Khamis, 13 Januari 2011

1,000 sertai himpunan sokong Sultan, kerajaan Selangor

Peruntukan RM1 juta Untuk Seorang ADUN, PR Mampu Melakukan.

Kerajaan negeri Selangor akan memperuntukkan RM1 juta kepada setiap ADUN Pakatan Rakyat untuk diagihkan dalam tempoh tiga bulan bagi menampung perbelanjaan membaikpulih keperluan asas di setiap kawasan.

"Setiap ADUN diberi peruntukan RM1 juta untuk menggunakan duit itu untuk pemuliharaan jalan, pembinaan jambatan dan parit-parit yang perlu dibetulkan melalui pihak berkuasa tempatan berkenaan. Oleh sebab itu kita mesti membawa pembangunan dari peringkat bawah," kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pada sidang media selepas mesyuarat exco di Shah Alam, petang semalam.
Selain itu, Khalid berkata, kepimpinan kerajaan Selangor akan memperhebatkan usaha turun padang mendekati rakyat untuk membawa perubahan di peringkat dasar.

Justeru, perancangan komprehensif tiga bulan akan datang akan menentukan pengurusan negeri yang lebih cekap.

Ditanya sama ada pihak pembangkang Selangor akan mendapat peruntukan yang sama, Khalid berkata kerajaan Pakatan Rakyat akan merujuk kepada amalan kerajaan persekutuan.

"Kalau kerajaan persekutuan buat untuk semua ahli parlimen dan kita akan melakukan perkara yang sama. Asalkan mereka buat dulu. Kita lihat dahulu. Bukan kita tidak lihat perkara ini tapi, tunggu dulu. Kita tawarkan. Kita lihat dulu kalau persekutuan dan beri sekata kepada semua ahli parlimen dan kita akan ikut," katanya.
Tahniah Selangor kerana negeri anda mampu memperuntukkan RM1 juta untuk setiap ADUN. Kepada ADUN-ADUN pastikan peruntukan itu dimenafaatkan sebaik-baiknya untuk rakyat. Perakaunan dan Audit perlu dilakukan agar tiada ketirisan.

Dan PR jangan pula berperangai seperti UMNO selepas ini, berebut-rebut untuk menjadi ADUN. Jawatan adalah amanah. Dan bukan saja rakyat memerhatikan kita, Allah juga Maha Melihat apa juga yang kita lakukan apabila amanah itu telah kita pegang.

PR mampu melakukan yang terbaik untuk rakyat. -GB

Najib Salah Tafsir

 


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Perdana Menteri Najib Razak telah silap mengatakan bahawa pelan reformasi Pakatan Rakyat akan membawa Malaysia menuju kemuflisan, sepertimana yang dialami republik Yunani.

Situasi politik dan ekonomi Yunani ketika negara itu muflis mempunyai kesamaan yang menakutkan dengan Malaysia dibawah pentadbiran sekarang.

Lantas, Buku Jingga mengemukakan strategi yang terbukti, bagi mengubati penyakit rasuah dan penyelewengan yang semakin parah.

"Janji seratus hari yang disebut buku jingga itu dirangka supaya kebijakan ekonomi kita itu berlandaskan fakta, kekuatan ekonomi semasa, dan tumpuan kepada keperluan masyarakat sederhana dan rendah.

"Greece itu lingkup ekonominya kerana pengurusan buruk, angka tipu, rasuah, dan pimpinan angkuh menutup kenyataan dan fakta. Di Malaysia perkara sama berlaku, malah kadar hutang negara nisbah KDNK melonjak naik semasa Najib jadi Perdana Merdeka," katanya dalam Program Terus Terang Tv Selangor.

Anwar menjelaskan beberapa strategi yang diambil Najib cenderung untuk mempertahankan kekayaan kelas tertentu.

Saranan dan teguran dari ketua audit negara menggesa tindakan diambil ke atas kesusutan perbendaharaan negara akibat penyelewengan dan pembaziran, tidak diikuti.

Manakala bantuan, bon-bon dan subsidi terus diagihkan kepada golongan terpilih, dan keperluan untuk rakyat kebanyakan diketepikan.

"Menurut Ketua Audit Negara, ketirisan perbelanjaan dan rasuah mencecah RM28 bilion. Kalau kita ambil-alih, kita tetapkan Perdana Menteri, isteri Perdana Menteri, Menteri dilarang terlibat dalam perniagaan dan rasuah, maka saya percaya mesej itu sampai ke bawah dan kita dapat selamatkan puluhan bilion.

"Subsidi kita kepada IPP RM19 bilion. siapa yang punyai IPP ini? Tauke judi Genting, YTL, Syed Mokhtar, Ananda Krishnan. Mereka ini diberi subsidi RM19 bilion. Kalau kita tadbir kita batalkan ini. Mana munasabah bagi subsidi pada bilionaire? soalnya.

Anwar menjelaskan Buku Jingga adalah langkah awal untuk menyelamatkan ketirisan, melalui langkah-langkah yang mudah, tetapi berkesan.

"Kalau kita kira semua, kita boleh berjimat. Kita tidak perlu bincang ekonomi secara menyeluruh, tetapi kita ambil langkah-langkah untuk selamatkan ketirisan," katanya lagi.- tvs

Shuhaimi Beri Keterangan Kepada Polis Walaupun Tak Terima Notis

ADUN Sri Muda Hadir Beri Keterangan Kepada Polis

Gambar: Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei bercakap kepada media selepas memberi keterangan berhubung satu entri dalam blognya fotoBernama

SHAH ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafie pada petang Rabu hadir memberi keterangan kepada pihak polis berhubung penulisannya di dalam blog yang didakwa menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Beliau hadir bersama 100 penyokong di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini.

Shuhaimi turut ditemani peguam R Sivarasa, Amer Hamzah Arshad dan Shamsul Iskandar Mad Akin dan dilihat masuk ke balai tersebut pada pukul 4.10 petang.

Selepas kira-kira dua jam memberi keterangan kepada polis wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dilihat meninggalkan perkarangan IPD di sini.

“Walaupun saya tidak terima sebarang notis 111 Kanun Acara Jenayah, saya tetap beri kerjasama yang baik kepada pihak polis untuk ambil keterangan saya

“Pada masa yang sama saya juga sedang sediakan draf untuk menghadap Sultan bagi memberi penjelasan berhubung perkara ini. Jika perkara itu menyinggung perasaan baginda, saya akan memohon maaf,” katanya kepada pemberita selepas memberi keterangan di IPD sini pada Rabu.

Shuhaimi berkata beliau akan memohon perkenan Sultan untuk bertemu dan menjelaskan perkara sebenar yang berlaku.

"Jika ada perasaan tersinggung saya yang rakyat setia, darah Melayu dan mengangkat (kedudukan) Raja- Raja Melayu," katanya.

Sebanyak 25 laporan polis telah diterima membabitkan tulisan blog Shuhaimi tersebut.

Ini merupakan kali pertama beliau memberi kenyataan kepada polis mahupun pihak media selepas kontroversi yang melanda berhubung tulisan dalam blognya yang didakwa menghina Sultan.

Mengenai khabar angin peletakkan jawatannya sebagai ADUN, Shuhaimi menyelar tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan perkara tersebut.

Tegasnya, beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat mahupun dalam parti.

”Khabar angin seperti ini sengaja dilakukan untuk melemahkan Pakatan Rakyat.

"Kita tidak akan meletakkan jawatan walau menerima tekanan. Saya tidak tahu khabar angin ini daripada mana. Saya tuan punya badan pun tidak tahu,"katanya yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR. -mstar

Mau apa lagi UMNO?

Gambar ehsan Bernama:

 


Islam datang buang ketuanan bangsa dan warna kulit

KOTA BHARU, 13 Jan: Misi terpenting kedatangan Islam ialah untuk menghapuskan kepatuhan dan ketuanan berasaskan bangsa dan warna kulit dan menggantikan dengan ketuanan berasaskan keimanan dan ketaqwaan.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perkara ini perlu difahami oleh semua pihak sama ada mereka dari kalangan umat Islam mahupun dari kalangan bukan Islam.

"Dalam konsep kepimpinan, baginda Nabi s.a.w mengajar supaya mereka yang dipimpin wajib patuh kepada pemimpin walaupun pemimpin itu seorang hamba berkulit hitam," kata beliau ketika berucap di majlis perhimpunan bulanan penjawat awam di Kota Darulnaim pagi ini.

Dalam masyarakat Arab jahiliyyah kata beliau, bangsa kulit hitam yang berasal dari Habsyah (Afrika) amat dipandang hina kerana mereka adalah golongan hamba abdi yang tiada sebarang hak malah boleh di jual beli.

"Rasulullah s.a.w. sengaja menggunakan kiasan ini untuk menunjukkan Islam membawa misi pembebasan fikiran yang dibawa oleh Islam supaya pengagungan bangsa dihapuskan," kata beliau.

Beliau mahu mana-mana pihak yang terus berbincang berkenaan ketuanan bangsa segera menghentikan amalan buruk itu kerana ia bukan sekadar bertentangan dengan konsep hak asasi manusia malah sesuatu yang bercanggah dengan Islam.

"Di akhirat kita semua akan hanya terbahagi tiga iaitu mereka yang beriman, orang munafik dan golongan kuffar," katanya.

Beliau bertegaS tidak akan ada soalan tentang bangsa, warna kulit, bangsa dan keturunan di akhirat nanti melainkan tiga kumpulan ini sahaja.

Dalam ucapan itu beliau turut menyelar segelintir orang Islam yang menukar akidah Islam dengan pegangan sekular seperti nasionalis, sosialis dan seumpamanya.

"Mereka yang meninggalkan aqidah yang jadi simpulan pegagangan kaum mukminin dengan memilih nasionalis dan ideologi ciptaan manusia lain akan menerima padah di akhirat di samping mereka akan menjadi permainan pihak lain di dunia ini," tambahnya. -Hrkh

Tenang: Pertarungan antara dua Chua

Pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Johor kawasan Tenang 30 Jan ini dijangka turut menjadi medan pertarungan dua tokoh politik bernama Chua untuk membuktikan kehebatan masing-masing dalam memenangi hati pengundi Cina walaupun kedua-dua bukan calon.

azlanTentunya, melalui pilihan raya kecil ini, banyak pihak ingin melihat sejauh mana kepintaran Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kiri) dan bekas Naib Presiden MCA Datuk Chua Jui Meng (bawah, kanan), yang kini menyertai pembangkang dan menjadi naib presiden PKR, dalam menarik pemilih Cina supaya mengundi calon yang mereka sokong.

Seperti yang diketahui umum, MCA kini menggalas bebanan berat untuk memastikan pengundi Cina kembali menyokong BN bagi memulihkan imejnya yang tercalar teruk pada pilihan raya umum 2008.

mca debate chua jui meng 151008Kebanyakan penganalisis politik yakin kedua-dua Chua itu akan berusaha habis-habisan untuk memastikan pengundi Cina memberi sokongan kepada parti pimpinan mereka, hinggakan sesetengah mereka menyifatkan pilihan raya kecil Tenang sebagai "Pertarungan Antara Dua Chua".

Oleh kerana sebahagian besar undi pemilih Melayu di Tenang boleh dikatakan sudah berada di tangan BN, maka tugas utama kedua-dua tokoh politik itu ialah untuk mendampingi dan cuba mengukur selera masyarakat bukan Melayu di kawasan berkenaan, yang merangkumi 52 peratus daripada keseluruhan 14,592 pengundi kerana ia boleh memberi bayangan tentang kecenderungan pengundi kaum Cina dan India pada pilihan raya umum akan datang.

NONETenang mempunyai pengundi yang terdiri daripada 39 peratus kaum Cina, 12 peratus India dan selebihnya Melayu.

Tenang adalah satu daripada dua kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Labis yang pernah diwakili Dr Chua sebelum ia dimenangi anak lelaki beliau, Tee Yong pada pilihan raya umum lepas. Sebelum diwakili Dr Chua, kerusi itu disandang bekas Presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik.

Sejak mengambil alih teraju kepimpinan MCA pada Mac tahun lalu berikutan pemilihan semula barisan kepimpinan tertinggi parti itu, Dr Chua bekerja keras untuk memberi nafas baru kepada MCA dan berjaya memulihkan kestabilannya setelah dilanda krisis dalaman selama satu tahun setengah.

azlanBagaimanapun, beberapa pemerhati politik berpendapat ujian paling besar bagi Dr Chua ialah mendepani pilihan raya kecil ini kerana ia diadakan di kubu kuat beliau.

Pilihan raya kecil pertama yang dihadapi Dr Chua sebagai Presiden MCA ialah pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor, yang diadakan tidak sampai dua minggu selepas beliau mengambil alih jawatan itu ketika sokongan masyarakat Cina terhadap BN berada pada paras paling rendah dalam sejarah pilihan raya di negara ini.

Bagaimanapun, keadaan bertambah baik pada pilihan raya kecil Galas di Kelantan dan Batu Sapi di Sabah apabila sokongan pengundi Cina kepada BN telah meningkat.

Pada pilihan raya kecil Tenang, Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR-DAP-PAS sudah pasti mengharapkan sesuatu yang besar daripada Chua, yang pernah menyandang jawatan Menteri Kesihatan.

Beberapa penganalisis politik percaya Chua akan berusaha habis-habisan untuk membuktikan bahawa beliau masih mempunyai banyak penyokong di negeri kelahirannya dan meleburkan strategi BN untuk mengekalkan kerusi itu.

NONE"Semua orang tahu memang sukar untuk menawan Tenang daripada BN tapi matlamat Pakatan Rakyat ialah untuk mengurangkan majoriti BN dan ini sudah cukup baik untuk kami," kata satu sumber dalam PKR.

Kedua-dua Chua itu dijangka memberi fokus di kawasan majoriti pengundi Cina seperti Bandar Labis Timor, Bandar Labis Tengah dan Labis di mana pada pilihan raya umum lepas, calon PAS memperoleh antara 50 peratus dan 67 peratus undi kaum Cina.

Mengenai undi kaum India pula, keputusan pilihan raya umum lepas menunjukkan bahawa BN dan Pakatan Rakyat memperoleh jumlah yang lebih kurang sama apabila BN mendapat 67.9 peratus undi di Ladang Bukit Dato di mana 46.6 peratus pemilih terdiri daripada kaum India, manakala di Ladang Labis Utara yang mempunyai 71.7 peratus pengundi India, BN dan pembangkang masing-masing mendapat 50 peratus daripada jumlah undi.

NONEBagaimanapun, pada pilihan raya kecil ini, pola pengundian dalam kalangan pengundi bukan Melayu mungkin berubah berdasarkan keputusan pilihan raya kecil Galas dan Batu Sapi yang menyaksikan jumlah undi yang diberi pemilih Cina kepada BN telah meningkat.

Pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau berkata cabaran paling besar bagi pakatan pembangkang ialah untuk mendapatkan keyakinkan kaum Cina berhubung isu negara Islam kerana analisis menunjukkan bahawa pada pilihan raya umum 2008, pengundi Cina menyokong DAP di Labis tetapi tidak memberi undi mereka kepada PAS di Tenang.

"Di peringkat Parliamen, kira-kira 70 peratus pemilih di kawasan Tenang mengundi DAP dan bukan MCA. Tetapi di peringkat negeri, hanya 58 peratus daripada mereka mengundi PAS. Arah aliran ini juga sama dalam kalangan pengundi India," katanya.

Beberapa penganalisis politik berkata mereka tidak akan terperanjat sekiranya MCA mengambil kesempatan daripada populariti Dr Chua dan memanfaatkan undi penyokong tegarnya di tiga kampung baru Cina di Tenang untuk meraih lebih banyak undi daripada bukan Melayu.

NONE"MCA berharap mereka dapat mengulangi kejayaan di Galas, yang menyaksikan peningkatan undi kaum Cina, khususnya di kampung baru yang menjadi kawasan penting bagi DAP. Profil Galas dan Tenang hampir sama," kata seorang penganalisis.

Kerusi Tenang kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Sulaiman Taha daripada BN akibat komplikasi daripada penyakit kencing manis pada 17 Dis tahun lalu.

Penamaan calon ialah pada 17 Jan dan pengundian pada 30 Jan.

- Bernama

TERENGGANU DARUL KARAOKE

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/darulkaraoke.JPGBeberapa ketika dahulu, Awang ada terbaca dalam satu laporan berita yang ditulis dalam sebuah surat khabar harian yang baru bersinar.

Tajuk akhbar itu, jika tidak silap Awang “46 Lesen Pusat Karaoke Diluluskan” itu yang baru sahaja. Jika dicampur dengan yang sedia ada dan yang tidak berlesen. Nescaya, tidak cukup jari kaki-tangan jumlahnya.

Laporan itu menyebut, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini mengeluarkan sebanyak 46 lesen pusat karaoke mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002, Kaedah-Kaedah Hiburan serta Tempat Hiburan 2003.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said berkata, daripada jumlah itu, tujuh lesen dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Majlis Perbandaran Kemaman (20), Majlis Daerah Dungun (enam) dan Majlis Daerah Besut (7).

