Selasa, 2 Ogos 2011

Najib takutkan Muhyidin

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak secara terbuka mengakui bahawa beliau begitu takut kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Secara terbuka Najib membuktikan kepada seluruh dunia beliau begitu takut kepada Muhyiddin apabila beliau tak mahu mengulas kenyataan timbalannya itu bahawa beliau orang Melayu dahulu, kemudian barulah orang Malaysia.

"Kenyataan Muhyiddin itu dilihat umum sebagai penentangan kepada konsep 1Malaysia yang dikatakan diajar kepada Najib oleh firma Yahudi Zionis, Apco Worldwide yang kemudiannya dijerit-jeritkan olah beliau di sana sini setiap hari seolah-olah ia adalah ideanya sendiri," katanya.

Bagi Mahfuz, keengganan Najib menjawab soalan mengenai kenyataan Muhyiddin itu juga membuktikan Najib sanggup mengetepikan hampir apa sahaja termasuk konsep 1Malaysia yang dijajanya kerana ketakutannya yang amat sangat kepada Muhyiddin.

"Bagi Najib, tidak mengapa beliau ketepikan propaganda yang dijerit-jeritkannya setiap hari itu asalkan beliau tidak dilihat cuba menentang atau mencabar ketegasan timbalannya yang menekankan bahawa beliau orang Melayu dahulu kemudian barulah orang Malaysia," katanya.

Beliau menyifatkan Najib begitu bermasalah kerana selepas setiap hari diejek dengan tuduhan "takut bini", kini beliau sendiri yang membuktikan tanpa sebarang keraguan bahawa beliau begitu takutkan timbalannya.

Mahfuz juga melihat rasa takut kepada Muhyiddin yang dizahirkan secara terbuka oleh Najib kepada seluruh dunia itu juga menjadikan perpecahan antara mereka sebagai perpecahan terbuka.

"Ia bukan rahsia lagi kerana secara terbuka Najib memperlihatkan ada perpecahan antara beliau dan timbalannya. Ia menunjukkan kepada umum tentang krisis dalaman yang dilihat semakin parah di dalam Umno," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mahfuz tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Najib yang tergesa-gesa membatalkan cutinya dan segera pulang ke Malaysia baru-baru ini mempunyai kaitan dengan krisis dalaman tersebut.

"Semua orang tahu kemampuan Muhyiddin dalam soal seperti itu. Kejatuhan (Tun) Abdullah (Ahmad Badawi) dahulu dilihat hasil dari usaha yang diterajui oleh beliau," katanya.

Ketika menjawab soalan para peserta Persidangan Tahunan Pemimpin Pelajar Malaysia ke-5 di ibu negara semalam, Najib enggan menjawab soalan mengenai kenyataan Muhyiddin itu.

"Saya tidak akan jawab soalan yang akan menyebabkan perpecahan di antara saya dan timbalan saya. Di Malaysia, ini amat bahaya.

"Orang akan dakwa, perdana menteri dan timbalannya tidak lagi sehaluan,” kata Najib. (harakahdaily.net)

Muhyiddin bukan sahaja menegaskan bahawa beliau Melayu dahulu di dalam Dewan Rakyat pada 31 Mac tahun lalu, malah mengulanginya beberapa kali selepas itu termasuk dalam persidangan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Kenyataan beliau dikecam pelbagai pihak termasuk komponen Barisan Nasional (BN) seperti Gerakan.

Kenyataan itu juga disindir oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz apabila beliau berkata: "Saya adalah rakyat Malaysia terlebih dahulu dan kemudian baru saya orang Melayu. Apakah mana-mana pentaksub ada masalah dengan soal ini?"

Malah, Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali menyifatkan Muhyiddin tidak faham 1Malaysia berikutan kenyataannya itu.

"Bukan seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kata beliau Melayu dulu baru warga Malaysia dan bukan juga seperti Datuk Seri Nazri Aziz yang kata beliau warga Malaysia dulu baru Melayu. Saya faham 1 Malaysia tapi mereka tidak," kata Ibrahim.
penangdaily

‘Saya bukan lelaki ganas’

TEMERLOH – Pemuda bertubuh sasa digambarkan ganas dan didakwa membawa pisau ketika perhim-punan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, dikenali berperwatakan sebaliknya dalam kalangan penduduk bandar ini, terutama rakan-rakan dan pelanggannya.

