Selasa, 15 November 2011

Hasil Negeri Lebih Tinggi Dibawah Pakatan

SHAH ALAM 14 NOV : Geran Selangorku yang mencecah RM300 juta ringgit ternyata mengejutkan bekas pentabiran Barisan Nasional Selangor yang lama dan mereka tidak habis menyoal bagaimana Kerajaan sekarang mampu menyediakan jumlah yang begitu besar.

Malah ADUN BN di dalam perbahasan bajet 2012 sering kali menuduh berlakunya salahurus tadbir di anak syarikat kerajaan negeri seolah-olah tidak mungkin jumlah itu mampu dihasilkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sri Muda Suhaimi Shafiei menjelaskan geran ini dikumpul dari hasil keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri yang kini lebih cekap dan lebih menguntungkan, selepas bebas dari kepentingan ahli-ahli politik.

"Meraka yang bertanya ini sebenarnya terkejut. Semua hasil negeri dari sumber tanah, pasir, bahan batuan, hutan dan sebagainya kita kembalikan kepada rakyat. Dibawah pentadbiran terdahulu keuntungan anak-anak syarikat kerajaan negeri dimasukkan dalam Hasil Disatukan pada jumlah yang kecil. Dalam perjalanan kepada kerajaan negeri itu, banyak ‘tol-tol' yang perlu dibayar."
Kerajaan Negeri Selangor mempunyai tidak kurang dari 50 anak syarikat. Sasaran ditetapkan dimana mereka perlu menyerahkan sebahagian keuntungan mereka kepada kerajaan negeri dalam bentuk royalti dan dividen.

Jelas Suhaimi dasar telus dan bertanggungjawab membolehkan royalti ini dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat, melalui Agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) seperti Tabung Warisan Anak Selangor dan Skim Mesra Usia Emas.

"Kumpulan Semesta pada tahun 2011 setakat 30 Oktober sudah memberi royalti lebih dari RM18 juta ringgit."

"Semasa pemerintahan lama, paling tinggi yang pernah mereka dapat dalam setahun adalah RM3.5 juta. Kita mengatasi mereka dengan lebihan RM15 juta.
Dari sudut perniagaan pula, keuntungan Kumpulan Semesta mencecah RM28 juta daripada sasaran RM30 juta ringgit. Dicampurkan dengan royalti, kita berada di hadapan sebanyak 10 kali ganda."

Suhaimi menegaskan belanjawan pro-rakyat seperti Belanjawan Selangor 2012 mustahil dirumus dibawah pemerintahan lama. Katanya Belanjawan Selangor 2012 menuntut iltizam kuat untuk mengagihkan kemewahan Selangor kepada rakyat terbanyak.

"Apabila kita mengambil alih kerajaan selangor, kita kesan perjanjian-perjanjian perniagaan yang amat berat sebelah dirangka untuk memberi keuntungan kepada kroni terlibat."

Beliau menambah Pakatan Rakyat perlu mengambil langkah-besar untuk memperbetul kepincangan-kepincangan yang berlaku sepanjang Selangor diperintah Barisan Nasional.

"Pernah suatu ketika kerajaan negeri tidak mempunyai rekod hutang atau jumlah perkongsian modal usahasama anak-anak syarikat kerajaan negeri dan syarikat-syarikat terlibat."
Kes hutang Talam Corporation yang kini berjaya dialihkan menjadi sumber pendapatan lumayan disebut Suhaimi sebagai contoh hasil-kerja kerajaan Pakatan yang berhemah.

"Walaupun yang kita ambil-alih hutang itu, tetapi sebenarnya untuk masa jangka panjang ia adalah aset berharga. Nilai hutang dahulunya RM398 juta ringgit, hari ini nilai aset dinilaikan hampir RM600 juta ringgit."
Tegasnya bukan sahaja keuntungan anak-anak syarikat negeri diserahkan semula melalui MES, tetapi juga setiap hutang turut dikejar untuk dipulangkan kepada rakyat Selangor.
TVS

Adun Umno diperintah bayar gantirugi kepada PKINK

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Mahkamah Tinggi Kota Bharu hari ini mengarahkan Adun Umno Kubu Gajah, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar membayar gantirugi kepada Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

Mahkamah juga menetapkan 30 November ini untuk Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kota Bharu menetapkan tarikh bagi mendengar taksiran gantirugi yang perlu dibayar oleh Raja Ahmad Zainuddin.

