Rabu, 12 Januari 2011

Kenyataan Tmb. Menteri "Bengap"..!!

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal dengan tindakan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi yang mempertahankan Pengarah Pelajaran Johor Tn. Hj. Markom Giran berkempen untuk Barisan Nasional di Sekolah Menengah Tenang Station pada 31hb Disember 2010. Tindakan beliau amat memalukan rakyat Malaysia khususnya warga pendidik dan masyarakat di Dun Tenang, Johor.

Dalam kenyataannya semalam Dr Mohd Puad menyatakan bahawa tindakan Tn Hj Markom tersebut tidak salah kerana sebagai penjawat awam beliau berhak menyokong polisi-polisi kerajaan.

Dr Mohd Puad memberi alasan bahawa calon belum dikemukakan maka tiada kempen dilakukan oleh Pengarah Pelajaran Johor tersebut. Sebenarnya Timbalan Menteri Pelajaran ini tidak mengkaji ucapan sebenar Tn Hj Markom yang rakamannya boleh diperolehi dengan mudah di YouTube.

Beliau juga boleh mendapatkan penjelasan daripada Pembantu Khas beliau En. Zahari Bin Sharif yang turut hadir dalam taklimat tersebut. Secara jelas Tn Hj Markom mengesa guru-guru kaunseling menyokong dan berkempen bagi calon Barisan Nasional(BN) dalam pilihanraya Kecil Dun Tenang. Antara ucapan-ucapan beliau adalah :

"Kalau tidak ada pilihanraya Tenang, maka saya tidak akan berjumpa tuan-tuan semua"

" Memohon bantuan gerakan jentera bantu kerajaan untuk menang pilihanraya kali ini"

Tn Hj Markom juga meminta guru kaunseling berbangsa Cina dan India membuat program motivasi di sekolah Jenis Kebangsaan. Selepas program tersebut, guru kaunseling tersebut dikehendaki berjumpa ibu bapa pelajar bagi mengenalpasti kecenderungan politik mereka.

Beliau menyatakan terdapat empat kategori ibu bapa iaitu hijau adalah penyokong pembangkang, kelabu mereka yang membantah dasar-dasar kerajaan, putih dan biru dipercayai penyokong BN. Tn Hj Markom juga mendesak kepada guru-guru kaunseling menukarkan kecenderungan poitik ibu bapa daripada kelabu kepada biru. Jika pegawai pendidikan tidak boleh berfungsi maka mereka akan ditukarkan ke tempat lain.

Taklimat Tn Hj Markom ternyata dengan jelas cuba mengerakkan guru-guru kaunseling memenangkan calon BN. Bagaimana Dr Mohd Puad boleh menyatakan bahawa taklimat tersebut adalah menyokong polisi-polisi kerajaan. Apakah mengkategorikan pengundi Dun Tenang sebagai hijau, kelabu, putih dan biru itu boleh dianggap usaha menyokong dasar kerajaan?

Apakah memaksa guru kaunseling menukar pandangan politik pengundi DUN Tenang daripada kelabu kepada biru itu boleh dianggap sebagai usaha menyokong polisi-polisi kerajaan? Intipati taklimat Tn Hj Markom bukan menyokong polisi kerajaan sebaliknya menyokong parti UMNO- BN. Malah tindakannya telah menyalahi Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik.

Sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Dr Mohd Puad hendaklah berkecuali dalam menilai laporan-laporan yang telah dikemukakan walaupun daripada Pakatan Rakyat. Beliau tidak boleh berpihak atau dilihat berpihak. Tindakan Dr Mohd Puad yang secara jelas berpihak kepada Tn Hj Markom tanpa kajian yang mendalam dilihat sebagai tindakan yang tidak profesional. Jika Dr Mohd Puad boleh bertindak sedemikian rupa bagaimana beliau boleh berperanan secara berkesan sebagai ahli Parlimen Batu Pahat dan Timbalan Menteri Pelajaran. Bayangkan bagaimana Dr Mohd Puad boleh bertindak secara adil jika terdapat laporan-laporan guru terlibat dengan pembangkang. Saya sangat khuatir ramai lagi warga pendidik yang akan menjadi mangsa dasar pilih kasih seorang Timbalan Menteri Pendidikan.

