Isnin, 18 Julai 2011

AMK Ajak SPR Debat Jika Benar-benar Telus Perbaiki Sistem Pilihan Raya

PETALING JAYA 17 JULAI : Angkatan Muda Keadilan(AMK) Pusat akan memperinci ‘buku jawapan’ Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkaitan proses pilihan raya, sebelum bercadang mengajak agensi itu untuk berdebat secara terbuka.

Ketuanya, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pakar dan aktivis Bersih 2.0 juga akan dipanggil bagi membuat perincian terhadap buku bertajuk ‘Penjelasan Terhadap Isu-isu Yang Dibangkitkan Mengenai Pilihan raya’ itu.

Katanya, melalui buku kuning itu pihaknya akan memanggil pakar-pakar termasuk aktivis Bersih 2.0 bagi membincangkan secara terperinci apakah langkah susulan yang akan dibuat serta berdasarkan jawapan-jawapan yang dinyatakan oleh SPR.Dimana hasil daripada jawapan itu nanti kita akan bukukan. Dan rumusan daripada perbincangan ini kita akan kemukakan cabaran debat secara terbuka dengan pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz berhubung lapan tuntutan yang telah dibuat oleh Bersih 2.0 sebelum ini,” katanya pada sidang media di ibu pejabat parti, hari ini.

Tegasnya lagi, AMK sama sekali tidak gentar untuk berdebat mahupun berdepan sendiri dengan pengerusi SPR walaupun pihaknya mengungkapkan secara fakta.

"Kalau SPR mengungkapkan ia secara fakta ataupun mengikut kata mereka secara ilmiah serta diulas satu-persatu, kita juga akan menjawab perkara-perkara ini secara detail satu-persatu. Kerana ini ialah buku yang kononnya akan diedarkan ke seluruh negara dan diberikan penerangan tentang isu-isu yang kita bangkitkan,” tegasnya.

Dalam pada itu, Shamsul juga mendesak agar Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam untuk membuta permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk S Ambiga dan rakyat Malaysia berhubung kenyataannya meminta kerajaan menarik balik kerakyatan pengerusi Bersih 2.0 itu hanya kerana berbeza ideologi.

"Kita juga merakamkan kekesalan yang tak terhingga terhadap Ali Rustam dan beberapa pihak yang meminta kerakyatan Ambiga itu ditarik balik. Dan kita menganggap itu satu tindakan atau penyataan politik usang daripada pemimpin yang tidak berani berhadapan dengan fakta dan hujah oleh pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan mereka," ujarnya.

"Kita desak Ali Rustam untuk segera minta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, kerana mana mungkin kita boleh biarkan situasi dimana kita berbeza pendapat maka kerakyatan kita juga akan diminta untuk dicabut. Ini satu perkara yang tidak masuk akal sama sekali,"tambahnya.

Bersih 2.0 mengadakan perhimpunan pada 9 Julai lalu di ibu negara meskipun dihalang dan disekat oleh pihak berkuasa termasuk Putrajaya mengisytiharkannya sebagai sebuah badan haram.

Puluhan ribuan rakyat Malaysia telah menyertai Himpunan Bersih 2.0 untuk menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.

Pada perhimpunan itu, lebih 1,600 peserta termasuk pimpinan Bersih 2.0 dan Pakatan Rakyat .


TVS
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/#ixzz1SPqKwzkv

Najib melakukan lawatan kerja ke Rom

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan lawatan kerja dua hari ke Rom mulai hari ini.

Program beliau termasuk bertemu Pope Benedict XVI dan berjumpa Kardinal Tarcisio Bertone, Setiausaha Negara Vatican, di Castel Gandolfo, Rom.

Dalam satu kenyataan, Wisma Putra berkata Perdana Menteri akan diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Anggota rombongan yang lain ialah Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Mereka akan disertai Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan Prof Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dan ketua paderi Tan Sri Murphy Nicholas Xavier Pakiam.

Ia merupakan perjumpaan kali kedua antara seorang Perdana Menteri Malaysia dan Pope, selepas kali pertama membabitkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pope John Paul pada Jun 2002.

Semasa lawatan ke Rom, Najib akan mengambil peluang untuk bercakap mengenai inisiatif 'Pergerakan Sederhana Global'.

Turut menjadi agenda ialah usaha bagi meningkatkan kerjasama antara Malaysia dan Takhta Suci, menurut kenyataan itu.

Najib mengakhiri lawatan rasmi ke United Kingdom pada Jumaat.

- Bernama

Tutup Pusat Hiburan Ramadhan Ini: Ulama Muda UMNO Patut Buat Kuliah Khas Dokong MB Kedah

NGO Islam mahu Azizan tolak rundingan

Tindakan kerajaan Kedah mengarahkan semua pusat hiburan di negeri itu ditutup sepanjang Ramadan akan datang merupakan tindakan betul, bukan isu dan tidak perlu dirunding semula, kata NGO Islam Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA).

Presidennya Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 yang sudah sedia ada perlu dihormati setiap rakyat tanpa mengira kaum.

“Tindakan (Menteri Besar) Datuk Seri Azizan (Razak) adalah satu tindakan yang betul kerana ia berdasarkan undang-undang.

"Oleh itu, ISMA menyokong tindakan beliau dan tidak timbul isu ia perlu dirunding semula.”

Abdullah berkata, sebagai menghormati Ramadan yang mulia, pengusaha pusat hiburan perlu mematuhi arahan walaupun sepatutnya aktiviti maksiat diharamkan bukan pada bulan itu sahaja.

Mengulas tuntutan DAP yang mahu perkara itu dirunding semula, Abdullah berkata, menyatakan bahawa pelaksanaan undang-undang dan penegakan syiar Islam tidak perlu dirunding, sebaliknya harus dihormati semua pihak.

ISMA juga turut menyelar MCA yang menjadi pihak terawal membantah larangan itu.

“MCA perlu terima hakikat bahawa Malaysia adalah negara Islam yang merdeka dan ada undang-undang sendiri.

"Jadi, tidak perlu merujuk kepada mana-mana norma asing seperti deklarasi hak asasi manusia atau sebagainya,” jelas beliau. [
malaysiakini.com]

Bersih Tuntut Dakwat Kekal, Bukan Biometrik

Jika Perdana Menteri tidak mahu rakyat berdemo, sila buat pilihanraya adil dan terima tuntutan Bersih. Beliau mengatakan demo bukan budaya kita. Sepatutnya beliau kena berfikir kenapa rakyat berani untuk berdemo walaupun diugut dengan berbagai ugutan.

Beliau tidak boleh mendabik dada kononya BN kuat, jika belawan di atas padang yang tidak sama rata. Jika benar beliau anak jantan sila biarkan pilihanraya berjalan dengan adil. Bebaskan SPR daripada belenggu pemimpin BN. Biarlah BN berlawan parti melawan parti, bukan kerajaan melawan parti. Berikan peluang PR untuk menggunakan television untuk membentang rancangan PR supaya rakyat menjadi hakim negara.

Demontrasi yang dibuat oleh pihak Bersih pada 9 Julai 2011 setelah usaha perundingan dan perbincangan telah dibuat dengan pihak SPR tidak dilayan dengan baik terutamanya penggunaan dakwak kekal. Rakyat tertanya-tanya kenapa kerajaan takut menggunakan dakwat kekal. Sebelum pilihanraya 2008, SPR sudah membeli dakwat kekal yang bernilai RM2.4 juta, akhirnya dibatalkan penggunaannya.

Datuk Seri Najib dan SPR mengumumkan untuk mengguna sistem biometrik di dalam pilihanraya akan datang untuk menunjukkan pilihanraya di negara ini adil , seolah-olah kita minta teh, tetapi yang dibawanya kopi.

Ustaz Idris Ahmad
AJK PAS Pusat.

Bukti bergambar Abang Mat Sabu bukan pura-pura sakit !

 
Abang Mat dan Kak Normah

 
Ini berpunca kezaliman polis dibawah arahan UMNO/BN

Kredit pada al bakistani.

Kehilangannya Yang Sukar Dicari Ganti

Ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali (gambar) menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi.

Jenazah beliau kini sedang diusahakan untuk dibawa ke Masjid Al-Akram, Dato Keramat.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof ketika dihubungi Harakahdaily.
Maklumat berkenaan kematian itu juga turut dimuatkan pada laman Facebook dan Twitter Allahyarhamah atas nama keluarga.

Beliau sebelum ini menerima rawatan akibat kanser.

Dalam respons awal, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarhamuha seorang yang istiqamah berjuang untuk Islam sehingga akhir hayat.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga terdekat almarhumah Dr Lo' Lo', MP PAS Titiwangsa tentang pemergian beliau sebentar tadi.

"Semoga Allah merahmati rohnya dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Beliau seorang yang istiqomah berjuang untuk Islam hingga ke saat akhir hayatnya," tulisnya di Facebook.

Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan pula menyifatkan Allahyarhamah seorang tokoh pejuang Islam yang tabah.

"PAS dan rakyat sebentar tadi kehilangan tokoh pejuang Islam yg tabah apabila sbentar td Dr Lo' Lo' telah kembali ke rahmatillah.. Al Faatiihah." tulisnya di Twitter.

Menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz, jenazah akan diuruskan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat pagi esok.

"Insya allah, akan dikebumikan pada waktu pagi di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat," tulisnya melalui sistem mesej singkat (SMS) kepada Harakahdaily. -Hrkh

TARIKH LAHIR: 2 OGOS 1957

UMUR: 54 TAHUN

TEMPAT LAHIR/ASAL: KUALA KANGSAR, PERAK

PEKERJAAN: DOKTOR

LATAR BELAKANG AKADEMIK:

1. SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN CONOLLY, IPOH
2. SEKOLAH RAJA PEREMPUAN TAAYAH, IPOH
3. KOLEJ ISLAM KLANG
4. UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA – IJAZAH PERTAMA (KEDOKTORAN)
5. ADELAIDE ALTERNATIVE MEDICINE & SURGERY – ACUPUNTURIST

KEGIATAN DI UNIVERSITI:

1. AHLI MPP UKM
2. EXCO PERSIAP UKM

PERTUBUHAN NGO:
KHIM
Yayasan Amal Malaysia
PPIM
PAPISMA
Persatuan Allergy & Aesthetic
Persatuan Hypertension
AFMY
ABIM
Al Khadeem
JIM
Persatuan Alumni FPUKM
Alumni ALKIS
Alumni SISTA.

KEGIATAN DALAM PAS:
AJK Dewan Muslimat PAS Pusat
Ketua Dewan Muslimat Titiwangsa
Ketua Pengarah Al-Nisa’
Ajk Kerja Pas Pusat
Mewakili parti sebagai Exco Asian Federation Of Muslimyouth.

JAWATAN KINI: PENGARAH EKSEKUTIF DI PUSAT PERUBATAN KOHILAL

PENGALAMAN DALAM PILIHANRAYA: PERNAH BERTANDING DI PARLIMEN P59 BUKIT GANTANG DALAM PILIHANRAYA KE-11

IBU KETAM : ROSMAH MANSOR MAHU WANITA MUSLIM MENUTUP AURAT

TABIK saya pada Rosmah Mansor yang mahu menggalakkan wanita Muslim menutup aurat. Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan Festival Fesyen Islam (IIF) yang sebelum ini menimbulkan kontroversi dengan pakaian yang menghina agama Islam itu sendiri.


Malaysiakini melaporkan, "Datin Seri Rosmah Mansor berharap Festival Fesyen Islam (IIF) akan terus menjadi pentas bagi pereka fesyen mempamerkan rekaan mereka selain menggalakkan lebih ramai menghasilkan pakaian yang menutup aurat."

Saya percaya dan yakin, ketika kenyataan ini dibuat oleh Rosmah, beliau tentunya di dalam keadaan menutup aurat. Samada beliau memakai cincin yang jutaan ringgit atau tidak, itu persoalan lain kerana beliau telah pun menutup aurat sebagai Muslimah sejati yang menjadi contoh kepada rakyat terutamanya wanita Muslim.

Beruntunglah suami Rosmah mempunyai isteri yang Solehah seperti beliau. Tabik, Kak Mah.

Rosmah Kecut Perut...A.Krishnan Orang Kanannya,Di Tahan SPRM...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) dilaporkan telah menyoal siasat seorang individu yang dikaitkan dengan dakwaan sebentuk cincin berlian bernilai lebih RM70 juta dibawa masuk ke negara ini tanpa cukai untuk isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor.

Menurut pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, SPRM telah menyoal A.Krishnan, individu yang dikenalpasti oleh SAMM sebagai bertanggungjawab menguruskan dokumen-dokumen Kastam Diraja Malayasia (KDRM) yang berkaitan.
SAMM memperolehi nama individu berkenaan daripada salinan ceraian dokumen pengisytiharaan Kastam yang dicetak melalui komputer.

“(Tindakan) SPRM bertindak dengan 'menahan' individu yang namanya terdapat dalam sistem komputer tersebut, membuktikan bahawa pendedahan itu bukan palsu,’ katas Chegubard.
Beliau melaporkan isu cincin belian itu kepada SPRM Pulau Pinang, minggu lalu.

“SPRM telah menahan A.Krishnan dan siasatan berkisar kepada bagaimana belian tersebut boleh dibawa masuk dengan cukai 'RM0' sahaja,”katanya.

Pada masa yang sama, beliau mempersoalkan sama ada pengecualian cukai untuk berlian itu ada hubungan dengan tindakan Perdana Menteri Najib Razak sebelum ini untuk mengecualikan cukai untuk belian, perhiasan serta pakaian (termasuk yang mewah) dalam belanjawan yang lalu.
“Adakah pindaan cukai itu untuk memenuhi selera individu tertentu?," soalnya.

Chegubard juga mendakwa sebaik sahaja siasatan SPRM bermula, sistem kastam di Kargo, KLIA telah mengalami gangguan hampir 3 jam.

Ini menurut beliau, menyebabkan kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa dan selepas itu dipulihkan, perbagai 'syarat' dikenakan untuk mendapat akses kepada dokumen sebegitu.

Chegubard berkata dalam usaha untuk menimbulkan keraguan mengenai pemilik belian itu, semalam muncul pula borang asal di alam siber dan apa yang disebut sebagai borang 2 Kastam.
Borang itu "diadakan" untuk "membuktikan" cincin belian itu dibawa keluar ke Singapura empat hari selepas ia dibawa masuk ke Malaysia.

Chegubard berkata borang itu adalah untuk menyokong dakwaan kononya cincin belian itu hanya untuk pameran yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura.

Chegubard berkata sumber dalaman beliau mengesahkan beberapa percanggahan ketara dalam maklumat borang 2 kastam termasuk nilai barangan. Borang itu juga tidak meyenaraikan sebarang terma untuk pameran yang dimaksudan, seperti lazimnya, kata beliau.

Chegubard sebelum ini mendedahkan cincin itu diimport daripada syarikat beralamat di New York.
Sebelum ini, Rosmah yang digelar ‘Imelda Marcos Malaysia’ membelanjakan sebanyak RM4,498,0949.99 juta wang rakyat untuk mengadakaan Sidang Kemuncak Wanita Pertama di Ibu negara Oktober tahun lalu, selain suaminya sendiri Najib Razak membelanjakan RM8.7 juta untuk mengadakan lawatan ke 42 negara seluruh dunia.

Dalam rangka lawatan ke Arab Saudi, Oman dan bangladesh, Rosmah Mansor membelanjakan sebanyak RM134,317.76.

Malah, Rosmah turut berbelanja mewah dengan menghabiskan lebih RM100,000 bagi penginapan hotel mewah, Atlantis di Dubai hanya untuk semalaman
Lu orang tunggu beb..lepas ni kemungkinan ada lagi individu
yang kantoi kerana terjun bangunan SPRM...Tapi kalau Kak Rosmah Si Intan
Berlian 24.4 juta yang SPRM siasat...alamat pegawai SPRM pulak yang
akan melompat bunuh diri..kuah3 -JuRaGan

Isu Pusat Hiburan - Asri & Harussani suruh negeri lain contohi usaha Kedah

SHAH ALAM – Semua negeri patut mencontohi usaha Kerajaan Negeri Kedah yang melarang pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, operasi pusat hiburan secara terbuka patut dihentikan bagi menghormati kesucian bulan Ramadan dan bagi mengelakkan umat Islam terjebak dalam kancah maksiat.

