Ahad, 9 Januari 2011

Taktik dan Strategi Berpolitik

Salam For All:
Dalam dunia yang semakin moden dan canggih ini, manusia semakin maju. Bahkan, maklumat kini hanya dihujung jadi sahaja. Dan jika masih ada manusia yang tidak ‘reti’ (tahu) akan ketinggalanlah.
Hari ini, orang berpolitik dengan pelbagai cara dan kaedah. Baik dari kalangan orang Islam mahu pun bukan Islam. Matlamatnya, adalah ‘KEMENANGAN’.
Suatu ketika dahulu, orang Melayu yang baru ‘dibebaskan’ oleh penjajah orang putih (Inggeris) amat tidak berpengetahuan bahawa dalam Islam adanya politik maknanya, Islam (agama) dengan politik (pemerintahan) tidak boleh dipisahkan.
Sebab itu, timbulnya ungkapan-ungkapan yang keluar dari mulut pimpinan Umno bahawa ‘agama’ (Islam) tidak boleh bercampur dengan politik. Maknanya, “POLITIK SUKU, AGAMA SUKU”.
Sekitar tahun 80-an, muncullah seorang anak muda dari Rusila, Marang. Beliau juga merupakan anak ‘tok guru’ dari keturunan alim-ulama’. Bapanya, allahyarham Tuan Guru Haji Awang.
Kemunculan, anak muda bernama Abdul Hadi atau kini lebih dikenali Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah berjaya mengubah ‘langskap’ pemahaman politik Islam orang Melayu bukan sahaja di Rusila, Marang tetapi di Terengganu dan Malaysia amnya.
Secara ringkasnya, apabila masa kini PAS mula boleh diterima oleh semua pihak, oleh semua kaum, oleh semua bangsa, oleh semua agama dan keturunan. Maka, sambutan rakyat terhadap PAS juga berbeza antara dahulu dengan sekarang.
Maka, dalam kesibukan Ustaz Abdul Hadi yang juga Presiden PAS masih sempat dia menulis dan membukukan ilmu-ilmunya. Ini termasuklah, buku tentang “Taktik dan Strategi Berpolitik”.
Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam buku terbarunya yang dilancarkan oleh Ketua Dewan Ulama’ PAS Terengganu, Dato’ Husin Awang, di Masjid Rusila, Marang, tahun lalu boleh dibanggakan.
“Dengan penuh tawaduk dan besarnya memikul amanah ilmu, saya tunaikan permintaan pembaca supaya menyambung penulisan saya bertajuk, Fikah Harakah daripada Sirah Nabawiyah dengan tajuk ‘Taktik dan Strategi Berpolitik Gaya Khulafa Ar-Rasyidin’.
“Mereka (sahabat Nabi) adalah pemimpin yang muncul dari generasi awal yang bersama Rasulullah SAW,” ujarnya.
Menurut Ustaz Abdul Hadi, Khulafa Ar-Rashidin banyak mengajar manusia memakmurkan dunia ini bermula dengan pembangunan insan mengikut tuntutan Allah SWT.
Inilah, katanya rahsia kejayaan Islam meski pun penganutnya kini lemah kerana meninggalkan ajaran Islam serta melaksanakan secara tidak sempurna.
“Sebenarnya, bukan sahaja krisis ekonomi yang dihebohkan, malah krisis dalam segala aspek roh dan jasad, individu, keluarga dan masyarakat, politik tempatan dan antarabangsa sehingga meruntuhkan negara besar yang menganut ideologi komunis.
“Kini, ternyata sudah ada tanda-tanda awal keruntuhan kuasa besar Liberal-Kapitalis dan negara-negara penganutnya,” kata Dato’ Seri Abdul Hadi.
Menurutnya, Islam tidak mati dengan kewafatan Rasulullah SAW kerana al-Quran tetap dipelihara dengan jaminan Allah yang benar.
Katanya, al-Quran bukan sahaja berbentuk tulisan serta hafalan tetapi sebenarnya mukjizat ilmu dari Allah SWT.
“Pendukung (penganut) tetap ada, sama ada wujud Negara yang berdaulat (laksana Islam) atau Negara Islam yang ‘dihilangkan’.
“Pendukungnya (penganut Islam) tidak dapat dikalahkan dan dengan kata lain Islam tidak hilang di dunia hingga akhirat,” jelasnya.
Sebenarnya, kata Ustaz Hadi pembaharuan dalam teori demokrasi moden ciptaan barat dengan gerakan pembaharuan dari demokrasi purba lebih banyak dipengaruhi oleh penulisan ilmu pemerintahan dalam kitab fikah Islam.

Kesimpulannya, ‘peperangan’ adalah tipu daya dan dalam politik ada tipu daya. Pasukan yang besar tetapi bodoh boleh dikalahkan oleh pasukan yang kecil tetapi penuh dengan ‘taktik dan strategi’.
Akhir Kalam: “DALAM POLITIK ADA AGAMA, DALAM AGAMA ADA POLITIK”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan