Sabtu, 26 Februari 2011

Najib Bermunajat Di Makam Kamal Attaturk Laknatullah.

Sabtu, 26 Februari 2011

Ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa
Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

 

Siapa yang tidak mengenali tuhan sekular, Mustafa Kamal Ataturk yang menumbangkan kerajaan Islam terakhir Turki. Beliau amat disanjungi oleh Mahafiraun yang mudah lupa yang dianggap sebagai nasionalis tulen Turki.

Inikah orangnya yang disanjungi oleh Najib yang sanggup bertafakur dan bermunajat dengan meletakkan kalungan bunga di makam musuh Allah yang nyata ini. Apakah Najib ingin mendapat pertunjuk dari bapak sekularnya setelah melihat sebuah demi sebuah pemimpin negara umat Islam tumbang ditangan rakyatnya sendiri.

Dimakam inilah para-para firaun moden datang untuk bermunajat dihadapan tuhan sekular mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Najib. Kerana itulah Najib tanpa merasa malu telah melabelkan Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas.

Apakah taraf Najib untuk melebalkan Yusof al Qardhawi, ketua ulama sedunia yang juga tokoh Maal Hijrah yang dianugerah oleh kerajaan Malaysia sendiri. Kekesalan ini juga telah dinyatakan oleh TGHH seperti yang dilaporkan
(Baca Sini)


Dosa-dosa Mustafa Kamal Ataturk

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt/ROK.
2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat)

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di sebuah parti umum yang pertama di Ankara.
4. Beliau pernah menegaskan bahawa “negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden”
5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.
6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki
7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
8. Mengambil arkitek-arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya diseluruh bandar Turki.
9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
10. Agama Islam juga dibuang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan
12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
 13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
 14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris,faraid secara islam
17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya “siapa tuhan dan dimana tuhan tinggal?” oleh kerana takut, askar tersebut menjawab ‘Kamal Atartuk adalah tuhan” beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Allah menyeksa beliau disaat kematiaannya


Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.
Antaranya ialah: 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
2. Sakit jantung
3. Penyakit darah tinggi
4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.
Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliaupengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulamaTurkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.
Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.














Macam Mana firaun besar pun boleh ada bersama dengan rombongan Najid dan Rosmah.
Dia bodoh tetapi dia tidak tahu yang itu bodoh, maka jauhilah dia

Gambar Siapa berkopiah bersama Najib di Turki?



Posted by Saiful at 12:16 PM | |





Erdogan & Kamal Ataturk : Mana pilihan Najib? Kita tahu bahawa Mahathir memilih Kamal Attaturk. Bukan main lagi dipuji pejuang nasinalis yang menumbangkan Khilafah Islamiyyah yang berpusat di Turki pada tahun 1924 itu. Bapak segala sekularisme di Negara milik umat Islam. Boneka barat yang menjadi perosak akidah dan ummah.

Sekian lama perjuangan Erdogan untuk memeartabatkan semula Islam di Negara Turki yang meletakkan dasar sekulrisme sebagai dasar suci yang dikawal tentera Negara. Sehingga mempersoalkan isteri pimpinan yang berjilbab. Hatta mengharamkan pelajar wanita menutup aurat memasuki kawasan university. Pernah menarik kerakyatannya apabila Ahli Parlimen yang memenangi pilihanraya tetapi berkeras untuk menutup aurat. Turki sebagai pengamal sekular kelas pertama.

Alhamdulillah kini ada tampak sedikit demi sedikit perubahan. Ketegasan Erdogan dalam beberapa isu yang menyentuh barat dan Israel jelas menggambarkan sikap islamiknya. Sikapnya dengan isu Palestine juga jelas.

Sempena lawatan PM dan isteri ke Turki, apa yang dapat Najib mempelajarinya? Berita mengumumkan …

Kat malaysia dah kata haram letak bunga kat makam pahlawan. Letak kat peruntuh khilafah Islamiyyah Turki, kamal Attaturk takpe ke? Mana ulama UMNO ni???

Harap Tan Sri Harussani beri fatwa nih???

