Rabu, 5 Januari 2011

Ada baiknya Khairy ‘berehat’ dulu


oleh Shaharul Shafie
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHiN9IN652yj4Yk3-agWdZlW4arZ1LKhbbw2AOycl3YvK4-8OBA0UpAhyphenhyphenSfZvVLEzXeUO7FqL4MohAQlHpc9J8lL5ot48aUcznmzeh8zKluWCm2HSICCSv1vDuIqAE0pM6gRygPwsnnxE/s400/khairy1.jpg
Akhirnya, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dilaporkan bersedia untuk ‘berehat’ dari politik buat sementara waktu untuk beberapa tujuan dan sebab. Namun begitu, tidak mengejutkan jika Khairy yang lebih mesra dikenali di kalangan media dan ornag politik sebagai KJ yang merasakan beliau perlu berehat kerana melihat harapannya untuk maju lebih hadapan di dalam politik Umno nampaknya tidak kesampaian buat masa ini.

Sebagai ahli Parlimen Rembau untuk satu penggal, Khairy telah mengakui melalui pengumumannya di dalam Twitter dan portal-portal berita bahawa beliau tidak akan mempertahankan kerusi tersebut di dalam pilihanraya umum akan datang dan juga kerusinya sebagai Ketua Pemuda Umno. Menjadi satu kelaziman bagi setiap Ketua Pemuda di dalam Umno sejak dahulu lagi akan meneruskan kesinambungan kuasa sebagai Naib Presiden tetapi perkara ini nampaknya tidak bagi Khairy.

Tidak dinafikan tekanan akibat dari persepsi memainkan peranan penting di dalam keputusan yang dibuat oleh Khairy. Persepsi yang dimaksudkan ini ialah Khairy tetap dilihat sebagai anak muda yang menaiki tangga politik Umno disebabkan hubungannya sebagai menantu kepada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Walaupun hakikat ini dinafikan, namun persepsi tersebut terlalu kuat untuk dilawan. Bukannya persepsi itu wujud disebabkan helah pembangkang tetapi tiupannya yang kencang itu bermula dari kalangan ahli Umno sendiri.

Namun begitu, ramai berpendapat bahawa tindakan Khairy adalah bijak untuk masa hadapan politiknya dan juga Umno. Ini adalah kerana jika Khairy tidak berundur maka di dalam pemilihan Umno akan datang, beliau pasti akan dicabar dan kemungkinan untuk kalah memang ada. Oleh itu, berundur sebelum ’masa terlewat’ itu adalah lebih baik untuk masa sekarang.

Jika dibandingkan dengan tugasan menjadi ketua pemuda dan kalibernya serta kelayakan menjadi pemimpin sejak dua tahun lalu, Khairy boleh dikatakan dilihat lebih baik daripada pemimpin-pemimpin Umno yang lain terutamanya di dalam turun padang bertemu rakyat. Boleh dikatakan Khairy layak dianggap sebagai antara penyumbang utama kepada kekuatan jentera parti semasa beberapa kempen pilihanraya kecil seperti di Manek Urai, Hulu Selangor, Bagan Pinang dan Galas. Kemampuan Khairy di dalam menggembleng Pemuda Umno dan BN seperti menganjurkan BN Youth Club dan program-programnya boleh dilihat antara sumbangan besar Khairy kepada pengukuhan Umno dan BN sendiri pada hari ini. Tidak dinafikan usaha Khairy berjaya menarik sedikit sebanyak golongan belia yang sebelum ini lebih cenderung kepada pembangkang kembali menyokong kerajaan.

Namun begitu, beban persepsi ke atasnya sebagai menantu Pak Lah sukar dipadam terus lebih-lebih lagi di dalam Umno, dendam untuk menjatuhkan Khairy tetap membara sampai hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sendiri seperti bimbang untuk mempertahankan Khairy walaupun beliau tahu akan kemampuan Khairy selama dua tahun ini. Malah, Najib seperti berhati-hati dan terpaksa mengikut telunjuk kumpulan tertentu dalam Umno yang dipengaruhi kuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Ini kita boleh nampak dengan perlantikan lawan kepada Khairy sendiri, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Menteri yang kalah bertanding Ketua Pemuda.

Di dalam pemilihan Umno yang lepas, Khairy mencipta sejarah menjadi pemimpin termuda dilantik menjadi Ketua Pemuda Umno tetapi juga menjadi yang pertama yang tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam kabinet walaupun untuk jawatan Timbalan Menteri. Beliau menjawat jawatan Ketua Pemuda pada umur 33 tahun menewaskan rekod Najib sendiri yang menjadi Ketua Pemuda Umno pada umur 34 tahun.Sememangnya dalam politik, macam-macam alasan boleh diberikan bagi menyenangkan hati orang lain. Najib dilihat sengaja menyenangkan hati Khairy dengan berkata tugasan Khairy lebih berat dalam Pemuda untuk merangkakan perpaduan dan program menawan hati para belia daripada menjadi seorang ahli kabinet. Namun, Khairy dapat menerima amanahnya dengan baik dan menerima ’musuhnya’ itu yang kalah dilantik menjadi Timbalan Menteri dengan tanpa banyak soal.

Masa hadapan Khairy di dalam politik bagi penulis adalah cerah apabila beliau sekarang mengambil keputusan untuk berehat sebentar dari politik. Terus-terang penulis boleh katakan, perjuangan dan arah wadah Umno hari ini tidak bergerak seiiringan dengan perjuangan yang digarapkan oleh Khairy pada hari ini. Melihat kepada ketiadaan konsisten dalam perkara ini, amat molek baginya berundur juga.

Di kala Umno hari ini menjadi lebih fundamental seperti PAS semasa zaman Allahyarham Yusuf Rawa dan PAS kini menjadi lebih terbuka seperti Umno zaman Tun Mahathir, perjuangan yang dibawa oleh Khairy dalam Umno nampaknya tergantung dan sukar mendapat tempat. Penulis melihat aspirasinya lebih menepati kepada usaha yang lebih liberal dan wasatiah di dalam segala-galanya. Maka perjuangannya sebenarnya nampak lebih rapat dan sesuai dengan kaedah yang diamalkan oleh parti-parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) setakat ini.

Oleh itu, keputusannya untuk berehat ternyata bijak kerana tidak mahu terperangkap di dalam gelombang perubahan dalaman Umno di samping pihak-pihak di dalam Umno sendiri yang menunggu masa bagi menjatuhkannya habis-habisan. Setakat ini, Khairy boleh berterima kasih kepada naibnya, Datuk Razali Ibrahim yang kurang menumpukan kepada agenda politik dalaman pembangunan pemuda sendiri secara terus yang mana mungkin bagi mengelakkan pertembungan dengan Khairy yang sememangnya dinanti-nantikan oleh mereka yang anti-Khairy di dalam Umno. Semua sudah tahu bahawa Razali ketika bertanding dahulu sebagai Naib Ketua Pemuda pada tahun 2009 bukannya dari kem yang sama tetapi dari kem Mukhriz. Namun, tindakan Razali kini yang kurang mengambil kisah pergerakan Pemuda berkemungkinan disebabkan arahan dari Perdana Menteri yang kiranya mahukan Khairy yang tidak diberikan apapun jawatan kabinet boleh melakukan tugasnya tanpa gangguan di dalam Umno.

Di dalam Umno, sebaik mana usaha Khairy tunjukkan kepada Najib masih tidak cukup untuk menghilangkan persepsi menantu Pak Lah ke atasnya. Puncanya ialah Tun Mahathir sendiri. Nama baik Khairy di kalangan ahli Umno sendiri akan lebih baik selepas ini jika Tun Mahathir sudah tiada. Namun begitu, tidak dinafikan bahawa legasi ’persepsi menantu Pak Lah’ itu mungkin akan disambung oleh anaknya sendiri Mukhriz dengan beberapa pemimpin Umno yang kanan yang nampak rapat dengan Tun Mahathir sendiri seperti Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sememangnya hari ini peluang untuk Khairy majukan diri dalam Umno tidak nampak disebabkan tekanan dalaman ke atas pembangunan ’karier’ di dalam Umno. Dengan membawa dirinya melakukan sesuatu yang berfaedah seperti menyambungkan pengajiannya di bidang Doktor Falsafah dan menulis buku-buku berkaitan sosial dan ekonomi terlebih dahulu akan membuatkan rakyat terutamanya ahli-ahli Umno lupa sebentar kisah naiknya anak muda ini semasa zaman Pak Lah dan juga lebih jelas nampak kemampuannya sebagai pemimpin masa hadapan. Apabila sampai masanya nanti selepas PhD, mungkin Khairy akan nampak semula jalan perjuangan politiknya. Tidak mustahil juga Khairy selepas ini mungkin lebih berminat untuk menyertai PR jika agenda-agenda PR hari ini mengenai rakyat adalah konsisten dan diterima pakai. Malah, dua hari lepas, Ketua Pemuda PAS, Nasruddin Hassan Tantawi menjemput beliau untuk menyertai PAS kerana melihat kecenderungan Khairy mengenai politik massa.

Penulis semasa zaman Pak Lah sebenarnya amat marah dan geram kepada Pak Lah dan Khairy dengan isu-isu membabitkan Khairy dan rakan-rakannya yang digelar oleh Tun Mahathir sebagai penghuni Tingkat 4 di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ketika itu. Mereka ini didakwa oleh Mahathir sebagai mereka yang menguasai segala keputusan dan tindakan Pak Lah di dalam mentadbir negara ketika itu. Mungkin permainan politik Tun Mahathir mencacai Pak Lah dan menantunya akhirnya terus menjadi parut yang kekal di dalam hati rakyat terhadap kemampuan Khairy.

Namun begitu, apabila saya melihat kemampuan dan bentuk perjuangan Khairy sejak pilihanraya umum ke-12, penulis akui Khairy mempunyai bakat, ketrampilan dan kepimpinan rakyat. Bukannya penulis berkata Khairy layak menjadi Perdana Menteri tetapi Khairy layak untuk diberikan tanggungjawab sebagai pemimpin. Jika bukan sebagai Menteri pun, bermula sebagai Timbalan Menteri pun tidak mengapa. Jika Najib boleh menjadi Timbalan Menteri termuda dalam sejarah pada umur 25 tahun, mengapa pula tidak Khairy yang kini mencecah umur 35 tahun pada 10 Januari nanti untuk memegang jawatan. Di negara-negara Barat, seperti United Kingdom sendiri, Perdana Menterinya kini David Cameron baru sahaja mencecah umur 45 tahun boleh pula diberikan kepercayaan memegang jawatan tertinggi di negara itu. Malah, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama belum lagi mencapai umur 50 tahun sudah menjadi orang yang paling berpengaruh dan kuat di dunia.

Tetapi apa boleh buat, walaupun Khairy layak secara peribadinya tetapi cara kenaikannya dulu yang menjadi persoalan yang akhirnya menjadi duri kepada usahanya untuk mara di dalam politik Malaysia. Mungkin hanya kerana Khairy anak kepada rakyat biasa dan tidak seperti Najib anak kepada Tun Razak, Khairy kena berusaha kuat lagi bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada kemampuannya menjadi pemimpin. Dan perlu Khairy ingat bahawa orang Malaysia terutamanya orang Melayu ini lebih sukakan imej yang ’matured’ dan nampak tua walaupun pada umur yang muda sebagai syarat menjadi pemimpin. Tetapi bagi penulis, nampak muda pun bukannya persoalan tetapi itulah hakikatnya di Malaysia ini yang lebih gemar melihat imej luaran walaupun matang di dalamnya. Bak orang putih berkata, ’Don’t judge a book by its cover’.
Saya harap pengumuman Khairy ini tidak mempunyai agenda tersirat. Apa yang saya maksudkan ialah mungkin Khairy mengharapkan perhatian daripada Najib ataupun menunjukkan tanda-tanda ‘merajuk’ kerana tidak mendapat apa yang dicitakan setakat ini. Mudah-mudahan, Khairy gunakan saat ini untuk pembangunan diri, agama dan juga merangka strategi baru sebelum kembali ke dunia politik baru di masa hadapan. Selamat berjaya untuk Khairy.

Shaharul adalah seorang perunding Sumber Manusia Strategik dan program pembangunan organisasi, Selain itu, beliau juga menulis beberapa artikel analisa perkembangan politik, sosial dan ekonomi yang diterbitkan di dalam KLToday.com. Beliau boleh dihubungi di rashidzack@yahoo.com

Inilah Keputusannya : “Teoh tidak membunuh diri atau dibunuh”!


Keputusan inkues Teoh Beng Hock cetuskan syak wasangka
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgsMdJ5ruJNc_C6VuDqELDWuWUD9uGNoLndr7FK_91pZKa7zE4EgiQEQER_-ZjlapMRcAIxBlQDICGooccXh2aIqZR4gwDmSCgeiVFeQBRUxne1R_KKgquaM6nwgI8ORZYQ_7T69YLlBEyz/s320/teoh+beng+hock+death+SPRM.jpg
Seingat saya tidak pernah dalam sejarah hidup menyaksikan mahkamah koroner mengembalikan satu keputusan seperti ini. Dalam kes mendiang Teoh Beng Hock yang dijumpai mati di kaki Bangunan Masalam, Shah Alam 16 Julai tahun lalu, mahkamah yang bersidang memutuskan “Teoh tidak membunuh diri atau dibunuh”!

Kalau keputusannya Teoh membunuh diri maka ketahuilah kita yang Teoh telah terjun dari tingkat 5 Pejabat SPRM secara sukarela. Kalau keputusannya Teoh dibunuh maka ketahuilah kita yang ada sesesorang atau sekumpulan orang yang telah menolaknya jatuh dari tingkat 5. Masalahnya di sini kata koroner – membunuh pun tidak, bunuh diri pun tidak. Bermakna Teoh mati entah tidak diketahui kerana apa??!!

Ini bukan soal agama atau bangsa, bukan juga soal anutan politik. Seorang warganegara Malaysia yang bertugas di Pejabat EXCO meninggal dunia tanpa diketahui punca dan sebabnya, bayangkan jika beliau itu adalah anak atau adik atau saudara-mara kita, pasti kita akan risau dan marah. Pasti kita mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku. Pasti kita mahukan keadilan.

Hati kecil saya bimbang yang keputusan ini terpaksa dibuat kerana sebab-sebab tertentu. Saya berhak mengemukakan syak wasangka kerana saya pasti saya bukan keseorangan dalam hal ini.

Gelaplah Malaysia kerana keadilan telah digerhanai dengan keputusan ini.

Takziah dan simpati kepada keluarga mendiang, keadilan wajib dituntut.

Rais Yatim nafi rogol amah



Rais Yatim nafi tuduhan perkosa amah Indonesia
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim hari ini menafikan dakwaan beliau terlibat dalam kes jenayah memperkosa pada 2007 dan semua dakwaan lain yang dilemparkan oleh penulis blog di internet dan parti pembangkang terhadapnya.

"Saya menafikan sebarang dakwaan tersebut sama ada yang berkaitan tuduhan memperkosa mana-mana individu empat tahun dahulu atau lain-lain dakwaan yang dicetuskan penulis liar blog di internet atau mana-mana entiti politik," katanya dalam kenyataan hari ini.

rais yatim pc 020709 01Katanya, "tuduhan liar yang ditujukan terhadap dirinya, susulan laporan blog dan parti-parti politik pembangkang di akhir-akhir ini adalah longgokan fitnah dan pendustaan yang dahsyat, jelek dan jahat."

"Saya menyatakan dengan kerelaan bahawa apa-apa laporan yang diperbuat oleh mana-mana pihak setakat ini berkaitan perkara ini wajar disiasat mengikut lunas undang-undang negara," katanya.

Menurut Rais, beliau dan anggota keluarganya bersedia memberi sepenuh kerjasama dalam siastan itu dan apa-apa keputusan siasatan rasmi itu akan diterima dan dipatuhi.

Beliau berkata "sementara siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa, demi keadilan dan kemanusiaan, pihak-pihak yang rakus mengamalkan politik kotor melalui internet atau media lain diminta menghentikan sebarang spekulasi, cemuhan atau berbuat sesuatu yang mencabul budaya berpekerti baik."

"Semua tulisan, laporan, picisan, spekulasi termasuk ilustrasi foto atau gambar yang disiarkan di bawah mana-mana pojok blog, laman web di internet setakat ini berkaitan dakwaan salahlaku atau jenayah memperkosa mana-mana individu sedemikian adalah bertujuan jelek,
berniat jahat dan memfitnah secara fabrikasi atau rekaan tanpa lunas sahih di sisi undang-undang," katanya.

