Isnin, 8 Ogos 2011

MACAM MENDENGAR KULIAH DI MASJIDIL HARAM

Gambar :Mesti Lihat !!! Perbezaan Sambutan Ramadhan Di Kelantan Dan Negeri Lain

Sekitar Kuliah Pagi Jumaat Tok Guru Nik Aziz Sempena Ramadhan








Acara mingguan di Kota Bharu, Kelantan...kalau pada bulan-bulan biasa, sambutan amat-amat menggalakkan dari penduduk sekitar Kelantan,bulan Ramadhan menggamit sambutan yang lebih besar.Suasananya memang sangat-sangat berbeza berbanding berpuasa di Negeri lain...

Dekat Kelantan, Kelantanese menyambut Ramadhan seolah-olah setiap hari esok Syawal bakal menjelma. tak pernah terasa penat berpuasa di sini sebab sepanjang masa dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti beramal.

Tak pernah ada peluang untuk beramal sendirian melainkan dirumah. tapi daripada beramal dekat rumah, lebih baik berjemaah.

Gua terjumpa beberapa keluarga dari luar Negeri Kelantan... mereka-mereka ni berkelana ke Kelantan dan akan berada di sini sepanjang Ramadhan hanya untuk menikmati keberkatan dan beramal sempena Ramadhan.

Masya-Allah... Maha Suci Allah..

Jangan bergeser sesama sendiri - Tok Guru Nik Aziz

 


KOTA BHARU, 7 Ogos: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengingatkan anggota parti supaya tidak ‘bergeser’ sesama sendiri kerana ianya akan memberi ruang pada pihak lawan.
Menurutnya, segala masaalah seharusnya diselesaikan dengan baik dan jangan sekali-kali memberi ruang pada pihak lawan mengambil kesempatan di atas apa yang berlaku kerana ianya akan memberi keuntungan pada mereka.
Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Gereja Methodist di Damansara utama, baru-baru ini selepas menyampaikan sumbangan cek kepada tiga bekas pemain bola sepak Kelantan termasuk Inderaputera Mahayuddin.
“Saya sebenarnya tidak mahu ulas perkara ini dan saya serahkan ianya kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan kerajaan Selangor sendiri,” ujarnya.


Namun tambahnya, apa yang penting bulan Ramadan yang mulia ini seharusnya memperbanyakkan amalan mulia serta membersihkan jiwa

Gurauan Subuh

Pas Alah Sokmo: BN - Benang Nipu

PRIMADONA Umno bernama Mashitah Ibrahim (foto) menggelarkan Pas sebagai 'parti alah sokmo' atau parti senantiasa kalah. Pandai juga Mashitah menggunakan dialek Kelantan mencari akronim untuk mempersendakan Pas. Beliau lantas menyusun beberapa fakta atau bukti menunjukkan Pas kalah. Jika dipadan dengan rupa paras yang ayu dan berkulit putih kuning tidak seharusnya pemikiran kotor begitu tertempel di kepala Mashitah. Sayang...
Pemikiran begitu layak bertompok dalam kepala beberapa orang ahli Parlimen bebas saja, bukannya singgah dan bertempel di kepala Mashitah. Wajah yang cantik dan belengas itu dicatati oleh kenahilan politik.

Intipati kepada dakwaan Mashitah itu ialah Pas kalah kerana tidak berani bersuara membela agama dan sanggup menukarkan slogan ataupun melacurkan perjuangan demi menghormati DAP. Dalam kata lain kerna mementingkan kuasa Pas sanggup melupai perjuangan asalnya.

Perubahan slogan Pas dari Negara Islam kepada Negara Kebajikan dimomokkan demikian rupa tanpa memahami isi di sebalik perubahan nama itu yang tidak memesong perjuangan Pas dari hakikinya. Kalau Mashitah baca dan terima padangan Dr Haron Din mengenai huraian Negara Berkebajikan ini, nesccaya Mashitah tidak akan keliru, bahkan akan menjadi semakin jelas. Demikian juga kalau beliau arif mengenai sifir-sifir politik beliau tidak akan mempertikaikan di sebalik penggunaan slogan baru itu.

Selain itu banyak lagilah butiran atau pun hujah-hujah yang Mashitah tulis untuk membuktikan Pas 'alah sokmo'. Kesediaan Pas untuk menobatkan orang lain menajdi PM tetapi bukan Abdul Hadi Awang juga dianggap sebagai satu kekalahan Pas.

Saya tidak mahu mengulas kesemua sekali apa yang dicatat oleh Mashitah dan cuba memberi penjelasan terhadap butiran yang diturunkan oleh Mashitah itu. Tetapi saya hendak membalas akronim Pas Alah Sokmo dengan mengakronimkan BN sebagai Benang Nipu atau maksudnya menang dengan cara menipu.

Memang dalam demokrasi sekular yang diterima pakai di negara ini kaedah menipu diterima seadanya. Kaedah itulah yang memenangkan Umno dan BN selama ini kecuali di zaman Tunku Abdul Rahman yang mana penipuannya ditahap minima. BN - menenang nipu. Pelbagai bentuk penipuan dilakukan BN di sepanjang pilihan raya. Orang yang menipu akan menjawab atau mengiyakan dakwaan ini di balik pintu. Mereka tidak akan mengaku dikhalayak ramai kecuali mereka yang mukanya dilempar sambal...

Apakah ada perbezaan di antara kalah sokmo dengan menang menipu? Memang ada. Kalah sokmo lebih bernilai dan suci daripada menang cara menipu. Di manakah maruah parti Mashitah yang menang dengan cara menipu? Orang yang mementingkan soal maruah, soal kebenaran, soal hak akan merasa bersalah bila kemenangannya diambil secara menipu. Tipu adik beradik mencuri. Mencuri adik kepada merompak dan melanun.

Mungkin Mashitah akan bertanya bagaimana penipuan berlaku? Mustahil kalau Mashitah tidak mengetahuinya. Partinya selalu mengajar cara-cara dan teknik menipu. Penipuan itu bukan saja untuk mendapat kerusi tetapi penipuan juga sesudah menang dan menjadi menteri. Ibu perompak akan melahirkan anak pencuri. Tidak boleh lari.

