Rabu, 21 September 2011

CERAMAH ISU SEMASA & JAMUAN HARI RAYA



MAT SABU SUDAH SAMPAI KE KEMUNCAK MENGHAMPIRI KETOKOHAN DS ANWAR

Oleh: WFAUZDIN NS
NAMPAKNYA pengaruh Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS sudah semakin menghampiri kehebatan dan pengaruh Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim. Masakan tidak, selain dari DS Anwar siapa lagi yang pernah difitnah dan diancam sehebat yang berlaku terhadap Mat sabu?

Pada 8 September lalu, Mohamad mendakwa menerima SMS ugutan daripada daripada individu tidak dikenali yan mengancam mahu menyimbah asid terhadap isteri dan anak perempuannya. Video lucah serta rakaman perbualan telefon lucah juga yang kononnya melibatkan Mat sabu telah lama beredar di kalangan masyarakat. Saling tidak tumpah seperti apa yang melanda DS Anwar.

Terbaru, bahagian pagar depan dan lantai halaman rumah Mat Sabu terbakar, dipercayai akibat bom petrol. Ketika kejadian itu Mohamad dan isteri difahamkan tiada dirumah dan hanya disedari anaknya Nurul Huda, 27, selepas dimaklumkan jiran.

Itulah yang dikatakan dugaan yang terpaksa dihadapi oleh seseorang yang ingin menjadi pejuang. Bukan semua sanggup menerima dugaan sehebat itu. Bayangkan, Tuan guru Nik Aziz juga pernah di cop rasuah, rasuah kek, hinggakan Tuan Guru Nik Aziz ke Mekah pun dikatakan hasil dari rasuah.

Oleh yang demikian, sesiapa yang bersubahat dengan puak-puak kaki fitnah itu wajib menjauhkan diri dan kembali insaf. Politik di dalam negara kita sekarang ini sudah menjadi seperti politik rimba. Tiada lagi menggunakan akal fikiran, jauh sekali ingin menggunakan agama sebagai panduan untuk berpolitik. Bagaimana mahu jadikan agama sebagai panduan kerana sudah ada larangan bahawa orang politik tidak boleh memberi ucapan berbentuk keagamaan?

Tiada jalan lain. Kita kena bersatu dan tumbangkan rejim yang berada di Putrajaya sekarang. Selagi sekutu Apco berada di situ, usah bermimpi negara ini akan bebas dari politik rimba./
wfauzdin.blogspot.com

Muhyiddin sibuk berpolitik, keluhan guru tak dipeduli



SISTEM Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) dicipta untuk memudahkan guru akhirnya menyebabkan lebih ramai guru yang terseksa. Ada guru terpaksa bersengkang mata sehingga jam 3 pagi semata-mata untuk mengisi markah pelajar dan ada pula yang menghadapi masalah kerana tidak mempunyai komputer atau talian internet di rumah. Apakan daya Muhyiddin sibuk membela 3 pelajar tak dapat ambil UPSR tapi tak peduli keluhan ratusan ribu para guru. Itu BODOH namanya.

Berita berkaitan sebelum ini :
- Guru seMalaysia merana sistem lembap, nak juga Biometrik
http://amkns.blogspot.com/2011/08/guru-semalaysia-merana-sistem-lembap.html
- Muhyiddin, tolonglah turun tengok masalah guru ni http://waghih.blogspot.com/2011/08/muhyiddin-tolonglah-turun-tengok.html
- Teachers fume over new directive http://waghih.blogspot.com/2011/08/teachers-fume-over-new-directive.html

Guru merungut program SAPS lebih sukar dari manual
Berita Harian 21 Sep 2011

Sistem kumpul data murid guna komputer tidak semudah seperti diuar-uarkan

SISTEM Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) diperkenalkan baru-baru ini bagi membolehkan tugas pengumpulan data dilakukan dengan secara lebih sistematik dan praktikal berkaitan data mata pelajaran, enrolmen murid, data guru mata pelajaran dan profil sekolah. Semua guru sekolah rendah dan menengah termasuk sekolah berasrama penuh perlu mengisi markah ujian Mac, peperiksaan pertengahan tahun, peperiksaan percubaan atau ujian Ogos dan peperiksaan akhir tahun di SAPS ini. Untuk menjadikan sistem ini lebih sistematik, tempoh masa ditetapkan dan guru perlu mematuhinya.

Kebaikan sistem ini ialah selepas guru memasukkan data dan markah pelajar, ia akan secara automatik membuat analisis dalam pelbagai aspek, sekali gus menjimatkan banyak masa guru yang mungkin pada sedekad dulu terpaksa membuat pengiraan analisis secara manual.

Tekan mesin pengira setiap kali mahu mencari peratusan dan purata. Berpinar mata mencari berapa jumlah A yang murid peroleh dan pelbagai lagi.

Malah, dulu guru kelas terpaksa meminta markah setiap mata pelajaran daripada guru yang mengajar dan mengisinya secara manual dalam borang khas. Semua perkiraan dilakukan secara manual dan diisi pula dalam buku laporan kemajuan murid. Sistem dalam talian diakui lebih memudahkan dan lebih sistematik serta menjimatkan banyak masa.

Namun, sistem yang sebenarnya dicipta untuk memudahkan mereka akhirnya menyebabkan lebih ramai yang terseksa. Ada guru terpaksa bersengkang mata sehingga jam 3 pagi semata-mata untuk mengisi markah pelajar dan ada pula yang menghadapi masalah kerana tidak mempunyai komputer atau talian internet di rumah.
Namun selepas menggunakan SAPS buat seketika, ramai guru merungut dan melepaskan kemarahan mereka dalam blog dan menulis surat kepada akhbar.

Antaranya, yang dipetik daripada blog adalah seperti berikut:

“Idea mewujudkan sistem ini memang baik tetapi program berkenaan susah untuk dicapai dan selalu terkeluar daripada talian dan ada banyak masalah lain.

“Sebagai guru yang terbabit dengan SAPS, saya sudah beberapa kali membuka sistem ini untuk memasukkan markah tetapi setiap kali markah mahu disimpan, sistem ini akan terkeluar daripada talian. Saya terpaksa mengisi semula markah dan ini ia berlaku beberapa kali.

“Kami terpaksa menunggu sehingga pagi semata-mata untuk mengisi markah ujian satu, peperiksaan pertengahan tahun, menentukan nilai letak kerja (TOV) dan jangkaan hasil sasaran akhiran (ETR) setiap pelajar. Bayangkan, jika ada enam kelas yang markah pelajarnya perlu diisi dan setiap satu kelas pula ada 40 pelajar.

“Yang peliknya dalam taklimat kami diberitahu ketika menggunakan SAPS, kami tidak boleh menekan butang ‘enter’ pada papan kekunci kerana akan mengganggu sistem. Ini adalah kali pertama saya mendengar satu sistem yang direka akan rosak jika tertekan butang ‘enter’.

“Masalah lain yang dihadapi ialah ada pelajar yang tiada dalam senarai kelas tetapi apabila didaftar, jawapan yang diterima ialah ‘pelajar telah didaftarkan’ tetapi jika telah didaftarkan kenapa nama pelajar tiada dalam senarai?”

Di mana silapnya? Apakah sengaja kementerian mencipta satu sistem untuk menyusahkan guru sedangkan perlu diakui guru sudah terlalu banyak dibebankan. Rasanya bukan itu alasannya kerana yang paling tepat ialah sistem itu masih terlalu mentah dan perancangan untuknya tidak mengambil kira banyak perkara.