DPP Malaysia mendesak kepada Dr Mohd Puad agar menyesali dan memohon maaf khususnya kepada semua warga pendidik serta masyarakat Dun Tenang berhubung dengan kecuaian beliau memberi respon yang salah terhadap isu ini. DPP Malaysia juga meminta Tn Hj Markom agar memberi notis 24 jam berhenti sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Johor dan menjadi calon BN dalam pilihanraya kecil Dun Tenang. Beliau dilihat berpotensi memandangkan beliau sudah dikenali ramai melalui media baru dan kebetulan beliau sudah hampir bersara awal tahun ini. DPP Malaysia penuh yakin Dato Abdul Ghani Othman, Pengerusi Perhubungan UMNO Johor akan bersetuju dengan cadangan ini

Mengapa Perlu Keyakinan PM Untuk Siasat & Dakwa Rais?

Adakah siasatan polis bermula dengan keyakinan PM?

Usaha untuk menjatuhkan seseorang di dalam organisasi berlaku di mana-mana; di dalam parti, di luar parti, di dalam syarikat, di dalam jabatan - pada ketika mereka merebut kerusi dan jawatan.

Kali ini, usaha bagi menjatuhkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Rais Yatim berlaku dengan menyebarkan berita beliau memperkosa pembantu rumahnya, Robengah yang bekerja di rumah menteri itu sejak 23 Disember 1999 hingga 2007 selama lapan tahun.
Insiden dikatakan berlaku sekitar 2007 yang diketengahkan oleh Migrant Care, sebuah badan bukan kerajaan yang menjaga kebajikan pekerja-pekerja Indonesia di Malaysia. Pada tahun 2007, sekiranya perkara ini dibangkitkan, sesungguhnya warga Indonesia serta kerajaan Indonesia sendiri sudah "mengamuk" kerana perhubungan Malaysia-Indonesia pada waktu itu tidak berapa baik, malah lebih teruk daripada kemarahan Indonesia terhadap Malaysia atas kekalahan semasa perlawanan bola sepak akhir Piala Suzuki baru-baru ini.

Oleh kerana kejadian berlaku pada tahun 2007 dan dibangkitkan sekarang, maka menimbulkan persoalan sendiri. Adakah pihak yang membangkitkan isu ini benar-benar simpati terhadap mangsa dirogol si menteri atau tujuan menjatuhkan kerjaya menteri tersebut?

Sumber yang mendedahkan jenayah Menteri pada asalnya datangnya dari WikiLeaks dan kemudiannya diperbesarkan lagi oleh blog bigdogdotcom.wordpress.com dan rockybru.com.my.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) didapati lambat bertindak berhubung dakwaan terhadap menterinya, sedangkan SKMM tangkas bertindak ke atas RockyBru melalui laman blognya apabila menteri yang bertanggjungjawab ke atas suruhanjaya itu membuat laporan polis ke atasnya sebelum ini.

Media Indonesia sendiri tidak terbakar dengan liputan yang dibuat. Mereka berpendapat, sikap Robengah itu sendiri yang sudah membuat pengakuan bahawa beliau tidak dirogol menutup segala spekulasi. Pihak Migrant Care yang menerima laporan awal kes ini juga tidak berhasrat untuk memperbesarkan kes tersebut kerana menghormati permintaan Robengah dan Pejabat Luar Negara Indonesia juga telah mengeluarkan kenyataan bahawa kes tersebut ditutup.

Robengah tidak mengakui dirinya dirogol. Suaminya juga meminta supaya tidak memporak-perandakan keluarganya. Bagi Perdana Menteri pada waktu kejadian berlaku, Abdullah Badawi juga mengeluarkan kenyataan dengan menafikan tindakannya berdiam diri berhubung tuduhan memperkosa terhadap Rais Yatim bertujuan menutup kes dan melindunginya. Abdullah berkata dakwaan penulis blog dan pembangkang itu adalah tidak berasas, malah kejadian itu tidak pernah dilaporkan kepadanya sepanjang menjawat jawatan Perdana Menteri dari Oktober 2003 hingga April 2009.

Lagipun, perkara ini dibangkitkan oleh seorang penulis yang sememangnya dijangkakan beragenda tersendiri.

Keputusan atas keyakinan PM
Berlainan sungguh dengan dakwaan yang dikenakan sebelum ini terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim (gambar kiri) sewaktu waktu dahulu. Di saat Anwar Ibrahim diserang media, dinafikan hak bersuara, dikecam peribadinya di sebalik perbicaraan mahkamah yang lompong dan belum dibuktikan bersalah. Anwar berkali-kali menafikan sekeras-kerasnya tuduhan bahawa dia meliwat pemandu kereta isterinya, tetapi dakwaan tetap dikenakan - kerana Perdana Menteri yakin perkara ini berlaku.

Sehingga rencana ini ditulis, tiada sebarang dakwaan oleh pihak Peguam Negara terhadap Rais Yatim. Barangkali keputusan Peguam Negara (untuk tidak bertindak) berdasarkan atas keyakinan Perdana Menteri bahawa perkara tersebut tidak berlaku.

Tolak-tarik Pengakuan Bersumpah

Di Malaysia, pengakuan bersumpah seperti suatu yang boleh dipermainkan. Terdapat beberapa kes di mana pengakuan bersumpah yang dibuat, boleh dibuat pengakuan bersumpah lain satu lagi bagi menutup pengakuan bersumpah yang awal. Antara faktor-faktor yang menjadikannya begitu ialah kerana dipaksa membuat pengakuan, ada juga tidak lari daripada diugut, dan diberi rasuah.

Berikut beberapa contoh insiden pengakuan bersumpah yang dibuat di negara ini:
1. Julai 2008: P.Balasubramaniam (gambar kanan), seorang peyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak Baginda memperincikan kisah yang mahu diceritakan berkenaan apa yang berlaku dan apa yang diberitahu kepadanya oleh tokoh-tokoh utama dalam kes tersebut termasuk Abdul Razak Baginda dan Altantuya sendiri. Pengakuan berkanunnya juga mengaitkan Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu, Najib Razak dengan Altantuya Shaariibuu.

Pada 4 Julai 2008, P.Balasubramaniam didapati menarik kembali pengakuan tersebut. Akuan berkanun yang baru itu tanpa rujukan Najib mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya ataupun Najib yang memperkenalkan Abdul Razak baginda kepada wanita Mongolia tersebut.

2. Penghujung tahun 1998: Pengakuan bersumpah Munawar Ahmad Anees, penulis ucapan mantan Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang memperjelaskan betapa keji dan hinanya perbuatan polis Malaysia di dalam tindakan mereka yang mereka banggakan sebagai "profesional". Munawar mendakwa dipaksa membuat pengakuan bersumpah untuk membebaskannya daripada pendakwaan diliwat oleh Anwar Ibrahim.
3. Penghujung tahun 1998: Pengakuan bersumpah adik angkat Anwar, Sukma Darmawan Sasmitaatmadja bahawa dia diliwat oleh Anwar Ibrahim kemudiannya membuat pengakuan bersumpah yang lain yang menyatakan beliau dipaksa membuat pengakuan bersumpah awal dan kemudiannya menafikan segala dakwaan liwat antara beliau dengan Anwar Ibrahim.

4. September 2008: Pengakuan Doktor Mohamed Osman, doktor yang memeriksa Saiful Bukhari (pihak yang mengadu diliwat Anwar Ibrahim) bahawa tiada kesan tusukan pada dubur Saiful.

5. 19 Jun 2008: Pengakuan bersumpah Raja Petra Kamarudin penglibatan Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri sekarang, dalam kes pembunuhan Altantuya. Raja Petra kini menjadi buruan polis dan dakwaan di dalam pengakuan bersumpah tersebut langsung tidak dipertikaikan.