Sebagai seorang yang berkecimpung dalam politik hingga menjadi timbalan menteri, Mashitah mungkin ada pengalaman sendiri bagaimana dia tertipu. Kisah TV Hijrah adalah sejarah adalah iktibar terbaik untuk mengenali bagaimana berlaku penipuan! Untuk mengatakan Mashitah menipu tidak mungkin kerana dia dilihat sebagai insan yang memahami hukum hakam. Lagipun tidak senonoh kalau orang perempuan ikut melakukan perbuatan menipu kerana menipu adalah kehidupan para jalang.

Tindakan Bersih menuntut pilihan raya adil dan bersih jelas membuktikan berlaku penipuan dalam pilihan raya yang dikelolakan oleh kerajaan Menang Nipu. Kalau tidak ada penipuan kenapa harus diwujudkan Bersih. Tidak ada orang mahu menyusahkan diri untuk keburukkan dan kedurjanaan kecuali orang tidak kurang cerdik (baca bodoh). Kerana penipuan itulah yang menenangkan BN. Tanpa penipuan BN tidak akan memang. Kalau Mashitah seorang muslimum yang mementingkan kesucian dan kebenaran beliau tidak akan menerima kemenangan BN dengan cara menipu itu.

Maruah kalah sokmo dengan menang sokmo dengan cara menipu jauh lebih baik dan murni kalah sokmo. Dalam Islam bukan soal menang dan kalah yang dihisab, tetapi soal hak dan kebenaran. Lebih baik Pas kalah beribu kali daripada menang dengan cara penipuan sejuta kali. Tetapi itu tidak menjadi masalah kepada BN kerana ia sudah menjadi budaya dan habit.

Kerana kemenangan dengan cara menipulah maka kerajaan BN kini menjadi huruhara. Tidak ada keberkatan. Bila rakyat sudah sedar dan mereka tidak boleh ditipu lagi maka BN ketika itu akan kalah. Sudah kelihatan ciri-ciri ini. Pilihan raya ke-12 lalu sehinggakan BN hilang empat buah negeri adalah kerana kesedaran rakyat. Rakyat sudah mengetahui bahawa mereka ditipu dan sudah tidak mahu tertipu lagi.

Saya rasa orang Pas yang insaf dan faham perjuangan tidak berdukalara atas kekalahan sokmo kerana ditipu BN itu. Orang Pas kena terima istilah dicipta Mashitah itu - kalah sokmo. Pas akan kalahan sokmo selagi berlaku penipuan dan rakyat belum sedar semuanya. Pas alah sokmo kerana BN menipu. Ingat BN ingat Benang Nipu. [wm.kl.6:42 am 08/08/11]

Serbu gereja:Pas akan jumpa Jais,gereja

Tindakan bijak dan islamik - Tahniah PAS !!

KONTROVERSI berkaitan isu serbuan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama kini dapat ditangani oleh PAS dan Kerajaan Negeri Selangor secara bijak dan Islamik. Isu ini yang menjadi harapan Umno untuk menunjukkan kononnya PAS mengikut telunjuk rakan-rakan mereka di dalam PR tidak akan menjadi kenyataan kerana PAS tetap berpegang kepada prinsip dan dasar Islamnya.

Apakah prinsip Islam di dalam hal sedemikian? Prinsipnya ialah mesti berlaku adil kepada semua samada kepada JAIS, Gereja bahkan kepada Dr Hassan Ali sendiri. Maka, pendirian PAS yang tidak melatah atau merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh akhbar lidah syaitan Utusan Meloya merupakan satu kemenangan kepada PAS dan PR.

Malaysiakini melaporkan, PAS akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) untuk mengetahui sendiri apa yang berlaku sewaktu serbuan kontroversi di majlis makan malam untuk mengutip dana, minggu ini. Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan menemui kedua-dua pihak yang terbabit dalam insiden tersebut untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Mungkin sedikit teguran boleh dibuat kepada Exco Agama Selangor, Dr Hassan Ali kerana dikatakan menggunakan media haprak tersebut untuk menerangkan isu berkenaan di mana ayat yang menyebut beliau sedia dilucutkan dari jawatannya demi mempertahankan akidah umat Islam dilihat seolah-olah PAS tidak memperjuangkan akidah umat Islam. Mungkin tidak benar Dr Hassan berkata sedemikian kerana akhbar ini kita kenal benar dengan sikapnya. Namun, akhbar ini diberi ruang oleh Dr Hassan Ali sendiri.

Kita akan lihat nanti sejauh mana Umno ingin menggunakan isu ini untuk menunjukkan betapa Umno teramat sayang kepada akidah umat Islam. /wfauzdin.blogspot.com

Jom BERJIHAD!


8 Ramadan 1432H - Berjihad banyak caranya. Ini salah satu daripadanya. Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memerlukan dana bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-13. Jom isikannya dan berdoa di Ramadan 1432 Hijrah ini supaya kerajaan UMNO-BN jatuh tersungkur.

----------------------------
Elok amalkan banyak membaca di bulan mulia ini, terutamanya al-Quran, tafsir al-Quran dan buku-buku agama. Masyarakat Islam di Malaysia kurang memberi perhatian berat dalam perihal ini. Apa yang selalu menjadi budaya ialah pesta makanan, mengisi perut dan bermula dari pertengahan Ramadan, mula berbelanja untuk persiapan Aidilfitri.

Tidakkah kita mahu menyorot sejarah? Perang pertama dalam sejarah Islam, iaitu perang Badar, berlaku pada bulan Ramadan. Justeru bulan Ramadan adalah bulan perjuangan. Ayat al-Quran yang pertama, iaitu ayat Iqra (Bacalah) diturunkan pada bulan Ramadan. Justeru bulan Ramadan juga bulan membaca.

Tujuh Hari Untuk Najib Adakan Sidang Parlimen Tergempar


Ahli Parlimen Pakatan Rakyat akan menyerahkan satu surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar segera memutuskan desakan pemimpin parti itu supaya sidang Parlimen tergempar diadakan bagi membincangkan isu penduduk tetap (PR) berubah menjadi warganegara sekaligus didaftarkan sebagai pengundi untuk pilihan raya umum ke-13.

Baru-baru ini isu daftar menjadi hangat ekoran penemuan beberapa bukti jelas dalam bentuk cetakan, status kerakyatan sebelum dan selepas pertukaran di laman web Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang berjaya dikesan PAS Selangor pada awal bulan lalu juga perlu diambil perhatian.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Menurut Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, pihaknya memberi tempoh tujuh hari kepada Najib untuk memanggil sidang Parlimen tergempar itu.

Surat rasmi itu akan diserahkan esok di Parlimen dan akan diterima Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz.

“Kita beri tempoh tujuh hari untuk adakan sidang tergempar Parlimen.