“Kita mahu semua premis dibuka di kawasan awam ditutup sepanjang bulan mulia nanti, kita tidak halang golongan bukan Islam untuk berhibur, tetapi berhibur di kawasan tertutup, bukan di kawasan terbuka.

“Bulan Ramadan, bulan untuk mendidik umatnya berakhlak mulia. Semua agama mahukan penganutnya berkelakuan sempurna. Jadi, larangan ini tidak mendatangkan sebarang masalah untuk dikuatkuasakan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata, penganut agama lain di negara ini perlu faham dan menghormati agama Islam sebagai agama rasmi negara yang telah termaktub dalam Per�lembagaan Persekutuan serta diterima semua pihak.

“Islam adalah agama rasmi, ag:ama lain di negara ini juga perlu faham dan hormati bulan-bulan mulia yang ada dalam agama Islam. Dulu, semua pihak setuju agama Islam sebagai agama rasmi, sekarang jangan khianati pula.

“Banyak manfaat sekiranya kita laksanakan enakmen ini. Kita harus bermoral dan berakhlak mulia, sekiranya akhlak kita sama sebagaimana haiwan, lebih baik jadi haiwan sahaja,” tegasnya.

Sementara itu, bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainal Abidin berkata, beliau memuji cadangan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak itu bagaimanapun, pelaksanaannya perlu dikaji dengan lebih teliti.

“Dalam hal ini saya cadangkan Kerajaan Negeri mengenakan tindakan terhadap premis hiburan yang pelanggannya orang Islam. Sekiranya tiada pelanggan Islam yang masuk, mereka dibenarkan beroperasi,” katanya

Al Fatihah - Solat jenazah Dr Lo' Lo' jam 10.30 pagi

Harakahdaily

http://mynewshub.my/bm/files/2011/07/dr-lolo.jpg

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Solat jenazah Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali akan diadakan di Masjid al-Akram, Datuk Keramat jam 10.30 pagi ini.

Demikian menurut anak allahyarhamuha, Muhd Fawwaz.

Katanya, jenazah diuruskan di masjid berkenaan dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat.

Dr Lo' Lo' menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang kira-kira jam 10.15 malam tadi.

Nak lindung KAK ROS... 3 jam system komputer kastam 'down'...!!

Usaha terdesak untuk lindungi Imelda Rosmah


Sejak kali pertama sebahagian bukti mengenai belian RM24.45 j itu didedahkan bukan sedikit puak-puak pengampu Imelda Rosmah muncul untuk membuat pembelaan.

Antara pembelaan 'segera' yang dihamburkan ialah
  • gambar screen komputer itu kononya palsu dan dah diubah suai
  • A. Krishnan tidak wujud
  • tidak ada belian semahal RM24.45 j
Namun apabila SAMM tampil membuat laporan SPRM dan SPRM bertindak dengan 'menahan' individu yang namanya terdapat dalam sistem komputer tersebut, ini telah membuktikan bahawa pendedahan itu bukan palsu. Maka 'pengampu' terpaksa memasuki episod baru membuat pembelaan mengampu untuk membuktikan mereka membuat kerja.

Kita juga harus faham bukan sedikit yang dilaburkan oleh regim atau bagi pihak regim dalam memenangi perang cyber ini.

SPRM telah menahan A.Krishnan dan siasatan berkisar kepada bagaimana belian tersebut boleh dibawa masuk dengan cukai 'RM0' sahaja. Nampak sangat SPRM tidak membuat kerja rumah dengan betul. Memang menurut undang - undang yang telah dipinda oleh Najib dalam membentangkan belanjawan belian, perhiasan serta pakaian (termasuk yang mewah) tidak lagi dikenakan cukai. Adakah pindaan cukai itu untuk memenuhi selera individu tertentu ? Namun sesuatu yang amat berharga diperolehi dari tindakan SPRM ini ialah SPRM membuktikan bahawa data dari sistem kastam mengenai belian RM 24.4 j itu benar wujud dan bukan palsu.

