Rabu, 31 Ogos 2011

ISU CERAMAH MAT SABU - SATU CUBAAN ALIH PERHATIAN RAKYAT


Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah tidak benar.

"Setelah mendengar kembali ucapan saya dan dibandingkan dengan berita muka depan dan muka 5 Utusan Malaysia, serta kecaman-kecaman yang berterusan disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 28 Ogos, maka saya dapati Utusan Malaysia telah memutar belit dan menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan parti saya (PAS)," jelasnya pada sidang media yang diadakan di Kompleks PAS Perlis hari ini.

Ketika ditanya media tentang ucapannya, Mohamad berkata beliau tidak pernahpun menyebut Mat Indera itu sebagai seorang komunis sepertimana yang telah disiarkan oleh Utusan Malaysia. 


"Selepas mendengar balik ucapan saya itu, didapati saya berlaku percanggahan dengan berita yang disiarkan Utusan Malaysia. Malah saya sendiri tak pernah dengarpun nama Goh Pen Tun seperti yang disiarkan.

"Berita itu telah ditokok-tambah sehingga menimbulkan kegelisahan orang ramai dan menyebabkan saya dikecam, diancam dan difitnah di atas penyiaran berita oleh Utusan Malaysia itu," jelasnya.


Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi  menjelaskan isu ceramah tersebut bukanlah sesuatu yang besar sehingga memberi kesan kepada negara.


"Perkara ini sengaja dijadikan isu kerana BN sudah kehabisan modal untuk menyerang PR, khususnya PAS. Ianya diberi liputan meluas dengan harapan untuk mengalih isu utama yang sedang menghimpit rakyat seperti bebanan kos kehidupan, isu pemberian status warganegara dan daftar pemilih warga asing.

"Oleh itu jangan kita hilang fokus terhadap isu utama yang mesti kita perjuangkan untuk kepentingan rakyat," tegasnya.
SUMBER: BLOG TN. IBRAHIM TN. MAN

Mat Sabu disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Kesiksan.

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pada Isnin berkata, kertas siasatan telah dibuka berhubung dakwaan kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, yang dikatakan menghina pasukan polis baru-baru ini.

Katanya, kertas siasatan itu telah dibuka di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan yang melibatkan kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.

"Kenyataan itu menggemparkan masyarakat. Kita telah menerima sebanyak 49 laporan polis setakat ini dan ini akan disiasat secara menyeluruh.

"Ia telah menyakitkan hati ahli-ahli pasukan keselamatan negara dan juga ahli keluarga mereka yang terkorban semasa tragedi Bukit Kepong," katanya kepada pemberita selepas melawat Kanopi Ops Sikap di Jalan Sungai Buloh menghala Kuala Selangor di sini Isnin.

"Saya rasa dia kurang buka buku sejarah atau bertanya pada mereka yang tahu mengenai sejarah tragedi itu. Dia patut pergi melawat kawasan itu dan tengok dengan mata dan kepalanya sendiri," katanya.

Mohamad Sabu, atau lebih dikenali sebagai 'Mat Sabu' dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dilaporkan berkata, pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.


Ceramah 21 Ogos,Utusan menyiarkan pada 27 Ogos. Jelas utusan berniat jahat. Polis pula perihal Mat Sabu, cepat siasat sepantas kilat dan keluar kenyataan.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu akan mengambil tindakan ke atas Utusan Malaysia kerana memfitnah beliau dan PAS

ADUN cina takbir Raya rumah ke rumah

1 Syawal 1432H. [MOD] -
bumiperak.blogspot.com
IPOH 1 Syawal : ADUN Simpang Pulai YB Chan Ming Kai turut serta dalam majlis ziarah dan bertakbir dari rumah ke rumah di Taman Panglima Ipoh bersama dengan lebih 50 orang penduduk di sini.

Chan Ming Kai berpakaian baju Melayu bersongkok telah bersama dari awal hingga ke 12 rumah terakhir. Tuan rumah menyambut penuh mesra dengan tetamu istimewa wakil rakyat dari Keadilan ini turut serta dalam rombongan penduduk. Turut bersama anak-anak yang lebih ceria dengan duit raya yang diterima.




SEMOGA HIDAYAH ALLAH MENYUSUL...INSYAALLAH

Bukit Kepong : Video Dan Teks Penuh Ucapan Mat Sabu



Bukit Kepong, Teks Penuh Ucapan Mat Sabu...Bukan Pengkhianat Pun!!!

Saya terpaksa mendengar berpuluh kali untuk mendapatkan teks di bawah berkenaan ucapan Mat Sabu berkaitan Bukit Kepong. Ini kerana videonya 'serabut' sedikit!! Ikuti ucapan di bawah.

.....Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tulah pegawai kerajaan, ketuanya MaT Indra, Melayu, tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu UMNO, cerita bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis tu polis British, sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Inda ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering Taiping, begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak..nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengishtiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila ishtihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. Semua sejarah negara kita bohong....

Maksud keseluruhannya, sepatutnya yang melawan British adalah hero, tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero. Itulah yang dimaksudkan Mat Sabu secara umum. Dia bercerita tentang menentang British tetapi Utusan Malaysia menambah dengan 'komunis'. Barulah gempak!! UM memang pandai dan itulah kerja Utusan!! -terima kasih kepada ek-ele.net
 

Panas! Ini dia wajah mamak Pengerusi Surau Al-Musyrikin!