Malaysia-Turki diiktiraf model negara Islam baik

ISTANBUL 24 Feb. – Malaysia dan Turki mendapat pengiktirafan sebagai model negara Islam yang baik untuk dijadikan ikutan terutama oleh negara Islam lain, yang sebahagiannya kini sedang menghadapi bantahan rakyat.
Ini adalah kesimpulan yang dibuat pada Persidangan Pergerakan Sedunia Untuk Keadilan, Keamanan dan Kemuliaan Insan anjuran bersama Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia, International Movement for a Just World (Just) dan Universiti Bahceschir, Istanbul.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa diminta mengulas pengiktirafan itu berkata, ia menunjukkan apa yang dilakukan oleh kerajaan termasuk melaksanakan program transformasi mendapat pengiktirafan.
“Dalam konteks Turki pun, mereka lihat demokrasi di Turki ini telah menyebabkan pentadbiran yang lebih berkesan dan lebih baik, terutama sekali dari segi ekonomi dan hak asasi.
“Walaupun ada perbezaan tertentu dari segi cara pentadbiran Malaysia dan Turki tetapi pada umumnya mereka anggap ini dua model yang sangat baik untuk dijadikan ikutan terutama sekali kepada dunia Islam,” katanya pada sidang akhbar di akhir lawatan rasmi tiga hari ke Turki di sini.

Macam Islam Hadhari jugak. Maknanya disana ada Islam Badawi. Kini Malaysia-Turki adalah model Negara Islam baik? Apa maknanya? Mengikut takrif siapa? Apakah Negara-negara umat Islam yang dipimpin oleh boneka barat yang kini sudah zahir kejahatan rejim mereka itu sudah tidak baik? Apakah selama ini sebelum Erdogan tidak dikategorikan sebagai Negara Islam baik atau kini Malaysia dibawah pemerintahan UMNO-BN adalah contoh Negara Islam baik?
Mengikut Islam, kategori Negara Islam atau tidak adalah terletak dasar dan sistem pemerintahan sesebuah Negara tersebut. Negara perlu melaksanakan pemerintahan berdasarkan Islam dengan teras perundangan berdasarkan al-Quran dan al-Hadis. Sejak merdeka, bila pulak Malaysia meninggalkan perlembagaan Lord Reid dan mengamalkan undang-undang komanweal? Itulah yang menjadi akidah mereka. Malaysia adalah Negara umat Islam dan bukannya Negara Islam.

Perkembangan politik dunia mutakhir ini menggambarkan perkembangan drastic bahawa Islam bakal kembali menguasai dunia. Apakah benar telahan Dr Yusof Qhardawi. Abad 21 kini adalah abad Islam setelah abad 20 untuk Yahudi dan abad 19 milik Kristian. Inilah hakikat yang dibimbangi barat serta kuncu-kuncunya disegenap pelusuk dunia khususnya dinegara-negara yang pernah menjadi jajahan mereka. Mereka akan berusaha untuk menahan gelombang islam ini. Mampukah mereka???

Samada mereka turut berubah sekarang atau melawan arus? Nescaya mereka pasti akan hanyut. Gelombang Islam ini tak mampu ditahan lagi. Diharap ada sesuatu dipelajari oleh Najib dan Rosmah? Paling kurang kalau Rosmah boleh meniru isteri Erdogan, menutup aurat pun… boleh tahan. 1st lady selaku isteri khalifah Negara Islam contoh… takkan tak berubah?

Yang menimbulkan persoalan penulis siapa yang berkopiah tegar bersama lawatan Najib ke Turki ke muzium Topkapi itu? Yang dimaklumkan bersana PM Najib diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Turut mengiringi ialah Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Rasa-rasanya tak munasabah mereka ni berkopiah. Nampak macam Zulkifli Nordin. Mujahidin berapi-rapi yang berjuang nakkan Islam akhirnya menjadi katak. YB lompat dari Kedah. Kini Nampak bersekongkol dengan Najib & Rosmah ke? Dah tobat kot!!! Fuhhh!! Kalau dengar ceramah beliau tentang Najib & Rosmah. Tercabut bulu roma. Apakah beliau turut serta melawat makam Kamal Attaturk, memberi kalungan bunga dan menghormati tokoh secular yang pernah dihentam berapi-rapi dalam masjid sebagai tokoh yang disifatkan laknatullah sebelum ini???