“Kita mahu isu pemastautin tetap bertukar kepada warganegara dengan cepat dibahaskan sebelum kita membuat tindakan selanjutnya,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, dekat sini hari ini.

Tambahnya lagi, tindakan itu akan mengancam keselamatan negara.

Sebelum ini Pakatan Rakyat juga mendakwa Barisan Nasional (BN) mendaftarkan warga asing sebagai rakyat negara ini melalui operasi “MyDaftar”.

Operasi itu dikatakan mahu menjadikan warga asing sebagai pengundi yang sah bagi memenangkan BN pada pilihan raya umum ke-13.

Dalam pada itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, pihaknya bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan mana-mana pihak untuk memastikan pilihan raya umum ke 13 akan datang dapat diadakan dengan bersih dan adil.

“Kita akan jumpa dengan siapa sahaja untuk pastikan pilihan raya yang bersih dan adil,” katanya.

Ujar Abdul Hadi, tindakan menukar status kewarganegaraan pemastautin tetap bertujuan untuk memenangkan BN dalam pilihan raya umum ke-13.

“Kita bincang mengenai daftar pemilih yang kita mahu ia dibersihkan terutamanya yang melibatkan pendatang asing, yang mana ia melibatkan jentera kerajaan untuk memberikan kemenangan kepada BN,” katanya.- TVS

BOROSNYA PM & ISTERI PM KITA

Oleh: mohdnoorawang

Kami akan tetap paparkan kezaliman, pemborosan, penipuan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak dan bininya Datin Seri Puan Rosmah Mansor dari apa sumber maklumat demi keadilan dan tuntutan BERSIH 2.0.

Pemborosan pasangan Najib dan Rosmah

1- LAWATAN RASMI NAJIB DAN ROSMAH - RM17 JUTA
2- KOS SELENGGARA KEDIAMAN RASMI PM/TPM - RM49 JUTA SETAHUN
3- BIL LETRIK DAN AIR PM/TPM - RM10 JUTA SETAHUN
3- PERUNTUKAN PERMATA NEGARA (ROSMAH) 2011 - RM111 JUTA
5- ROSMAH TIDOR HETOL ATLANTIS DUBAI - RM140,000 SATU MALAM
6- BEG TANGAN ROSMAH JENAMA HERMEZZ MATTE - RM361,259.99
7- CINCIN BERLIAN - RM24 JUTA
8- ROSMAH ANJUR WANITA PERTAMA DUNIA (14 WANITA ). - RM4.5 JUTA
9- GELANG TANGAN ROSMAH - RM1.65 JUTA
10- JAM TANGAN ROSMAH (ANGGARAN) - RM1 JUTA.

Keperluan rakyat yang ditarik balik oleh kerajaan Umno-BN pimpinan Najib

1- PETROL DINAIKKAN 4 KALI SEHINGGA MEI 2011
2- MELUPUSKAN SUBSIDI GULA - RM116.6 JUTA
3- KENAIKAN GAS PETROLEUM CECAIR (LPG) MEI 2011
4- KENAIKAN KADAR PURATA TARIF LETRIK JUN 2011.

Sumber: TKO

ANAK MUDA BANGUN MELAWAN

DARI ARKIB ANAK MUDAnota:
inilah permulaan pendemokrasian dunia arab
gambar ini gambar cult dari kota tunis
gambar ini adalah gambar cult yang membawa perubahan


SAMAD SAID: SUDAH TIBA MASA ANAK MUDA LAKUKAN PERUBAHAN REJIM - minsider

A. Samad Said, yang dilihat sebagai ‘ikon baru politik’ negara menegaskan, sudah tiba masa golongan muda melakukan “perubahan rejim” selepas 54 tahun negara ditadbir oleh Barisan Nasional (BN).

Sasterawan Negara ini menjadi perhatian di sebalik perhimpunan Bersih 2.0 baru-baru ini.

Bercakap pada pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Samad, 76, berkata, perubahan tampuk pemerintahan negara boleh dilakukan golongan muda pada pilihan raya umum ke-13.

“Sudah tiba waktunya kita adakan ‘regime change’ (perubahan rejim), kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun,” katanya.

“Dan, kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu.

“Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya ‘merubah’, maksudnya sudah tiba masa kita adakan ‘regime change’, ia mungkin terletak di tangan anak-anak muda,” katanya.

NOTA:
masanya telah sampai untuk mengubah kerajaan
fakta ini semua orang tahu
malapetaka ini telah lama menghimpap kepala
malapetaka ini telah 54 tahun melanun
fakta ini sudah jelas

anak anak muda memang hendak mengubah kerajaan
anak muda telah laam berjuang untuk membawa kebaikkan
anak muda dimana mana dlam dunia ini bergerak membawa perubahan

tapi bagaimana cara nya?

nak mengundi
gerombolan tambah dengan undi mat bangla

nak mengundi
gerombolan tambah undi mat indon

nak mengundi
gerombolan ada undi pos

sampai kiamat
tak akan ada perubahan rejim
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah

NOTA:
je jalan raya dulu
sebelum ke pilihanraya!

Rasuah : Khir Toyo Diarah Bela Diri

Dr Mohd Khir Toyo di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. — Foto oleh Jack Ooi
 
SHAH ALAM 8 OGOS : Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini memerintahkan bekas menteri besar Selangor Dr Mohd Khir Toyo bagi membela dirinya berhubung kes rasuah berkaitan pemilikan dua lot tanah termasuk sebuah banglo di Seksyen 7 di Shah Alam, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Mokhtaruddin Baki berkata pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan terdapat kes prima facie ke atas Khir.

Mokhtaruddin kemudiannya menetapkan perbicaraan pada 26 hingga 30 September ini.

Khir didakwa mendapatkan untuk diri dan isterinya, Datin Seri Zahrah Kechik, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di Shah Alam daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di Shah Alam itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Disember 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.
Khir yang melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pembangkang DUN Selangor itu didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang dibantu Ketua Unit Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Datuk Tun Abdul Majid Tun Hamzah.

Khir diwakili peguam M.Athimulan dan Mohd Afifuddin Hafifi. TVS

Ramadhan yang Sekular?