Mungkin benar, bahawa daripada pendakwaan tersebut mempunyai kepentingan tertentu, tetapi mengapakah siasatan tidak dibuat ke atas laporan polis (gambar kiri) yang telah pun dibuat oleh Norazizi Abd Aziz, Penyelaras SAMM b/p Solidariti Anak Muda Malaysia? -MR

*Faisal Mustaffa ialah penulis bebas.

Gambar Kemalangan Ustaz Misbahul Munir

Kemalangan yang melibatkan mantan Setiausaha Politik MB Perak , iaitu AF Ustaz Misbahul Munir.

Beliau yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur bersama anaknya telah terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya PLUS laluan antara Tg Malim dan Behrang. Kejadian berlaku ketika hujan lebat.

Ketika kejadian, kereta yang dinaiki oleh beliau dipandu oleh anaknya telah terbabas. Keadaan kereta beliau remuk.

Beliau dikejarkan ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan. Sejurus selepas itu, beliau terus dibawa ke Hospital Besar Ipoh untuk rawatan lanjut.

keadaan luka di kepala beliau agak parah, namun kedua-dua anaknya dilaporkan dalam keadaan stabil, hanya cedera ringan.

Marilah semua berdoa agar AF Ustaz Misbahul Munir diberi kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan bersama Gerakan Islam dan Pakatan Rakyat.
Gambar di bawah menunjukkan keadaan kenderaan beliau...sumber gambar dan berita




 

Kantoiii...Polis Pulak Kena "Cekup"...



Dua anggota polis mengalami kecederaan ringan ketika cuba melarikan diri daripada ditangkap oleh pegawai Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) di Persiaran Gurney, di sini, Isnin.

Dalam kejadian pukul 1.30 tengah hari itu, kedua-dua anggota polis itu berjaya ditahan selepas berlaku pergelutan dengan pegawai SPRM di tempat kejadian.

Menurut sumber, SPRM sebelum itu menerima aduan dari orang awam mengenai kegiatan dua anggota polis itu meminta rasuah daripada pesalah trafik di kawasan itu.

Katanya, dua anggota SPRM kemudian bergegas ke kawasan itu dan menyamar sebagai orang awam dan melakukan kesalahan trafik di hadapan anggota polis terbabit sebelum mereka ditahan dan diminta rasuah sebanyak RM800.

Setelah kedua-dua anggota SPRM itu memberi rasuah seperti yang diminta, dua anggota SPRM lain menyerbu dan menangkap anggota polis terbabit, katanya.

Sumber itu berkata, kedua-dua anggota polis itu kemudian dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk menerima rawatan pesakit luar sebelum ditahan mengikut Seksyen 17 (A) Akta SPRM.

Pengarah SPRM Pulau Pinang, Datuk Latifah Md Yatim, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan enggan mengulas lanjut.

Beranikah Najib Sahut Cabaran Debat Anwar !!!


Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai kemampuan melaksankan pelan 100 hari seperti yang dibentangkan pakatan pembangkang itu.
 
Beliau berkata Perdana Menteri sebaiknya menerima cabaran tersebut kerana bagi memberi ruang kepada Pakatan Rakyat untuk menjelaskan secara terpeinci mengenai agenda berkenaan.

"Sebaiknya Perdana Menteri tampil secara berani dan beri ruang kepada kita untuk buat penjelasan kepada rakyat.

"Kita undang Datuk Seri Najib sebab beliau mempertikaikan kemampuan kita," katanya pada sidang media di ibu pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini.

Semalam Najib membidas pelan 100 hari yang diumumkan Pakatan Rakyat bulan lalu yang disifatkan sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, pelan berkenaan tidak berpaksi kepada kenyataan kerana dirancang tanpa mengambil kira kemampuan negara.

Sebaliknya Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, Pakatan Rakyat hanya memerlukan dana sejumlah RM19.2 bilion bagi melaksanakan pelan berkenaan.