31/08/2011


PADA 21 Ogos 2011, TV3 dikesan menyiarkan berita palsu tentang Kariah Surau Al-Musyrikin yang berhimpun di depan sebuah kelas Tuisyen yang kononnya menyebarkan ajaran kristian kepada kanak-kanak beragama Islam di Jalan Klang Lama, Seputeh.

Hasil tinjauan dan temubual ReJaM© dengan seorang penduduk yang tinggal bersebelahan dengan tuisyen tersebut mendapati, tidak wujud surau bernama Al-Musyrikin di kawasan setinggan yang didiami oleh majoriti penduduk Cina dan India serta segelintir warga asing Indonesia itu, rujuk sini [Surau Al-Musrikin].

Hasil pencarian di internet, akhirnya ReJaM© berjaya menemukan wajah Pengerusi Surau Al-Musyrikin bernama Datuk Mustapha Kamal Mohd Yusof seperti yang dilaporkan oleh TV3 itu.


Rupa-rupanya Pengerusi Surau Menyekutukan Allah (Al-Musyrikin) ini adalah Ketua United Malays No Otak bahagian Seputeh. Patutlah mamak ni sanggup jadi pengerusi surau yang tak wujud untuk memburuk-burukkan Teresa Kok, ahli Parlimen Pakatan Rakyat, Seputeh [hmetro].


Lihat laporan cerita bohong oleh TV3 Al-Musyrikin di bawah ini.



ReJaM© "Seronok betul mamak ni kencing orang Melayu yang tak ada otak kah kah kah..."


source: http://milosuam.blogspot.com/2011/08/panas-ini-dia-wajah-mamak-pengerusi.html#ixzz1WZ0GGcSV

Siapa Mat Indera? Apa Implikasi Pendedahan Kisahnya dan Serangan UMCO & Utusex terhadap Mat Sabu?


UMCO ternyata silap besar kerana memperbesarkan isu Mat Indera dan peristiwa Bukit Kepong yang diselitkan dalam ceramah Mat Sabu di Tasek Gelugor pada 21 Ogos lalu, namun dilaporkan oleh Utusex pada 27 Ogos lalu. Jika tarikh ceramah pun sudah salah, apatah lagi laporan yang ditulis oleh akhbar itu. Mat Sabu dilabel seolah-olah menyokong komunis dan tidak menghormati polis-polis British yang terkorban semasa peristiwa itu.

Saya tidak mahu menulis panjang, maklumlah hari ini baru hari raya kedua.

Siapa Mat Indera yang menyerang rumah pasung British? Kisahnya ada disiarkan di Berita Harian. Jangan terkejut, walaupun dilabelkan sebagai pengganas oleh British kerana menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong, orang yang mengenalinya menganggap beliau sebagai pejuang kemerdekaan negara.


Tidak jelas? Baca di sini.
Dalam berita di atas, Mat Indera Ahmad Indera atau dikenali sebagai Mat Indera dikatakan berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela Pahlawan Siak Seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Beliau diangkat sebagai pejuang kemerdekaan yang mengangkat senjata menentang British. Mat Indera ditangkap selepas British mengugut beberapa penduduk kampung yang rapat dengannya.

Apa implikasi isu ini kepada UMCO dan masyarakat? Sebelum melihatnya dengan mendalam. Cuba lihat fakta Peristiwa Bukit Kepong. Peristiwa ini berlaku pada tahun 1950 dan JELAS bahawa semasa kejadian negara kita masih BELUM MERDEKA. Tanah Melayu pada waktu itu dijajah oleh BRITISH. Seperti yang dibangkitkan oleh TT, mata-mata yang berkhidmat di rumah pasung itu ialah orang yang berkhidmat dengan penjajah British, bukannya polis diraja Malaysia. Persoalan yang wajib kita fikirkan, adakah mata-mata yang berkhidmat di rumah pasung Bukit Kepong itu akan diberi penghormatan yang sama jika mereka berkhidmat di bawah pemerintahan Jepun? Jawab!!!

Fakta ini sebenarnya dikaburkan oleh buku sejarah kita dan sudah tentu filem Bukit Kepong yang acap kali disiarkan ketika negara menyambut Hari Kebangsaan. Sehingga kontroversi ini, saya yakin banyak orang yang tidak sedar akan fakta itu. Banyak yang menganggap perisitiwa itu berlaku selepas negara merdeka. Jika selepas negara merdeka, maka tindakan Mat Indera itu sewajarnya dipersoal dan dikecam kerana beliau menentang polis yang berkhidmat dengan YDP Agong.

Dengan pendedahan ini, banyak orang yang mula membaca untuk mendapatkan info yang tepat dan jelas. Selepas pendedahan isu ini, banyak orang mula mempersoal: Mengapa berkhidmat atau menjadi tali barut penjajah seperti Belanda, Portugis, Jepun dilabel sebagai PENGKHIANAT, KEJI, dll, tetapi mereka yang berkhidmat dengan penjajah British tidak dikenakan label yang sama?

Jawapannya, sila lihat sejarah, cuba lihat pekerjaan dan hubungan pembesar UMCO dengan British. Rata-rata mereka berkhidmat sebagai pegawai dalam sistem pentadbiran British di Tanah Melayu.  Malah banyak juga pemimpin UMCO yang mempunyai hubungan yang baik dengan British.  Jika berkhidmat dengan Jepun dihina, mengapa dengan British tidak dilabel begitu? Walhal dari segi kekejaman, kerakusan, kesialan, kekeparatan, TIADA beza antara Jepun, Belanda, Portugis, dan British!!!- DCM

 
P/s: Selepas ini mungkin banyak orang akan mempertikaikan penyiaran filem Bukit Kepong menjelang Hari Kebangsaan!