Ahad, 13 Januari 2013

VIDEO] HKR 112 Cemerlang Bukti Pakatan Rakyat Sudah Bersedia Untuk Tadbir Negara ,Ahad, Januari 13, 2013




#KL112: Tahniah semua!

Tahniah! Tiada perkataan lain yang nampak sesuai dan tepat untuk diberikan kepada semua.

Tahniah bukan sahaja kepada penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (#KL112), tahniah juga kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Dalam Negeri, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan pengurusan Stadium Merdeka.
Sekali lagi rakyat dan pihak berkuasa telah berjaya membuktikan bahawa satu perhimpunan - tidak kira saiz dan bilangan peserta - boleh diadakan dengan aman dan berjaya jika setiap individu yang terbabit, sama ada yang memegang kuasa atau sebaliknya, bekerjasama, menghormati satu sama lain, memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan pihak lain, dan menghormati peraturan dan undang-undang.

Selepas insiden pahit Perhimpunan Bersih 2.0 dan Bersih 3.0, semua menunjukkan bahawa rakyat Malaysia masyarakat matang. Perhimpunan Bersih 2.0 disusuli dengan penggubalan Akta Perhimpunan Aman. Undang-undang itu disusuli dengan Perhimpunan Bersih 3.0.

Hari ini, di tempat tertutup Himpunan Kebangkitan Rakyat.

Bertolak daripada persekitaran himpunan hari ini, yang dipercayai disertai sekitar 100,000 orang, nampaknya kita boleh menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang akan diadakan sebelum akhir Jun ini, dengan tenang dan aman.

Komen di Twitter

Komen-komen blog mikro yang ditinjau Sinar Harian Online sebaik sahaja berakhir Himpunan Kebangkitan Rakyat, menunjukkan pemimpin dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) mengucapkan tahniah atas 'kejayaan' hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang mengucapkan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, "+100 RT "@dinogombak: tahniah boss @HishammuddinH2O dan syabas pada @PDRMsia ada yang tak tidur dari semalam... #Salute.

"

Saifuddin yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi menulis, "Tahniah! RT "@dinogombak: boss @HishammuddinH2O dah boleh relaks minum kopi !!"

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden Umno pula membalas mesej Twitter dengan menulis: "Terima kasih, ia tidak mudah @DrFathirAlhadad: #KL112 #HKR112 @HamdanMSalleh dengar khabar @PDRMsia semakin matang bersama masyarakt madani... Kudos H2O."

Ezmir SAMM pula berkata, "walaupun pelbagai SMS ugutan yang kami terima termasuklah ugutan 'bunuh', namun tidak menjadi penghalang untuk anak muda lakukan revolusi!"

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak ketinggalan berkongsi tahniah hasil penganjuran himpunan hari ini.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas alasan membenarkan penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat.

"Najib juga layak terima kredit kerana membenarkan #KL112 diadakan dengan aman meskipun menerima bangkangan daripada golongan tegar dalam Umno, kerajaan, polis, yang seharusnya diketepikan," kata ahli Parlimen veteran ini.

Katanya, "HKR Stadium Merdeka satu kejayaan bersejarah, 100,000 orang, semua kaum berhimpun secara aman dengan harapan untuk perubahan. Demokrasi Malaysia sudah matang."

Naib Pengerusi Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berpendapat bahawa himpunan #KL112 telah membuktikkan ia hanya satu perjumpaan politik manakala dakwaan bahawa sejuta orang akan berhimpun adalah palsu, ucapan Anwar pula hanya berkisar isu lama dan sebenarnya mana-mana perhimpunan akan aman jika tiada isyarat gerak tangan, yang dilihat merujuk kepada gerak-geri Anwar semasa Perhimpunan Bersih 3.0.

Pemimpin muda dari Majlis Peguam, Syahredzan Johan menulis: "Warga KL - buat apa sahaja yang anda perlu lakukan hari ini, jangan berhenti kerana #KL112. Ia juga hak anda.Jadikan demokrasi satu norma."

