Oleh: SAIBURI SUDIN
"MB Azizan tenat." Begitulah tajuk yang SS kutip dari sebuah blog upahan UMNO. Sewaktu umat Islam sibuk beribadah di bulan Ramadhan, puak-puak ni barangkali tak reti dosa pahala terus selesa dengan kerja memfitnah, mengutuk dan menghina pemimpin PAS.
Tulis blogger UMNO itu lagi: Gamaknya dikala ini sebilangan para pendukung parti kebajikan PAS yang prihatin sedang kusyuk mendoakan keselamatan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan yang dilapurkan sedang berada dalam keadaan tenat di Institut Jantung Negara di Kuala Lumpur.
Mungkin beban memerintah negeri Kedah yang dulu hanya dibangkang selagi boleh, terlalu berat untuk ditanggung Ustaz Azizan. Lagipun siapalah yang menyangka PAS akan menang dan memerintah Kedah dalam pilihanraya 2008 ye tak. Semua itulah yag menjejaskan kesihatan Ustaz Azizan kini.
Kita percaya, apa pun musibah yang melanda pasti ada sebab dan hikmah disebaliknya. Kebetulan atau apa, Ustaz Azizan baru-baru ini terpalit skandal menurut cakap DAP dalam hal menutup pusat-pusat hiburan sepanjang bulan Ramadhan.
Bercakap gah tentang Islam dan kemudiannya menurut dengan lembut segala kehendak kafir seperti DAP, dikalangan manusia pun sudah begitu hina sekali pandangannya. Apatah lagi keputusan flip flop itu berkaitan dengan Islam dan prinsip yang kononnya menjadi tunjang parti PAS. Mungkin Allah swt marah dan tidak redha dengan perbuatannya itu.
Begitulah wajah UMNO yang ditarbiyah Yahudi APCO. Bagi mereka setiap musibah yang melanda pemimpin PAS adalah satu berita gembira yang mesti diraikan dan inilah masa 'memulang paku buah keras'. Keras sungguh hati mereka, lebih keras dari batu.
Sewaktu Dato' Seri Najib melawat Kedah, Ustaz Azizan meraikan Perdana Menteri itu dengan menyambutnya di lapangan terbang meskipun tahu lawatannya ke Kedah bukan acara rasmi kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri membenarkan perumahan awam Mergong, Padang Awam Guar Chempedak, Mini Stadium Pendang dan Dewan Wawasan Jitra digunakan oleh Perdana Menteri untuk bercakap apa saja kepada rakyat meskipun sedar Najib hanya mahu berkempen BN.
Tapi bila Ustaz Azizan ditakdirkan masuk IJN, berkandaq-kandaq penghinaan, maki hamun dan fitnah dihamburkan terhadap beliau. Sedih memikirkan kewujudan golongan ini dalam masyarakat bernama MANUSIA.
Untuk 'membenarkan' perbuatan mereka mereka mengada-adakan cerita kononnya orang PASlah yang mendoakan yang tidak baik terhadap pemimpin UMNO.. inilah yang dikatakan 'fitnah atas fitnah'.
Sama-samalah kita berfikir wahai rakyat Malaysia dan umat Islam, adalah golongan yang sanggup mengambil Yahudi APCO sebagai penasihat dan menganggap orang Islam PAS sebagai musuh ini mahu terus dikekalkan berkuasa?? Fikir-fikirkanlah.....[KedahLa]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan