Ahad, 9 Januari 2011

STATUS TERKINI SURAU AL-HIDAYAH KG. MELAYU PEKAN RAWANG

"Salam.

Tuan diharap dapat menyiarkan kenyataan ini secepat yang mungkin.

Tkasih

SU, Masjid Nurul Iman Rawang
:: Which 'health personality' do you have? Take this 2-min Wellness Profiler on Facebook! ::

JUMAAT, 7 JANUARI 2011

STATUS TERKINI SURAU AL-HIDAYAH KG. MELAYU PEKAN RAWANG

ASSALAMUALAIKUM WBT.

KEPADA ANAK KARIAH SURAU AL-HIDAYAH, MASYARAKAT ISLAM RAWANG & SESIAPA YANG BERKENAAN:

MERUJUK KEPADA MESYUARAT ANTARA PEJABAT DAERAH DAN TANAH GOMBAK, JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR, MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG, WAKIL PEJ. ADUN RAWANG, SAP HOLDINGS BHD, MAHUMAS SDN BHD, PENGHULU MUKIM RAWANG 1 MERANGKAP PENGERUSI SURAU AL-HIDAYAH PEKAN RAWANG, KETUA KAMPUNG, KG. MELAYU PEKAN RAWANG DAN MASJID NURUL IMAN RAWANG YANG TELAH DIADAKAN PADA HARI RABU, 5 JANUARI 2011 BERTEMPAT DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH GOMBAK (Ruj. Bil (5) dlm.PTG.No.3/11/2010) BERKAITAN PERKARA DI ATAS SUKACITANYA DIMAKLUMKAN BAHAWA:-

SAP HOLDINGS BHD & MAHUMAS SDN BHD BERSETUJU UNTUK MENGEMBALIKAN SEMULA TANAH MASJID/SURAU YANG BERKELUASAN 1R 11P (13,884 KAKI PERSEGI) YANG TELAH DIPEROLEHI SEJAK APRIL 2001 KEPADA YANG BERKENAAN TANPA SEBARANG SYARAT DAN SURAU TIDAK AKAN DIROBOH. PEMAJU AKAN MENYERAHKANNYA SECARA RASMI PADA PDTG & MPS BAGI TUJUAN KELULUSAN DALAM MASA YANG TERDEKAT.

DENGAN INI MARILAH KITA SEMUA SAMA-SAMA MERAFAKKAN RASA KESYUKURAN KEPADA ALLAH SWT KERANA TELAH MEMPERMUDAHKAN PERMASALAH INI.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


ILHAM AKHBAR BIN HARUN
NAZIR, MASJID NURUL IMAN RAWANG

DAN
AHMAD NAZRI BIN IBRAHIMPENGHULU MUKIM RAWANG 1
MERANGKAP PENGERUSI SEMENTARA
SURAU AL-HIDAYAH, KG. MELAYU, PEKAN RAWANG

Taktik dan Strategi Berpolitik

Salam For All:
Dalam dunia yang semakin moden dan canggih ini, manusia semakin maju. Bahkan, maklumat kini hanya dihujung jadi sahaja. Dan jika masih ada manusia yang tidak ‘reti’ (tahu) akan ketinggalanlah.
Hari ini, orang berpolitik dengan pelbagai cara dan kaedah. Baik dari kalangan orang Islam mahu pun bukan Islam. Matlamatnya, adalah ‘KEMENANGAN’.
Suatu ketika dahulu, orang Melayu yang baru ‘dibebaskan’ oleh penjajah orang putih (Inggeris) amat tidak berpengetahuan bahawa dalam Islam adanya politik maknanya, Islam (agama) dengan politik (pemerintahan) tidak boleh dipisahkan.
Sebab itu, timbulnya ungkapan-ungkapan yang keluar dari mulut pimpinan Umno bahawa ‘agama’ (Islam) tidak boleh bercampur dengan politik. Maknanya, “POLITIK SUKU, AGAMA SUKU”.
Sekitar tahun 80-an, muncullah seorang anak muda dari Rusila, Marang. Beliau juga merupakan anak ‘tok guru’ dari keturunan alim-ulama’. Bapanya, allahyarham Tuan Guru Haji Awang.
Kemunculan, anak muda bernama Abdul Hadi atau kini lebih dikenali Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah berjaya mengubah ‘langskap’ pemahaman politik Islam orang Melayu bukan sahaja di Rusila, Marang tetapi di Terengganu dan Malaysia amnya.
Secara ringkasnya, apabila masa kini PAS mula boleh diterima oleh semua pihak, oleh semua kaum, oleh semua bangsa, oleh semua agama dan keturunan. Maka, sambutan rakyat terhadap PAS juga berbeza antara dahulu dengan sekarang.
Maka, dalam kesibukan Ustaz Abdul Hadi yang juga Presiden PAS masih sempat dia menulis dan membukukan ilmu-ilmunya. Ini termasuklah, buku tentang “Taktik dan Strategi Berpolitik”.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam buku terbarunya yang dilancarkan oleh Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Dato’ Husin Awang, di Masjid Rusila, Marang, tahun lalu boleh dibanggakan.
“Dengan penuh tawaduk dan besarnya memikul amanah ilmu, saya tunaikan permintaan pembaca supaya menyambung penulisan saya bertajuk, Fikah Harakah daripada Sirah Nabawiyah dengan tajuk ‘Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin’.
“Mereka (sahabat Nabi) adalah pemimpin yang muncul dari generasi awal yang bersama Rasulullah SAW,” ujarnya.
Menurut Ustaz Abdul Hadi, Khulafa Ar-Rashidin banyak mengajar manusia memakmurkan dunia ini bermula dengan pembangunan insan mengikut tuntutan Allah SWT.
Inilah, katanya rahsia kejayaan Islam meski pun penganutnya kini lemah kerana meninggalkan ajaran Islam serta melaksanakan secara tidak sempurna.
“Sebenarnya, bukan sahaja krisis ekonomi yang dihebohkan, malah krisis dalam segala aspek roh dan jasad, individu, keluarga dan masyarakat, politik tempatan dan antarabangsa sehingga meruntuhkan negara besar yang menganut ideologi komunis.
“Kini, ternyata sudah ada tanda-tanda awal keruntuhan kuasa besar Liberal-Kapitalis dan negara-negara penganutnya,” kata Dato’ Seri Abdul Hadi.
Menurutnya, Islam tidak mati dengan kewafatan Rasulullah SAW kerana al-Quran tetap dipelihara dengan jaminan Allah yang benar.
Katanya, al-Quran bukan sahaja berbentuk tulisan serta hafalan tetapi sebenarnya mukjizat ilmu dari Allah SWT.
“Pendukung (penganut) tetap ada, sama ada wujud Negara yang berdaulat (laksana Islam) atau Negara Islam yang ‘dihilangkan’.
“Pendukungnya (penganut Islam) tidak dapat dikalahkan dan dengan kata lain Islam tidak hilang di dunia hingga akhirat,” jelasnya.
Sebenarnya, kata Ustaz Hadi pembaharuan dalam teori demokrasi moden ciptaan barat dengan gerakan pembaharuan dari demokrasi purba lebih banyak dipengaruhi oleh penulisan ilmu pemerintahan dalam kitab fikah Islam.

Kesimpulannya, ‘peperangan’ adalah tipu daya dan dalam politik ada tipu daya. Pasukan yang besar tetapi bodoh boleh dikalahkan oleh pasukan yang kecil tetapi penuh dengan ‘taktik dan strategi’.
Akhir Kalam: “DALAM POLITIK ADA AGAMA, DALAM AGAMA ADA POLITIK”

Tengok nii..Rombongan Menghabihkan "Duit Rakyat".


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan rakan-rakan seperjuangannya seramai 20 orang sedang dalam perjalanan menghabihkan duit rakyat keluar negara, kumpulan ini akan ke Arab Saudi dan negara-negara arab yang lain.

Sedangkan rakyat kini dalam kesusahan dan keperitan dengan kos barangan keperluan yang tinggi. Sudah pasti mereka akan bershopping sakan dengan perbelanjaan yang akan ditanggung oleh rakyat Malaysia yang daif...Hidup 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan menjadi susah...
Untuk ke Arab Saudi mahu juga Rosmah bertudung, walaupun kurang sempurna tapi Alhamdulillah dia mencuba juga. Setakat itulah pemahaman Rosmah tentang tudung, kalau hendak bertudung lebih afdhal mengikut masa dan tempat, contohnya di Arab Saudi kenalah bertudung, mungkin kerana dosanya lebih besar, berbeza di Malaysia. Tak percaya tanya Ustaz Jamil Khir.

Macam iguana, kata orang kadang-kadang ia boleh berubah mengikut keadaan.

Mantan SUK Susup Kuasa MB Urus Pelantikan


SHAH ALAM : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud menyusup kuasa-kuasa Menteri Besar apabila menguruskan pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan itu.

Beliau berkata tugas itu adalah tanggungjawab Menteri Besar dan tidak pernah disandarkan kepada Datuk Ramli.

