Khamis, 26 Mei 2011

MAKLUMAT SEBENAR

Kenyataan Media - PAS : Benteng Ombak Penyelamat Ummah

 
 
Pagi ini, saya sempat membelek beberapa akhbar yang menyiarkan laporan muka depan berkenaan pertandingan jawatan-jawatan utama di dalam Muktamar Agung PAS pada minggu hadapan. Calon-calon yang sudah mengesahkan menyertai pertandingan dan tidak kurang juga yang menarik diri dilaporkan secara meluas bahkan mendapat tempat di muka hadapan akhbar. Saya melihat laporan media massa yang meluas ini sebagai satu perkembangan yang menarik.

Bagi saya, ini menunjukkan PAS telah menjadi perhatian ramai. Mustahil jika PAS merupakan parti kecil yang bertaraf kampung dilaporkan secara besar-besaran melalui akhbar harian. Tentulah banyak mata yang sedang memerhati gerak langkah PAS pada hari ini. Samada mata memandang menanti pincangnya langkah atau cantiknya bunga silat, wallahua’lam. Apa yang penting, PAS bukan lagi menjadi parti yang tersisih dari arus politik perdana. Hal-hal dalaman ‘rumahtangga’ PAS pun dijadikan gosip panas sedangkan apa yang pasti siapa saja yang membarisi kepimpinan PAS, pasti semuanya akan tetap melawan UMNO / Barisan Nasional.

Hari ini, istilah ‘ulama’ dan ‘profesional’ dihidupkan kembali oleh akhbar dan media eletronik milik UMNO. Kononnya kedua-dua ini adalah inti yang berlawanan antara satu sama lain. Sedangkan hakikatnya tidak pernah wujud jurang antara ulama atau professional di dalam PAS kecuali jurang yang diada-adakan oleh UMNO/Barisan Nasional. Jikapun ada, kedua-duanya tidak lebih melainkan hanyalah caj positif dan caj negatif yang apabila bergabung menjadi arus eletrik yang cukup kuat untuk memberikan renjatan kepada UMNO/Barisan Nasional.

Tidak ada apa yang pelik jika kepimpinan PAS dilatari oleh individu yang datang dari pelbagai bidang pendidikan dan kemahiran. Di zaman Rasulullah SAW, sahabat-sahabat baginda mempunyai latar belakang yang pelbagai. Ada pakar strategi seperti Khalid bin al-Walid, ada penyair seperti Hassan bin Thabit, ada ahli korporat seperti Abdul Rahman bin Auf dan tidak kurang juga ahli ilmu seperti Abdullah bin Abbas dan Abddullah bin Umar radhiallahu anhum. Bahkan jika diteliti sejarah para sahabat Rasulullah SAW yang menjadi khulafa selepas baginda, semuanya datang dari latar belakang yang berbeza. Abu Bakar RA seorang sahabat yang terkenal dengan kehalusan hatinya, mudah menangis dan menitiskan air mata kerana Allah SWT, berbeza dengan Umar al-Khattab yang agak kental jiwanya, sesuai berdepan dengan kerajaan Rom dan Parsi di zamannya. Umar juga seorang tokoh pentadbir yang bijak menyesuaikan dasar dengan situasi semasa, lalu lahirlah pada hari ini perbincangan tentang Fiqhu Umar. Ia merupakan satu mata pelajaran yang saya sempat pelajari sewaktu berada di al-Azhar dahulu.

Oleh yang demikian, tidak ada yang pelik jika di dalam PAS, kepimpinannya dari pelbagai latar belakang. Profesional di dalam PAS itulah golongan ulama, dan ulama di dalam PAS itulah professional. Semuanya menjadi batu bata membentuk benteng kukuh berdepan dengan ombak sekular. Hari ini, gelombang sekular sedang ganas membadai. Jika dulu, ada gelombang berwarwa biru, hari ini pula ia berwarna merah.

Alhamdulillah, di Kelantan saya berharap agar benteng ini terus kukuh mempertahankan kerajaan negeri yang ditegakkan di atas dasar Membangun Bersama Islam. Kita asuh generasi yang ada agar terus kekal dengan perjuangan Islam. Malangnya, usaha kita dituduh meracun pemikiran anak-anak. Hakikatnya, anak-anak muda inilah yang perlu dibentuk dengan pemikiran Islam ketika masih di bangku sekolah. Jika kita boleh mengajar mereka tentang kesedaran alam sekitar, menjaga kesihatan bahkan pendidikan seks pun dicadangkan diajar untuk pelajar sekolah, apa jijiknya jika pemikiran politik cara Islam diajar agar mereka dapat membezakan intan dan kaca? Hairan saya, apabila akhbar-akhbar utama yang saban hari menyiarkan maklumat lucah di muka hadapan dan menayangkan cerita-cerita yang menjijikkan dibenarkan pula memasuki sekolah, bebas sahaja bertebaran di atas meja pusat-pusat sumber sekolah, sebaliknya apabila kita menjemput anak muda membaca al-Quran, kita dituduh meracun? Sungguh rabun mata hati mereka!

Harapan saya, muktamar yang akan diadakan pada minggu hadapan ini akan membuahkan hasil yang terbaik untuk perjuangan Islam. Kepada para perwakilan, pilihlah pemimpin yang bertaqwa kepada Allah SWT. Ikhlaskanlah hati, dan letakkanlah pertimbangan semasa memilih di atas neraca iman kepada Allah SWT. Insya-allah, saya yakin pilihan para perwakilan nanti adalah yang terbaik untuk meneruskan perjuangan PAS di persada politik tanah air.

Sekian, wassalam.

TUAN GURU HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS
Bertarikh : 25 Mei 2011 / 21 Jamadil Akhir 1432

Apakata UMNO keluar BN dulu....

Cabaran Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi(kanan) supaya DAP keluar dari Pakatan Rakyat untuk bertanding pilihan raya atas tiket sendiri telah menjadi bahan ketawa di kalangan umum.

Ketua Penerangan PAS Perak Khalil Idham Lim dalam
blognya hari ini menulis bahawa beliau melihat Naib Presiden UMNO itu sudah hilang pertimbangan akal yang waras dan bercakap “merapu” apabila meminta DAP meninggalkan Pakatan untuk menguji kekuatan serta pengaruhnya dalam meraih sokongan rakyat.

“Zahid nampaknya sudah terlalu cerdik, dan saya cadangkan kecerdikannya itu digunakan untuk UMNO, iaitu keluar dari BN kalau dia berani. “Apa lagi kekuatan yang ada pada BN dan UMNO sendiri adalah kekuatan yang sangat rapuh kerana bergantung kepada penyalahgunaan kuasa terhadap kementerian, jabatan dan agensi tertentu,” katanya mengulas kenyataan Zahid.

Zahid membuat kenyataannya untuk mengulas cadangan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat supaya kesemua negeri Pakatan tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri masing-masing jika pilihan raya umum diadakan tahun ini.

Khalil Idham yakin kenyataan Zahid membuktikan BN sudah kehilangan arah dalam usahanya mencari sokongan rakyat.

“Kenapakah jauh sangat Zahid mencabar DAP untuk keluar dari Pakatan dan apa pula istemewanya jadi `anak jantan’ kalau keluar dari Pakatan seperti yang dikatakannya. Hakikat sebenarnya UMNO lah yang sekian lama `pondan’ disebabkan tidak berani keluar dari BN,” tambahnya.

Beberapa blog tempatan serta komentar pembaca mereka juga menyifatkan cabaran Zahid terhadap DAP sebagai satu jenaka, tidak masuk akal dan kurang cerdik, di samping memberi cadangan balas supaya UMNO yang keluar dari BN untuk membuktikan ia “anak jantan”.

Dua hari lalu, Zahid menyatakan DAP merancang meletakkan calon Melayu bertanding di beberapa negeri dalam PRU akan datang, terutamanya bagi bertanding kerusi DUN di Perak, Melaka dan Negeri Sembilan. Ramai juga yang terpinga-pinga dengan kenyataannya kerana memang diketahui umum usaha DAP untuk meletakkan calon-calon yang mewakili semua kaum, termasuk Melayu, yang telah dianggap oleh Zahid seperti satu bentuk konspirasi.
Blogger Aspan Alias yang juga pemerhati politik veteran berpendapat saranan Zahid itu hanya setakat menakut-nakutkan orang Melayu supaya tidak menyokong DAP.
“Kenyataan Zahid itu merupakan kenyataan yang biasa kita dengar di kalangan pemimpin BN yang sudah begitu ‘paranoid’ dengan kemajuan yang dicapai oleh parti-parti pembangkang yang dahulunya di cemuh-cemuh oleh pihak kita sebagai parti yang tidak baik bagi rakyat dan negara,” katanya dalam blognya.

Beliau juga mengingatkan Zahid supaya tidak terlalu ghairah menyerang DAP kerana “jika orang Melayu tidak menyokong UMNO …(dan) …tidak menyokong DAP, mereka akan menyokong PAS dan PKR”.

Aspan menjelaskan ramai orang Melayu berpendapat mereka tidak boleh lagi menyokong UMNO semata-mata untuk menyokong serta tidak sanggup bersabar melihat pimpinan UMNO menyelewengkan wang rakyat. “Sikap menyokong membabi buta sudah berlalu,” tambah beliau.

source:Roketkini.com
Zahid: DAP 'anak jantan' jika keluar Pakatan

Minyak Tak Naik sebab KERAjaan tangguh sahaja... lepas nie siap badan laa rakyat oii...!!

Kabinet tangguh keputusan subsidi, tarif elektrik
 
KUALA LUMPUR, 25 Mei — Pentadbiran Najib menangguhkan keputusan berkaitan pelarasan subsidi dan soal kajian semula tarif elektrik yang menjadi fokus banyak pihak hari ini.

The Malaysian Insider difahamkan perkara itu muncul agenda utama pada mesyuarat Kabinet mingguan hari ini, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi tiada keputusan dicapai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri di Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) mengesahkan perkara ini tetapi Kabinet tidak dapat mencapai keputusan akhir hari ini.

Kebanyakan anggota Kabinet risau berkenaan dengan beban dan impak kenaikan harga ke atas kumpulan berpendapatan rendah.