Rais berkata, perkara berkenaan adalah mainan politik jahat dan kotor yang sengaja digembar-gemburkan bagi tujuan memperolehi dividen politik pembangkang.

Tambah ahli parlimen Jelebu itu, laporan polis oleh PAS dan sekutunya di Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu susulan pendedahan blogger itu adalah bukti bahawa dakwaan tersebut bermotifkan politik kotor dengan tujuan supaya rakyat di Jelebu memihak kepada pembangkang sedangkan mereka tiada kesahihan hak untuk membuat laporan sedemikian dari sudut perundangan.

"Dakwaan pemerkosaan seperti yang dikarang penulis blog tiada kaitan langsung dengan dedahan yang kononnya dipanggil Wikileaks." katanya.

YANG ARIF TUAN HAKIM...SILA TUAN KE NERAKA!!!


OLEH: JR

Tadi saya terbaca kisah mamat berkulit hitam ni...kesian sungguh!! Selepas 30 tahun meringkuk dalam penjara, tinggal dalam sel berjeriji besi kelam tanpa cahaya, dipukul banduan lain, keluarga dihina dan hilang kasih sayang manusia lain, kini selepas 30 tahun baru dia dibuktikan tidak bersalah. Bukan 3 minggu, bukan 3 bulan, bukan 30 bulan tapi 30 tahun terkurung di penjara!! Paris Hilton yang dipenjarakan 3 hari pada 1997 pun menangis terisak-isak bila dihukum, apa lagi jika dihukum 30 tahun, agaknya dia pengsan dan terkencing dalam seluar...(eh,eh, bukan seluar, sebab selebriti ni kononnya tak pakai seluar dalam!)

Kejamnya dunia...30 tahun tersiksa menanggung hukuman atas suatu kesalahan yang tak pernah dilakukan...kejamnya manusia...kejamnya Yang Arif Tuan Hakim yang sebenarnya tak arif ketika menjatuh hukuman.

Cornelius Dupree: "30 tahun aku dizalimi"

30 tahun lalu (tahun 1980), Cornelius Dupree yang ketika itu berusia baru 20 tahun dihukum penjara selama 75 tahun oleh sebuah mahkamah di Dallas, Amerika Syarikat atas tuduhan merogol seorang wanita pada 1979 . Tapi selepas melalui ujian DNA baru-baru ini, pihak pendakwaraya mendapati dia tidak bersalah.

Selepas 30 tahun tersiksa dalam jerejak besi, barulah dia mendapat keadilan dan dibebaskan dari penjara Isnin lepas. Baca selanjutnya di sini...

Itu di Amerika. Bagaimana pula di Malaysia, apakah hakim-hakim Malaysia lebih bijak dari hakim-hakim Amerika yang selalu dipuji sangat bijak itu?

Hakim adalah manusia. Sebagai manusia mereka juga punya emosi yang berbeza setiap hari, setiap saat. Sebagai manusia mereka juga seperti manusia lain kadang-kadang demam, sakit perut, marah, naik angin, tenang dan pelbagai lagi sifat yang boleh mempengaruhi penghakiman mereka. Dan kerana mereka manusialah kadang-kadang hukuman yang dijalankan dilihat tidak adil: mereka yang tidak bersalah dihukum kononnya kerana ada kes prima facie yang kukuh manakala yang lain, kerana kebijaksanaan peguam bela dilepaskan dari hukuman, walaupun dia memang bersalah. Apabila ini berlaku, lalu yang tak bersalah masuk penjara, yang bersalah pula meneruskan jenayahnya.

Dalam kes Cornelius, nasib baik juga dia cuma dihukum penjara 30 tahun, tapi jika dia telah dihukum gantung? Jika dia telah dihukum gantung, bagaimana hakim berkenaan akan meminta maaf kepada mayatnya yang telah lama mereput di dalam kubur itu??

Kerana ramai hakim tak berlaku adillah agaknya mengapa hadis Nabi ada menyatakan bahawa dua pertiga atau majoriti hakim akan masuk neraka:

Ada tiga jenis Hakim.Dua Hakim masuk neraka dan satu lagi masuk syurga. Hakim yang masuk syurga ialah hakim yang mengetahui hukum (peraturan) yang haq (benar) kemudian memberi keputusan dengan hukum tersebut. Sedangkan Hakim yang masuk neraka ialah : 1) Hakim yang mengetahui hukum yang sebenar tetapi sengaja membuat keputusan yang salah; 2) Hakim yang tidak mengetahui hukum yang sebenar, kemudian membuat keputusan salah disebabkan kelalaiannya itu.” ( Hadis Riwayat Abu Dawud dan Tirmidzi).

Didunia ini, hakim-hakim ini boleh menunjukkan kuasanya, memasukkan orang ke penjara, menyebat mereka atau membawa masuk leher banduan ke tali gantung, tapi di akhirat nanti hakim-hakim curang ini akan menerima hukuman setimpal dari Allah kerana kelalaian mereka menjatuhkan hukuman di dunia...

Pemuda UMNO Hipokrit : Masa WALI BAND bukan main bising tapi masa ADAM LAMBERT awat sunyi sepi sahaja..???

Adam Lambert tu nyanyi Lagu-Lagu Islam ke ????

ni yang Rais Yatim suka ni

Ketika ditemui pemberita di sini Jumaat, ketua kumpulan Wali Band, Sarhan Miftahuddin berkata kumpulan itu bercadang untuk memperluaskan dakwah melalui lagu-lagu bercorak Islam ke seluruh nusantara. Lagi di situ ....

Kerajaan UMNO/BN memang la berhati fasik. Bila kerajaan Islam Kelantan buat konsert je heboh puak-puak gerombolan ni cari kesalahan orang tapi mAklonG nak tanya, siapa yang benarkan Adam Lambert doL Gay buat konsert di Stadium Putra Kuala Lumpur dulu? Berakhlak sangat ke Adam Lambert tu? Dia nyanyi lagu-lagu Islam ke? Mereka seolah-olah seperti membaling batu sembunyi tangan.

Allah SWT Berfirman :

وَمَن يَكْسِبْ خَطِيئَةً أَوْ إِثْمًا ثُمَّ يَرْمِ بِهِ بَرِيئًا فَقَدِ احْتَمَلَ بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا ﴿١١٢

"Dan sesiapa yang melakukan suatu kesalahan atau suatu dosa, kemudian dia menuduhnya kepada orang yang tidak bersalah, maka sesungguhnya dia telah memikul kesalahan berbuat dusta dan melakukan dosa yang amat nyata." (QS An Nisaa : 112)

WAllahua'alam ....

Identiti Awang Selamat di Utusan bakal di dedahkan..!!

"Rahsia Awang Selamat dan Utusan bakal di dedahkan" -Kesatuan Kebangsaan Wartawan



Siapa Awang Selamat Sebenar Bakal Terdedah?

Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Hata Wahari yang dilapor sedang disiasat majikannya, Utusan Melayu Berhad, percaya tindakan terhadapnya didalangi ‘tangan-tangan’ ghaib yang mahu beliau dikenakan tindakan.

Menurut Hata, beliau mungkin dipecat seperti mana nasib yang menimpa bekas Presiden NUJ cawangan Utusan, Amran Ahmad pada 3 September 2009.

Namun, kata Hata, apa-apa jua tindakan tidak akan membantutkan azamnya untuk terus bersuara mewakili kepentingan NUJ.

“Walau apa pun keterangan yang saya berikan, saya menjangkakan akan dipecat pada siasatan dalaman 6 Januari ini seperti yang pernah berlaku kepada Amran Ahmad.



“Mungkin pilihan raya sudah semakin dekat, maka mereka mahu saya berhenti bercakap mendedahkan rahsia-rahsia mereka selama ini,” kata Hata ketika dihubungi KeadilanDaily.

Berpengalaman bekerja di Kumpulan Utusan selama 15 tahun, Hata memberitahu bahawa beliau banyak menyimpan ‘rahsia-rahsia’ Utusan.

“Seandainya saya dipecat, orang ramai di luar sana mungkin berminat untuk tahu siapa sebenarnya Awang Selamat,” kata Hata.

Awang Selamat adalah kolumnis di Mingguan Malaysia yang tidak dikenali dan sering mengeluarkan ulasan-ulasan berbaur perkauman dan menggugat keharmonian kaum di Malaysia.

Mengulas lebih lanjut, Hata berkata selama ini tidak banyak pihak berani membuat teguran untuk kebaikan syarikat penerbitan dan kebebasan media. Namun, situasi semasa politik negara memerlukan mereka yang memegang tanggungjawab untuk tampil ke hadapan dengan berani.

“Sebelum ini NUJ banyak mengambil langkah berhati-hati dalam membuat kenyataan. Namun, sekarang adalah masa yang sesuai untuk NUJ kembali berperanan sebagai watchdog kepada media agar tanggungjawab utama melaporkan kebenaran kepada masyarakat dapat dilaksanakan,” kata Hata lagi.

Sebuah gerbang berita hari ini melaporkan Hata dipanggil oleh Utusan Melayu Berhad untuk memberi keterangan dalam satu siasatan dalaman berhubung komen-komen beliau selaku Presiden NUJ.

Berdasarkan surat daripada bahagian sumber manusia syarikatnya, Hata dikehendaki hadir sesi siasatan tersebut pada 6 Januari ini.

http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2011/01/rahsia-awang-selamat-dan-utusan-bakal.html

TAJUK - HARGA MINYAK NAIK : RAKYAT DIDAHULUKAN?


DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

KENYATAAN MEDIA
5 Januari 2011 / 30 Muharram 1432
(No rujukan : PAS/DPPP/2.07(02/11)

Kehadiran tahun baru 2011 kali ini umpama tahun yang bakal menggigit kehidupan rakyat apabila sekali lagi Kerajaan Persekutuan menghadiahkan kenaikan harga bahan petrol RON 97 sebanyak 10 sen secara tiba-tiba semalam. Tindakan ini, membuktikan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak mempedulikan kesakitan dan penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh rakyat apabila menambah beban rakyat walaupun kemarahan rakyat masih belum reda ekoran kenaikan sekaligus harga minyak, gas dan gula pada awal disember 2010 lepas.

Dewan Pemuda PAS Pusat melihat tindakan ini seolah-olah cuba memeras rakyat supaya dapat mengisi tabung Barisan Nasional bagi menghadapi pilihan raya kecil di DUN Tenang tenang pada akhir bulan ini. Umum mengetahui bahawa Barisan Nasional akan terpaksa memperuntukkan sejumlah besar wang bagi membiayai pilihan raya kecil mereka dan sumber yang menjadi mangsa mereka sudah tentulah poket kerajaan persekutuan sendiri.

Tindakan terdesak ini juga menunjukkan kerajaan sebenarnya sudah kekurangan wang dan transformasi ekonomi yang dilaung-laungkan oleh Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak sudah menampakkan bibit-bibit kegagalan dan janji kerajaan untuk memberi kesenangan dan keselesaan untuk rakyat hanya tinggal janji.

Pada awal November tahun 2010 kerajaan menjanjikan harga RON 95 dan diesel akan kekal masing-masing pada kadar harga RM 1.85 seliter dan RM 1.75 seliter sehingga hujung tahun selepas menaikkan harga RON 97 sebanyak 5 sen pada masa itu. Walaubagaimanapun kerajaan memungkiri janji mereka apabila menaikkan harga RON 97, RON 95, Gula dan Gas pada awal Disember tahun lepas.

DPPP turut khuatir rakyat akan terus terbeban dan menjangkakan kenaikan RON 95 pula selepas ini, dan tidak mustahil harga bahan mentah lain boleh juga boleh naik sekiranya kenaikan RON 97 semalam gagal menampung keperluan pilihan raya Barisan Nasional di DUN Tenang. DPPP juga merasakan tidak mustahil selepas ini, harga minyak akan naik pula menjelang pilihan raya umum ke-13 yang dijangkakan berlaku tidak lama lagi.

DPPP beranggapan bahawa kenaikan harga minyak dan bahan mentah di pasaran bukan ditentukan oleh harga pasaran minyak dunia, kedudukan ekonomi negara, kemampuan serta keperluan rakyat, tetapi sebenarnya banyak ditentukan oleh pilihan raya dan keperluan kantong Barisan Nasional.

Pelik, dalam keadaan ekonomi negara yang dilaung-laungkan stabil oleh kerajaan Barisan Nasional, mereka terus menindas rakyat dengan kenaikan harga barang dan bahan mentah dalam negara. Kerajaan BN mampu memberi peruntukan 5 bilion untuk pembinaan Menara Warisan yang belum tentu memberikan pulangan yang bermanfaat kepada rakyat, 111 Juta kepada PERMATA yang hanya dinikmati segolongan kecil kanak-kanak, menurunkan cukai barang-barang import keperluan pelancong luar negara tetapi sangat kedekut di dalam soal pemberian subsidi kepada rakyat.

Dikala mereka mempersenda janji Pakatan Rakyat yang cuba membantu dan mengutamakan rakyat, kerajaan BN terus mencekik dan menambah beban yang terpaksa ditanggung oleh rakyat.

Sudah tiba masanya rakyat sedar dengan janji-janji kosong Barisan Nasional kononnya hendak membantu keselesaan rakyat, dan memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat merealisasikan harapan mereka.

Pilihan raya DUN Tenang, peluang rakyat memberikan amaran kepada Kerajaan yang zalim ini agar tidak terus menerus menzalimi dan menindas kehidupan rakyat dengan memberikan undi dan sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

DPPP juga mengajak golongan muda yang semestinya ramai merasai dan menghadapi masalah akibat tindakan terdesak kerajaan BN itu, bersama-sama PAS dan Pakatan Rakyat menghadapi Kerajaan Barisan Nasional di dalam pilihan raya kecil DUN Tenang dan seterusnya pilihan raya umum ke-13 yang akan datang supaya Kerajaan BN sedar di atas penindasan yang mereka lakukan terhadap rakyat.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Pusat

Tanah wakaf masjid pun di faraid orang Umno


Oleh Dinsman
Jumaat lepas saya solat di Masjid Nurul Iman, Rawang. Seperti biasa, tiba awal di masjid tidak susah mencari parking kereta, dan selesa mengambil tempat duduk di dalam masjid. Orang belum ramai. Saya pilih saf ketiga di depan.

Sedang beriktikaf, tiba-tiba terdengar satu suara yang begitu familiar memberi salam dan memulakan tazkirah. Satu suara yang lembut tetapi jelas dan sedap didengar. Tidak terasa seperti suara yang tiba-tiba datang mengganggu orang beriktikaf.
Apabila dilihat ke depan nampaklah orangnya yang sedang memberi tazkirah itu. Dia berdiri. Memang susuk yang familiar. Dr Badrul Amin, atau biasa juga dipanggil Ustaz Badrul Amin. Seorang tokoh dalam pimpinan Parti KeAdilan Rakyat yang agak berbeza daripada tokoh-tokoh lain dalam parti itu, hingga ada orang mengatakan dia sepatutnya jadi orang PAS.
 
Ustaz Badrul Amin memberi tazkirah sebelum solat Jumaat? Ya, apa salahnya! Saya bertanya dan menjawab sendiri di dalam hati. Bertanya begitu kerana belum pernah melihatnya memberi tazkirah Jumaat, dan menjawab begitu kerana dia memang layak. Bukan sekadar layak seperti layaknya ustaz-ustaz kebanyakannya yang selalu memberi tazkirah, tetapi lebih daripada itu.

Apa lebihnya? Lebihnya ialah pada caranya, pendekatannya, gayanya dan juga suaranya. Bukan kerana dia pernah menjadi pensyarah di universiti (UIA), tetapi saya rasa kerana dia memang seorang yang berbakat di bidang ini. Lihatlah itu, terasa yang dia begitu mesra dengan jemaah di depannya.

Buat baiklah, katanya. Allah suka dengan orang yang buat baik. Dan beruntunglah orang yang hari ini dia lebih baik daripada hari semalamnya. Amalannya hari ini lebih baik daripada semalam; ilmunya hari ini bertambah sedikit daripada hari semalam, dan seterusnya, kerana setiap hari yang bertambah itu bermakna modal kita bertambah. Apabila modal bertambah, kalau untung tak bertambah, maknanya kita sedang mengalami kerugian.

Sedang sedap kita mengikuti tazkirahnya itu dia pun memperkenalkan diri. Katanya dia hadir sebagai Pengarah Penerangan di Pejabat Menteri Besar Selangor, mewakili Menteri Besar untuk memberi penjelasan mengenai satu isu yang sedang hangat diperkatakan di kalangan orang Islam di Rawang, iaitu isu sebuah surau hendak dirobohkan.

“Itu bukan kerja kita,” katanya. “Kita bukan orang yang hendak merobohkan masjid atau surau. Kerja kita hendak memakmurkan masjid, memakmurkan surau.”

Maka dia pun menjelaskanlah kedudukan sebenar isu yang dikatakan pihak kerajaan Selangor hendak merobohkan sebuah surau di tengah-tengah bandar Rawang itu. Satu lagi cerita bagaimana orang-orang Umno di Selangor sedang ghaflah dan gelabah hendak menutup pekung dan tembelang mereka yang satu demi satu sedang terdedah dan mengeluarkan bau busuk, yang menyedarkan seluruh rakyat betapa jahatnya mereka selama ini.

“Tanah itu sebenarnya tanah hak massjid ini,” kata Ustaz Badrul Amin. “Jadi kita sedang berusaha hendak mengambil balik tanah itu dan serahkan kepada pentadbiran masjid ini.” '

Kelihatan beberapa orang yang duduk berhampiran dan di depan penceramah itu mengangguk-anggukkan kepala mereka. “Oh.. begitu rupanya!” agaknya demikianlah hati mereka berkata.

Dan saya membayangkan kalau hal yang serupa begini dapat dijelaskan kepada rakyat, khasnya orang-orang Melayu di seluruh Selangor, akan kedudukan sebenar banyak lagi perkara-perkara jahat yang dilakukan oleh orang-orang Umno selama ini, maka demikianlah rakyat Selangor akan mengangguk-anggukkan kepala mereka.

Tanah itu asalnya tanah wakaf. Tetapi pada tahun 2003 pihak pentadbiran masjid ini telah membuat pecahan lot ke atas tanah wakaf tersebut, dan membahagi-bahagikan di kalangan mereka, seramai tujuh orang. “Satu untuk kau. Satu untuk aku. Fahamlah ya!” kata Badrul Amin.

“Sedangkan undang-undang atau Enakmen tanah tidak membenarkan tanah wakaf dipindah milik kepada orang lain, samada dijual ataupun untuk dibangunkan. Tanah wakaf mestilah kekal sebagai tanah wakaf,” jelas Pengarah Penerangan Kerajaan Negeri Selangor itu lagi, di dalam tazkirahnya sebelum solat Jumaat itu.
Maka demikianlah. Yang dihebohkan kononnya pihak Kerajaan Negeri Selangor hendak merobohkan surau. Ada yang kata Kerajaan Negeri Selangor tidak mahu halang pihak pemaju yang hendak merobohkan surau itu untuk suatu projek pembangunan. Macam-macam cerita. Timbul juga cerita pemilik gerai di atas tanah tersebut yang sudah bertahun-tahun membayar sewa kepada orang yang mendakwa mengutipnya untuk surau, tetapi pihak surau itu tidak pernah pun menerima duit tersebut.

Apa pun, yang jelasnya satu lagi tembelang dan pekong Umno sedang terbongkar. Tanah wakaf kepunyaan masjid! Tergamak mereka mengambilnya dan membagi-bagikan sesama mereka, seperti penyamun dalam filem P.Ramlee itu membagi-bagikan harta hasil rompakan mereka. Memang mereka merompaklah tu! Lagi jahat daripada penyamun dalam filem P.Ramlee. Penyamun pun tak merompak tanah wakaf masjid.

Tapi itulah pemimpin Umno. Yang ada kuasa besar, besarlah rompakannya. Yang ada kuasa kecil, kecillah rompakannya. Asalkan ada kuasa, maka adalah yang dirompak mereka.

Baguslah Dr Badrul Amin! Sangat berkesan cara penyampaiannya. Dan lebih menariknya lagi, selepas selesai membuat penjelasan tersebut, pihak pentadbir masjid itu memaklumkan bahawa Ustaz Badrul Amin “akan menyampaikan khutbah dan akan mengimamkan solat Jumaat kita pada hari ini.”

Alhamdulillah! Seorang tokoh pimpinan dalam Pakatan Rakyat. Boleh bagi tazkirah, boleh baca khotbah Jumaat, dan boleh jadi imam solat jemaah. Dan yang lebih pentingnya bagi saya ialah kemahiran dan kebolehannya menyampaikan tazkirah dan khasnya khutbah Jumaat yang berkesan.

Pembaca yang mengikuti kolum ini daripada awal dulu tentu pernah membaca beberapa kali saya menyentuh hal khutbah Jumaat yang suka membebel meleret-leret dan gagal menyampaikan khutbah yang berkesan. Maka terlintas dalam fikiran saya: Alangkah bagusnya kalau Dr Badrul Amin diberi amanah untuk memimpin sebuah institusi yang dibina khas, iaitu Institut Latihan Khutbah Jumaat dan Tazkirah Masjid. Sebuah institusi yang sangat-sangat kita perlukan sekarang, demi memajukan ummah!

(Penulis boleh dihubungi dengan emel dinsman_49@yahoo.com.my atau sms 013-6362408)

Isu Menteri Perogol: Chegubard Lapor Polis, Shamsul Desak Menteri Nafi Jika Tidak Benar



Kes amah dirogol: SAMM buat laporan polis terhadap menteri

KUALA LUMPUR, 5 Jan — Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini membuat laporan polis terhadap seorang anggota Kabinet pusat berhubung kes rogol membabitkan pembantu rumah warga Indonesia kira-kira empat tahun lalu. Gambar fail.

Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shaharin berkata walaupun tidak mempunyai bukti kukuh mengaitkan menteri berkenaan dalam kejadian tersebut namun banyak perkara yang membuktikan pemimpin Umno itu terlibat.

“Solidariti Anak Muda Malaysia hari ini tampil mengambil peranan selaku warga negara yang bertanggungjawab untuk membuat satu laporan polis mengenai wujudnya laporan mengaitkan anggota kabinet Malaysia dengan kejadian merogol pembantu rumahnya warga Indonesia.

“Dokumen dilampirkan. Kejadian sekitar tahun 2007 ini menjadi perhatian apabila didedahkan oleh WikiLeaks dan kemudian dilaporkan semula secara agak lengkap di beberapa blog

“Setelah carian lanjut dibuat saya memperoleh dokumen lengkap,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SAMM hari ini membuat laporan polis tersebut di Ibupejabat Polis Seremban 2.

Menurut Badrul Hisham atau lebih mesra dengan panggilan “Chegubard”, laporan polis itu dibuat bagi mendesak pihak polis supaya membuka kertas siasatan bagi menyiasat kebenaran dakwaan yang mengaitkan menteri itu.

“Laporan polis ini dibuat untuk mendesak PDRM (Polis Diraja Malaysia) membuka fail siasatan dan memulakan siasatan. SAMM mengambil tanggungjawab tampil untuk membantu PDRM memulakan siasatan berkenaan kes ini,” katanya. -TMI

Teoh Beng Hock Tidak Bunuh Diri - Koroner


Koroner Azmil Muntapha Abas hari ini menolak teori Teoh Beng Hock membunuh diri di dalam keputusan inkues petang ini.

"Saya menolak keputusan bahawa kematian adalah kerana bunuh diri,” kata Koroner.

Beliau juga menolak teori bahawa mangsa, Teoh, tidak sedarkan diri. Beliau turut menolak kematian Teoh kerana dibunuh.

Mahkamah Koroner hari ini memutuskan bahawa kes inkues ini adalah satu kes “open verdict” di mana ia berlaku apabila keterangan yang ada tidak mencukupi atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki untuk merekod lain-lain keputusan.

Menurutnya, masih ada isu-isu yang belum diselesaikan pada kes bunuh diri dan menegaskan bahawa untuk menentukannya secara telahan adalah tidak boleh diterima.

Berikutan itu, Azmil memutuskan kematian Teoh bukan kerana bunuh diri.

Azmil berkata, ada bukti yang mencukupi untuk menunjukkan bahawa kecederaan pada leher Teoh berlaku sebelum dia jatuh, tetapi tidak ada bukti untuk mengesahkan bahawa kecederaan itu menyumbang kepada kematiannya.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini sesak dengan penyokong dan media bagi mendengar keputusan inkues berhubung kematian pembantu exco kerajaan negeri Selangor Teoh Beng Hock yang mati dua tahun lalu, lapor malaysiakini.

Mendiang Teoh dijumpai tidak bernyawa ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) selepas terjatuh dari tingkat lima pejabat SPRM Shah Alam.

Kira-kira jam 2 petang, ibubapa dan adik perempuannya hadir di perkarangan mahkamah.