Katanya langkah pertama yang bakal dilakukan Pakatan Rakyat sekiranya berjaya mentadbir kerajaan ialah dengan melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah yang dianggarkan dapat mengelakkan ketirisan sebanyak RM28 bilion.

Selain itu katanya Pakatan Rakyat akan menstrukturkan semula sistem subsidi untuk memansuhkan subsidi korporat.

"RM19 bilion subsidi korporat yang ditanggung oleh Petronas untuk membayar IPP milik kroni akan dipulangkan kepada Perbendaharaan.

"Kita juga akan menyemak semula sistem konsesi tol untuk memansuhkan pampasam RM4 bilion setiap tahun yang kini ditanggung oleh kerajaan.

"Dua tindakan yang mudah ini akan memulangkan RM51 bilion kepada rakyat, lebih daripada cukup untuk melaksanakan janji 100 Pakatan Rakyat," katanya. -Mstar

Umno-APCO Penderhaka Sebenar Raja-Raja Melayu!

Anwar pertahan ADUN Sri Muda,- Dakwa Umno penderhaka

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda Shuhaimi Shafiei, yang sebelum ini didakwa menghina Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi tulisan blog, 30 Disember lalu.

Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, jika tulisan Shuhaimi itu dianggap sebagai “penderhaka” bagaimana pula dengan tindakan Umno yang menarik kuasa Raja-raja ```` pada 1993.

“Itu adalah istilah biasa, kalau tulisan Shuhaimi ditaktifkan sebagai penderhaka bagaimana dengan kenyataan pemimpin Umno di Terengganu dan Kelantan dan semasa meminda perlembagaan?

“Jadi sekarang ada dua Malaysia, satu mempertahankan kekebalan pemimpin Umno dan kedua untuk rakyat Malaysia,” katanya.

Shuhaimi sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi yang mendakwa beliau menghina Sultan Selangor “beraja di mata, bersultan di hati” dalam blognya pada 30 Disember lepas.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani berkata sindiran Shuhaimi yang menyatakan baginda seolah-seolah sebagai “beraja di mata, bersultan di hati” adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.

Kata beliau, kenyataan Shuhaimi itu boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci baginda.

Shuhaimi bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan bersedia menghadap Sultan Selangor untuk memohon maaf.

Dalam blog itu, Shuhaimi antara lain, mendakwa jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor dan sebaliknya ia adalah di bawah bidang kuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) dan baginda seharusnya bertindak berdasarkan nasihat majlis berkenaan, bukannya berkecuali.

Malah, wakil rakyat itu menerusi kenyataan dalam blog berkenaan seolah-olah turut memberikan gambaran amaran kepada institusi beraja Selangor supaya “tidak berterusan bertindak membelakangkan MMKN atau terpaksa berdepan dengan gelombang kebangkitan rakyat bagi menentang pihak istana”.

Shuhaimi berkata demikian dengan mengulas isu pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Sejak Khusrin diumumkan sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, kerajaan negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim tidak bersetuju dengan pelantikan itu, yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Dalam sidang media sama, Anwar (gambar) turut menyentuh soal suruhanjaya diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock yang akan memfokus pada prosedur-prosedur siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata kemungkinan tiada sebarang tindakan yang akan diambil terhadap mereka yang terlibat walaupun keputusan sudah dicapai.

“Dalam kes Teoh Beng Hock walaupun suruhanjaya diraja ditubuhkan tapi hanya mempunyai kuasa yang terhad.

“Kalau keputusan dibuat saya tidak rasa akan ada tindakan. Sebagai contoh kes VK Lingam, begitu juga kes mata lebam saya... tiada tindakan yang diambil walaupun ada bukti baru,” katanya.

Sebelum ini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan akan meneruskan keputusan dibuat 17 Julai 2099 untuk mewujudkan suruhanjaya diraja, dengan terma-terma khusus, bagi mengkaji kaedah soal siasat yang diguna pakai SPRM dan menentukan sama ada berlaku pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap mendiang Teoh.

Dicatat Oleh Jalan Pulang