Rabu, 18 Januari 2012

Homoseksual - Anwar Saman Utusan RM50 Juta


Anwar Ibrahim hari ini mengambil tindakan drastik menyaman Editor dan Utusan Melayu Sdn Bhd penerbit akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran kenyatan Hasan Ali yang mendakwa Anwar menghalalkan kegiatan homeseksual seperti mana disiarkan dalam akhbar itu di muka depan hari ini.

Kenyataan Hasan itu yang disiar akhbar berkenaan berbunyi; "Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali membidas Datur Seri Anwar Ibrahim kerana mempertikaikan undang-undang homeseksual di negara ini.

"Menurut beliau, pendirian Anwar tersebut bukanlah baharu kerana itulah pandangan peribadi dan pegangan asal penasihat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR)tersebut.

"Oleh itu beliau menggesa rakyat menolak perjuangan Anwar kerana kegiatan tidak bermoral itu jika dihalalkan boleh mencetuskan pergolakan dan perpecahan dalam masyarakat serta kehancuran dalam negara."

Manakala berita di bawah tajuk "Parasit ancam Pas, Anwar mesti ditolak", disiarkan di muka 10 berbunyi; "Hasan: Inilah salah satu sebab saya tidak boleh bersekongkol dengan Anwar Ibrahim. Inilah sebabnya rakyat Malaysia mesti menolak perjuangan Anwar Ibrahim. Kalau kegiatan gay, lesbian, homoseksual dan transgender, itu hendak dihalalkan di Malsysia, saya rasa masyarakat akan bergolak dan berpecah. Saya nampak kekecauan akan berlaku ini pandangan saya. Sebenarnya pandangan Anwar Ibrahim bukan hanya di Mumbai melalui BBC itu saja."

Editor dan akhbar berkenaan diberi tempoh 48 jam untuk membuat permohonan maaf di atas kenyataan berkenaan. Bagaimana pun Hasan Ali tidak dinamakan dalam surat tuntutan yang dikirimkan ke email saya sekejap tadi. Saman itu dikemukakan oleh Edwin Lim Suren & Soh.
sumber

Blogger umno dibayar agar bela Jamil dalam isu penyelewengan ZAKAT!


Merujuk kepada sumber di bawah neh beb. Baca sampai habis strategi depa ;

Antara maklumat-maklumat yang diarahkan kepada blogger UMNO untuk menjawab ialah:-

1. Yuran guaman tersebut dibayar oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menggunakan wang zakat kerana pertikaian undang-undang tersebut melibatkan pihak Majlis, bukan individu.

2. Membangkitkan soal pembayaran yuran guaman oleh kerajaan negeri Selangor dalam kes menghina Sultan Selangor oleh ADUN Seri Muda, Shuhaimi Shafei yang menurut sumber tersebut adalah masalah peribadi dan tidak membabitkan kerajaan negeri (tapi yuran guaman masih dibayar kerajaan negeri).

3. Membangkitkan soal penerimaan zakat pelajaran oleh anak-anak Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dikatakan tidak layak kerana selain Ahli Parlimen, Khalid juga adalah seorang jurutera yang mampu menampung kos pengajian anak-anaknya.

4. Memberi gambaran bahawa perkara ini sengaja dipolitikkan kerana melibatkan ketua pembangkang.

5. Mewujudkan ‘asnaf fisabillilah’ untuk menutup penyalahgunaan dana zakat bagi tujuan yuran guaman.

6. Pemberi maklumat yang membekalkan ‘payment voucher’ kepada PKR telah dikenal pasti dan akan dikenakan tindakan disiplin termasuk pembuangan kerja.

Penulis difahamkan ada beberapa ketetapan lain juga telah diputuskan tapi oleh kerana maklumatnya tidak lengkap, penulis tidak yakin untuk menyiarkannya di laman ini.

Selain penulis juga perlu melindungi sumber yang mendedahkan perkara ini kepada penulis.

Ada diantara strategi yang disebutkan diatas sudah pun mula digunakan, seperti dalam contoh ‘asnaf fisabilillah’.

Penulis difahamkan bahawa sebelum ini, kategori ‘asnaf’ tersebut tidak wujud (atau dormant) tapi sengaja diadakan untuk melepaskan Jamil Khir dari sebarang tuduhan salah laku.

Mungkin PKR boleh mengesahkan maklumat mengenai kewujuduan asnaf ini melalui sumber dalaman yang membekalkan salinan ‘payment voucher’ tersebut, sebelum beliau dikenakan tindakan disiplin seperti yang disebutkan di atas.

Kelihatannya Jamil Khir dan UMNO begitu bersungguh-sungguh untuk menutup isu ini dengan segera. ‘Kesungguhan’ Jamil Khir itu menimbulkan banyak tanda tanya – apa yang sebenarnya cuba disembunyikan?

Penulis difahamkan yang Jamil Khir tertarik untuk menggunakan pendekatan sama yang oleh Shahrizat dan suaminya dalam isu National Fedlot Corporation (NFC) dengan menggunakan sepenuhnya kekuatan blogger UMNO untuk mematahkan hujah Pakatan Rakyat.

Selain dari isu wang zakat, blogger UMNO juga diarahkan untuk membela Jamil Khir dalam soal pembinaan rumah mewahnya yang dibeli pada 1994 untuk dibandingkan dengan rumah Datuk Seri Anwar di Segambut Dalam. Pelbagai cerita bohong mengenai rumah Anwar, termasuk kolam renang dalam rumah, telah direka cipta untuk disebarkan.-
SABAHKINI-

Sekeping Cek RM300K, Bekas Menteri, Azalina Othman Said Disoalsiasat SPRM

Sumbangan RM300k, SPRM soal siasat bekas menteri

Seorang bekas menteri dilaporkan telah disoal-siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam atas dakwaan berhubung penerimaan RM300,000 sebagai sumbangan.