Anas Zubedy mengulas perkembangan hari ini dengan berkata, "#KL112 juga menunjukkan jika Pas mengepalai, hasilnya baik dan matang. Sudah pasti yang Pas pemimpin dalam PR. Tahniah!"

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin juga berkongsi pandangan berhubung perkembangan hari ini.

Kata beliau, "ertinya jika tiada campur tangan politik permusuhan dari atasan, pihak PDRM dapat menjalankan tugas dengan baik untuk semua."

Tahniah kepada polis

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh juga mengucapkan tahniah kepada polis dengan mengulangi mesej yang dihantar pemegang akaun @MahasiswaMsia.

MahasiswaMsia menulis, "terima kasih buat pasukan @PDRMsia yang sangat komited dalam menjalankan tugas demi menjaga keamanan."

Seorang pemilik akaun bernama Najib berkata, "matang RT @saifuddinabd: +1 RT "@Hussamuddin: Kalau semua pihak bekerjasama macam ni kan baik."

Mesej itu dikongsi itu oleh Saifuddin.

Dalam SMS kepada Sinar Harian Online, Saifuddin berkata, perhimpunan politik adalah sebahagian darpada demokrasi."

Oleh itu beliau yang dilihat sebagai pemimpin moderat dalam Umno berkata, ia sepatutnya bebas dianjurkan oleh mana-mana parti politik, asalkan secara aman.

"Ia tidak perlu menjadi isu, terutama apabila dianjurkan pihak yang berbeza pendirian politik dengan kita. Ia tidak boleh kelihatan seolah-olah hanya sesuatu pihak sahaj yang dibolehkan menganjurkannya.

"Perhimpunan hari ini secara fundamentalnya tidak banyak berbeza dengan Perhimpunan Ulang Tahun Umno ke-66 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada tahun lalu," kata beliau sambil berkata, "kedua-duanya dianjurkan oleh parti politik."

Perhimpunan masa depan

Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, semua pihak kelihatan mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2011.

"Ini perkembangan baik.

Tahniah juga kepada polis yang menjalankan tugas dengan cemerlang. Selepas ini, saya harap semua pihak yang ingin menganjurkan perhimpunan dan yang terlibat dengannya akan memberikan kerjasama baik antara satu sama lain.

"Semoga tiada lagi usaha menakut-nakutkan orang ramai dengan adanya perhimpunan atau bagi yang ingin menyertainya.

"Lebih penting lagi, selepas ini, kita dapat membincangkan apa yang dibicarakan dalam perhimpunan itu, dan tidak lagi tentang logistik perhimpunan semata-mata," katanya.

Penganjur menyifatkan himpunan tersebut cukup berjaya berikutan ia berjalan dengan aman tanpa sebarang provokasi.

Bermula dengan perarakan dari lapan 'checkpoint' berbeza, pihak berkuasa tempatan menempatkan pegawainya di setiap lokasi terbabit.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika ditemui selepas himpunan tamat sekitar jam 5.

30 petang tadi melahirkan kesyukuran atas kelangsungan himpunan tersebut.

"Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang bangkit pada hari ini.

Kami himpun secara aman dan teratur.

"Ini membuktikan bahawa rakyat Malaysia ini cukup bertanggungjawab, mereka sekadar ingin berhimpun menyatakan aspirasi mereka untuk membawa perubahan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Beliau menyentuh soal kehadiran sebilangan besar golongan muda yang membanjiri Stadium Merdeka.

"Hari ini kita saksikan anak-anak muda begitu ramai daripada pelbagai kaum termasuk kaum-kaum dari Sabah dan Sarawak, bersatu hati untuk sama-sama menjana satu perubahan.

"Ini juga satu mesej yang cukup jelas. Kalau mesej ini pun Perdana Menteri tidak faham, saya kira amat malang sekali," katanya.

