Selasa, 28 Disember 2010

Kemana 'Ketuanan Melayu' Umno ingin membawa anak muda ini???



Oleh: Pria Malaya

Selepas Umno parlimen Kuala Selangor (
klik), kini giliran Umno Pandan anjurkan "Battle of The Band"..jika dahulu 'karaoke', kini 'rock' punyai stail..

Usah risau, ketuanan Melayu tidak akan terjejas dgn program2 sebegini, malah Melayu semakin kuat dan gagah...hidup ketuanan Melayu!!!!

















INFO: 'BATTLE OF THE BAND' (versi Rock) dianjurkan oleh Pemuda Umno Pandan untuk anak-anak muda tempatan 25 Disember lalu..yuran utk penyertaan adalah RM100.00 utk satu kumpulan..

Dirasmikan oleh bekas ADUN Ulu Klang (Umno), Dato' Haji Fuad Bin Tan Sri Haji Hassan...siapa tak kenal anak kepada tokoh agama pengajian Al-Qur'an iaitu Tan Sri Haji Hassan Azhari ini..abangnya ialah bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan adiknya ialah pelakon Dato' Jalaluddin Hassan..


Artikel berkaitan:

- Umno Selangor bantah karaoke?..Umno Kuala Selangor siap anjur battle of The Band lagi...

"Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya," - TG Nik Aziz



KOTA BAHARU 28 DIS : Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya.

"Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya," kata Mursyidul Am PAS itu kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10,di sini, hari ini.

Sebelum ini, berita mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz, 79, heboh diperkatakan malah dikatakan telah meninggal dunia malam tadi.

Menteri besar itu minggu lalu menerima rawatan di Wad Eksekutif Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana sakit pinggang.

Ketika ditanya sama ada beliau masih mampu mentadbir Kelantan, Nik Abdul Aziz berkata beliau masih mampu berbuat demikian kerana tugas mentadbir negeri bukan dengan tenaga zahir tetapi dengan otak dan mengaku otaknya masih berfungsi dengan baik.

Beliau juga menyifatkan spekulasi mengenai kesihatan seseorang pemimpin terutama pemimpin politik adalah perkara biasa.

-BERNAMA

Aziz Bari: Pusat-negeri konflik, elak lantik Khusrin SUK Selangor

KUALA LUMPUR, 28 Dis – Pakar perundangan Prof A Aziz Bari berpendapat pelantikan Pengarah Jais Datuk Khustin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru perlu dielakkan memandangkan sudah wujud konflik awal antara negeri dan pusat.
“Dalam keadaan Khusrin telah sedia berkonflik dengan pentadbiran negeri, pelantikannya perlu dielakkan. Apatah lagi apabila kerajaan negeri telah pun mengemukakan nama-nama lain,” kata beliau (gambar) dalam satu kenyataan hari ini.

Nama Khusrin disyorkan oleh Putrajaya manakala kerajaan negeri pula telah mencalonkan tiga nama hasil temu duga khas yang diadakan iaitu ketua Majlis Perbandaran Subang Jaya, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Majis Daerah Sabah Bernama.

Malah Aziz juga berpendapat Sultan Selangor juga perlu mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri dalam soal pelantikan penyandang jawatan tersebut.

“Soalnya sekarang ialah apakah memang selama ini khususnya ketika pentadbiran BN... memang Sultan mempunyai kata putus? Apa pun melihat kepada apa yang berlaku di Perak dan Selangor, khususnya dalam kes Khusrin, sepatutnya istana bertanya dan berbincang dengan kerajaan negeri,” kata Aziz lagi.

Malah menurut Aziz, perbincangan seumpama itu perlu kerana setiausaha kerajaan negeri ialah ketua pentadbiran negeri dan memainkan peranan penting dalam melaksanakan polisi kerajaan.

“BN sendiri, khususnya di zaman pentadbiran (bekas perdana menteri Tun Dr) Mahathir (Mohamad), begitu tidak selesa dengan campur tangan istana.

“Jadi sekarang BN tidak harus, kalau ia benar-benar memegang prinsip campur tangan. Apa yang dilakukan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hasan memberi isyarat campur tangan.

“Sepatutnya, kerajaan pusat memberi laluan kepada kerajaan negeri dahulu,” kata beliau yang menegaskan, pelantikan Khusrin perlu dielakkan bagi mengelakkan konflik.

Aziz menambah, kontroversi yang melibatkan Khusrin dengan sendirinya tidak melayakkan beliau diletakkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Sepatutnya dicari pegawai lain. Meletakkan Khusrin memberi isyarat yang istana tak peduli soal itu.

“Kerajaan persekutuan, yang dipimpin oleh Umno, tidak sepatutnya dibiarkan oleh istana. Keputusan istana mengesahkan Khusrin meletakkan istana dalam kontroversi sebagaimana di Perak dan Kelantan.

“Ini amat dikesali. Istana sepatutnya memainkan peranan meredakan, bukan menajamkan konflik kerana yang rugi dalam soal ini ialah rakyat,” katanya lagi.

Masalah yang sama pernah berlaku di Kelantan pada hujung 1990-an apabila pentadbiran negeri menggunakan istana untuk menyulitkan pentadbiran Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketika itu kerajaan negeri juga menghadapi dilema apabila penasihat undang-undang, pegawai pusat juga menimbulkan masalah.

Sehubungan itu kata beliau, masalah berhubung dengan pentadbiran yang dialami di Kelantan, Perak, Pulau Pinang dan Selangor ini hanya boleh diselesaikan jika Pakatan menang di pusat.

Bagaimanapun itu bukan jaminan kerana peruntukan perlembagaan negeri dalam soal pelantikan anggota Exco itu meletakkan kuasa di tangan Sultan.

“Ia tidak boleh dipinda tanpa perkenan Majlis Raja-Raja. Sebagaimana yang terjadi dalam krisis di negeri-negeri yang disebutkan tadi istana mungkin mengambil kesempatan atau digunakan oleh Umno seperti sekarang,” katanya lagi.

Dalam pada itu Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Tunku Lau Weng San pula berkata, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 52(1), jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu diwujudkan dan pelantikan ke jawatan ini hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan daripada kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan.

Katanya, Perkara (2)(a) pula menyatakan bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah berbangsa Melayu dan menganut agama Islam serta hendaklah menjadi pegawai utama yang bertanggungjawab bagi hal ehwal pentadbiran negeri.

“Saya ingin merujuk kepada lapporan hari ini berkenaan dengan kenyataan yang dibuat oleh Setiausaha Sulit kepada Tuanku Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani bahawa pada ‘pendapat’ beliau, keputusan untuk melantik Datuk Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru adalah ‘confirm’ kerana Tuanku telah berkenan untuk melantik beliau.

“Kenyataan oleh Datuk Munir sebenarnya tiada sebarang asas perlembangan,” katanya.

Oleh itu kata beliau, adalah jelas bahawa pelantikan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri ini tidak semestinya dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam malah, ia boleh dilantik daripada kalangan mereka di “Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan” termasuk Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Selangor.

Perkataan “Suruhanjaya Perkhidmatan Awam” tidak disebut secara khusus dalam Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

“Selain itu, Setiausaha Kerajaan Negeri bersama-sama dengan Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang Negeri perlu mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Menteri Besar dan bukan Tuanku Sultan Selangor mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

“Ini sekali gus bermakna bahawa Setiausaha Kerajaan negeri perlu bertanggungjawab terus kepada Menteri Besar,” katanya.

Oleh itu kata beliau, pelantikan penyandang jawatan tersebut wajar dirujuk kepada kerajaan negeri Selangor dan lebih baik lagi pendangan dan pendapat kerajaan negeri diambil dan diterima pakai kerana Setiausaha Kerajaan Negeri merupakan jawatan yang penting.

“Dan, sesiapa yang memegang jawatan ini mestilah seorang yang berupaya dan berkebolehan. Sesiapa yang dilantik ke jawatan ini perlulah seorang yang tidak berkontroversi,” katanya. -MI

Pemuda PAS lancar jelajah tawan M'sia

Pembuka tirai 2011 menyaksikan PAS akan mengadakan siri jelajah seluruh negara untuk memberi kesedaran supaya menilai perubahan yang ingin dibawa oleh parti itu dalam rangka menawan Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang.

Siri jelajah itu, dinamakan Projek 2011: Masa untuk berubah - PAS sedia gantikan Umno, dijadual berlangsung antara Januari hingga Mac 2011.

NONEKetua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan (kiri) berkata segala persiapan sedang dipergiatkan dan diatur melibatkan seluruh anggota Pemudanya dalam program tiga bulan itu.

"Kami juga telah mengeluarkan arahan untuk menggerakan jentera di setiap peringkat kawasan dan negeri,' katanya dihubungi Malaysiakini, hari ini.

Dalam siri jelajah yang akan bermula di Pahang dan berakhir di Terengganu itu, rombongan Pemuda PAS dijadual mengadakan sesi dialog dengan Pemuda negeri serta taklimat khas dariapda Nasrudin.

Di sebelah malamnya pula akan diadakan ceramah perdana, dinamakan Pentas Pemuda.

Nasrudin berkata, setiap jentera Pemuda terlibat menyelesaikan culaan undi, daftar pemilik dan jumlah semak semasa berada di lapangan.

NONEDitanya bilangan anggota PAS akan turut serta, katanya, itu semua bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan.

"Kita tidak meletakkan jumlah kapasiti, jumlah tenaga (ahli) bukan berada di atas kertas tetapi di lapangan kelak," ujarnya.

Nasrudin berkata, siri jelajah mencapai kemuncaknya pada 19 Februari, dijangka 30,000 Pemuda PAS Kedah akan menghadiri program tersebut.

Ditanya sama ada sudah memohon permit polis, Nasrudin memberitahu telah memohon permit daripada pihak berkuasa untuk kesemua siri jelajahnya.

"Ada negeri dah serah borang mohon dua minggu lebih awal untuk mohon permit," katanya menjangkakan tiada masalah akan timbul dalam program sulung mereka untuk tahun depan itu. -M'kini

Oh! Artis:(Gambar)Malek Noor Dari Seorang Jaguh Bina Badan Menjadi Lelaki Lembik, Dan Kini?

Oh! Krai Utara
 
SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek. Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang akhir tahun 1980-an.

Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

“Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba. Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini. Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya. “Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

“Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.

Zaman kanak-kanak

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

“Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.

“Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

“Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.

“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.
“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.
“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya. Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.

“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

“Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999. -perelih.blogspot.com

Presiden Abim sokong Islamic Fashion Festival yg kontroversi. HILANG AKAL ke dia ni?

 
dari fb - Ali's Profile


Den prnh tulis status fb den Jumaat lps psl ni. Tapi ramai tak pecayo. Jd den kembali dgn gamba keratan akhbar. Paper BH ni den songlap kek McD. Ha Ha Ha. Kodai gunting rambut tmpt den bc paper BH dah tutup. Korang boleh cek sendiri pd mukosurat 37 bertarikh 24/12/2010, Berita Harian, hari Jumaat.

1] Korang baco 1st paragraph. Baco yg den gariskan tu. Presiden Abim mengatakan Islamic Festival Fashion (IFF) Show adalah salah satu usaha dakwah. Mangkuk ni tgk ke tidak gamba-gamba model yg amik bahagian tu?

2] Ini link gamba-gamba model yg menyertai IFF kt KL : http://www.facebook.com/album.php?aid=253688&id=183334764398

Yang IFF kat Monaco korang boleh tgk sendiri kt gamba artikel Presiden Abim tu kek ateh. Islamik tak?

3] Dlm paragraph ke ompek, Presiden Abim ni berterima kasih dgn Shah Reza. Yang lain-lain korang komen sendiri.

4] Presiden Abim ni sebenarnya membodek Rosmah Mansur. Sebagai ketuo salah sebuah gerakan dakwah Islam yg bosa, dio sepatutnya menegur mungkar dlm IFF seperti yg telah dilakukan oleh Uzar & Maza sebelum ni. Den yg tak ostad ni pun tahu garispanduan aurat pompuan. Boleh pulak cakap model yg memperagakan baju sendat, ketat di bahagian payu dara, baju nmpk leher, baju nmpk kulit dlll dikatakan sbg usaha dakwah? Usaha dakwah kepalo ayah kau!

5] IFF show ni sebenarnya membawa fitnah kpd agama Islam itu sendiri. Jadi kenapo sokong pekara fitnah ni bai? Den pun heran mcm mano ahli-ahli Abim boleh melantik presiden yg sebodoh ini. Baik korang lantik den je bai.

* Untuk berlaku adil, den tag sekali fb Abim Pusat. Kito tgk apo jawapan diorg.
** Update 28/12/2010, respon Abim terhadap artikel presidennya di BH :
http://www.facebook.com/note.php?note_id=187956191220012&id=100001096367331

UMNO Perlis: Belum Apa-apa Pengerusi Dan Timb Pengerusi Dah Bergasak


Bekas MB dakwa sukar kerjasama, syak ada campur tangan

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang dilantik Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, semalam berpendapat keputusan mengekalkan Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mengetuai UMNO negeri itu mempunyai kaitan dengan campur tangan pihak tertentu.

Beliau yang mengisi jawatan menggantikan Ketua UMNO Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin turut mempersoalkan sejauh mana Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) dijadikan penanda aras oleh pucuk kepimpinan UMNO terhadap pencapaian seseorang pemimpin, terutama di negeri itu.

Shahidan juga menyatakan sukar baginya untuk bekerjasama dengan Md Isa yang dianggap sebagai ‘perampas’ jawatannya sebelum ini.

"Pada saya, Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis kini tidak menepati KPI berkenaan. Mungkin keputusan mengekalkannya itu dibuat atas dasar campur tangan baik oleh ahli parti atau mereka dari luar atau mungkin juga campur tangan veteran UMNO.

"Jika tanya pasal gandingan, bagi saya itu suatu yang mustahil terutama untuk bekerjasama dengan individu yang saya lihat sebagai 'menyamun' jawatan saya sebelum ini," katanya ketika diminta mengulas rombakan kepemimpinan UMNO negeri yang mengekalkan Md Isa sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Perlis.

Sebelum ini timbul desas-desus mengatakan ada wakil rakyat di Perlis tampil melobi Perdana Menteri untuk jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.

Bagaimanapun, Setiausaha UMNO negeri, Datuk Mat Rawi Kassim menafikannya, sekali gus menganggapnya sebagai khabar angin semata-mata yang diwujudkan pihak tertentu berasaskan kepentingan peribadi.

Sementara itu, Md Isa yang juga Menteri Besar Perlis, mengalu-alukan keputusan berkenaan yang disifatkannya sebagai gandingan terbaik UMNO Perlis dalam usaha menjana kemenangan parti dalam pilihan raya umum akan datang.

"Gandingan itu pada saya amat elok sekali. Mungkin akan ada perbezaan pendapat antara kami, tetapi keputusan itu dianggap tepat untuk mengelakkan perpecahan dalam parti.

"Justeru, saya harap semua pemimpin baik di peringkat cawangan, bahagian dan sayap dapat bekerjasama dengan mantap selepas ini demi mengukuhkan perpaduan sesama ahli, sekali gus memastikan kemenangan parti," katanya. -BH

ANAK: Isa, Tokoh Kitar Semula Tak Layak Terajui FELDA

Anak: Isa tidak layak terajui Felda

KUALA LUMPUR : Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Felda yang baru dan mendesak Perdana Menteri menarik semula pelantikan tersebut.

Pengerusinya, Mazlan Aliman yang kecewa dengan pelantikan itu berkata, Isa tidak layak untuk memegang jawatan tersebut kerana latar belakangnya yang pernah terbabit dengan politik wang dalam pemilihan Umno pada 2004.

"Saya mewakili Anak membantah keras pelantikan Tan Sri Isa Samad ini. Berdasarkan salah laku yang pernah dilakukan beliau, sudah cukup jelas beliau bukan pemimpin beramanah yang sepatutnya menjadi pilihan (Datuk Seri) Najib (Razak).

"Sehubungan itu saya mendesak Perdana Menteri menarik balik pelantikan itu," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Mazlan yang juga exco lajnah pembangunan tanah dan wilayah PAs Pusat juga menegaskan, sekiranya Najib enggan berbuat demikian pihaknya akan membuat pungutan suara warga Felda yang membantah pelantikan itu.

"Jika kerajaan tidak berbuat demikian saya ingin menyatakan ketegasan kita bahawa Anak akan membuat satu pungutan suara iaitu referendum sejuta tandatangan dan kita akan serah kepada Perdana Menteri supaya menarik balik pelantikan ini.

Tambahnya, Anak juga tidak teragak-agak untuk memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong dalam perkara itu sekiranya bantahan mereka tidak dipedulikan.

"Kalau Perdana Menteri enggan tarik (pelantikan) juga, kita tidak teragak-agak untuk serah memorandum bantahan dan tandatangan ini kepada Yang di-Pertuan Agong.

In keraja ujarnya, masa depan Felda yang merupakan agensi pembangunan tanah milik orang Melayu tidak harus diperjudikan kepada invidu yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu Mazlan menyifatkan pelantikan itu sebagai tanda Najib tidak mengambil kira perasaan warga Felda yang mengharapkan pemimpin yang lebih baik mengambil alih tanah rancangan itu.

"Saya sangat sedih bila kerajaan bawah pimpinan Najib tak pernah mengambil kira perasaan dua juta warga Felda yang mengharapkan pengganti kepada Tan Sri Dr. Mohd Yusof Noor mestilah orang yang lebih baik.

"Kita harapkan sekurang-kurangnya orang yang mengambil alih felda ini seperti Tan Sri Raja Alias yg menerajui Felda suatu ketika dahulu tetapi nampaknya kita telah turun 360 darjah.

"Dalam keadaan nama baik Felda sedang diperkatakan dengan pelbagai isu sepatutnya kerajaan memilih tokoh yang boleh membersihkan isu-isu tersebut," katanya.

Beliau mempersoal kerajaan yang tidak memilih tokoh-tokoh dari anak Felda sendiri untuk menerajui agensi tersebut sedangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad maslan sendiri pernah menyatakan statistik tokoh-tokoh dari anak Felda.

"Kita baru didedahkan dengan statistik terbaru jumlah profesional, ahli akedemik yang lahir daripada anak peneroka. Kenapa kita tidak ambil mereka? Kita ada anak peneroka yang berjaya dalam syarikat GLC, menjadi ahli akedemik, pengarah jabatan, adakah mereka ini tidak layak untuk memimpin Felda sehingga mengambil tokoh yang dianggap sudah expired?

"Tokoh kitar semula seperti Isa ini tidak wajar sama sekali diambil semula dalam mana-mana syarikat kerajaan. Saya yakin kalau kita buat tinjauan tidak ada warga Felda yang akan menerima beliau melainkan mereka yang selama ini menjadi pak angguk dan pak turut kepada kerajaan," tegasnya.

Isa yang juga Adun Bagan Pinang hari ini menggantikan Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor yang dilantik sebagai Penasihat kepada Menteri yang bertanggungjawab ke atas Felda.

Isa meletakkan jawatan sebagai Menteri Wilayah dan digantung keahlian Umno selama 6 tahun kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2004.

Kerana jemput Ustaz Hadi, Khusrin beri amaran

GOMBAK : Kerana menjemput Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang memberikan tazkirah di suraunya, pengerusi Surau Al Ehsan, Taman Samudera dekat sini diberikan surat tunjuk sebab oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Datuk Mohamad Khusrin Munawi.
Amaran itu diberikan Khusrin melalui satu surat yang ditandatangani beliau bertarikh 17 Disember lalu.

Melalui surat itu, Khusrin memberikan amaran kepada pengerusi surau itu kerana menjemput penceramah tanpa tauliah iaitu Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang untuk berceramah di masjid itu pada 22 November 2010 yang lepas.
Hari ini Bernama melaporkan Khusrin telah dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru iaitu ketua pentadbir kepada kerajaan negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat itu.
(Gambar: Surat yang ditandatangani Khusrin yang ditujukan kepada Pengerusi Surau Al Ehsan)
Namun begitu, pejabat Menteri Besar Selangor dalam kenyataannya menjelaskan perlantikan itu belum muktamad kerana cadangan perlantikan Khusrin oleh Ketua Setiausaha Negara tidak pernah dimaklumkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Justeru, Menteri Besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut.

Dalam pada itu Kerajaan Negeri Selangor telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan (practice notes). Panel tersebut telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

Menteri Besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan. Sehubungan itu, Menteri Besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010.