Dekan Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Abdul Razak Hamdan, berkata kebanyakan sistem dalam talian (online) di negara ini tidak stabil pada peringkat permulaan dan menyebabkan masalah kepada pengguna, namun ia akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

“Kebanyakan sistem dibangunkan menggunakan teknologi sedia ada dan dirasakan memadai untuk kegunaan pada masa itu tetapi selepas digunakan secara meluas, ia tidak mampu menampung keperluan semasa dan perlu peningkatan.
Masalahnya, untuk mempertingkatkannya memerlukan kos tinggi dan itu yang menjadi halangan banyak pihak.

“Kita rujuk kepada sejarah Unit Pusat Universiti (UPU) pun pada mulanya ada masalah. Selalu tidak stabil tetapi selepas dipertingkatkan, ia sudah semakin baik dan stabil. Ia membabitkan sistem itu sendiri dan talian komunikasi. Jika salah satu tidak stabil atau lembab, ia akan menyusahkan pengguna.

“Kebanyakan sistem menggunakan talian terbuka (public). Jika ia sudah ditentukan untuk menerima sebanyak dua megabait (MB), tetapi yang menggunakannya melebihi jumlah itu, ia pasti akan menyebabkan sistem itu perlahan.
“Setiap sistem juga ada had penggunaan pada satu masa. Jika dihadkan sebanyak 1,000 pengguna tetapi pada satu masa pengguna melebihi jumlah itu, ia juga akan menyebabkan sistem menjadi lembab.

“Selalunya, pembangun sistem akan membuat anggaran berapa ramai pengguna akan gunakan sistem itu terutama pada waktu puncak dan menetapkan jumlah tertentu. Penetapan ini perlu kerana semakin besar ruang penggunaannya, semakin mahal sistem itu untuk dibangunkan. Malangnya, ada ketika berlaku, ramalan mereka tidak tepat dan pengguna melebihi anggaran,” katanya.

Beliau berkata, ada sistem yang menggunakan kaedah ‘server balancing’ iaitu membolehkan ia dipindahkan ke pelayan lain jika kuota dalam satu pelayan sudah penuh. Ia membolehkan sistem tidak perlahan jika melebihi kuota yang sudah ditetapkan tetapi membabitkan kos yang tinggi.

Masalahnya, katanya, kebanyakan pengguna akan menggunakan sistem itu secara maksimum pada waktu puncak terutama ketika tarikh tamat tempoh semakin dekat. Ia pasti menyebabkan sistem itu tidak mampu menampung penggunaannya yang banyak. Justeru, pemantauan pada waktu itu perlu dipertingkatkan.

“Selalunya, masalah utama bermula daripada sistem komunikasi. Jika talian internet yang digunakan perlahan, ia juga akan memberi kesan. Masalah lain ialah kebanyakan pembangun sistem salah membuat perkiraan jumlah pengguna. Mereka boleh tinggikan had pengguna asalkan mampu memperuntukkan kos yang tinggi.

“Dalam kes ini, sewajarnya mereka buat percubaan tekanan (stress test) sebelum dilancarkan. Pastikan ia mampu menangani seramai mungkin pengguna termasuk guru terutama ketika waktu puncak. Perlu buat perkiraan secara tepat berapa banyak had diperlukan untuk menangani seberapa ramai guru dan sekolah.

“Selain itu, tidak semua sistem sesuai digunakan bagi semua negeri dengan kapasiti yang sama. Sudah pasti tidak sama jumlah pengguna di Perlis dan Selangor. Pelayan yang digunakan perlu stabil.

“Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah adalah untuk memasukkan data. Ia sewajarnya gunakan sistem simpanan secara automatik (autosave). Maksudnya, setiap kali data dimasukkan, ia disimpan secara automatik dan tidak hilang jika tiba-tiba berlaku masalah talian. Kosnya tinggi tetapi perlu dalam kes pengendalian data,” katanya lagi.

“Kelemahan utama kebanyakan sistem di negara ini ialah ambil mudah dan jadikan pengguna sebagai bahan ujian. Asalkan ia nampak berkesan di sesetengah kementerian, ia secara mudah digunakan pula di kementerian yang lain. Cara ini salah kerana tidak semuanya sama,” katanya.

Justeru, adalah wajar kementerian lebih peka dalam hal ini dan memastikan apa saja sistem yang mahu dibangunkan tidak menjadi beban kepada pengguna, sekali gus menambahkan tekanan mereka.
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/GurumerungutprogramSAPSlebihsukardarimanual/Article

Tok sah dok mimpi la Najib oii...

Malaysia masih jauh... terlalu jauh dari layak mendapat gelaran sebagai negara terbaik demokrasi. Tidak mudah, tak semudah dengan hanya menghapuskan ISA dan diwaktu yang sama mengekalkan ratusan isu serta akta yang menyimpang dari amalan demokrasi tulen.

Tok sah dok berangan angan la nak jadikan Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi terbaik di dunia. Belajaq jadi realistik dan jugak berpijaklah di bumi nyata dengan mengakui... hak kebebasan sebenar rakyat masih jauh dari sepatutnya.
ISA hanyalah satu daripada ratusan isu serta akta yang menyekat kebebasan rakyat. ISA adalah akta rimba tinggalan penjajah yang dijunjung Umno selaku pendokong puak penjajah.

Terhapusnya ISA adalah kemenangan rakyat, desakan rakyatlah yang membuatkan Piem berbangsa Umno... Najib Razak terpaksa memansuhkannya. Hakikat sebenarnya Malaysia telah jauh ketinggalan daripada negara-negara yang tinggi amalan demokrasinya di dunia ini, apatah lagi untuk dinobatkan sebagai negara demokrasi yang terbaik.

Selain ISA, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Ordinan Darurat (EO), Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta lain-lain lagi perlu dinilai kembali keberkesanannya. Ini kerana akta-akta ini sudah tidak relevan lagi untuk dilaksanakan ketika ini.

Selain itu, kredibiliti golongan penting yang mewakili agensi utama kerajaan seperti Peguam Negara, Ketua Hakim Negara, Ketua Polis Negara, dan lain-lain lagi perlu diangkat martabat mereka. Untuk memulihkan imej mereka di mata rakyat, Perdana Menteri mesti berjanji untuk membebaskan mereka dari sebarang pengaruh parti politik. Sebarang campurtangan politik dalam setiap keputusan atau tindakan akan menjejaskan integriti mereka di mata rakyat.

Rakyat melihat media di negara ini pada hari ini sebagai agensi yang terpenjara dengan berita dan maklumat yang bersifat berat sebelah semata-mata. Saban hari yang menjadi mangsa serangan bertali arus media adalah PAS dan Pakatan Rakyat sementara yang dipuja dan suci dari sebarang dosa adalah pemimpin UMNO-BN. Bagi mereka yang celik maklumat, berita daripada media arus perdana sangat memualkan.

Membersihkan sistem pilihanraya dari sebarang penipuan, ini jugak perlu diberi perhatian serius. Dah la daftar pemilih yang semakin dicurigai, undi pos yang masih digunakan, dakwat kekal yang masih tidak dilaksanakan, pengundi bangsa asing pulak yang semakin kerap dijumpai, kempen yang berat sebelah, dan lain-lain lagi menunjukkan Malaysia jauh ketinggalan untuk menjadi negara demokrasi terbaik di dunia.