“Kami risau mengenai implikasi, tidak banyak berkenaan soal bagaimana ia akan memberi kesan ke atas populariti Barisan Nasional (BN) tetapi bagaimana ia akan memberi kesan ke atas rakyat miskin,” katanya ketika dihubungi.

Ni kempen ka apa ?

oleh yahya / http://www.kedahlanie.info/

"Saya ingin bertanya, apakah kita dengar seorang ibu atau bapa menyebut: 'Anak saya dulu lemah pegangan Islamnya, atau kefahaman Islamnya, tetapi sekarang menjadi Muslim yang baik penghayatan dan kefahamannya kerana aktif dalam UMNO?!. Atau anak saya dahulu kurang kefahaman agamanya tetapi selepas aktif UMNO, dia lebih memahami Islam yang sebenar.' Saya rasa agak sukar ungkapan seperti itu ditemui." Dr Asri Zainal Abidin.

Kata- kata daripada bekas mufti Perlis ini memang ada benarnya. Bagaimana penghayatan dan kefahaman Islam oleh anak-anak orang Umno boleh menjadi baik jika dasar parti tidak meletakkan Islam di tempat yang sepatutnya. Adakah parti yang mengutamakan hiburan dan amalan rasuah mampu menjadi satu medium utama untuk berdakwah kepada ahli-ahli nya. Di sinilah berlakunya perbezaan yang amat ketara antara parti Umno dan Pas.

Kepimpinan Berteraskan Ulama adalah satu formula yang penting dalam menangani permasalahan yang sedang berlaku.. Bab yang ni saya nak lajak sikit. Di dalam Pas, ulama- ulama Pas memainkan peranan yang cukup penting dalam semenjak Pas ditubuhkan. Dengan ulama lah segala permasalahan dalaman Pas baik dari segi sosial, ekonomi dan politik dapat diselesaikan dengan begitu baik sekali.

Penghormatan yang diberikan kepada ulama- ulama Pas dalam memimpin parti secara tak langsung memberikan kesan kepada ustaz-ustaz, imam-imam, tok lebai dan mereka- mereka yang menjadi tumpuan masyarakat di kawasan bandar dan kampung dalam menyelesaikan masalah- masalah yang saya sebutkan tadi. Kalau bab kahwin, kita tak carik prof madya a aziz bari untuk mintak tolong selesai. Kalau bab perniagaan cara islam, kita tak carik prof madya a aziz bari untuk selesaikan,bab politik pun begitu juga, kita tak carik ulama umno yang memang kita tau hancur.

Sapa yang kita cari? Kalau saya, saya akan cari mereka yang ahli dalam bab agama untuk selesaikan setiap masalah yang berlaku dalam masyarakat kerana kita orang Islam. Itulah ubat kita. Kalau macam tu prof a aziz bari ni takdak fungsi ka? Ada. Fungsi dia adalah membuat kenyataan tanpa menggunakan akal bagi mencari populariti. Kenyataan daripada seorang yang bukan ulama. Dah lama dah saya dok ikut kenyataan dia ni tapi kali ini agak melampau. Sebab itu saya nak komen sikit.

Ini saya petik dari kedah lanie. Prof madya ni kata

"Yang kita nak cari dalam PAS ini bukan tok imam tapi panglima, pejuang... sebab itu PAS jangan syok sendiri" .

"PAS nak syok sendiri atau mahu kemukakan alternatif kepada rakyat, kalau PAS masih bincang berapa ramai tok lebai nak diletakkan di atas (barisan tertinggi PAS) buat apa? Kalau macam ini PAS belum layak untuk menggantikan Umno."

Hang tu sapa?? Turun jatuh Pas ni pasai hang ka? Kenyataan yang menghina tok lebai tok imam ni serupa mcm konsep umno la. Ulama tak hina golongan profesional. Sebab tu saya kata ada beza. Saya cukup heran kenapa masih ada orang Pas yang dok panggil prof madya ni untuk mengulas mengenai parti Pas. Golongan profesional di dalam Pas tak perlu membuat kenyataan yang boleh merosakkan matlamat Parti.

Saya masih mahukan ulama untuk memimpin parti Pas, dan go to hell kepada professor gila yang dok pertikai kemampuan tok lebai dan tok imam. Pasai depa ni lah anak-anak kita tak tergelincir jauh jika nak dibandingkan dengan parti lagi satu. Ingat apa yang dr Maza habaq tadi. Nasihat saya, kalau di shah alam, yb khalid boleh tergugat ngn pak imam atau tok lebai, yb elok dok diam-diam dari mengeluarkan kenyataan mcm al sheikh prof madya a aziz bari tu. Jangan kerana jawatan, pokok durian yang rendang berbuah sekian lama yb pandai-pandai nak kacuk bagi lagi sedap. Dari hidup beratus tahun tinggal lima tahun satgi baru ada akai.

U all kempen untuk letakkan golongan profesional di kerusi no 2 parti. U all buat kenyataan yang merendahkan tok imam dan pak lebai . Tapi sebenarnya u all tak pernah nak jaga perasaan orang sebab u all golongan profesional. Kalau nama terkenal satu dunia takpa la jugak. Ni dalam Malaysia pun orang tak berapa kenai, so enough is enough. Think back what is our mission. What should be done for Islam. Ulama tak kempen pun mcm hangpa dok buat lanie. Baik Azizan ka mahupun tuan Ibrahim.