Abdul Razak Endut 32, atau dikenali sebagai Ajak juga antara individu paling mudah ditemui penduduk bandar ini.

Abdul Razak bukan sahaja dikenali mereka yang sebaya, tetapi semua lapisan termasuk wanita dan kanak-kanak.

Faktor populariti itu kerana dia saban hari berada di pusat bandar ini membantu abangnya di sebuah kedai kecil di Jalan Ahmad Shah yang sarat dengan pelbagai jenis kasut menawarkan khidmat menjahit dan menjual kasut terpakai.

Kedai mereka sememangnya dikunjungi ramai pelanggan, tambahan pula berlokasi di kawasan tumpuan ramai. Ajak bekerja seperti biasa duduk di kaki lima dan sudah tentu orang ramai mudah ’cam’ wajahnya.

Seorang rakannya, Khairil Abdul Rahim berkata, Abdul Razak dikenali sebagai seorang yang lemah lembut, bertubuh sasa dan jarang meninggikan suara sekalipun untuk bergurau dengan rakan karib.

Abdul Razak yang mempunyai dua anak, pernah berkhidmat sebagai kelasi kapal selama lapan tahun sebelum ambil keputusan membantu abangnya berniaga kasut.

Pengalaman menjelajah ke serata pelosok dunia sebelum ini banyak mengajarnya erti kehidupan dan walaupun kini bekerja sebagai tukang kasut, dia fasih berbahasa Inggeris.

Abdul Razak sewaktu ditemui di kedainya berkata, dia sebenarnya terkilan dengan apa yang digambarkan terhadap dirinya yang seolah-olah melanggar displin sebagai anggota Unit Amal Pas Temerloh.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3Voy-UYXnWEk8XX0Ry7_U5_zqJbemzKkmJF8HWgqeWJllRsVMdy9b5Vjrf74rkKjBQs_gAWOjc4FJltzrHf5cd1GlPyaVDVV-1q0opyWDV0ne35FRb2mMbszsfqnj8YUwiUj0r-bZgd0A/s320/409d18df94e976b7df3ec1cca1ff6d8a.jpg
Mengimbas insiden 9 Julai sehingga dia digambarkan sebagai seorang yang beraksi ganas, Abdul Razak berkata, semasa kejadian, ketika polis menembak gas pemedih mata, dia mengambil kanister itu lalu membalingnya semula ke arah padang berhampiran.

“Saya ditugaskan mengawal keselamatan peserta demonstrasi dan sebab itu saya mengambil tindakan membuang kanister itu jauh dari orang ramai,” katanya.

Menurutnya, berikutan gambar dirinya yang dia dakwa telah dimanipulasi dan disiarkan akhbar, imej dan kredibiliti dirinya yang dibina sejak berbelas tahun bersama Pas, telah terjejas.

“Semasa perhimpunan itu, pelbagai kaum dan agama sama-sama berhimpun, setiap titisan air mata dan keringat malah darah sekalipun bakal meruntuhkan tembok perkauman yang yang sedia ada,” katanya.

Abdul Razak yang berasal dari Kampung Bukit Pak Silap di sini berkata, dia tidak mempertikaikan jurugambar akhbar terbabit tetapi mempertikaikan penyunting dan nota kaki keterangan gambar yang disiarkan itu.

Selepas peristiwa gambarnya didakwa memegang pisau disiarkan sebuah akhbar semasa perhimpunan Bersih 9 Julai lalu, Abdul Razak semakin kerap dipanggil memberi ceramah dalam beberapa program anjuran Pakatan Rakyat.

Betulkah UMNO Pejuang Melayu..Kerusi Menteri Bukan Melayu makin bertambah tapi yang Melayu dok statik jee...adil kee mcm nie..??

oleh depakata

copy paste depa kata dari satu blog sahabat...