Dalam suratnya kepada pengerusi surau Al Ehsan ini, Khusrin berkata, jabatannya (Jais)m akan mengambil tindakan terhadap pengerusi surau itu di bawah peruntukan kaedah-kaedah pegawai masjid dan jawatankuasa kariah (Selangor) pindaan 2001 jika gagal memberikan penjelasan dan alasan yang munasabah.

Menjadi satu amalan biasa bagi mana-mana surau khasnya di negeri untuk menjemput para penceramah yang dianggap mengetahui hal ehwal agama untuk memberikan tazkirah di surau mereka.

Tazkirah biasanya diberikan selepas sembahyang Maghrib sambil menunggu waktu Isyak tiba iaitu kira-kira 30 hingga 45 minit.

Abdul Hadi yang juga Presiden PAS telah memberikan tazkirah di surau itu pada 22 November lalu dan kira-kira sebulan selepas itu jawatankuasa surau melalui pengerusinya menerima amaran ini.
Sebelum ini, ketika majlis perasmian Masjid Bandar Tasik Puteri, Rawang, Khusrin (gambar) dalam ucapannya telah memberikan amaran, pihaknya tidak akan teragak-agak menukar balik AJK Masjid yang dipilih oleh ahli kariah jika mereka tidak mematuhi arahan pihaknya.

"Tuan-tuan kena ingatan sistem perlantikan nazir dan AJK masjid di Selangor adalah satu-satunya kaedah yang berlaku di negara ini.

"Para nazir perlu patuh dan memberikan komitment kepada Majlis Agama Islam Selangor sebagai tanda terima kasih kerana mereka yang melantik tuan-tuan," katanya.

Apabila Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri Selangor, sistem pemilihan AJK masjid dan surau dibuat secara demokrasi dan pihak yang dipilih anak-anak kariah akan dilantik oleh Majlis Agama Islam Selangor berbanding sebelum ini pemilihan dibuat melalui perlantikan terus bukan pemilihan secara demokrasi. -Hrkh

Umno Merampas Kuasa Secara Senyap Di Selangor ??

Baru beberapa jam pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri Selangor diumumkan, kerajaan negeri mengeluarkan kenyataan bahawa perkara itu belum muktamad.
Menurut kenyataan daripada Pejabat Menteri Besar Selangor, cadangan melantik ketua pengarah Jabatan Agama Islam Selangor ke jawatan itu tidak pernah dimaklumkan oleh ketua setiausaha negara kepada Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Justeru itu, menteri besar telah menghantar surat kepada DYMM Sultan Selangor memaklum bahawa beliau tidak dihubungi tentang cadangan tersebut," demikian menurut kenyataan itu.

Pagi tadi, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan
mengumumkan pelantikan Khusrin ke jawatan itu berkuatkuasa 1 Januari.
Mohd Sidek dilaporkan berkata, pelantikan itu dikatakan mendapat perkenan Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut kenyataan pejabat Khalid awal petang ini pula, selepas sesi temuduga, panel yang ditubuhkan kerajaan negeri sebelum ini memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

"Menteri besar kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada DYMM Tuanku Sultan untuk mendapat perkenan.

"Sehubungan itu, menteri besar akan mengadap DYMM Tuanku Sultan pada 29 Disember 2010 (Rabu depan)," kata kenyataan itu.

Setakat ini, tidak pasti sama ada Khusrin antara tiga nama yang dicadangkan kerajaan negeri kepada Sultan Selangor.

Panglima-panglima lantikan terbaru UMNO di setiap negeri


KUALA LUMPUR, 27 Dis — Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin masing-masing kekal menerajui badan perhubungan negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan tetapi tiga negeri lain mengalami perubahan.

Pulau Pinang, Terengganu dan Kedah yang masing-masing diketuai oleh naib-naib presiden akan diterajui orang bariuu, kata Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada sidang media di sini hari ini.

Ketua Umno Nibong Tebal Datuk Zainal Abidin Osman akan menggantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi manakala Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said mengambil alih daripada Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Zainal kini merupakan timbalan Zahid di Pulau Pinang manakala Ahmad pula timbalan Hishammuddin.

Timbalan Ketua Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Hanipah pula dinaikakn ‘pangkat’ untuk menggantikan Datuk Seri Shafie Apdal manakala Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir dijadikan timbalannya.

Kesemua pelantikan itu berkuat kuasa 1 Januari ini, kata Tengku Adnan.

Berikut adalah senarai Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri-negeri 2011 yang diumumkan Tengku Adnan hari ini.

Perlis

Pengerusi: Datuk Seri Md Isa Sabu

Timbalan: Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (muka baru)

Kedah

Pengerusi: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanapiah (muka baru)

Timbalan: Datuk Mukhriz Tun Mahathir (muka baru)

Pulau Pinang

Pengerusi: Datuk Zainal Abidin Osman (muka baru)

Timbalan: Datuk Musa Sheikh Fadzir (muka baru)

Perak

Pengerusi: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

Timbalan: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

Selangor

Pengerusi: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan: Datuk Seri Noh Omar

Wilayah Persekutuan

Pengerusi: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Negeri Sembilan

Pengerusi: Datuk Seri Mohamad Hasan

Timbalan: Datuk Shaziman Abu Mansor

Melaka

Pengerusi: Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Timbalan: Datuk Wira Abu Seman Yusop

Johor

Pengerusi: Datuk Abdul Ghani Othman

Timbalan: Datuk Dr Latiff Ahmad

Pahang

Pengerusi: Datuk Seri Adnan Yaakob

Timbalan: Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin

Terengganu

Pengerusi: Datuk Seri Ahmad Said (muka baru)

Timbalan: Yahya Khatib Mohamad (muka baru)

Kelantan

Pengerusi: Datuk Seri Mustapa Mohamed

Timbalan: Datuk Dr Awang Adek Hussin

Sabah

Pengerusi: Datuk Seri Musa Aman

Timbalan: Datuk Seri Salleh Said Keruak

[Malaysian Insider]

Hadiah penyapu buruk Najib kepada rakyat Selangor dan warga Felda...

http://kopitiam-bang-nan.blogspot.com/2010/12/bila-manusia-menggigit-anjing-ia-ada.html

Aku pernah tulis di sini, kalau ikut aku...paling kuat Khusrin cuma layak jaga muzium. Sebabnya, apa yang ada dalam muzium adalah benda lama dan benda mati. Khusrin tak boleh jaga benda hidup...sebab dia kayu. Tapi BN nak sabotaj Pakatan Rakyat di Selangor, Khusrin juga yang dipilih jadi SUK. Niat sebenor KSU letak Khusrin di kerusi SUK kerana nak jaga kepentingan UMNO di Selangor dan nak jatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat. Semua mangkok dalam dunia nipun tahu niat suci KSU ni..he he!!

Satu lagi cerita yang ada nilai berita hari ini ialah kisah Md Isa Samad, VP Umno yang dikenakan tindakan kerana rasuah dalam parti itu (parti itu memang rasuah dah) sebagai Pengerusi FELDA.

La la la la....

Aku sebebenonye seronok dengan apa yang Najib buat ni.

