Rabu, 13 April 2011

Pengakuan Mangsa Deraan SPRM



Pegawai SPRM belasah saya dengan batang besi'

Seorang pegawai pemasaran berkata beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membelasahnya selepas menahannya dua tahun lalu atas dakwaan menerima rasuah.

Beng Hock berkata seorang daripada pegawai itu juga menggunakan sebatang besi yang dibungkus dengan surat khabar bagi membelasahnya.

Pukul di kemaluan, letak ais

"Seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Ashraf Mohd Yusof menggunakan rotan bagi memukul di bahagian kemaluan saya. Seorang lagi meletakkan ais di tempat sulit saya.

"Semua ini berlaku ketika saya ditahan oleh SPRM Selangor dan tangan saya digari. Saya juga dibogelkan dan hanya dibenarkan memakai seluar dalam dan semua ini berlaku di Plaza Masalam," dakwanya.

Selain Ashraf, beliau juga menamakan Khairul Nizam, Zulkifli, dan Hairul Ilham Hamzah sebagai pegawai yang memukulnya itu.

Menyambung keterangannya, Sivanesan berkata pada permulaannya, dia ditampar dan ditendang berulang kali oleh lima hingga enam anggota suruhanjaya berkenaan.

Lelaki itu juga berkata seorang pegawai yang dinamakannya sebagai Mogan memaklumkannya bahawa tempat tahanan itu akan menjadi neraka sekiranya beliau tidak berkerjasama.

"Mereka mahu saya tandatangan mengaku bahawa saya setuju ditahan SPRM tetapi saya tak setuju,” katanya.

Sivanesan berkata beliau kemudiannya dibawa kepada seorang majistret yang kemudiannya mengeluarkan arahan tahanan reman selama empat hari.

Menurutnya, SPRM menuduhnya menerima rasuah sebanyak RM30,000 dan malah menggelidah rumahnya tetapi tidak menjumpai apa-apa.

"Berikutan tahanan reman itu, mereka terus pukul saya selama 15 hingga 20 minit apabila saya pergi ke Plaza Masalam," katanya. -mk

Tudia tak main dah bilion-bilion..lanie sebut pulak trilion-trilion....!!!

Sasar RM5.8 trilion
Oleh Kamarulzaidi Kamis, Syuhada Choo Abdullah dan Suffian A Bakar
bhnews@bharian.com.my
NAJIB ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Invest Malaysia 2011 di Kuala Lumpur, semalam.NAJIB ketika menyampaikan ucaptama pada
Persidangan Invest Malaysia 2011 di Kuala Lumpur, semalam.

Inisiatif baru CMP2 pastikan pasaran modal negara kekal menarik

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beberapa inisiatif baru menerusi pelancaran Pelan Induk Pasaran Modal Kedua (CMP2) bagi memastikan pasaran modal negara kekal menarik di kalangan pelabur serta merancakkan lagi Pelan Transformasi Ekonomi (ETP) selaras matlamat menjadi negara maju pada 2020.

Ia dibuat ketika pasaran dunia khususnya Asia bersaing sengit merebut modal bagi meraih pertumbuhan tinggi dalam ekonomi dan daya saing perniagaan, sekali gus memakmurkan negara masing-masing.

Perdana Menteri berkata, CMP2 bagi tempoh 10 tahun akan datang, menggariskan langkah mengurangkan kerenah birokrasi bagi kelulusan perniagaan, meningkatkan penjanaan dana bagi modal perniagaan, memperuntukkan lebih banyak dana dalam industri modal teroka dan ekuiti persendirian serta meningkatkan akses kepada pasaran bon bagi merangsang pelaksanaan projek besar.

Katanya, kerajaan sedar cabaran ekonomi Malaysia pada 2011 sangat berbeza berbanding 2001, iaitu ketika Pelan Induk Pasaran Modal pertama dilancarkan.
Masalah baru menuntut penyelesaian baru dan CMP2 menjanjikan saiz pasaran modal yang lebih besar.

“Berdasarkan jangkaan semasa, saiz pasaran modal kita akan menjadi lebih sekali ganda kepada RM4.5 trilion pada 2020 dan dengan pengantarabangsaan, angka itu boleh meningkat kepada RM5.8 trilion dalam tempoh itu,” katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Invest Malaysia 2011 di Kuala Lumpur, semalam.
Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata satu skim dana pencen swasta akan ditubuhkan menjelang akhir tahun ini bagi menggalakkan kepelbagaian dalam pengurusan simpanan jangka panjang.

Selain itu, keupayaan pengurus dana untuk melabur secara langsung akan dipermudahkan melalui pengukuhan struktur perundangan bagi pengumpulan pelaburan.