Sementara itu, penyokong-penyokongnya menaikkan kain rentang serta melaungkan 'Justice For Beng Hock'.

Tidak kurang juga yang memakai bunga kekwa putih di baju mereka.

Manakala peguam-peguam yang mewakilinya pelbagai pihak pula hadir kira-kira jam 2.30 petang.

Kelihatan juga di perkarangan jumlah anggota polis yang luar biasa ramainya dan sekatan jalan di beberapa jalan utama menuju ke mahkamah.

Keputusan koroner hari ini jelas hampir menyamai keputusan koroner di dalam inkues kematian Gunasegaran sebelum ini di mana di dalam kes berkenaan koroner Siti Shakirah Mohtarudin memberikan keputusan terbuka berhubung inkues bagi menentukan kematian R Gunasegaran semasa dalam tahanan polis kerana tidak boleh dibuktikan dengan muktamad.

Sidang DUN tergempar akhir Januari

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk meminda Undang -undang Tubuh Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan kepada Sultan dan Menteri Besar akan diadakan akhir bulan ini.

Menurut Menteri Besar Selangor itu, pindaan perlembagaan rang undang-undang itu menyentuh bidang kuasa bagi melantik tiga pegawai eksekutif iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Beliau yang ditemui selepas mengadakan mesyuarat bersama ahli parlimen dan Adun negeri petang tadi berkata persetujuan telah dicapai untuk menunda majlis angkat sumpah di hadapan menteri besar sehingga keputusan dalam persidangan DUN diterima.

“Kami cadang untuk panggil sidang DUN dalam masa terdekat sebelum minggu keempat maka selama tiga minggu ini kami akan buat persediaan mengenai pindaan rang undang-undang tersebut.

“Walaupun secara sah SUK telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan
Awam (SPA) tapi masih belum boleh dianggap sah kerana belum mengangkat sumpah di hadapan menteri besar dan exco,” katanya.

Khalid berkata surat kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sidek Hassan telah dihantar semalam untuk membincangkan semula
pelantikan SUK.

“Kita ingin memperbetulkan konsep, ada beberapa kuasa dalam pelantikan jawatan tertinggi di negeri Selangor,” katanya.

Majlis angkat sumpah

Khalid berkata, beliau mengulangi pendiriannya untuk tidak menghadiri majlis angkat sumpah SUK Datuk Mohd Khusrin Munawi dihadapan Sultan Sharifuddin Idris Shah pada 6 Januari (Khamis) seperti yang dinasihati.

Sementara itu, Speaker DUN Teng Chang Kim pula optimis sekiranya pindaan perlembagaan dibuat Pakatan Rakyat bakal memperoleh 2/3 undi termasuklah daripada Barisan Nasional (BN).

Pakatan kini mempunyai undi majoriti apabila memiliki 35 daripada 56 kerusi DUN Selangor.

“Soal 2/3 yang diperlukan tidak harus dianggap mudah walaupun Pakatan ada 35 kerusi. Laporan media melaporkan Adun Kuang Abdul Shukor Idrus berkata BN menyokong peruntukan kuasa diberi kepada Sultan dan Menteri Besar.

“Jika begitu Pakatan akan menerima sokongan 100 peratus. Namun ia masih terlalu awal kerana kita perlu tunggu rang undang-undang dibentangkan dan jangan buat spekulasi yang boleh mengeruhkan keadaan,” katanya. - FMT

Minyak Naik lagi? tak apa.. kita guna Nuklear pula..

Sumber: Anak Sungai Derhaka
 
Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing akan naik sebanyak 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Beliau berkata dengan kenaikan itu, harga petrol RON97 akan naik kepada RM2.40 seliter (sebelum ini RM2.30 seliter) sementara minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

Kenaikkan yang menepati slogan 1Malaysia Najib "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"..

Rakyat memang didahulukan bagi menghadapi kenaikkan harga minyak ini..

Aku dah letih nak hentam Najib dan Muhyiddin apalagi Rais Yatim.. pasal kawan aku kat hang ni kritik saja pandai.. cuba hang bagi cadangan pulak..

Cadangan aku dibawah... tapi sebelum itu..

Ahli dan Penyokong tegar UMNO tak perlu risau kerana kebanyakkan mereka menggunakan kereta buatan Malaysia yang menggunakan kereta-kereta import yang memerlukan penggunaan minyak RON97 pula akan mendapat diskaun istimewa dengan hanya menunjukkan kad keahlian UMNO mereka.

Lagipun setakat naik 10sen tu apalah sangat jika dibandingkan dengan harga rokok yang naik hingga menjadi RM10 sekotak menurut mereka..

Lagipun kenaikan esok dikatakan tidak akan menjejaskan harga petrol RON95 yang kekal RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram…

Alasan untuk menaikkan harga RON 95 juga sudah ada..“Menurut laporan hari ini, minyak yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Minyak (Opec) meningkat kepada US$89.79 mulai minggu ini”

Jadi untuk mengelakkan kita dari terus menanggung beban kerana kenaikkan minyak ini apa kata kita guna kereta yang menggunakan tenaga nuclear pula?

Ford dah buat research pada tahun 1958 dulu.. kita gunakan saja.. biar kali ini bila kemalangan bukan saja terbakar tapi meletup terus..


Ford Nucleon
From Wikipedia, the free encyclopedia

The Ford Nucleon was a nuclear-powered concept car developed by Ford Motor Company in 1958. The design did not include an internal-combustion engine, rather, the vehicle was to be powered by a small nuclear reactor in the rear of the vehicle. The vehicle featured a power capsule suspended between twin booms at the rear. The capsule, which would contain a radioactive core for motive power, was designed to be easily interchangeable, according to the performance needs and the distances to be travelled.

The passenger compartment of the Nucleon featured a one-piece, pillar-less windscreen and compound rear window, and was topped by a cantilever roof. There were air intakes at the leading edge of the roof and at the base of its supports. An extreme cab-forward style provided more protection to the driver and passengers from the reactor in the rear. Some pictures show the car with tailfins sweeping up from the rear fenders.

The drivetrain would be integral to the power module, and electronic torque converters would take the place of the drive-train used at the time. It was said that cars like the Nucleon would be able to travel 8000 km (5,000 miles) or more, depending on the size of the core, without recharging. At the end of the core's life, it would be taken to a charging station, which research designers envisioned as largely replacing gas stations. The car was never built and never went into production, but it remains an icon of the Atomic Age of the 1950s.

The mock-up of the car can be viewed at the Henry Ford Museum in Dearborn, Michigan.

PRK Tenang : Video Pidato Anwar Mengocak Ketenangan UMNO Tenang





Dr Asri 'smash' pengampu/pembodek UMNO/BN yang bangang


BUNUH PENGKRITIK SULTAN, SATU CADANGAN YANG HINAProf Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin

 
Seorang YB dan NGOs tertentu mencadangkan agar pengkritik sultan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Walaupun ada kaitan dengan politik kepartian tertentu -itu bukan urusan saya- tetapi saya ingin mengulas cadangan ini di sudut hukum Islam seperti berikut;

1. Cadangan ini sebenarnya lebih hina dan besar dosanya daripada menggalakkan pemerintah berzina, atau berjudi atau minum arak atau kesemua maksiat yang lain. Ini kerana, nyawa dalam Islam amat berharga dan haram ditumpahkan tanpa sebab yang sah. Cadangan ini bererti menggalakkan pemerintah membunuh orang tanpa sebab yang diizinkan oleh Allah dan Rasul. Dosa membunuh dalam Islam lebih besar dari dosa zina, arak, judi dan lain-lain.

2. Sultan bukanlah nabi yang maksum sehingga tidak boleh dikritik. Kepercayaan sesetengah pihak bahawa haram mengkritik atau berbeza pendapat dengan sultan seakan menyamakan kedudukan sultan dan raja melayu dengan para nabi a.s. Sedang para al-khulafa al-rasyidin iaitu Abu Bakr, Umar, Uthman dan ‘Ali yang jauh lebih mulia dari sultan-sultan pun dikritik dan dibantah oleh rakyat mereka. Namun mereka menjawab dengan penuh amanah, wibawa dan mereka tidak membunuh pengkritik mereka. Bahkan berterima kasih.