Dia lupa, PRU12 dulu Khir Toyo bagi penyapu kepada YDP Hulu Langat. Apa jadi? BN bukan sahaja kehilangan Selangor malah kehilangan kerajaan pusat.

Hari ni dia bagi Khusrin kepada Selangor. Aku percaya BN bakal tersungkur lebih teruk di Selangor.

Dia bagi Md Isa Samad kepada FELDA. dia bakal kehilangan undi FELDA pada PRU13 akan datang.

Pada aku...Khusrin dan Md. Isa Samad lebih teruk dari penyapu buruk Khir Toyo. He he...

Keadilan Islam selamatkan Melayu bukan 'ketuanan Melayu', kata Asri

Gambar fail Dr Mohd Asri Zainul Abidin

KAJANG, 27 Dis — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan, masa depan orang Melayu akan terjamin jika sistem pentadbiran negara berlandaskan kepada prinsip keadilan Islam, bukan Ketuanan Melayu yang menjadi polemik baru-baru ini.

"Yang boleh selamatkan orang Melayu bukan Ketuanan Melayu, bukan Raja-raja Melayu tetapi adalah Allah s.w.t.

"Jadi, kita perlu berlandaskan kepada prinsip keadilan Islam yang mana Islam untuk semua sama ada orang Melayu atau bukan Melayu.

"Setiap kaum perlu diberi nilai dengan Islam, tiada nilai orang Melayu tanpa Islam. Umno dibina atas dasar Melayu tetapi kalau dibina atas dasar Islam ia akan jadi lebih luas," katanya pada Forum Polemik Ketuanan Melayu di Dewan Majlis Perbandaran Kajang di sini malam tadi.

Beliau juga mempersoalkan apabila istilah Ketuanan Melayu menjadi laungan dan slogan pihak tertentu sedangkan maksud sebenar ungkapan itu tidak dijelaskan dengan baik.

"Kena jelaskan perkataan Ketuanan Melayu ini, apa yang dipertahankan dan diperjuangkan melalui istilah ini? Adakah ia bermaksud hak keistimewaan orang Melayu atau ada maksud lain? Adakah hak keistimewaan orang Melayu ini menggunakan istilah ini (Ketuanan Melayu)?

"Maksudnya tidak dijelaskan, adakah keistimewaan orang Melayu dan Ketuanan Melayu ini mempunyai maksud sama? Jadi bagi saya relevan jika orang Melayu berpegang kepada prinsip keadilan Islam.

"Ini kerana ketuanan merujuk kepada prinsip keadilan Islam bukan Melayu atau rakyat, apa yang berlaku adalah kekeliruan istilah. Kita kena perpandukan kepada prinsip keadilan Islam," katanya.

Turut menjadi ahli panel dalam program anjuran PAS itu adalah Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu Dr Hasan Mad, Naib Ketua Pemuda PAS Ahmad Sabky Yusof dan Naib Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Ezaruddin Abdul Rahman.

Tambah beliau, isu Ketuanan Melayu tidak perlu dibangkitkan kerana ia bukan satu keperluan untuk diperdebatkan.

"Istilah Ketuanan (Melayu) ini adalah istilah yang kabur, jadi ia bukan keperluan untuk dibangkitkan kecuali kalau ia diperjelaskan. Malah, tindakan orang Melayu yang menggunakan istilah ini menimbulkan rasa kurang selesa di kalangan orang bukan Melayu yang mana mereka beranggapan Islam melakukan diskriminasi kaum.
"Mereka (orang bukan Melayu) bukan musuh, saya tidak nampak keperluan orang bukan Melayu adalah musuh kita, cuma banyak tindakan orang Melayu yang beri tanggapan sebaliknya.

"Kita perlu berbalik kepada Islam, Islam lebih luas tapi saya bimbang apabila istilah ini dimainkan ia akan meruncingkan lagi keadaan. Islam bukan eksklusif untuk orang Melayu sahaja, ia adil untuk semua," katanya.
Sejak bulan lalu, pendebatan isu konsep Ketuanan Melayu ini begitu hebat diperkatakan selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasar Kongres Naional PKR meminta supaya Ketuanan Melayu ditinggalkan.

Malah Perkasa juga mengkritik dengan menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai "pelacur politik" dan kacang melupakan kulit kerana meminta ungkapan Ketuanan Melayu diketepikan bagi memajukan orang Melayu.

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mencadangkan Raja-raja Melayu agar perkenan mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya mengambil berat tentang nasib orang Melayu di negara ini.

Dalam menyentuh polemik ungkapan Ketuanan Melayu, Mursyidul Am PAS itu berkata, Raja-raja Melayu yang memperlihatkan kebimbangan mengenai kedudukan orang Melayu sejak kebelakangan ini, perlu tampil mencari jalan penyelesaian menggunakan lunas al-Quran.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu, Dr Hasan Mad menyifatkan polemik Ketuanan Melayu yang hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini sebagai "gegaran politik", yang dimainkan pihak tertentu termasuk parti politik semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat.

Oleh itu, Hasan menggesa supaya perkara tersebut dihentikan serta-merta memandangkan ia tidak termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga berkata, isu Ketuanan Melayu dibangkitkan selepas pilihan raya umum 2008 yang mana ia diperkatakan oleh orang Melayu bukan orang bukan Melayu.

"Sebelum pilihan raya umum 2008, tidak ada sesiapa pun yang sentuh perkara ini (Ketuanan Melayu), ia berlaku selepas pilihan raya umum 2008 dan yang timbulkan perkara ini juga adalah orang Melayu.

"Sebenarnya Ketuanan Melayu tidak wujud dalam Perlembagaan Persekutuan, cuma kalau boleh dikatakan ia adalah gabungan beberapa perkara yang dikumpulkan di bawah Perlembagaan.

"Jadi isu Ketuanan Melayu ini adalah gegaran politik, tidak lebih dari gegaran politik. Orang bukan Melayu tidak pernah persoalkannya pun, ia timbul secara tiba-tiba," katanya.

Menurut Hasan, ada tiga kelompok yang menyebabkan isu Ketuanan Melayu menjadi polimek sehingga ia sukar untuk dihentikan termasuk pemimpin parti politik, cendekiawan dan kemungkinan orang bukan Melayu yang cuba mengambil kesempatan.

"Ada tiga kelompok, yang pertama adalah pemimpin parti politik yang mana mereka menjadikan politik sebagai satu perniagaan sehingga perkara yang tiada isu juga dijadikan isu termasuk Ketuanan Melayu.

"Sepatutnya lepas habis pilihan raya umum fokus kepada pembangunan negara tetapi sebab terlalu banyak berpolitik akhirnya bercakap perkara yang akhirnya mengelirukan," katanya.

"Yang kedua adalah cendiekiawan yang mana kelompok ini menulis dalam media-media tentang apa yang mereka tahu sahaja.

"Banyak cendekiawan menulis dari sudut pemahaman mereka sahaja yang akhirnya juga memberikan kefahaman yang berbeza dalam perkara ini.

"Dan yang ketiga mungkin kelompok orang bukan Melayu yang akan mengambil kesempatan daripada pertelagahan orang Melayu ini. Kalau diteruskan tidak mustahil kelompok ini akan menangguk di air yang keruh," katanya.

Beliau juga berkata perkataan Ketuanan Melayu tidak boleh diterjemahkan kepada perkataan "Malay supremacy" kerana maksudnya berlainan.

"Ketuanan Melayu bukan isu, ia bukan sesuatu yang harus diperdebatkan, ia cuma gegaran politik.

"Ketuanan Melayu ini hanya propaganda yang berlaku selepas pilihan raya 2008 yang mana pola pengundian ketika itu bersifat perkauman.

"Jadi ia dibangkitkan untuk mengekang pola pengundian itu daripada terus berlaku," kata Ahmad Sabky.

Beliau berkata istilah Ketuanan Melayu yang dilaung-laungkan oleh sesetengah pihak tidak termaktub dalam mana-mana perjanjian termasuk perjanjian kemerdekaan.

"Istilah Ketuanan Melayu sendiri saya tidak jumpa di mana asalnya, dalam Perlembagaan tiada, perjanjian kemerdekaan pun tiada cuma yang ada dalam wikipedia.

"Istilah ini tidak wujud, ia cuma politik, Kita perlu cari maknanya dulu baru boleh nak cakap. Apa yang adalah dalam Perlembagaan adalah hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera sahaja," katanya.

Sementara itu, Ezaruddin juga berpendapat polemik Ketuanan Melayu juga sekadar "gegaran politik" yang dimainkan untuk meraih sokongan.

"Ini satu gegaran politik sahaja, ia dimainkan golongan tertentu untuk meraih sokongan.

"Tiada maksud Ketuanan Melayu dalam Perlembagaan tetapi ia diguna pakai oleh ahli politik, jadi saya harap tafsiran ini perlu diperjelaskan supaya tiada mazhab yang berbeza-beza," katanya.

Dari meja kedai kopi mengenai DUN Tenang

 

Artikel Oleh: Abdullah Ngah

Bercakap memang sedap, apa lagi jika didengar ramai orang.Lebih lebih lagi bagi mereka yang main politik di kedai kopi.

Kita juga kena ingat kedai kopi tempat rakyat bersembang, termasuk sembang sembang kosong. Tapi jangan lupa kedai kopi boleh jadi hujah reality kalah menang satu satu pilihanraya yang bakal diadakan.

DUN Galas milik PAS sudah jatuh ke tangan umno/BN dalam pilihanraya kecil tidak lama dulu dengan majority besar berbanding majority yang dioleh PAS hanya 464.

DUN Tenang milik umno/BN yang dimenangi dalam pilihanraya umum ke 12 dengan majority 2,900 undi inimungkin merupakan jalan sukar bagi PAS merampas kerusi itu. Tapi kehendak Allah tiada siapa yang tahu.

Sembang sembang kedai kopi bahawa Pakatan rakyat mungkin boleh menang dengan alasan peratus pengundi china sebanyak 38 peratus adalah untuk penentu pilihanraya DUN tenang pada 30 January 2011 nanti.

Sekiranya pengundi China beralih angin kemungkinan besar kerusi milik BN itu akan bertukar tangan kepada PR. Tapi pengundi China di DUN Galas nyata tak berpihak kepada PAS. Demikian juga pengundi muda yang rata rata merupakan pengundi "citarasa" penyebab PAS kalah dengan majority besar.

Ya ke PR mungkin boleh menang di DUN Tenang? Ada yang berkata mustahil, kerana Tenang yang dianggap tak beberapa tenang dalam menghadapi pilihanraya kecil itu adalah kubu kuat UMNO/BN. Lebih lebih felda juga sebagai penentu.

Sesetengah mengatakan undi China adalah undi penentu, sebab itu presidan MCA bergegas turun untuk menemui masyarakat china yang dikatakan akan berubah angin itu menyelamat kerusi di dalam parlimen Labis milik anaknya.

Persoalan yang timbul bahawa pilihanraya kecil DUN tenang ini boleh dijadikan kayu ukur bagi umno/BN dan PR (pakatan rakyat). Berupayakah PR memengubah pengundi china tidak mengundi umno/BN. Jika punya upaya maka ada cam calon PAS menang di DUN Tenang.Nampak gayanya payah, melainkan calonnya terdiri dari orang China.

Kalau umno/BN menang dengan majority melebih 3,000 undi maka Putrajaya tetap kekal di tangan BN dan jangan diharap Pakatan rakyat dapat menakl.kuki Putrajaya dalam pilihanraya umum ke 13 nanti.
Inilah sembang sembang kedai kopi mengenai Dun Tenang yang berlangsung pengundiannya pada 30 January 2011.

Siapakah menteri rogol amahnya?

KUALA LUMPUR, 27 Dis: Soalan siapakah menteri yang terlibat merogol seorang pembantu rumah Indonesianya kini menjadi persoalan paling hangat diperkatakan ekoran pendedahan kembali isu ini oleh WikiLeaks.

Laporan awal Harakahdaily mengenai hal ini telah menjadi berita paling hangat dan paling ramai dibaca oleh pelayar Harakahdaily.

Dalam laporan itu, Harakahdaily melaporkan kembali tulisan pemimpin akhbar pro BN, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan dalam blognya mengenai peristiwa seorang menteri merogol pembantu rumahnya pada tahun 2007 lalu.

Namun menteri berkenaan selamat walaupun laporan mengenainya sampai ke Kedutaan Indonesia, Kedutaan Amerika bahkan juga ke pejabat Perdana Menteri waktu itu, Datuk Seri (kini Tun) Abdullah Badawi.

Semalam, NGO Tenaganita menyiarkan kembali satu kenyataan akhbar yang pernah dibuat oleh Migrant Care, sebuah badan kebajikan pekerja Indonesia yang mengesahkan kejadian yang berlaku pada tahun 2007 itu.

Kenyataan yang ditandatangani oleh Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director) dibuat pada 1 Ogos 2007.

Dalam kenyataan akhbar itu, Migrant Care berkata, pembantu rumah Indionesia itu bernama Robengah dan ketika itu dia berada di bawah penyeliaan Migrant Care.

Dalam kenyataan itu juga, Migrant Care menamakan RELA sebagai salah satu badan yang sangat dimarahi oleh warga Indonesia walaupun Malaysia dan Indonesia mempunyai hubungan diplomatik yang sangat baik.

Satu blog popular, Tukartiup juga kini memainkan sentimen siapakah perogol bertaraf menteri itu?

Sebelum ini, Harakahdaily melaporkan, menteri berkenaan telah bersara namun menurut maklumat terbaru, dia masih berada dalam kebinet kerajaan Malaysia sekarang.

Sementara itu, Country Director Migrant Care, Alex Ong (gambar) ketika dihubungi Harakahdaily hari ini mengesahkan kejadian itu.

"Beliau dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur. Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007," kata Alex kepada Harakahdaily.