Heran… heran. Ajaib… ajaib. Pergi tanggung free ke? :) ke tersalah dan silap orang... pelanduk dua serupa atau orang Turki kot hhiihi

ZUL KULIM pun PENYOKONG TEGAR KAMAL ATARTUK?

 
Erdogan & Kamal Ataturk : Mana pilihan Najib? Kita tahu bahawa Mahathir memilih Kamal Attaturk. Bukan main lagi dipuji pejuang nasinalis yang menumbangkan Khilafah Islamiyyah yang berpusat di Turki pada tahun 1924 itu. Bapak segala sekularisme di Negara milik umat Islam. Boneka barat yang menjadi perosak akidah dan ummah.

(baca selanjutnya.....)

 Sempena lawatan PM dan isteri ke Turki, apa yang dapat Najib mempelajarinya? 
Kat malaysia dah kata haram letak bunga kat makam pahlawan. Letak kat peruntuh khilafah Islamiyyah Turki, kamal Attaturk takpe ke? Mana ulama UMNO ni???
Harap Tan Sri Harussani beri fatwa nih???
-ijoks2009-
 
Macam kenal je kopiah tu,adakah itu lelaki yang namanya bermula dengan huruf Z yang suka melompat parti?Wallahua'lam..

Al-Qardawi penjenayah?.. Bertaubatlah Najib.!!

 
KUALA LUMPUR, 26 Feb: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak segera bertaubat ekoran melabel Ikhwanul Muslimin dan Sheikh Dr Yusof al Qardhawi sebagai pengganas.

Presiden PAS itu dalam satu kenyataan berkata, beliau berasa sangat terkejut, kecewa dan teramat jengkel dengan tuduhan ekstrem yang diberikan Najib terhadap gerakan Islam antarabangsa itu.

"Tuduhan bahawa Islam cenderung kepada keganasan adalah fitnah dan orang tersebut mesti segera bertaubat jika dalam dirinya masih ada iman sebesar zarah," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Najib sewaktu berucap pada satu program di Istanbul beberapa hari yang lalu.

Tambahnya, tuduhan yang dibuat Najib itu juga merupakan satu fitnah besar yang dibuat oleh golongan yang buta sejarah perjuangan menentang penjajahan dan bercakap mengikut selera hati golongan barat yang memekakkan telinga kepada kebenaran.

Beliau menegaskan, tindakan mengambil sikap dan pandangan setiausaha negara Amerika sebagai neraca menentukan jenis pemerintahan yang bersandarkan kepada Islam adalah tindakan orang yang tidak mempunyai jati diri sebagai seorang Islam dan sangat memalukan orang Islam itu
sendiri.

Ikhwan katanya, ditubuhkan untuk melaksanakan Islah dan tajdid berasaskan Al Quran dan Hadis, dengan memulakan perjuangannya secara
jalan damai dan tidak pernah menyerah kalah terhadap kezaliman musuh sehingga ke hari ini.

Mereka menyertai pilihanraya sejak awal lagi di Mesir, tetapi apabila pengaruh mereka tersebar luas, pergerakan ini diharamkan dan
pemimpinnya dizalimi.

Manakala Al Qardhawi pula adalah tokoh ulama berwibawa yang dilahirkan oleh Ikhwan.

"Dia berjaya meredakan golongan pelampau di kalangan pemuda Islam yang tidak sabar dengan kezaliman musuh sehinggalah mereka kembali ke pangkal jalan berjuang mengikut ajaran Islam yang sebenar," katanya.

Malah Malaysia sendiri katanya pernah memberikan Anugerah Maal Hijrah kepada beliau.

"Saya mencabar kerajaan Malaysia menarik balik anugerah maal hijrah yang telah diberikan kepada Sheikh Dr Yusof al Qardhawi itu," cabarnya.
Harakahdaily

Najib, UMNO Akan Membawa Negara Menuruti Jejak Langkah Kamal Artartuk

Assalamualaikum Wbr.
Apabila Pemimpin UMNO memuji dan mendatangi Kamel Atartuk, Pengasas Turki Moden di Turki Baru-Baru ini. Mahathir pun turut memuji juga.  Maka ingatlah Azab Allah amat pedih.

Hmmm....asal kena puji dengan orang Yahudi dan Kristian ajer......Najib dan UMNO kembang semacam....berita-berita yang dikeluarkan oleh Perutusan Meloya asyik melalak panjang-panjang di dada akhbar sehingga seminggu pun tak habis bercerita tentang pujian ini.

