggalkan dunia ini kecuali dengan barisan yang mulia. Manusia menangis, sedangkan syahid tersenyum…
Kegembiraan melihat tempat tinggalnya di syurga mengukir senyum di bibir sang syahid, seperti yang kita lihat para Syuhada Gaza berikut ini:
 



 
 
 
 
 
 

SUBHANALLAH, ALLAHUAKBAR


ustaz azhar idrus : jalan menuju ke syurga (video)

 

RAHSIA NAJIB TERBONGKAR

Kalau anda baca tajuk utama Utusan Malaysia hari ini,mungkin merupakan berita baik buat Perdana Menteri. Tapi tahukah anda, berita ini sebenarnya merupakan 'psikologi halus' Utusan bagi menjatuhkan Najib. Sejak kes cincin US$24 juta timbul, akhbar-akhbar utama 'menutup' cerita ini supaya tidak diketahui umum. Tapi bila berita ini keluar, secara tidak langsung Utusan telah mengeluarkan cerita tentang cincin US$24 juta ini. Ramai kalangan penyokong UMNO dikampung-kampung yang dikawal maklumat, secara terbuka mendapat berita ini. Mungkin ianya sekadar penafian tetapi kalau tidak ada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Jadi, minat rakyat luar bandar makin meluap-luap untuk mengetahui cerita sebenar tentang cincin tersebut. Maka, keuntungan pasti berpihak pada Pakatan Rakyat. Walaupun niat Utusan menerbitkan cerita ini bagi memberi merit politik kepada Muhyiddin Yasin yang telah diketahui ramai akan kedinginan hubungannya dengan Najib makin membuak. Tapi anda tentu pasti siapa yang untung sebenarnya dari berita ini...

Kompas mohon maaf kepada Najib

Jimmy S. Harianto memohon maaf kepada Najib Tun Razak mewakili akhbar Kompas di Putrajaya, baru-baru ini.

JAKARTA 21 Ogos - Akhbar Kompas hari ini memohon maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak berikutan penyiaran laporan mengenai keluarga Perdana Menteri dalam akhbar berkenaan pada 4 Ogos lalu.

Ketua Pengarang akhbar popular Indonesia itu, Rikard Bagun berkata, Kompas memohon maaf di atas penyiaran berita berhubung perkara yang tidak pernah berlaku dalam keluarga Perdana Menteri.

Penyiaran berita itu antara lain menyatakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai pemilik syarikat Perimekar Sdn. Bhd.

Selain itu, akhbar tersebut menyiarkan berita yang menuduh Rosmah membelanjakan AS$24 juta dolar (RM72 juta) untuk membeli sebentuk cincin berlian sedangkan barang kemas berkenaan tidak pernah dipesan atau dibeli mahupun untuk bahan pameran peribadi oleh Rosmah.

Akhbar tersebut turut menuduh bakal besan Perdana Menteri mempunyai kaitan dengan mafia Rusia sedangkan ia langsung tidak berasas.

“Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi (Ketua Pengarang) Kompas, Rikard Bagun, Sabtu (20/8) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya “Kepada Kepala Negara (Perdana Menteri) dan keluarga,” kata Rikard yang disiarkan oleh akhbar berkenaan hari ini.

Permohonan maaf itu dimuatkan dalam wawancara dengan wartawan kanan akhbar tersebut, Jimmy S Harianto dengan Perdana Menteri di Putrajaya Khamis lalu.

Ketika ditemui oleh Jimmy, Perdana Menteri melahirkan rasa terkejut dengan tindakan Kompas yang sanggup menyiarkan berita tersebut.

TV3 Suku.... menjengkelkan Oleh: TopengMerah

"TV3 menerusi Buletin Utama semalam menyiarkan rasa tidakpuas hati para pengusaha kuda tunggangan riadah di pantai Batu Feringgi, Penang. Menurut laporan mereka beberapa pengusaha servis itu mengeluh kerana perkhidmatan kuda tunggangan mereka telah pun di hentikan oleh Kerajan Negeri Pulau Pinang sejak berlakunya kemalangan yang melibatkan seekor kuda yang ditunggang pelancong melanggar seorang kanak-kanak yang sedang bermain di pantai itu.
Para pengusaha tersebut mengeluh kononnya dengan larangan kerajaan negeri PP itu, sumber rezeki mereka telah tersekat seolah-olah periuk nasi mereka telah di masukkan pasir. Sekali lagi TV3 telah mempolitikkan isu.

Apa yang sebenarnya berlaku ialah, larangan kerajaan PP itu bersifat sementara. Sukacita diingatkan, yang keputusan itu diambil oleh kerajaan negeri adalah bagi mengutamakan keselamatan rakyatnya sehingga jalan penyelesaian dijumpai untuk menyelesaikan isu ini. Mereka juga sedang menimbang untuk mencadangkan lokasi alternatif yang lebih sesuai untuk riadah ini.

Kerajaan negeri bukanlah zalim. Dengan PRU 13 yang bakal mengetuk pintu, kerajaan PP bukanlah bodoh untukmembuat suatu keputusan yang tidak popular yang dapat menghilangkan undi rakyat. Kerajaan PP sebenarnya perihatin dgn mewartakan larangan itu apabila mengambil kira kesengsaraan kanak-kanak malang itu dan juga sensitiviti kedua2 ibu bapa dan keluarga kanak-kanak itu.

Adalah menjadi satu perkara biasa apabila larangan yang bersifat sementara atau pun penggantungan sesuatu aktiviti itu terpaksa dibuat sementara siasatan di jalankan. Seperti yang dikatakan tadi, kerajaan PP tidak lah zalim. Zalim membawa erti membuat sesuatu itu tidak kena pada tempatnya. Jika zalim, mereka telah pun mengharamkan aktiviti ini sedari dulu lagi tanpa sebab. Ini tidak, penggantungan itu dibuat sebagai respon mereka terhadap kemalangan yang menimpa anak kecil itu. Ini jelas menunjukkan yang mereka telah pun melakukan satu tindakan yang tepat yang mengutamakan keselamatan rakyat.

TV3 sebenarnya telah kehabisan modal untuk menyerang kerajaan PP sehinggakan isu ini pun dipolitikkan untuk menghentam lawan. Biarlah kerajaan negeri mentadbir negeri mereka, jangan lah isu yang isolated seperti ini pun hendak dipolitikkan.

Mungkin kuda itu tidak merempuh anak cucu orang BN atau kaum kerabat orang TV3, oleh sebab itu lah mereka tidak sensitif. Bayangkan jika kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan kekal hasil dari pelanggaran itu, bagaimanakah rasa kedua ibu bapanya? Pasti kecewa bercampur marah. Tambahan pula BN yang menyalak sebagai kerajaan perihatin tidak langsung melahirkan rasa simpati terhadap mereka tetapi dilihat lebih mempertahankan pengusaha kuda.

Lidah TV3 sememangnya bercabang. Inilah sifat mereka akhir-akhir ini. Percayalah, jika kerajaan PP masih membenarkan aktiviti menunggang kuda ini diteruskan, nescaya TV3 akan menyerang mereka dari arah bertentangan dengan menghantar pencacai mereka ke rumah kanak-kanak itu dan membuat liputan dengan penuh kepura-puraan kononnya mereka mengambil berat tentang kanak-kanak malang itu.

Mereka akan menyerang kerajaan PP dengan mengatakan yang Kerajaan PP tidak perihatin terhadap rakyat nya yang ditimpa musibah tetapi lebih mengutamakan keuntungan komersial dengan tidak mengenakan larangan aktiviti kuda pantai itu. Inilah sifat jijik kewartawanan TV3. Entah lepasan universiti "cikai" mana wartawan mereka sekarang ini. Sesungguhnya editor mereka juga bersifat bebal.

TV3 sepatutnya lebih fokuskan kepada isu yang lebih makro untuk diketengahkan. Hentikanlah sikap yang menjengkelkan ini.

" /Tranungkite

Koh Tsu Koon Sedia "Berperang" Dengan Katak UMNO.!! kahkahkah

Dr Koh sedia lawan pihak pertikai kepimpinannya

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon bersedia untuk 'berperang' dengan pihak tertentu sekiranya mereka terus mempertikaikan kewibawaannya memimpin parti itu terutama di Pulau Pinang.

Beliau berkata pihak berkenaan di dalam dan luar parti itu yang membidas kepimpinannya adalah mereka yang tidak berpuas hati, sering membantah serta melakukan tindakan yang mencemarkan nama baiknya.

Inikah Video , TV3 diguna jatuhkan Presiden Gerakan ?


"Tunggulah kalau ada serangan lagi kita akan mempertimbangkan strategi (melawan semula) dan melaksanakan strategi itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan negeri Perak, di Ipoh hari ini.

Beliau mengulas sasaran beberapa pihak termasuk ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim yang mendakwa Koh sudah tidak lagi relevan untuk memimpin Gerakan di Pulau Pinang dan dilihat sebagai liabiliti kepada parti itu.

Mengenai dakwaan Gerakan kini semakin "karam" di bawah kepimpinannya, Koh berkata parti itu sedang dibina semula selepas tsunami politik pada 2008 dan proses pembinaan semula itu menuntut lebih banyak semangat, kesabaran dan masa.

Katanya parti itu mendapat semangat dan galakan apabila 27,000 ahli baru termasuk empat anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas telah menyertai parti itu di seluruh negara sejak pilihan raya umum ke-12 pada Mac 2008.

Ketika ditanya adakah beliau mendapat sokongan dalam parti dan Barisan Nasional (BN), Koh berkata sokongan itu hanya dapat diuji apabila pemilihan parti diadakan dan enggan membuat spekulasi.

Selain Zahrain, Koh juga menjadi sasaran bekas naib presiden Gerakan, Huan Cheng Guan dan Presiden Dewan Perniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping, yang berpendapat kepimpinan parti itu perlu diganti jika mahu memastikan Pulau Pinang kembali semula ke tangan BN pada pilihan raya umum akan datang.

Terdahulu itu, ketika berucap merasmikan persidangan itu, Koh berkata Gerakan kini menjadi sasaran untuk melemahkan dan "menguburkan" parti itu termasuk dirinya sendiri.

"Saya percaya, itu adalah agenda untuk melihat (perjuangan) Gerakan berakhir. Jika Gerakan tidak relevan mengapa serang Gerakan," katanya.

Beliau berkata semua anggota parti perlu meneruskan khidmat kepada rakyat dan tidak perlu pandai "bermain wayang".

Katanya Gerakan perlu mendedahkan janji kosong pembangkang selepas mengambilalih pemerintahan negeri dan pada masa sama BN perlu menunaikan janji semasa pilihan raya umum lalu jika tidak mahu 'dihukum' rakyat. - Bernama 

TANDA-TANDA KECIL NAK PILIHANRAYA

 Kementerian diminta kaji hapus satu tol lebuhraya Cheras-Kajang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Kementerian Kerja Raya mengkaji kemungkinan memansuhkan satu daripada dua tol di Lebuh Raya Cheras-Kajang di Hulu Langat.

Beliau berkata kajian itu perlu dibentang kepada Jemaah Menteri untuk perincian sebelum kerajaan memutuskan isu yang menjadi keluhan penduduk di sekitar kawasan itu.

"Saya sebut perkara ini sebab saya nak gambarkan kepada tuan-tuan bahawa apabila disebut 'Rakyat didahulukan,' kita benar-benar nak buat apa sahaja supaya rakyat merasakan beban mereka lebih ringan lagi dengan usaha kerajaan.

"Berhubung Tol Grand Saga, saya akan minta Menteri Kerja Raya untuk mengkaji perkara ini dengan mendalam, dan dibawa kepada mesyuarat Jemaah Menteri untuk dikaji kalau sekiranya kita mampu berbuat sesuatu berhubung dengan masalah tol tersebut," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor di Dataran Usahawan, Batu 14, Pekan Hulu Langat hari ini.

Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih Datuk Johan Abd Aziz, yang juga Ketua Umno Bahagian Hulu Langat.

Najib berkata beliau perlu mengkaji setiap permohonan yang dikemukakan kepadanya dengan lebih mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.

"Saya tak nak sebut ini (lulus) sebab ia libatkan implikasi kewangan yang besar, jadi kalau terus saja saya umum, saya tahu tepukan yang kuat akan kedengaran, tetapi sebagai Menteri Kewangan yang bertanggungjawab, saya akan
kaji dahulu dengan mendalam, dan tunggulah masanya, kalau ada apa-apa pertimbangan yang baik, ia akan diumumkan," katanya.

Dalam ucapan beliau di depan lebih 5,000 orang, Najib turut memberi jaminan kerajaan akan menimbang untuk menaik taraf Hospital Kajang yang beroperasi lebih 100 tahun dan kini semakin uzur serta tidak mampu menampung ramai pesakit berikutan pertambahan bilangan penduduk di kawasan berkenaan.

Perdana Menteri membuat pengumuman itu berikutan permohonan ADUN Semenyih kerana penduduk sekitar cukup terbeban apabila perlu membayar dua tol kendalian syarikat konsesi Grand Saga Tol Sdn Bhd, yang masing-masing pada kadar RM0.90 dan RM1.10 dalam jarak dua kilometer.

Najib, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, berkata rakyat negara ini perlu bersyukur kerana kerajaan yang diterajui Barisan Nasional terbukti berkesan membawa perubahan seperti menangani isu ekonomi ketika beberapa negara maju, termasuk Amerika Syarikat, mengalami krisis.

"Ini bererti kalau kita tanya rakyat Malaysia, semuanya merasakan (keadaan) akan bertambah baik dan mereka mempunyai keyakinan serta perasaan bahawa jika kerajaan meneruskan hala tuju dan perancangan berdasarkan perancangan induk seperti GTP (Program Transformasi Kerajaan), ETP (Program Transformasi Ekonomi)
dan RMK-10 (Rancangan Malaysia Kesepuluh), insya-Allah masa depan mereka akan bertambah baik," katanya.

Najib berkata keadaan ini cukup berbeza dengan negara maju lain yang mana peruntukan serta pencen rakyatnya dipotong, selain terpaksa bergantung kepada bantuan negara lain untuk menyuntik sumber kewangan bagi menyelesaikan kemelut ekonomi yang dihadapi.

"Tapi di Malaysia, bukan sahaja boleh bayar gaji, bonus separuh bulanpun boleh diberi kepada penjawat awam dan pesara kerajaan, malah yang tak bekerja dan sedang menimang cucu juga diberi bayaran RM500... inilah bertuahnya hidup di bumi Malaysia di bawah kerajaan Barisan Nasional," katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada fakir miskin, anak yatim dan warga emas, selain komputer riba 1Malaysia kepada penduduk terpilih dari kawasan Parlimen Hulu Langat.

Najib kemudian menunaikan solat Maghrib di Masjid Hishamuddin Alam Shah sebelum berangkat ke Masjid Jamek Kampung Pasir Baru, Semenyih yang terletak kira-kira 25 kilometer dari sini untuk solat Isyak dan Terawih, serta moreh bersama jemaah.

- Bernama
Read more:
http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1ViLzpfPL

UMNO dah mula retak?


Pendirian terbaru pentadbiran Najib berhubung jawatankuasa pilihan khas mengenai pilihan raya semakin jelas wujudnya keretakan antara perdana menteri dan parti pimpinannya — Umno, dakwa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Sekali lagi, menurut mereka, perkembangan semasa menunjukkan ada bangkangan ke atas inisiatif Datuk Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri dan Presiden Umno - kali ini membabitkan jawatankuasa pilihan khas Parlimen.

Perkembangan terbaru dalam Barisan Nasional (BN) yang memerintah telah mencetuskan kebimbangan, malah pesaingnya Pakatan Rakyat, yang percaya lebih banyak pembaharuan akan mengalami kelewatan memandangkan Najib cuba mendapatkan sokongan ketika beliau sedang berusaha mengatasi bangkangan dalam pentadbirannya sendiri.


Dalam hal ini, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu percaya tindakan Najib yang dilihat berundur ke belakang daripada inisiatifnya menunjukkan beliau sedang “membeli masa” agar perdana menteri keenam ini boleh mendapatkan sokongan kakitangan kerajaan dan pengundi atas pagar menjelang pilihan raya umum.

“Saya tidak fikir Najib dan BN serius untuk membawa pembaharuan,” kata beliau kepada The Malaysian Insider selepas melancarkan kempen antiharga barang naik, menggunakan nama Protes BN, di ibu negara semalam.

“Mereka hanya membuka injap untuk melepaskan tekanan tetapi tidak serius mengadakan pilihan raya bebas dan adil. Ya, mereka cuba beli masa,” kata beliau merujuk kepada kesan perhimpunan Bersih di ibu negara pada 9 Julai lalu, yang diadakan untuk menuntut pembaharuan pilihan raya.

Petang kelmarin, Najib berrkata pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan bila-bila masa dan tidak akan bergantung pada prosiding jawatankuasa pilihan khas Parlimen yang dibentuk untuk membincangkan isu-isu berkaitan dengan pilihan raya.

Jawatankuasa sembilan anggota itu akan dibentuk Oktober ini.

Bagaimanapun kata perdana menteri, oleh kerana jawatankuasa itu akan terbubar dengan sendiri bersama pembubaran Parlimen, apa sahaja pembaharuan yang boleh dilaksanakan akan diadakan terlebih dahulu.

“Pilihan raya boleh diadakan bila-bila masa, tiada apa-apa kaitan dengan jawatankuasa pilihan khas Parlimen. Ada perkara yang boleh dijalankan lebih awal,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno.

Najib mengumumkan inisiatif ini Isnin lalu.

Mohamad menambah, beberapa kumpulan dalam Umno tidak berpuas hati dengan pembaharuan Najib dan cuba mewujudkan kebangkitan ke atas kepimpinan beliau dan perikatan dipimpinnya.

Beliau menamakan pertubuhan bukan kerajaan seperti Penawar dan Amanah Merdeka yang diketuai oleh veteran-veteran Umno.

Oleh itu kata Mohamad, Najib cuba mendapatkan sokongan daripada tempat-tempat lain.

“Saya tidak fikir beliau cuba menyatukan sokongan veteran Umno tetapi membeli masa pegawai-pegawai kerajaan dan menjawab Buku Jingga (dikeluarkan Pakatan Rakyat),” kata beliau.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkongsi pendirian yang sama sambil berkata, pendirian ‘flip-flop’ Najib adalah satu helah politik untuk mengelirukan rakyat dan mengharapkan rakyat akan lupa.

“Ia kelihatan begitu,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Ipoh Timur ini memberitahu, Najib kemungkinan cuba untuk mengadakan inisiatif baru susulan perhimpunan Bersih 2.0 bulan lalu tetapi gagal ekoran tentangan daripada Umno sendiri.

“Beliau tidak boleh keluar daripada bangkangan, kritikan jelas daripada pihak berpendirian keras seperti Muhyiddin,” kata Lim merujuk kepada timbalan Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selasa lalu, Muhyiddin berkata sistem pilihan raya semasa adalah adil dan telus, dan hanya memerlukan sedikit penambahbaikan.

“Mereka tidak boleh gembira dengan idea itu apabila mereka selama ini mempertahankan bahawa tidak ada apa-apa kekurangan dalam sistem semasa,” kata Lim.

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Najib cuba untuk melewatkan pelaksanaan pembaharuan pilihan raya.

Adun Seri Setia dari Selangor ini berkata, tidak munasabah bagi Najib untuk sering berubah pendirian.

“... mengatakan sesuatu hari ini dan kemudian mengubah pendirian dengan begitu cepat,” kata beliau.

“Mengadakan jawatankuasa pilihan khas bermakna anda menerima adanya kepincangan dalam sistem.

“Tetapi kemudian anda mengatakan tidak perlu menunggu sehingga keputusan (laporan jawatankuasa pilihan khas), kita boleh mengadakan pilihan raya, ini tidak masuk akal. Masih ada masa sehingga akhir mandat (semasa),” kata beliau.

Mandat semasa hanya akan berakhir pada suku kedua 2013.

Nik Nazmi berkata, motif sebenar Najib dalam mengubah pendirianya hanya boleh dispekulasi, tetapi nampaknya sementara Perdana Menteri itu cuba untuk bergerak ke depan daripada episod Bersih 2.0, beliau ditarik oleh pihak lain.

“Perdana Menteri boleh kata satu dan No 2 pula boleh kata lain,” kata beliau dengan merujuk kepada gandingan Najib dan Muhyiddin.

The Malaysian Insider
darisungaiderhaka
Read more:
http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1ViLjXFOa

Next.. BERSIH 3.0..!!