" Kerusi menteri bukan Melayu dalam kabinet semakin bertambah. Manakala kerusi orang Melayu atau Islam terus statik dan tidak mustahil semakin berkurang "

Tak apa. Bagi jangan tak bagi. Orang melayu tak perlukan kerusi. Orang melayu sembahyang sambil duduk, makan juga sambil duduk bersila .. so apa perlu itu kursi.

Lu orang tengok berapa baik hati orang melayu melalui Umno.

MIC Annual Convention .. Umno kasi 1 jawatan menteri penuh.

MCA bila pulak mahu buat Annual Convention ? Berapa jawatan menteri
penuh mahu minta ?

Gerakan punya Annual Convention bila ? Tak mahu minta jawatan menteri penuh ker ?

Lu orang fikir baik2 no. Parti lu orang kalah teruk dalam PRU 12, yang satu kerusi tak menang pun ada, tapi masih boleh jadi menteri.

Itu semua berlaku kerana Umno yang jadi ketua dalam BN. Kalau dalam PR lu orang tak rasa lah .. kalah pilihanraya .. nak jadi tukang sapu di pejabat PR pun mereka tak terima.

Tapi bila duduk dalam BN .. kalah pun lu orang masih boleh jadi menteri .. so apa nak takut .. bertanding saja lah .. jangan fikir kalah atau menang lah.

Kita minta jangan terlalu ultra kiasu sangat lah. Ingat lah melayu sudah banyak berkorban untuk lu orang :

1. lu orang sure ada peluang menang jika bertanding dalam kawasan majoriti melayu, kerana orang melayu (ahli Umno) 100% sure undi punya apa.

Tapi kalau Umno bertanding dalam kawasan bandar yang bukan melayu majoriti, lu orang agak boleh menang ker ? Kenapa tidak kita cuba pada PRU 13 nanti. Cakap setia kawan saja tak cukup, kita mahu tengok bukti.

Umno saja yang banyak membuktikan semangat setia kawan. Tapi lu orang tak ada apa bukti yang kita boleh percaya. Lu orang bila2 saja boleh buat U Turn.

Bukti U Turn, PRU 12 kerana lu orang U Turn .. BN hampir2 mati lemas lor

Syaitan sebenar dah dirantai, tapi 'syaitan APCO' terus bekerja

Oleh: SAIBURI SUDIN

"MB Azizan tenat." Begitulah tajuk yang SS kutip dari sebuah blog upahan UMNO. Sewaktu umat Islam sibuk beribadah di bulan Ramadhan, puak-puak ni barangkali tak reti dosa pahala terus selesa dengan kerja memfitnah, mengutuk dan menghina pemimpin PAS.

Tulis blogger UMNO itu lagi: Gamaknya dikala ini sebilangan para pendukung parti kebajikan PAS yang prihatin sedang kusyuk mendoakan keselamatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan yang dilapurkan sedang berada dalam keadaan tenat di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.

Mungkin beban memerintah negeri Kedah yang dulu hanya dibangkang selagi boleh, terlalu berat untuk ditanggung Ustaz Azizan. Lagipun siapalah yang menyangka PAS akan menang dan memerintah Kedah dalam pilihanraya 2008 ye tak. Semua itulah yag menjejaskan kesihatan Ustaz Azizan kini.


Kita percaya, apa pun musibah yang melanda pasti ada sebab dan hikmah disebaliknya. Kebetulan atau apa, Ustaz Azizan baru-baru ini terpalit skandal menurut cakap DAP dalam hal menutup pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan.


Bercakap gah tentang Islam dan kemudiannya menurut dengan lembut segala kehendak kafir seperti DAP, dikalangan manusia pun sudah begitu hina sekali pandangannya. Apatah lagi keputusan flip flop itu berkaitan dengan Islam dan prinsip yang kononnya menjadi tunjang parti PAS. Mungkin Allah swt marah dan tidak redha dengan perbuatannya itu.

Begitulah wajah UMNO yang ditarbiyah Yahudi APCO. Bagi mereka setiap musibah yang melanda pemimpin PAS adalah satu berita gembira yang mesti diraikan dan inilah masa 'memulang paku buah keras'. Keras sungguh hati mereka, lebih keras dari batu.