Mungkin juga Malaysia boleh menjadi negara demokrasi terbaik di dunia, kalau dibandingkan dengan Myanmar.... kahkahkah...
 
http://shalehudin.blogspot.com/2011/09/tok-sah-dok-mimpi-la-najib-oii.html

Mohon maaf: Pemuda PAS puji keberanian Zizan


23 Syawal 1432H. [MOD] -
KUALA LUMPUR, 21 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat mengucapkan tahniah kepada pelakon dan pelawak Mohd Razizan bin Abd Razak kerana berani mengakui kesilapan dan telah memohon maaf.
Ianya berhubung satu babak beliau dalam filem Hantu Boceng yang jelas menghina Rasulullah.
Mohd Razizan atau lebih dikenali sebagai Zizan dalam babak tersebut menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" (aku naik saksi bahawa Muhammad itu syaitan), sekaligus mengundang kontroversi.
Bagaimanapun Zizan dilaporkan telah membuat permohonan maaf secara terbuka selepas Dewan Pemuda PAS pusat dan beberapa pihak lain mengecam tindakannya itu yang dilihat keterlaluan.
"Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi mengucapkan tahniah atas keberanian saudara Zizan memohon maaf, semoga ianya benar, ikhlas dan tidak mengulanginya di masa hadapan," kata ketuanya, Nasrudin Hassan.
Menyatakan pendirian terhadap kegiatan seni, Nasrudin berkata Dewan Pemuda PAS  sentiasa menyokong kerjaya seni dan budaya dalam negara kerana Islam tidak pernah menghalang ummatnya berkarya.
Namun Islam ujarnya mempunyai garis panduan yang jelas untuk dipatuhi agar seni dan budaya menghidupkan jiwa dan menyegarkan minda bukan mematikan hati, merosakkan akhlak dan meruntuhkan moral.
"Kata Para hukama' : Tidak hilang bisa dek kerana memohon maaf diatas kesilapan atau kesalahan yang dilakukan. Sebaliknya diri dilihat bermaruah dan dihormati.
"Mudah - mudahan ia menjadi pengajaran berguna kepada Zizan dan kepada semua termasuk para penonton dan juga artis - artis yang lain agar lebih berhati - hati  di pentas lakonan atau di layar perak agar tidak mencetus kekeliruan yang boleh membuka pintu fitnah dan dilihat mempersendakan agama Islam yang suci ini," katanya.
H/daily

Berita Baik Untuk Penyokong UMNO/BN:Ustaz Azhar Idrus - Undi BN Dapat Saham


Jangan Jadi Golongan Jahil(Tokguru)

Tag : Merenung Sejenak 



Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan golongan yang menolak untuk melaksanakan hukum hudud seperti menghina dan mengetepikan ajaran Islam, dan merupakan golongan yang “jahil.”



Nik Aziz (gambar)berkata, kekeliruan tentang hukum hudud berlaku disebabkan pandangan yang dikeluarkan golongan tertentu yang jahil tentang undang-undang Islam itu. “Saya menyebut hakikat ini kerana kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan dalam negara kita bahawa hudud ertinya hukuman ke atas pesalah.



“Justeru, hudud diwajahkan dengan wajah yang begitu buruk dan mengerikan. Seolah-olah apabila hukum hudud dilaksanakan, semua tangan akan dipotong dan semua batu akan dijadikan lontaran untuk pesalah,” kata beliau. “Kita masih terngiang-ngiang kata-kata sinis yang dilontarkan sedikit masa lalu yang menyatakan ‘Jika mahu menikmati sup tangan, silalah ke Kelantan’ dan ‘akan habislah batu-batu di Kelantan digunakan untuk melontar pesalah zina’,” kata Nik Aziz lagi.



Sekalipun ia sudah lama diucapkan, kata beliau, hakikatnya kata-kata dan ucapan seperti inilah yang memberikan imej yang negatif terhadap undang-undang hudud. Berucap merasmikan Hari Hududullah di Kota Baru, Kelantan pagi tadi, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, disebabkan kekeliruan itu ramai umat Islam dalam negara ini tidak memahami hukum hudud mengikut ajaran Islam.



“Hasilnya, masyarakat bukannya semakin dekat dengan Islam tetapi semakin jahil dan semakin jauh daripada syariat Islam yang sebenar. “Syariat Islam bukannya dilihat indah dam cantik, tetapi dilihat primitif, ketinggalan zaman, ‘ouf of date’ dan sebagainya,” katanya menambah, orang bukan Islam turut salah faham tentang undang-undang Islam yang sebenar.



Kerajaan negeri Kelantan pimpinan Nik Aziz sebelum ini telah menggubal undang-undang hudud namun tidak dapat dilaksanakan ekoran surat amaran yang dikeluarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Nik Aziz pada 8 Jun lalu berkata hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada pemimpin veteran itu.



Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993. Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990. Menurut Nik Aziz, isu-isu agama yang berlaku sejak kebelakangan ini menambahkan lagi salah faham dan pandangan serong terhadap ajaran Islam yang sepatutnya tidak berlaku dalam negara yang berlandaskan prinsip Islam.



“Isu-isu seperti larangan bukan Islam memasuki masjid dan juga bacaan al-Quran di pembesar suara misalnya, ditangani dengan wajah yang lebih cenderung ke arah sentimen tanpa bimbingan ilmu yang sebenar. Hasilnya, sentimen yang dibakar bertambah panas sedangkan panduan sebenar Islam diketepikan.
“Saya sifatkan golongan yang menolak, menghina dan mengenepikan syariat Islam khususnya hudud merupakan golongan yang jahil dan tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri,” katanya sambil menambah, sekalipun mungkin mereka beragama Islam, tetapi Islam yang dianuti hanya di ruang yang terbatas tanpa didaulatkan sebagai undang-undang yang memerintah.



Tambah Nik Aziz, hukum hudud bukan dijatuhkan oleh orang pilitik tetapi hakim yang akan mengadili sebarang perbicaraan. “Saya juga ingin tegaskan bahawa hukum hudud ini jika dilaksanakan bukannya dipelopori oleh orang politik. Tetapi hakim yang akan menjatuhkan hukuman. Itupun akan menjalani perbicaraan yang adil terlebih dahulu.



“Jadi tidak perlu untuk merasa gerun dan takut dengan hukum hudud kerana bimbang kononnya akan dikuasai oleh orang politik,” katanya. Dalam ucapannya, beliau juga berharap golongan yang menolak hukum hudud “dapat diperbetulkan” selaras dengan kehendak Islam.



“Justeru, saya mengharapkan agar tabiat menolak hudud ini dapat diperbetulkan agar jangan menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat,” katanya.
themalaysianinsider.com
-ijoks2009-
“Kita masih terngiang-ngiang kata-kata sinis yang dilontarkan sedikit masa lalu yang menyatakan ‘Jika mahu menikmati sup tangan, silalah ke Kelantan’ dan ‘akan habislah batu-batu di Kelantan digunakan untuk melontar pesalah zina’,”

PEMANSUHAN UNDANG-UNDANG ZALIM BUKAN UNTUK MENGUKIR NAMA

TERAS menegaskan bahawa pemansuhan undang-undang yang zalim tidak harus dikaitkan dengan mengungkitkan siapa yang menjadi juara kepada isu ini.