Kami tak kenai hang prof. Dunia pun tak kenai hang. Jangan hang dok rasa sombong dan besaq diri dengan menghina tok imam dan tok lebai. You do your job and let the perwakilan do theirs

Rakyat bermaklumat jadi ‘bom jangka’ Umno

KUALA LUMPUR, 25 Mei: Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, Umno takut rakyat bermaklumat kerana ia akan menjadi bom jangka untuk menumbangkan Umno.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas luahan Datuk Dr Fuad Zarkashi, Ahli Majlis Tertinggi Umno selepas merasmikan persidangan perwakilan Umno Bahagian Kota Raja.

Fuad berkata, pendekatan pembangkang boleh mempengaruhi pemikiran anak muda melalui media baru seperti blog, Facebook dan Twitter.

“PAS mengharapkan semua jentera penerangan parti perlu melipat gandakan usaha penerangan dan penyerangan supaya rakyat di peringkat akar umbi memahami perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat serta mengetahui penyelewengan BN,” kata Idris kepada Harakahdaily.

Katanya, BN resah dengan teknologi maklumat tanpa sempadan.

Beliau menambah, mereka hanya boleh kongkong media bercetak dan berlesen sahaja, tetapi mereka gagal membendung media baru yang mempunyai kuasa tersendiri.

Katanya, segala fitnah yang mereka siarkan dalam media perdana, terus dijawab dalam beberapa minit sahaja dengan fakta dan data.

Tegasnya, PAS yakin keresahan Fuad akan menjadi kenyataan jika jentera Penerangan PAS dan Pakatan Rakyat mengoptimumkan penggunaan media baru untuk melakukan pencerahan minda rakyat yang rosak angkara media perdana yang tidak beretika.

Azizan tanding AJK, tolak timbalan presiden

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak memutuskan untuk bertanding merebut jawatankuasa pusat PAS dalam pemilihan parti itu Jun ini.

Setiausaha akhbarnya, Helmi Khalid memberitahu, Azizan yang juga pesuruhjaya PAS negeri turut menolak bertanding jawatan timbalan presiden bagi memberi tumpuan kepada Kedah, lapor Harakahdaily.

Azizan antara enam azlanpemimpin yang dicalonkan untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu.

Selain beliau, dua lagi pemimpin - Salahudin Ayub dan exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa - turut menolak pencalonan itu.

Ekoran penarikan diri tiga pemimpin tersebut, persaingan merebut jawatan berkenaan memperlihat pertembungan tiga penjuru antara penyandangnya, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan ahli jawatankuasa Mohamad Sabu.

Ketiga-tiga calon itu telah mengesahkan bertanding jawatan tersebut.

Muktamar PAS akan berlangsung di Markas Tarbiyyah PAS di Taman Melewar bermula 3 hingga 5 Jun ini

Malaysia akan dilanda Tsunami arak, alkohol, tuak,samsu dan todi.

Oleh Mummy Rokiah

Satu lagi rekod dunia telah tercatat apabila Malaysia disenaraikan di tangga yang ke 10 sebagai konsumer arak yang terbesar di dunia.

‘Ranking’ ini telah disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) dalam kenyataan yang telah dibuat oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Heng Seai Kie semasa melancarkan risalah dan seminars dalam “Promote Healthy lifestyle: Reduce Alcohol Harm” anjuran ‘ The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH).

Malaysia dikira hebat meminum arak atau alkohol kalau dibandingkan dengan negara-negara Mat Salleh yang lain kerana saiz penduduk nya yang kecil tapi kuat tunggang arak. Kadangkala orang Malaysia ini mabuk dan mereng lebih dari Mat Salleh mabuk khasnya malam-malam di Jalan Sultan Ismail dan Bintang Walk.

Statistik oleh badan antarabangsa tahun ini juga menunjukkan bahawa Malaysia menghabiskan lebih dari US$500mil (RM1.5bil) untuk alkohol dengan pengambilan per kapita sebanyak tujuh liter dalam lain perkataan ‘consumption’ Beer di Malaysia adalah 11 liter per kapita.

Hakikatnya pengambilan alkohol di negara ini semakin serius dan ini tidak termasuk arak-arak haram seperti samsu, todi dan tuak yang diproses dalam ladang-ladang sawit.

Jika gejala ini tidak disekat Malaysia akan dilanda Tsunami Alkohol dan akan hanyut lemas dihempas ombak alkohol dan pada ketika itu keadaan sudah terlewat.

http://mummyrokiah.blogspot.com

Kepimpinan TG Nik Aziz patut dicontohi semua kaum

KUALA LUMPUR : Kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, diakui terbaik oleh kaum India dan patut dicontohi oleh semua kaum di negara ini.

Kepimpinan beliau ternyata penuh amanah, prihatin dan berpihak kepada rakyat sehingga menyebabkan semua rakyat Kelantan terutama yang miskin dan memerlukan pembelaan terbela tanpa mengira kaum.

