Bagi Dr Abdul Aziz, Mahkamah Syariah berada di bawah kuasa negeri, mengapa Parlimen mencipta akta yang menyekat mahkamah milik negeri? Suatu tindakan berlawanan dengan semangat federalisme.
Ditambah pula, keengganan Kerajaan Pusat untuk membenarkan hasrat Kerajaan Kelantan, maka pilihan yang boleh diambil ialah mengambil tindakan mahkamah bagi mencabar akta tersebut.
Pihak mahkamah berhak mentafsir secara adil demi menghormati mandat rakyat Kelantan untuk menghayati kekuatan Is lam ke arah pelaksanaan hukum hudud. Mahkamah (atau mana-mana pendukung federalisme) tidak seharusnya berdegil dengan perspektif anti perundangan syariah. Perkara ini turut dijelaskan oleh Dr Abdul Aziz ketika mengunjungi Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz di pejabat Menteri Besar (Ahad lepas).
Turut menghangatkan perbahasan hukum hudud ialah hujahan pensyarah USM, Dr Mohd Asri Zainul Abidin ketika membentangkan kertas kerjanya ìHudud suatu perbincangan: Tanggapan, suasana dan keberkesanan” sempena Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan, 20 September la lu.
Suasana kondusif digam barkan sebagai yang mesra hukum hudud bagi membolehkan ia dilaksana dalam negara ini. Ia membabitkan suasana kebajikan – kukuhnya semangat bantumembantu dan tolong-menolong antara masyarakat, berlaku jaminan hak rakyat berkaitan dengan suasana halal yang mudah - mudah berkahwin, talak, fasakh, khuluk dan selainnya. Ti ada alasan untuk lelaki atau pun wanita berzina.
Sementara suasana haram yang diketatkan – sukar mendapat dan menebusi perkara haram.
Suasana kondusif juga membolehkan rakyat tiada alasan untuk memilih yang haram. Jika ada memilih yang haram juga, maka memang layak mereka itu dihukum, atau kerana mereka itu menghidap penyakit jiwa yang berat dan condong memilih yang buruk sekalipun sukar serta menolak yang halal sekalipun mudah.
Anwar sokong Salah satu suasana kondusif berlaku di Kelantan ialah pentadbiran yang adil. Justeru, Dato' Seri Anwar Ibrahim (Malaysiakini, 22 September 2011) secara peribadinya menyokong usaha pelaksanaan hukum hudud di Kelantan kerana pada dasarnya hukum hudud boleh dilaksanakan kerana dalam perkara tertentu, terdapat jaminan yang jelas mengenai pentadbiran yang adil.
Asas keadilan merupakan petunjuk penting dari segi kestabilan politik sesebuah kerajaan. Tambahan pula, usaha Kelantan itu sebenarnya tidak menyentuh langsung hak dan kebebasan orang bukan Islam. Ia hanya untuk menunaikan tuntutan agama bagi orang Islam. Mungkin ini yang dimaksudkan oleh Anwar, “... dalam apa cara sekalipun, ia tidak mencabuli hak-hak orang bukan Islam.”
Namun, ketakutan me lampau kalangan orang politik bukan Islam semacam mereka tidak menghormati hak dan tuntutan agama kalangan orang Islam.
Malah lebih buruk lagi ialah munculnya sangkaan silap kerana menganggap pelaksanaan hukum hudud adalah meragut hak dan kebebasan serta menyebabkan layanan tidak adil ke atas orang bukan Islam. Ternyata ia suatu kesilapan.
Sesungguhnya sangkaan buruk itu tidak berlaku di Kelantan, kerana Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz komited mempastikan keadilan untuk semua rakyat.
Meskipun begitu penolakan tetap wujud di kalangan pemimpin politik bukan Islam, termasuk Dr Chua (Malaysiakini, 23 September 2011) yang beranggapan bukan lagi masanya bagi perundangan Islam dilaksanakan di Malaysia yang penduduknya berbilang agama.
Suatu penolakan yang menghina umat Islam dan Malaysia sebagai se buah negara umat Islam.
Lagaknya membayangkan penolakan kepada Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan mengenai kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan mencabar kemuliaan Yang Dipertuan Agong dan Sultan sebagai ketua agama Islam di negeri.
Penolakan yang sama diungkitkan oleh Dato' Chang dan Karpal. Alasannya kerana menganggap Malaysia sebuah negara sekular yang tidak perlu hukum hudud. Di sisi Karpal hu kum hudud adalah hukum agama Islam dan ia dianggap kontra dengan sifat negara sekular yang tidak menerima hukum atau undang- undang dari sumber agama.
Kefahaman pemimpin politik sebegini adalah te rsasar sama sekali. Jika be nar Malaysia sebuah negara sekular, apakah maknanya kedudukan Is -lam sebagai Persekutuan? Apakah pula kedudukan perundangan Islam yang dilaksanakan di setiap negeri sekarang?
Persoalan paling mencabar lagi ialah apakah ke dudukan Yang Dipertuan Agong dan Sultan sebagai ketua agama Islam itu tidak sah? Sedangkan Yang Dipertuan Agong dan Sultan adalah sebahagian daripa da perlembagaan yang me ngukuhkan sistem politik federalisme Malaysia hari ini.
Apa yang nyata, 'Islam sudah berada di dalam sistem politik dan perlembagaan Malaysia.' Apakah keberadaan Islam di dalam sistem ini masih dianggap sekular? Pada pandangan sekular, tidak perlu wujud hubungkait agama secara total di dalam sebarang urusan pentadbiran.