Perdana Menteri yang mewakili kerajaan juga bagi pendapat TERAS tidak perlu mendakwa bahawa keputusan itu adalah dari inisiatif kerajaan semata-mata , bukan dari mana-mana desakan pihak yang lain.

Pelbagai kelompok yang selama ini telah mengembleng tenaga untuk mendesak ISA di hapuskan tidak harus dinafikan. Malah perhimpunan dan demonstrasi untuk meminta tahanan ISA dibebaskan atau dibicara ternyata tidak diendah oleh kerajaan.

Persoalan yang lebih penting ialah memahami bahawa mana-mana undang-undang yang menzalimi hak seseorang individu atau kumpulan sudah semestinya dimansuhkan.
Malah undang-undang itu sepatutnya dari awal lagi tidak harus diujudkan tatkala salahguna kuasa yang berkiatan dengan penguatkuasanya kerapkali disalahgunakan.

Adalah menjadi tanggungjawab pihak kerajaanlah yang sepatutnya memastikan tidak ada undang-undang yang menindas rakyat.

Jadi ,semada kerajaan yang sedia ada atau kerajaan yang lain , soal memansuhkan undang-undang zalim seperti ISA semestinya adalah tanggungjawab kerajaan. Pokoknya ia tidak perlu menunggu desakan dari rakyat.

TERAS memberi perhatin serius bila PM mengumumkan akan ada dua undang-undang baru yang akan diujudkan bagi mengganti ISA . Untuk hal ini MAPIM mengesa pihak kerajaan tidak terperangkap dengan sindrom yang sama apabila undang-undang ISA yang dimansuh hanya bertukar nama semata.

ISA bentuk baru akan hanya menghilangkan keyakinan rakyat kepada kerajaan yang akan dianggap hipokrit.

Dakwaan transformasi politik sedang dilakukan hanya akan terbukti jika keseluruhan sistem politik ini dirombak. Ini termasuk antaranya soal reformasi dalam sistem parlimen yang sudah lapuk , tarikh pilihanraya yang seharusnya ditentukan bersama dengan parti pembangkang , peluang samarata dalam penggunaan media awam untuk semua parti politik yang bertanding , syarat laragan tidak membenarkan penggunaan premis pendidikanuntuk berkempen oleh mana-mana parti politik , menguatkuasakan peraturan penggunaan perbelanjaan kempen mengikut had yang dibenarkan.

TERAS berpendapat jika transformasi politik hendaklah dilakukan dengan bersungguh maka segala diskriminasi politik seperti yang berlaku sekarang hendaklah dihentikan dan amalan federalisme yang sebenar nya diaksanakan.

ISA yang telah dikuatkuasakan selama ini sering telah disalahgunakan atas alasan keselamatan awam sebagai sebab untuk menahan individu tanpa bicara.

Selama ISA ujud ada sahaja kelompok yang diugut dengan peruntukan yang ada walaupun tidak ada bukti jelas .

Bila Dr Mahathir mengatakan ISA tidak terlalu kejam , beliau seolah-olah menghina dan memperkecilkan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh keluarga mereka yang ditahan. Apakah menahan seseorang tanpa bukti yang jelas terutama hanya kerana menggugat kepentingan politik BN itu bukan suatu penganiyaan yang zalim?

Alasan beliau bahawa kali ini Malaysia boleh menegur negara lain seperti Amerika Syarikat kerana menahan orang Islam tanpa bukti di Teluk Guantanamao bukanlah alasan yang kukuh kenapa ISA perlu dimansuhkan. Kuasa besar seperti Amerika memang selama ini adalah sebuah negara fasis yang melanggar banyak hak asasi manusia hanya bila kepentingannya tergugat.

Tanpa membuat perbandingan seperti itupun ISA yang zalim tidak harus ujud.

Persoalan sekarang ini penahanan ISA yang selama ini dilakukan, adakah hanya suatu tindakan berwewenang tanpa memikirkan kesan keatas kehidupan mereka dan keluarga mereka.

Kata-kata ISA "tidak terlalu zalim" yang digunakan oleh Dr Mahathir adalah sangat tidak wajar kerana suatu kezaliman itu tetap zalim tidak kira bagaimanapun statusnya.

TERAS mengesa pihak kerajaan perlu menimbangkan perkara berikut ketika menggubal undang-undang baru:

1. Perbahasan yang terperinci hendaklah dilakukan dengan semua pihak untuk mempertimbangkan semua pandangan dari publik.

2. Semua bekas tahanan ISA yang jelas tidak melakukan kesalahan hendaklah dibayar pampasan.

3. Kuasa mutlak untuk menahan seseorang atas nama keselamatan awam oleh Menteri Dalam Negeri hendaklah dimansuhkan.

4.Prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi tidak dibuktikan bersalah hendaklah dipertahankan dalam sebarang undang-undang.

5. Saranan SUHAKAM dari semua jenis aduan yang diterima berkaitan dengan pelanggaran hak asasi manusia oleh mana-mana pihak berkuasa perlu diambilkira dengan bersungguh. ..

6.AUKU hendaklah dimansuhkan .
Mohd Azmi Abdul Hamid
Presiden TERAS

Mat Sabu mengaku tak bersalah

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu.

azlanBeliau mengaku tidak bersalah, sebentar tadi.

Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Selain itu, beliau turut berdepan dengan pertuduhan pilihan mengikut seksyen sama dengan dakwaan memfitnah tiga anggota polis yang mempertahankan diri dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950.
Pihak pendakwa meminta jaminan RM50,000 dikenakan ke atas Mohamad tetapi selepas dibantah peguam Mohamed Hanipa Maiden, mahkamah membebaskan pemimpin PAS itu dengan RM15,000 sehingga hari perbicaraan.

Jika bersalah Mohamad menghadapi kemungkinan dipenjarakan sehingga dua tahun, atau didenda atau kedua-duanya sekali.
Kumpul wang
Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin kemudiannya menetapkan sebutan kes paad 27 Oktober dan perbicaraan daripada 5 Disember hingga 9 Disember.
NONEKetika diminta mengulas, Mat Sabu berkata beliau telah menjangkakan tindakan mahkamah itu.

"Kes ini adalah mengenai interpretasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan melalui dialog dan debat, bukannya di mahkamah.

"Bagaimanapun, oleh kerana ia adalah kes mahkamah, kita akan berdepan dengannya,” katanya.

Menurut Mat Sabu, kerajaan mula kehilangan sokongan rakyat, khususnya golongan muda dan terpaksa menggunakan kekerasan dan undang-undang bagi mengurangkan pengaruhnya.

Sementara itu, ratusan penyokong pemimpin PAS berkumpul di luar pekarangan mahkamah sejak jam 8 pagi tadi bagi memberi sokongan.

Turut kelihatan Timbalan Pesuruhjaya PAS I negeri, Khalid Man dan Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow.
NONEMereka kemudiannya secara sukarela mengumpul wang dan menderma bagi mengikat jamin Mat Sabu.

Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah. -M'kini

Roh ISA Dikekalkan, Tahanan Tanpa Bicara Tetap Diteruskan - Penipuan Darjah Tertinggi

Nazri: Tahanan tanpa bicara akan diteruskan

Amalan penahanan tanpa perbicaraan akan diteruskan walaupun dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan undang-undang pencegahan yang lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut beliau dua undang-undang baru yang bakal diperkenalkan bagi menggantikan ISA akan juga membenarkan penahanan tanpa bicara kerana ia adalah elemen penting dalam usaha memerangi keganasan.
Katanya, Peguam Negara akan berunding dengan ahli parlimen, hakim dan pihak-pihak yang berkepentingan lain di dalam dan juga luar negara kerana menangani keganasan adalah usaha antarabangsa.

"Malah bagi kesalahan jenayah biasa, seseorang boleh ditahan tanpa bicara. Kami namakannya tahanan reman 14 hari, - ia juga merupakan satu bentuk penahanan tanpa perbicaraan," katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka anjuran bahagian undang-undang, Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Menurut Nazri, penahanan dalam keadaan seumpama itu tidak bererti seseorang itu dianggap bersalah.

"Rakyat juga sedar bahawa kita perlu untuk menahan seseorang sebelum boleh dapat mengumpul bukti," katanya.

Walau bagaimanapun, jelasnya, elemen yang sedang diperbetulkan ialah tempoh tahanan yang terlalu lama boleh disifatkan sebagai tindakan menindas.

Sementara itu, bercakap kepada Bernama selepas megadakan dialog bersama Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong) di Kuala Lumpur hari ini, Nazri berkata dua undang-undang baru yang akan menggantikan ISA tidak akan digunakan bagi menahan pihak yang berbeza ideologi politik.

azlanKatanya, kedua-dua akta itu akan hanya digunakan bagi mengekang kegiatan pengganas dan ekstremis agama.

Selain itu, pihak yang didapati bersalah di bawah kedua-dua akta tersebut hanya akan ditahan setelah dijatuhi hukuman oleh mahkamah.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan beberapa pihak yang mendakwa dua akta baru yang akan menggantikan ISA itu akan mengekalkan ciri-ciri ISA yang didakwa mereka akan menindas tahanan.

Mengulas desakan pembangkang yang mahu bekas tahanan ISA diberi pampasan berikutan pemansuhan akta itu, Mohamed Nazri berkata, ia sewajarnya tidak dijadikan isu kerana mereka ditahan di bawah undang-undang yang sah pada ketika itu.

"Ia berlaku mengikut undang-undang, (jadi ada) tidak perlu meminta maaf dan tidak perlu pampasan. Kenapa perlu persoalkan? Ia sepatutnya tidak jadi isu," kata Nazri.

Pada Khamis lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam perutusan khas Hari Malaysia mengumumkan bahawa ISA akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Najib berkata dua undang-undang baru itu akan digubal di bawah "semangat serta payung" Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah. -M'kini

Mohamad Sabu Ditahan, Bebas Dengan Jaminan Polis Di Pulau Pinang


Pakatan Rakyat menyifatkan langkah pihak berkuasa mahu mengenakan tuduhan ke atas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu sebagai tindakan bercanggah dengan pembaharuan politik diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Khamis lalu.

Sehubungan itu mereka menggesa pentadbiran Najib menggugurkan tindakan perundangan yang akan dibawa ke atas Mohamad esok.

Petang tadi, Mohamad yang turut dikenali sebagai Mat Sabu (gambar) ditahan untuk diambil keterangan di ibu pejabat kontinjen Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakub dipetik berkata, Mohamad ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang dari Kuala Lumpur pada pukul 7.30 petang tadi.

Mohamad dilaporkan tiba di ibu pejabat kontinjen pada 8.30 malam dan meninggalkan premis itu setengah jam kemudian.

Beliau dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok berhubung kenyataan kontroversi mengenai serangan komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong dalam ceramahnya di Pulau Pinang bulan lalu.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata apa yang diperkatakan oleh Mohamad mengenai isu tersebut cuma satu pandangan sebagai pemimpin politik.

“Jika pentadbiran Najib merasakan ini satu kesalahan, maka saya fikir kerajaan kena mengambil tindakan ke atas beberapa pihak lain yang turut memberi pandangan, yang dikatakan mengguris perasaan banyak pihak.

“Ini termasuklah Ahli Majlis Profesor Negara Prof Dr Zainal Kling dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan negara ini tidak dijajah, ia menafikan peranan pejuang-pejuang negara,” kata beliau merujuk kepada pandangan dibuat mereka sama ada negara ini tidak dijajah atau sebaliknya.

“Jika pandangan Mohamad Sabu dikatakan mengguris hati ramai orang, saya juga merasakan pandangan Prof Zainal dan Dr Mahathir juga telah mengguris ramai orang... apakah tindakan juga diambil ke atas mereka,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena ini.

Terdahulu Mohamad dipetik Bernama Online berkata, beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth dan telah dimaklumkan oleh peguamnya Mohamad Hanipa Maidin petang tadi.

“Peguam saya telah beritahu saya bahawa pihak polis ada menghubunginya bagi tahu saya akan didakwa esok.

“Ini ada kaitan dengan ceramah saya tempoh hari mengenai Mat Indera. Mereka minta saya hadir 9 pagi. Saya dan peguam saya akan hadir,” katanya.

Ceramah Mat Sabu mengenai Mat Indera di Tasik Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos telah mencetuskan kontroversi apabila Mat Indera yang dianggap ramai sebagai komunis, dijulang menjadi hero sebenar dan bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang terbunuh dalam serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar, Johor pada 1950.

Selain itu, Mohamad juga dilaporkan turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Mohamad akan didakwa mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan yang merujuk kepada perbuatan mengedar atau membuat kenyataan menghasut atau melakukan jenayah.

Jika sabit kesalahan, Mohamad boleh dihukum penjara sehingga dua tahun denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu Naib Presiden PKR N Surendran menggesa pentadbiran Najib dan Peguam Negara menggugurkan tuduhan ke atas Mohamad.

Katanya, tindakan itu menunjukkan penyalahgunaan kuasa polis dan prosedural pendakwaan serta melanggar hak asasi kebebasan bersuara.

“Kami menggesa kerajaan dan Peguam Negara tidak meneruskan tuduhan ke atas Mohamad dan untuk menunaikan pendirian Perdana Menteri mahu menjadikan Malaysia sebagai negara demokrasi terbaik,” katanya lagi.

Dalam pada itu Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub dan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang dihubungi mengesahkan Mohamad menemui polis untuk mengambil waran tahanan untuk hadir di mahkamah.

“Beliau tidak ditahan, cuma hadir di IPK Pulau Pinang untuk mendapatkan waran sebab esok beliau, dimaklumkan kena hadir di mahkamah,” kata Tuan Ibrahim.

“Mohamad tidak ditahan, ia prosedur biasa sebelum dihadapkan di mahkamah,” kata Salahuddin

170,818 pengundi guna kod negara misteri

KUALA LUMPUR : Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini mendedahkan pula sekurang-kurangnya 170,818 pengundi tidak diketahui negara asal kelahiran tetapi layak mengundi.

Mereka merujuk kepada kod negara "71 " yang terdapat pada no kad pengenalan pengundi tersebut seperti dalam Daftar Pemilih Induk (DPI) suku ke dua 2011 SPR.

"Berdasarkan kepada semakkan laman web JPN, tiada kod “71” disenaraikan sebagai kod rasminya.

"Oleh itu Pemuda PAS menganggap bahawa kod “71” adalah suatu kod  warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya," kata Pengerusi Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Pemuda PAS, Suhaizan Kayat.

