Isnin, 13 Jun 2011

Pasca Muktamar PAS


 "Sesungguhnya mereka telah lakukan fitnah semenjak dahulu lagi, dan mereka merancangkan terhadapmu (wahai Muhammad) berbagai tipu daya, sehingga datanglah kebenaran, dan nyatalah (kemenangan) ugama Allah (Islam), sedang mereka tidak suka kepadanya." At Taubah 48

Saya menganggap sebenarnya tiada perubahan ketara dalam pimpinan PAS Pusat. Mereka yang memegang jawatan semuanya muka lama dan telah masak dalam liku-liku perjuangan Islam dan membawa aspirasi rakyat.

Inilah sebenarnya dinamika PAS. Siapa sahaja yang dipilih oleh perwakilan sebenarnya pilihan Allah yang menggerakkan hati para perwakilan. Apatah lagi jemaah ini bergerak seiring dengan suasana politik demokrasi pilihanraya, semestinya faktor-faktor penting untuk memenangi pilihanraya dan pemilihan ini merupakan faktor terpenting yang dilihat para perwakilan.

Kita jangan sesekali tunjukkan kekesalan dengan pilihan Allah, semuanya yang memimpin wajib untuk kita taat selagi langkah dan pembawakan mereka tidak menyeru kepada penelwengan syariat atau merugi jemaah ini. Kita perlu berfikiran positif dan jangan terlalu terikut rentak paluan gendang musuh yang sememangnya tidak senang dengan perkembangan ini.

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. - At Taubah 20

Setelah kita bertawakkal dan memilih, semestinya sekarang kita husnu zhon dengan ketentuan Allah dan kembali menyusun gerak kerja siasah, dakwah dan tarbiah ini dengan lebih baik. Lebih-lebih lagi perjuangan yang kita galas ini bukan setakat habis di medan pilihanraya sahaja.

Kalau apa yang engkau serukan kepada mereka (wahai Muhammad) sesuatu yang berfaedah yang sudah didapati, dan satu perjalanan yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. Dan mereka akan bersumpah dengan nama Allah dengan berkata: “Kalau kami sanggup, tentulah kami akan pergi bersama kamu”. (Dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui bahawa sesungguhnya mereka itu orang-orang yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu). - At Taubah 42
 

PAS: Kami tak ciplak idea BN, sudah lama guna negara kebajikan

KUALA LUMPUR, 12 Jun — PAS menempelak pentadbiran Najib yang mendakwa parti Islam itu mencuri idea atau menciplak apabila menekankan konsep negara berkebajikan ketika muktamar awal bulan ini, kata pemimpinnya hari ini.

Malah pemerhati politik Prof Dr Abdul Aziz Bari juga berkata PAS sudah pun menekankan soal negara berkebajikan sejak akhir 1970-an.

“Soal curi idea atau ciplak, saya hairan dengan pandangan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak). Saya hairan dengan pandangan beliau, tapi saya ucapkan terima kasih kepada beliau dan pemimpin-pemimpin Umno yang sudah bercakap mengenai soal kebajikan,” kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Kata Mahfuz, sebahagian konsep negara berkebajikan telah pun dilaksanakan tetapi dengan keupayaan yang terhad.

“Apa yang dimaksudkan keupayaan terhad adalah bidang kuasa kita terhad dan kewangan terhad,” katanya yang turut menekankan bahawa ucapan dasar lazimnya akan bertukar tema dan kali ini ucapan Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertemakan “Membangun Negara Berkebajikan”.

“Ucapan dasar presiden biasanya bersandarkan isu-isu dan perkembangan semasa. Saya pasti begitu juga ucapan presiden Umno dan parti-parti politik lain.

“Jadi, ucapan Datuk Seri Hadi menyentuh konsep negara kebajikan, yang ada kaitan dengan manifesto pilihan raya umum 2008,” katanya lagi.

Muktamar PAS kali ini dilihat yang terakhir sebelum negara menyaksikan pilihan raya umum ke-13.

Namun begitu, Mahfuz menegaskan, konsep negara berkebajikan perlu difahami bahawa ia tidak melibatkan harta benda semata-mata.

“Ini sudah disalah tafsir oleh masyarakat jika menganggap negara berkebajikan itu melibatkan kewangan semata-mata.

“Negara berkebajikan itu merupakan perkara baik yang bertujuan menyatupadukan rakyat. Konsep ini yang menekankan kepimpinan yang adil, telus dalam masyarakat, bebas dari rasuah.

“Sejak PAS mentadbir kerajaan Kelantan sejak 21 tahun lalu, mana ada lagi pemimpin kerajaan negeri yang diseret ke mahkamah atas sebab rasuah berbanding kepimpinan Umno,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

“Umno sekarang sudah terdesak dan tidak mampu lagi memberi jaminan kepada rakyat dalam konteks negara berkebajikan sedangkan rakyat ternanti-nantikan konsep ini,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata, Buku Jingga sebenarnya menjadi wadah kepada rakyat betapa pentingnya mereka membentuk negara berkebajikan dan kembali kepada kebajikan.

“Ia (buku itu) sudah memberi tawaran menyeluruh untuk ke arah negara berkebajikan,” tambah Mahfuz.

Ahli Parlimen Kuala Selangor juga menekankan bahawa PAS sudah lama menggunakan konsep negara berkebajikan sejak era kepimpinan Allahyarham Fadzil Noor yang mengetengahkan Memorandum PAS kepada Rakyat Malaysia – Pemerintahan Islam Dalam Abad ke-21 pada 2002.

“Malah, ia juga sudah dimasukkan dalam manifesto PAS pada 2008. Jadi, mengapa baru sekarang Umno mempertikaikan perkara ini dan jadikan isu,” kata beliau lagi.

“Cuma PAS memberikan pengertian dan penghayatan semula kepada konsep ini,” kata beliau yang juga ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Abdul Aziz pula berkata, pada penelitian beliau konsep kebajikan pernah dimasukkan ke dalam manifesto ketika pilihan raya umum 1978.

“Jadi, bagi saya ia bukan isu. Ini kerana ia sudah lama dibawa oleh PAS, cuma tidak diberikan penekanan.... hanya sekarang ia mendapat tempat secara terperinci,” katanya ketika dihubungi.

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu menjelaskan konsep negara berkebajikan akan dimasukkan dalam manifesto PAS menghadapi pilihan raya umum ke-13 walaupun sudah ada dalam manifesto 2008.

Jelasnya, beliau akan menambah sedikit intipati kandungannya seperti masalah pendapatan seisi rumah kerana harga barang meningkat.

Tambah beliau, sebenarnya negara berkebajikan sudah ada sejak zaman Rasulullah S.A.W lagi.

“Pembangunan ekonomi dulu, lebih adil dan telus, pemimpinnya juga bersifat adil. Kini, walaupun mempunyai berjuta-juta pemimpin tetapi belum tentu mempunyai ciri-ciri ke arah negara berkebajikan,” ujanya.

Mohamad menegaskan, sebenarnya Buku Jingga merupakan salah satu contoh konsep negara berkebajikan.

“Saya akan membawanya ke dalam manifesto akan datang. Jadi Pakatan Rakyat akan turut sama memperincikan negara berkebajikan ini,” ulasnya lanjut

Peguam Negara Gani Patail terlibat dalam Skandal MAS laa pulak..!!

Dalam tempoh 1994 hingga 1996 itu juga, Gani Patail turut sibuk memainkan peranannya menutup kes atau membenamkan maklumat yang melibatkan Menteri-Menteri atau Ketua Menteri berkaitan yang boleh dibuktikan sebagai telah melakukan salahguna kuasa dan rasuah.
Tidak ketinggalan juga berkaitan kes Perwaja dan kemudiannya yang berkaitan dengan TRI. Ikuti pendedahan Datuk Mat Zain bin Ibrahim melalui Surat terbuka terbarunya kepada Perdana Menteri Malaysia.

Mat Zain bin Ibrahim,
10hb.Jun 2011.

Kepada;

YAB Dato Seri Mohd.Najib Tun Abdul Razak,


Perdana Menteri Malaysia,
Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Dengan Tangan
62152 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan.


Yang Amat Berhormat Dato Seri,

PERANAN PEGUAM NEGARA DALAM SKANDAL MAS.


Assalamualaikum wbt.

1. Saya muncul kali ini untuk, menarik perhatian YAB kepada pengumuman yang dibuat oleh Tan Sri Dr.Hadenan Abdul Jalil pada 31.5.2011 yang “membersihkan” Tan Sri Abdul Gani Patail, Peguam Negara sekali lagi, daripada sebarang salah laku jenayah,berkaitan pemergiannya menunaikan Haji di-Mekah, bersama-sama dengan seorang Shahidan Shafie yang dikatakan seorang proxy kepada Tan Sri Tajuddin Ramli.

2. Saya menyatakan bahawa tindakan Tan Sri Hadenan sedemikian itu, adalah tidak teratur serta tidak mengikut peraturan Undang-Undang sedia ada.Ini memandangkan beliau, sama ada secara persendirian atau sebagai sifat Pengerusi Operation Review Panel MACC tidak mempunyai sebarang kuasa atau hak mengikut Perlembagaan atau mana-mana Undang-Undang,untuk menyemak apa-apa keputusan yang dibuat oleh Pendakwa Raya atau SPRM sendiri.

3. Untuk penekanan yang lebih jelas,saya sertakan salinan surat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) bertarikh 23.7.2009, menyentuh bidangkuasa mereka,yang ditanda tangani sendiri oleh YA Bhg.Tun Abdul Hamid bin Haji Mohamad,Pengerusi LPPR dengan maksudnya berpenerangan sendiri.

4. Sekiranya Jawatankuasa induk LPPR yang diperngerusikan oleh seorang mantan Ketua Hakim Negara, telah mengesahkan bahawa mereka sendiri TIDAK mempunyai kuasa menyemak keputusan yang dibuat oleh Pendakwa Raya atau SPRM,maka persoalannya ialah;darimana pula Tan Sri Hadenan memperolehi kuasa beliau untuk membersihkan Gani Patail.Selain itu Tan Sri Hadenan sendiri dipercayai telah menerima surat rayuan saya bertarikh 15.4.2009 dialamatkan kepada LPPR dan dipercayai juga, telah mengambil pendirian secara kolektif sepertimana jawapan Pengerusi LPPR bertarikh 23.7.2009 tersebut.

5. Pada pendapat saya persoalan sama ada Tan Sri Hadenan serta Ahli-Ahli jawatankuasa beliau berpuas hati atau sebaliknya, berkaitan siasatan SPRM itu tidak timbul,memandangkan beliau tidak ada kuasa untuk berbuat apa-apa sekalipun beliau tidak berpuas hati.Malahan Tan Sri Hadenan sendiri telah membuat kenyataan umum, bahawa Operations Review Panel (ORP) tidak terlibat didalam sebarang proses penyiasatan SPRM memandangkan ORP bukan sebagai sebahagian organisasi SPRM melainkan sekadar mewakili orang ramai sahaja,sepertimana yang dilaporkan oleh Bernama pada 12.11.2009. Beliau membuat kenyataan ini ketika mengesahkan akan menghantar peromohan ORP kepada Peguam Negara untuk mendapatkan kebenaran bertulis meneliti kes berkaitan V.K.Lingam.Saya sendiri tidak nampak apa yang ORP boleh buat dengan kes berkenaan oleh kerana ORP tidak mempunyai kuasa penyiasatan atau pendakwaan ataupun kuasa dan hak menyemak semula apa apa keputusan yang dibuat oleh SPRM atau Pendakwa Raya.

6. Seterusnya saya berpendapat bahawa tindakan Tan Sri Hadenan membuat pengumuman berkaitan pemergian Peguam Negara ke-Mekah sedemikian itu, sekadar merupakan suatu eksesais “white-washing” yang tidak teratur dan sia-sia,bertujuan untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah, berdasarkan daripada penerangan yang saya berikan diatas dan juga hujah lanjutan dalam perenggan-perenggan yang akan menyusul selepas ini.

7. Antara dakwaan utama yang dibuat terhadap Gani Patail berkaitan isu pemergiannya ke-Mekah itu,ialah beliau didapati bersekongkol dengan seorang En.Shahidan Shafie yang dikatakan sebagai seorang proxy kepada Tan Sri Tajuddin Ramli (TRI) yang sedang menghadapi penyiasatan SPRM berkaitan skandal MAS.Hubungan erat antara Gani Patail dengan Shahidan seperti ahli keluarga didakwa telah mempengaruhi Gani Patail untuk tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap TRI.

8. Saya menyatakan bahawa Shahidan bukan sekadar seorangproxy biasa kepada TRI.Malah Shahidan mempunyai liabiliti penjenayahannya yang tersendiri dalam Skandal MAS tersebut, berasingan dengan liabiliti jenayah TRI.Dakwaan ini dapat dilihat dengan jelas dalam laporan kepada SPRM yang dibuat oleh En.Shahari bin Sulaiman Pengarah Urusan MASKargo Sdn Bhd.sebuah anak syarikat MAS pada 20.5.2009.Untuk kemudahan rujukan,saya lampirkan salinan laporan berkenaan yang pernah disiarkan kepada umum oleh blog Malaysia Today sekitar bulan Ogos 2010.

9. Siapa Shahidan, apa hubungan beliau dengan TRI dan apa peranan yang dimainkan oleh Shahidan, dilaporkan secara teratur dan kemas dalam laporan berkenaan.Begitu juga dengan peranan dan tanggungan liabiliti jenayah oleh individu-individu lain yang dinamakan dalam laporan sama.Kredibiliti laporan oleh MAS tersebut tidak boleh dipertikaikan memandangkan terdapat wakil Kerajaan dalam Lembaga Pengarah MAS sendiri. Malahan laporan dari MAS itu seharusnya dianggap sebagai laporan daripada Kerajaan.Kerugian terkumpul RM 8 Billion akibat Skandal MAS itu juga wajar dianggap sebagai pendedahan oleh Kerajaan sendiri.

10. Pada 15 Disember 2010,Tan Sri Hadenan telah membuat pengumuman bahawa Skandal MAS tersebut masih dalam siasatan SPRM setelah muncul keterangan dan saksi-saksi baru.Pengumuman ini telah disiarkan secara meluas oleh media MSM dan alternatif.Ini bermakna status TRI ialah beliau masih dalam siasatan.Begitu juga dengan status setiap seorang yang dinamakan dalam laporan MAS tersebut.Ini juga bermakna bahawa status Shahidan dalam Skandal MAS ini juga, adalah beliau masih dalam siasatan SPRM.

11. Persoalannya ialah adakah wajar, Gani Patail seorang Peguam Negara yang masih berkhidmat dilihat sebagai bersekongkol dengan Shahidan, seorang yang masih dalam siasatan serious SPRM, yang mana hasil siasatannya kelak, dipertimbangkan oleh Jabatan Peguam Negara yang diketuai oleh Gani Patail sendiri. Mampukah SPRM atau Jabatan Peguam Negara bertindak berkecuali serta memberikan pertimbangan yang adil dan saksama dalam kes ini sedangkan skandal ini melibatkan kerugian melebihi RM 8 Billion wang Rakyat.

12. Ketika membuat pengumuman pada 31.5.2011 itu pula,Tan Sri Hadenan tidak langsung menyebut berkaitan status Shahidan dalam penyiasatan SPRM ataupun mengesahkan sama ada Gani Patail dan keluarganya benar telah pergi dan tinggal bersama dengan Shahidan ketika di-Mekah ,walapun fakta ini adalah fakta material dalam penyiasatan.Sekiranya Tan Sri Hadenan mengharapkan untuk menemui rekod transaksi kewangan antara TRI atau Shahidan didalam akaun persendirian Gani Patail,maka itu seolah mengharapkan bulan jatuh keriba.Sama ada beliau sedar atau tidak,Tan Sri Hadenan boleh disifatkan telah menyembunyikan sesuatu fakta material yang boleh dianggap sebagai suatu perdayaan sepertimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.

13. Perkara utama dalam isu ini, tidak lain daripada mempertimbangkan tingkah laku atau conduct Gani Patail. Sama ada sebagai seorang Peguam Negara, sepadan atau tidak, beliau bersekongkol secara terang-terang dengan seorang yang sedang dalam penyiasatan pihak berkuasa kerana didakwa terlibat dalam suatu skandal besar melibatkan wang Rakyat. Apabila ianya melibatkan isu conduct seorang Peguam Negara yang sedang berhidmat, maka pihak yang mempunyai kuasa atau hak mengadilinya, hanyalah sebuah Tribunal yang dilantik oleh SPB Yang Di-Pertuan Agong setelah dinasihatkan oleh Perdana Menteri, sepertimana yang sedia ada secara spesifiknya dalam Artikel 125 (3) dibaca bersama Artikel 145 (6) Perlembagaan.Saya yakin saya tidak perlu menjelaskan perkara ini lebih lanjut lagi memandangkan Kerajaan sendiri pernah menghadapi situasi serupa dalam isu conduct mantan Ketua Hakim Negara, YA.Bhg.Tun Salleh Abbas.

14. Seorang Peguam Negara yang berwibawa dan mempunyai kredibiliti tidak tercemar, akan mempertahankan hak dan keistimewaan jawatan beliau yang sedia diperuntukkan dalam Perlembagaan. Beliau tidak akan sama sekali membenarkan, mana-mana pihak yang tidak berkenaan, sewenang-wenangnya mengadili atau meneliti perihal conduct beliau sepertimana yang pernah dicabar oleh Tun Salleh Abbas suatu ketika dahulu. Malangnya Gani Patail yang kita kenali, sanggup merelakan dirinya diadili oleh sesiapa jua asalkan pihak berkenaan sanggup mengisytiharkan secara umum, bahawa beliau bebas daripada sebarang salah laku jenayah.Sekiranya Gani Patail tidak mampu dan berani mempertahankan hak dan keistimewaan jawatan beliau sendiri,maka bagaimanakah Rakyat boleh mengharapkan beliau menjadi pelindung serta mempertahankan hak kesamarataan Rakyat dari sudut Perlembagaan dan undang-undang Negara.

15. Walau bagaimanapun perkara yang, menarik dalam laporan Pengarah Urusan MASKargo itu ialah; “modus operandi” (M.O.) yang diamalkan oleh TRI dan lain-lain individu terlibat dalam Skandal MAS tersebut. M.O yang dimaksudkan ialah, “membuat perjanjian/konrak jangka panjang yang berat sebelah”. M.O sebegini dikatakan telah diamalkan oleh TRI dalam beberapa perjanjian/kontrak sejak beliau mengambil alih MAS dari tahun 1994 sehingga 2001 yang menyebabkan kerugian terkumpul lebih daripada RM 8 Billion.

15.1. Rakyat juga kini mendapat tahu bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) juga dilaporkan telah menandatangani beberapa perjanjian/kontrak jangka panjang yang berat sebelah dengan beberapa Penjanakuasa Bebas (IPP),yang mengakibatkan Rakyat menanggung kerugian lingkungan RM 20 Billion.

15.2. Begitu juga dalam hal skandal kewangan Syarikat Perwaja Steel, dimana beberapa perjanjian/kontrak jangka panjang yang berat sebelah telah dibuat dengan beberapa Syarikat dalam dan Luar Negara yang mengakibatkan dana Rakyat sekitar RM 4 Billion lesap.

16. Secara kebetulan pula ketiga-tiga “skandal kewangan” ini berlaku atau bermula antara tahun 1994 hingga tahun 1996. Tidak salah jika demi kepentingan Rakyat, Kerajaan meneliti semula kesemua perjanjian/kontrak yang dikatakan berat sebelah itu memandangkan terdapat keserupaan dalam M.O yang digunakan oleh ketiga-tiga Syarikat terlibat untuk mencari “common factor” yang mungkin boleh ditemui jika penyiasatannya dilakukan dengan teliti. Kita tidak boleh mengenepikan kemungkinan mendapati orang atau kumpulan orang-orang yang menyediakan terma-terma perjanjian/kontrak berkenaan terdiri dari kumpulan orang yang sama. Kajian kriminologis telah membuktikan bahawa pencuri,perompak dan penipu lazimnya akan mengamalkan M.O yang sama setiap kali melakukan jenayah kerana itu adalah kelebihan atau kemahiran mereka.

16.1. Saya percaya eksesais ini berbaloi memandangkan kerugian yang Rakyat telah tanggung melebihi RM 30 Billion.Mungkin Rakyat sendiri tidak dapat membayangkan nikmat dan kemudahan yang mereka akan rasai jika wang sebanyak itu telah dibelanjakan untuk kepentingan mereka.

17. Boleh dikatakan tahun 1994 hingga 1996 merupakan suatu tempoh bila mana “skandal-skandal” dan kontroversi menggemparkan Negara berlaku atau bermula.Selain daripada skandal kewangan melibatkan MAS,TNB dan Perwaja Steel yang telah dibincangkan dalam perenggan diatas, beberapa peristiwa menarik perhatian umum yang saya masih ingat antaranya;

17.1. Beberapa orang Menteri Kanan dan Ketua Menteri didedahkan melakukan salahgunakuasa dan rasuah melibatkan ratusan juta Ringgit.

17.2. Pendedahan percutian mantan Ketua Hakim Negara Tun Eusuff Chin dan keluarga ke New Zealand bersama VK Lingam dan keluarga.

17.3. Pendedahan percutian Peguam Negara Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah dengan VK Lingam dan ahli perniagaan Vincent Tan ke-Italy/Spain.

17.4. Rompakan terbesar dalam sejarah Negara berlaku di-gudang MASKargo, Terminal B Lapangan Terbang Subang dalam bulan Ogos 1994. Dalam kejadian ini kumpulan “Geng Mamak” terdiri daripada kumpulan 6 adik-beradik berasal dari Kuala Kangsar, Perak telah melakukan rompakan nekad, 300 ketul jongkong emas bernilai RM 10 juta. Kami mengenalpasti Geng Mamak yang melakukan rompakkan ini berdasarkan daripada kajian M.O mereka.

18. Kecuali kes rompakan 300 jongkong emas di-MASKargo itu, peristiwa-peristiwa lain yang disebutkan diatas masih lagi diperbualkan dan dibahaskan sehingga hari ini. ungkin kerana kerugian lebih RM 30 Billion itu adalah terlalu besar untuk Rakyat berdiam diri atau memaafkan sesiapa juga yang terlibat mengakibatkan kerugian sebanyak itu yang menyebabkan sebilangan besar Rakyat menderita selama itu.

19. Dalam tempoh 1994 hingga 1996 itu juga, Gani Patail turut sibuk memainkan peranannya menutup kes atau membenamkan maklumat yang melibatkan Menteri-Menteri atau Ketua Menteri berkaitan yang boleh dibuktikan sebagai telah melakukan salahguna kuasa dan rasuah. idak ketinggalan juga berkaitan kes Perwaja dan kemudiannya yang berkaitan dengan TRI.

20. Berbalik kepada perkara eksesais membersihkan Gani Patail daripada sebarang salahlaku jenayah pada 31.5.2011 itu, bukanlah kali pertama SPRM lakukan. Bukan sahaja keputusan ini sudah dijangkakan,malahan Rakyat telah sampai ketahap meluat dengan tindak-tanduk SPRM yang tidak putus-putus berbohong, semata-mata untuk menyelamatkan Gani Patail daripada dikenakan hukuman jenayah. Rakyat telah hilang keyakinan terhadap SPRM sehinggakan apa juga kebaikkan dan kejayaan yang dipamirkan oleh SPRM dianggap sebagai sandiwara untuk mengabui mata Rakyat semata-mata.

21. Padahalnya, Operasi 3B yang SPRM lancarkan 2 bulan lalu, yang menghasilkan kejayaan cemerlang, patut diberi pujian dan sepatutnya mampu mengembalikan maruah SPRM yang telah tercemar.Bukan mudah untuk mencapai kejayaan sedemikian itu,melainkan operasinya dirancang dan dilaksanakan dengan tahap professionalisma yang tinggi dan kerahsiaan maklumat yang ketat, yang diamalkan oleh setiap seorang Pegawai dan angguta terlibat dalam operasi tersebut. Malangnya segala usaha mereka dianggap sebagai sandiwara semata-mata.Namun kita tidak boleh menyalahkan Rakyat kerana mereka mempunyai sebab untuk membentuk persepsi sedemikian.

22. Walaubagaimanapun dalam hal ini hanya SPRM sahaja yang berhak memilih jalan terbaik untuk mereka.Sama ada mereka terus memilih untuk melindungi Gani Patail seorang dan sanggup membiarkan Rakyat terus mengecam mereka, ataupun mereka memilih mempertahankan nama baik dan maruah organisasi dan setiap seorang warga SPRM dan keluarga mereka.Saya yakin Yang Amat Berhormat tidak keberatan membantu mereka.

Selamat sejahtera.Wassalam.

Terima kasih,

Yang benar,

(MAT ZAIN IBRAHIM)

'Pakatan ada buku jingga, Umno ada seks, seks, seks...'

Jika terdapat sebarang spekulasi bahawa sokongan terhadap Pakatan Rakyat telah merosot di Kedah, maka lain pula suasananya di majlis makan malam mengutip derma di Alor Setar malam tadi.

Dewan Dewan Bandaraya penuh sesak sehingga memaksa dua meja yang diperuntukkan untuk para wartawan, dialih ke hujung dewan, menyebabkan sukar untuk mendengar dengan jelas ucapan yang disampaikan.

NONEKira-kira 1,000 hadirin menunggu ucapan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri), yang bergegas dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang ke Alor Setar, sebelum bertolak pula ke Kangar, Perlis selepas jam 10 malam.

Ketua umum PKR itu disambut dengan tepukan gemuruh para hadirin daripada pelbagai kaum, sebaik sahaja beliau tiba pada kira-kira 9pm - lewat satu jam dari jadual.

Anwar diiringi pemimpin PKR seperti naib presiden, Datuk Chua Jui Meng; timbalan ketua PKR Perak dan ahli parlimen Gopeng, Lee Boon Chye serta Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, yang juga pengerusi PKR negeri itu, Datuk Mansor Othman.
Turut hadir dan berucap di majlis tersebut ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.
Apabila tiba giliran Anwar berucap, pada hadirin, kebanyakannya pertengahan umur dan berusia - separuh daripadanya dari masyarakat Cina - khusyuk mendengar komen dan cerita lucu dari ketua pembangkang itu yang membuat dewan itu gamat dengan gelak ketawa dan tepukan gemuruh

Kerajaan Umno/BN zalim kata Ketua Puteri Umno cawangan Banggol Donas

Buletin Online - Kepimpinan Umno Cawangan Banggol Donas termasuk sayap puterinya mendakwa Umno dan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu khianat dan zalim.

Pengkhianatan dan kezaliman yang dilakukan itu tanpa mempedulikan hak serta nasib rakyat yang terlibat dengan pengambilan balik tanah bagi Projek Jalan dari Kampung Jeram ke Banggol Tuan Muda melalui Kampung Banggol Donas.

Ketua Puteri Umno cawangan Banggol Donas, Puan Rosni Hassan, 37, melahirkan rasa dukacita terhadap sikap wakil rakyat Barisan Nasional dan kerajaan negeri.

Katanya, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Teluk Pasu, Dato’ Abdul Rahin Mohd Said langsung tidak mahu berbincang dengan penduduk terbabit.

“Saya ini Ketua Puteri Umno cawangan (Banggol Donas), kita buat bantahan kepada semua pihak termasuk pihak Suhakam, jabatan-jabatan, menteri besar, kementerian hingga kepada Perdana Menteri.

“Saya cukup kecewa dan ‘meluat’ dengan Umno dan Barisan Nasional sekarang. Apa lagi untuk sebut Puteri Umno…‘meluat’ sungguh kepada kami sekarang,” ujarnya dengan gimik muka yang jengkel.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Tingkat 10, Wisma Persekutuan, dekat sini, hari ini.

Menurutnya, demi kepentingan projek pihak tertentu nasib rakyat termasuk di kalangan ahli dan penyokong Umno-BN sendiri diabaikan.

Hari ini (12 Jun), sekumpulan wakil penduduk Kampung Banggol Donas yang tanah warisan mereka ‘dirampas’ secara terhormat atas nama pembangunan datang beramai-ramai ke pejabat SPRM di Wisma Darul Iman.

Malah, kedatangan kumpulan tersebut turut membawa warga emas serta kanak-kanak sebagai ‘protes’ terhadap pengambilan balik tanah yang tidak mengikut peraturan serta disyaki berlaku unsur penyelewengan.

Memorandum diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Banggol Donas, Salleh Embong kepada Timbalan Pengarah SPRM Terengganu, Encik Azmi Yusuf pada jam10.30 pagi setelah pertemuan selama satu jam.

Pada 11 Mei lalu, kumpulan yang sama telah menyerahkan memorandum berkenaan kepada Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Said di Lobi U2 Dewan Undangan Negeri (Dun) Wisma Darul Iman.

Ahmad Said ketika menerima serahan memorandum tersebut menjelaskan kerajaan negeri Terengganu tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana projek jalan tersebut sedang berjalan.
[Gambar - Rosni paling kiri, bergambar di Wisma Persekutuan selepas menyerahkan memorandum kepada SPRM]Katanya, kerajaan negeri hanya bertanggungjawab menyediakan kos projek dan berkaitan jajaran adalah dibawah pengurusan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kita (kerajaan) sudah tidak boleh buat apa-apa lagi kerana projek ini telah berjalan dengan kerja-kerja menambung tanah dan sebagainya.

“Jika awal dulu boleh kita tengok dan itu (jajaran) tugas JKR yang tentukan dan kita hanya keluarkan kos projek, sekarang tak boleh buat apa-apa lagi,” ujarnya kepada wakil penduduk tersebut.

Buletinonline dimaklumkan, aduan pernah dibuat kepada pihak SUHAKAM yang turut mendapat ‘respons’ agar dihentikan sementara projek tersebut.

Pada bulan April 2010, penduduk pernah menulis surat kepada Jabatan Perdana Menteri melalui Setiausaha Sulit Kanannya.

Manakala, bulan April 2011 lepas, sekali lagi mereka (jawatankuasa) menulis surat kepada Perdana Menteri dan dijawab surat itu serta dihantar kepada Kementerian Luar Bandar, salinan kepada Jawatankuasa Bertindak tetapi tidak kepada MB (Terengganu).

Menurut sumber, Projek Jalan dari Kampung Jeram ke Banggol Tuan Muda melalui Kampung Banggol Dona itu dimiliki oleh Ketua Pemuda Umno Terengganu, Saiful Bahari Baharudin.

Projek “OKU” (Orang Kuat Umno) itu hanya sepanjang 5.6 kilometer tetapi menelan belanja RM226 juta yang dianggap tidak manasabah.

Hadir sama mengiringi penyerahan memorandum tersebut Adun Bukit Tunggal, Dr Alias Razak, Ketua Pemuda PAS Kuala Nerus, Ustaz Ridhuan Hashim, Ketua Cawangan PAS Paya Datu, Ustaz Awang Embong, Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Fariz Musa, Ketua Cabang PKR Kuala Nerus, Muzafeq Affyulzaifuzan Muhammad serta beberapa orang penduduk kampung berkenaan

Sampai bila pun Umno tak faham perjuangan PAS

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim melahirkan rasa terkejut dengan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang mendakwa PAS hilang konsistensi dalam isu menjaga ketekalan dasar perjuangan parti.

Baginya, apa yang diperkatakan oleh Khaled membuktikan sekali lagi bahawa Umno sangat resah dan gelisah dengan perkembangan terbaru dalam PAS

“Saya rasa sampai bila pun pemimpin Umno tidak akan faham dengan perjuangan parti PAS kerana parti tersebut selesa dengan situasi berada di bawah tempurung besi, jauh sekali untuk memahami apa yang diperjuangkan oleh PAS.

“Kalau saya bertanyakan kepada Khaled tentang apa yang sebenarnya yang diperjuangkan oleh Umno dia pun tidak mampu jelaskan, bagaimana beliau menyibuk untuk mengulas mengenai PAS,” ujarnya yang juga Ketua Penerangan PAS Perak.

Beliau mengulas Mohamed Khaled Nordin yang dilaporkan berkata PAS perlu meminta maaf kepada Umno kerana pelbagai tuduhan menyebabkan rakyat terutama masyarakat Melayu berpecah belah dan keadaan negara tidak tenteram.

“PAS patut minta maaf kepada Umno sebab selama perjuangkan dasar menegakkan Islam menuduh Umno tidak betul tetapi baru-baru ini mengubah dan menyatakan perjuangan itu (negara Islam) tidak ada dalam al-Quran dan yang ada negara kebajikan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Festival Usahawan Muda dan Jom Cari Kerja Kolej Komuniti Wilayah Pantai Timur, di sini, semalam.

Selain itu, Khalil yang juga Adun Titi Serong melihat pemimpin Umno sudah buntu untuk memikirkan helah dan cara memecah belahkan Pakatan Rakyat dan PAS itu sendiri dengan taktik yang pelbagai.

Bagaimanapun, beliau yakin PAS tidak akan tergugat dengan pelbagai jolokan yang digunakan oleh Umno bagi mengelirukan rakyat.

Katanya, pelbagai kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Umno membuktikan ia sebuah parti yang terlalu jumud sehingga enggan menerima perubahan.

Menurutnya, walaupun perubahan yang berlaku dalam kepimpinan PAS bukan terhadap asas dasar parti, tetapi Umno dilihat seperti hilang fokus dan menipu kerana telah menumpukan penerangan kepada umum bahawa PAS telah lari dari dasar perjuangan.

Tegasnya, PAS tetap konsisten dengan prinsip yang ditetapkan sejak awal penubuhan dan akan tetap dengannya kerana Al-Quran dan Hadis menentukan bahawa sebarang bentuk praktikal dalam perjuangan dan apa-apa perkara sekalipun perlu bermatlamatkan Allah.

Menurutnya, Umno mengaku bahawa mereka pejuang bangsa Melayu dan agama Islam tetapi bersikap talam dua muka dalam isu seperti yang dimainkan terhadap PAS.

Beliau menambah, setelah separuh abad, Umno BN gagal berubah walaupun PAS yang merupakan parti lawan yang sama “tua” telah melakukan lonjakan persepsi yang mana PAS telah berjaya mendapat perhatian dari di kalangan yang bukan Islam.