Pada 30 Oktober yang lalu Yang Arif Hakim Datuk Ahmad Zaidi bin Ibrahim membenarkan tuntutan Plaintif (PKINK) dengan kos ke atas Raja Ahmad Zainuddin (Defendan Ketiga) di atas penerbitan berita fitnah yang diterbitkan oleh akhbar Mingguan Watan Bil 17, Ahad 21-27 Disember 2008 bertajuk “ Siasat Pemimpin-Pemimpin PAS Kelantan Seleweng Ekuiti PKINK” .

Raja Ahmad Zainuddin telah disaman atas kapasitinya sebagai Penasihat Jabatan Pengarang Mingguan Watan .

Semasa perbicaraan, beliau didakwa cuba menafikan bahawa beliau mempunyai pengetahuan terhadap berita fitnah yang dilaporkan oleh akhbar Watan tersebut.

Namun semasa pemeriksaan balas oleh peguam PKINK beliau bersetuju bahawa beliau tidak pernah membuat apa-apa aduan kepada pihak Watan berhubung penerbitan berita fitnah tersebut.

Beliau juga mengakui tidak ada membuat apa-apa laporan polis di atas berita fitnah tersebut.

Beliau juga mengakui bahawa beliau adalah salah seorang penulis di akhbar Watan tersebut.

Raja Ahmad Zainuddin juga sebelum ini pernah cuba membatalkan saman PKINK ke atas beliau namun hakim yang sama juga menolak permohonan beliau dan meminta kes saman tersebut dibicarakan .

PKINK diwakili oleh Mohamed Hanipa Maidin bersama-sama Encik Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates manakala Dato Raja Ahmad Zainuddin pula diwakili oleh peguam Umno iaitu Dato Hafarizam Harun dan dibantu oleh Encik Faizal dan Encik Badrul Hisham dari Tetuan Ong-Hanim & Badrul .
HD

Tengok nii...Gambar Sensasi beb..

Fuhh...Satu tujuan..tapi lain Aqidah...

VIDEO - YB SAIFUDDIN HUJAH PASAL ISU LEMBU SAHRIZAT



Itulah padahnya bila lantik orang yang tidak menang di dalam Pilihanraya menjadi Menteri...Takkan orang Umno tidak sedar-sedar lagi?  Ini kes lembu yang me`lembu'kan orang-orang Melayu yang masih menyokong Menteri ini...
 

Isu Fidlot : Bung Mokhtar mahu Shahrizat letak jawatan (Video Inside)



Sebelum ini, kita telah menyaksikan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menafikan hak Shahrizat untuk membuat penafian atau membela dirinya sendiri tentang dakwaan pihak KeAdilan terhadapnya tentang pembelian Kondominium Mewah yang nilainya hampir mencecah RM10 Juta.

Khairy telah mengakui bahawa pihak National Feedlot Centre (NFC) telah menyalahgunakan dana yang diperuntukkan untuk NFC untuk membeli Kondominium itu.. - sila baca di (SINI).

Petang semalam pula Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Datuk Bung Moktar Radin meneruskan serangan terhadap Shahrizat dengan memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri kabinet yang bertanggungjawab dalam Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) patut meletakkan jawatan.

Bung Moktar membuat saranan itu ketika ahli parlimen BN membahaskan isu rundingan pertukaran saham antara syarikat penerbangan tambang murah AirAsia dengan Malaysia Airlines.

"Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.

"Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.

"Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil," katanya.

Saksikan video dibawah.. dengarkan berapa ramai yang setuju dengan Bung Mokhtar.. hanya pencacai UMNO saja yang tak nampak penyelewengan ini..

Pendapat aku.. sepatutnya bukan Shahrizat seorang yang didesak meletak jawatan tetapi Menteri yang mempertahankan Projek ini juga.. begitu juga dengan Ketua Pemuda UMNO yang jelas cuba memperbodohkan rakyat dalam hal ini..

SAMPAI BILA NAK DIPERLEMBUKAN OLEH UMNO?


Sumber
ASPAN ALIAS

Lepas satu isu timbul satu isu yang melibatkan pemerahan wang rakyat yang di lakukan oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan keluarganya dalam jumlah yang besar dan tidak terfikir oleh sesiapa yang mempunyai sedikit daya pemikiran yang baik.