Menurutnya, 42.33 % atau 72,742 pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran ini adalah dari rumpun bangsa Cina iaitu Cina (71,252), Hokkien (521), Teochew (375), Cantonese (292), Foochow (135), Hainanese (119), Henghua (25) dan Hokchiu (23).

17.33 % atau 29,605 pengundi dari rumpun bangsa India iaitu India (24,663), India Muslim (2,399), Punjabi (796), Sikh (639), Sri Lanka (346), Pakistani  (328), Tamil (324), Tamil Sri Lanka (67), Telegu (21), Malabari (12) dan Bangledeshi  (10).

Bagi pecahan mengikut negeri tempat mengundi pula adalah Selangor (29,758), Johor (28,164), Wilayah Persekutuan (17,548), Perak (16,680), Kelantan (15,345), Pulau Pinang (12,799), Sarawak (9,324), Sabah (8,590), Melaka (8,069), Negeri Sembilan (7,516), Pahang (6,495), Kedah (5,793), Terengganu (3,313) dan Perlis (941) .

"Ini bermakna bahawa negeri  Pakatan Rakyat (PR) termasuk Perak dan Wilayah Persekutuan mempunyai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahiran seramai 57.32 % atau  97,923 orang.

"Suatu jumlah yang cukup besar yang mungkin boleh menumbangkan kerajaan yang memerintah," katanya curiga.

Mereka juga turut menjangkakan bahawa terdapat lebih ramai lagi pengundi tidak diketahui  negara asal kelahiran ini dalam Daftar Pemilih Induk(DPI) suku ke-3  2011. yang akan digunakan untuk pilihanraya akan datang.

Ekoran itu mereka mahu JPN memberi penjelasan terhadap persoalan berikut:
1. Mengapa JPN menggunakan kod negara “71” sedangkan setiap negara seluruh dunia sudah mempunyai kod negara kelahiran yang telah ditetapkan oleh JPN sendiri. Dalam Kes Mismah yang sepatutnya menggunakan kod negara Indonesia  “61” tetapi Mismah diberi kad pengenalan  berkod negara “71”. Rujuk laman web JPN : http://www.jpn.gov.my/kodnegara dan http://www.jpn.gov.my/kodnegeri .

2. Kenapa begitu ramai sehingga 170,818 warganegara yang tidak diketahui negara asal kelahirannya dan mereka layak mengundi.  Bilangan ini terlalu mencurigakan. Apakah ada agenda tersembunyi dibelakang JPN bagi tujuan manipulasi pilihanraya?

3. Apakah suatu kebetulan atau sememangnya satu perancangan bahawa negeri Pakatan Rakyat mempunyai bilangan paling ramai pengundi yang tidak diketahui negara asal kelahirannya iaitu 57.32% ? -Hrkh

TG Nik Aziz kecewa hudud diberi ‘wajah begitu buruk’

Oleh Syed Mu’az Syed Putra

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan golongan yang menolak untuk melaksanakan hukum hudud seperti menghina dan mengetepikan ajaran Islam, dan merupakan golongan yang “jahil.”

TG Nik Aziz (gambar) berkata, kekeliruan tentang hukum hudud berlaku disebabkan pandangan yang dikeluarkan golongan tertentu yang jahil tentang undang-undang Islam itu.
“Saya menyebut hakikat ini kerana kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan dalam negara kita bahawa hudud ertinya hukuman ke atas pesalah.

“Justeru, hudud diwajahkan dengan wajah yang begitu buruk dan mengerikan. Seolah-olah apabila hukum hudud dilaksanakan, semua tangan akan dipotong dan semua batu akan dijadikan lontaran untuk pesalah,” kata beliau.

“Kita masih terngiang-ngiang kata-kata sinis yang dilontarkan sedikit masa lalu yang menyatakan ‘Jika mahu menikmati sup tangan, silalah ke Kelantan’ dan ‘akan habislah batu-batu di Kelantan digunakan untuk melontar pesalah zina’,” kata Nik Aziz lagi.

Sekalipun ia sudah lama diucapkan, kata beliau,  hakikatnya kata-kata dan ucapan seperti inilah yang memberikan imej yang negatif terhadap undang-undang hudud.
Berucap merasmikan  Hari Hududullah di Kota Baru, Kelantan pagi tadi, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, disebabkan kekeliruan itu ramai umat Islam dalam negara ini tidak memahami hukum hudud mengikut ajaran Islam.

“Hasilnya, masyarakat bukannya semakin dekat dengan Islam tetapi semakin jahil dan semakin jauh daripada syariat Islam yang sebenar.
“Syariat Islam bukannya dilihat indah dam cantik, tetapi dilihat primitif, ketinggalan zaman, ‘ouf of date’  dan sebagainya,” katanya menambah, orang bukan Islam turut salah faham tentang undang-undang Islam yang sebenar.

Kerajaan negeri Kelantan pimpinan Nik Aziz sebelum ini telah menggubal undang-undang hudud namun tidak dapat dilaksanakan ekoran surat amaran yang dikeluarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Nik Aziz pada 8 Jun lalu berkata hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud tidak dapat dilaksanakan kerana Dr Mahathir telah menyekat pelaksanaannya, ia disekat melalui satu surat amara dihantar kepada pemimpin veteran itu.
Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telah pun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993.

Ini berikutan dengan janji PAS untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihan raya umum 1990.
Menurut Nik Aziz, isu-isu agama yang berlaku sejak kebelakangan ini menambahkan lagi salah faham dan pandangan serong terhadap ajaran Islam yang sepatutnya tidak berlaku dalam negara yang berlandaskan prinsip Islam.
“Isu-isu seperti larangan bukan Islam memasuki masjid dan juga bacaan al-Quran di pembesar suara misalnya, ditangani dengan wajah yang lebih cenderung ke arah sentimen tanpa bimbingan ilmu yang sebenar. Hasilnya, sentimen yang dibakar bertambah panas sedangkan panduan sebenar Islam diketepikan.

“Saya sifatkan golongan yang menolak, menghina dan mengenepikan syariat Islam khususnya hudud merupakan golongan yang jahil dan tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri,” katanya sambil menambah, sekalipun mungkin mereka beragama Islam, tetapi Islam yang dianuti hanya di ruang yang terbatas tanpa didaulatkan sebagai undang-undang yang memerintah.
Tambah Nik Aziz, hukum hudud bukan dijatuhkan oleh orang pilitik tetapi hakim yang akan mengadili sebarang perbicaraan.

“Saya juga ingin tegaskan bahawa hukum hudud ini jika dilaksanakan bukannya dipelopori oleh orang politik. Tetapi hakim yang akan menjatuhkan hukuman. Itupun akan menjalani perbicaraan yang adil terlebih dahulu.
“Jadi tidak perlu untuk merasa gerun dan takut dengan hukum hudud kerana bimbang kononnya akan dikuasai oleh orang politik,” katanya.

Dalam ucapannya, beliau juga berharap golongan yang menolak hukum hudud “dapat diperbetulkan” selaras dengan kehendak Islam.
 “Justeru, saya mengharapkan agar tabiat menolak hudud ini dapat diperbetulkan agar jangan menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat,” katanya.

550 peneroka Felda Bera tuntut RM300 juta

TEMERLOH, 20 Sept: Seramai 550 peneroka dari Felda Gugusan Bera hari ini menuntut pihak Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd membayar ganti rugi RM300 juta hasil penjualan sawit mereka sejak 16 tahun lalu.