Demi Allah! Debu yang berada di hidung kuda para sahabat nabi s.a.w yang berjuang bersama Nabi s.a.w lebih mulia dari kebanyakan sultan atau raja yang ada dalam dunia ini. Sahabat Nabi s.a.w tidak pernah menggesa agar dibunuh pengkritik mereka. Bahkan dalam Sirah, ada beberapa kejadian yang sahabat tidak bersetuju dengan cadangan Nabi s.a.w dan membantah baginda seperti yang berlaku kepada ‘Umar r.a ketika perjanjian Hudaibiyyah, pun Nabi s.a.w tidak membunuh beliau.

3. Pada saya, pencadang hukuman tersebut; adalah pengampu yang melebihi had. Jika dia muslim, dia seorang yang ‘kering perasaan’ dan tidak takutkan Allah mengenai ‘darah orang lain’. Mungkin dia berhujah dengan undang-undang yang dia fahami sehingga dia lupa syariat Allah yang Maha Tinggi yang mengharamkan ditumpah darah dan nyawa manusia tanpa sebab yang sah di sisi syarak. Wajib dia bertaubat dan menarik balik cadangan tersebut.

Sultan bertitah tindakan MB S'gor tak wajar - Satu Ulasan


Kenapakah Setiausaha Sulit baginda berkelakuan lebih sudu daripada kuah.

Saya nak komen apa yang disiarkan dalam Malaysiakini. Ada beberapa perkara pelik dan tak kena dengan protokol bila baca berita ni.

" azlanMenurut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda dilaporkan bertitah, tindakan sebegitu boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik, di samping mewujudkan suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam Negeri Selangor.

 
Menurut Mohamad Munir, Sultan Selangor telah memerintahkan Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon sebelum calon-calon dipersembahkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kepada baginda.

"Bukannya berbincang selepas jawatan SUK Selangor telah diperkenankan oleh baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan."

Pertama: Yang Setiausaha Sulit Sultan sibuk nak bagi press statement apa yang berlaku semasa MB mengadap Sultan pasai apa. Apa kena-mengena dia dengan urusan negeri. Kalau nak ikut prosidur, boleh dipertuduhkan kerana membocorkan perkara-perkara sulit yang mungkin boleh mengaibkan Tuanku Sultan. Ini soal pentadbiran negeri. Kalaulah MB ada silap dan salah, Tuanku Sultan boleh menegur. Itu perkara biasa sebagai payung negeri. Kalau Tuanku Sultan terkhilaf, MB berhak menasihati Tuanku. Perlembagaan negeri kata boleh. Ini perkara biasa dalam pentadbiran negeri yang melibatkan dua peneraju utamanya. Oleh itu, apa-apa perkara yang dibincangkan tidak sepatutnya diberitahu kepada awam kerana ianya mungkin boleh mengaibkan mana-mana entiti tersebut.

Kedua: Kalau dia komen tu betul, satu hal jugak. Dah satu Malaysia tahu bahawa Sultan tak boleh buat keputusan eksekutif berkaitan pentadbiran negeri tanpa nasihat MB. Perlantikan SUK bukannya kena-mengena dengan kuasa prerogatif Sultan. Dalam Fasal 50 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor telah dinyatakan dengan terang; ianya tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia iaitu Fasal 40. Fasal 40 ni Tun Mahathir telah berjaya meminda dengan jayanya sewaktu zaman kegemilangan pemerintahannya. Jika Sultan terkhilaf sebelum pertemuan dengan MB, MB berhak menasihati Tuanku dan jika perkara ini berlaku, ianya mesti dirahsiakan. Bukannya dengan mengaibkan MB dan juga Tuanku Sultan dengan press statement yang tak berapa cerdik ini. Perlu diingat, Sultan bukan sahaja sebagai individu malah baginda adalah sebuah institusi. Sebagai individu, baginda boleh terkhilaf tetapi sebagai institusi, baginda tidak boleh terkhilaf. Untuk itu, pelbagai tatacara dan prosidur telah digubal bagi memastikan prinsip ini sentiasa terpelihara.

Persoalannya, kenapa Setiausaha Sulit baginda berkelakuan lebih sudu daripada kuah.
"Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa pelantikan SUK Negeri kepada Sultan Selangor, baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapatkan perkenan baginda terlebih dahulu," kata Mohamad Munir.

Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang akan diadakan pada hari Khamis, 6 Januari 2011, di Istana Bukit Kayangan akan tetap diteruskan.

Ini adalah kerana sepengetahuan D.Y.M.M Sultan Selangor, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, Dato' Haji Mohamed Khusrin Munawi telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959."

Ketiga: Sejak bila cadangan pindaan perlembagaan negeri perlu mendapat persetujuan Tuanku Sultan sebelum dibentangkan. Fasal 66 Perlembagaan Persekutuan tak cakap macam tu pun. Jadual ke 8 Perlembagaan Persekutuan pun tak cakap. Dah tu Setiausaha Sulit ni cakap benda yang mai daripada mana??

Pasai tatacara perlantikan SUK negeri, Setiausaha Sulit ni kena tau la apa yang dia cakap! Kalau tak tau jangan cakap. Dah la tu, jual nama Sultan pulak tu...

"Majlis tersebut bukanlah merupakan majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi Majlis Angkat Sumpah Taat Setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada negeri Selangor.

Berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Y.A.B. Dato' Menteri Besar."

Keempat: Yang mana satu betul? SUK negeri angkat sumpat taat setia kat Sultan atau kena angkat sumpah simpan rahsia kat MB. Setiausaha Sulit Sultan ni tak pernah jadi kakitangan awam ka? Sebagai kakitangan awam, kita angkat sumpah taat setia semasa mula-mula masuk berkhidmat saja. Kalau tiap kali naik pangkat kena angkat sumpah depan Sultan atau Agong, penat Sulatn atau Agong nak melayan beribu penjawat awam yang bertukar/naik pangkat tiap-tiap tahun untuk angkat sumpah.

Logik Fasal 52(4) Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor dahpun diterangkan dalam undang-undang tu sendiri. Yang buat kamjat ni masa MB Khir Toyo dulu. Dia tak nasihat Sultan benda yang betul. La ni pun nak buat benda yang tak betul tu lagi. Dua kali tak betul takkan buat benda tu jadi betul.

"Berkenaan dengan tulisan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Y.B Shuhaimi bin Haji Shafiei pada 30 haribulan Disember 2010 yang disiarkan di dalam laman blog beliau.

Dimaklumkan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebagaimana yang dinyatkan oleh beliau, kerana Baginda hanya memberikan perkenan dan tidak menjalankan fungsi dan kuasa Baginda di bawah Undang-Undang Tubuh. Perkenan Baginda tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 55(1)(1A)."

Kelima: Mai tang ni, dia pusing macam ni pulak dah. Perkenan Sultan tu saja-saja ja dan tak bawa apa-apa makna. Ada akai ka. Ingat sain Sultan tu boleh main-main ka?

"Mengulas mengenai artikel pada 29 haribulan Disember 2010 di dalam akhbar Sinar Harian mengenai "Pelantikan SUK Tidak Semestinya Dibuat SPA" oleh Ahli Dewan Negeri Kampung Tunku, Y.B. Lau Weng San, yang menyatakan pelantikan Setiausaha Kerajaan boleh dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAN).

Walaupun terdapat SPAN di negeri-negeri lain yang boleh melantik Setiausaha Kerajaan, tetapi di negeri Selangor kuasa pelantikan tersebut adalah dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan (SPA) selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959."

Keenam: Tang ni dia kata perkara ni selaras dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. (Baca pula komen saya yang ketujuh)

"Mengulas mengenai kenyataan akhbar Y.A.B. Dato' Menteri Besar pada 3 Januari 2011 yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPA adalah kurang tepat.

Apa yang sebenarnya berlaku, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada Baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor.

Baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan. Selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Perkara ini telah menjadi amalan (convention) di negeri Selangor."

Ketujuh: Tang ni dia kata ikut convention pulak. Yang mana satu betul? Yang sebetulnya, dalam Fasal 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, dari sub Fasal (1) sampai sub Fasal (4) tak adapun sebut yang perlantikan SUK kena diperkenankan oleh Sultan. Memang Sultan adalah Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor tapi kuasa eksekutif tersebut telah diperturunkan kepada MB oleh Fasal 40 Perlembagaan Persekutuan. Kalu nak terang lagi, baca seksyen 1 kepada Jadual kelapan Perlembagaan Persekutuan.

