Sabtu, 2 Julai 2011

PUAK UMNO Dok kata MB Azizan kejam laa pulak....!!!

MB Kedah tak kejam aihh Puteri UMNO woi...

Oleh: Che Nad
"Kerajaan negeri tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana rakyat negeri Kedah yang ditangkap di atas kesalahan merusuh di perhimpunan itu kelak," kata Menteri Besar Dato' Seri Azizan Abd Razak.
Bersih 2.0 adalah himpunan aman, berjalan sambil bersantai. Tiada siapa di kalangan penganjur yang mahu peserta himpunan pi MERUSUH. Jadi kalau MB Kedah tidak akan bertanggungjawab kepada rakyat Kedah yang pi merusuh, ia sangat patut kerana mereka langgar arahan supaya hadir himpunan secara aman.

Bagaimana pula kalau mereka tidak merusuh tapi ditangkap juga? Pihak penganjur dah beri jaminan akan menyediakan peguam dan membantu, nak kalut apa. Kalau ahli PAS kena tahan maka PAS (atas nama parti) akan membantu.

Jadi kalau Ostad kata "Kerajaan negeri tidak akan bertanggung jawab kepada..." betul la tu, sebab urusan politik biar parti yang selesaikan bukan urusan kerajaan. BN dulu yang tak reti beza antara parti dan kerajaan.. itu pasallah depa sapu habih duit GLC untuk biayai program parti.

"JANGAN SERAH KEDAH DEKAT PENYAMUN"

Pintu rundingan ditutup

KUALA LUMPUR 1 Julai - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menutup pintu rundingan dengan mana-mana penganjur perhimpunan haram pada 9 Julai ini selepas nasihat kepada pemimpin masing-masing diberikan sejak semalam dan kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, berikutan itu, tindakan tegas akan diambil kepada penganjur yang tetap berdegil untuk meneruskan hasrat mereka.

Menurutnya, sepanjang dua hari lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan beliau sendiri telah memberi nasihat kepada penganjur perhimpunan haram itu tentang tindakan yang akan diambil terhadap mereka.

Tiga pihak yang diberi nasihat itu adalah Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Pergerakan Pemuda UMNO.

"Selepas nasihat diberi, polis tidak menolak kemungkinan akan mengambil tindakan menahan pemimpin perhimpunan haram itu lebih awal, kita juga mungkin akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Tindakan tegas itu diambil bagi menjaga keamanan negara dan keselamatan rakyat kerana peniaga, pengusaha teksi dan bas termasuk agensi pelancongan semakin risau perniagaan mereka terjejas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Tambahnya, selain arahan tegas supaya tiada perhimpunan haram diadakan pada 9 Julai ini, polis juga akan merampas segala bahan promosi termasuk baju kuning yang tertulis Bersih atau baju merah, Patriot.

Beliau berkata, mereka yang cuba mengadakan perhimpunan haram itu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis 1967.

Dalam pada itu, Khalid memberitahu, sebanyak 2,136 laporan polis terhadap Bersih telah dibuat di seluruh negara sehingga semalam.

Menurutnya, polis setakat ini telah menahan seramai 115 orang berkaitan perhimpunan haram itu

Aziz Bari: Sudah tiba masa bagi Agong campurtangan

Yang di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab untuk campurtangan demi kepentingan rakyat memandangkan pencabulan hak perlembagaan dalam penganjuran BERSIH 2.0, kata pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari.

NONE"Ini bukan menyertai politik atau memihak tetapi untuk menyelamatkan negara dan perlembagaan,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu.

Jelasnya sebagai 'pelindung perlembagaan', Seri Paduka mempunyai tanggungjawab melindunginya, seperti sumpah jawatan yang dilafazkan menurut perlembagaan persekutuan.

Abdul Aziz percaya situasai sekarang adalah peluang bagi Yang di-Pertuan Agong mengembalikan semula sinar kepada institusi monarki, khususnya krisis politik Perak 2009.

"Bagi saya, Seri Paduka sepatutnya menerima sendiri memorandum itu. Tidak ada sebarang peruntukan dalam perlembagaan yang menghalang baginda berbuat demikian. Tidak ada apa-apa yang berbentuk politik atau partisan seperti yang didakwa oleh BN atau polis,” katanya kepada Malaysiakini.

Menurutnya lagi Seri Paduka cuma perlu menerima memo itu dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa sambil menambah rakyat tidak menjangkakan baginda berperanan aktif seperti Raja Bhumipol dari Thailand atau Raja Sepanyol King Juan Carlos

Pra Himpunan BERSIH 2 : KEJAM!!!! Rakyat Mangsa tangkapan pertama polis di Kota bharu.

Ustaz zakaria bergari dibawa ke IPD Kota Bharu untuk disoal siasat dan didakwa/dihukum

Van yang dimiliki oleh Ustaz Zakaria turut digeledah untuk mencari T-shIRT bersih




Rakyat ramai bersimpati dengan ustaz zakaria..




















 
KOTA BHARU - Seorang peniaga kitab dan buku agama, Ustaz zakaria telah ditahan oleh polis sewaktu kuliah hari jumaat di dataran ilmu , jalan dato pati, kota bharu atas tuduhan oleh pihak berkuasa kerana menjual baju T-shirt BERSIH.


Ustaz zakaria ditahan dan dibawa ke balai IPD Kota Bharu untuk siasatan lanjut..dan mungkin malam ini beliau bermalam di lokap kerana sehelai T-Shirt yang amat ditakuti oleh mereka yang berkuasa di Putrajaya

Demontrasi Ganas 'Melayu dan Mamak' di Pulau Pinang

Georgetown Jumaat - Kira-kira 300 penyokong Umno, PERKASA dan NGO, Suara Anak-anak Malaysia mengadakan demonstrasi di Pulau Pinang petang tadi bagi membantah tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Dalam kekecohan itu enam orang ditahan polis yang turut mengarahkan kira-kira 100 anggotanya untuk mengawal keadaan. Penyokong kumpulan itu berarak kira-kira satu kilometer dari Masjid Kapitan Keling ke bangunan Komtar selepas solat Jumaat. Sepanjang perarakan itu kumpulan berkenaan membawa sepanduk 'Jangan Berani Bangkitkan Komunis', 'Pulau Pinang Hak Kami' dan 'Guan Eng Dalang Perpecahan Melayu'.

Sejurus tiba di Komtar, mereka berarak mengelilingi bangunan itu dan setibanya di Jalan Penang pada kira-kira 3.10 petang, kumpulan itu bertindak nekad dengan duduk di atas jalan raya selama 10 minit. Mereka menuntut Lim berundur sebagai ketua menteri kerana beliau secara terbuka menyokong perhimpunan BERSIH yang telah diisytiharkan perhimpunan haram oleh pihak polis.

Dalam perarakan itu yang melalui Jalan Chulia dan Jalan Carnavon menuju ke Komtar, kumpulan itu juga memecahkan cermin kereta-kereta di sepanjang jalan.

Bertindak ganas
Mereka juga bertindak ganas dengan menolak dua jurugambar - seorang daripada akhbar Cina manakala seorang seorang lagi daripada stesen TV. Selepas menahan enam orang dan membunyikan siren, penunjuk perasaan beredar ke Jalan Penang, di mana beberapa beberapa pemimpin Umno termasuk Ezam Mohd Nor membuat ucapan membidas Lim dan kerajaan negeri.

Katanya, Malaysia perlu dipertahankan daripada kumpulan yang ingin merosakkan keharmonian negara. "Perhimpunan ini untuk memberi mesej jelas kepada pengkhianat-pengkhianat ini bahawa negara kita masih ramai anak-anak Melayu, Cina dan India yang akan mempertahankan maruah negara," katanya.

Pada jam 3.30 petang, sekumpulan lagi berarak dari Jalan Penang ke kawasan Komtar membawa dua ekor itik dan menjeritkan nama exco Pulau Pinang dan ADUN Batu Maung Datuk Abdul Malik Abul Kassim. Selain mempersendakannya mereka juga mengajuk cara percakapan Abdul Malik.

Kesesakan teruk
Demonstrasi itu menyebabkan kesesakan di sekitar Georgetown dan banyak premis di sekitar Komtar ditutup. Polis hanya membiarkan kumpulan itu dengan telatah dan gelagat mereka.

Sementara itu, selepas diarahkan bersurai pada kira-kira 3.25 petang, kira-kira 30 orang daripada kumpulan itu bergerak ke Jambatan Pulau Pinang bagi mengadakan demonstrasi di tengah-tengah jambatan. Tindakan itu menyebabkan kesesakan selama lebih dua jam sepanjang kira-kira lapan km dari Lebuh Raya Tun Dr Lim Chong Eu, di bahagian Pulau ke pertengahan jambatan, menuju ke Seberang Perai. -M'Kini

TERKINI - Ronnie Liu ditangkap polis

YB Ronnie baru ditangkap polis ketika pulang bersama saya (MB Khalid) Kereta kami yang diiringi polis dihentikan, dan polis memaksa YB Ronnie keluar. YB Ronnie ditangkap polis kerana meminta rakyat sertai perhimpunan aman Bersih. Beliau dibawa ke balai polis Serendah

BERSIH 2.0 : Mengapa Perlu DiHINA Sampai Begini....

Apakah jenayah yang dilakukan oleh mereka..??Sampai begini HINA dimalukan,sedangkan mereka adalah pemimpin yang dilantik oleh rakyat,menghina mereka bererti menghina pilihan rakyat..Umno dan Polis Barua sudah hilang kewarasan akal...Tunggu PRU 13,jangan harap lu orang nak dapat undi kaum cina di Perak...Mampuihhh Umno....

Ulasan paling bangang pasai BERSIH 2.0


Utusan melaporkan:
SIPITANG – Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan kerajaan tidak akan mengadakan pilihan raya umum lebih awal hanya kerana ingin memuaskan hati Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang mendesak sebuah pilihan raya bersih diadakan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak tertakluk dan akan tunduk kepada kumpulan itu kerana segala tuntutan mereka sebenarnya telah pun dijawab oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Ia hanya alasan Bersih kerana motif sebenar mereka adalah politik setelah bimbang melihat momentum sokongan rakyat kepada Barisan Nasional (BN) yang semakin meningkat. -
Utusan.

Macamana la Malaysia boleh ada Perdana Menteri macam ni punya BANGANG. Dia ni hidup kat mana sampai benda kecoh macam BERSIH 2.0 ni pun dia tak tau.

Mungkin jugak la sebagai Perdana Menteri, Najib takdak masa nak baca surat khabar kut. Atau pun tak mustahil dia ni pun sama macam
ketua bahagian Umno Parit Buntar, mengigau di siang hari, cakap apa yang dia teringat nak cakap.

Takkan la takdak orang keliling dia yang boleh bagi maklumat yang betul sikit. Tak pernahnya langsung dikaitkan BERSIH 2.0 dengan tarikh pilihanraya.

Mana ada pemimpin Pakatan Rakyat yang desak diadakan pilihanraya awal, kalau ada pun cuma setakat "cabar, kalau berani." Yang ada pun masa krisis Perak dulu. Tu pun cuma untuk bubar Dun Perak saja bukannya bubar Parlimen.

Himpunan BERSIH 2.0 cuma buat tuntutan kepada SPR supaya dibuat pilihanraya yang bersih dan adil dengan 8 tuntutan. Pakatan Rakyat bukan peduli sangat bila Najib nak bubar parlimen pun. Tak kira la bubar bila pun yang pentingnya pilihanraya tu dijalankan dengan bersih dan adil.

Bab tarikh pilihanraya tu, apa yang Pakatan Rakyat tuntut supaya tarikh tu tak dirahsiakan. Pakatan Rakyat mintak tarikh diumumkan awal, contohnya 6 bulan lebih awal macam banyak negara lain buat.

Bab tarikh pilihanraya tak masuk dalam tuntutan BERSIH 2.0 tapi kalau Najib nak mungkin untuk BERSIH 3.0 boleh dimasukkan pulak pasai tarikh pilihanraya tu.

Bharian pun ada melaporkan ulasan BANGANG Najib tu:
SIPITANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menegaskan keputusan menentukan tarikh pilihan raya umum tidak tertakluk kepada tuntutan BERSIH.

Najib berkata, motif kumpulan itu lebih menjurus kepada agenda politik dan tuntutan dinyatakan hanya alasan untuk mencetuskan suasana huru-hara. Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi. -
Bharian.
Mesti menyumpah dalam hati puak-puak blogger pandi kutty Umno bila baca laporan tu. Takat menyumpah dalam hati ja la, takkan depa nak belasah Najib pulak, soru miss pulak nanti. Takat belasah Khairy dengan beberapa orang menteri berani la depa... Cenangau Daunkari

Mohd Sabu: Kalau Pilihan Raya Telus, Pakatan Rakyat Sudah Jadi Kerajaan

Pakatan Rakyat akur hanya saluran pilihan raya boleh menyuburkan amalan demokrasi seterusnya memilih parti politik yang layak untuk membentuk sebuah kerajaan di negara ini.

Namun, gagasan itu tetap memilih untuk menyertai himpunan aman BERSIH 2.0, untuk mendesak agar pilihan raya yang diadakan kelak dilakukan secara bersih dan adil kepada semua parti politik yang bertanding.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, jika pilihan raya di Malaysia diadakan secara bersih dan adil, Pakatan Rakyat bukan sahaja mampu mentadbir lima buah negeri, bahkan memerintah negara.