Tindakan pihak tertentu yang menjadikan sesi tazkirah semasa sembahyang terawih sebagai ruang menyampaikan ceramah berunsur politik amat dikesali. Exco kerajaan negeri Pahang Datuk Wan Adnan Wan Mamat berkata terdapat banyak aduan daripada orang ramai berhubung perkara itu sejak umat Islam melakukan ibadat puasa Isnin lepas.
"Masjid atau surau bukannya tempat untuk pembangkang mengadakan tazkirah berunsurkan politik seperti menghina atau mengutuk kerajaan, dan ianya bukanlah pentas untuk berbuat demikian," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan sempena bulan Ramadan kepada masjid, surau dan pusat tahfiz, di Kuantan hari ini.


Beliau berkata Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) telah diminta untuk menyiasat perkara berkenaan. "Kita minta orang ramai terutama jemaah masjid atau surau supaya segera memaklumkannya kepada Jaip sekiranya terdapat sesi tazkirah sedemikian. "Perkara ini boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam dalam masyarakat serta menjurus kepada perpecahan umat Islam. Ceramah sedemikian juga mengganggu emosi jemaah yang hadir untuk menunaikan solat terawih," katanya.

Lambat sangat ke juak-juak Umno nak faham. Dah lebih 50 tahun merdeka tetapi kepala masih lagi berselaput dengan pemikiran assobiyyah Umno. Sebelum PRU 12 dahulu negeri Selangor antara negeri yang terkenal gam penceramah dan pentazkirah. Setiap surau dan masjid ditampal amaran jangan bertazkirah dan jangan diundang tokoh-tokoh tertentu termasuk ulama terkenal dan popular seperti Datuk Haron Din dan bekas mufti Allahyarham Datuk Ishak Baharom. Tetapi akhirnya Allah menumbangkan kerajaan Umno-BN di Selangor.

Nampaknya tindakan yang sama cuba dipraktikkan di Pahang. Sebelum PRU 12, mereka tak peduli pun. Bagi mereka ceramah dan tazkirah ni tak menjadi kudis gatal buat mereka. Macam mencurah air didaun keladi. Tak menjejaskan kuasa politik Umno-BN tetapi selepas tsunami politik Pru ke 12 mereka mula mengambil langkah-langkah untuk menghalang kesedaran dan kebangkitan rakyat terhadap kezaliman dan pengkhianatan Umno-BN selama ini.

Dalam Islam tazkirah merupakan nadi ummah. Apatah lagi Islam merupakan agama nasihat menasihati. Menasihati manusia agar kembali kepada Kitabullah dan Hadis Rasulullah Saw. Menegur para pemimpin dan umat Islam secara keseluruhannya. Imam Ghazali sendiri pernah berpesan “Jangan sekali-kali kamu melepasi 3 hari tanpa tazkirah nescaya buta matahati kamu”. Dan sepatutnya para pemimpin meniru gaya pemerintahan Abu Bakar, Umar dan para sahabat yang terdahulu yang mereka mengucapkan terimakasih apabila rakyat menegurnya meskipun dihadapan orang ramai atau diatas mimbar. Mereka tidak ditangkap, dipenjara atau di ISAkan. Bahkan mereka mengucap syukur kepada Allah kerana ada orang yang mengasihi mereka kerana Allah meskipun mereka sanggup menegur dengan pedang mereka.

Tazkirah ini bukan hanya bab haidh & nifas saje. bukan bab ibadah sahaja. Tetapi mencakupi segenap bidang kehidupan apatah lagi politik pemerintahan yang menjadi fungsi penting manusia diutus atas mukabumi ini iaitu menjadi khalifah. Tetapi pemimpin Umno membawa agenda sama seperti penjajah, melarang anak jajahan berbicara soal politik. semua diserah kepada Mat Salleh. Orang melayu hanya berhak berbicara tentang adat istiadat melayu dan hal ehwal agama Islam sahaja. Lebih daripada itu dilarang. Apatah lagi mengkritik pimpinan. Kotak pemikiran sekular amat sukar untuk dibersihkan.

Sama juga dengan mimbar-mimbar jumaat kita. Jangan disentuh politiknya. Habis masa mana nak diperingatkan para ummah? Atau para pemimpin pun dah jadi golongan yang dilarang menyentuhnya? Apakah pimpinan Umno hari ini terlalu suci dan qudus. Tak layak ditegur?... atau memang sudah sampai tanda-tanda ajal Umno untu Be End

Serbu gereja : Dewan Ulama pertahan JAIS

SHAH ALAM – Tiada gunanya kewujudan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) seandainya jabatan terbabit tidak dapat melaksanakan tanggung jawab mencegah umat Islam di negeri itu daripada melakukan perkara bertentangan dengan ajaran Islam.

Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, beliau menyokong sekiranya tindakan Jais (menyerbu gereja di Damansara Utama) berdasarkan peraturan dan undang-undang Islam kerana Jais berhak bertindak sedemikian.

Menurutnya, sebelum berlaku insiden tidak diingini, tindakan itu adalah pencegahan awal sepatutnya dilakukan.

“Kegiatan berkaitan dengan agama Islam adalah di bawah jabatan agama itu sendiri (Jais). Kalau Jais tidak dapat bertindak di atas maklumat yang diberikan orang ramai. Maka tidak ada guna adanya jabatan berkenaan.

“Jais bertindak mestilah mendapat maklumat orang ramai, itu adalah peringkat pertama dalam usaha pencegahan. Hendak mendapatkan maklumat daripada polis, itu bukan kerja polis,” katanya.

Mengulas mengenai umat Islam yang berada di gereja pada malam itu katanya, umat Islam sepatutnya memilih berada di masjid atau surau untuk bertarawih dan mengerjakan amalan dituntut Allah.

“Mereka sepatutnya berada di rumah, masjid atau surau. Bukan di rumah ibadat orang bukan Islam kerana itu boleh mendatangkan kecurigaan dan keraguan,” katanya.

Beliau berkata, walaupun diizinkan berbilang agama tetapi sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam sebagai: agama rasmi.

“Ada pihak tidak faham makna kebebasan beragama, sebab itu mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya. Jadi perlu diperjelaskan kepada pemimpin masyarakat dan umum mengenainya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menyokong tindakan dan kenyataan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor, Datuk Hasan Ali berhubung isu itu kerana beliau berhak berbuat demikian. - SH

Biar Pemimpin Dari Kalangan Rakyat Tadbir Negara- A Samad Said


8 Ramadhan 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR 8 OGOS : Ketika negara sudah lama ditadbir oleh pemerintahan dari golongan bangsawan, Sasterawan Negara menggesa rakyat membuat anjakan seterusnya mengubah landskap politik negara demi masa depan yang lebih baik pada PRU ke-13 nanti.