Pujian orang kafir yang engkau harapkan di dunia ini wahai Najib dan UMNO. !!!!!
Pujian dari Allah untuk hambaNYA yang mengikut perintah Allah dan Rasulnya......engkau sepak tepi.

Apabila Puak-Puak Yahudi dan Nasrani dari Amerika Syarikat dan Israel memuji Malaysia kerana mengamalkan Islam yang Sederhana sebagaimana Kamal Artartuk......Fuihhhhyooo.........Kembang semacam punggung2 UMNO dan Najib.....Sampai Mahathir pun turut menyebut Kamal Artartuk sebagai contoh Nasionalisme Terulung dalam kecamannya terhadap Nik Aziz.

Dalam Islam.....Tak ada istilah Islam Asas (Fundamental), Islam Sederhana (Moderate) dan Islam Ekstrim (Ganas & Kasar) atau ISLAM Hadhari yang direkacipta oleh UMNO .  Tak ada pun !!!......Nabi tak pernah sebut......ada Islam moderate dan ekstrem.  Hanya puak-puak Yahudi dan Nasrani yang mahu Umat Islam berpecah dan mengikut telunjuk mereka sahaja yang melabelkan Islam kepada Islam sederhana dan ekstrem apatah lagi Islam Hadhari.   Dan sekarang ini....UMNO & Najib pula menggunapakai istilah ini untuk menyerang Ulama Besar Dunia.....Yusof Qardhawi sebagai Pengganas (Terrorist) apabila Ulama tersebut menghalalkan pembunuhan Muammar Gaddafi.  Begitu juga Najib menggelar Ikhwanul Muslimin yang pengasasnya Imam Hasan Al-Banna sebagai kumpulan Pengganas.  Sungguh.... tindakan Najib ini amat Memalukan Umat Islam di Negara ini . !!!

Kajilah wahai mangkuk......kenapa Ulama Besar Dunia ini menghalalkan darah Gaddafi ????  Boleh tak UMNO dan Najib Jawab...kenapa Ulama tersebut menghalalkan darah Gaddafi?    Aku tanya nie....  Kau ingat senang2 ker..Ulama atau Islam atau Nabi SAW nak halalkan darah seseorang itu.

Inilah jadinya kalau orang yang bukan ahlinya atau partinya .....memimpin negara.  Cakap Musuh Islam lagi didengarinya dari cakap Ulama......Pujian Musuh Islam lagi menaikkan semangat UMNO untuk terus mengamalkan Islam sederhana dari mendengar cakap Ulama.       Kamal Artatuk pengasas Turki Moden.....yang dihina Allah lagikan mendapat penghormatan dari Mahathir dan juga Najib.

Kalau orang UMNO tak nampak lagi akan hijab yang dibukakan oleh Allah ini.....Tak tahulah Panglima nak cakap apa lagi.  nampaknya negara kita ini menuju ke arah Turki Moden.  Memang layaklah....banyak kes maksiat di negara kita ini.  Islam sederhana yang dibawa oleh UMNO memang menghalalkan semua ini.  Lelaki dan perempuan boleh bersalaman.......First lady negara (kononnya) boleh bercium pipi lagi dengan pelakon bollywood.  Islam Sederhana katakan....!!!!

Panglima7

Najib buat benda SYIRIK di TURKI


Fatwa Kebangsaan tidak terpakai kepada Najib?
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-39 yang bersidang pada 21 Sep 1995 telah membincangkan Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga Di Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Meletakkan kalungan bunga di Tugu Peringatan Negara sempena sambutan Hari Pahlawan adalah sama dengan keputusan yang telah diambil dalam Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang bersidang pada 7 Oktober 1987 iaitu bercanggah dengan Islam dan boleh membawa kepada syirik. [E-Fatwa]

Nampaknya Fatwa pengharaman upacara seperti ini tidak diguna pakai untuk Perdana Menteri Najib Tun Razak kerana beliau lebih arif tentang Agama Islam berbanding Majlis Fatwa kebangsaan. Ini terbukti apabila beliau melakukan upacara meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk sebagai tanda penghormatan terhadap musuh Islam itu [Kalungan bunga].