Selepas mendapat maklumat dari orang ramai, kata Alex, Migrant Care telah menjejak mangsa ini ke kampungnya yang terletak di Banjar Negara, Jawa Tengah.

"Dua kakitangan kami telah menemui dan mewawancara beliau pada 23 Julai 2007 di Banjarnegara," kata Alex lagi. Migrant Care kemudiannya telah mengeluarkan kenyataan media pada 1 Ogos 2007.

Ketika ditanya, apa berlaku selepas itu, Alex memberitahu, tindakan susulan tidak boleh diambil kerana wanita berkenaan tidak mahu diganggu kerana tidak mahu malu dan juga akibat dari ketakutan.

"Dia telah diminta bersumpah untuk tidak memecahkan rahsia itu jika tidak akan disumpah tiga keturunan," cerita Alex kepada Harakahdaily.
(Gambar perpustakaan: Alex (tengah) bersama Che Ishak (kanan) dan Taufek ketika berbincang bagi membawa pulang Azreen dari Lombok, Indonesia)
Sebelum ini, Migrant Care pernah membantu Exco kerajaan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa dan Adun Paroi, Taufek Abdul Ghani untuk membawa pulang Azreen Che Ishak dari Kampung Hulu Sawah, Rantau, Negeri Sembilan yang dibawa lari pemuda Indonesia ke Lombok, Indonesia.
Husam membantu keluarga Che Ishak yang berasal dari Kelantan itu melalui NGO yang dipimpinnya ketika itu, Kijang Care.

Lagi Bas 2 Tingkat Terbalik

2 parah, lapan cedera di Jalan Raub-Bentong

RAUB: Sebuah lagi bas dua tingkat terbalik, kejadian kedua dalam tempoh seminggu menyebabkan lapan cedera, termasuk dua parah dalam kemalangan di Kilometer 363 Jalan Raub-Bentong awal pagi semalam.

Kejadian jam 5.20 pagi itu membabitkan bas milik Mahligai Ekspres dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Klang, berlaku kira-kira 500 meter dari sempadan Raub-Bentong.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Wan Mohd Shamsudin Wan Osman, berkata dua penumpang yang cedera parah masing-masing dimasukkan ke Hospital Raub dan Hospital Temerloh, manakala enam lagi diberi rawatan pesakit luar.

"Seorang penumpang lelaki berusia 40-an patah tulang rusuk dan cedera di kepala, manakala seorang penumpang wanita berusia 30-an cedera di perut.

"Enam lagi penumpang yang cedera dibenar meneruskan perjalanan selepas menerima rawatan," katanya dihubungi di sini, semalam.

Beliau berkata, siasatan masih dijalankan dan tidak menolak kemungkinan kemalangan itu berlaku akibat kecuaian pemandu kerana ia berlaku di jalan yang lurus dan cuaca baik.

Wan Shamsudin berkata, siasatan mendapati bas berkenaan yang baru sebulan digunakan membawa 42 penumpang, bertolak dari Kota Bharu pada kira-kira jam 9.30 malam.

"Ujian air kencing mendapati pemandu berusia 46 tahun terbabit negatif dadah, tetapi siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Katanya, sebelum kejadian itu tiga penumpang bas terbabit ditahan dalam sekatan jalan raya Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Benta pada kira-kira jam 4 pagi.

Katanya, tiga penumpang terbabit didapati positif dadah selepas dijalankan ujian air kencing. -BH

Speaker Parlimen Malaysia ibarat pagar makan padi

Minggu lepas saya menulis mengenai perlembagaan yang lumpuh. Sebelum itu saya menulis tentang perlembagaan tidak diisi. Saya katakan kedua-duanya sama saja kerana dalam kedua-dua senario itu, perlembagaan tidak efektif dan oleh kerana itu timbullah suasana kelam kabut.
Kita semua maklum di mana-mana pun suasana kelam-kabut itu timbul kerana dua sebab; sama ada tidak ada peraturan atau kerana peraturan tidak diikut atau tidak dihormati. Macam keadaan di jalan raya dan lebuh raya kita.
Berbalik perlembagaan ia adalah undang-undang utama yang juga undang-undang tertinggi. Undang-undang menjadi penanda aras untuk semua; baik kerajaan, Parlimen atau rakyat atau siapa saja.

Meskipun begitu perlembagaan hanyalah sebuah dokumen. Ia bukan sebuah lampu ajaib sebagaimana dimiliki Aladin. Ini bermakna untuk menghidupkan segala peraturan dan nilai yang terkandung di dalam perlembagaan itu kita semua perlu komited dengannya. Perlembagaan Persekutuan, melalui Seksyen 1 Jadual Keenam mewajibkan hakim-hakim berikrar untuk “memelihara, melindungi dan mempertahankan” perlembagaan. Anggota Kabinet dan Ahli-ahli Parlimen juga diminta berbuat demikian.

Prosiding di Parlimen telah pun diatur oleh Perlembagaan. Sama ada secara langsung melalui peruntukan di bawahnya atau melalui Perintah Tetap yang dibuat Parlimen atas autoriti Perlembagaan. Jika begitu mengapa berlaku kekecohan berlaku di Parlimen selepas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim digantung pada 2 Disember lalu?

Sudah pasti di sana ada peruntukan atau amalan yang telah termaktub sekian lama dilanggar atau tidak dipedulikan. Pihak Barisan Nasional (BN) menyebut kuasa mutlak speaker. Mereka begitu emosional sehingga Datuk Seri Nazri Aziz sampai ke tahap memperbodohkan Ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat khususnya Karpal Singh yang mewakili Anwar.

Memang kuasa speaker, sebagaimana juga prosiding dalam dewan, tidak boleh dibawa ke mahkamah. Tetapi yang jadi masalah di sini ialah apa yang berlaku di Perak: mahkamah memutuskan prosiding dalam Dewan dan kuasa speaker boleh dibawa ke mahkamah. Alasan yang diberikan ketika itu ialah perlembagaan ialah undang-undang tertinggi dan dewan berada di bawah perlembagaan.

Tafsiran yang betul ialah mahkamah tidak boleh campur urusan Dewan kerana itulah yang disebut oleh Perlembagaan. Dan undang-undang ini sebenarnya telah pun dipakai mahkamah sebelum berlaku krisis politik di Perak pada 2009. Sebagaimana dalam soal kedudukan menteri besar, mahkamah dengan tiba-tiba memberi tafsiran baru yang menyebabkan undang-undang kita jadi tunggang-langgang. Suka saya menyebut di seluruh Komanwel, termasuk di Amerika Syarikat, undang-undang yang betul ialah Dewan mempunyai kedudukan dan autonomi yang tidak diganggu oleh mahkamah. Betul atau tidak keputusan itu mahkamah tidak akan campur.

BN cuba membawa balik undang-undang asal. Malam Selasa lepas Nazri muncul dalam televisyen untuk menghujah kedudukan itu. Saya tidak pasti apa yang Barisan akan buat selepas ini kiranya isu kerusi BN yang terbatal dalam DUN Kedah – yang juga menyentuh kuasa speaker – timbul lagi.

Di negara-negara maju seperti United Kingdom soal-soal seperti kuasa speaker ini tidak jadi isu. Semua orang terima dan hormat. Hanya negara-negara seperti Malaysia sahaja orang bergaduh tentang kuasa speaker. Dan sebelum ini kita sudah menyaksikan begitu ramai Ahli Parlimen digantung: Fan Yew Teng, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Fong Po Kuan dan Gobind Singh. Cuma apabila yang terkena itu Zambry, lain pula undang-undangnya. Tetapi apabila yang terkena Anwar, Karpal, Sivarasa dan Azmin kita diminta menerima undang-undang asal.

Di negara-negara parlimennya bertaraf dunia apa dibincangkan ialah apakah benar Apco yang dikatakan ada hubungan dengan regim Yahudi itu benar-benar mempunyai peranan dalam pembentukan slogan 1Malaysia? Untuk itu Anwar perlu diberi ruang untuk mengemukakan bukti yang ada padanya. Kita perlu ingat, dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan memerintah adalah milik Dewan. Dengan itu ia perlu menjawab soalan Dewan. Sebab itu adalah salah bagi Dewan menafikan ruang untuk Anwar bercakap.

Dari segi politik penafian itu menggambarkan yang BN tidak berani berhadapan dengan kenyataan. Dan ini pelik kerana Barisan masih mempunyai majoriti dalam Dewan. Kalau apa yang dikatakan Anwar itu benar sekalipun apa yang BN hendak takutkan? Dalam sistem kita majoriti adalah segala-galanya.

* Profesor Dr Abdul Aziz Bari telah mengajar undang-undang selama lebih 21 tahun

Kelantan belanja RM80 juta bantu SAR

SHAH ALAM, 27 Dis: Kerajaan Negeri Kelantan telah membelanjakan lebih RM80 juta untuk membantu Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri itu selama 20 tahun memerintah, tegas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi Kerajaan Negeri Kelantan itu lberkata, semua sumbangan dan bantuan itu dapat dijayakan di dalam keadaan kerajaan negeri tidak banyak duit.

"Jika Kerajaan Kelantan mempunyai banyak wang seperti Kerajaan Selangor, sudah pasti banyak perkara dapat dilakukan," tegasnya semalam selepas berucap di atas tajuk Pembentukan Dasar dan Perlaksanaan Program Pendidikan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat: Ke Arah Membangun Masyarakat Adil dan Sejahtera.

Beliau berucap demikian ketika bersama membentangkan ucapan pleno dalam Konvensyen Pendidikan Islam Malaysia 2010 anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan pembangunan Modal Insan Selangor dengan kerjasama Lajnah Pendidikan PAS Pusat (LPPS).

Konvensyen bertema Membangun Gagasan Baru Pendidikan Islam Malaysia itu dirasmikan oleh Pengerusi LPPS, Datuk Abu Bakar Chik merangkap penasihat program selepas menyampaikan ucaptama.

Turut menyampaikan pandangan ketika membentangkan kertas kerja adalah Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Hajah Halimah Ali dan Ketua Pengarah PASTI Malaysia yang juga pengarah program, Cikgu Azrin Abdul Majid.

Nik Amar turut menjawab soalan peserta yang ingin tahu mengenai pengiktirafan kerajaan negeri terhadap lulusan Sekolah Rendah Islam (SRI) yang dikatakan gagal diterima masuk ke sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) termasuk Maahad Muhammadi.

Menurutnya, kemasukan ke sekolah terkawal seperti Maahad Muhammadi terikat dengan keputusan peperiksaan UPSR dengan mendapat 4A 1B yang menjadi ukurannya dan mereka yang mempunyai kelulusan baik di dalam peperiksaan SRI mendapat bonus kemasukan.

"UPSR menjadi ukuran kerana ia bersistematik walaupun kita tidak suka kepada semua itu tetapi itulah sukatan yang terbaik setakat ini sedangkan peperiksaan SRI pula masih tidak mencapai tahap terbaik sebab tidak seragam antara semua SRI.

"Justeru, saya sarankan pihak SRI di seluruh negara dapat selaraskan semua silibus dan tahap peperiksaan mereka biar selaras agar senang mana-mana pihak untuk iktiraf lulusan dari SRI.

"Tidak timbul langsung masalah enggan memberikan pengiktirafan kepada lulusan SRI namun jika SRI dapat sistematikkan tahap pepeiksaan mereka, ia pasti akan menjadi penentu kemasukan ke mana-mana sekolah YIK termasuk Maahad Muhammadi," tegasnya.

Penanya soalan menyatakan anaknya yang kini dapat bersekolah di bawah YIK juga mendapat keputusan 3A dalam UPSR, Mohd Amar berkata, memang tidak cukup syarat dan ternyata kini dapat juga bersekolah di bawah YIK.

Sebelum ini, isu di atas menjadi rungutan agak meluas di dalam internet tentang rungutan ibu bapa yang tidak berpuas hati dengan pendekatan pihak pendidikan Kerajaan Negeri Kelantan yang disifatkan tidak memberikan peluang lebih besar kepada lulusan SRI sedangkan sudah 20 tahun memerintah. -Hrkh

Presiden lancar Majlis Perwakilan PAS Luar Negara

MANCHESTER : PAS mengorak satu lagi langkah ke hadapan dengan melancarkan PAS Representative Council of UK & Eire (Majlis Perwakilan PAS Luar Negara) di Manchester Conference Center, Manchester, United Kingdom (UK) oleh Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, semalam.

Majlis ini turut dihadiri oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, Pengerusi PAS Representative Council of UK & Eire, Jupri Bade dan rakyat Malaysia di United Kingdom.

Majlis Perwakilan ini dianggotai oleh para teknokrat dan profesional Malaysia di UK dan Ireland bagi meneruskan dakwah Islam buat semua rakyat Malaysia di seluruh dunia amnya dan di bumi United Kingdom dan Ireland umumnya.

“Sebagaimana kita mengamalkan demokrasi di Malaysia, kita juga mengamalkan demokrasi di UK. Malah rakyat Malaysia di UK dan Ireland boleh belajar daripada keterbukaan demokrasi di UK yang sebenarnya dipelajari dan dikaji daripada sistem Islam itu sendiri.

“Masyarakat Eropah sebelum kedatangan Islam, tidak mengenali sistem demokrasi seperti yang ada pada hari ini, dan hanya mengenalinya selepas mengenali keadilan Islam kepada semua,” kata Tuan Guru Abdul Hadi pada majlis itu.

Di dalam kenyataannya pada majlis pelancaran tersebut, Jupri Bade yang dilantik sebagai Pengerusi Majlis Perwakilan yang pertama menyebutkan bahawa keanggotaan majlis hanya dilantik secara terus oleh PAS, bagi mewakili dan meneruskan visi dan misi PAS dalam memperjuangkan dan menegakkan Islam. -Hrkh