Sabtu, 30 April 2011

Selepas Maharaja Lawak......Maharaja Sumpah

Sesumpah sedang bersumpah.

Sesekali fikir......macam 'betul' je Mamat T ni......nampak khusyuk dan tawaduk, bersongkok tinggi 2 jengkal lagi, berbaju Melayu lagi.....dua kali fikir macam tolol je.....tiga kali fikir macam bahlul je.

Satu fenomena baru di 1Malaysia.

Walau apapun......itu 'hak' individu......rakyat Malaysia berhak untuk ber'sumpah'......rakyat Malaysia berhak untuk tengok video lucah.....berhak untuk buat tayangan perdana.

Tapi jangan lupa......Masjid pun ada haknya sendiri.....orang Islam pun ada haknya.....hak untuk memakmurkan Masjid.....solat Asar berjemaah.....menutup aurat......dapat khabar ramai yang tak ikut solat Asar berjemaah (sesumpah bersumpah dekat-dekat dengan waktu Asar)

al-brangionline:

Lepas ini akan diwujudkan satu reality show yang baru untuk lawan Maharaja Lawak......iaitu Maharaja Sumpah

Video : Penerangan mengenai Sumpah Mubahalah dan Fitnah oleh Prof Dr. Harun Din

Sesuai untuk tontonan pencacai-pencacai UMNO biarpun aku tahu mereka lebih berminat untuk menonton video lucah dari video ini..Penerangan dari Prof. Dr. Harun Din mengenai clip Video lucah terbitan ‘Three Stooges’ dan sumpah Mubahalah yang berkait dengan video lucah itu..

“Sesungguhnya orang-orang yang suka, yang mahu, yang seronok akan tersebarnya cerita yang keji yang sepatutnya dirahsiakan daripada masyarakat, mereka sengaja mendedahkannya kepada masyarakat yang melibatkan orang-orang yang beriman bagi mereka azab Allah yang cukup pedih di dunia dan akhirat” – Surah An-Nur ayat 11.
 

Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah

BEKAS MUFTI & PENDAKWAH TOLAK SUMPAH
Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya (gambar fail) berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil. Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi, Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.

“Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Bagaimanapun, sumpah li’an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.

Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.

Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li’an.

“Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.

“Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li’an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.

“Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.

“Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak,” ujar beliau.

Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang kesan atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.

“Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.

“Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman,” ujarnya.

Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.

“Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina,” ujarnya.

Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz pula hari ini mengingatkan trio Datuk T supaya mengingati azab Allah, sebelum salah seorang daripadanya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat.

Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi ‘khutbah’ kepada mereka bertiga di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul petang tadi.

Kehadirannya pada mulanya disangka Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Beliau kemudiannya mengambil tempat dan duduk di hadapan ketiga individu berkenaan sebelum Eskay bersedia mengangkat sumpah.

Shamsul dilaporkan berbuat demikian supaya Eskay memikirkan semula tindakannya yang boleh memakan diri berikutan sumpah laknat tersebut.

Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada indivitu terbabit.

“Saya ada menghulurkan buku itu kepada Eskay dan memberikan nasihat berbunyi ‘jangan ambil kira habuan dunia kerana azab Allah lebih pedih’.

“Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat,” katanya.

Tambahnya, beliau juga menyedari bahawa Eskay membaca sumpah berkenaan mengikut skrip yang ditulis pada sehelai kertas selepas enggan menerima nasihatnya.

KEJAP KATA TERJUMPA KAMERA, KINI MENGAKU ADA BERSAMA DALAM BILIK, MANA SATU ESKAY?

BULETIN TV3 sebentar tadi (semalam), terang-terang Datuk Eskay bagitahu dia berani buat sumpah laknat esok (hari ini) kerana dia sendiri berada di dalam bilik sewaktu aksi seks DS Anwar berlaku. Bertambah pening orang yang sedia bodoh dengan pengakuan Eskay ini. Mengapa saya berkata demikian?


Bukankah Eskay awal dulu mendakwa bahawa dia terjumpa kamera tersembunyi tersebut di dalam bilik hotel sewaktu Anwar menyuruhnya mengambil jam yang tertinggal? Kununnya untuk memastikan bahawa itu adalah Anwar, beliau mengajak beberapa orang termasuk Rahim, Shuib juga YB Johari Abdul termasuk Chegu Bard menontonnya.

Sekejap beliau kata terjumpa kamera tersebut, sekarang ini mengaku beliau ada di dalam bilik berkenaan. Adakah kerana video itu sudah terkantoi kerana kelihatan kelibat lelaki lain selain lelaki yang kununnya Anwar di dalam video tersebut, maka dia terpaksa mengubah cerita?

Jika beliau memang benar berada di situ, apakah tujuannya? Jika untuk memerangkap Anwar, tidakkah lebih baik dan berkesan dengan menghubungi pihak berkuasa Agama untuk menangkapnya? Tentu lebih berkesan dan Anwar tidak boleh mendakwa itu satu konspirasi lagi.

Lojikkah Anwar mahu buat projek dengan Eskay berada di dalam bilik? Eskay kununnya memanggil beberapa orang untuk mengesahkan itu adalah Anwar. Mahu sahkan apa lagi jika beliau sendiri kata beliau berada di dalam bilik bersama Anwar? Jika beliau berkata beliau ada bersama Anwar, mengapa beliau sebelum ini memberitahu kejadian berlaku di sebuah hotel tetapi Polis menyebut di sebuah apartment? Siapa yang berbohong?/wfauzdin.blogspot.com

Ceramah Perdana DSAI di Ampang (video)

Tahaluf Siyasi bukan hasil dari 'kedai kopi'

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita46/mesyagunghtrg&setiu%20035.jpgKUALA TERENGGANU - PAS adalah satu parti politik yang unik kerana walaupun dasarnya adalah Islam tapi telah melakukan 'Tahaluf Siyasi' (kerjasama politik) dengan parti-parti lain yang mempunyai pelbagai dasar dan tujuan.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, amalan politik tersebut telah menarik minat Universiti Melbourne di Australia untuk membuat kajian mengenainya.

Katanya keputusan Tahaluf Siyasi dilaksanakan sebagai setelah satu perbincangan dengan tokoh-tokoh gerakan Islam sedunia dibuat dalam tahun 1998 di England.

Antara tokoh yang terlibat dalam perbincangan tersebut, kata Ustaz Nasharuddin adalah ulamak terkenal, Sheikh Yusof al-Qaradhawi

Sehubungan itu, Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali menegaskan, Tahaluf Siyasi adalah satu strategi dan bukan dasar bagi PAS.

Katanya, Dasar PAS adalah Islam yang tidak pernah berubah sejak ia diitubuhkan pada tahun 1951.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita46/mesyagunghtrg&setiu%20109.jpgMenurutnya PAS telah mula melakukan kerjasama politik sejak tahun 1974, dimana PAS telah mengadakan kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN).

Kemudian apabila terdapat perpecahan dalam Umno pada tahun 1990, katanya, PAS nengadakan kerjasama politik dengan parti Semngat 46 yang dipimpin oleh Tengku Razaleih Hamzah.

"(Pada pilihanraya umum) tahun 1990 dan 1995, kita bekerjasama dengan Semangat 46, (sebelumnya) pada tahun 1986, kita (PAS) ada 2 kerusi (parlimen),

"waktu kerjasama dengan Semangat 46 kita menang 7 kerusi (parlimen),"jelasnya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Setiu ke-33 di Masjid Lama Kampung Buloh, Permaisuri

Katanya, Tahaluf Siyasi merupakan saluran dakwah yang telah memberikan kefahaman Islam dan perjuangan Islamkepada parti-parti lain apabila bekerjasama dengan PAS. -BO


Formula PRU-12 berbeza dengan Formula PRU-13

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/ustnashauhtesmall.jpgHULU TERENGGANU - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa menegaskan pembahagian kerusi diantara parti-parti dalam Pakatan Rakyat tidak sama sebagaimana dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Menurutnya, Pakatan Rakyat hanya ditubuhkan selepas PRU-12 dan pembahagian kerusi PRU-12 adalah agihan sebelum Pakatan Rakyat.

Katanya, formula-forlmula yang digunakan dalam PRU-12 turut berubah selepas penubuhan Pakatan Rakyat dan juga beberapa pilihanraya kecil yang berlangsung sejak itu.

[Gambar - Ustz Naharuddin menerima cenderahati dari Ustaz Harun di akhir majlis perasmian mesyuarat Agung PAS Hulu Terengganu]

"Hanya selepas PRU-12, barulah tertubuh Pakatan Rakyat, PRU-13 merupakan pilihanraya umum yang pertama disertai atas nama Pakatan Rakyat,

"formula yang digunakan untuk PRU-13 tidak akan sama dengan apa yang digunakan dalam PRU-12 tahun 2008,"katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Hulu Terengganu, disini, 29 April.

Mesyuarat Agung kali ke 27 itu diadakan di Dewan Besar Kolej Darul Quran Islamiah (KUDQI) Kubang Lembek, Manir dekat sini.

Turut hadir adalah Dato' Ustaz Harun Taib Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu dan Bendahari PAS Terengganu Haji Muyiddin Abdul Rashid yang juga Setiausaha PAS Hulu Terengganu. -BO

Pengarah JAWI Pun Ada Saham Dalam Sumpah "Laknatullah"

Sumpah laknat: AMK persoal kehadiran Jawi

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin mempersoal kehadiran Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali (gambar) pada majlis sumpah laknat Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini.

Bercakap kepada media di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul hari ini, beliau berkata jabatan agama itu sepatutnya menghalang dan bukan merestui perbuatan itu.
Apatah lagi ujarnya, menurut undang-undang Islam, kes berkaitan fitnah jatuh dibawah hukum Qazaf dan ianya telahpun difailkan di Jawi.

"Saya hairan kenapa ada pengarah Jawi, kenapa beliau ada di sini. Kita sudah failkan kes ini di Jawi.

"Adakah beliau cuba membuat satu undang-undang baru dalam konteks syariah Islam yang telah jelas diperincikan dalam undang-undang," katanya.

Terdahulu majlis sumpah laknat Eskay yang dijadualkan berlangsung di sini hari ini bertukar kecoh dan terpaksa dibatalkan.

Ahli perniagaan itu juga tidak hadir ke masjid tersebut untuk majlis itu seperti yang didakwa sebelum ini.

Bagaimanapun, dalam kekecohan itu AMK mendakwa ternampak pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali berada di sebelah mimbar.

Che Mat kemudian kelihatan keluar melalui pintu di belakang mimbar.

"Saya hairan kenapa Jawi bersedia menjadi alat kepada pemerintah Umno dan Barisan Nasional untuk bersekongkol pada saya dalam perkara taghut, yang boleh merosakkan masyarakat," kata Shamsul lagi.

Pada masa sama, beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap pihak yang melakukan provokasi sehingga mencetuskan kekecohan dalam rumah Allah itu.

"Kita bukan bercadang mengganggu sebarang program, tetapi untuk beri penegasan, beritahu kepada mereka yang hadir, ini tidak boleh berlaku dalam Islam," tegasnya. -HD

AMARAN: Sesiapa juga yang merestui dan membantu proses sumpah laknat yang dilakukan oleh manusia yang bernama Shazryl Eskay Abdullah akan terkena laknatullah juga.

Termasuklah UMNO sebagai parti yang mendokong perbuatan fitnah ketiga-tiga Datuk T tersebut, pihak polis, Pengarah JAWI, blogger pencacai UMNO, pihak media cetak dan eletronik dan orang perseorangan.

Hancur dan binasalah kesemua mereka nanti. InsyaAllah. Orang beriman amat yakin mengenainya.

p/s * Dan sememangnya pun UMNO sedang menuju kebinasaan dan kehancuran. Laknatullah yang dilakukan Eskay yang direstui UMNO itu adalah sebenarnya proses perjalanan dan sebab-musabab kebinasaan / kehancuran UMNO. Wallahu 'alam. -GB

Sumpah Laknat - Eskay Pegang Quran Terbalik Dan Dilarang Fitnah Anwar

Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay hari ini melafaz sumpah laknat dengan memegang naskah Al-Quran terbalik, sebelum diperbetulkan oleh seorang pendakwah bebas di Masjid Amru Al-As Sentul petang tadi.

Beliau bagaimanapun gagal mncapai hasrat mengambil sumpah bahawa Anwar adalah pelaku dalam video lucah yang ditayangkannya selepas dinasihati oleh pendakwah Firdaus Supri mengenai nas-nas Islam.

"Saya nak beritahu, sumpah ini tidak boleh digunakan dalam menuduh seseorang berzina kerana ia tiada dalam syariat Islam," kata beliau kepada Eskay sebelum menyerahkan senaskah buku mengenai hukum Qazaf kepada ahli perniagaan itu.

Firdaus kemudian membetulkan cara Eskay memegang Al-Quran sebelum ahli perniagaan itu menyempurnakan sumpah laknat bahawa beliau ada dalam rakaman video lucah yang diedarkan menerusi Internet sejak 4 April lalu.

Eskay, bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim hadir di masjid itu memakai baju kalis peluru seolah-olah keselamatan mereka terancam.

Rahim semalam berkata beliau dan Shuib telah mewakilkan Eskay untuk membuat sumpah laknat itu bagi pihak mereka.

Terdahulu, Pengerusi Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Abdul Razak Hussin mengesahkan bahawa majlis sumpah laknat itu dibatalkan apabila gandingan Datuk T itu tidak hadir.

Selesai upacara mengangkat sumpah laknat, tiga Datuk T itu bergegas meninggalkan masjid tanpa menjawab soalan pemberita.

Terdahulu keadaan selepas solat Jumaat menjadi kecoh seketika apabila sekumpulan jemaah memasuki ruang solat dan menuntut penangkapan Eskay kerana menabur fitnah bersabit video lucah itu.

Hadir bersama mereka adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan Samsul Iskandar Md Akin.

Shamsul Iskandar Md Akin berkata Eskay memperalatkan sumpah laknat dan membelakangkan hukum Qazaf yang jauh lebih sesuai untuk kes-kes fitnah.

AMK telah menfailkan pertuduhan Qazaf terhadap Datuk T, kerana menfitnah Anwar dan isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Shamsul kesal kerana pihak berkuasa Islam seolah-olah merestui sumpah laknat Eskay.

"Saya hairan dengan kehadiran pegawai Jawi sedangkan penyiasatan dikatakan sedang dilakukan oleh Jawi tentang kes Qazaf saya.

"Ini bukan caranya, kita ada Mahkamah dan (sumpah) ini bukan cara yang betul," kata Shamsul kepada media.


Surah Al-Munafiqun Ayat 1 hingga 4
[1] Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.

[2] Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.

[3] (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah).

[4] Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)? [Alquran-melayu]