Tambahnya, "perhimpunan hari ini disifatkan cukup berjaya dan ini akan menjadi perhimpunan yang akan menjana kekuatan baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13."

Dalam pada itu, sebahagian pemimpin lain menyampaikan penghargaan terhadap kerjasama yang dihulurkan pihak berkuasa tempatan.

Aman kerana tiada gangguan

Pengasas Soladiriti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Cikgubad berkata pihak polis sudah bertindak rasional atas kerjasama hari ini.

"Perhimpunan hari ini boleh aman kerana apa? Kerana kita tidak diganggu. Maknanya, kalau pihak polis boleh bertindak rasional, tiada masalah. Akhirnya, hari ini mencatat sejarah.

"Mereka mula melihat bahawa peralihan itu suatu perkara yang tidak boleh dielak lagi dan ini merupakan pertanda yang baik bahawa kebangkitan rakyat akan memperolehi kemenangan dalam masa terdekat ini," katanya.

Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman pula menyifatkan kejayaan himpunan hari ini berkait rapat dengan perbincangan yang dijalankan pihak penganjur dan pihak berkuasa sebelum ini.

"Kalau perbincangan itu berjalan, saya yakin akan dapat hasil yang baik. Pengalaman masa lampau menunjukkan apabila berlaku masalah interaksi antara kedua belah pihak, perbincangan tidak berlaku. Berbeza dengan kali ini," katanya.

Himpunan ini dihadiri sebahagian besar pemimpin PR termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Meskipun peserta dilarang membawa anak ke himpunan itu, terdapat sebilangan kanak-kanak yang menyertai himpunan tersebut.

Pihak berkuasa bukan saja menjalankan pemerhatian di jalan raya, malah sebuah helikopter dilihat berlegar-legar di udara ketika peserta berarak menuju ke Stadium Merdeka.

Ahli jawatankuasa penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat, Hishamuddin Rais berkata, "himpunan tadi (hari ini) telah berjaya mengumpulkan 500,000 orang dan program kita berjalan mengikut masa yang dirancang dari jam 2 hingga 5 petang."

"Bagi kita ini adalah satu kejayaan besar. (Seramai) 500,000 rakyat itu, Anwar telah bercakap tadi, ia satu amaran kepada Najib, Umno-Barisan Nasional, jangan menipu di pilihan raya akan datang," katanya

Di sudut polis, penganjur perhimpunan dikatakan telah melanggar tiga daripada 27 syarat yang dipersetujui antara mereka dan polis sebelum ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata tiga syarat itu ialah larangan membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun; membawa plakad, sepanduk dan kain rentang berunsur hasutan serta peserta perhimpunan yang melebihi 30,000 orang.

Menurut Zainuddin polis menganggar kira-kira 45,000 peserta hadir pada perhimpunan itu. -SH

Kejayaan himpunan lambang kebangkitan rakyat

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin perhimpunan hari ini adalah lambang kebangkitan rakyat negara ini.

"Dengan semngat kebangkitan rakyat, saya tabik kepada saudara sekalian.

"Rakyat bangkit bukan kerana parti atau NGO, tetapi kesedaran mereka untuk merobah sistem yang bobrok dalam negara kita. Saya rasai sendiri derita rakyat, saya tahu kemarahan rakyat.

"Oleh yang demikian kami dalam Pakaran Rakyat berikrar dengan setulus hati dalam pentadbiran kami, kerajaan baru nanti, percayalah kami tidak akan izinkan rasuh dan rompakan dari negara yang tercinta ini. Tiada tolak ansur dengan rasuah dan rompakan," kata beliau ketika berucap di Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112 di Stadium Merdeka hari ini.

Bagi beliau, Umno dan BN sudah diberi peluang dan rakyat sudah cukup sabar selama ini.

"Kita mintak dan rayu kepada rakyat beri peluang kepada suara rakyat menjadi suara keramat," kata beliau di majlis itu.