Najib dan Isteri bertafakur di Taman Makam Pahlawan Anitkabir, Turki


Upacara penghormatan dengan meletakkan kalungan bunga di makam Mustafa Kemal Ataturk [Bernama]
Anda tak perlu pelik dan tak perlu hairan kerana sebelum ini seperti yang dilaporkan oleh National Review, Najib secara terang-terangan sudah menggelarkan ulama besar dunia Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi sebagai membawa kesesatan di Timur Tengah [National Review].

Mungkin Najib ada fatwanya sendiri untuk menghalalkan apa yang sudah jelas diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Ulama Dunia yang menjadi rujukan dunia Islam sanggup digelar sebagai menyesatkan, apa lagi Majlis Fatwa Kebangsaan?

source: http://milosuam.blogspot.com

Gambar : Sekitar Penamaan Calon DUN Kerdau



Gambar-gambar di sekitar hari penamaan Calon bagi Pilihanraya Kecil DUN Kerdau yang telah berlangsung pada pagi 26 Feb. 2011.




Pilihan raya kecil (PRK) Kerdau yang akan berlangsung pada 6 Mac ini akan menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon PAS, Hassanuddin Salim dengan calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Ali Rustam Bodoh Sombong, Cuba Nak Perbodohkan Pengundi Merlimau

PAS: Ali Rustam sombong, usaha bodohkan pengundi Merlimau akan gagal

JASIN, 26 Feb — PAS menyifatkan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai “sombong” apabila mendakwa bahawa Malaysia akan menjadi macam Mesir, yang berhadapan dengan pergolakan politik, jika diberi kuasa untuk memerintah negara ini.

Menurut Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa, kenyataan itu adalah satu tuduhan liar yang menunjukkan sikap sebenar Mohd Ali yang “sombong”.
“Kenyataan yang amat sombong dari seorang pemimpin Umno yang tidak faham erti demokrasi.

“Ia adalah satu tuduhan yang amat liar apabila kaitkan PAS dengan kekacauan di Mesir, Mesir berlaku kekecohan bukan kerana rakyat tapi adalah kerana campur tangan pihak berkuasa termasuk pemerintah,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di pusat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di sini.

Semalam Mohd Ali berkata, Malaysia dijangka menerima nasib seperti Mesir yang dilanda rusuhan baru-baru ini jika PAS memerintah negara ini.

Beliau berkata, ini kerana parti tersebut gemar menggunakan pendekatan demonstrasi dalam menangani sesuatu isu yang bukan saja tidak membawa kebaikan kepada rakyat, malah turut memburukkan keadaan.

Kata Nasharudin, Mohd Ali sebagai seorang pemimpin Umno yang sudah lama terlibat dalam arena politik patut tahu maksud sebenar amalan demokrasi yang diamalkan.

“Patut beliau yang sudah lama menjadi pemimpin Umno patut faham erti demokrasi yang membolehkan mana-mana parti untuk melibatkan diri dalam pilihan raya.

“Bukan kerana rakyat tapi sistem yang diamalkan di Mesir, dan kita di sini telah terlibat dalam pilihan raya sejak dari dulu lagi... sudah banyak yang kita sertai,” katanya.

Jelas beliau, strategi Umno untuk memburukkan PAS sepanjang kempen pilihan raya berlangsung tidak akan mempengaruhi pengundi di Merlimau.

“Ini bukan kempen Umno tapi ia adalah sikap yang ditunjukkan pemimpin Umno terhadap Pakatan Rakyat dengan buat tuduhan liar untuk nafikan hak demokrasi.

“PAS sudah terlibat dalam pilihan raya sudah lama, rakyat tahu apa PAS dan mereka tahu kualiti yang ada pada PAS.

“Mereka (Barisan Nasional) boleh tuduh tapi usaha untuk memperbodohkan pengundi di Merlimau tidak akan berhasil,” kata Ahli Parlimen Bachok ini.

Walaupun Merlimau merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN), beliau percaya PAS akan memberikan saingan yang hebat.

“Kita jangkakan satu pertandingan yang sengit dan tak mudah (untuk menang) tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh beri tentangan,” kata Nasharudin.