Writ tuntutan tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Temerloh melalui peguam-peguam Nasar Mirbas Khan dan Hanipa Maidin.

Ketika bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Nasar Khan berkata tuntutan peneroka ialah  berkaitan kadar perahan gred (KPG) yang dibayar kepada peneroka dengan terdapat unsur penipuan kerana dibayar lebih rendah daripada gred sebenar.

“Selain daripada itu peneroka selaku plaintif menuntut wang isi rong sawit, tandan yang ditolak tetapi diproses, keladak minyak dan abu tandan sawit yang semuanya mempunyai nilai tetapi tidak dibayar atau dikembalikan oleh Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd selaku defendan.

“Untuk tahun 2008 sahaja, kerugian yang dialami peneroka kerana tidak dibayar hasil yang disebutkan ialah RM19 juta dan tuntutan bermula sejak tahun 1995. Jadi kita jangka peneroka sepatutnya dibayar sekitar RM300 juta lagi,” katanya.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan PAS Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dan Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda Keadilan Pusat Suhaimi Said serta pemimpin-pemimpin peneroka.

Sementara itu Tuan Ibrahim ketika diminta berucap, berkata para peneroka hanya menuntut keadilan terhadap hak mereka sendiri tanoa meminta hak orang lain.

“Berdasarkan kes-kes saman yang sama dibicarakan di mahkamah sebelum ini, keputusan-keputusannya menyebelahi peneroka. Ini menunjukkan mereka benar.

“Ini muafakat mereka bersama tanpa mengira fahaman politik dan latar belakang jadi isu ini merupakan kepentingan bersama,” katanya.

Suhaimi Said pula memberitahu, sebelum ini 1,061 peneroka daripada Felda Gugusan Jengka telah tampil menuntut kerugian yang serupa daripada Felda dan anak syarikatnya di mahkamah yang sama. -Hrkh

Akta yang gantikan ISA akan lebih kejam?

Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (JUHAM) Dewan Pemuda Pas Malaysia menyambut baik langkah Perdana Menteri untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (“ISA”).

Langkah tersebut mendapat pujian semua pihak khususnya parti pembangkang dan badan-badan bukan kerajaan. Tetapi masih timbul tanda tanya kerana pemansuhan ISA itu bukanlah pemansuhan mutlak tanpa bersyarat malah berikutan pemansuhan itu, Kerajaan bakal memperkenalkan dua lagi akta baru bagi menggantikan ISA tersebut.

Menteri Dalam Negeri pula mendedahkan bahawa dua akta baru yang akan diperkenalkan oleh Kerajaan tersebut adalah berasaskan kepada Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom.
USA Patriot Act atau lebih dikenali sebagai Patriot Act adalah singkatan kepada Uniting (and) Strengthening America (by) Providing Appropriate Tools Required (to) Intercept (and) Obstruct Terrorism Act of 2001 dan telah diperkenalkan oleh Presiden George W. Bush pada 6 Oktober 2001. Akta ini diperkenalkan selepas Amerika mengalami serangan September 11, 2001.
Akta ini telah memberikan lebih kuasa kepada agensi penguatkuasa undang-undang untuk menyiasat rekod panggilan telefon, emel, perubatan, kewangan dan mengurangkan halangan undang-undang kepada agensi berkenaan untuk menjalankan aktiviti risikan khususnya ke atas warga dan entiti asing.

Akta ini juga meluaskan kuasa agensi itu berkaitan budi bicara menahan atau menghantar pulang mana-mana warga asing yang menjadi suspek dalam aktiviti keganasan.
Perlaksanaan akta ini telah mendapat tentangan daripada badan hak asasi manusia kerana sifat akta ini yang zalim khususnya penahanan tanpa had masa ke atas suspek, kuasa menggeledah sesebuah premis tanpa kehadiran atau pengetahuan pemilik dan kuasa untuk memintas komunikasi telefon, emel atau rekod kewangan tanpa waran mahkamah.

Harus dinyatakan di sini bahawa Mahkamah Persekutuan telah beberapa kali membuat keputusan bahawa tindakan yang dibuat oleh agensi berkenaan adalah salah dan bercanggah dengan perlembagaan.
Di United Kingdom, langkah yang sama telah diambil oleh Kerajaan kira-kira dua bulan selepas serangan September 11, 2001, Kerajaan telah memperkenalkan Anti-Terrorism, Crime and Security Act 2001. Ciri penting akta ini adalah kuasa untuk menahan warga asing yang menjadi suspek dalang pengganas untuk ditahan tanpa bicara tanpa had masa.

Namun, suspek itu boleh dibebaskan dengan syarat beliau meninggalkan United Kingdom. Pihak Kerajaan mendakwa bahawa kebanyakan bukti yang ada ke atas suspek ini tidak dapat digunakan di mahkamah kerana factor-faktor keselamatan.
JUHAM menegaskan bahawa penggunaan akta ini telah dicabar di Mahkamah dan House of Lords pernah memutuskan bahawa penahanan suspek tanpa bicara adalah bertentangan dengan Human Rights Act 1998 kerana bersifat diskriminasi memandangkan akta ini membezakan tindakan ke atas warga asing dan warga UK sendiri.

Oleh itu, Kerajaan telah memperkenalkan satu akta baru iaitu, Prevention of Terrorism Act 2005 bagi meremedikan masalah diskriminasi itu. Di bawah akta baru ini, tiada perbezaan antara tahanan warga asing atau warga tempatan. Namun, akta baru ini juga tidak sunyi daripada dicabar di mahkamah.
Umpamanya, pada tahun 2006 penggunaan akta baru ini juga telah dicabar di mahkamah dan mahkamah telah memutuskan bahawa peruntukan seksyen 3 akta baru ini bertentangan dengan hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil di bawah Art. 6 European Convention on Human Rights.

Ini kerana hak orang yang ditahan ini bukan ditentukan oleh sebuah mahkamah yang bebas tetapi di bawah keputusan pihak eksekutif, yang mempunyai kuasa melebihi kuasa pemutus mahkamah.
Walaupun sebahagian keputusan ini akhirnya diubah oleh Mahkamah Rayuan namun hakikatnya perlaksanaan akta ini telah diimbangi dengan kewujudan Human Rights Act 1998.

Human Rights Act 1998 adalah sebuah akta yang sangat berkuasa kerana akta ini menjadikan sesuatu tindakan sebuah badan awam sebagai tidak sah jika tindakan tersebut bertentangan dengan European Convention of Human Rights. Malah, jika pihak litigan tidak berpuas hati, mereka masih boleh membawa kes mereka ke mahkamah hak asasi di Strasbourg.
Sungguhpun langkah Perdana Menteri yang ingin memansuhkan ISA adalah dialu-alukan, namun, pengumuman Kerajaan untuk menggantikan ISA ini dengan dua model iaitu Patriot Act di USA dan Anti-Terrorism Act di UK adalah sangat tidak tepat.

Seharusnya Kerajaan tidak meniru akta yang dilaksanakan di USA dan UK itu kerana ternyata keadaan di negara tersebut tidak sama dengan di Malaysia. Jika Kerajaan ingin juga meniru kedua-dua akta tersebut seharusnya Kerajaan juga mesti memperkenalkan undang-undang yang boleh mengimbangi sifat arbitrari kedua-dua akta itu dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia sejagat.
Sekiranya, prinsip hak asasi tidak diperkukuhkan maka tiada guna ISA itu dihapuskan dan digantikan dengan dua akta baru yang lebih menekan dan bersifat opresif, ibarat pepatah Melayu “Keluar mulut buaya, masuk mulut singa”.