PAS: Ketidakikhlasan BN semarak semangat himpunan BERSIH 3.0
Pakatan Rakyat akan bermesyuarat Rabu ini untuk membuat keputusan bersama terhadap ketidakikhlasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan BN melakukan reformasi sistem pilihanraya sebelum pilihan raya umum ke-13.

Ia ekoran kenyataan perdana menteri bahawa pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa dan ia tidak perlu menunggu keputusan jawatankuasa khas parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

Menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, PAS juga akan mengadakan mesyuarat khas bagi menimbang penyertaan dalam Jawatankuasa Khas Parlimen, kerana berpendapat, ianya tidak membawa sebarang makna setelah perdana menteri membuat kenyataan sedemikian.

Sambil menyuarakan kekesalan PAS, beliau berkata: "Kenyataan tersebut membuktikan sikap sebenar kerajaan terhadap tuntutan rakyat agar sistem pilihanraya yang bersih dan adil dapat diwujudkan, sebelum PRU akan datang.

"Tujuan utama Jawatankuasa Khas ini ialah merumus satu sistem pilihanraya yang adil dan bersih, setelah pelbagai kelemahan dibongkar.

"Apa guna dibentuk jawatankuasa Khas, sekiranya kerajaan sudah memberikan bayangan jelas bahawa pilihanraya umum akan diadakan sebelum jawatankuasa itu menyiapkan laporan dan sekaligus memberikan petanda yang jelas bahawa sememangnya kerajaan BN tidak bersedia untuk menerima dan memperbaiki kelemahan yang ada," katanya Tuan Ibrahim dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, adalah mustahak bagi rakyat bahawa inisiatif mengatasi kelemahan dan hilangnya keyakinan mereka terhadap sistem pilihanraya yang ada kini diperbetulkan terlebih dahulu supaya satu perjalanan sistem pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia dapat dijalankan.

"Sekiranya tidak, apa gunanya rakyat mengundi sekiranya keputusan pilihanraya bukan keputusan yang membayangkan hasrat mereka sebenar di akar umbi, tetapi hasrat pengundi hantu dan warga asing yang berlambak untuk memenangkan calon parti tertentu," tambahnya.

Tegasnya, kerajaan harus menyedari kemarahan rakyat dan tuntutan dalam perhimpunan aman BERSIH 2.0 baru- baru ini.

"Sikap kerajaan yang menolak diadakan pilihanraya sebelum sistem diperbaiki sudah tentu akan mengundang kemarahan rakyat dan tahap kebolehpercayaan terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan terus merosot.

"Keadaan ini sangat tidak baik bagi negara, dan terutamanya kerajaan memerintah dan tidak mustahil parti- parti dalam Pakatan Rakyat akan menarik diri ekoran kenyataan Perdana Menteri.

"Ketidakikhlasan kerajaan Barisan Nasional ini juga dijangka akan mempercepatkan bantahan rakyat, justeru menyemarakkan semangat untuk himpunan BERSIH 3.0 diadakan," tambahnya.

PAS, tegasnya, ingin tegaskan bahawa kerajaan tidak patut dan sememangnya "ia amat tidak bertanggungjawab untuk membubarkan Parlimen dalam keadaan mereka sedar bahawa sistem pilihanraya negara kita sememangnya tempang berhadapan dengan kelemahan dan kepincangan yang pelbagai.

"Sila memperbaiki dahulu beberapa kelemahan yang utama, barulah diadakan pilihanraya ke 13, demi rakyat, untuk rakyat dan kerana rakyat," katanya.

http://www.malaysiakini.com/news/173666

Novelis Azizi Haji Abdullah meninggal

GEORGETOWN, 21 Ogos: Novelis terkenal tanahair, Haji Azizi Abdullah meninggal dunia di Hospital Besar Pulau Pinang pukul 7.30 pagi tadi.

Rakan sekerjanya di Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Zulkifli Mohd Yusuf ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.
Jenazah Allahyarham Haji Azizi akan dibawa pula ke kediamanya di Taman Bersatu berdekatan Petronas Kulim tengahari ini.

Allahyarham meninggal disebabkan sakit jantung setelah lebih enam bulan di rawat di hospital berkenaan. -HD

Salam Raya Gaya "KAK ROS"