Presiden Persatuan Progresif India Malaysia, AP Raja Retinam mengakui, kaum India ternyata amat senang berada di bawah kepimpinan Nik Aziz kerana beliau sentiasa turun padang untuk meninjau segala permasalahan rakyat untuk diselesaikan.

Menurut beliau, selain itu, cara Nik Aziz yang penuh kesederhanaan amat disenangi oleh kaum India dan kaum-kaum lain sehingga menyebabkan beliau amat mudah ditemui dan didekati.

Katanya, kepimpinan Nik Aziz juga ternyata amat berhemah dalam membelanjakan wang kerajaan, sehingga terelak dengan pembaziran, sebaliknya benar-benar untuk kepentingan rakyat.

"Kepimpinan Nik Aziz sejauh yang dilihat oleh kaum India sendiri ternyata amat baik dan amat jauh berbeza berbanding kepimpinan para pemimpin Umno atau BN," katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Persatuan Pelajar India Malaysia (MISA), di sini, hari ini.

Pada sidang media di ibu pejabat MISA itu, beliau turut hadir untuk bersama para kepimpinan persatuan itu menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap diskriminasi yang dilakukan oleh pihak Kerajaan BN mengenai biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), khususnya terhadap kaum India dan kaum-kaum lain di negara ini.

Menurut Raja Retinam, selain itu, Nik Aziz turut diakui oleh kaum India di Kelantan sebagai pemimpin yang mudah untuk dijumpai kerana tidak banyak protokol yang perlu dilalui untuk menemuinya.

"Malah saya sendiri juga turut mempunyai pengalaman tersendiri dalam hal ini. Untuk berjumpa Tuan Guru Nik Aziz, saya hanya perlu menulis surat dan selepas itu terus dapat menemuinya.

"Amat jauh berbeza kalau nak jumpa Menteri Besar Kerajaan BN. Amat susah. Malah bukan sahaja nak jumpa MB, nak jumpa exco dari Kerajaan BN pun amat susah," katanya.

Berdasarkan pengalaman beliau, bukti kepayahan untuk berjumpa menteri besar yang berada dalam Kerajaan BN, selain terpaksa melalui protokol yang bukan-bukan, mereka juga dimestikan berjumpa dengan pihak MIC terlebih dahulu.

"Kesemua itu melambangkan betapa berbezanya kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz yang menerajui kepimpinan PAS Kelantan berbanding kepimpinan BN.

"Kepimpinan Nik Aziz sememangnya diakui oleh kaum India dan kaum-kaum lain sebagai kerajaan yang benar-benar berpaksikan rakyat," tegasnya.

Disebabkan perubahan itu, beliau yakin Kerajaan PAS Kelantan akan terus bertahan, walaupun Umno BN telah melakukan pelbagai muslihat untuk merampas Kelantan dari PAS.

"Sememangnya ada tanda-tanda PAS dan Pakatan Rakyat, khususnya di Kelantan, akan terus berjaya kerana perbezaan antara kepimpinan Nik Aziz dan kepimpinan BN sememangnya dapat dirasai sendiri oleh orang ramai termasuk dari kaum India," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar seluruh rakyat negara ini sedar dengan realiti itu dan menyokong PAS atau Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 nanti, bagi melakukan perubahan terhadap politik tanah air

Bendera Pas dibakar angkara Pak Jabit Hantu Mak Limah Balik Rumah

Changkat Jering-
Kedatangan Pak Jabit di kubu kuat UMNO Taman Kuning Sari,Taiping cukup tidak disenangi ahli UMNO Bukit Gantang.Penerangan Pak Jabit mengapa beliau menyokong Pakatan Rakyat dan tetap ingin bersama Pakatan Rakyat untuk ke Putrajaya ,menyebabkan UMNO cawangan Taman Kuning Sari ,Parlimen Bukit Gantang panas punggung.Pak Jabit sempat juga berpesan agar maklumat buku jingga diberitahu kepada Najib.

Bendera Pas di bakar di Taman Kuning Sari malam kelmarin 24 Mei,tanda protes ahli UMNO yang tidak mahu kebenaran disebarkan kepada ahli UMNO dan penduduk Taman Kuning Sari.Petugas PAS sempat memadamkan api yang sedang membakar bendera lambang bulan itu.Kita meminta ahli PAS bersabar,jikalau masih berlaku pada lain kali,laporan polis akan dibuat."Pas ,parti berdaftar" kata kita.

Rupanya UMNO Bukit Gantang marah dengan Pak Jabit ,sehingga segelintir ahli mereka membakar bendera PAS.

Pada Prk 2009,,lokasi inilah petugas kita dari Terengganu ditumbuk.Nampaknya kubu kuat UMNO ini perlu PAS santuni agar,penduduk tidak ditipu lagi oleh UMNO

Apa pulak SPR "si anjing Umno" mengarut ni?