PAS meletakkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka Yuhaizat Abdullah sebagai calon manakala BN mempertaruhkan ahli jawatankuasa Umno Jasin Roslan Ahmad untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau.

Ini merupakan kali pertama kedua-dua calon bertanding dalam pilihan raya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari. Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham memenangi kerusi berkenaan dengan menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi. -tmi

Wanita Umno Jasin boikot calon BN, tutup bilik gerakan








MERLIMAU: Hari Penamaan Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau menyaksikan Wanita Umno Jasin langsung tidak memberi sokongan kepada calon parti mereka lantaran kecewa golongan wanita diketepi dari menjadi calon.

Bercakap kepada KeadilanDaily.com, Ketua Wanita KEADILAN Melaka, Mahani Misban, berkata Wanita Umno Bahagian Jasin turut menutup bilik gerakan mereka di Taman Merlimau Jaya.

“Sejak pagi tadi, saya tidak nampak kelibat Ketua Wanita Umno, Zaleha Bujang dan Wanita Jasin mahupun Wanita Merlimau memberi sokongan kepada calon mereka.

“Mereka boikot calon sendiri kerana kecewa golongan wanita tidak dipilih setiap kali pilihan raya kecil. Ini tidak berlaku dalam Pakatan Rakyat. Wanita turut diangkat seperti calon, contohnya Normala Sudirman,” katanya.

Zaleha sebelum ini menyatakan kepada beberapa media, mengatakan rasa tersinggung kerana Umno memilih Roslan Ahmad sebagai calon sekaligus dianggap mengetepi sumbangan dan peranan wanita.

Beliau dilapor berkata, keputusan itu menunjukkan suara Wanita Umno tidak didengari pimpinan Umno berbanding dengan Pakatan Rakyat yang mengangkat Normala Surdiman sebagai calon di DUN Tenang.

Mengulas lanjut, Mahani menyifatkan tindakan Wanita Umno itu menunjukkan sikap majoriti pimpinan Umno yang gila kuasa dan berebut mahu menjadi calon.

“Itu semua sikap Umno yang mahukan kuasa. Kita pun turut menyenarai cadangan wanita sebagai calon, namun akur dan patuh dengan keputusan parti. Siapapun calon pilihan parti, Wanita PR akan beri sokongan padu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, Wanita KEADILAN Melaka akan turut serta dalam kempen bermula seawal pagi esok bagi meraih sokongan rakyat demi mencapai kemenangan.

“Esok pagi kita akan mula bergerak dari satu kampung ke kampung untuk bertemu dengan rakyat dan mendekati mereka bersama-sama calon PAS, Yuhaizad Abdullah,” katanya

Depan Manis, Belakang Najib Hentam Tokoh Maal Hijrah Malaysia

Perdana Menteri Najib Tun Razak masih berprasangka buruk terhadap ulama terkemuka Sheikh Yusuf al Qaradawi dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

“Ini terbukti dari petikan ucapannya di Turki seperti dilaporkan oleh National Review,” kata Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau berkata, dalam ucapannya, Najib menggesa agar Ikhwanul Muslimin disisihkan dari agenda perubahan di negara yang sedang bergolak itu kerana beliau mendakwa pertubuhan Islam itu masih terlibat dengan keganasan.
“Pendapat seperti ini malahan dikritik oleh pelbagai institusi dan intelektual. Dunia kini menggesa agar Amerika Syarikat dan Eropah untuk tuntas bekerjasama dengan Ikhwan,” katanya.

Anwar berkata, saya terpanggil untuk menegur Perdana Menteri kerana pandangan sebegini jelas dianggap terpencil dan mewakili pandangan dasar luar ektrem kanan di Amerika Syarikat.

“Adakah ini sebahagian dari agenda syarikat penasihat (Apco Worldwide) demi membaiki imej Najib di Amerika Syarikat?,” soalnya.

Ujar beliau, “kenyataan terbaru Najib juga membuka pekung kecurigaaan pemimpin tersebut terhadap ulama dan gerakan Islam seluruh dunia yang kini kian giat menyertai proses demokratisasi.

“Sekiranya Perdana Menteri mempunyai kebimbangan terhadap sosok seperti Sheikh Yusuf al Qaradawi, mengapa anugerahkan beliau Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan tahun 2009/1431,” soal beliau lagi.