Justeru, beliau menolak kenyataan pemimpin UMNO BN dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini bahawa pilihan raya di negara ini bersih yang membolehkan Pakatan Rakyat menguasi Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.

"Sebenarnya kalau pilihan raya adil dan saksama, kita telah memerintah Malaysia, Pilihanraya lepas juga menyaksikan BN selamat 25 kerusinya daripada undi pos, 40 kerusi Parlimen daripada FELDA, sekirannya tanpa kongkongan di tempat ini kita telahpun merampas Putrajaya," katanya.

Beliau berkata demikian pada satu majlis pidato baru-baru ini di Stadium Malawati Shah Alam.

Mohamad yang juga dikenali sebagai Mat Sabu berkata kepincangan pilihanraya ini adalah faktor utama Pakatan Rakyat komited untuk terus bersama menyertai himpunan BERSIH 2.0 pada 9 julai depan.

"Pakatan Rakyat sahaja tidak cukup untuk berjuang terus melalui pilihanraya dan demokrasi, oleh sebab itu kita mahukan pilihanraya yang adil dan bersih, dan itulah juga sebab berlakunya tuntutan BERSIH pada 10 November 2007."
BERSIH 2.0 adalah kesinambungan dari usaha menuntut piliharaya bersih dan adil yang pertama kali diadalah pada November 2007.

Sehingga kini rejim Umno-BN masih tidak mempedulikan 4 tuntutan iaitu penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berganda, pemansuhan undi pos, membersihkan daftar pemilih dan peluang akses kepada media oleh semua parti politik yang bertanding
.

Manakala dua lagi tuntutan baru ialah mengukuhkan kreadibiliti isnsitusi awam dann melanjutkan tempoh kempen pilihan raya sekurang- kurangnya 21 hari.

Mohamad turut berharap pihak berkuasa dapat menjaga keselamatan rakyat ketika himpunan BERSIH 2.0 dan bukannya bertindak menjadi alat kerajaan pemerintah.

"Kita pergi nak berjalan 'walk for democracy' jadi kenapa muncul persatuan silat nak mandi darah apa semua ni...kenapa pihak sebegini mampu bercakap begitu? Sebab mereka menganggap polis dipihak mereka, sebab apa Umno berani bercakap begitu..sudah pasti mereka menganggap polis dipihak mereka," kata Mat Sabu. -tvsnews

Baju BERSIH 2.0 Akan diguna 'SB' Untuk Sabotaj?


Sumber dalaman mengatakan bahawa rampasan baju BERSIH yang menggila semenjak akhir-akhir ini adalah untuk tujuan menimbulkan provokasi pada 9 Julai nanti. Baju tersebut dirampas untuk seberapa banyak bagi memberi laluan untuk Patriot, PEKIDA, PERKASA, Pemuda UMNO, NGO dan "Special Branch" untuk menyelinap masuk ke dalam kumpulan BERSIH yang tulin.
Kumpulan yang menyamar sebagai peserta BERSIH akan melakukan sabotaj yang akan mengundang provokasi untuk media UMNO/BN seperti Berita Harian, Utusan, TV3 dan yang berkaitan media pro-UMNO. Tujuan mereka adalah untuk dirakam oleh media mereka kerana untuk memburukkan imej BERSIH yang terlalu ganas. Ia akan dilaksanakan seperti sebuah lakonan yang hebat oleh puak-puak anti BERSIH.

Golongan pemuda UMNO dan NGO akan melakukan provokasi kepada kaum lain dengan mensasarkan golongan bukan melayu untuk tujuan menghuru-harakan keadaan dan mereka berpura-bura akan berlakon di depan media mereka yang kononnya mereka dibelasah kerana mencetuskan provokasi sesama sendiri. Lebih-lebih lagi penyokong BERSIH yang bukan melayu.

Tujuan lain adalah untuk menyerang Pakatan Rakyat secar habis-habisan serta memburukkan imej Pakatan Rakyat. Mereka akan membiarkan orng Cina kedepan dan menjadikan isu PAS dan PKR adalah pengkhianat bangsa dan agama dengan membiarkan orang bangsa lain bersikap kurang ajar dengan memijak kepala bangsa melayu.

Itulah antara sumber maklumat dalaman yang akan menjadi peringatan kepada peserta BERSIH tulin untuk terlibat dalam perhimpunan itu nanti. Disebalik rampasan baju, rupanya ada senjata tajam yan akan menyelinap untuk huru-harakan keadaan serta menakut-nakutkan rakyat dengan sikap perkauman yang agak melampau