Anwar mewakili seluruh pimpinan Pakatan turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat khasnya pihak polis yang memberikan kerjasama untuk menjayakan himpunan ini.

"Kita juga berterima kasih kepada polis yang merasakan ada aliran perubahan dalam negara ini. Media cakap lah apa pun. Rakyat tahu inilah masanya untuk rakyat bangkit membuat perubahan," kata beliau.

Anwar menutup ucapan dengan laungan "Merdeka" dan disambut "Rakyat" sebanyak tujuk kali mengulangi sejarah perisytiharan merdeka di tempat sama pada tanggal 31 Ogos 1957 dahulu
-HD

Himpunan Kebangkitan Rosmah: Najib terpaksa bagi beras untuk kumpul 15,000 orang.. (video inside)

 

Selain Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di Stadium Merdeka , satu lagi himpunan yang bertemakan rakyat juga telah berlangsung di semenyih dan ianya adalan anjuran Barisan Nasional.
Dengan bertemakan "Himpunan Rakyat bersama Perdana Menteri” ianya telah diadakan pada hari yang sama dengan hari “Himpunan Kebangkitan Rakyat “ iaitu pada 12 Jan (Sabtu) di Dataran TESCO, Bandar Rinching Semenyih pada jam 9.00 pagi.


SMS mengenai perkara ini telah disebarkan beberapa hari yang lalu kepada kebanyakkan penduduk Selangor oleh Barisan Nasional Selangor.

Bernama melaporkan lebih dari 15,000 ahli Barisan Progresif India (IPF) dan ahli-ahli dari lain-lain komponen Barisan Nasional telah hadir dalam majlis tersebut sebagai menunjukkan sokongan mereka terhadap Najib. baca di (
SINI )

Tapi Pencacai UMNO laporkan lebih dari 40,000 hadir dengan bermodalkan sekeping gambar..

Kalau BN Pusat yang anjur boleh tenggelam pusat bandar Kuala Lumpur?.. Kah.. kah..kah.. kesiannya kat dia..

Berikut pula adalah video dari TV3 yang memaparkan Najib sedang berucap dalam majlis itu, jangan dengar apa Najib auta tu lihat berapa orang yang hadir dalam majlis Najib itu sebenarnya..


Berapa orang??.. Kameraman pun malu nak fokus kepada hadirin..

Tetapi adakah anda yakin bahawa kehadiran mereka adalah benar-benar kerana untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap Najib??.. gambar-gambar di bawah memberikan jawapannya...
Lautan? Manusia juga hadir..
Mereka dilayan umpama pelarian..
Hanya untuk mendapatkan sedikit imbuhan..
Ada yang pengsan kerana bersesak-sesak untuk mendapatkan habuan
Habuannya hanya sekampit beras dan juga tepung.
Diangkut dengan puluhan bas dari serata negeri
Warga asing? turut memeriahkan majlis Najib.
Mereka datang kerana Najib atau kerana Beras atau imbuhan yang dijanjikan?
Agak sukar untuk mencari gambar-gambar Himpunan Najib ini sebenarnya, kerana hari ini boleh dikatakan kebanyakkan macai-macai UMNO peliharaan Najib lebih suka untuk melaporkan tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat..
Malah ada antara mereka yang lebih aktif dari Blogger Pro Pakatan Rakyat dalam melaporkan program yang melibatkan penyokong Pakatan Rakyat.
Mungkin mereka menyedari program Najib pasti tidak akan mendapat sambutan sebagaimana program Pakatan Rakyat, kalau siarkan dalam blog pun bukan ada orang nak tengok sangat pun...
Gambar-gambar di atas datangnya dari FB Semenyih Kini

Ini sekeping gambar dari Himpunan KEbangkitan Rakyat.. bandingkan dengan gambar Himpunan Najib kat atas tu..

Yang hadir di Stadium ini.. tidak diberikan walau sebutir beras sekalipun oleh pemimpin dari Pakatan Rakyat malah segala perbelanjaan untuk hadir adalah ditanggung sendiri..
 
lagi gambar-gambar Himpunan Kebangkitan Rakyat tu sila lihat di ( SINI ), Video sila lihat di ( SINI )

Mazidul Akmal Meroyan Kerana HKR #KL112 Dapat Sambutan


Mazidul Akmal pada tulisan terkini dalam blognya memperlekeh Pakatan Rakyat di mana Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) tidak mendapat sokongan rakyat. Dalam tulisannya dengan merujuk gambar awal perarakan yang menuju ke Stadium, Mazidul meramalkan hanya 6000 orang sahaja yang turut berarak.
 
Dalam nada sinis, dia bertanya mana pergi yang lain? Mana sejuta?? Mazidul merujuk kepada laman PAPAGOMO sebagai sandaran.
Mengakhiri tulisan Mazidul menyindir
Tanyakan kepada diri, mengapakah tidak menyertai HKR? Nyatakan pendapat di sini, mungkin ramai ingin mengetahui, silakan...
Manakala kawan rapat Mazidul pula (papagomo) dalam tulisan mengatakan hanya 20,000 sahaja yang hadir dengan memampar gambar stadium pada masa awal. Tujuannya nak manipulasi..

Ini tulisan perlinya..

1 juta akan memenuhi stadium kata Mat Sabu sejak berhari hari yang lalu. Bagi rakyat ataupun penyokong yang kurang cerdik pastinya akan percaya kata kata Mat Sabu untuk 1 juta dalam Stadium Merdeka. Hakikatnya secara logik akal stadium Olimpik pun tak mampu muatkan 1 juta orang. Hahaha.

Sebenarnya pencacai Umno ni terasa amat kecewa kerana Himpunan Kebangkitan Rakyat menjadi sejarah himpunan paling besar dalam sejarah negara kita. Dengan sokongan padu rakyat membuatkan mereka meroyan tak tentu pasal..-Addin

Live #KL112: Video Penuh Ucapan Pemimpin Semasa Himpunan #KL112 Di Stadium Merdeka. ,Sabtu, Januari 12, 2013

 










Lagi Gambar & Video Menarik HKR 112





 

Azan Asar, tuntutan 10 perkara tutup HKR112



(Stadium Merdeka penuh sesak begitu juga di luar stadium)

KUALA LUMPUR: Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112 melabuhkan tirainya dengan lagu Negaraku dan laungan azan Asar yang berkumandang.

Sebelum itu, doa dibacakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.


Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menutup ucapannya dengan mengajak ratusan ribu yang hadir dengan berteriak MERDEKA sebanyak tujuh kali dengan disambut sekelian yang hadir dengan 'RAKYAT'.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifudin Nasution Ismail pula memimpin bacaan ikrar atau Deklarasi HKR #KL112.

Deklarasi yang mengandungi lapan perkara itu dibacakan Saifudin dan diulangi oleh sekalian yang hadir termasuk kesemua pemimpin Pakatan yang berada di atas pentas.

Deklarasi itu adalah:

1) Menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

2) Menuntut reputasi dan wibawa Felda di selamatkan.

3) Menuntut supaya Sabah dan Sarawak diberikan layanan adil dan setara dengan Semenanjung.

4) Menuntut 20 peratus royalti minyak dikembalikan kepada negeri pengeluar petroleum.

5) Mengiktiraf dan meningkat profesionalisme kakitangan awam.

6) Menuntut alam sekitar yang bersih dan sihat.

7) Menuntut agar Bahasa Kebangsaan dimartabatkan dan Bahasa Inggeris dipertingkatkan.

8) Menuntut pembebasan tahanan politik.
9) Menuntut agar kampung2 tradisi dan tempat-tempat warisan dipelihara, dilindungi dan dipertahankan.

10) Menuntut kehidupan yang lebih baik untuk wanita sebagaimana termaktub di dalam Agenda Wanita Malaysia. -Hrkh
Lagi gambar di FB