Sewaktu Dato' Seri Najib melawat Kedah, Ustaz Azizan meraikan Perdana Menteri itu dengan menyambutnya di lapangan terbang meskipun tahu lawatannya ke Kedah bukan acara rasmi kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri membenarkan perumahan awam Mergong, Padang Awam Guar Chempedak, Mini Stadium Pendang dan Dewan Wawasan Jitra digunakan oleh Perdana Menteri untuk bercakap apa saja kepada rakyat meskipun sedar Najib hanya mahu berkempen BN.

Tapi bila Ustaz Azizan ditakdirkan masuk IJN, berkandaq-kandaq penghinaan, maki hamun dan fitnah dihamburkan terhadap beliau. Sedih memikirkan kewujudan golongan ini dalam masyarakat bernama MANUSIA.

Untuk 'membenarkan' perbuatan mereka mereka mengada-adakan cerita kononnya orang PASlah yang mendoakan yang tidak baik terhadap pemimpin UMNO.. inilah yang dikatakan 'fitnah atas fitnah'.

Sama-samalah kita berfikir wahai rakyat Malaysia dan umat Islam, adalah golongan yang sanggup mengambil Yahudi APCO sebagai penasihat dan menganggap orang Islam PAS sebagai musuh ini mahu terus dikekalkan berkuasa?? Fikir-fikirkanlah.....[KedahLa]

Kisah UMNO dengan Terowong

Oleh: Shirzad Lifeboat
http://s2.i1.picplzthumbs.com/upload/img/af/56/0c/af560cfb44b55dc4e7686790f333a879b0360e04_wmeg_00001.jpgKali ini, buat kesekalian kalinya, saya menulis dalam naratif sudut pandangan orang pertama. Walaupun lazimnya tulisan saya dalam kolum tak berjudul ini lebih berbentuk esei, tapi kali ini saya akur ada kalanya seseorang penulis, terutamanya kolumnis sesebuah penerbitan harus juga menggunakan naratif bentuk ini.

Hujung minggu lalu tatkala menghadiri sebuah majlis perkahwinan, seorang pembaca akhbar Harakah yang kebetulan turut sama hadir dan makan semeja bertanya tentang apakah yang saya fikirkan setiap kali saya mahu memulakan penulisan.

Jawapan saya ialah betapa saya memikirkan pelbagai hal – mungkin minda berlegar dari sebutir palam pencucuh enjin empat lejang kepada jarak melintang Bima Sakti dalam kiraan tahun cahaya.

Pembaca Harakah tersebut yang juga seorang ahli dan aktivis PAS, serta guru matapelajaran Fizik di sebuah sekolah menengah di pinggiran Kuala Lumpur itu bertanya lagi mengapa saya harus memikirkan tentang Bima Sakti dan apa ada kena mengena gugusan bintang itu dengan politik Malaysia. (Mungkin dia tidak bertanya perihal palam pencucuh kerana sedia maklum sesuatu peristiwa kecil boleh meledak menjadi isu nasional ibarat percikan api kecil palam pencucuk yang boleh menghasilkan ledakan dalam enjin empat-lejang).

Sukar juga untuk saya berikan jawapan secara spontan. Tapi kalau tidak dijawab soalan itu dia tentu menganggap saya seorang yang hanya pandai bercakap tetapi tak tahu apa yang dicakapkan – ibarat kebanyakan pemimpin UMNO yang bercakap tentang transfomasi, ekonomi, hadhari dan blah blah tetapi akhirnya rakyat akan berkata ‘boleh belahlah!”

“Di malam cerah tak berawan, cuba perhatikan bintang di langit,” jawab saya. “Nanti you akan nampak sebutir atau beberapa butir bintang yang pudar-pudar cahayanya. Bintang itu sebenarnya sudah tidak wujud lagi atau sudah lebur dan mati. Tetapi kerana jaraknya terlalu jauh, mungkin berpuluh atau beratus tahun cahaya dari bumi, dari tempat you memerhatikannya, maka berpuluh atau beratus tahun itulah juga masa yang diambil oleh cahaya itu sampai ke mata you sedangkan bintang yang memberikan cahaya itu sudah tidak wujud lagi. Jadi apa yang you lihat sebenarnya ialah masa lalu. Jadi kalau ada makhluk tinggal di bintang yang jaraknya puluhan atau ratusan tahun cahaya ke hadapan, mereka tentu dapat melihat apa yang telah berlaku ke atas planet Bumi dan juga Malaysia.”