Sebaik sahaja siasatan SPRM bermula maka sistem kastam di Kargo, KLIA telah 'down' hampir 3 jam. Kakitangan agen pengurusan kargo tidak lagi boleh mengakses sistem kastam seperti biasa selepas itu, perbagai 'syarat' dikenakan semuanya dijalankan secara 'manual'. Satu perkeliling ditampal mengenai perkara ini di papan kenyataan di Kargo, KLIA tetapi hanya beberapa jam dan ditanggalkan kembali mungkin kerana tidak mahu 'arahan rasmi' ini bocor. Ramai kakitangan agen pengurusan kargo marah kerana kerja yang seharusnya boleh selesai dengan mudah tetapi kini susah seperti mahu menyelindungkan sesuatu.

Kami telah menjangkakan sebelum ini pun data dalam sistem ini mungkin saja akan dipadamkan atau dipinda untuk menjaga Imelda Rosmah. Bayangkan dalam kes lebih serius iaitu kes pembunuhan Altantuya rekod imegresen pun boleh dipadamkan.

Najib pernah bersumpah dengan nama Allah bukan sahaja tidak pernah jumpa malah tidak pernah kenal dengan Altantuya, tetapi sehingga kini masih berdiam dengan cabaran YB Saifuddin Nasution Ismail yang mencabar Najib menafikan yang Najib pernah bersama naik satu penerbangan dengan Altantuya.

Kini selepas sistem kastam 'down' hampir 3 jam, semalam muncul pula borang asal (hanya boleh dicetak oleh pegawai tinggi kastam atau agen pengurusan terlibat) transaksi membawa masuk belian RM 24.45 j tersebut dan muncul juga kononya borang 2, kastam yang kononya membuktikan belian itu dibawa keluar ke Singapura 4 hari selepas belian itu masuk.

Kononya belian itu hanya untuk pameran belian yang dibuat di rumah VVIP sahaja dan kemudian dibawa keluar semula ke Singapura.

Menurut sumber dalaman kita yang meragui mengenai kewujudan borang kedua tersebut menyatakan
kalau tengok kat borang 2 Kastam yang muncul selepas sistem kastam 'down', belian tersebut keluar guna hand carry dan borang secara 'manual' keluar ke Singapura...cuba lihat betul-betul kenapa FOB tak sama!!! sedangkan FOB adalah nilai sebenar barang mengikut invoice...mustahil atau tidak barang yg keluar nie barang lain sikit (yg murah sikit)...lagi satu cuba tgk maklumat asal yg kita dapat no invoice tak sama!!! Nombor daftar ROC Jacob & co pun tak sama!!! Sepatutnya jika barang masuk untuk pameran dan sebagainya seharusnya ada terma ikrar, tetapi sebaliknya dalam sistem kastam ketika belian itu masuk lansung tidak wujud sebarang terma ikrar hanya untuk pameran dan akan dibawa keluar semula.
Kini mungkinkah mereka sedang bersungguh - sungguh ingin mencari rumah VVIP mana yang akan direkayasa sebagai tempat konon telah diadakan pameran 'sulit' tersebut. Sudah tentu akan disusun tetamu-tetamu sulit untuk membuktikan telah diadakan pameran sulit tersebut.

Kalau tak betul hari pertama lagi Imelda dah muncul nafi. Sekarang ini dijemput Imelda Rosmah tampil untuk menyatakan sepatah dua kata mengenai perkara ini.

Bagaimana pula dengan gelang 'zebra' dan jam 'zebra' yang juga keluaran Jacob & co yang jelas ada gambar Imelda Rosmah menggunakannya ? Adakah Jacob & co hanya bagi pinjam kerana dia terpulih menjadi duta produk Jacon & co ?

Najib kena "Demam Kuning" di London

Sepanduk Kuning Di London
Najib Jangan Pandang Enteng

MUNGKIN Najib Razak bersama sepupunya Hishamuddin Hussein akan beralasan, rakyat Malaysia yang menanti kedatangannya di London dengan sepanduk berwarna kuning mengecam tindakan mereka terhadap para himpunan Bersih hanya beberapa orang saja dan perbuatan itu tidak pun dapat memecahkan butir gatal di bekalang mereka.
Itulah ulasan yang akan diberikan oleh kedua adik beradik sepupu bangsawan itu. Tetapi di dalam hati mereka hanya Tuhan saja yang tahu betapa aibnya mereka. Betapa tidak, rakyat negara sendiri mengejek kedatangan mereka. Apa yang sepatutnya mereka terima mendapat sambutan dan alu-alu rakyat Malaysia sebagai menandakan kebangaan kerana pembesar mereka mengunjungi London.