BeritaHarian melaporkan:
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mempertimbangkan tiga opsyen bagi mengelak sebarang keputusan tidak rasmi dihebahkan pada pilihan raya umum akan datang berikutan insiden yang berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lalu.
Pengerusi SPR, Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata tiga opsyen itu adalah sama ada menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit ke pusat penjumlahan undi, deklarasi bersumpah untuk tidak membuat apa-apa hebahan, atau semua undi dikira lewat walaupun pusat mengundi ditutup lebih awal.
Katanya, perkara tersebut akan diputuskan bulan depan.
"Pengalaman kita di Sarawak, ada satu parti yang tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja menghebahkannya tetapi juga membohongi rakyat dan pengundi Sarawak dengan menyatakan partinya memenangi pilihan raya tersebut.
"Perhubungan ini dibuat adalah melalui telefon bimbit. Justeru, kita mungkin nak tahan telefon bimbit atau mungkin ada deklarasi bersumpah atau mengira semua undi pada jam 5 petang, tidak ada kira awal walaupun pusat mengundi ditutup awal," katanya dalam satu temubual khas di pejabatnya di sini, baru-baru ini. - Bharian
Aku tak faham apa isu sebenarnya ni. Apa yang kecoh sangat sebenarnya sampai nak tahan handphone.

Takdak ribut takdak hujan tiba-tiba Pengerusi SPR ni nak buat peraturan baru pulak.

SPR nak main kot mana pulak sebenarnya ni. Apa masalahnya kalau keputusan tak rasmi keluar awal pun. Dah nama pun tak rasmi, boleh jadi betul boleh jadi jugak tak betul. Tapi kalau keputusan yang keluar tak sama dengan yang di Borang 14 nak heran apa kalau ada yang mengamuk.

Lagi satunya, apa masalahnya kalau kira awal pun. Yang kira awal tu pun cuma ditempat-tempat mengundi di kawasan pendalaman yang pengundi pun tak ramai dan pusat mengundi pun tutup awal. Kalau tak boleh kira awal nak kira bila? Dah tentu la kena kira awal pasai pengiraan kena dibuat di tempat mengundi.

Takkan kut tunggu lepas pukul 5 baru nak kira, lepas tu baru nak bawak ke tempat penjumlahan undi. Pukul berapa pulak nak sampai dan pukul berapa pulak boleh umumkan keputusan?

Ataupun, tak payah kira dan bawak naik helikopter pi ke tempat penjumlahan undi, lepas pukul 5 baru boleh kira. Sapa nak pastikan yang kotak undi tu tak diceroboh? Kecuali la kalau SPR bagi PACA naik sekali dalam helikopter untuk kawal tong undi tu.

Aku tak kisah sangat SPR nak buat macamana pun, yang pentingnya, peraturan dan prosedur tu dipersetujui oleh wakil parti-parti yang bertanding.

Yang lebih penting lagi berkenaan Borang 14. Ketua Tempat Mengundi dan wakil-wakil parti yang bertanding kena sama-sama tandatangan. Yang jadi masalahnya ada ketua Tempat Mengundi yang terlebih berlagak, nak jadi "si anjing Umno" bagi macam-macam alasan takmau tandatangan Borang 14.

Cumanya, masalah akan timbul kalau majoriti di bawah 2% pasai bila dibawah 2% boleh dibuat pengiraan semula di tempat penjumlahan undi. Kalau jadi macam ni memang masalah la. Pasainya, Kotak undi memang terdedah kepada "tangan-tangan keji" masa dalam perjalanan. Memang la ada "pateri keselamatan" tapi 'benda kita buat dia' tambah-tambah pulak dengan puak-puak pandy kutty, memang tak boleh percaya

Sekejap ada, sekejap tiada - macam biskut


sekejap kata '1 MALAYSIA'
sekejap 'Islam Hadhari',
sekejap 'Ketuanan Melayu',
sekejap kata '1 Melayu, 1 Bumi',
sekejap 'Perang Salib',
sekejap 'Mahu basahkan keris dengan darah cina',
sekejap 'mahu PAS',
sekejap 'mahu DAP',
tapi yang pasti memang tak mahu PKR,

sekejap 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan',
Tapi rakyat yang didulukan dalam isu,
Gula naik - rakyat tanggung, kroni borong,
Petrol naik - rakyat tanggung, menteri dok pemohong,
Harga barang naik - rakyat tanggung, menteri cuci punggung,
Dulu penaik insuran kereta lanjut usia - rakyat tanggung, UMNO buat sombong,
Saman ekor - rakyat tanggung, polis punya sombong.

Sekarang subsidi, kerajaan BN tak mau tanggung.

Pandy Kutti betul UMNO/BN ni, hampa ni betoi ka masih teringin nak memerintah Malaysia, orang buat rakyat lagi sayang, ini buat perangai macam nak tunggu batu-bata melayang

Subsidi IPP: Lagi pembohongan, penipuan BN

NONEDAP melahirkan rasa kurang senang dengan kenyataan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui bahawa RM19 bilion yang dinikmati oleh pengeluar tenaga bebas (IPP) dan Tenaga Nasional Berhad setiap tahun bukan satu bentuk subsidi.

Setiausaha agung DAP Lim Guan Eng menganggap kenyataan itu satu lagi bentuk 'pembohongan dan penipuan besar-besaran' oleh BN.

“Jika untung RM19 bilion terpaksa dilupuskan oleh Petronas setiap tahun bagi membantu IPP dan TNB bukan satu bentuk subsidi, apakah istillah yang betul bagi menggambarkan kerugian ini?” soal Lim dalam satu kenyataan.