Bekas menteri itu yang masih lagi seorang anggota parlimen dikatakan menerima ‘sumbangan’ berkenaan daripada sebuah syarikat tahun lalu.
Sumber-sumber yang dipetik oleh akhbar The New Straits Times berkata bekas menteri itu menghabiskan masa selama beberapa jam di pejabat SPRM.

Ia memetik sebuah blog yang mendedahkan bahawa seorang bekas menteri menerima wang berkenaan pada 7 April, tahun lalu daripada kontraktor projek jambatan bengkok. Penulis blog itu mempersoalkan tujuan dan mengapa sumbangan dihulurkan.

Penulis blog itu juga menggesa SPRM supaya membuat siasatan.
Now get down to business. Let’s divert the attention to another member of parliament. This member of parliament also received monies from Dato’ Yahya Abd Jalil companies (AMPMSB).

The mode of the transaction is pretty straight forward. Perhaps it is meant for social programs in the Member of Parliament constituency. Who knows for sure except for the giver and the receiver.

The Member of Parliament meant here was the former Minister of Youth and Sports Malaysia from March 2004 until March 2008 and also the former Minister of Tourism Malaysia from March 2008 until April 2009. The Member of Parliament is none other than YB Dato’ Sri Azalina Othman Said, Member Of Parliament Pengerang, Johor.

She has received “contributions” of RM 300,000.00 on 07/04/2011 thru a cheque number 872045 (here) belonging to AMPMSB. As I said, the true nature of the “contribution” is only known to the giver and the receiver. Perhaps it is best to let Dato’ Sri Azalina Othman make a statement just like her counterpart has. Perhaps SPRM also can have a closer look at this. -thewistleblower

klik untuk lebih jelas

HANGAT MENDIDIH!!!....BEKAS MENTERI KANAN KABINET UMNO AKUI UMNO GUNAKAN CARA RASUAH BELI UNDI NAK MENANG PRU!!!!



BEKAS MENTERI KANAN UMNO/BN MENGAKU SECARA TERBUKA UMNO/BN MEMBELI UNDI DENGAN MENGGUNAKAN WANG TUNAI PADA SEMUA PILIHANRAYA UMUM YANG LEPAS..

PETALING JAYA, 17 Jan - Seorang bekas menteri persekutuan dari Umno mendakwa hari ini wang tunai telah digunakan dalam kempen pilihan raya umum sebelum ini dalam usaha untuk membeli undi, taktik yang dikenali sebagai "bom".

Tan Sri Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata dalam satu forum hari ini bahawa beliau telah mengalami sendiri bagaimana pemberian wang tunai antara RM200 hingga RM1, 000 telah digunakan dalam kempen pilihan raya UMNO/Barisan Nasional (UBN) untuk meraih sokongan pengundi."Saya telah ketuai delegasi banyak kempen dan saya telah diberi jumlah untuk diedarkan," kata bekas Menteri Penerangan di Malaysia Strategic Outlook Conference 2012 di sini. "Ia secara terang-terangan menggunakan wang untuk membeli undi."Abdul Kadir (gambar), yang juga bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, berkata bahawa perkataan yang digunakan untuk strategi yang dikenali sebagai "bom".Beliau menambah, walaupun bahawa dia sendiri tidak menggunakan wang.

James Chin, yang mengetuai Sekolah Sains Sosial di Universiti Monash di Sunway, dan yang bercakap di forum itu selepas Abdul Kadir berkata bahawa "pengeboman" adalah alat yang sangat berkesan di Sabah dan Sarawak.

Dalam pembentangan beliau, Abdul Kadir berkata bahawa sementara dia masih memegang jawatan dalam Umno, beliau ingin mengingatkan pemimpin-pemimpin UMNO akan "Merdeka amanah" - yang bermakna memberi hak kepada rakyat suatu pilihan raya yang benar-benar bebas dan adil.Beliau juga menggesa Umno tidak takut kepada kekalahan jika ia ikhlas dalam niat."Jika anda kalah hendaklah menerimanya dengan hati terbuka; kerajaan di Amerika Syarikat dan Australia sering berubah katanya.

"Saya seorang Umno, saya tidak keberatan jika saya kehilangan kuasa dan kalah. Jika anda berada di puncak kuasa hanya untuk membuat berjuta-juta untuk diri sendiri dan kroni anda atau jika saya telah membuat berbilion-bilion untuk diri saya dan sudah pasti saya berasa takut dan cuak takut akan ditangkap selepas saya kehilangan kuasa, maka sudah pasti saya tidak akan melakukan segala helah ini. ""Jika anda ikhlas, anda tidak perlulah merasa takut," tambah beliau.

Beliau berkata bahawa pilihanraya yang bebas dan adil, mesti ada akses yang sama kepada media dan GLC dan jabatan-jabatan kerajaan mesti saksama"Anda mesti memberi mereka (pembangkang) kebebasan untuk mempunyai TV, radio dan surat khabar," katanya. "Untuk 50 tahun, PAS telah meminta lesen akhbar tetapi tidak sesekali dilayan dan diberikan - kerajaan adalah pembuli yang paling besar".

Beliau juga berkata bahawa semasa pilihan raya, Barisan Nasional (BN) tidak perlu menyalah guna Kementerian Penerangan, Felda, Felcra, Cawangan Khas dan lain-lain agensi-agensi persekutuan untuk menyokong kempen mereka.