Saya tahu penjelasan saya itu bukanlah satu jawapan yang meyakinkan. Tidak juga merupakan jawapan yang baik. Malah seolah-olah tidak relevan dengan dunia politik Malaysia dan juga kegiatan penulisan.

Namun nasib saya agak baik kerana dia faham. “I ingat kalau time tu, BN tentu dah hilang kuasa, dah hilang semuanya dan dah tak wujud lagi.”

Saya hanya tersenyum tanda puas.

Pada hari berikutnya saya minum di restoran mamak bersama seorang sahabat lama. Walaupun ia merupakan seorang yang berfikiran kritis terhadap politik, namun dia juga merupakan penyokong dan pemimpin kecil UMNO sejak saya mengenalinya hampir dua dekad lalu. Setiap kali kami bertemu, persoalan politik menjadi topik perbincangan utama. Dan pada pagi itu topik perbincangan adalah mengenai Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak serta kebarangkalian BN di bawah kepimpinannya untuk setidak-tidaknya kembali menguasai dua pertiga kerusi Dewan Rakyat.

Menurutnya semua petanda menunjukkan BN akan pasti berjaya melakukannya. Lalu sayapun bertanya apakah premis yang menjadi sandarannya. Jawabnya, semakin ramai rakyat yang sukakan Najib dan bagi masyarakat perniagaan pula Najib tampak seperti boleh membawa perubahan positif.
“Betul ke?” tanya saya.

“Kenapa? Kau tak percaya?” tanyanya pula. “Aku tahulah kau menulis untuk Harakah. Mesti kau sokong PAS. Orang PAS mana boleh terima orang UMNO.”

Kenyataannya itu membuatkan saya merasa pelik. Mengapakah dia begitu beremosi sedangkan saya hanya seorang penulis dan bukannya seorang ahli politik. Kepadanya saya jelaskan saya tidak membenci Najib atau UMNO atau sesiapa sahaja.

“Allah suruh kita menyayangi antara manusia, bukannya saling membenci antara satu sama lain,” kata saya. “Aku menulis bagi bersama-sama mereka yang cuba menegakkan kebenaran dan keadilan sebagaimana yang dituntut oleh Islam, bukan sebab membenci seseorang.”

“Najib tu Perdana Menteri tau. Kenapa kau tak sokong dia, tak sokong parti UMNO. Bukankah parti UMNO itu parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu,” dia cuba menyergah saya.

“Betullah tu. Dia PM,” jawab saya. “Tapi cuba kau bagi tahu aku setelah dua tahun duduk dikerusi tu, apa dia buat untuk rakyat. Rakyat merungut adalah sebab barang naik, banyak subsidi ditarik balik. Patut pemimpin UMNO baca blog dan FB rakyat. Tengok sendiri rakyat suka tau tak suka. Kau kena faham, buat sesuatu untuk negara dengan buat sesuatu untuk rakyat tak sama.”
“Yang satu-Malaysia tu apa? Transformasi ekonomi tu apa? Banyak lagi…”

“Kalau betul satu Malaysia tu nak menyatupadukan rakyat Malaysia, aku nak tanya kau sikit, kalau pilihanraya diadakan dalam masa terdekat ini, kau rasa BN boleh dapat tak sokongan pengundi bukan-Melayu macam dulu-dulu sebelum 2004?”

Dia terdiam seketika sebelum berkata, “Memanglah susah sikit…”

“Setakat ini Najib cuba bercakap sahaja,” saya memotong sebelum dia sempat menghabiskan kata-katanya. “Tentang ekonomi, transformasi itu dan ini, setakat ini cuma perkataan yang keluar dari bibir Najib. Mana hasilnya. Cuba baca Buletin Ekonomi Suku Tahunan Bank Negara Malaysia, apakah pergerakan ekonomi negara mencatatkan anjakan positif dari masa ke semasa atau sebaliknya?”

“Kau tak boleh kata pertumbuhan ekonomi tu negatif sejak Najib ambil alih. Ada juga yang negatif,” dia menyanggah.

“Betul. Tapi kalau positif, kenapa masih ramai rakyat dihimpit dengan masalah ekonomi sehingga rakyat Malaysia menjadi sipemiutang kad kredit dan pinjaman peribadi antara tertinggi di dunia? Ini tak berlaku di zaman Dr. Mahathir. Zaman itu rakyat pinjam jugak duit tapi taklah macam hari ini. Zaman subsidi yang ditarik pun sikit-sikit aje. Tak sangat dirasa oleh rakyat. Kerajaan masa tu banyak duit sampai Dr. Mahathir buang ratusan bilion ringgit pun masih tak ada apa-apa,” saya menghujahkan.

Di akhir kata, saya menjelaskan kepadanya. Politik bukanlah mimpi seseorang pemimpin atau seseorang yang bercita-cita mahu menjadi pemimpin. Sebaliknya politik adalah realiti bersabit bagaimana kehidupan rakyat dalam sebutan ekonomi diuruskan.

Saya menutup sembang pagi itu dengan berkata kalau Najib dan kebanyakan pemimpin UMNO/BN berhenti bercakap, berhenti daripada membuat slogan-slogan, berhenti mencipta pelbagai gimik, berhenti dari memperlekehkan apa yang dipersoalkan oleh rakyat dan pembangkang tetapi sebaliknya meniliti setiap sesuatu mengenainya, dan mula bertungkus lumus membuat kerja untuk rakyat tanpa memikirkan sangat tentang bagaimana mahu mengekalkan kedudukan dalam kerajaan dan parti, maka keadaan mungkin berubah dan mungkin ada sinar di penghujung terowong untuk UMNO dan BN. Namun buat masa ini, terowong masih panjang dan mungkin tidak berpenghujung dan UMNO-BN mungkin terpaksa melupakan sahaja tentang sinar tersebut.

Anwar Ibrahim: Apa Guna Tak Makan Tak Minum Tapi Rasuah?



Anda

Bukti bahawa BIOMETRIK akan mengadaikan negara pada warga asing pada PRU13 nanti..??

Sumber Malaysia Waves

NOTA EDITOR: Terima kasih Poji kerana research yang taraf dunia. Seperti yang Tulang Besi telah nyatakan sebelum ini, Barisan Nasional akan merampas semula Selangor dengan bantuan mamat2 Indon, Bangla dan Myammar. Kalau Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak mengambil tindakan dengan kadar segera, maka bersiap sedialah untuk meninggalkan Bangunan SUK dgn kadar segera. Berhentilah buat kerja syok sendiri dan mula kan kerja2 bersih daftar pemilih. Asyik harap PAS je sampai kiamat tak boleh selesai masaalah ni.
TAWAS ke, Jom Shopping ke, semua program USELESS dan TAK GUNA kalau Kerajaan Pakatan Rakyat tidak dapat halang mamat Indon, Bangla dan Myammar dari mengundi. PRU-13: Misi Pertahan Kuasa Dengan Kod "71"Jelas dari sumber maklumat Website Suruhanjaya Pilihanraya sendiri dengan jelas, tiada menyatakan bahawa hanya "Warganegara Malaysia" sahaja yang ditakrifkan sebagai "layak" mendaftar sebagai pengundi dan layak mengundi setelah permohonan diluluskan.Dalam Laman Rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia juga tiada dinyatakan bahawa "Pemastautin Tetap" juga layak sebagai pengundi. Hanya "Warganegara Malaysia" sahaja layak sebagai pengundi.

Dibawah ialah contoh MyPR ataupun Kad Pengenalan Malaysia Pemastautin Tetap (Bukan Warganegara Malaysia).
Dibawah ialah deretan nombor Kad Pengenalan Pemastautin tetap Bukan Warganegara Malaysia yang dikesan telah didaftarkan sebagai pengundi di Malaysia: Klik Sini