“Sekiranya terbukti benar tohmahan Najib terhadap Yusuf al Qaradawi, saya menuntut Perdana Menteri agar segera memohon maaf dari ulama tersebut,” tegas beliau. -FMT

PRK Kerdau; Lebih 5000 orang iringi calon PAS

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita43/memenuhijalan2%60.JPGTEMERLOH - Lebih 5000 orang ahli dan penyokong PAS serta Pakatan Rakyat mengiringi calon PAS Hasanuddin Salim ke Pusat Penamaan calon di di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh di sini.

Perarakan bermula sekitar 8.20 pagi sebaik Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba dan membaca doa, di tempat berhimpun di padang belakang bangunan pejabat dan apartmen, Majlis Perbandaran Temerloh
Turut hadir Naib Presiden PAS, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang serta Pengarah Pilihanraya DUN Kerdau, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita43/bacadoa.JPGMenurut Bernama, Pegawai pengurus pilihan raya kecil itu, Datuk Tarif Abdul Rahman, berkata pusat berkenaan dibuka selama satu jam untuk urusan mengemukakan kertas pencalonan, diikuti tempoh bantahan selama satu jam selepas itu.
Beliau berharap semua parti politik mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan raya semasa proses penamaan calon berkenaan.
Calon PAS, Hassanuddin Salim masuk ke pusat penamaan calon pada jam 9 pagi, diikuti calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad empat minit kemudian.
Diluar dewan, penyokong Pakatan Rakyat disekat dengan kawat berduri dan kawalan ketat polis, kira-kira 40 meter dari tempat itu. Selain selawat, mereka laung hidup Islam, hancur regim
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita43/calonpas.JPG
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita43/memenuhijalan1%60.JPG

Live Dari PRK Merlimau


Langsung: Hari penamaan calon PRK N27 Merlimau

Sekitar proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil dun Merlimau, Melaka

11.00 am: MERLIMAU - Pegawai pengurus pilihan raya Roslan Yusuf mengumumkan tempoh bantahan bagi borang pencalonan tamat

10.30 am: MERLIMAU - Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, PAS bertanding di Dun Merlimau untuk menang meskipun mengakui kawasan berkenaan kubu kuat Umno BN.
"Di Merlimau kita akui persaingan sangat sengit tapi tak patahkan semangat PAS untuk bertanding," katanya.

Beliau berkata, PAS meletakkan Yuhaizad sebagai calon kerana yakin dengan pengaruhnya terhadap masyarakat setempat memandangkan beliau seorang anak tempatan.

10.10 am: MERLIMAU - Borang pencalonan dipaparkan oleh SPR di papan kenyataan. Borang pencalonan pertama dari calon PAS, Yuhaizad Abdullah.

9.15 am: MERLIMAU - Di luar Politeknik Merlimau, ribuan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat tidak berganjak.

Mereka berkumpul di hadapan sekatan polis sambil berselawat, bertakbir, melaungkan slogan 'Hidup Islam, Hancur kezaliman' berselang seli.

9.00 am: MERLIMAU - Pegawai pengurus pilihan raya Dun Merlimau mengumumkan masa untuk menyerahkan borang pencalonan dibuka.

8.49 am: MERLIMAU - Perarakan calon telah tiba di pusat penamaan calon.

Turut mengiringi calon adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman dan isteri calon.

8.35 am: MERLIMAU - Calon PAS, Yuhaizad Abdullah tiba di tempat berhimpun dan perarakan bermula. Calon PAS diapit Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Perarakan diiringi laungan selawat dan keadaan terkawal.

8.25 am: MERLIMAU - Bob Lokman turut menyertai perarakan hari ini.

8.13 am: MERLIMAU - Pimpinan PR dan calon PAS serta penyokong sudah mula berkumpul di Padang Sime Darby Merlimau Utara sebelum memulakan perarakan.

Antara pimpinan PR yang hadir ialah Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, Pengarah Pilihan Raya Kecil Dun Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mat Akin.

7.57 am: MERLIMAU - Pihak polis semakin memperketatkan sekatan jalan di persekitaran jalan Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan utama perarakan calon ke pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau.

7.34 am: MERLIMAU - Suasana di persekitaran Masjid Asy-Syuja'ah, tempat laluan perarakan calon mula sibuk.