“Meningkatkan bilangan produk pasaran derivatif adalah satu lagi perkembangan penting bagi meningkatkan kecairan pasaran, menambah baik keupayaan untuk dagangan merentasi pasaran dan lindung nilai risiko.

“Nilai semasa dagangan tahunan dalam pasaran derivatif dijangka berkembang pesat daripada RM512 bilion tahun lalu kepada RM4.2 trilion pada 2020, dengan kesan limpahan yang positif ke atas kecairan pasaran saham,” katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, antara keutamaan CMP2 adalah mengukuhkan peranan pasaran modal dalam menggalakkan pembentukan modal daripada peringkat permulaan kepada pembiayaan inovatif, projek besar baru dan teknologi hijau yang canggih.

Bagi menggalakkan transaksi berskala besar, katanya, akses kepada pasaran bon akan diperluas, mempertingkat minat pelabur terhadap penawaran pelbagai produk hutang dan risiko kredit, memperluas penyertaan industri pengurusan pelaburan dan pelabur runcit dalam pelaburan pendapatan tetap, serta menambah baik infrastruktur pasaran.

Mengenai Rang Undang-undang pengkorporatan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) yang diumumkan pada persidangan tahun lalu, Najib menjelaskan, ia telah dibentangkan di Dewan Rakyat dan dijangka akan berkuat kuasa pada Julai.

Melalui langkah itu, katanya, MIDA akan diperkasakan sepenuhnya untuk mempercepatkan membuat keputusan dan menyelaraskan agensi promosi pelaburan yang lain bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran ditambah nilai yang tinggi Malaysia dan mengembangkan sektor perkhidmatan.

“Jadi, bagi mengelakkan pertindihan dan kekeliruan, MIDA akan diperkasakan sepenuhnya bagi membuat keputusan dengan segera dan menyelaraskan kesemua agensi promosi pelaburan yang lain bagi sektor pengeluaran dan perkhidmatan Malaysia,” katanya.

Najib berkata, pengurusan ekonomi terbuka, telus dan saksama sentiasa menjadi ciri utama di Malaysia sama ada kepada peniaga ataupun kerajaan, justeru itu kerajaan sudah merencanakan beberapa pelan mencorakkan hala tuju negara dalam mengharungi dekad seterusnya serta membina momentum pertumbuhan.

Cukup sekadar lagu ini dimainkan di setiap kampung - kampung yang ada di Sarawak

Sarawak Harus Berubah!

Aku tidak mahu menulis panjang - panjang. Cukup sekadar lagu ini dimainkan di setiap kampung - kampung yang ada di Sarawak.

Orang asal harus humban Taib Mahmud. Merompak tanah kalian.

Najib pula mendendangkan lagu Siti Nurhaliza di Sarawak..

Selepas 'You help me' kini 'percayalah saya'


KUCHING, 12 April: "Percayalah saya, percayalah saya," yang menjadi ungkapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam pilihan raya negeri Sarawak kini menjadi mainan pelbagai pihak.

Kata-kata itu menjadi popular dalam pilihan raya negeri kali ini. Semasa pilihan raya kecil Sibu, perkataan popular dari Najib adalah, "You help me, I help you." (Awak tolong saya, saya tolong awak).

Ia merujuk kepada permintaan dari beliau agar pengundi menolong parti beliau iaitu BN dengan mengundi calon BN. Jika mereka berbuat demikian, Najib berjanji akan menolong mereka pula.

Namun, kata-kata Najib ini ditolak oleh pengundi pilihan raya kecil Sibu apabila kerusi BN itu jatuh ke tangan calon Pakatan Rakyat dari DAP, Wong Ho Leng dengan majoriti 398 undi.

Wong Ho Leng mendapat 18,845 undi, calon BN dari SUPP Robert Lau Hui Yew 18,447 undi, manakala calon bebas Narawi Haron hanya mendapat 232 undi.

"Najib masih percaya rakyat Sarawak tidak tahu apa-apa dan mudah pergunakan. Saya meminta saudara-saudari semua di Sarawak bangun sekarang dan tuntut apa yang sepatutnya milik kita.

"Cukuplah setakat ini, sementara kita mengucapkan terima kasih kepada apa yang telah dibuat BN untuk kita, tetapi kita tidak patut lacurkan diri kita lagi. Sarawak milik rakyatnya," tulis seorang aktivis Ronnie Charles Klassen dalam Facebooknya.

Kini Najib berjanji akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pilihan raya Sarawak apabila mengumumkan akan berada di sini sehingga 16 April. Beliau didakwa telah mengambil alih tunggak kempen BN di Sarawak dari Ketua Menteri, Datuk Patinggi Taib Mahmud.

Najib juga mengumumkan, Taib akan melepaskan jawatan Ketua Menteri selepas pilihan raya ini dan dijelaskan oleh Taib, dia akan bersara beberapa tahun lagi.

Harakahdaily/-
08 Jamadilawal 1432H. [MOD] -

Monolog Omega



Namaku Omega. Aku bukan seperti orang lain seperti Casio, Tag Heuer, Rado, Rolex, Swatch, Chrocodile atau Puma. Aku sangat istimewa kerana khabarnya, Neil Armstrong memakaiku ketika menjejakkan kakinya ke bulan.

Aku juga disifatkan sebagai jam paling tepat waktunya. Kawan-kawanku yang lain kadang-kadang nyanyuk juga walau pun masih muda. Justeru, aku dikagumi dan sering dijadikan hadiah istimewa terutama kepada pembesar-pembesar.

Akhir-akhir ini, di sebuah negara ‘Islam’ yang ada kilang arak, namaku sering disebut. Pada mulanya aku kurang pasti sebabnya, bahkan aku merasa pelik. Wartawan sebut nama aku, blogger sebut nama aku, aku sering ditanya kepada Uncle Google.

Menariknya, Uncle Google tidak pernah mengecewakan mereka. Gambar aku dipaparkan. Semua orang puas kerana rupa aku memang menawan. Kebanggaanku bertambah. Kalau dulu aku hanya ditatap oleh orang-orang berada sahaja, kini aku ditatap oleh semua orang.

JKKK, tok penghulu, penarik beca, drebar teksi, tukang sapu, tukang bancuh simen, turut menyebut-nyebut namaku. Memang aku pelik, mengapa semua orang menyebut namaku? Walau pun hidungku kembang-kempis, namun kadang-kadang aku naik meluat kerana ada yang menyebut namaku itu tidak gosok gigi. Mulut busuk.

Sekarang aku menjadi bahan kontroversi. Aku dikatakan ditinggalkan oleh tuanku di bilik yang terpapar dalam video yang dipromosikan oleh ‘Tiga Boroi’. Tuanku menafikannya. Isterinya berkata, aku berada di tangannya.

Aku geram apabila wartawan meminta aku ditunjukkan kepada mereka kalau benar aku tidak ditinggalkan di dalam bilik video tiga boroi berkenaan. Tuanku berkata, buat apa ditunjukkan kepada mereka, itu bukan satu keperluan. Beliau hanya bersedia menyerahkan aku kepada polis, itu pun jika diminta.

Aku cuma jam. Aku boleh dipindahkan, dicuri atau disalah letak. Orang boleh curi aku, letak dalam bilik video tiga boroi tu dan macam-macam lagi. Aku tidak boleh buat apa-apa sebab aku tidak punya daya sendiri untuk bertindak.

Apakan dayaku, aku dihadiahkan kepada orang itu. Kalau aku dihadiahkan kepada PM negara ‘Islam’ sekarang tentu aku tidak berhadapan dengan situasi ini. Atau, setidak-tidaknya, aku dihadiahkan kepada ‘First Lady’, tentu aku tidak akan menghadapi semua ini.

Namun, kalau aku diberi pilihan, aku tidak mahu menjadi hadiah kepada PM negara ‘Islam’ itu. Aku tahu dia bukan bersih, cuma dia tidak disiasat. Kalau dia disiasat macam tuanku disiasat, aku percaya rakanku yang dipakai oleh PM itu akan menjadi mangsa seperti aku.

Aaaahh, aku faham mana orang berani siasat PM negara ‘Islam’ tu. Ya, dia ada kuasa walau pun aku tahu kuasanya akan hilang dalam tempoh terdekat. Aku dengar di Sarawak, PM itu sudah mula ketar lutut kerana sambutan orang ramai kepada tuanku dan rakan-rakannya.

Aku tidak mahu hidup bersama PM negara ‘Islam’ itu. Aku lebih rela hidup bersama tuanku yang difitnah dan ditohmah itu. Aku lebih rela hidup bersama keluarganya kerana bagiku, seteruk mana pun mereka ditohmah, difitnah, dinista, mereka tetap idolaku.

Aku yakin orang dalam video itu bukan tuanku. Aku kenal benar tuanku. Beliau memang tidak maksum, tetapi aku yakin beliau bukan seperti apa yang ditohmah oleh puak-puak PM negara ‘Islam’ itu.

Namun aku tetap Omega. Aku bukan siapa-siapa.

Posted by Zolkharnain Abidin

BN dijangka tabur jutaan ringgit menjelang 4 hari terakhir kempen


SATOK: Barisan Nasional dijangka akan menabur jutaan ringgit bukan sahaja kepada pengundi, malah kepada calon-calon KEADILAN yang bertanding pada 4 hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengulas laporan mengenai calon KEADILAN bagi kerusi DUN Baleh, Bendindang Manja yang ditawarkan sejumlah wang supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya itu, 16 April ini.

“Kita menjangkakan wang akan digandakan dan ia diluar kawalan kami. Pihak lawan sememangnya menggunakan taktik ini, bahkan hanya satu hari selepas penamaan pun ada diantara calon KEADILAN yang ditawarkan untuk menarik diri.

“Tapi, syukurlah setakat pemantauan kita, calon-calon masih bersama dengan rakyat. KEADILAN akan mengawal supaya tiada anasir Barisan Nasional yang akan mendekati untuk membeli calon kita,” kata Rafizi pada sidang media di Bilik Gerakan Utama KEADILAN, dekat Satok hari ini.

Beliau menjelaskan, sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan calon-calon KEADILAN akan goyah walaupun tahu bahawa tawaran tersebut akan datang dari pelbagai pihak.

“Agak sukar sekarang ini bagi mereka menarik diri dan mengkhianati melihatkan kepada gelombang sokongan rakyat,” kata Rafizi.

Dalam pada itu, Rafizi mengingatkan kepada pengundi di Sarawak bahawa jumlah ribuan ringgit yang ditawarkan adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan 30 tahun penderitaan rakyat Sarawak.

“Mereka beri seribu kita minta dua ribu. Mereka beri dua ribu, kita minta tiga ribu.

“Justeru saya ulang kepada para calon untuk turun bertemu dengan rakyat dan beritahu mereka untuk ambil wang itu, sebab ia memang wang anda.

“Tetapi undi adalah rahsia. Jangan lepaskan peluang, kerana hanya masa inilah sahaja kita mampu buat perubahan. Jika mahukan perubahan, undilah Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11266

Siasat jam tangan, bukti konspirasi peringkat tertinggi

PETALING JAYA: Pengumuman polis bahawa mereka kini sedang menyiasat pemilik jam tangan Omega, yang dikaitkan dengan pelaku video seks palsu baru-baru ini, merupakan bukti bahawa ia merupakan satu konspirasi politik peringkat tertinggi.

Ini kerana, siasatan ke atas pemilik jam tangan tersebut langsung tidak bersangkut-paut dengan laporan polis ke atas penyebar video itu yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menayangkan bahan lucah.

“Kenyataan terkini polis adalah bukti kepada perkara ini. Ternyata mereka berat sebelah dan rela menjadi perkakas kepada plot politik BN,” kata Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran.

“Siapa pemilik jam itu tiada kena-mengena dengan siasatan polis. Kita perlu ingat bahawa siasatan polis terhadap laporan yang dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berdasarkan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, dan kesalahannya adalah kerana memiliki dan menayangkan bahan-bahan lucah,” tambah beliau.

Menurutnya, bukan satu kebetulan yang tidak sengaja apabila Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Acryll Sani Abdullah membuat pengumuman akan mendedahkan pemilik jam tangan berkenaan, sehari selepas wartawan media perdana bertanya kepada Anwar mengenainya.

“Sehari sebelum pengumuman itu, satu soalan berkenaan jam Omega itu yang sudah dirancang sejak awal lagi ditanya kepada Anwar (sewaktu sidang media pilihan raya negeri Sarawak) di Kuching.

“Soalan itu tiada kaitan sama sekali dengan pilihan raya Sarawak atau siasatan ke atas video itu,” kata Surendran.

Surendran juga kesal kerana sejak awal kes video itu disiasat, polis berulang kali membuat kenyataan yang tiada kena mengena dengan siasatan. Keadaan itu katanya, menimbulkan persepsi bahawa polis seolah menyokong strategi politik kotor BN- untuk menjatuh dan mengaibkan Anwar.

Justeru itu, beliau mengingatkan polis bahawa tugas mereka adalah mengawal keselamatan rakyat negara ini dan bukannya bertugas untuk Umno-Barisan Nasional.

Video seks palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditayangkan kepada sekumpulan wartawan dan editor kanan pada 21 Mac 2011 di Carcosa Seri Negara, pada hari yang sama Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak dibubarkan.

Anwar sendiri sejak awal lagi menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video tersebut.

Satu sedutan daripada video itu dibocorkan ke Internet pada 4 April 2011, tarikh yang sama KEADILAN menyambut ulang tahun ke-12 penubuhannya.

Namun sehingga kini, trio ‘Datuk T’ yang menayangkan video itu , masih lagi belum ditangkap polis walau pun mereka mengaku sebagai dalang tayangannya. Identiti Datuk T dikenalpasti sebagai bekas Ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11260

Malaysiakini hadapi masalah teknikal, usaha BN sekat maklumat?

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional kini dipercayai berusaha menyekat maklumat kepada rakyat menjelang pilihan raya negeri Sarawak apabila bertindak menyekat maklumat dalam talian kepada rakyat.

Terbaru, laman portal berita Malaysiakini berhadapan masalah teknikal apabila penyedia rangkaian internet yang merupakan anak syarikat Kementerian Kewangan, Jaring Communications Sdn Bhd, mengehadkan lebar jalur (bandwidth) trafik mereka.

Telekom Malaysia pula dilapor melencongkan trafik Malaysiakini ke luar negara.

Perkara itu dihebahkan pengasas Malaysiakini, Premesh Chandran melalui profail laman Facebook beliau.

“Malaysiakini berhadapan masalah teknikal. Jaring mengehadkan lebar jalur kami. Telekom Malaysia pula melencongkan trafik kami ke luar negara dan kembali. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini. Tolong hebahkan maklumat ini,” kata Premesh.

Malaysiakini akhir-akhir ini semakin menjadi tumpuan rakyat Malaysia kerana menyiarkan berita-berita yang adil dan semasa berkenaan politik tanah air.

Ia ditubuhkan pada tahun 1999, dan kini adalah portal berita dalam talian utama di Malaysia.
-keadilandaily-

Kantoii..AJK Umno Kena"Cekup"..

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 54 tahun yang merupakan Ahli Jawatankuasa (AJK) UMNO Bahagian UMNO Tanah Merah ditangkap khalwat bersama seorang gadis bawah umur berusia 16 tahun di sebuah hotel di jajahan ini, malam kelmarin.

Lelaki berkenaan ditahan bersama pasangannya pada kira-kira jam 1.30 pagi dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) Tanah Merah diketuai Imam Masjid Bandar, Roslee Ismail dan ahli Rukun Tetangga (RT).

Difahamkan semasa kejadian, penguatkuasa sedang mengetuk bilik hotel berhampiran bilik yang didiami lelaki terbabit dan pasangannya itu, namun tanpa disangka lelaki terbabit keluar dari bilik dan pihak penguatkuasa mengesyaki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

Menurut sumber JHEAIK Tanah Merah, setelah diperiksa lelaki terbabit, yang berpakaian lengkap berada dalam bilik berkenaan bersama seorang gadis belasan tahun yang sedangberkemban.

“Dia bersama pasangannya itu kemudian dibawa ke pejabat JHEAIK untuk tindakan lanjut kerana gagal mengemukakan sebarang dokumen sah mengenai status mereka yang berdua-duaan dalam bilik hotel berkenaan.

“Selepas keterangan diambil kedua-duanya dijamin oleh seorang penjamin sementara menunggu tarikh perbicaraan kes tersebut pada 18 Mei ini,” katanya.

Pegawai Agama Jajahan Tanah Merah, Nik Zuhdi Nik Yaacob ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan kes itu disiasat di bawah Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan untuk tindakan susulan.-perakite

Pilihan Raya Sarawak: Bn buat konsert,bila ceramah tak dapat sambutan ??

Gerun dan tertekan dengan kehadiran luar biasa rakyat Sarawak ke ceramah-ceramah anjuran Pakatan Rakyat di Sarawak, BN menukar strategi dengan mengadakan konsert artis untuk menarik orang ramai terutamanya golongan muda.

Walau bagaimanapun Konsert+Ceramah (KOMA) yang berlindung di balik NGO 1Malaysia yang di adakan malam tadi di Padang Merdeka Kuching masih gagal menandingi sambutan orang terhadap ceramah anjuran Pakatan Rakyat.

Saya mencadangkan BN menjemput pelawak dan pelakon terkenal untuk menarik orang ramai. Mendahului senarai ialah Umi Hafilda, Ibrahim Ali dan Zulkifli Nordin.

Mungkin untuk memastikan lebih ramai audien boleh menjemput produser filem lucah terkenal, Rahim Tamby Chik yang akan menggunakan sound effect dan visual khas hitam putih terkini untuk membuat persembahan yang lebih menarik.

http://angkasanuri.blogspot.com/

Keluarga Ahmad Sarbani Serah Bukti Petunjuk Punca Kematian

Keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed telah menyerahkan bukti kepada polis, yang dipercayai akan membantu menentukan bagaimana penolong pengarah Kastam Diraja Malaysia (KDRM) itu ditemui mati di premis SPRM, minggu lalu.

Ketika mendedahkan perkara itu di sini hari ini, peguam-peguam keluarga itu enggan berkongsi maklumat apa yang dimaksudkan dengan bukti baru tersebut.
“Kami berharap mereka (polis) akan menyiasat perkara ini,” kata peguam Ghazali Mohd Ramli pada sidang media di sini hari ini.

“Kami tidak boleh mendedahkannya kepada media sebab kami tidak mahu menjejaskan siasatan,” kata beliau lagi.

Bagaimanapun kata beliau, pihaknya percaya ia akan menentukan sama ada Ahmad Sarbaini membunuh diri ataupun sebaliknya. Justeru, beliau mempersoalkan mengapa Ahmad Sarbaini perlu pergi ke pejabat SPRM jika mahu membunuh diri.

Menurut Ghazali, hidup Ahmad Sarbaini dan keluarganya adalah serba kecil dan biasa sahaja.

Setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 20 orang termasuk ahli keluarga Ahmad Sarbaini, SPRM dan kakitangan KDRM.

Polis juga telah menganalisis sistem kamera litar tertutup (CCTV) dari pejabat SPRM di Cheras termasuk telefon bimbit milik Allahyarham Ahmad Sarbaini.

Pengarah Bahagian Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali pada hari kematian Ahmad Sarbaini berkata, pegawai itu telah datang ke bangunan SPRM kira-kira pukul 8.26 pagi tanpa sebarang temu janji dengan pegawai siasatan.

Ahmad Sarbaini ditemui mati di gelanggang badminton kira-kira 10 pagi Rabu lalu, tetapi rakan-rakan rapatnya berkata adalah satu perkara yang mustahil bapa lima anak itu akan membunuh diri.

Seorang lagi peguam keluarga Ahmad Sarbaini, Awtar Singh Gill berkata,
dakwaan dalam laporan media kononnya Allahyarham mempunyai kekayaan luar biasa adalah tidak benar.

Katanya, keluarganya juga meminta media tidak membuat spekulasi bukan-bukan.


Awal petang tadi, The Malaysian Insider melaporkan bahawa di sebalik kematian mengejut itu, keluarga Allahyarham Ahmad Sarbaini mahu individu yang menyebabkan kematiannya didakwa dan dibawa ke muka pengadilan.

Sepupu Allahyarham yang hanya mahu dikenali sebagai Ismail berkata, tidak mungkin penolong pengarah KDRM itu akan “membunuh diri” seperti mana yang didakwa pihak tertentu termasuk laporan media.

“Kami juga mahukan siasatan terperinci yang dibuat, kami tidak mahu keputusan yang akhirnya kata bukan bunuh diri atau dibunuh, kami mahukan keputusan tepat,” katanya.

Dia merupakan salah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B.

Kematiannya adalah kejadian kedua dalam dua tahun ini. Kes kematian Teoh Beng Hock, yang ditemui jatuh dari Plaza Masalam, yang menempatkan pejabat SPRM Selangor, pada Julai 2009 masih disiasat oleh suruhanjaya diraja.

Tambah Ismail, tuduhan mengatakan Ahmad Sarbaini “membunuh diri” telah menyebabkan keluarga Allahyarham tertekan dan tidak boleh menerimanya.

Malah menurut Ismail, keluarga mereka juga menafikan dengan keras Ahmad Sarbaini telah “membunuh diri”. - TMI

Sidang DUN Perak Sekali Lagi Dicemari 'Aksi' Polis



IPOH : Tindakan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) mahu melakukan imbasan keselamatan (scan) ke atas beberapa ADUN Pakatan Rakyat sebelum dibenarkan masuk ke Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermula hari ini, menyerlahkan diskriminasi pihak berkuasa terhadap ADUN pembangkang.

ADUN Pasir Panjang, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berkata, beberapa anggota polis bertegas mahu melakukan imbasan keselamatan itu ke atas dirinya dan beberapa
ADUN Pakatan lain, walau bagaimanapun gagal menjelaskan apabila ditanya dari mana datangnya arahan berbuat demikian.

” Saya sendiri nak masuk dalam Dewan Undangan Negeri tadi ditahan oleh 3 orang polis dan mereka nak ’scan’ kami, dia nak pasang alat itu dan saya tanya ini arahan siapa? Dia diam sahaja. Saya berjumpa dengan seorang pegawai SUK, saya tanya siapa yang arah polis duduk di sini dan imbas kami? Dia jawab kami tiada arahan. Maka saya tanya polis, ini arahan siapa?

"Saya nak menunjukkan bahawa kehadiran polis dekat pintu masuk dewan juga ada, di luar dewan lagi ramai.Ada trak polis, bas polis, kereta polis,motor polis," kata Nizar pada satu sidang media, di sini, hari ini.

Walaupun sidang DUN kali ini tidak dikawal ketat seperti sebelumnya, namun kehadiran anggota polis di dalam dan luar Bangunan Perak Darul Ridzuan dilihat
mencemarkan kemuliaan Dewan.

Pada hari ini kira-kira 100 anggota polis berkawal di sekitar Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Malah pengamal media juga tidak dibiarkan bebas menjalankan tugas mereka sebaliknya 'dikurung' dalam peti kaca.

” Inilah di antara ketidakyakinan mereka kepada persidangan itu sendiri walhal ini adalah titah Tuanku itu sendiri jadi biarlah media masuk. Jadi ini sepatutnya tidak berlaku,"jelasnya lagi.

Nizar yang juga bekas Menteri Besar Perak menambah, ADUN juga bukanlah budak sekolah apabila diwajibkan memakai tanda nama untuk memasuk ke dalam Dewan untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat.

Menjelaskan mengenai spekulasi bahawa ada ADUN dari Pakatan Rakyat tidak akan menghadiri persidangan kali ini, Nizar berkata ini kerana ada ADUN yang membantu kempen gagasan itu untuk pilihanraya negeri Sarawak.

” Kalau sebelum ini ada dengar desas desus kata kami tak hadir dan tak penuh, tapi hari ini semua hadir. Kita merasakan apa yang Tuanku sebut tadi mengenai titah itu merupakan ciri-ciri yang didokong Pakatan Rakyat. Segala-gala yang dinyatakan itu berkenaan dengan beberapa perkara seperti konsep keadilan, tiada diskriminasi, ketelusan, semua itu adalah menunjukkan ciri-ciri Pakatan Rakyat.

” Sepatutnya sebahagian besar dari kami berada di Kuching, Miri, Bintulu dan Sibu tapi oleh kerana mesyuarat awal 5 April telah ditunda oleh Zambry (Menteri Besar Perak) dan speaker, maka kami tak dapat nak hadir. Cuma saya terpaksa beritahu rakan-rakan Pakatan Rakyat supaya selepas sahaja perasmian walaupun dua,tiga dari kami berada di Kuching tapi mereka terpaksa balik juga malam tadi sampai untuk menghadiri persidangan perasmian hari ini,"tambahnya lagi.

Pakatan Rakyat Perak sebelum ini mengeluarkan kenyataan meminta jaminan daripada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya persidangan Dewan Undangan Negeri (Perak) bebas daripada kawalan polis.

Jom Ubah Sarawak : Pengabaian nasib Peniaga Kecil oleh Kerajaan Barisan Nasional di Kota Samarahan.Sarawak

Tajong Bundong, Muara Tuang.Kota Samarahan, Sarawak

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia; dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah); dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang berbuat kerosakan ".

Surah Al-Qasas, ayat 77
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Kota Samarahan, Sarawak . 11 April - AJK PAS Pusat, YB Dato Haji Husam Musa turut turun ke medan perang untuk menggempur Barisan Nasional dalam pilihanraya negeri Sarawak.YB Husam turut serta di dalam program mendekati rakyat,mendengar aduan masalah rakyat serta pencerahan maklumat kepada rakyat bersama calon PAS N15 DUN Muara Tuang, Puan Noraini bt Hamzah dan jentera PAS Negeri Perak di kawasan jeti Kota Samarahan.Sarawak.

Lawatan muhibbah jentera PAS DUN Muara Tuang di kawasan jeti Kota Samarahan mendapati para penjual ikan dan sayur-sayuran yang terdiri dari kaum melayu pribumi Sarawak ini masih berniaga dalam keadaan daif dengan gerai kayu yang uzur, berbumbungkan kain kanvas dan zink, sistem perparitan dan pengairan yang tidak sempurna.Para peniaga di kawasan jeti Kota Samarahan ini mengadu kepada YB Dato Haji Husam bahawa tempat mereka berniaga secara kecil-kecilan ini tiada kemudahan infrastruktur yang sempurna untuk mereka berniaga dengan selesa.

YB Husam amat sedih dan kecewa dengan pengabaian kemajuan rakyat oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri sarawak, Barisan Nasional khasnya para peniaga kecil di Kota Samarahan ini.