Isu yang terakhir yang kita dengar setakat ini ialah isu NFC (national feedlot centre) yang melibatkan keseluruhan keluarga Ketua Wanita UMNO dan seorang Menteri yang masuk ke dalam Jemaah Menteri negara melalui pintu belakang itu.

Dengan terbongkarnya tindakan mencuri ini maka ramailah pemimpin-pemimpin UMNO yang membuat kenyataan sambil berbohong di Parlimen dengan menyatakan yang projek lembu itu adalah projek yang berjaya.

Muhyiddin Yassin yang bertanggung jawab untuk menjadikan projek ini menjadi realiti telah meminta Noh Omar untuk menjawab dan mempertahankan Sharizat di dalam parlimen tetapi beliau menyepi dan tidak berkata apa-apa. Tindakan Muhyiddin untuk meminta Noh Omar untuk menjawab itu memang tindakan yang bijak kerana jawapan yang sebodoh itu hanya boleh diberikan oleh orang seperti Noh Omar itu.

Yang mengejutkan saya ialah penglibatan Khairy Jamaludin membantu Noh Omar mempertahankan tindakan keluarga seorang ahli jemaah kabinet negara dengan mengatakan yang projek itu adalah projek yang berjaya. Khairy menambah lagi kekalutan dengan memberi tahu rakyat yang pembelian kondominium berharga RM10 juta itu adalah tindakan yang betul kerana untuk mengelakan wang lebihan syarikat itu dari ‘idle’ di dalam akaun syarikat.

Khairy yang baru mula hidup ini sedaya upaya untuk memperbodohkan orang ramai. Khairy yang selama ini saya anggap pemimpin berpotensi dalam UMNO dan negara sekarang sudah menampakan dirinya sudah terpengaruh dengan budaya mempersendakan rakyat. Mungkin Khairy terpaksa bersama-sama Noh Omar menganggap rakyat ramai ini bodoh dan boleh diperlakukan apa sahaja terhadap mereka (rakyat).

Dengan tindakan Khairy memberikan alasan yang jembel untuk mempertahankan Sharizat dan keluarganya saya telah dapat membuktikan teori yang saya selalu sebut; sehebat mana pun dan sehandal mana pun pemikiran dan kepimpinan seseorang itu, apabila terlibat di peringkat kepimpinan UMNO seseorang itu akan menjadi lemah pemikiran dan akan selalu bertindak bodoh mempertahan perkara yang tidak boleh dipertahankan lagi.

Pendeknya UMNO hanya mampu untuk merosakan pemikiran orang ramai dengan menyakinkan perkara yang bathil itu di terima sebagai perkara yang hak. Apa sahaja yang buruk yang di lakukan oleh mana-mana pemimpin tertinggi UMNO itu mereka (pemimpin UMNO) akan berpusu-pusu mempertahankan kesalahan sesama mereka.

Dalam isu NFC ini amat jelas kerajaan sedang cuba untuk memperlembukan orang ramai dengan projek lembu ini. Mereka menggunakan lembu untuk melembukan kita semua. Mereka seolah-olah meminta kita semua bertepuk tangan kerana kegagalan projek ini dan menganggapkan yang projek ini adalah projek berjaya.

Noh Omar dan Khairy seolah-olah menganggap yang kita di bawah ini semuanya lembu yang tidak tahu mengira dan membaca.

Kalau perbahasan yang bodoh ini datangnya dari Noh Omar tidak meagapalah kerana itu pun kemampuan ahli parlimen Tanjung Karang itu, tetapi kalau perbahasan yang seperti ini datangnya dari Khairy Jamaludin ianya amat memeranjatkan bukan sahaja saya yang tidak sepertinya ini tetapi juga dari ramai ahli masyarakat yang bertanya kepada saya kenapa universiti teragong dunia ini mengeluarkan produk seperti Khairy Jamaludin.

Apa pun yang berlaku sekarang ini rakyat perlu melakukan tuntutan untuk mendapatkan kembali hidup di dalam sebuah negara yang kita sanjungi seperti yang kita semua alami dahulu.

Caranya ialah untuk rakyat beramai-ramai melakukan pembetulan ini dan yang paling tepat waktunya ialah semasa pilihanraya yang akan datang. Kita tidak mahu lagi membaca lapuran ketua audit negara yang sama kandungannya seperti yang kita sedang baca sekarang ini tertulis dalam lapuranya pada tahun-tahun yang akan datang.