“Kuasa yang dijanakan oleh IPP memenuhi 60 peratus daripada keperluan tenaga negara manakala TNB membekalkan 40 peratus. Ini tanda jelas bahawa IPP mendapat manfaat paling besar daripada RM19 bilion yang diperuntukan itu,” katanya.
Lim yang juga adalah ketua menteri Pulau Pinang berkata jika Petronas boleh menjual gas pada harga pasaran, tentunya RM19 bilion yang diuntung setiap tahun boleh digunakan untuk memanfaatkan 27 juta rakyat Malaysia.
Sikap tak bertanggungjawab BN

“Persoalan yang sebenar yang harus dijawab oleh Peter Chin dan BN ialah mengapa tarif gas yang dijual kepada IPP tidak boleh naik lebih tinggi sedangkan harga gula, diesel dan petrol yang dijual kepada orang awam dan rakyat Malaysia biasa boleh naik dengan pengurangan subsidi? soalnya.
Dua hari lalu, Chin menafikan IPP menikmati subsidi gas bernilai RM19 bilion setiap tahun daripada kerajaan.

azlanKatanya RM19 bilion adalah “keuntungan” yang terpaksa "dilepaskan" oleh Petronas kerana terpaksa menjual gas di bawah harga pasaran, iaitu pada RM10.70 bagi setiap Juta Unit Termal British (MMBtu), yang ditetapkan kerajaan kepada Petronas kepada IPP dan TNB untuk menjana kuasa serta sekaligus memastikan tarif elektrik yang rendah.

Menurut Lim, perkara itu hampir sama dengan kejadian sebelum ini - di mana kerajaan berkeras mempertahankan bahawa RM540 juta yang diberikan kepada Perimekar Sdn Bhd bukan komisyen kerana mengaturkan pembelian dua kapal selam bernilai US$972 juta (RM3.68 bilion) untuk Tentera Laut Diraja Malaysia.
“Ini adalah sikap tidak bertanggungjawab walaupun Pakatan pasti dapat melakukannya sekiranya Pakatan mempunyai sumber yang sama seperti mana BN yang mengawal Petronas dan TNB.
Tipu diri sendiri

“Lagipun kerajaan negeri di bawah pemerintahan Pakatan ternyata lebih banyak manfaat sosial dan bantuan telah diberikan kepada masyarakat berbanding dengan yang diberikan oleh kerajaan BN sebelum ini,” katanya.

azlanSebagai contoh, menurut Lim kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berbelanja berjuta- juta dalam usaha untuk membasmi kemiskinan, RM20 juta untuk pemberian RM100 untuk program penghargaan warga emas, ibu tunggal dan orang kelainan upaya (OKU), RM12 juta untuk bantuan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat, Cina dan Tamil. Semua ini, katanya tidak diberikan oleh kerajaan negeri BN sebelum ini.

“Peter Chin boleh menipu dirinya sendiri bahawa kerugian RM19 bilion oleh Petronas itu adalah bukan subsidi kepada IPP dan TNB. Tetapi beliau tidak akan berjaya menipu masyarakat bahawa kekayaan IPP adalah hasil daripada penderitaan yang terpaksa dibayar dari kenaikan harga barangan.

“Kegagalan BN untuk memastikan IPP membayar tarif gas mengikut harga pasaran dan menghentikan kenaikan harga pasaran yang dijangka bermula Jun 2011 menunjukkan bahawa rakyat adalah sasaran BN untuk menanggung beban atas kenaikan harga,” katanya lagi

Selangor & Pulau Pinang Paling Banyak Terima Pelaburan Asing

Selangor - paling banyak terima FDI pada Q1

Selangor terus menjadi negeri yang mencatatkan pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi bagi sektor pembuatannya bagi suku pertama tahun ini, menurut perangkaan Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (Mida).

Dalam kenyataan media hari ini, ahli exco Selangor Teresa Kok berkata statistik Mida menunjukkan kelulusan FDI bagi sektor pembuatan berjumlah RM1.01 bilion, bagi tempoh Januari hingga Mac.
Kok juga berkata Mida mencatatkan Selangor sebagai negeri dengan projek industri tertinggi iaitu 59, - kira-kira satu pertiga daripada jumlah projek keseluruhan di negara ini yang diluluskan sepanjang tempoh berkenaan.

“Jumlah FDI dan projek membuktikan bahawa ekonomi Selangor adalah kukuh dan ia adalah destinasi popular pelabur luar negara dan juga tempatan,”
kata Kok.

Data Mida juga menunjukkan bahawa Johor adalah negeri utama dari segi jumlah pelaburan kapital dengan jumlah RM3.3 bilion dengan RM2.6 bilion datangnya dari pelaburan dalam negara pada tempoh yang sama.

Dari segi pelaburan kapital, Selangor berada di nombor tiga di belakang Sarawak.

Pulau Pinang pula berada di tangga kedua dalam pelaburan langsung asing dan di tangga keempat dari segi jumlah pelaburan kapital. -mk

Selangor Capai Jumlah Pelaburan Asing Tertinggi Bagi Tempoh Januari - Mac 2011

SHAH ALAM 25 MEI : Exco Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan Teresa Kok berkata jumlah pelaburan asing dan projek perindustrian yang tertinggi di Malaysia menunjukkan bahawa ekonomi Selangor terus mantap dan merupakan destinasi pelaburan popular bagi pelabur asing dan tempatan.

Menurut Teresa statistik terkini MIDA (Malaysia Industrial Development Authority) mengenai pelaburan perindustrian di Malaysia bagi tempoh Januari hingga Mac 2011 mengikut negeri menunjukkan bahawa Selangor mencapai jumlah pelaburan perindustrian yang diluluskan sebanyak RM 2.5 billion bagi tempoh tersebut.

Selangor juga berjaya mencapai jumlah pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri lain iaitu sebanyak RM 1.5 billion. Angka ini merupakan dua kali ganda negeri di tempat kedua iaitu Johor yang memperolehi nilai pelaburan asing sebanyak RM 766 juta.Ia diikuti oleh Sarawak di tempat ketiga dengan pelaburan asing sebanyak RM 656 juta.

Tambah Teresa, Selangor juga mencapai jumlah projek perindustrian yang diluluskan yang tertinggi di Malaysia dengan 59 projek perindustrian. Angka ini merupakan 32 peratus daripada jumlah projek bagi seluruh Malaysia.

"Daripada 59 projek perindustrian yang diluluskan di Selangor, 43 merupakan projek baru manakala baki 16 merupakan projek yang diperkembangkan,Selangor diikuti oleh Johor di tempat kedua dengan 51 projek dan Pulau Pinang di tempat ketiga dengan 20 projek," katanya.

Menurut Teresa lagi, Selangor mencapai jumlah peluang pekerjaan yang dihasilkan yang kedua tertinggi di Malaysia dengan 3,880 pekerjaan.

Sementara itu RM 1.5 billion atau 60 peratus daripada pelaburan di Selangor terdiri daripada pelaburan asing manakala 40 peratus atau RM 1 billion terdiri daripada pelaburan tempatan.

"Ini menunjukkan bahawa pelabur tempatan juga berpuas hati dengan Kerajaan Negeri Selangor, maka mereka sudi melabur di Selangor.

Di kalangan pelaburan asing di Selangor, Korea Selatan menanam pelaburan yang paling banyak dengan nilai pelaburan sebanyak RM637 juta, diikuti oleh Singapura dengan RM 485 juta, dan Australia dengan RM102 juta." katanya. -tvsnews

Tahniah Selangor, tahniah Tan Sri Khalid Ibrahim, tahniah YB-YB PR Selangor. Begitu juga Pulau Pinang. Anda membuktikan PR BOLEH dan menutup terus pintu kritikan para menteri UMNO BN yang selama ini memburuk-buruk pemerintahan PR kononnya PR tidak tahu dan tidak pandai mengurus dan mentadbir kerajaan.

Diharap juga tuan-tuan dapat membantu menggalakkan juga para pelabur untuk melabur di negeri PR yang lain seperti Kedah dan Kelantan dengan bermodalkan "GOOD GOVERNANCE" dan "GOOD GOVERNMENTS" di mana-mana negeri yang diperintah PR. -GB

Kedangkalan Umno - BN Terserlah


SHAH ALAM 25 MEI : Tindakan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan mencabar negeri-negeri dibawah pimpinan Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga barangan keperluan terutamanya petrol jelas menunjukkan beliau dangkal mengenai sempadan kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

Ahli Parlimen Klang, Charles Anthony Santiago berkata, tindakan itu juga sekaligus memperlihatkan betapa rendahnya pemikiran kepimpinan Umno-Barisan Nasional (BN) dalam menangani isu-isu rakyat.

" Saya fikir Datuk Ahmad Maslan ini memang tidak mengetahui apakah peranan kerajaan mahupun tanggungjawab sebenar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri."

" Sudah jelas dalam isu-isu yang berkait dengan harga barangan keperluan itu adalah di bawah tanggungjawab pihak Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, cabaran beliau untuk kerajaan Pakatan Rakyat supaya mengurangkan harga barangan tidak masuk akal dan ia merupakan satu kenyataan yang jelas menunjukkan bahawa orang UMNO ini tidak begitu pandai," ujarnya ketika dihubungi Tv Selangor.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, empat kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang dicabar menurunkan harga barang-barang keperluan terutama petrol berikutan tindakan Pakatan Rakyat (PR) yang sering menjadikan isu harga barang sebagai modal politik.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, perkara itu bukan sesuatu yang mustahil kerana mereka boleh memberi subsidi sama seperti yang dilakukan Kerajaan Persekutuan ketika ini.

“Saya cabar mereka berikan subsidi sama seperti Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang didakwa kaya-raya mungkin boleh memulakan langkah itu melalui Penasihat Ekonomi negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Menurut Charles, kenyataan Ahmad Maslan itu disifatkan sebagai satu lagi cubaan Umno-BN untuk memutar belitkan fakta serta memperbodohkan rakyat berhubung kenaikan harga barangan keperluan ini dengan mengalihkan tugas Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri.

" Kenyataan Ahmad Maslan itu hanya memperbodohkan orang ramai. Dia (Ahmad Maslan) hanya mahu putar-belitkan isu ini sahaja