Menurutnya, empat lesen lagi dikeluarkan Majlis Daerah Marang, dua di Majlis Daerah Setiu dan Majlis Daerah Hulu Terengganu tidak mengeluarkan sebarang lesen.

Beliau berkata, setiap pusat karaoke dan hiburan yang dibuka akan diperiksa PBT terlebih dahulu bagi memastikan ia mematuhi peraturan ditetapkan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan 2002 dan Kaedah-Kaedah Hiburan dan Tempat Hiburan 2003.

Cuba kita lihat dan renung dalam satu kejadian di MELAKA. Akibat terlalu mudah mempercayai ajakan lelaki baru dikenali di sebuah pusat karaoke di Hentian Bas Pulau Sebang, Alor Gajah, dekat sini, seorang pelajar sekolah dari Tampin, Negeri Sembilan sanggup ponteng untuk bertemu lelaki tersebut.

Bagaimana pun, pertemuan itu berakhir apabila mangsa dirogol suspek dalam sebuah bilik pusat karaoke berkenaan.

Difahamkan, mangsa dikatakan ada berkunjung ke pusat karaoke berkenaan bersama teman lelakinya sehari sebelum kejadian.

Dia kemudian dihubungi seorang lelaki, rakan kepada seorang pekerja lelaki pusat karaoke itu yang mengajaknya datang ke situ.

Mangsa kemudian datang untuk bertemu lelaki terbabit bersama rakan wanitanya, namun ketika kejadian rakannya itu berada di bilik lain.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, polis berjaya menahan dua lelaki 20-an bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sebab itu, pada 27 Disember 2010 lalu, sekumpulan 50 orang penduduk yang tidak tahan dengan kerajaan ‘kura-kura’ ini yang lambat bertindak terhadap sebuah premis yang menjalankan pusat karaoke di Taman Desa Soleha, Padang Air, Tepoh.

Premis karaoke tersebut lokasinya betul-betul di hadapan Sekolah Rendah Padang Air yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Tepoh yang diwakili pula oleh YB Muhammad Ramli Nuh.

Operasi itu bertujuan menghalang pusat hiburan tersebut meneruskan perniagaan yang boleh menyumbang kepada gejala social di kalangan belia kita.

Awang dimaklumkan, hampir lapan bulan penduduk berkenaan membuat aduan melalu e-Aduan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) tentang kewujudan premis karaoke tersebut tetapi tiada tindakan.

Sama ada e-mail tidak sampai kat pejabat PBT atau barang kali kemungkinan ada pihak pegawai tertentu yang telah ‘disuap’ supaya ‘tutup mata’ dan buat ‘telinga badak’ dalam kes ini.

Tetapi, ada pegawai MBKT mendakwa sebelum ini pihaknya tidak pernah sesekali menerima aduan berkaitan operasi perniagaan di premis tersebut sama ada daripada orang awam mahu pun penduduk.

Premis berkenaan juga telah melanggar syarat kerana kesemua lapan bilik karaoke yang disediakan itu diletakkan cermin gelap yang sepatutnya dipasang cermin telus pemandangan.

Kesimpulannya, berdasar apa yang berlaku di tempat kita mahu pun di tempat-tempat lain dalam banyak hal. Sudah sampai masanya, barangkali Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya di Terengganu ini digantikan.

‘PAS Ganti UMNO’….mungkin salah satu idea yang baik dan perlu diwar-warkan, diterangkan, diseminarkan, didebatkan, diwacanakan, dihebahkan, diperbesarkan, dihujahkan dan dijelaskan kepada rakyat dan pengundi di negeri ini.

Jika tidak malulah kita sebagai rakyat Terengganu. Sebab, Umno-BN nampak macam mempermain-mainkan Islam. Umno-BN dilihat macam ‘memperkudakan’ Islam. Jangan sampai pula orang luar gelarkan kita rakyat dari negeri Terengganu ‘Darul Karaoke’.

“PAS Ganti UMNO….atau….UMNO diGantikan dengan PAS”
Baca terus dari sumber>>>

LAGU UNTUK UMNO

Mungkinkah PERKASA dan GAPS mengamuk??



Jika sebelum ini pelbagai isu melibatkan orang Melayu Islam, PERKASA dan GAPS dilihat berlagak menjadi Hero Pembela Melayu, adakah isu ini juga mereka akan lantang menentang atau menimbulkan pertikaian??

Apakah pula reaksi pemimpin UMNO berhubung tindakan yang dibuat MPSJ ini?