"Mengenai cadangan Y.A.B. Dato' Menteri Besar untuk berbincang dengan JPA atau SPA, D.Y.M.M. Sultan Selangor sebenarnya telah menitahkan sepatutnya Y.A.B. Dato' Menteri Besar mengadakan perbincangan pemilihan calon ini sebelum calon-calon disembahkan oleh JPA atau SPA kepada Baginda dan bukannya berbincang selepas jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor telah diperkenankan oleh Baginda dan dilantik seterusnya diisi oleh calon yang berkenaan."

Kelapan: Yang kalut dok lantik awal ni sapa. Yang dok pegang jawatan pun bukannya habis lagi. Baru bercuti. Takdak disebut kat mana-manapun mesti diganti dalam tempoh edah terterntu. Tak ada!! Dah tu, cerita apa!

"Tindakan Y.A.B. Dato' Menteri Besar untuk berbincang dan memilih calon-calon lain dengan JPA atau SPA setelah calon dilantik adalah tindakan yang tidak wajar diambil kerana boleh menjatuhkan moral dan kredibiliti serta integriti calon yang telah dilantik dan juga boleh mewujudkan satu suasana yang tidak baik dalam perkhidmatan awam negeri Selangor."

Kesembilan: Yang ni saya tak tau la sapa yang patut kata kat sapa??

Kesepuluh: Pakat-pakatlah kita berfikir. Jangan sampai negeri Kedah jadi drama untuk siri ke 3 sudahk la.

Naruto
Penyelidik bebas.

Majlis Angkat Sumpah Diteruskan.. Bermulalah Sketsa Perak 2


Istana Selangor teruskan majlis angkat sumpah SUK Khamis ini
Majlis angkat sumpah taat setia Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Khusrin Munawi Khamis ini akan diteruskan sebagaimana telah ditetapkan sebelum ini, kata Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani hari ini.

Munir berkata, majlis itu diteruskan kerana sepengetahuan Sultan Selangor, Khusrin telah dilantik mengikut prosedur yang ditetapkan dan selaras dengan peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Katanya, pada majlis tersebut akan diadakan upacara pengurniaan darjah kebesaran negeri Selangor kepada Raja Muda Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-65 Sultan Selangor.

Selain itu kata beliau, pada majlis tersebut juga akan diadakan upacara angkat sumpah taat setia penjawat jawatan Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, pelantikan dan angkat sumpah Ahli Dewan Diraja Selangor, pelantikan Jaksa Pendamai Selangor, Ahli Majlis Agama Islam Selangor dan Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah Selangor.

“Kenyataan akhbar ini dibuat untuk menjelaskan perkara dan kedudukan sebenar yang timbul berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru,” kata beliau petang ini.

Majlis itu akan diadakan di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

“Semua upacara diadakan pada satu masa adalah untuk menjimatkan masa dan kewangan.

“Majlis tersebut bukanlah merupakan majlis pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru tetapi merupakan majlis angkat sumpah taat setia Setiausaha Kerajaan Selangor kepada Sultan Selangor dan untuk berkhidmat dengan taat, setia dan jujur kepada negeri Selangor,” katanya.

Malah menurut Munir, berikutan pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru, selaras dengan peruntukan Fasal (3) dan (4) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Setiausaha Kerajaan Selangor yang baru hendaklah mempunyai hak untuk mengambil bahagian dalam prosiding Majlis Mesyuarat Kerajaan dan Dewan Negeri setelah mengangkat dan menandatangani sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar.

Semalam, Khalid berkata sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor,” katanya.
Jika masih ingat, demikian kisah bermulanya episod rampasan Perak apabila istana meneruskan perlantikan MB daripada UMNO-BN.

Cuma kini ia dimulai dengan SUK. -GB

Tenang: PAS umum calon 16 Jan


KOTA BHARU, 4 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, menegaskan parti itu tetap akan ‘bertarung’ menentang calon Umno pada pilihan raya kecil Dun Tenang.

Menurutnya, walaupun ianya kubu kuat Umno, namun demokrasi dapat merubah segala-galanya.

“Dalam Islam tidak ada yang kekal melainkan Allah dan kita diajar berhubung perkara itu, jadi kita tidak perlu takut dan akan meneruskan perjuangan ini,” ujarnya.

Pada masa yang sama Tuan Guru turut mengesahkan, calon yang bakal bertanding pada pilihan raya kecil Dun Tenang akan diumumkan pada 16 Januari ini.

Bagaimanapun katanya, calon yang bakal bertanding akan diputuskan pada mesyuarat khas 9 Januari ini.

Beliau berkata demikian kepada media ketika diminta mengulas berhubung perkara itu, di JKR 10, di sini tengah hari tadi.
Menurutnya lagi, senarai calon sudah ada bagaimanapun ianya belum diteliti sepenuhnya.

“Tidak kiralah sama ada muslimat ke siapapun, mana yang baik kita akan terima. Lagipun kita telah mempunyai wakil rakyat di peringkat Dun dan Parlimen,” ujarnya lagi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pilihan raya kecil Dun Tenang pada 22 Januari dan hari 30 Januari.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha pada 17 Disember lepas. -Hrkh

BN 'peluh dingin' bila DS Anwar di pentas ceramah

Di sebalik reputasi sebagai kubu kuat BN, kehadiran ketua umum PKR untuk kempen pilihan raya kecil Tenang menimbulkan peluh dingin di kalangan pemimpin BN.

NONEDi dua ceramah malam tadi, polis terus bertindak sebaik sahaja Anwar mengambil tempatnya untuk berpidato.

Sebagai kontras, ucapan beberapa pemimpin Pakatan rakyat yang lain tidak dihiraukan dan dibiarkan berlarutan.

"Bila pemimpin lain berucap, tiada ganguan. Bila Anwar berucap, polis akan terus menganggu dan menghentikannya.

"Umno Johor cukup gusar dengan kehadiran Anwar kerana beliau cukup berpengaruh di sini, khususnya ketika menjadi timbalan perdana menteri," kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman.

Pada majlis pertama di Kampung Ayer Panas, jalan menuju ke tempat itu dibarisi kenderaan polis dan sekatan jalan raya.

NONEMenurut orang ramai, kehadiraan polis yang ramai itu menakutkan masyarakat setempat untuk keluar menghadiri majlis berkenaan. Hanya kira-kira 300 orang hadir.

Apabila tiba giliran Anwar berucap pada jam 9.45 malam semalam, polis terus bertindak dan mengarahkan ceramah berkenaan dihentikan. Anwar akur dan bergerak menuju majlis keduanya di Felda Cempelak.Meriam air

Ceramah di Felda Cempelak berjaya menarik lebih ramai hadirin - kali ini sekitar 3,000 orang, meskipun dengan kehadiran anggota polis yang tetap ramai dan diperlengkapkan dengan dua trak meriam air.

Anwar mengambil tempatnya di pentas utama pada jam 10.45 malam selepas ucapan pemimpin lain seperti ketua PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng, Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Mazlan.

NONESebaik sahaja mahu mula berucap, polis naik ke pentas untuk menghentikan ketua pembangkang itu. Pihak penganjur juga gagal memujuk polis supaya membenarkan Anwar untuk berucap dan semua peralatan pembesar suara juga dirampas.

Tanpa menghiraukan larangan itu, Anwar meneruskan ceramah menggunakan hailer. Namun hanya mereka yang berada berdekatan dapat mendengar.

Polis membiarkan ceramah itu berterusan selama kira-kira 40 minit sehinggalah Anwar menimbulkan isu Apco Worldwide, sebuah firma antarabangsa yang diupah oleh pentadbiran Najib.

NONE"Apabila Anwar timbulkan Apco Worldwide, polis terus mengepung kawasan itu. Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini kami terpaksa menamatkan ceramah itu," kata Mazlan yang juga timbalan pengarah kempen pilihan raya kecil PAS bagi kerusi Tenang.

Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Tenang dijadualkan pada 22 Januari ini, manakala pengundian ditetapkan pada 30 Januari jika ada pertandingan.
 

Bonus tahun Baru dari Umno/BN ~ Harga petrol RON97 naik 10 sen lagi


Harga petrol RON97 akan dinaikkan 10 sen lagi kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa tengah malam ini, mengikut sumber. azlanBagaimanapun harga petrol RON 95 kekal tidak berubah pada RM1.85 seliter. Harga petrol RON 97 sejak tahun lalu, tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa. Pada 1 Nov lalu, harga petrol RON97 dinaikkan 5 sen menjadi RM2.15 seliter dan akhir bulan yang sama ia dinaikkan lagi 15 sen lagi kepada RM2.30 seliter.