“Kerana itu Umno cemas dengan sokongan terhadap PAS yang meningkat di luar jangakaan itu.

“Wujudnya kelab penyokong PAS yang telah dinaik taraf kepada Dewan Himpunan PAS dan ini telah menjadikan PAS sebuah sebagai parti bukan untuk satu bangsa dan kaum,” ujarnya

Himpunan BERSIH: Manifestasi Suara Rakyat Untuk Pilihanraya Yang Adil Dan Bersih

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub menyelar pandangan wadah milik UMNO, Mingguan Malaysia apabila menyifatkan perhimpunan BERSIH 2.0 adalah sebagai tindakan 'kotor' anjuran Pakatan Rakyat bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Malah tegas beliau, perhimpunan Bersih yang dianjurkan menggambarkan tuntutan dan kebangkitan rakyat yang mahukan sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.
"Pandangan Utusan itu adalah pandangan yang terlalu jauh ketinggalan zaman, yang tidak subur dalam konteks demokrasi kerana apa yang Bersih tuntut adalah satu perhimpunan aman yang kita mahu perjelaskan tentang satu fenomena pilihan raya yang adil dan bersih."

Jelasnya himpunan BERSIH juga bertujuan "membersihkan" kredibiliti Suruhanjaya Pilihanraya supaya tidak terpalit dengan persepsi yang boleh menjejaskan kewibawaannya sebagai satu badan di bawah nangan Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian memberitahu TV Selangor bahawa pihak penganjur memberi jaminan perhimpunan ini akan berjalan dengan aman tanpa sebarang ketegangan yang boleh mencetuskan huru-hara sekiranya pihak keselamatan memberikan kerjasama yang baik.

Perhimpunan Bersih pada tahun 2007 di Dataran Merdeka disertai oleh 100, 000 orang. Kali ini penganjur Bersih berhasrat menghimpunkan 300,000 peserta bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Ada pihak meramalkan pilihanraya umum ke 13 akan diadakan sewal bulan depan atau selewat-lewatnya Mac tahun depan.

Hasrat penganjur Bersih menimbulkan kegusaran kepada Putrajaya dan beberaka kumpulan pro-Umno membuat laporan polis mendesak perhimpunan itu dibatalkan.

"Ia satu tekanan yang telah berjaya kita berikan kepada pihak kerajaan untuk kita galas satu pilihan raya yang adil dan bersih, jadi ini merupakan satu respon yang menujukkan mereka bimbang terhadap kebangkitan rakyat semakin menuntut hak mereka untuk melihat satu pilihan raya yang benar-benar menepati ciri-ciri sebuah negara yang mengamalkan demokrasi."

Beliau turut kecewa dengan kenyataan yang dilemparkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang menyifatkan perhimpunan tersebut boleh mengakibatkan huru-hara.

"Satu pandangan yang saya rasa tidak sepatutnya lahir daripada seorang Menteri seperti Hishamuddin, dia tidak boleh menuduh perkara itu tanpa perhitungan yang adil. Ini jelas menunjukkan sikap terdesak beliau bila kita mahu mengadakan satu perhimpunan yang aman tetapi dia telah buat kenyataan yang memberikan kesalahan sebelum perhimpunan itu diadakan." -
tvsnews

Operasi Pencarian Jenazah Osama Di Laut Arab

Kapal perang AS, USS Vinson yang telah membuang jenazah Osama bin Laden di Laut Arab Utara.

Ingin membuktikan bahawa Osama bin Laden benar-benar sudah mati, seorang pemburu harta karun merancang untuk menyelam Laut Arab Utara untuk mencari jenazah pemimpin Al Qaeda itu.

Kepada TMZ, Sabtu (11/6/2011), Bill Warren mengaku penjelajahannya ini untuk membuktikan kepada dunia tentang Osama. "Saya berusaha membuktikan bahwa Osama benar-benar sudah mati dan ingin menunjukkan bukti. Kami melakukan ini kerana kami warga Amerika yang patriotik dan merasa Presiden Barack Obama gagal menunjukkan bukti," katanya.

"Saya tidak percaya kepada pemerintah ataupun Obama," tegasnya.

Pencarian itu akan dilakukan di Laut Arab Utara. Jangkaan mereka kapal perang Amerika Syarikat USS Carl Vinson yang membuang jenazah Osama di laut itu.

"Kami maksudkan untuk menemukannya serta mengangkat jenazahnya, kemudian mengambil foto dan merakamkannya melalui video serta melakukan ujian DNA," kata Warren.

Untuk ekspedisi yang disebut-sebut sebagai 'mission impossible' itu, pasukan Warren membawa beberapa kapal dan sejumlah teknologi canggih. Ekspedisi itu sendiri dijangkakan bakal menghabiskan ratusan ribu dollar US.

Bill Warren merancang membawa satu pasukan filem untuk merakam dan mendokumentasikan seluruh perjalanan itu.

USS Carl Vinson menerima jenazah Osama bin Laden dari pasukan Navy SEAL yang membunuhnya di Abbottabad, Pakistan, 2 Mei lalu. Hanya sedikit maklumat yang dilaporkan pemerintah Amerika Syarikat tentang proses pemakaman Osama.

Jenazah Osama diletakkan di dalam sebuah bungkusan yang dilengkapi pemberat, disembahyangkan, kemudian diletakkan pada sebuah papan di geladak kapal. Papan itu kemudian dimiringkan hingga jenazah Osama jatuh ke laut, begitulah penjelasan Pentagon.

Presiden Barack Obama menolak supaya foto jenazah Osama disiarkan.