===========

Apapun syabas diucapkan kepada MPSJ yang melaksanakan amanah Amar Makruf Nahi Mungkar dibawah kerajaan PR Selangor. Laksanakan apa yang termampu. Soal penutupan terus kilang arak Carlsberg atau Guinness Stout atau Tiger Beer yang rata-rata orang Muslim yg bekerja di sana, adalah lebih kepada soal kerajaan Pusat/Federal.

Biarpun kilang arak tersebut berada di dalam peta dan kawasan Negeri Selangor, dan berkebetulan Kerajaan PR Selangor baru memerintah,maka pelaksanaan step by step ini dilihat satu cara yang wajar dipuji. Perlu diingatkan, Kerajaan Negeri Selangor tidak mempunyai kuasa untuk membuat penutupan secara terus kepada kilang besar Casberg kerana lesen besarnya rata-rata terdiri daripada investor yang mendapat kelulusan dari kerajaan Pusat sendiri, bahkan ahli-ahli Lembaga Pengarahnya juga ada orang yg berkepentingan dgn Kerajaan Pusat.

Jadi pelaksanaan berperingkat dengan mengambil tindakan kepada pusat hiburan yang menggaji org Muslim bekerja dgn melibatkan arak/ada menjual arak sebagai satu langkah permulaan. Dan diharapkan selepas ini, pengusaha-pengusaha pusat hiburan yang menjadi tokey besar pula terlibat dengan pengharaman ini.


Kepada pekerja-pekerja Muslim, ingatlah. Rezeki Allah ada di mana mana jua.Bumi Allah luas terbentang.

Seperti mana maksud ayat ayat 2 & 3 Surah At Talaq,

" Dan barang siapa yang bertaqwa kepada Allah( yakni mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya)nescaya dijadikan baginya jalan keluar(dari segala perkara yang menyusahkannya),serta memberinya rezeki dari jalan yang tak terlintas di hatinya.

Dan (ingatlah) sesiapa berserah diri bulat bulat kepada Allah,maka Allah cukupkan baginya(untuk menolong dan menyelamatkannya).Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya.Allah telah menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap tiap sesuatu.

MPSJ larang umat Islam kerja di tempat jual arak

Garis panduan terbaru Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) yang melarang orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyediakan minuman keras menimbulkan pelbagai reaksi.

Syarat baru itu disertakan sebelum lesen perniagaan dikeluarkan kerana pengambilan pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan dikatakan bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah.

Menurut pegawai, Jabatan Perhubungan Awam MPSJ, Azfarizal Abd Rashid syarat itu dibentangkan tahun lalu atas “inisiatif sendiri majlis itu demi menuju kebaikan”.

Mana-mana syarikat yang gagal mematuhi syarat itu akan dikompaun atau menghadapi kemungkinan lesen mereka ditarik balik, katanya.

Namun, garis panduan itu mendapat bantahan daripada sebahagian besar daripada pengusaha sektor hiburan di Subang kerana sebahagaian besar tenaga kerja mereka adalah orang Islam.

Seorang pegawai kanan di sebuah pub, @live, di Sunway Pyramid, yang hanya mahu dikenali sebagai Johari mendakwa 50 peratus pusat hiburan di Subang akan ditutup jika pihak berkuasa benar-benar bertindak.

“Majoriti kakitangan kami adalah pekerja tempatan beragama Islam, dan ini adalah sesuatu yang biasa dalam industri ini,” kata Johari yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam bidang berkenaan.

Beliau berpendapat pihak berkuasa sengaja mensasarkan sektor hiburan, sedangkan pusat-pusat industri yang lebih besar tidak tertakluk mematuhi garis panduan yang sama.

“Jika mereka ingin mengharamkan pekerja Islam (daripada bekerja di tempat yang menyediakan alkohol), bagaimana pula dengan orang Islam yang bekerja di Guinness Anchor dan Carlsberg?

“Bagaimana pula dengan pramugari MAS (Penerbangan Malaysia)? Mereka menghidangkan lebih banyak minuman keras daripada apa yang kami hidangkan di sini,” katanya.

Publisiti Murahan

Setelah merembat berjuta-juta wang rakyat, Khir Toyo cari publisiti murahan dengan memulangkan pingat darjah kebesaran Selangor iaitu Seri Paduka Mahkota Selangor (S.P.M.S) yang membawa gelaran Datuk Seri.

Jenis manusia tak tahu malu.. balun duit rakyat bawak anak bini melancung ke Disneyland.


Khir Toyo didakwa memperoleh dua lot tanah dan sebuah rumah bernilai RM6.5 juta dengan harga RM3.5 juta daripada sebuah syarikat.
Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan perbicaraan kes itu selama tiga minggu bermula 6 hingga 24 Jun ini.

Ahli MCA Mahu Bunyi Azan Dikawal & Diperlahankan. Bayangkan Kalau Ahli PKR atau DAP yang Tulis?


Berdasarkan surat rasmi di bawah ini, seorang peguam yang mendakwa sebagai ahli seumur hidup MCA tidak berpuas hati dengan bunyi azan yang didakwanya terlalu kuat di Masjid Al-Khadijah Pantai Dalam, berdekatan dengan tempat tinggalnya, iaitu Pantai Hill Park. Justeru, ahli MCA ini telah menulis surat kepada PM Najib untuk mengadu tentang hal itu.

Selain Najib, surat bertarikh 20 Disember 2010 ini turut dihantar kepada Hishamuddin, Raja Nong Chik, Jamil Khir, Nazri Aziz, dan Koh Tsu Koon melalui faks dan e-mel.


Sumber gambar: Payahsungguh
P/s: Isu ini tidak riuh dibicarakan di blog pro-UMCO, langsung tidak dibicarakan di TV3, RTM, mahupun Utusan.

Tujuan saya menyalin dan menampal surat aduan ini bukanlah mahu memberikan komen tentang hal tersebut kerana situasinya tidak saya ketahui, malah jauh sekali untuk menjadikannya suatu provokasi. Saya menyiarkan surat ini sekadar membuat perbandingan reaksi/respon pemimpin dan jurublog UMCO jika surat berkenaan ditulis oleh ahli DAP atau pemimpin parti itu.

Jika surat ini ditulis oleh orang DAP, saya ramalkan isi surat ini akan disiarkan pada halaman hadapan Utusan Malaysia dan sudah tentu dua-tiga muka surat akhbar itu akan berisi ulasan dan kutukan pemimpin UMCO dan pihak yang sewaktu dengannya. TV3 sudah dengan riak wajah pembaca beritanya akan membicarakan kandungan surat ini selama beberapa hari. Jurublog UMCO pula akan menulis di blog masing-masing dengan pelbagai macam bentuk tulisan berbentuk provokasi.

1,000 sertai himpunan sokong Sultan, kerajaan Selangor , at 12.1.11,


Nazri Abdullah
SHAH ALAM, 12 Jan: Lebih 1,000 rakyat Selangor hari ini berhimpun di Dataran Shah Alam dalam usaha menunjukkan sokongan kepada kerajan Pakatan Rakyat Negeri Selangor yang dipimpin Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mereka yang berhimpun sejak jam 3 petang tadi kini berarak menuju ke pejabat pentadbiran kerajaan negeri di bangunan SUK.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Dr Badrul Amin, Abdullah Sani dilihat berada di barisan hadapan perarakan.

Mereka melaungkan 'Hidup Pakatan Rakyat, hancur Umno dan reformasi' sepanjang perarakan.

Perhimpunan ini dipercayai diadakan berikutan beberapa isu kontroversi yang melanda Kerajaan Negeri Selangor termasuk terbaru dalam isu perlantikan SUK.

Sebelum ini juga beberapa pihak telah mengadakan himpunan serupa bagi mendesak menteri besar meletak jawatan.

Petang ini, Menteri Besar turun sendiri menerima memorandum tersebut yang diserahkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin yang mewakili pimpinan Pakatan Rakyat yang diiringi Pengerusi Kelab Menteri Besar Selangor, Anuar Othman.

Anuar dalam ucapannya sebelum penyerahan itu membaca ikrar sokongan padu kepada pemimpin PR.

"Kami rakyat negeri Selangor dengan ini menyatakan taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan kerajaan negeri di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat yang diterajui Tan Sri Khalid Ibrahim," ujarnya dengan diikuti peserta himpunan.

Sementara itu, Khalid dalam responnya berkata kerajaan negeri berjanji akan memerintah Selangor dengan bersih dan bertanggungjawab untuk kebajikan rakyat.

Himpunan bagaimanapun bersurai sejam kemudian selepas bacaan doa oleh Exco Agama Selangor, Datuk Dr Hasan Ali. -Hrkh