Menurut Datuk A. Samad Said, setelah 54 tahun negara diperintah oleh Umno-Barisan Nasional, kini sudah tiba masanya negara bebas daripada cengkaman rejim yang membenarkan amalan salah urus negara terus berleluasa.

“Sudah tiba waktunya kita adakan perubahan rejim, kita sudah memberi masa kepada orang yang memerintah sekarang ini 54 tahun dan kita sudah tidak harus lagi memberikannya lebih daripada itu.

“Banyak perkara boleh dilakukan anak muda antaranya merubah, maksudnya sudah tiba masa kita adakan perubahan rejim ini, bilakan pemimpin daripada rakyat akan memimpin?,"soal beliau.

A Samad Said berkata demikian kepada kira-kira 100 hadirin pada pelancaran kempen Jom Baca Media Alternatif anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur, semalam.

Selain mahasiswa, turut kelihatan wakil media alternatif hadir bagi memeriahkan majlis.

Beliau semalam sempat mendeklamasikan sebuah sajak bertajuk "Kepada Cendekia Solidar" yang ditujukan khas kepada gerakan mahasiswa SMM.

Dalam pada itu,Ketua Pengarang web berita portal Malaysiakini, Fathi Aris Omar turut menyatakan, usaha SMM mengajak rakyat membaca media alternatif adalah contoh baik dan perlu disebarkan di seluruh peringkat akar umbi.

Beliau berkata pendekatan ini merupakan satu usaha yang sihat bagi menggalakkan persaingan di kalangan pengamal media.

"Negara demokrasi yang sihat perlu maklumat yang disampaikan oleh pelbagai sumber. Sekarang ini media alternatif banyak tertumpu di kawasan Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor," katanya.

Menurut Fathi, media alternatif diwujudkan bagi mengimbangi laporan media arus perdana yang terlalu pro kerajaan sehingga menyebabkan medium sebaran maklumat itu tidak lagi berteraskan prinsipnya yang sebenar.

tv news/-

Pakcik sulong kenapa pakcik ada dua no ic?

 
Korang kenal tak pakcik sulong neh sapa? Aku pun tak kenal sapa. Aku baru kenal dia dua hari lepas. Dia neh ada dua no ic. Itu yang pelik sket. Takan kesilapan perkeranian lagi kot? Korang tengok bawah terlebih dahulu ;



Pada awalnya aku fikir alah rileks lah der. Orang nama serupa banyak whoorr di malaysia neh. Ce ko jangan cuak sangat. Then aku pun ronda2 kat SPR. Cuba korang tengok bawah neh pula ;


Arh sudah. Bukan nama je serupa. Rumah pun serupa bhai. Tempat mengundi pun serupa bhai. No ic lama / pasport / id pendatang == > [6290844] pun serupa gak bhai. Biar betul. Pakcik sulong ko kembar ka? Kalau kembar takan guna id pasport [kemungkinan, actually aku taktahu itu id apa] yang serupa?

kah kah kah

rileks pakcik sulong. Aku tanya je neh. Takde nak syak or kata bukan2. So pakcik sulong jangan segan2 menjawab. Kesilapan perkeranian dah terkeluar dari senarai jawapan pilihan yang pakcik ada. So jangan sesekali pakcik pakai reason itu lagi. Sekian.

Pakcik sulong pandai melukis ka? Mai masuk contest rm1oribu dari nescafe neh.

Info : TPU.

Ameno : Pakcik bongsu takdak ka?

‘Dokumen Penting’ Skandal Scorpene : PM Najib Bakal Kehilangan Jawatan PM, Dokumen Ini Telah Diperolehi Polis Perancis.. Jom Bongkar!!!

Berita buruk untuk Najib: Polis telah menjumpai dokumen penting Scorpene
Pihak polis Perancis telah Berjaya memperolehi ‘dokumen penting’ dalam siasatan berkaitan rasuah oleh DCN, kompeni gergasi senjata Perancis kepada pegawai Malaysia termasuk Perdana Menteri Najib Razak, untuk mementerai kontrak pembelian.

Najib , 58 yang merupakan Menteri Pertahanan pada ketika itu telah memeterai pembelian tersebut pada tahun 2002. Pada masa yang sama, rakyat juga kesal di atas harganya yang terlalu tinggi. Dikhuatiri juga kapal selam yang serba canggih itu tidak sesuai untuk kawasan perairan Malaysia yang cetek. Kapal-kapal tersebut masih tersadai di perairan Sabah pada masa ini dan jauh sekali digunakan. Ada juga laporan yang menyatakan bahawa kapal-kapal tersebut mengalami kerosakan sistem akibat ketidak stabilan perairan kita.

“Kita berkemungkinan akan dapat maklumat pertama berkaitan penyiasatan polis Perancis yang telah bemula sejak 18 bulan yang lalu pada bulan September. Kita tahu bahawa polis telah menemui maklumat yang penting, “ berdasarkan kenyataan yang diberi Peguam Perancis William Bourdon kepada Asia Sentinel.

Personaliti VIP


William merupakan peguam Perancis yang dilantik oleh Suaram, NGO Malaysia yang telah membuat laporan bagi pihak rakyat terhadap DCN yang telah mendapatkan kontrak dengan cara tidak sah. Di Perancis, memberi rasuah untuk mendapatkan kontrak adalah kesalahan yang serius dan jika sabit kesalahan, DCN berhadapan kemungkinan membayar pampasan kepada rakyat Malaysia akibat meninggikan harga pembelian kepada kerajaan Malaysia.
Peguam Perancis dijadualkan tiba pada hari Khamis , dimana beliau akan berucap di hadapan rakyat Pulau Pinang mengenai perkembangan terbaru kes tersebut. Suaram juga telah memberi gambaran bahawa William juga akan memberi maklumat tentang beberapa lagi identiti yang terlibat di dalam skandal itu.

Pihak penyiasatan Perancis juga dipercayai telah dapat mengenalpasti individu penting yang turut menyertai Razak Baginda dan Altantuya Shaariibuu, ke Macau untuk menghadiri sebahagian dari rundingan kompleks untuk pembelian kapal selam. Altantuya Shaariibu telah menjadi mangsa pembunuhan kejam.