Di samping itu, sayugia juga dimaklumkan bahawa beberapa pindaan telahpun dibuat ke atas Kanun Kesiksaan dan beberapa akta lain berhubung dengan kesalahan berkaitan terorisme ini.

Sehubungan dengan ini juga, JUHAM berpandangan adalah wajar kerajaan mempelajari falsafah perundangan Islam yang tidak membenarkan kebebasan seseorang itu disekat melainkan dengan bukti yang nyata.

Penahanan seseorang tanpa bicara adalah zalim dan telah terbukti semenjak beberapa dekad bahawa ISA telah digunakan untuk menahan tahanan semata-mata kerana perbezaan fahaman politik.

Penahanan atas dasar perbezaan politik adalah amat kejam dan melainkan terdapat unsur-unsur terorisme dalam perjuangan politik itu maka barulah tindakan penahanan dan pendakwaan patut dibuat.

Selagi penyebaran fahaman politik itu masih dalam batasan demokrasi, tidak seharusnya kerajaan berasa terancam. Semoga demokrasi terus subur di Malaysia.

Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi
Pengarah
Jabatan Undang-Undang Dan Hak Asasi Manusia (JUHAM)
Dewan Pemuda Pas Malaysia

Pimpinan Pakatan Rakyat dinasihatkan Jangan keluar kenyataan kurang bijak

SHAH ALAM – Pimpinan Pakatan Rakyat (PR), dinasihatkan mematuhi garis panduan umum dengan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengundang kontroversi bagi mengelak dieksploitasi pihak ketiga.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan berkata, perkara itu wajar ditekankan kerana melibatkan kredibiliti dan kepercayaan masyarakat terhadap kepimpinan parti.

“Sebarang kenyataan melibatkan polisi dan perkara dasar perlu dibincang dan dibahaskan terlebih dahulu oleh Majlis Presiden Pakatan Rakyat menjadi kenyataan rasmi.

“Nasihat atau teguran ini tidak bermaksud menafikan hak bersuara atau mengemukakan pandangan, tetapi bertujuan menjernihkan keadaan agar tidak mencetuskan kekeliruan dan salah faham orang awam,” katanya.

Beliau berkata, empat garis panduan perlu diberi perhatian iaitu kenyataan memfitnah dan menuduh tanpa bukti, menyinggung sensitiviti kaum serta menghiris keharmonian.

“Kenyataan berunsur lucah, memiliki bahasa keras, maki hamun serta tidak berasaskan fakta perlu dijauhi,” katanya.

Sehubungan itu, Nasruddin menyarankan setiap ahli membudayakan amalan nasihat-menasihati supaya dapat menerajui perjuangan parti.

“Kita tidak mahu kesalahan ditunjukkan kepimpinan parti disalah tafsir dan menjadi buah mulut serta bahan tulisan, sedangkan ia lari dari maksud sebenar,” katanya.

Selain itu, Nasruddin meminta penulis, bloggers termasuk pemimpin politik mengetahui etika menulis dan tidak memutarbelitkan fakta.

“Jika mereka berkarisma dalam penulisan, baru lah kenyataan itu dibaca, dan diikuti kerana boleh dipercayai atau memiliki kredibiliti.

“Ini berbeza dengan tulisan atau kenyataan rambang berasaskan emosi, ia menjatuhkan taraf penulisan dan kenyataan itu dianggap sebagai picisan dan tidak dihormati,” katanya.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah, M Manoharan mengeluarkan pandangan akan mengubah jalur gemilang sekiranya PR berjaya mengambil alih pucuk pimpinan negara.

Namun, beliau kemudiannya memohon maaf atas kenyataan itu.

Apakah rang undang-undang yang akan digubal bagi menggantikan ISA

GUAR CHEMPEDAK – Isu pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mencetuskan kebimbangan kepada sesetengah pihak.

Ahli Parlimen Jerai, Firdaus Jaafar berkata, pemansuhan akta itu merupakan satu tuntutan rakyat dan menunjukkan perjuangan yang dijuangkan Gabungan Mangsa ISA (GMI) sudah mencapai kejayaan.

“Saya berterima kasih kepada GMI yang memperjuangkan isu itu setelah sekian lama dan akhirnya Perdana Menteri akur untuk memansuhkan ISA.

“Tetapi pada masa yang sama, rakyat ingin mengetahui apakah rang undang-undang yang akan digubal bagi menggantikan ISA,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, rakyat dan PR bersetuju bahawa isu ISA itu terlalu menindas dan tidak memberi keadilan kepada mangsa yang dituduh.

“Dari sudut asasnya saya mungkin bersetuju dengan pemansuhan ISA, tetapi perlu melihat undang-undang yang bakal diganti supaya rakyat lebih memahami berkenaan undang-undang itu,” katanya.

Firdaus berkata, biarlah undang-undang yang digubal itu mendapat keadilan untuk dua-dua pihak, iaitu tertuduh boleh membela dan kerajaan juga boleh menjalankan pendakwaan.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Puteri Umno Jerai, Hasfizahtulnisah Mat Isa berkata, tindakan yang diambil Perdana Menteri merupakan satu tindakan yang berani.

“Saya rasa pemansuhan itu memang wajar dibuat dan satu undang-undang baru yang lebih baik patut digubal.

“Akta yang baru patut digubal menjadi akta yang lebih baik dan ia lebih adil dan perlu dilaksanakan dengan lebih tulus, ini kerana mana-mana pihak yang ditahan di bawah ISA menganggap mereka dianiaya,” katanya

Dalam Azizan tak mampu tu pun dia sekupang tak pinjam kat K'jaan Pusat

Umno: Pemimpin PAS tak mampu jadi MB Kedah

September 20, 2011
ALOR SETAR, 20 Sept – Siapa saja daripada kalangan pemimpin PAS yang dipilih menjadi Menteri Besar Kedah tidak penting kerana calon tersebut tidak mampu menyumbang untuk pembangunan dan melaksanakan projek kesejahteraan rakyat.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata, PAS hendaklah buktikan dahulu ia telah melaksanakan projek pembangunan untuk rakyat dan bukan mengambil kredit daripada usaha kerajaan pusat.

“Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah sendiri tidak mampu melaksanakan apa-apa projek, apakah calon lain boleh,” katanya dipetik Bernama Online pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan-jabatan Persekutuan

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Mahathir semalam supaya anggota Exco Datuk Amiruddin Hamzah menggantikan Azizan yang tidak sihat.

Mohd Johari berkata Kedah pasti lumpuh tanpa bantuan kerajaan pusat seperti bantuan kepada mangsa banjir, pertanian, nelayan dan golongan miskin di negeri ini.

“Duit yang diperuntukkan bagi menyelenggara jalan pun tak tau ke mana perginya. Sebab itu banyak peruntukan tahun ini disalurkan terus kepada agensi-agensi kerajaan pusat untuk elak daripada disalah guna,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata Azizan juga gagal menyatakan dengan terperinchi dakwaannya bahawa PAS telah menunaikan 80 peratus daripada janji-janji manifesto pilihan raya umum 2008 parti itu