Walaupun Kota Samarahan maju dengan wujudnya UITM, Unimas, IPG Kota Samarahan, kawasan-kawasan komersial tetapi ketidak adilan sosial dan ketidakseimbangan ekonomi di antara penduduk kampung dengan kawasan yang lebih membangun amatlah ketara.
Inikah hasil pemerintahan kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh Ketua Menteri Pehin Seri Abdul Taib Mahmud selepas 30 tahun.Negeri Sarawak bukankah kaya dengan sumber alam dan tanah yang subur yang sudah diterokai seperti petroleum dan gas, kayu balak, emas, besi dan bahan mineral serta projek ladang kelapa sawit mega oleh kerajaan Barisan Nasional di Sarawak.

Bukanlah niat untuk menghina rakyat Sarawak, tetapi sebagai satu contoh perbandingan, iaitu Bazar Tok Guru yang dibina oleh kerajaan Negeri Kelantan adalah satu simbol keadilan oleh kerajaan Pakatan Rakyat /PAS untuk menjamin kebajikan dan kesejahteraan rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik.Pasar Siti Khadijah, Pasar Wakaf Che Yeh, Bazar Tok Guru, Pasar Ikan Tok Bali, Pasar Ikan Kuala Besar, pasar-pasar di seluruh Kelantan diurus dengan baik oleh PBT-PBT Tempatan yang bekerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan.

Rakyat Sarawak yang rata-ratanya sudah cerdik dan berilmu boleh menilai akan prestasi kerajaan Barisan Nasional untuk terus memerintah negeri Sarawak dan seluruh Malaysia amnya.

Kemenangan Parti-parti Pakatan Rakyat dalam pilihanraya negeri Sarawak adalah penting untuk mengubah pemerintahan di putrajaya.Semoga rakyat Sarawak dan seluruh Malaysia amnya tidak akan terus dizalimi oleh mereka-mereka berkenaaan.

YB Husam berharap Rakyat Sarawak dapat mengundi calon dari parti-parti Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP untuk terus membela nasib mereka di dalam DUN Sarawak dan seterusnya mengubah pentadbiran kerajaan negeri Sarawak.Rakyat Sarawak disarankan agar mengundi parti politik yang tidak membohongi serta menzalimi mereka.
Kredit Gambar : Blog Batu Gajah Mari
www.husammusa.com

Abang Eddy menyanyi bersama anak muda


SADONG JAYA, 11 April: Selain kempen rumah ke rumah, apa sahaja bakat atau kelebihan yang ada tentunya akan digunakan oleh calon yang bertanding pilihan raya untuk menarik sokongan rakyat.

Begitu juga calon muda PAS bagi Dewan Undangan Negeri (Dun) Sadong Jaya, Abang Eddy Abang Fauzi.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Abang Eddy, 34, menggunakan kebolehan bermain alat muzik dan menyanyi untuk mendampingi rakyat di sini.

Dalam kempennya di pekan Sadong Jaya hari ini, beliau turut mempamerkan kehebatannya itu.

Dengan memetik gitar di tangan, beliau turut menghadiahkan lagu 'Kau Ilhamku' yang dipopularkan artis polular 90an, Man Bai untuk penduduk kawasan itu khasnya anak muda.

"Jom kita nyanyi sama-sama,"katanya kepada anak-anak muda yang di mengerumuni untuk melihat kebolehan beliau.
"Maafkanlah oh...Andai lagu ini mengganggu ruangan hidupmu...

"Kau senyumlah oh...Sekadar memori kita di arena ini...Kau ilhamku...",
antara bait lagu 'ever green' yang dinyanyikan itu.

Biarpun pendekatan itu agak baru bagi PAS, namun ianya dilihat cukup memberi kesan untuk mempengaruhi dan mendampingi masyarakat di sini yang sememangnya meminati muzik.

Di akhir persembahan itu, beliau turut berucap dan menggesa belia membuat perubahan untuk bersama PAS pada pilihan raya kali ini.

"InsayaAllah, pada 16 April ini kita semua pakat beri undi kepada PAS.

"Kita dari PAS berjanji akan membela nasib rakyat semua kaum di sini,"katanya.

Turut serta bersama calon dalam siri kempenya hari ini, artis dan komposer terkenal, Shafie Ahmad atau lebih popular dengan nama Pak Long.

Pak Long sebelum ini popular dengan lagu Cinta Pantai Merdeka yang dihasilkan untuk kumpulan Jinbara, manakala sekarang dengan lagu 'Selagi Ada Waktu.'

Difahamkan, setakat kempen yang masuk hari keenam hari ini, penerimaan masyarakat terhadap Abang Eddy cukup memberangsangkan.

Sadong Jaya dikatakan antara tiga Dun yang menjadi sasaran PAS untuk menang selain Beting Maro dan Sebuyau.

Abang Eddy ditentang calon BN, Aidel Lariwoo dan seorang lagi calon bebas, Mahayudin Bin Wahab. -Hrkh