Spekulasi hangat mengatakan bahawa individu itu adalah Najib sendiri. Jika benar, ini akan membuktikan bahawa Najib bebohong mengenai dakwaannya tidak mengenali Altantuya. Selain itu, Altantuya juga dikatakan pernah menjadi kekasihnya sebelum diperkenalkan kepada Razak yang juga merupakan orang kanan dan wakil Najib. Pendedahan tersebut akan membuka ruang untuk perbicaraan semula kes pembunuhan yang menyaksikan dua bekas pengawal peribadi Najib dijatuhkan hukuman gantung kerana membunuhnya. Namun demikian, perancang pembunuhan tersebut dipercayai masih bebas.

Pesonaliti-personaliti lain yang terlibat dalam skandal besar itu juga telah dikenal pasti dan identiti mereka juga akan didedahkan.

William juga dijangka akan memberi kejutan tentang beberapa pemberian komisyen lain yang baru dibongkar oleh pihak penyiasat. Lebih banyak lagi pembongkaran kotor akan diketahui melibatkan pembelian yang yang meragukan yang telah diketuai oleh Najib sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap pembelian peralatan pertahanan.

Tiada ruang untuk bersembunyi bagi Najib
 

Hanya jika kerajaan Perancis sanggup membantu Najib dalam mendiamkan kes, Najib mungkin sudah tidak boleh bersembunyi lagi. Waktu yang diperlukan untuknya sudah semakin habis.

Bagi pihak yang memahami akan implikasi undang-undang bagi pihak Malaysia dan Perancis, adalah sukar untuk Najib melepaskan diri. Najib tidak boleh mengelak untuk terpaksa memberi penjelasan kepada rakyat bukan sahaja tentang sejauh mana penglibatannya didalam rasuah, sekaligus pembunuhan Altantuya.

Umno juga tidak mampu untuk menyelamatkan Najib. Dengan perbicaraan tentang skandal Scorpene yang bakal beerlangsung di mahkamah pada Ogos atau September, ramai di antara pemimpin parti yang tidak sabar untuk menyaksikan berakhirnya episod pemerintahan Najib yang dipenuhi dengan kegagalan, politik kotor dan rasuah yang berleluasa.

Kini, Najib telah merasakan tekanan yang kuat dan lebih memburukkan, dia telah mengambil beberapa keputusan yang tidak bijak. Terbaru adalah kekerasan terhadap rakyat yang berarak bagi menuntut kebebasan dan ketelusan pilihanraya dua minggu yang lepas. Ini mengurangkan populariti dan kredibiliti Najib yang semakin menjunam di mata rakyat justeru menjadikan Najib sasaran mudah.

Kerajaan BN sepatutnya melapor kepada pihak berkuasa Perancis apabila laporan mengenai skandal besar Scorpene mula-mula diketahui. Namun, oleh kerana pengaruh Najib yang kuat, tiada seorang pun yang berani menuntut supaya siasatan awam dijalankan.

Peliknya, sejumlah 114 juta euro (RM570 juta) yang diberikan kepada firma Perimekar sebagai perjanjian sampingan hanya dianggap sebagai kontrak servis dan penyelengaraan sahaja. Ironinya, umum mengetahui firma yang meragukan itu tiada langsung pengalaman dan rekod dalam industri berteknologi tinggi itu.

Banyak laporan telah diterima dari rakyat Malaysia yang musykil akan kos sebenar yang telah mencapai lebih dari RM7 bilion. Nyata sekali Najib telah menyembunyikan kos sebenar dari Parlimen dan mengambil keputusan untuk sentiasa memohon bajet tambahan untuk menyelengara kapal-kapal tanpa memberitahu berapakah kos sebenar yang telah ditanggung oleh pembayar cukai. Sehingga kini, polis Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah enggan mengambil tindakan untuk menyiasat kes ini.

Kisah lain disebalik perjanjian kotor


Berbagai soalan bakal diajukan oleh mereka yang akan menghadiri sesi bersama William pada 21,22 dan 23 Julai nanti. Selain dari status kes dan pembongkaran yang telah dibuat, perhatian juga akan tertumpu pada Altantuya, si cantik yang malang, pernah menjadi juru bahasa untuk Baginda.

Apa yang bermain dalam minda rakyat Malaysia adalah apakah sebenarnya hubungan di antara Najib dan Altantuya? Rakyat bukanlah ingin menjaga tepi kain hubungan antara Najib dan Altantuya tetapi ini penting untuk mengetahui sejauh mana PM yang merupakan DPM pada ketika itu sanggup berbohong untuk menjadi perdana menteri.

Jika ingin tahu dengan lebih lanjut lagi, anda mesti datang ke majlis makan malam untuk mendengar dan bertanya soalan, Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel memberitahu Malaysian Chronicle.


- Malaysia Chronicle

PANAS!! Bendera Israel dalam syiling baru Malaysia


MUNGKIN ramai pembaca yang sudah mengetahui tentang berita kemunculan matawang syiling baru Malaysia yang diumumkan di laman sesawang rasmi Bank Negara Malaysia baru-baru ini [BNM]. Pembaharuan yang jelas boleh diperhatikan, Bank Negara Malaysia akan mengeluarkan duit syiling berwarna kuning keemasan dengan nilai RM 0.50 dan RM 0.20 di samping duit syiling bernilai RM0.10 dan RM0.05 bewarna perak dengan cetakan corak yang baru.

Namun begitu, satu perkara yang agak mengejutkan apabila dilihat jelas terdapat cetakan corak "Star of David" yang menyerupai bendera Israel pada duit syiling baru bernilai RM0.10. Rujuk gambar di bawah ini.

Persoalannya, adakah "Star of David" sengaja dicetak pada duit syiling terbaru ini atau ia skadar suatu kebetulan? Apa perlunya lambang bintang enam ini diguna untuk menggantikan lambang bulan dan bintang pada syiling lama?

Jika dilihat, lambang bulan dan bintang pada duit syiling sebelum ini menggambarkan Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Jika "Star of David" pula digunakan, adakah ia menggambarkan sokongan secara tersirat Malaysia kepada negara Yahudi Israel dan agenda Freemason?



Jelas sekali, inilah hasil nasihat Yahudi APCO yang dibayar RM77 juta setahun oleh kerajaan sebagai penasihat pentadbiran kerajaan Rosmah Mansor.

Hasil penyelidikan
Milo Suam

Wawancara Eksklusif : Timbalan Presiden PAS ,Mohamad Sabu anggap polis berbohong

WAWANCARA ringkas Wartawan Pulau Pinang, MOHD SABRI SAID bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di rumah keluarganya di Tasek Gelugor, 22 Julai lalu bagi menjelaskan dakwaan Polis kononnya beliau terbabas jatuh dari motosikal dan bukan dilanggar oleh kereta peronda polis. Ikuti butirannya.
WARTAWAN: Macam mana keadaan lutut saudara selepas pembedahan?
 
MOHAMAD SABU: Alhamdulillah berkat doa rakan-rakan semua, pembedahan lutut saya untuk memasukkan besi sudah pun selesai. Selepas seminggu pembedahan iaitu pada 15 Julai lalu saya sudah boleh meletakkan kaki kanan ke lantai, tidak macam mula-mula kena dulu.

Terpaksa dipapah atau bertongkat tanpa meletakkan tapak kaki ke lantai sebab rasa sakit yang teramat sangat di bahagian lutut.

Sakitnya bukan main-main sebagaimana dakwaan polis yang mengatakan saya cuma cedera ringan selepas dirempuh oleh kereta Proton Waja milik peronda polis pada 9 Julai lalu.

Sekarang ini, ia agak membengkak semula apabila duduk terlalu lama atas kerusi roda. Maklumlah pagi tadi terpaksa ke Tingkat 28, Pejabat Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk sidang media bersamanya menafikan saya berbohong.

Kalau nak berjalan 10 ke 15 kaki bertongkat, sudah boleh dengan kaki diletakkan terus ke lantai berbanding dulu agak sukar.

Media arus perdana mendakwa saudara berbohong dirempuh polis walhal motorsikal yang saudara dinaiki terlanggar pengadang jalan dan jatuh, kemudian polis datang membantu kerana cedera ringgan?Benarkah begitu atau apakah yang terjadi sebenarnya?

Semua apa yang polis paparkan tidak benar. Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam visual kerana Pajero milik polis itu berada di hadapan.

Jika diperhati, nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motosikal. Lagipun, buat apa saya tipu. Siapa mahu masuk hospital, duduk saja tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim. Tambahan lagi kaki masuk skru besi, tentu mengambil masa lama untuk baik kembali.

Doktor yang merawat saya sendiri boleh jadi saksi keadaan sebenar kaki kanan yang dirawatnya. Cuma polis saja yang pandang ringan sebab terlalu ikut kata tuan mereka tanpa bersikap adil, telus dan cekap.

Bagi menangkis tohmahan jahat polis ini, saya sudah pun mengarahkan peguam PAS, Hanifa Maidin untuk menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, Dato’ Saleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnah saya.

Setelah dinasihati peguam, saya tidak akan teragak-agak untuk bertindak menerusi undang-undang sekiranya beliau tidak memohon maaf.

Sekarang, polis bekerja kuat menafikan yang mereka bertindak zalim dengan menyiarkan video kepada pihak media. Padahal, umum tahu sikap polis terhadap peserta Himpunan Aman Bersih 2.0... Sebab itu kita ada Suruhanjaya Penyiasat, Kehakiman atau Badan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Namun, saya beri kepercayaan kepada Suhakam kerana ia lebih telus membuat siasatan kerana ia bersikap terbuka berbanding daripada siasatan polis. Jika polis tidak kasar bagaimana boleh ada kematian, kecederaan seperti YB Khalid Samad yang menerima jahitan di kepala.

Sahabat kita dari Balik Pulau yang menerima 20 jahitan luar dan bahagian dalam mulut, pengawal Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan ramai lagi yang jadi mangsa keganasan. Sedangkan perhimpunan kita aman. Tidak siapa membawa apa-apa ‘senjata’ sehingga mengakibatkan pihak polis bertindak di luar batasan.

Apakah saudara merasai sudah memadai dengan Himpunan Aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu?

Belum memadai lagi untuk kita berpuas hati sebab sampai saat ini SPR belum pun berbincang untuk menerima tuntutan Bersih 2.0, begitu juga kerajaan yang berkuasa.

Mereka berdiam diri tetapi cuba mengalih pandangan rakyat dengan cerita kononnya pembangkang memperkudakan Bersih 2.0 di samping membuat tuduhan polis bertindak jahat dan keterlaluan.

Sekiranya SPR atau kerajaan masih berdegil, tidak mustahil satu lagi kebangkitan rakyat Bersih 3.0 akan bergema dengan kumpulan yang lebih besar. Apa pun kita tunggu dalam masa tiga bulan akan datang.

Kes Fitnah Liwat II : Mahkamah Benarkan PM, Rosmah Ditemubual

KUALA LUMPUR 8 OGOS: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isteri Rosmah Mansor dan 13 yang lain dipanggil menjadi saksi dalam kes fitnah liwat II ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketika membacakan keputusan itu Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menyatakan pihak pendakwaraya harus memastikan saksi yang dicadangkan hadir ke mahkamah.
"Apabila pendakwaraya menawarkan saksi kepada pihak pembelaan, adalah menjadi tanggungjawab pendakwa untuk memastikan saksi hadir ke mahkamah.
"Pihak pembelaan mempunyai hak untuk menemuramah saksi," kata Zabidin.
Sebelum ini kesemua mereka enggan ditemuramah peguambela lalu menyatakan hanya akan hadir sekiranya mahkamah mengemukakan sepina.
Sementara itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden memohon tempoh seminggu untuk pihak pendakwaan mengaturkan sesi temuramah berkenaan kerana dua daripada saksi kini berada di Indonesia.
Zabidin kemudiannya bersetuju menangguhkan perbicaraan kepada 15 Ogos depan.

Selain Najib dan Rosmah, 13 lain yang akan dipanggil termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka, Mohd Rodwan Mohd Yusof.
Terdahulu empat individu ini memberitahu sedia memberi keterangan di mahkamah dalam kes fitnah liwat ke atas Anwar sekiranya pihak pembelaan mensepina nama mereka sebagai saksi.
Perkara itu dimaklumkan oleh Yusof sebelum ini.
“Menurut afidavit DPP Mohd Hanafiah (Zakaria), mereka (4 saksi itu) enggan datang kerana mereka bukan saksi utama.
“Justeru, mereka hanya akan datang ke mahkamah jika disepina sebagai saksi”, katanya.
Beliau berkata demikian menjawab hujah peguam Anwar, Karpal Singh bahawa pihak pendakwaan sepatutnya membawa saksi berkenaan ke mahkamah untuk di temubual oleh pihak pembelaan berikutan nama-nama itu yang ditawarkan kepada pihak pembelaan.

Karpal berkata pasukan pembelaan sepatutnya diberikan hak untuk menemu bual mereka sepertimana ketetapan undang-undang.