"Pihak Menteri Besar dan EXCO tidak pernah mengeluarkan arahan kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menguruskan perlantikan jawatan itu bagi pihak mereka. Kalau dia cakap dia tak beritahu Menteri Besar atau pun dia beritahu, yang sebenarnya dia tak disuruh untuk buat kerja itu, kerana MB yang sepatutnya buat kerja tersebut," katanya.

Justeru menurut beliau, kerajaan negeri mempunyai tanggungjawab untuk membetulkan keadaan bagi memastikan pelantikan SUK dan jawatan penting lain dibuat secara telus dan mengikut landasan yang ditetapkan.

"Kita mesti membetulkan keadaan, jadi inilah yang saya sedang usahakan. Rakyat harus sedar bahawa apa juga yang kita lakukan, ia adalah untuk manfaat mereka.

Jika saya berpeluk tubuh, maka saya akan dilihat sebagai akur dengan situasi yang ada," tambah beliau.

Khalid berkata atas hasrat itu, kerajaan negeri mengadakan sidang Dewan Negeri Selangor pada penghujung bulan ini.

Sidang itu untuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan SUK, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-Undang Negeri.

"Saya mahu mengatasi masalah ini, itu sebabnya kita berusaha untuk mengadakan sidang Dewan, sebab pada zahirnya ini adalah isu enakmen," tambah beliau lagi.- tvs

Satu Lagi Kerja "Jahat" Umno Terhadap Umat Islam..

Kerja jahat Umno menghalang tertegaknya syiar Islam di negara ini semakin terselah apabila satu kejadian yang memilu dan menguris hati penduduk di Taman Klebang Prima yang terletak berhampiran bandar Ipoh menjadi isu yang semakin panas dan menyebabkan ramai dikalangan ahli Umno telah meninggalkan Parti Reput itu.

Menurut pengerusi Surau sementara Taman Klebang Permai,peruntukan sejumlah RM200 000 yang telah dipohon kepada pihak tertentu untuk membina sebuah surau baru yang badjetnya sejumlah RM300 000.

Maka
dengan bangganya Datuk Husni sebagai timb. menteri Kewangan (gambar) telah hadir dalam satu perjumpaan dengan penduduk taman tersebut bersama ketua Umno Bahagian Tambun dan telah berjanji akan memberikan sejumlah wang RM 200 000 untuk pembinaan surau yang baru.Maka bertepuk tangan dan mengucap syukurlah setiap penduduk Taman Klebang Prima tanpa mengira fahaman politik.

Terbayang kini,tesergam indah sebuah surau yang sekian lama di idamkan.Namun setelah beberapu bulan berlalu maka diberitahu oleh pihak Umno Bahagian Tambun bahawa peruntukan tersebut diBATALkan kerana Taman Klebang Prima dikuasai pembangkang.

Hancur luluh dan berkecailah harapan penduduk islam setempat.Mengapa Umno sanggup melakukan kerja jahat sebegini rupa?Ini duit rakyat?sedangkan mereka bersatu padu untuk sama-sama menyebarkan syiar islam dikawasan tersebut.Maka,dengan kerja jahat tersebut ramailah dikalangan ahli Umno telah dibukakan hati mereka untuk berhijrah kepada PR.Bertambah melopong la Umno dikawasan itu.

Diberitakan juga,selepas sebulan berita yang mengecewakan penduduk setempat terhadap kerja jijik Umno itu maka dengan kuasa Allah yang maha memberi rezeki ke atas hambanya yang ingin menyebarkan agama Allah maka tercatatlah dalam akaun surau tersebut jumlah RM 300 000 dari hamba Allah yang tidak dikenali.

Maka hebohlah seluruh Taman bahawa Allah telah menggantikan wang RM 200 000 yang disekat itu dengan RM 300 000 dari penderma yang ikhlas dan memahami pahala yang akan diperolehi di akhirat kelak,lalu bersolat syukurlah penduduk di Taman Klebang Prima.Sehingga saat ini penderma tersebut masih lagi menjadi misteri,mungkin keikhlasan beliau mengatasi segalanya.Jazakallah kepada penderma tersebut semoga Allah memberkati dan merahmatimu.
InsyaAllah bulan hadapan surau tersebut akan mula dibina..Inilah kerja Allah,janji Allah bahawa Ia akan menolong sesiapa yang menolong agamaNya telah tercatit dalam Al Quran adalah tepat dan wajib diyakini.Maka kesombongan Umno di atas muka bumi ini akan dibalas oleh Allah suatu hari nanti..tunggu...InsyaAllah...-Juragan