Kerja Bill Warren bermula dengan mencari harta karun sejak tahun 1972. Prestasi pertama ditunjukkannya adalah sebuah kapal dagang Inggeris yang karam di pegairan Santa Cruz, California.-
Kompas

PAS selesai lantik AJK, Pesuruhjaya


PAS umum lantikan baru, Tuan Ibrahim ketua penerangan

KUALA LUMPUR: PAS membuat beberapa rombakan tetapi mengekalkan Datuk Mustafa Ali sebagai setiausaha agung parti bagi penggal kedua.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang kalah jawatan timbalan presiden dilantik ketua penerangan menggantikan Idris Ahmad.
Pengarah Pilihan raya Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dilantik bendahari. Dr Hatta Ramli bendahari sejak 2007 menjadi pengarah pilihan raya yang baru.

Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan pelantikan baru selepas mengadakan mesyuarat dengan pimpinan baru PAS di pejabat agung di sini hari ini.

Seorang lagi calon timbalan presiden Nasharuddin Mat Isa dilantik sebagai AJK tambahan.

Turut dilantik Idris Ahmad, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Asmuni Awi, Anuar Tahir, Zulkifli Omar dan Abang Ahmad Kardi Ahmad Agus, iaitu calon PAS Beting Maro, Sarawak.

Manakala Terengganu, Selangor, Melaka dan Sabah mendapat pesuruhjaya yang baru.

Mereka ialah Abdul Wahid bagi Terengganu, Adly Zahary (Melaka), Dr Rani Osman (Selangor), Aminuddin Alim (Sabah).

Menurut, perlantikan baru berkuatkuasa serta merta dan mereka telah setuju menerimanya.


PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN

Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

Mohamad Sabu, Hj

NAIB PRESIDEN

Salahuddin Ayub, YB
Husam Musa , YB Dato’
Mahfuz Omar, YB Dato’

SETIAUSAHA AGONG

Mustapha Ali

PENOLONG SETIAUSAHA AGONG
Takiyuddin Hassan, YB Datuk
Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB
Ahmad Sabki Yusuf


BENDAHARI

Abdul Halim Abdul Rahman, YB Datuk

KETUA PENERANGAN

Tuan Ibrahim Tuan Man

PENGARAH PILIHANRAYA

Dr Hatta Ramli, YB

AHLI JAWATANKUASA KERJA

Mazlan Aliman
Kamarudin Jaffar, YB
Hanipa Maidin
Azizan Abdul Razak, YAB Datuk Seri
Dzulkefly Ahmad, YB
Mujahid Yusuf Rawa, YB
Khalid Samad, YB
Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz
Amiruddin Hamzah
Abdul Wahid Endut
Abu Bakar Chik
Mohd Amar Abdullah
Mahfodz Mohamed, Dr. Ustaz
Siti Mariah Mahmud, YB Dr.
Hassan Mohamed Ali, YB Datuk Dr.
Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz
Nuridah Salleh
Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Seri
Idris Haji Ahmad, Ustaz
Nasharuddin Mat Isa, Ustaz
Asmuni Awi
Anuar Tahir
Zulkefly Mohammad Omar
Abang Ahmad Kerdee Masagus


PESURUHJAYA-PESURUHJAYA NEGERI
Terengganu- Abdul Wahid Endut,
Negeri Sembilan- Mohd Taufek Abdul Ghani,
Selangor- Dr Abd Rani Osman,
Melaka- Adly Zahari
Sabah- Aminuddin Halim.
Kelantan- Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz
Pahang- Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor- Datuk Dr Mahfodz Mohamed
Perak- Ust Abu Bakar Husin
Kedah- Datuk Seri Azizan Abdul Razak
P.Pinang- Ust Salleh Man
Perlis- Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan- Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak- Ust Adam Ahid


KETUA PEMUDA - Nasruddin Hassan A Tantawi

KETUA MUSLIMAT - Siti Zailah Mohd Yusoff, YB

KETUA DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS - Hu Pang Chaw

* berhuruf condong ialah lantikan Presiden

Pakatan, Umno mahu perjanjian PPA didedahkan

Kedua-dua parti - Umno and Pakatan Rakyat, iaitu PAS dan PKR - bersetuju supaya Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) didedahkan kepada umum demi kepentingan negara.

youth leaders wacana ekonomi 120611 ahmad zaki zahid.JPGAhli panel forum subsidi dari ketiga-tiga parti terbabit berkata paling
tidak pun, PPA itu didedahkan kepada sebuah panel pakar atau ahli parlimen.

Forum anjuran Dewan Pemuda PAS, diadakan di Kuala Lumpur pagi ini dan disertai oleh exco Pemuda Umno, Ahmad Zaki Zahid (kanan); pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli and ahli jawatankuasa Pemuda PAS, Mohd Zuhdi Marzuki.

Ahmad Zaki bersetuju PPA dikaji semula dan didedahkan sekiranya itulah kehendak rakyat.

Sekurang-kurangnya, bentuk sebuah panel pakar atau ahli parlimen untuk mengkaji PPA, katanya, sambil menambah isu berhubung pengeluar tenaga bebas (IPP), telah menjadi satu isu 'emosional'.

youth leaders wacana ekonomi 120611 mohd zuhdi marzuki.JPGAhmad Zaki turut menyokong gesaan ahli parlimen Gua Musang MP dan bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah semalam supaya suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan untuk mengkaji PPA.

Sementara itu, Mohd Zuhdi (kanan) pula berkata, semua dokumen syarikat kaitan kerajaan yang membabitkan kepentingan awam, mestilah diumumkan dan telus.

Gesaan supaya PPAs didedahkan kepada umum semakin mendapat sokongan banyak pihak.

youth leaders wacana ekonomi 120611 rafizi ramli.JPGManakala Rafizi (kanan), seorang tokoh korporat yang pernah
bersama Petronas dan Pharmaniaga, menjadi tumpuan apabila beliau mendedahkan angka-angka sensasi dan kemahirannya berpidato.

Beliau mendakwa, YTL Corporation, dengan hanya memiliki sebuah IPP, memberi dividen berjumlah RM1.9 bilion pada 2009 sedangkan TNB hanya memberi RM900 juta dividen. -M'kini