Sehubungan itu, Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menetapkan hari ini iaitu 8 Ogos untuk memutuskan sama ada permohonan Anwar memanggil 15 orang saksi termasuk Najib dan Rosmah untuk dibawa ke mahkamah bagi ditemubual, dibenarkan atau sebaliknya.
Ketua Pembangkang itu juga mahu menemubual 10 saksi alibi sebelum beliau memberikan keterangan.
Kesemua 15 saksi berkenaan ialah antara 25 saksi yang mahu ditemubual oleh pihak pembelaan dalam membuat persediaan bagi kes pembelaan yang dijadualkan dari 8 hingga 26 Ogos

IFTAR RAKYAT

Medan perang politik M'sia beralih ke internet

Sejajar dengan perkembangan global dan kemajuan teknologi komunikasi maklumat (ICT), medan perang politik di Malaysia turut berubah dan kini telah beralih ke Internet.

Perkembangan ini mendorong pelbagai pihak menggunakan Internet untuk menyebarkan maklumat berkaitan politik, seolah-olah tiada apa yang boleh menyekat mereka daripada berbuat demikian.

NONEBenarkah keadaan ini tidak boleh dikawal? Sesetengah pemerhati media berpendapat ia memang tidak boleh disekat atau dikawal.

"Tiada siapa boleh menapis maklumat yang dihantar melalui Twitter, Facebook atau YouTube," kata anggota Jawatankuasa Pusat MCA Datuk Ti Lian Ker.

Mesej boleh dihantar kepada pembaca di seluruh dunia hanya dengan satu klik dan tiada siapa yang boleh mengawal kandungannya, katanya lagi.

"Perkara inilah yang memeningkan kepala para pengawal selia dan kerajaan kerana pengguna dan penghantar sesuatu mesej boleh menyembunyikan identiti masing-masing," katanya lagi.

Ti berpendapat setakat ini kebanyakan masalah berkaitan Internet tidak ditangani dengan sewajarnya.

Pensyarah kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) Dr Jeniri Amir pula berpendapat begini: Langkah kerajaan mengetatkan kawalan terhadap media tradisional mendorong semakin ramai orang memburu apa yang mereka anggap sebagai "kebenaran" melalui berita dalam talian dan ini membuka ruang kepada media dalam talian minor menguasai pendapat umum."

NONEBeliau berkata, malah, Barisan Nasional (BN) sendiri menggunakan
khidmat beberapa penulis blog untuk mengimbangi keadaan berat sebelah di Internet, walaupun langkah ini tidak memberi kesan seperti yang diharapkannya kerana hujah yang dikemukakan kumpulan penentangnya lebih mendapat sokongan.

"Lagipun, penyerang kerajaan secara dalam talian ini kelihatan lebih tersusun sebagai sebuah kumpulan yang bekerja untuk parti pembangkang dan mereka memanfaatkan isu tertentu, tidak kira sama ada betul atau tidak," kata beliau kepada Bernama.

Tindakan kumpulan itu, kata beliau, menyebabkan sesetengah golongan muda pengguna Internet menerima dengan mudah segala apa yang mereka baca secara dalam talian dan ini menutup ruang untuk berhujah secara rasional dan beradab.

"Medan perang" ini turut merebak ke kawasan pengundi Melayu di kampung kerana walaupun mereka tidak tahu menggunakan Intenet, tetapi mereka dimaklumkan oleh anak masing-masing yang cekap menggunakan kemudahan IT tentang perkara yang mereka baca dalam talian, termasuk pelbagai khabar angin, cerita separuh benar dan, malah cerita yang sengaja diada-adakan untuk memburukkan imej kerajaan.

Dr Jeniri mengambil perhimpunan haram 19 Julai di Kuala Lumpur sebagai contoh.

"Cerita dan visual tentang orang biasa yang mengambil bahagian dalam perhimpunan itu disebarkan dengan meluas untuk menggambarkan mereka sebagai wira, manakala klip video yang mengandungi kepalsuan pula disiarkan melalui YouTube. Ini merupakan cabaran besar yang perlu dihadapi BN," katanya.

Beliau berkata walaupun Internet boleh dijadikan alat untuk menyebarkan maklumat, tetapi majoriti rakyat Malaysia perlu belajar menggunakannnya secara wajar, khususnya berkaitan penyebaran mesej politik kerana terdapat keperluan untuk mengadakan perbincangan secara rasional dan menilai sesuatu pendapat secara seimbang.

"Jika sesetengah pengguna Internet terus menyelewengkan konsep demokrasi, pihak berkuasa tidak akan mempedulikan kenyataan biadab mereka, manakala pengundi yang matang pula akan menolak mereka apabila menyedari bahawa sebelum berkuasapun, kumpulan ini sudah berperangai hodoh," katanya.

Ahli akademik ini berkata "medan perang" Internet juga boleh membawa seseorang ke arah yang betul atau tidak betul kerana, sebagai contoh, oleh kerana terdapat begitu banyak maklumat, kebanyakan orang akan hanya mengikut pendapat ramai apabila mereka tidak dapat membezakan sama ada sesuatu maklumat itu betul atau palsu.

"Umpama orang yang kehilangan arah di lautan, mereka akan hanya mengikut orang lain dengan harapan akhirnya mereka akan menemui daratan atau sekurang-kurangnya, tidak keseorangan ketika berenang ke pantai. Ini menunjukkan mereka tidak mampu berfikir atau membuat penghakiman sendiri," katanya.

Selain itu, kata beliau, ramai orang menganggap semua maklumat yang mereka terima sebagai ilmu yang berguna.

ummo youth pc 100306 abdul rahman dahlanBeberapa ahli politik berpendapat kebanyakan orang terus mempercayai apa yang disiarkan melalui Internet tanpa usul periksa kerana menganggapnya betul serta berkongsi maklumat itu dengan rakan masing-masing pula.

Seperti kata Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan, kini kebenaran semakin sukar untuk dilihat dan manusia semakin sukar
menerima pendapat serta pendekatan orang lain dan tidak boleh bertolak ansur.

"Pada era maklumat ini, manusia perlu melatih diri masing-masing supaya berfikir dan membuat analisis sebelum menerima sesuatu maklumat yang dihidangkan kepada mereka.

"Sebelum mempercayai sepenuhnya, kita perlu ajukan soalan, mengenal pasti dengan jelas jenis mesej yang diterima dan, jika perlu, mendapatkan pengesahan mengenainya," katanya.

- Bernama