Kepada Khairy elok kita ingatkan supaya janganlah mencari isu yang lembab seperti ini untuk mendapatkan apa yang saudara idamkan dalam UMNO ini. Elok cari isu yang lain kerana kalau beliau masih mempertahankan Sharizat ianya adalah ‘self defeating’ bagi beliau.

Sepatutnya saya tidak masuk campur dalam hal Khairy ini tetapi saya tidak tahu kenapa saya masih ada sedikit ‘soft spot’ terhadap pemimpin muda ini. Khairy ini seorang pemimpin yang baik dan berpotensi tetapi beliau menjadi ahli parti yang salah untuk beliau.
bintongan

Zahid - “Salah ke tumpang jet kawan ke Saudi?”

Zahid mengaku ke Saudi naik jet peribadi, nafi miliknya

Kuala Lumpur 15Nov — Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengakui beliau telah pergi ke Arab Saudi baru-baru ini untuk menunaikan haji dengan menaiki sebuah jet peribadi tetapi menegaskan pesawat itu adalah milik kawannya

Naib Presiden Umno itu menolak dakwaan disiarkan oleh beberapa blog dan SMS yang mengatakan jet peribadi itu kepunyaan beliau.

“Betul, tapi saya tumpang orang punya jet. Kebetulan dia pun buat haji,” kata beliau (gambar) dalam respons menerusi SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dalam respons ringkas itu beliau seterusnya berkata: “Salah ke (tumpang jet kawan ke Saudi)?”

Zahid, Ahli Parlimen Bagan Datok dilantik sebagai Menteri Pertahanan pada 2009 ketika era pentadbiran Najib.

Sebelum itu beliau merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab ke atas hal ehwal Islam.

Dakwaan diterima menerusi e-mel menyebut Zahid telah pergi untuk menunaikan haji tahun ini dengan menaiki jet peribadi.

Menurut dakwan itu, isteri beliau Datin Seri Hamidah Khamis telah berada di Madinah terlebih dahulu dan beliau menjemput dengan jet peribadi dan kemudian ke Jeddah.

“Siapa empunya jet peribadi ini, jika sahabat beliau; dengan tujuan apa diberi untuk menggunakan jet peribadi ini. Adakah sahabat beliau yang mempunyai kepentingan dalam Kementerian Pertahanan?

“Jika beliau menggunakan wang sendiri untuk menyewa jet berkenaan; dari mana beliau dapat wang sebegitu banyak?” kata dakwaan itu.

Dakwaan itu juga menyebut beliau sering ke Arab Saudi terutama ketika Ramadan dengan rakan kongsi yang sama beliau bernama “Tuan Sheikh Rozi”.
Bagaimanapun Zahid tidak menyebut nama rakan beliau memiliki jet peribadi itu dalam responsnya.

Dulu lain kini lain...bukan dulu kini dan selamanya...

Klik untuk besarkan

 
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
1. Bob Lokman - bekas pelakon, pelawak, komposer

2. Ustaz akhil hayy - bekas penyanyi rock (80-an)
'D Riyadh'

3. Megat - bekas penyanyi kumpulan ACAB

4. Azmeer Mustafa - bekas pelakon filem 'ali setan'

5. Ustaz Radzi - bekas penyanyi rock 'Melissa'

6. Iwan Syahman - bekas penyanyi dangdut

7. Izam - bekas vocalis kumpulan E.Y.E

8. Sham kamikaze - bekas gitaris kumpulan 'kamikaze'

9. Mel - bekas penyanyi kumpulan 'Wings'


Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...Amizudin Ahmat (Din Binjai)

PROVOKASI MELAMPAU PEMUDA UMNO GUNA PELAJAR SEKOLAH




Setiap kali ceramah kita diganggu, ada kumpulan bermotor datang membuat kacau sedangkan bila Umno berceramah, kita tak pernah ganggu pun ,ini bukan kali pertama sudah lima kali Pemuda UMNO Pasir Gudang gangu ceramah Pakatan ,Pada malam ceramah tersebut kenderaan yang bawa Mat Sabu di Tahan oleh pemuda UMNO tapi di halang oleh Pihak Polis dan orang ramai,..Rata rata yang hadir marah dan geram gelagat Pemuda UMNO yang mula provokasi dari mula ceramah di mulakan , Termasuk mereka bakar Bendera Keadilan..Pada 14 hb laporan Polis akan di buat terhadap Pemuda Umno Pasir Gudang
 

Mana Wang Zakat Wahai Jamil Khir??


Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar kesal kerana sehingga kini Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom tidak menjawab isu penyelewengan wang zakat.

Awal November lalu, Mahfuz mendakwa Jamil mengarahkan Yayasan Taqwa, membayar sebuah syarikat yang membekal buku bertajuk ‘Bukti Pas bukan parti Islam’.

Justeru itu, Mahfuz meminta penjelasan Jamil kenapa Yayasan Taqwa yang diletakkan di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan memperoleh sumber dari hasil wang zakat, diperalat bagi tujuan politik.

“Kita minta dia (Jamil) buat penjelasan kenapa membuat pengarahan melalui setiausaha sulit kanan, mengarahkan Yayasan Taqwa (membayar syarikat berkenaan),”.

“Dia (Jamil) dah balik (menunaikan haji) dari mekah, harap dapat menampilkan imej sebagai seorang yang baru balik dari Mekah dan bagi penjelasan,” kata Mahfuz.

Mahfuz sebelum ini mendakwa maklumat itu diperoleh berdasarkan satu surat oleh JPM kepada Yayasan Taqwa bagi membayar syarikat penerbitan buku yang didakwa memburukkan PAS itu.

Buku berkenaan diberi kepada sekumpulan bilal dan imam masjid dalam sebuah program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Kesemua bilal dan imam dari seluruh Kedah itu dibawa ke sebuah dewan di Bangi untuk mengikuti kursus berkenaan.

Mahfuz memberitahu, kursus anjuran Jakim yang sudah tiga kali diadakan itu, turut dihadiri pegawai tertinggi polis Bukit Aman dalam setiap siri dianjurkannya.

Program itu juga memanggil bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyampaikan ucapan.

Jamil sebelum ini turut didakwa menggunakan wang zakat sebanyak RM32 ribu bagi membiayai yuran guaman beliau dan Ketua Pengarah Jawi, Datuk Che Mat Ali dalam isu qazaf yang difailkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bapa Bob Lokman Persoal JAIS Tahan Anaknya Beri Syarahan Agama

Kota Bahru - Bapa kepada pelawak dan penulis lirik, Bob Lokman, Lokman Ahmad (gambar), 73, sehingga kini belum mengetahui perkembangan terbaru anaknya itu.

Beliau berkata, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 47, pernah dihubunginya ketika berita penahanan anaknya itu dihebahkan menerusi media, namun belum sempat berbual dengannya.
“Mengikut media, Bob ditahan tetapi sudah dibebaskan. Saya kira, Mohd Hakim tidak patut ditahan kerana dia bersyarah mengenai agama dan jika difikirkan, ia sama seperti orang tabligh menyebarkan agama, tetapi tabligh tidak pula ditahan.

“Mungkin nama Bob itu perlu ditukar kepada Ustaz Mohd Hakim kerana saya rasa, itulah nama serasi memandangkan dia mempu nyai latar belakang pengajian agama,” katanya, semalam.

Beliau berkata, nama ‘Ustaz Mohd Hakim’ dicadang kan berdasarkan Bob ketika bersekolah di Maahad Hami diah Kajang pernah menjadi juara syarahan dan merupakan cicit kepada ulama terkenal di Kelantan, Tok Kenali.

Menurutnya,
penahanan dibuat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dirasakan tidak adil kerana anak lelakinya memberi syarahan agama dalam masjid, bukan berbuat perkara tidak sopan.

“Sepatutnya, jabatan agama tangkap mereka yang melakukan perkara tidak sopan seperti mengadakan majlis tarian, seks serta menyanyi, bukan orang beri ceramah agama,”
katanya.

Oktober lalu, Jais menahan Bob Lokman, setelah didapati memberi ceramah tanpa tauliah di hadapan kira-kira 70 jemaah di Masjid Kampung Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor. -SH

Belum sampai seminggu Hajjah Rosmah dah tercabut tudung

OBAMA bersama isteri Michele, bergambar selepas menyambut ketibaan Najib dan Rosmah pada majlis makan malam rasmi untuk ketua-ketua kerajaan bersempena APEC di Honolulu, Sabtu lalu.

P/S- Bini obama selendang di bahu, Bini najib pulak selendang di pinggang...lagi bawah hampir terlucut..

Ust Azhar Idrus - Umno Sesat.!!! (video)