Sebenarnya bagi mereka yang mementingkan maruah dan integriti tidak berbangkit sama ada jumlah yang membuat protes itu ramai atau tidak, tetapi yang penting ianya terjadi dan berlaku. Hatta kalau pun seorang saja yang mengangkat sepanduk mengecam Najib dan Hishamuddin sudah mencukupi. Kalau Najib dan Hishmuddin dan rombongannya bermaruah mereka wajar merasakan malu dengan apa yang berlaku.

Kalau tidak percaya, cari serorang gila atau tidak 'berapa sara' untuk menanti kedatangan Anwar Ibrahim di mana-mana airport di luar negeri. Pasti tindakan lelaki itu akan diperbesarkan oleh televisyen dan akhbar arus perdana negara ini akan mengulas betapa Anwar dicemuh bukan saja dalam negeri tetapi di luar negara juga. Kejadian itu hatta dilakukan oleh orang gila pasti akan dieksploitasikan.

Ini sudah dapat ditengok sendiri dengan apa yang berlaku di dalam negara. Ada perbuatan yang dibuat oleh mereka yang bejat moralnya, cemar peribadinya tetapi diangkat dan diangungkan begitu rupa sekali kerana ianya menghemtam dan mengodam Anwar. Media berkenaan yang setaraf dan sama cemar dengan orang itu tidak mengirakan apakah sumbernya berwibawa, berintegriti atau sebaliknya. Yang penting mereka membelasah Anwar.

Kalau berlaku kejadian itu, pasti Utusan Melayu akan meletakkan gambar lelaki gila yang mengangkat sepanduk itu di muka depan. Begitu juga dengan tv3 akan menyiarkan berulang kali akan gambar lelaki berkenaan menjulang sepanduk mengutuk dan mengejek Anwar.

Dalam perhitungan akhbar dan tv berkenaan angka tidak menjadi masalah. Malahan angka akan ditambah kerana itulah kerja mereka. Apa yang penting ialah ia berlaku di luar negara yang membawa dan memberi imej besar. Malangnya sehingga hari ini berlaku terjadi lagi ada rakyat Malaysia mengangkat sepanduk di lapanngan terbang mengecam Anwar dan Wan Azizah.

Tetapi kerana Najib dan Hishamuddin selalu dilindungi dan dikosmetikkan oleh media massa seolah-olah kejadian itu tidak begitu memalukannya. Ia seolah-olah tidak terjadi apa-apa. Saya tidak tonton tv atau baca akhbar penjilat buntut UBN dua tiga hari lepas maka tidak tahu apakah ada berita penentangan warga kita di London itu ke atas Najib.

Kalau mengikut makrifat saya, mungkin tidak ada. Baik tv3 atau Utusan tidak akan tergamak untuk menyiarkan berita berkenaan kerana ia amat-amat memalukan Najib dan Hishamuddin. Kalau mereka menyiarkan aksi berkenaan ibarat seperti meludah ke langit akan terkena batang hidung mereka sendiri.

Inilah sikap media massa kita yang sering di perkatakan. Mereka tidak akan menyiarkan apa-apa berita atau peristiwa yang boleh menjatuhkan imej orang yang mereka sayangi.

Sebaliknya media akan jadi gila dan mabuk memperbesarkan berita-berita kecil untuk memburukkan pihak pembangkang. Sikap inilah menyebabkan rakyat tidak percaya kepada media masa kita.

Apa pun peristiwa buruk yang berlaku di London itu tidak boleh disembunyikan lagi waktu ini. Mungkin Utusan dan tv3 boleh menutup pena mereka daripada mencatat kebenaran itu tetapi dunia yang tanpa sempadan hari ini dan maklumat yang tidak boleh dibatas

Dengan kemajuan dunia IT yang bebas melaporkan apa saja peristiwa, orang boleh mengetahui apa juga yang cuba diselindungi oleh media massa penjilat buntut UBN dan para pemimpinnya. Hari ini orang atau rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi, kerana kalau mereka cuba berbuat demikian media massa akan dilihat sebagai bodoh.

Misalnya saya terselak satu blog orang Umno sendiri yang menyiarkan beberapa keping gambar protes rakyat Malaysia kepada Najib di London. Mulanya saya terkejut juga kerana apa yang dilakukan oleh bloger ini sudah menyalahi adat. Selalunya orang Umno akan melindungi pemimpin mereka.
Apa yang boleh saya tafsirkan di sini bahawa kebebasan media massa dan kecanggihan saluran maklumat menyebabkan bloger berkenaan tidak boleh menafikan apa yang berlaku sebaliknya beliau bertanggungjawab mengecerkannya sebagai menunjukkan dia seorang yang terbuka.

Adalah elok kalau Najib dan Hishamuddin tidak menyembunyikan protes ke atas kunjungannya ke London itu. Mereka berdua harus mengambil kira walaupun angka yang berhimpun dan mengenakan baju kuning itu tidak ramai. Cara paling baik Najib tidak mencemuh mereka sebaliknya panggil dan berdepan dengan mereka.

Mungkin pandangan dari dalam negeri berhubung beberapa tuntutan Bersih itu berbau politik yang tidak boleh dilayan. Tetapi tidak begitu kalau yang memproteskan itu rakyat kita di luar. Mereka tidak ada kepentingan tetapi lebih bersikap patriotik untuk membaikikan negara sendiri.

Sekiranya Najib mengabaikan ini dan masih terus syok dengan pemujaan oleh para kroni ia tidak membawa banyak kebaikan sebaliknya akan makin merobekkan lagi ketohohan Najib sebagai perdana menteri. Diharap sekembali ke Malaysia nanti nanti akan duduk bersama para pemimpin UBN dan bersedia untuk melunasi beberapa tuntutan rakyat khasnya mengenai pilihan raya yang bersih.

Kalau Najib masih terus membuat pekak badak dalam hal ini, ia pasti akan mempercepatkan detik (timing) bom jangka yang kini sudah berada dalam pokeknya.
[wm.kl.7:30 16/07/11]

Mohd Sayuti Omar

Hadi: Pusat hiburan operasi macam biasa, Kedah betulkan enakmen era BN

AMPANG, 17 Julai — Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkata pusat hiburan di Kedah boleh beroperasi seperti biasa pada bulan Ramadan namun ia terhad kepada orang bukan Islam sahaja.

Jelas Presiden PAS, kekeliruan telah berlaku berhubung perkara itu ekoran media arus perdana yang tidak menyiarkan laporan tepat sehingga membangkitkan rasa kurang senang di kalangan orang bukan Islam.

Ini kerana kata beliau, kerajaan negeri Kedah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak hanya melaksanakan undang-undang yang digubal oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

Bagaimana kata Hadi (gambar), undang -undang itu telah “diperbetulkan” agar hak orang bukan Islam tidak dinafikan dalam pentadbiran negerai Pakatan Rakyat.

Ujar beliau, pusat hiburan di Kedah dibenarkan untuk beroperasi pada bulan Ramada dengan syarat tidak membenarkan orang Islam memasuki premis itu.
“Kita sudah dapat maklum balas daripada pihak pengurusan premis hiburan dan rakan-rakan pemimpin Pakatan Rakyat dan mendapati laporan media yang disiarkan tidak tepat.

“Media BN sengaja gunakan isu ini, jadi PAS ambil jalan menyelesaian iaitu hak orang bukan Islam walaupun diharamkan dalam Islam tapi mereka ada hak dan yang kedua hak orang Islam tidak boleh melakukan maksiat.

“Jadi orang bukan Islam sahaja boleh masuk (pusat hiburan), jangan bagi orang Islam masuk,” katanya pada sidang media di sini sambil menambah tindakan akan diambil ke atas mana-mana pusat hiburan yang membenarkan orang Islam memasuki premis mereka.

Jelas Hadi, berdasarkan keterangan yang diberikan Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor dalam mesyuarat jawatankuasa kerja PAS pusat hari ini, pusat hiburan boleh ditarik lesen sekiranya didapati membenarkan orang Islam memasuki premis pada bulan Ramadan